edu 3108 minggu 11 tutorial 1&2.pptx
DESCRIPTION
Pembentangan TutorialTRANSCRIPT
IPG Kampus Darulaman, 06000 Jitra, Kedah Darul Aman.
EDU 3108Asas Kepemimpinan dan
Perkembangan Profesional Guru
Nama Pelajar : Chong Tzer Sheng Eng Wei Chien Tan Shi Yun Tham Hou Yin
Wong Chia Ci Kumpulan : PISMP Semester 8 Kursus : Pemulihan (BC) / MT/ BIAmbilan : Januari 2010Pensyarah : En. Saifudin Azam Shah Bin Ahmad
Minggu 11: Tutorial 1
Cari maklumat daripada pelbagai sumber tentang Program Literasi dan Numerasi. Bincangkan bagaimana guru boleh berfungsi sebagai agen perubahan dalam proses melaksanakan Program Literasi dan Numerasi tersebut.
Apa itu Program LINUS ???
LINUS adalah singkatan bagi program Literasi dan Numerasi.
LINUS adalah program pemulihan yang direka untuk memastikan pelajar menguasai kemahiran asas literasi (Bahasa Melayu) dan kemahiran numerasi (Matematik) di akhir tahun 3 sekolah rendah.
LINUS disasarkan kepada pelajar yang mempunyai kesukaran dalam kemahiran 3M (membaca, menulis, dan mengira).
Matlamat dan Definisi….Literasi
Celik huruf Kebolehan untuk membaca, menulis dan
memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah dengan menggunakan kata hubung “dan” serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian.
Numerasi Celik nombor Kebolehan untuk melakukan operasi asas
matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian.
Faktor kejayaan LINUS
Guru pemulihan ( 1:15 pelajar)
Pelantikan FasiLINUS (1:20 sekolah)
Jururawat di sekolah (1:700 sekolah)
Peningkatan Kemahiran Pedagogi Guru
melalui latihan dalam perkhidmatan dan
latihan pra-perkhidmatan.
Semua sekolah mesti mengambil bahagian
tanpa gagal dalam Program LINUS.
Strategi pelaksanaan Program LINUS
6 strategi telah dibentuk: Saringan murid (Tahun1, 2 dan 3) --- saringan kesihatan bagi mengenalpasti murid-murid berkeperluan khas --- murid yang tidak melepasi saringan akan ditempatkan dalam program LINUS
Pembinaan bahan
Peningkatan kemahiran pedagogi guru
Program kesedaran sekolah dan komuniti
Pemantauan, penyeliaan dan penilaian
Mewujudkan FasiLINUS
Rasional LINUS
Asas Literasi dan Numerasi merupakan kemahiran yang diperlukan bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan berinteraksi dalam kehidupan seharian serta membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.
KPM berpendapat satu pendekatan yang bersepadu perlu dilaksanakan untuk mengatasi masalah literasi dan numerasi seawal Tahap 1.
Perkara ini perlu diambil perhatian kerana murid-murid yang gagal menguasai kemahiran tersebut merupakan kumpulan berisiko keciciran dan berhadapan dengan kesukaran memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan kesukaran memilih kerjaya.
Kumpulan Sasaran LINUS
Murid-murid Tahap 1 yang berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi (kecuali murid-murid berkeperluan khas) yang mengikuti pendidikan di Sekolah Jenis Kebangsaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.
Pelaksanaan LINUS Pelaksanaan di sekolah:
WAJIB dilaksanakan di semua Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.
Penentuan murid: Semua murid-murid Tahun 1 (kecuali yang
berkeperluan khas) akan menduduki Saringan 1 untuk menentukan tahap penguasaan mereka pada awal Mac setiap tahun.
Pemilihan Guru Linus: Terdiri daripada guru Bahasa Melayu dan guru
Matematik Tahap 1 dan dibantu oleh guru Pemulihan Khas
Setelah menjalani Saringan 1, murid-murid akan dibahagikan kepada 4 kelompok utama:
Ditempatkan di aliran perdana
Ditempatkan di Program LINUS
Diajar oleh Guru
Pemulihan
Ditempatkan di Program
Pendidikan Khas
Menguasai konstruk 1-8 (Literasi) dan konstruk 1-10 (Numerasi).
* Bagi saringan 2 dan seterusnya, murid-murid perlu menguasai kesemua 12 konstruk
Tidak menguasai mana-mana konstruk 1-8 (Literasi) dan konstruk 1-10 (Numerasi).
*menyertai Program LINUS
Tidak menguasai konstruk 1 dan konstruk 2, melalui pemeriksaan doktor dan mengikuti program Pemulihan khas dalam LINUS.
Tidak menguasai konstruk 1 dan konstruk 2, melalui pemeriksaan doktor dan disahkan murid-murid berkeperluan khas.
Konstruk LiterasiKonstruk 1 Keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan konsonan.
Konstruk 2 Keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka.
Konstruk 3 Keupayaan membaca dan menulis suku perkataan suku kata terbuka.
Konstruk 4 Keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup.
Konstruk 5 Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup.
Konstruk 6 Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup "ng".
Konstruk 7 Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi diftong.
Konstruk 8 Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi vokal berganding.
Konstruk 9 Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi digraf dan konsonan berganding.
Konstruk 10 Keupayaan membaca dan menulis perkataan perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran.
Konstruk 11 Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah.
Konstruk 12 Keupayaan membaca, memahami dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan.
Konstruk NumerasiKonstruk 1 Keupayaan pranombor dan mengenal angka
Konstruk 2 Keupayaan membilang
Konstruk 3 Keupayaan memahami nilai nombor
Konstruk 4 Keupayaan membuat seriasi
Konstruk 5 Keupayaan mengenal mata wang Malaysia
Konstruk 6 Keupayaan menyatakan waktu
Konstruk 7 Keupayaan mengendalikan operasi asas
Konstruk 8 Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang Malaysia
Konstruk 9 Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isipadu
Konstruk 10 Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya
Konstruk 11 Keupayaan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat
Konstruk 12 Keupayaan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian melibatkan mata wang, masa dan ukuran panjang
Bahan dan Instrumen LINUSModul pembelajaran dan pengajaran asas
literasi dan numerasi yang sesuai dengan tahap keupayaan murid-murid bagi memastikan kejayaan program ini.
Guru digalakkan menyediakan dan menggunakan bahan-bahan pembelajaran dan pengajaran mengikut kesesuaian murid dan kreativiti.
Instrumen saringan dibina dan diguna pakai untuk menentukan sama ada murid telah menguasai asas literasi dan numerasi. Pembinaan instrumen saringan disediakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP).
Kandungan Program LINUS
Menggunakan kurikulum KBSR sebagai asas dalam menentukan skop kandungan pembelajaran dan pengajaran.
Kandungan skop kurikulum numerasi merangkumi aspek nombor bermula dari sifar hingga angka 1000 yang melibatkan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi.
Strategi Kandungan Modul
Organisasi kandungan: --- hierarki dari mudah ke lebih kompleks. --- setiap kemahiran disusun dengan lebih terperinci dan saling berkaitan dengan kemahiran lain. --- skop dan kedalaman dikurangkan.
Tumpuan: --- gaya pembelajaran murid --- menepati skop soalan dan cara penyoalan
Gaya pembelajaran: --- cara murid memproses maklumat dari konkrit kepada abstrak --- cara murid memproses maklumat dari konkrit pasif kepada aktif --- pelbagai cadangan strategi penyelesaian masalah --- aktiviti pembelajaran yang melibatkan murid secara aktif --- melibatkan seluruhan Hasil Pembelajaran dan Unit. --- diadakan juga lembaran kerja
Proses: --- membuat perkaitan --- membuat penaakulan --- komunikasi --- menyelesaikan masalah --- membuat perwakilan
Sebagai Penilai
Menyedia dan menjalankan ujian saringan pada bulan Mac, Jun dan September untuk mengenal pasti murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran dan tercicir dalam arus perdana.
Menjalankan ujian diagnostik untuk murid LINUS.
Menjalankan ujian dan penilaian berterusan dan merekodkannya dengan rapi dan tersusun.
Sentiasa membuat dan menjalankan refleksi kendiri bagi memperbaiki kelemahan dalam melaksanakan aktiviti pengajaran LINUS.
Tahun 1
Saringan 1(Mac)
12 Konstruk
LINUS
Saringan 2(Jun)
LINUS
Saringan 3(September)
LINUS
Tahun2
ArusPerdana
PemeriksaanPerubatan
YaTidak
Murid KeperluanKhas
Ya
YaTidak
Tidak
Tidak
Tidak
Tidak
Tidak
Ya
SARINGANLITERASI
Sebagai Pembimbing
Merancang dan menyelia serta melaksanakan program individu bagi pelajar-pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran yang tertentu.
Mengadakan bengkel dan demonstrasi pengajaran pemulihan di mana keadaan memerlukan.
Membantu guru LINUS secara langsung dan tidak langsung dalam penyediaan bahan bantu mengajar untuk murid LINUS.
Sebagai TerapeutikMengajar murid-murid yang lambat dan
menghadapi masalah kemahiran asas 3M.
Memiliki sifat-sifat seperti: Menghormati pandangan murid Kasih sayang Prihatin Adil dan saksama Memikir dan memberi perhatian terhadap
permintaan, pandangan, kebajikan, keperluan dan kebahagiaan murid-muridnya.
Menyediakan suasana bilik darjah yang sesuai dengan perancangan dan pengajaran.
Sebagai Khidmat Bantu
Membantu guru-guru LINUS merancang dan menambahbaikan aktiviti-aktiviti dan bahan-bahan pengajaran.
Membantu guru-guru mata pelajaran dalam mengenalpasti murid-murid yang memerlukan senarai pengajaran pemulihan.
Melaksanakan pelbagai teknik dan kaedah mengajar untuk memudahkan murid-murid yang menghadapi masalah literasi dan numerasi.
Mengubah dan menyesuaikan strategi P&P yang dapat menarik perhatian murid-murid.
Sebagai Penghubung
Berbincang dengan ibu bapa atau penjaga murid tertentu untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Mengadakan cadangan-cadangan kepada ibu bapa cara mereka boleh membantu demi kepentingan pembelajaran anak-anak.
Melaksanakan program kesedaran tentang pentingnya asas membaca, menulis dan mengira dalam kalangan warga sekolah dan komuniti.
Tutorial 2
Siapakah pemimpin yang anda sanjungi? Apakah ciri-ciri istimewa yang pemimpin memiliki?
Aminuddin Baki
Dilahirkan pada 26 Januari 1926 dan meninggal dunia
pada 25 Disember 1965
• "Bapa Pendidikan Malaysia" serta bekas Ketua Penasihat
Pendidikan Malaysia (kini dikenali sebagai Ketua Pengarah
Pendidikan) yang paling muda ketika berusia 36 tahun.
•Beliau mempertingkatkan mutu pelajaran di negara ini,
termasuk menyusun Dasar Pelajaran Kebangsaan melalui
Laporan Pendidikan Razak pada tahun 1956, dan Laporan
Abdul Rahman Talib pada tahun 1960.
•Banyak sekolah dan institusi di Malaysia telah dinamakan
sempena namanya.
•Beliau mempunyai pelbagai ciri-ciri perguruan yang
profesionalisme.
•Antaranya adalah,beliau merupakan seorang yang
bersemangat tinggi dalam perkhidmatannya sepanjang
berada dalam bidang perguruan ini.
•Beliau merupakan seorang tokoh pendidikan terulungyang
memiliki iltizam tinggi dalam memperjuangkan pendidikan
berkualiti dalam kalangan anak-anak bangsa negara.
•Beliau yakin bahawa pendidikan merupakan sesuatu
yangpenting bagi mencapai kemajuan.
•Sepanjang berada dalam bidang ini beliau sentiasa
bersemangat tinggi dalam memperjuangkan
perkembangan pendidikan.
•Selain itu, beliau juga mempunyai pengetahuan yang tinggi
bukan sahaja dalam bidang pendidikan malah juga bidang-
bidang lain.
•Beliau dikenali sebagai “ensiklopedia bergerak‟ kerana
pelbagai perkara berkaitan pendidikan seperti latihan
perguruan, sistem pelajaran, biasiswa, perpustakaan,
pendidikan teknik dan sebagainya berada di dalam
pengetahuannya.
•Aminuddin Baki yang juga digelar sebagai Bapa Pendidikan
Malaysiatelah diiktiraf sebagai perancang pendidik yang
bijaksana dan berpandangan jauh di Asia oleh United Nations
Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO).
•Beliau telah melibatkan diri dalam mengubahkan
beberapa dasar pendidikan negara untuk menghasilkan
satu sistem pendidikan kebangsaan di Tanah Melayu
yang manfaat kepada semua individu melalui
penguasaan ilmu pengetahuan yang luar biasa.
•Beliau juga seorang yang berkebolehan untuk
berkomunikasi dengan baik. Beliau telah mengekalkan
satu hubungan yang harmonis dengan golongan anak
bangsa dengan menyempurnakan kehendak mereka dan
membawa mereka ke satu arah yang wajar dengan
menekankan pendidikan.
•Beliau telah membentuk GabunganPelajar Melayu Semenanjung (GPMS) untuk menekankan betapa pentingnya pendidikan terutamanya kepada anak bangsa Melayu. •GPMS mempunyai satu hubungan yang baik bukan sahaja dengan golongan pelajar malah juga dengan ibu-bapa. •GPMS seringmengingatkan ibu bapa ketika itu supaya mengambil berat tentang pendidikan anak-anak.Melalui hubungan yang harmoni dan berkualiti antara guru, ibu bapa dan murid terbentuklah modal insan yang berjaya
•Di samping itu, Aminuddin Baki merupakan
seorang tokoh pendidikan yang mampu memberi
terbaik kapada negara dengan pemikiran yang
futuristik.
•Beliau telah melaksanakan pelbagai perubahan
dalam pendidikan di mana masih digunakan dan
diaplikasikan dalam sistem pendidikan negara.
Keputusan-keputusan wajar yang telah diambil
oleh beliau adalah berdasarkan ramalan masa
hadapan.
•Aminuddin Baki juga merupakan seorang
yangmempunyai hala tuju yang jelas.
•Beliau sentiasa berusaha dalam mencapai
matlamat beliau walaupun beliau meninggal
dunia dalam usia muda iaitu semasa berusia 39
tahun.
•Antara sumbangan Aminuddin Baki termasuklah:
•(i) Memperkenalkan Sejarah Islam kepada guru-guru
pelatih di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim,
Perak. (tetapi tidak termasuk dalam sukatan pelajaran)
•(ii) Melibatkan diri dalam penyediaan Penyata Razak
pada tahun 1955.
•(iii) Menjadi ahli jawatankuasa penasihat dalam
menyiapkan Laporan Rahman Talib pada tahun 1960:
•(iv) Mewujudkan Sijil rendah Pelajaran (SRP), Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM), dan Sijil Tinggi Pelajaran
Malaysia (STPM).
•(v) Menubuhkan Lembaga Peperiksaan Malaysia
Tutorial 2
Adakah kebolehan memimpin itu merupakan bakat semula jadi, atau setiap orang boleh dilatih untukmenjadi pemimpin? Beri ulasan anda.
Definisi kepemimpinan
Kepemimpinan ialah satu proses yang mempengaruhi aktiviti-aktiviti kelompok ke arah mencapai matlamat kelompok dalam masa tertentu (Maimunah, 1990)
Satu proses yang dinamik, berbeza daripada satu suasana ke satu suasana yang lain dan bergantung kepada pemimpinnya, pengikut, persekitaran dan struktur kelompok (Jamilah & Lambak, 2001).
Kepemimpinan adalah sebagai pengaruh, seni atau proses mempengaruhi orang lain supaya mereka akan berjuang dengan rela hati dan penuh semangat ke arah pencapaian matlamat bersama (Bass, 1990).
Definisi kepemimpinan
Satu proses mengadakan perbincangan dan membuka ruang untuk pengikut mengemukakan idea-idea mereka sebelum sesuatu polisi dirumuskan; dan akan memberkan kepuasan kepada pengikut (Razali, 1993).
Satu proses menyelesaikan sesuatu perkara melalui orang; apabila terdapat objektif yang perlu dicapai atau tugas yang perlu dilakukan dan apabila lebih daripada seorang individu diperlukan untuk melakukan sesuatu (Amstrong, 1990).
Ciri-ciri kepemimpinan
Individu yang mempunyai ciri-ciri kepemimpinan ialah individu yang mempunyai personaliti adil, tegas, sihat, jujur, rajin, berani, tekal, berpengetahuan tentang kerja, taat setia, keghairahan, korban diri, disiplin diri dan yakin diri.
Malahan pemimpin seharusnya mempunyai ciri-ciri seperti kebersihan jiwa dan rohani, kesihatan dan kekuatan badan, keupayaan mental dan fikiran, memberi perhatian kepada ahli yang dipimpinnya, teladan yang baik, pandangan yang tajam, kemahuan yang kuat, dan optimisme.
Ciri-ciri kepemimpinan
Terdapat 4 ciri penting pada seseorang pemimpin iaitu: Fizikal (ketinggian, berat badan, perawakan
fizikal, kecergasan dan mempunyai paras rupa),
Sosial (sifat belas kasihan, sabar, orientasi
pekerja dan kematangan emosi),
Perawakan (dominan diri, aggresif, ekstrovet
(pentingkan hal lahiriah), yakin dan
penghormatan diri), dan
Peribadi (kebolehan berkomunikasi, keupayaan
intelek, orientasi pencapaian, keupayaan bekerja
kuat dan bertanggungjawab).
Ciri-ciri kepemimpinan
Konsep kendiri merupakan antara elemen penting ciri kepemimpinan. Konsep kendiri yang positif membentuk pencapaian kendiri yang tinggi, di mana ia terdiri daripada ciri-ciri diri yang positif yang juga menyumbang kepada pembentukan ciri kepemimpinan dan konsep kendiri terdiri daripada aspek personal iaitu emosi, imej diri, kawalan impuls, penguasaan dan daya tindak, perhubungan dengan rakan sebaya , hubungan dengan keluarga, psikopatologi, penyesuaian yang unggul dan matlamat pendidikan kerjaya.
Pemimpin Formal dan Tidak Formal
Kepemimpinan berlangsung dalam setiap aspek
kehidupan manusia. Setiap orang memiliki
kebolehan, kemampuan dan pengetahuan
mengenai kepemimpinan. Persoalannya berapa
ramaikah yang sedar akan perkara ini. Setiap
orang adalah pemimpin dan mengamalkan stail
kepemimpinan yang tersendiri yang sejajar
dengan kehendak organisasi, agensi dan diri
sendiri.
Pemimpin Formal dan Tidak Formal
Sama ada menjadi pemimpin dalam organisasi,
masyarakat, keluarga hatta pada diri sendiripun,
individu cenderung mengamalkan
kepemimpinan yang dirasakan sesuai, menepati
dan menganjurkan kemajuan sejajar dengan
objektif yang ditujui. Justeru setiap orang adalah
pemimpin, namun tidak semua orang
berpeluang dilantik atau diberi autoriti sebagai
pemimpin.
Pemimpin Formal dan Tidak Formal
Walau bagaimanapun, kegagalan mendapatkan
tempat sebagai pemimpin, tidak bemakna
individu tidak boleh memimpin. Paling tidakpun
memimpin diri sendiri. Oleh yang demikian,
wujudlah dua konsep asas kepemimpinan iaitu
kepemimpinan formal dan kepemimpinan tidak
formal.
Kepemimpinan Formal Kepemimpinan formal adalah pemimpin itu dilantik, dipilih dan diletakkan di kedudukan sebagai pemimpin. Individu tersebut memiliki kuasa berupa kuasa yang diberikan untuknya memutuskan sesuatu perkara, keputusannya diakui dan diturut.
Lazimnya pemimpin sebegini menganjurkan stail kepemimpinan bersesuaian dengan kehendak anggota yang melantik atau memilihnya. Kepemimpinan jenis ini dibayar gaji sebagai pengiktirafan. Kepemimpinan formal ini juga biasanya berada dalam organisasi yang berstruktur dan hirarki tugas dan jawatan.
Contoh: pemimpin politik, ketua eksekutif organisasi.
Kepemimpinan Tidak Formal Corak kepemimpinan tidak formal adalah berlawanan dengan kepemimpinan formal. Pemimpin tidak memiliki kuasa mutlak dan biasanya secara sukarela mengepalai atau mengetuai sesuatu kumpulan. Pemimpin tidak di bayar gaji. Walaupun ada ganjaran, lazimnya berbentuk penghargaan dan pengiktirafan.
Pemimpin mengetuai sesuatu atau kumpulan kerana kesedaran, kemahuan sendiri dan kecenderungan untuk berkongsi pengalaman, pengetahuan dan kemahiran. Kumpulan atau organisasi yang diketuai tidak memiliki struktur organisasi yang ditetapkan.
Contoh: ketua keluarga, ketua kumpulan rakan sebaya, ketua aktiviti perkhemahan.
Ulasan/ Kesimpulan
Pada mulanya andaian yang dibuat melalui
pendekatan ini ialah ciri-ciri kepemimpinan ini
adalah semulajadi dan tidak dibentuk. Atau
dengan erti kata lain, seseorang pemimpin
dilahirkan dengan ciri-ciri kepepimpinan.
Sungguhpun begitu tidak semestinya seorang
pemimpin yang berjaya itu dilahirkan dengan ciri
kepemimpinan semulajadi tetapi ciri tersebut boleh
dipelajari atau dibentuk daripada pengalaman.