assignment kajian tindakan 2 2

24
1 KAJIAN TINDAKAN KUMPULAN Abstrak Berdasarkan kepada Rancangan Mengajar sebelum ini, didapati 5 orang murid di kelas 4 Intelek tidak dapat menyebut perkataan dalam Bahasa Inggeris dengan betul. Daripada pemerhatian latar belakang keluarga, didapati kelima-lima orang murid tadi berasal dari keluarga yang bersosio-ekonomi rendah. Kesemua mereka tinggal di sebuah kampung yang sama dengan aktiviti ekonomi sebagai petani. Mereka membantu ibubapa di kebun selepas waktu sekolah dan hujung minggu. Kadang kala mereka terpaksa ponteng sekolah kerana menjaga adik semasa ketiadaan ibubapa di rumah. Oleh kerana latar belakang pendidikan ibubapa adalah rendah, maka kesedaran tentang pembelajaran anak mereka tidak diutamakan. Ini menyebabkan anak- anak tersebut tidak bermootivasi dan mempunyai konsep kendiri yang rendah. Pada kebanyakkan masa, mereka tidak mempunyai peralatan sekolah yang lengkap seperti pakaian seragam, buku latihan dan alat tulis. Kehadiran murid-murid ini adalah tidak memberansangkan atas sebab-sebab yang telah dinyatakan di atas. Pencapaian kelima-lima murid tadi adalah sangat lemah kerana mereka juga tidak lancar membaca dalam Bahasa Melayu. Menurut rekod guru matapelajaran Bahasa Melayu, mereka adalah murid yang lambat menguasai bacaan. Menurut laporan guru-guru matapelajaran yang lain di kelas itu, kelima-lima murid tersebut adalah antara yang selalu tidak dapat menyiapkan kerja yang diberi oleh guru. Menurut laporan guru disiplin sekolah pula, kelima-lima murid tadi sering terlibat dengan masalah disiplin sebagai contoh bergaduh, ponteng kelas, vandalisme dan mencuri. Disebabkan mereka selalu dimarahi dan didenda oleh guru disiplin menyebabkan keyakinan diri murid rendah. Bila keyakinan murid rendah maka murid mudah berputus asa dan takut mencuba sesuatu yang baru. Mereka juga mula mengasingkan diri semasa aktiviti yang dijalankan di kelas. Selain daripada itu, mereka juga akan mempengaruhi rakan-rakan yang lain. Sekaligus mengganggu pengajaran guru dan pembelajaran rakan-rakan yang lain. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Upload: frances-jayne

Post on 28-Jan-2016

303 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

AR

TRANSCRIPT

Page 1: Assignment Kajian Tindakan 2 2

1

KAJIAN TINDAKAN KUMPULAN

Abstrak

Berdasarkan kepada Rancangan Mengajar sebelum ini, didapati

5 orang murid di kelas 4 Intelek tidak dapat menyebut perkataan

dalam Bahasa Inggeris dengan betul. Daripada pemerhatian latar

belakang keluarga, didapati kelima-lima orang murid tadi berasal dari

keluarga yang bersosio-ekonomi rendah. Kesemua mereka tinggal di

sebuah kampung yang sama dengan aktiviti ekonomi sebagai petani.

Mereka membantu ibubapa di kebun selepas waktu sekolah dan

hujung minggu. Kadang kala mereka terpaksa ponteng sekolah kerana

menjaga adik semasa ketiadaan ibubapa di rumah. Oleh kerana latar

belakang pendidikan ibubapa adalah rendah, maka kesedaran tentang

pembelajaran anak mereka tidak diutamakan. Ini menyebabkan anak-

anak tersebut tidak bermootivasi dan mempunyai konsep kendiri yang

rendah.

Pada kebanyakkan masa, mereka tidak mempunyai peralatan

sekolah yang lengkap seperti pakaian seragam, buku latihan dan alat

tulis. Kehadiran murid-murid ini adalah tidak memberansangkan atas

sebab-sebab yang telah dinyatakan di atas. Pencapaian kelima-lima

murid tadi adalah sangat lemah kerana mereka juga tidak lancar

membaca dalam Bahasa Melayu. Menurut rekod guru matapelajaran

Bahasa Melayu, mereka adalah murid yang lambat menguasai bacaan.

Menurut laporan guru-guru matapelajaran yang lain di kelas itu,

kelima-lima murid tersebut adalah antara yang selalu tidak dapat

menyiapkan kerja yang diberi oleh guru. Menurut laporan guru disiplin

sekolah pula, kelima-lima murid tadi sering terlibat dengan masalah

disiplin sebagai contoh bergaduh, ponteng kelas, vandalisme dan

mencuri. Disebabkan mereka selalu dimarahi dan didenda oleh guru

disiplin menyebabkan keyakinan diri murid rendah. Bila keyakinan

murid rendah maka murid mudah berputus asa dan takut mencuba

Page 2: Assignment Kajian Tindakan 2 2

2

sesuatu yang baru. Mereka juga mula mengasingkan diri semasa

aktiviti yang dijalankan di kelas. Selain daripada itu, mereka juga akan

mempengaruhi rakan-rakan yang lain. Sekaligus mengganggu

pengajaran guru dan pembelajaran rakan-rakan yang lain.

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Selepas sesi pengajaran dan pembelajaran yang lepas, didapati

mereka tidak menunjukkan minat untuk belajar Bahasa Inggeris. Gred

pencapaian ujian-ujian bulanan dan peperiksaan mereka adalah E

( markah 0 – 19 ) iaitu categori yang sangat lemah. Ada di antara

mereka yang mendapat ‘0’ markah bagi matapelajaran ini.

Kelas di mana murid-murid ini di tempatkan adalah kelas yang

telah distreaming untuk memudahkan pengajaran guru. Walau

bagaimana pun, sistem ini kurang member impak yang besar dalam

pencapaian mereka dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Kelima-

lima orang murid tadi menduduki ranking terendah dalam kelas

tersebut.

Tinjauan saya berkenaan dengan masalah di atas menyebabkan

saya rasa terpanggil untuk mendekatkan diri untuk membantu murid-

murid tadi khususnya dalam matapelajaran Bahasa Inggeris. Oleh itu,

saya memulakan program ini dengan bacaan terlebih dahulu. Saya

berharap melalui program ini akan mengubah persepsi murid-murid ini

berkaitan dengan matapelajaran ini. Dalam tempoh jangka panjang,

apabila mereka berada di Tahun Enam, sekurang-kurangnya mereka

boleh mencapai gred ‘C’ dalam matapelajaran Bahasa Inggeris.

Page 3: Assignment Kajian Tindakan 2 2

3

FOKUS KAJIAN/ISU KEPRIHATINAN

Berdasarkan rekod disiplin yang tidak baik, pasif dalam pembelajaran dan

tidak boleh membaca dalam Bahasa Inggeris, murid-murid ini telah diramal

akan menyumbangkan penurunan gred purata matapelajaran ( GPMP )

Bahasa Inggeris. Saya berpendapat mereka mempunyai harapan untuk

menyumbang peratus lulus matapelajaran Bahasa Inggeris jika diberi

perhatian yang sepatutnya. Langkah pertama saya adalah membuang

halangan minda ( Mind Blockage ) yang menghalang mereka meminati

matapelajaran ini.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Umum:

Pada akhir program ini, murid-murid ini dapat meningkatkan prestasi markah

dalam setiap ujian dan peperiksaan Bahasa Inggeris, seterusnya lulus dalam

peperiksaan UPSR. Jika pihak sekolah dengan bantuan keluarga dan rakan-

rakan sebaya, adalah tidak mustahil untuk mencapai objektif ini.

Objektif khusus:

1. Murid dapat menyebut sepuluh ( 10 ) perkataan dengan

betul.

2. Murid dapat mengeja sepuluh ( 10 ) perkataan dengan betul.

3. Murid dapat meningkatkan minat terhadap matapelajaran

Bahasa Inggeris.

KUMPULAN SASARAN.

Focus kajian tertumpu kepada lima ( 5 ) orang murid Tahun 4 Intelek dan

kesemua mereka ini mendapat gred E dalam peperiksaan akhir tahun 2012

dalam matapelajaran Bahasa Inggeris.

Page 4: Assignment Kajian Tindakan 2 2

4

PELAKSANAAN KAJIAN

1. Tinjauan Masalah

1.1 Temubual dengan guru kelas Tahun 4 Intelek.

Suka mengganggu rakan dan sering terlibat

dalam pergaduhan.

Sering keluar kelas kerika berlaku pertukaran

guru dan semasa guru mengajar.

Sering tidak hadir ke sekolah.

Tidak membuat kerja sekolah.

2. Soal selidik dengan rakan sekelas

Maklumat berikut diperolehi daripada rakan sekelas murid-

murid berkenaan:-

Mereka selalu mengganggu rakan-rakan yang minat

belajar.

Selalu mengejek rakan-rakan yang lain

Sering mencetuskan pergaduhan yang berpunca

daripada ejek-mengejek sesama sendiri

3. Temubual ringkas dengan ibu bapa / penjaga

Selepas temubual ringkas dengan ibu bapa/penjaga didapati

mereka :-

Tidak mempunyai masa yang cukup untuk

membimbing anak.

Tidak mampu membeli buku tambahan untuk

pembelajaran di rumah

Nakal dan tidak mendengar nasihat

Tidak tahu Bahasa Inggeris kerana tiada pendidikan

Anak tinggal dengan datuk dan nenek

Page 5: Assignment Kajian Tindakan 2 2

5

Refleksi selepas Penilaian

Selepas sesi pengajaran pada 28 Mac 2013 dan murid dinilai melalui Bacaan

(Reading) didapati kelima-lima murid tadi tidak dapat menyebut 8 daripada

10 perkataan yang ditunjukkan oleh guru.

Apabila saya membuat imbasan semula, didapati bahawa Rancangan

Pengajaran yang saya telah disediakan dan laksanakan saya mendapati

ianya tidak sesuai dengan aras murid dan objektif pengajaran dan

pembelajaran tidak tercapai kerana aras terlalu tinggi.

Menurut pendapat rakan sekerja, mereka mendapati saya memberikan

arahan yang tidak difahami oleh murid. Saya juga kadang kala bercakap

terlalu laju, sehinggakan mereka tidak dapat mengikuti arahan yang

diberikan. Hasilnya, murid-murid tidak dapat membaca teks yang saya

edarkan kerana teks tersebut tidak sesuai dengan aras dan pengalaman

sedia ada murid. Rakan sekerja saya menyarankan supaya saya membuat

soal selidik minat murid dan ‘learning style’ bagi murid-murid ini.

Bagi Penolong Kanan Kurikulum, beliau mencadangkan supaya rancangan

pengajaran saya diubahsuai supaya lebih menepati keperluan murid-murid

yang lemah. Beliau juga mencadangkan supaya saya menjalankan satu

kajian tindakan khusus untuk murid-murid ini. Dengan itu, saya akan meneliti

semula semua proses pengajaran saya dan merendahkan aras pembelajaran

supaya murid-murid ini dapat mengikuti dan memahami pembelajaran yang

saya sampaikan.

Dengan itu, saya perlu menjalankan satu lagi Kajian Tindakan yang sesuai

untuk murid khusus di tempat saya mengajar supaya ia dapat memenuhi

keperluan khusus mereka. Dalam Gelungan Kedua ini, saya akan bermula

dengan kajian latar belakang dengan meneliti beberapa teori yang lebih

praktikal bagi situasi sekolah tempat saya bertugas. Sokongan daripada

teori-teori ini mungkin dapat memberi petunjuk dan memberi peluang

kepada saya untuk memahami keperluan pelajar khusus seperti mereka.

Page 6: Assignment Kajian Tindakan 2 2

6

Seterusnya membangunkan satu protaip yang membawa mereka keluar dari

masalah bacaan yang sangat lemah.

TEN WORDS A DAY A PASSAGE A WEEK

OLEH

FAILIN BINTI JAIPOL

SEKOLAH PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah pengajaran dan pembelajaran

dalam kemahiran membaca (Reading Skill) bagi murid-murid yang

menghadapi masalah asas membaca perkataan dalam Bahasa Inggeris.

Pelajar yang terlibat dalam kajian ini adalah terdiri daripada lima (5) orang

pelajar Tahun 5 Intelek di SK Bukit Balacon Lahad Datu yang tidak dapat

membaca dalam Bahasa Inggeris. Tinjauan awal untuk mengenalpasti

masalah yang dihadapi pelajar dalam pembelajaran kemahiran tersebut telah

dijalankan dengan menganalisis latihan yang dibuat oleh pelajar serta

jawapan peperiksaan akhir tahun yang melibatkan kemahiran tersebut. Soal

Selidik pelajar juga digunakan bagi meninjau pandangan pelajar mengenai

matapelajaran tersebut supaya guru mendapat petunjuk bagaimana

pengajaran dijalankan untuk memenuhi keperluan mereka. Berdasarkan

analisis tersebut didapati bahawa murid tidak dapat membaca petikan (

passage ) dalam Bahasa Inggeris. Penyampaian guru bagi kemahiran

tersebut juga didapati mempengaruhi minat pelajar terhadap pembelajaran

di bilik darjah. Bagi menangani masalah tersebut, kaedah konstruktivisme

telah digunakan sebagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran.

Penekanan diberi kepada kerjasama antara ahli kumpulan bagi meransang

rakan lain untuk melibatkan diri secara maksimum dan menguasai kemahiran

bersama-sama. Modul pembelajaran dan penilaian kendiri dijadikan bahan

Page 7: Assignment Kajian Tindakan 2 2

7

pengukuhan pembelajaran yang dibuat oleh pelajar pada akhir tiap-tiap sesi

pembelajaran. Disamping itu, bimbingan guru hendaklah konsisten dan

kaedah pengajaran diubah-ubah supaya murid berasa seronok untuk

mengikuti pembelajaran setiap hari.

Abstract

This study is carried out mainly to overcome the teaching and learning

constraints in the acquisition of reading skill among students in Year 5 Intelek

specifically for students with very low achievement in the skill. The study is

designed to comprehend the needs of five pupils in Year 5 Intelek in Sekolah

Kebangsaan Bukit Balacon Lahad Datu. The earliest survey is to identify the

core problems through scrutise of the exercises and final examination result

of previous year as well as running a questionaire for better comprehend and

provide some insights of the situation.

Based on the observation, it is proven that those pupils are having difficulties

to read texts in English Language. Teacher’s practice affects the ability of the

students to accept learning activities. Therefore, constructivisme is applied in

teaching and learning activities as a major classroom methodology. During

the learning activities, pupils are provided sufficient times to work co-

operatively to ensure everyone achieve the same acquisition. Besides,

learning module and self-assessment is also provided as enhancement in the

teaching and learning. Teacher is guiding consistently while diversify the

teaching resources to trigger their learning instinct.

1.0 PENGENALAN

Pemerhatian awal kelas yang saya ajar iaitu kelas Tahun 5 Intelek keputusan

peperiksaan tahun lepas adalah tidak memberansangkan. Ini kerana sistem

streaming yang dijalankan mengelaskan murid-murid di kelas ini untuk tujuan

pemulihan dan pengayaan. Terdapat perbezaan besar antara kelas Tahun 5

Karisma dan Tahun 5 Intelek kerana kelas ini terdiri daripada murid-murid

Page 8: Assignment Kajian Tindakan 2 2

8

yang memerlukan banyak aktviti pemulihan. Kebanyakan mereka tidak

menguasai kemahiran-kemahiran asas yang sepatutnya dikuasai oleh murid-

murid dalam usia 11 tahun sedangkan dalam peringkat ini mereka sepatunya

sudah boleh menyalin semula perkataan dengan kemas dan betul.

Hakikatnya, mereka tidak menguasai kemahiran tersebut apatah lagi

kemahiran membaca.

Pelaksanaan kami bermula dengan merancang satu aktiviti pengajaran dan

pembelajaran yang khusus untuk bacaan semata-mata. Rancangan

Pengajaran ini dibincang dan akan dijalankan di sekolah di mana kami

mengajar. Walau bagaimana pun, selepas melaksanakan Rancangan

Pengajaran Harian yang dicadangkan oleh rakan sekumpulan di kelas yang

saya ajar iaitu Tahun 5 Intelek, saya dapati 80 peratus murid dalam kelas

tersebut tidak dapat mengikuti pengajaran tersebut. Tiga objektif yang

disasarkan untuk pengajaran tersebut tidak tercapai dalam tempoh

pengajaran 60 minit ( satu jam). Objektif tersebut ialah :

i. describe at least 5 occupation

ii. able to read fluently

iii. able to use singular and plural sentence correctly.

Daripada penelitian saya, Rancangan Pengajaran yang dicadangkan oleh Pn

DK Emas Rudziah adalah rancangan pengajaran yang sesuai untuk murid

yang berada pada tahap kecergasan yang lebih tinggi. Ini disebabkan oleh

faktor lokasi sekolah yang berbeza. Rancangan Pengajaran yang dicadangkan

oleh Pn Dk Emas Rudziah adalah untuk murid-murid yang bersekolah di

kawasan bandaraya Kota Kinabalu, sedangkan murid-murid yang saya ajar

adalah di kawasan luar bandar yang terletak jauh dari bandaraya Kota

Kinabalu. Pendedahan kepada Bahasa Inggeris hampir adalah pada tahap

yang sangat minimum. Sebaliknya bagi murid-murid di bandaraya tersebut,

Bahasa Inggeris adalah kehidupan sehari-hari mereka.

Apabila murid-murid diberi arahan untuk membaca teks yang disediakan,

didapati murid-murid ini tidak dapat membaca teks tersebut tanpa bantuan

guru. Mereka membaca teks secara rambang tanpa mengetahui sebutan

Page 9: Assignment Kajian Tindakan 2 2

9

yang sepatutnya. Seterusnya apabila diminta membuat penerangan

mengenai pekerjaan dalam Bahasa Inggeris, kebanyakan murid hanya diam

tanpa memberi respon sama ada secara lisan atau bukan lisan ( body

gesture). Saya membuat kesimpulan bahawa Rancangan Pengajaran ini tidak

sesuai untuk tahap kebolehan untuk murid-murid yang berada di kawasan

sekitar perkampungan yang jauh dari pendedahan Bahasa Inggeris. Bagi

membolehkan murid-murid ini membaca teks Bahasa Inggeris yang panjang,

mereka perlu diberi pemulihan dari tahap yang paling asas, bermula dengan

10 perkataan dan dikembangkan kepada 20 perkataan dan seterusnya

kepada yang lebih panjang seperti sebuah petikan.

Jika tidak ada sebarang usaha untuk membantu kelima-lima murid

berkenaan, maka mereka berkemungkinan besar lebih tercicir jauh dari

rakan-rakan yang lain kerana masalah yang tidak diatasi dari sekarang. Dari

segi yang lain, mereka dianggap penyumbang kemerosotan GPS sekolah dan

subjek Bahasa Inggeris itu sendiri, jika tidak dapat keluar dari belenggu Gred

E. Berdasarkan kajiselidik, guru di sekolah adalah harapan utama untuk

membantu mereka dalam matapelajaran ini.

2.0 PERNYATAAN MASALAH

Dalam subjek Bahasa Inggeris, yang merupakan ‘killer subject’ di sekolah ini,

mereka menunjukkan minat yang sangat rendah. Secara amnya, ramai murid

gagal dalam PAT kerana bahasa asing ini. Salah satu faktor penyebab adalah

kelemahan dalam kemahiran membaca ( Reading Skill ). Kebanyakan murid

tidak dapat membaca lebih daripada 50 peratus perkataan dalam soalan

yang ada dalam kertas soalan Bahasa Inggeris. Dalam proses memahami

soalan, kemahiran membaca merupakan aspek penting yang perlu diberi

perhatian. Oleh itu, saya dan rakan-rakan sepakat mengadakan satu

perbincangan untuk memperkasakan kemahiran membaca murid-murid

seusia ini untuk meningkatkan tahap kebolehan membaca setiap murid dan

Page 10: Assignment Kajian Tindakan 2 2

10

seterusnya membantu mereka menjawab soalan Bahasa Inggeris Kertas

1.

Sebelum murid-murid ini menduduki kelas Tahun 6, adalah penting untuk

memastikan murid-murid ini dapat melepaskan diri dari Gred E pada setiap

ujian dan peperiksaan. Selain daripada itu, saya juga perlu menggunakan 60

minit pengajaran Bahasa Inggeris dengan memberi pendedahan supaya

murid lebih memahami pertuturan dalam bahasa tersebut. Jika sebelum ini

saya menggunakan dwi-bahasa dalam pengajaran saya, pada masa akan

datang saya perlu meningkatkan penggunaan Bahasa Inggeris dalam kelas

saya sehingga lebih daripada 70 peratus. Menurut Krashen (1983),

"Acquisition requires meaningful interaction in the target language – natural

communication - in which speakers are concerned not with the form of their

utterances but with the messages they are conveying and understanding."

Dengan itu, saya perlu menepis keraguan bahawa murid-murid tidak dapat

memahami pertuturan dalam Bahasa Inggeris. Sebaliknya, memaksimakan

komunikasi dengan murid dalam bahasa tersebut dengan cara lebih kerap

supaya murid tidak berasa gementar dan asing dengan bahasa tersebut.

Selain daripada itu, saya juga perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran

untuk menyokong pembelajaran murid. Menurut Gardner ( 1991 ), ketidak

serasian antara kaedah mengajar dengan profil kecerdasan murid boleh

menyebabkan seseorang murid itu gagal atau hilang minat terhadap sesuatu

matapelajaran.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 OBJEKTIF AM

Kajian ini bertujuan meningkatkan kemahiran murid membaca dalam Bahasa

Inggeris sebelum menduduki peperiksaan awam UPSR pada tahun 2014

3.2 OBJEKTIF KHUSUS

Page 11: Assignment Kajian Tindakan 2 2

11

Murid dapat :-

a. dapat membaca 10 perkataan dalam sehari dengan betul.

b. dapat membaca sebuah petikan selepas 5 hari dengan sebutan

yang tepat.

c. dapat menjawab lima soalan kefahaman dengan betul.

4.0 KUMPULAN SASARAN

5 orang murid Kelas 5 Intelek yang mendapat Gred E dalam

Peperiksaan Akhir Tahun 2012

5.0 BATASAN KAJIAN

Walaupun beberapa langkah telah dirancang dan diambil untuk

memastikan proses kajian ini berjalan dengan sempurna namun

guru tidak dapat memastikan kesinambungan aktviti tersebut di rumah.

Adalah menjadi tugas ibu bapa untuk memastikan pembelajaran

berlaku di rumah.

6.0 TINJAUAN LITERATUR

Semasa menjalankan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan 

ujian pra, pemerhatian di dalam kelas, dan temubual yang telah dijalankan.

7.0 DAPATAN KAJIAN

7.1.1    Ujian Pra

Satu ujian pra telah dijalankan ke atas para pelajar Tahun 5 Intelek 

untuk menguji sejauh mana keupayaan  mereka membaca petikan dalam

Bahasa Inggeris. Pelajar diberi 10 perkataan dan diarahkan untuk

membaca perkataan tersebut. Ujian dijalankan secara individu selama

30 minit.

7.1.2    Pemerhatian  Di  Dalam Kelas

Page 12: Assignment Kajian Tindakan 2 2

12

Pemerhatian di dalam kelas juga telah dibuat dan saya dapati hanya

segelintir pelajar sahaja yang menunjukkan kesan progresif pada

konteks

pembelajaran manakala segelintir yang lain kelihatan melayang dan

tidak

fokus kepada latihan yang dilaksanakan.

Dari segi gaya pembelajaran, mereka berada di dalam katergori

kinestetik berdasarkan situasi mereka yang gemar berbual dengan rakan

serta suka bergerak bebas dalam kelas. Di luar kelas, mereka menunjukkan

prestasi yang baik dalam Sukan Sekolah apabila mewakili rumah sukan

mereka untuk beberapa acara. Mereka mudah memahami aktiviti di luar

kelas berbanding tugasan mudah di dalam kelasl. Sebaliknya, semasa di

kelas, minat mereka untuk belajar sering tersekat disebabkan oleh

keinginan untuk berbual dengan rakan yang duduk bersebelahan.

Walau bagaimana pun, mereka mudah tertarik dengan bahan

pengajaran yang berwarna-warni serta yang berbentuk interaktif

seperti educational games.

7.1.3    Temu Bual

Saya bertemu bual dengan beberapa orang pelajar kelas ini secara

tidak formal tentang  masalah yang mereka hadapi di dalam kelas dan di luar

atau di rumah. Masalah yang dihadapi  tidak dapat dinafikan

menyumbang kepada faktor mengapa mereka tidak dapat mengikuti

pelajaran dengan lebih baik dan hasilnya mereka tidak faham dan 

tidak dapat mengingati apa yang dipelajari. Tambahan pula, wujud

segelintir guru yang suka mementingkan diri, tidak peka dengan

keupayaan pelajar-pelajar dan hanya mahu menghabiskan ‘syllabus’

( sukatan pelajaran ) mengikut jangkamasa tertentu.

7.2       ANALISIS TINJAUAN MASALAH

7.2.1    Ujian Pra

Page 13: Assignment Kajian Tindakan 2 2

13

Satu ujian pra telah dijalankan terhadap kelas 5 Intelek dan hasil 

keputusan Ujian Pra adalah seperti pada Jadual I.

Bil Nama Murid Skor

1 Fernando 15 E

2 Gerhandry 15 E

3 Heyrey Jon 11 E

4 Johven Joey 15 E

5 Mohd.Nairul 15 E

Jadual 1 : Keputusan Ujian Pra bagi sampel kajian Kelas 5 Intelek

Berdasarkan  jadual Ujian Pra, didapati  bahawa kelima-lima murid yang dimaksudkan mendapat Gred E dalam ujian tersebut.

7.2.2    Pemerhatian yang Dilaksanakan semasa ujian.

Hasil daripada pemerhatian yang dilakukan di dalam kelas, saya dapati

Kelima-lima  pelajar tersebut menjawab kertas soalan Bahasa Inggeris

secara rambang dengan tidak membaca apa-apa perkataan. Markah

yang diperolehi adalah secara kebetulan dengan menjawab mengikut

gambar yang disertakan.

Majoriti pula memberikan jawapan yang salah. Puncanya ialah pelajar

berkenaan tidak tahu membaca dalam Bahasa Inggeris.

7.2.3    Temubual

Hasil temubual awal bersama sepuluh  orang pelajar 5 Intelek  secara

tidak

formal, beberapa jawapan telah saya perolehi dan kebanyakannya

adalah

sama untuk kesemua pelajar.

Page 14: Assignment Kajian Tindakan 2 2

14

8.0 INTERVENSI

8.1    Penerangan tentang  Kaedah ‘10 words a day a passage a week’

Dalam kaedah ini, guru memperkenalkan 10 perkataan yang terdiri

daripada tiga atau lebih suku kata. Setiap perkataan dicetak dalam

warna yang menunjukkan suku kata ( syllable ) yang membentuk

perkataan tersebut. Setiap hari, pemulihan akan diberi kepada 5 orang murid

di dalam kelas supaya mereka dapat menguasai perkataan tersebut pada

hari yang sama. Pada hari seterusnya, 10 perkataan lagi akan diulang-baca

dan 10 perkataan lagi akan ditambah menjadikan bilangan perkataan yang

dibaca meningkatkan kepada 20 perkataan. Pada hari kelima, mereka sudah

menguasai 40 perkataan baru dan akan membaca perkataan tersebut di

dalam sebuah petikan ( pasage ).

8.2    My Very Lovely Book

Buku ini adalah buku latihan yang digunakan untuk mencatat semua

perkataan yang dikuasai setiap hari dan petikan yang akan dibaca pada

hari kelima. Buku ini akan diberi ganjaran jika ditulis dengan kemas, teratur

dan bersih.

8.3      Jadual Pelaksanaan

Perlaksanaan kaedah ‘10 Words A Day A Passage A Week’ ini  telah

dijalankan  mengikut tarikh dan ketetapan berikut :

BIL AGENDA Tarikh1. 

Ujian Pra 1 April 2013

2. 

Pengenalan kepada  kaedah 3 April 2013

3. 

Penerangan tentang prinsip dan perlaksanaannya.

4 April 2013

4. Pemberian ‘My Sayang book’ Pelajar dikehendaki menghafal 5 verb

5 April 2013

Page 15: Assignment Kajian Tindakan 2 2

15

  atau 5 noun setiap hari.5. 

Spelling dan latihan membuat ayat 8 April 2013

6. 

Pelaksanaan Berterusan 9-30 April 2013

7. Ujian Post 2 May 2013

8.4       Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian/Penilaian

            Kajian telah dilaksanakan dan pemerhatian / penilaian juga telah

dibuat mengikut ketetapan yang telah rancangkan.

8.5       Kaedah 10 Words A Day A Passage A Week

Kaedah telah dilaksanakan sebaik sahaja kajian dimulakan. Kaedah  ini

diaplikasikan kepada lima pelajar dan pemberian ganjaran 

diberikan jika mereka mencapai sasaran yang ditetapkan.

i.          Pemerhatian

Semasa aktiviti ini dijalankan, kelima-lima orang murid ini tidak

menimbulkan gangguan kepada rakan yang lain kerana mereka diberi

perhatian khusus. Selepas tiga hari menjalankan aktiviti, mereka

sudah biasa dengan rutin tersebut, sentiasa bersedia dengan buku yang

diberikan semasa waktu Bahasa Inggeris. Mereka berasa gembira

apabila diberi ganjaran atas usaha yang mereka lakukan. Pada masa

tertentu, mereka berkongsi buku tersebut bersama rakan yang berminat

mengetahui ‘projek’ mereka.

ii.         Refleksi

Berdasarkan pengalaman membuat pemulihan bacaan ( reading )

kepada lima orang murid yang berada pada tahap penguasaan minimum,

Page 16: Assignment Kajian Tindakan 2 2

16

saya dapati kesabaran dan inovasi adalah kunci utama untuk membantu

pelajar yang mempunyai tahap pencapaian sedemikian. Secara

amnya, murid-murid ini kekurangan bimbingan dan bantuan dari rumah

menyebabkan mereka kurang bermotivasi untuk mempelajari

matapelajaran ini. Bagi menimbulkan motivasi untuk belajar, gaya

pembelajaran mereka perlulah saya fahami terlebih dahulu. Salah satu

implikasi dari kaedah ini ialah murid berminat untuk mempelajari

matapelajaran ini kerana bimbingan dan perhatian diberi secara

berterusan.

Bagi murid-murid yang sukar mencapai tahap penguasaan sesuatu

matapelajaran, maka kaedah soal selidik gaya pembelajaran adalah

penting. Soal selidik ini penting kerana ia membantu guru memahami

cara pengajaran yang sesuai dengan golongan murid berkenaan.

8.6       Ujian Pos

i.          Pemerhatian

Hasil daripada intervensi ini, didapati murid dapat membaca petikan

berbanding sebelum ini di mana mereka tidak dapat menyebut hampir

kesemua perkataan dalam satu petikan ringkas dalam Bahasa Inggeris.

Mereka juga didapati dapat menjawab soalan kefahaman aras

pengetahuan dengan betul.

ii.         Refleksi

Page 17: Assignment Kajian Tindakan 2 2

17

Penggunaan kaedah ini dapat mencetuskan kerjasama dalam

pembelajaran. Sebagai seorang guru, amatlah penting untuk memahami

gaya pembelajaran seseorang murid sebelum membuat apa-apa

justifikasi terhadap murid. Sepanjang proses kajian ini, saya dapati

murid menyukai kerja berpasukan dengan sedikit kebebasan untuk

berbincang secara bermatlamat.

9.0       CADANGAN

Saya berpuas hati dengan kaedah yang digunakan kerana ia

merupakan satu eksperimen kepada pelajar-pelajar. Eksperimen ini boleh

diteruskan lagi jika guru berkemampuan kerana kaedah ini memerlukan

cetakan yang berwarna-warni. Saya juga berharap semua guru dapat

bekerjasama antara satu sama lain bagi menarik minat pelajar untuk terlibat

dalam aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran daripada mendera atau

mendenda mereka sekiranya mereka tidak tahu menjawab sesuatu tugasan

kerana setiap kejadian adalah disebabkan oleh sesuatu. Kita perlu bertanya

kepada diri sendiri ‘Why’ ?( kenapa ia berlaku ?) dan mencari jalan dengan

menjawab ‘How’ ( bagaimana untuk mengatasinya dengan cara yang

positif? ) .

Ketiadaan minat dalam melakukan sesuatu menggalakkan pelajar

menjadi bosan di dalam kelas. Kebosanan pelajar dalam kelas boleh

menyebabkan pelanggaran disiplin seperti mengganggu pelajar lain, ponteng

kelas, ponteng sekolah dan tidak menyiapkan kerja rumah. Kesimpulannya,

masalah-masalah yang terdapat di dalam proses pengajaran dan

pembelajaran adalah sama di sekolah di seluruh Malaysia. Pada dasarnya

sikap para pelajar yang tidak serius dan tidak berminat terhadap

pembelajaran menyebabkan kegagalan di dalam peperiksaan.

10.0 PENUTUP

Page 18: Assignment Kajian Tindakan 2 2

18

Untuk kajian yang seterusnya, saya cadangkan agar kajian dilakukan

di dalam lapangan yang berfokuskan kepada kaedah untuk menulis ayat bagi

menjawab Kertas 2 (Paper 2)  bagi pelajar-pelajar yang lemah. Kajian dalam

bidang ini dapat membawa mereka keluar dari belenggu pencapaian Gred E

atau penyebab kepada kejatuhan Gred Purata Sekolah (GPS) di peringkat

UPSR.

Page 19: Assignment Kajian Tindakan 2 2

19

LAMPIRAN

INSTRUMENT FOR INTERVENTION

NO. WORDS / X COMMENT

01. FIREMAN

Page 20: Assignment Kajian Tindakan 2 2

20

02. POLICEMAN

03. FISHERMAN

04. POSTMAN

05. BUSINESSMAN

06. MANAGER

07. COBBLER

08. TEACHER

10 CARPENTER

JADUAL PELAKSANAAN AKTIVITI

AKTIVITI 1( 15 MINIT )

- Tayangan slide berkaitan pekerjaan.- WH questions - 1. What do your parents

do for living? Terima sebarang jawapan yang sesuai.

AKTIVITI 2 - Permainan kad imbasan – Guru sebut

Page 21: Assignment Kajian Tindakan 2 2

21

( 10 MINIT ) perkataan, murid memilih dan mengangkat kad imbasan yang betul.

AKTIVITI 3 - Guru menyebut perkataan, murid mengajuk perkataan yang disebut oleh guru. ( 10 perkataan )

AKTIVITI 4 PENILAIAN KENDIRI- Guru menunjukkan kad perkataan, murid

menyebut perkataan yang ditunjukkan dengan betul.

-

AKTIVITI 5 Menyanyi lagu berkenaan Pekerjaan.

Responden : __________________________

KAJI SELIDIK MINAT BAHASA INGGERIS

Baca Pernyataan di bawah dan tandakan √ di ruangan YA atau TIDAK.

BIL PERNYATAAN YA TIDAK

01. Saya suka belajar Bahasa Inggeris melalui nyanyian.

02. Jika di rumah, ahli keluarga selalu

Page 22: Assignment Kajian Tindakan 2 2

22

membantu saya belajar Bahasa Inggeris.

03. Saya suka membaca buku cerita Bahasa Inggeris.

04. Saya suka menonton rancangan kartun dalam Bahasa Inggeris.

05. Ibubapa saya ada menghantar saya ke kelas tuisyen Bahasa Inggeris.

06. Saya suka cara cikgu saya mengajar Bahasa Inggeris.

07. Bahasa Inggeris adalah bahasa yang sangat penting.

08. Saya selalu menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh guru Bahasa Inggeris.

09. Bahasa Inggeris adalah matapelajaran yang susah untuk dipelajari.

10. Bahasa pertuturan di rumah adalah Bahasa Inggeris.

DAY 1

living mealsmo a

Page 23: Assignment Kajian Tindakan 2 2

23

rning fternooncalories dessertsavoid eating

cookies popular

Passage to read by DAY 5

What do we eat in our family? All of us eat a lot of

rice, a lot of vegetables and a lot of fruit. We eat a lot

of fish and a lot of meat. We also eat bread, eggs and

cheese. We must eat well to have energy all day long

for sports and other activities.

Having regular meals is healthy living. Our meals are

in the morning, afternoon and evening. Sometimes,

Page 24: Assignment Kajian Tindakan 2 2

24

we have snacks like sweets or fast food. We should

not skip meals. We should learn about simple,

healthy ways to prepare food. Avoid taking too much

sugar. Sweet drinks contain a lot of calories and it is

best to avoid eating them.

Most of us know of our popular nasi lemak dish. The

name comes from the cooking process whereby the

rice is cooked with rich coconut milk. The rice is

served with cucumber slices, small dried anchovies,

roasted peanuts, hard-boiled eggs and hot spicy

sauce.

SENARAI RUJUKAN

Apps, J.W. (1990). Study Skills For Today’s College Student. Madison: McGraw

Hill.

Atan Long (1988). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &

Pustaka.

Bass Jr., G.M. dan Greay, W.T. (1996). Education Research Abstracts.

Accounting Education. Canfield, A.A. (1977). Learning Style Inventory Manual.

Plymouth: Humanies Inc.

Page 25: Assignment Kajian Tindakan 2 2

25

De Ciantis, S.M. dan Kirton, M.J. (1996). A Psychometric Reexamination of

Kolb’s Experiential Learning cycle construct: A Separation of Level,

Style and Process. Educational & Psychological Measurement.

Eisenhards (1977). Understanding Students Learning. New Jersey: Prentice Hall.

Felder, R.M. dan Henriques, E.R. (1995). Learning and Teaching Styles in Foreign and Second Language Education, Foreign Language Annals

Hamzah Nun. (1999).Gaya pembelajaran pelajar di Universiti Teknologi

Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana.

Ishak Haron dan Koh, B.B. (1988). Asas-asas Dalam Amalan Pedagogi. Utusan

Publication & Distributors Sdn. Bhd.

P Jaganadan A/L Periasamy (1999). Gaya Pembelajaran Pelajar Berprestasi

Rendah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Pai Chee, Mersing Johor.

Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana.

Kamaruddin Mat Rejab (2000).

Pendidikan II : Psikologi Dalam Bilik Darjah. Malaysia: Longman.

Sulaiman Ngah Razali (1996).