assgmnt psikologi bilazim (2) - copy
TRANSCRIPT
JABATAN SAINS SOSIAL & PENDIDIKAN
PSIKOLOGI BILAZIM
NEUROSIS: KECELARUAN KEBIMBANGAN
(PSY 2093)
MASYITOH BINTI MOHAMED
(1201 2500)
DIPLOMA PSIKOLOGI
NAMA PENSYARAH :
PN. NORAZIZAH BT ABDUL AZIZ
SEMESTER III (2012/2013)
1
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang....
Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah hirrabbil’alamin, saya merafakkan sepenuh kesyukuran ke
hadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya, dapat saya menyelesaikan tugasan
yang diamanahkan ini dengan penuh jayanya pada tempoh masa yang ditetapkan.
Setinggi – tinggi pengahargaan kepada pensyarah yang mengajar subjek Psikologi Bilazim
iaitu Pn. Norazizah Binti A.Aziz kerana memberi tunjuk ajar sepanjang saya menyiapkan
tugasan ini.
Seterusnya, ucapan penghargaan ini juga ditujukan kepada kedua ibu dan bapa saya
kerana memberi sokongan serta dorongan bagi menyiapkan tugasan ini. Saya juga
mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang membantu saya secara
langsung atau tidak langsung. Pelbagai ilmu baru saya dapat sepanjang saya
menyiapkan tugasan ini.
Sebarang kesilapan harap dimaafkan dan saya meminta keampunan Allah SWT atas yang
sedemikian itu kerana tiadalah daya dan upaya saya melainkan dengan pimpinan dan
pertolonganNYA. Teguran yang membina adalah amat dialu-alukan.
2
ISI KANDUGAN
Bil. Tajuk Muka Surat
1. Pendahuluan 4
2. Definisi kecelaruan kebimbangan 5
3. Kecelaruan kepanikan 6-7
4. Kecelaruan kebimbangan am 8
5. Kecelaruan fobia 9-12
6. Rujukan 13
7. Lampiran 14
3
Pendahuluan
Kesukaran untuk membezakan antara tingkah laku normal dan abnormal (bilazim) telah
menyebabkan lahir berbagai-bagai pendekatan untuk memperolehi suatu definisi saintifik
yang tepat mengenai tingkah laku abnormal (bilazim).
Kecelaruan kebimbangan merupakan kecelaruan psikologi yang biasa berlaku.
kebimbangan adalah perasaan yang kabur, ketidakselesaan umum bahawa sesuatu yang buruk
mungkin akan berlaku. Begitu juga kebimbangan bertindak balas terhadap ketakutan untuk
dicederakan atau kehilangan sesuatu bernilai.
Sesetengah ahli professional membezakan di antara ketakutan dengan kebimbangan.
Ketakutan merupakan satu perasaan iaitu emosi yang wujud daripada bahaya yang konkrit
iaitu nyata dan sebenar, sementara kebimbangan merupakan perasaan iaitu emosi yang wujud
daripada sebab yang kabur dan tidak khusus.
Kebanyakan manusia menghadapi serangan kebimbangan apabila berada dalam situasi
tertentu, contohnya merasa bimbang mungkin tetamu akan datang ke rumah kerana di rumah
sudah kehabisan kopi atau gula. Kadang kala kebimbangan adalah adalah normal dan sesuai,
kerana ia boleh mendorong kita untuk menyelesaikan masalah yang menyebabkan kita
bimbang.
Namun kebimbangan juga boleh menjadi satu kecelaruan apabila ianya terjadi dalam
bentuk ekstrim dan bilazim atau abnormal (tidak normal) dan sekiranya kebimbangan itu
berpanjangan walaupun tanpa kehadiran bahaya tersebut. Di antara kecelaruan kebimbangan
ialah kecelaruan kebimbangan am, kecelaruan panik, kecelaruan fobia, dan kecelaruan
obsesif-kompulsif.
4
Definisi Kecelaruan Kebimbangan.
Kebimbangan merupakan kecelaruan psikologi yang biasa dialami semua manusia. Ia
merupakan suatu perasaan tekanan yang merupakan reaksi terhadap situasi-situasi yang
menekan. Kebimbangan merupakan perasaan yang kabur, ketidakselesaan umum bahawa
sesuatu yang buruk mungkin akan berlaku.
Begitu juga kebimbangan merupakan perasaan tidak menyelesakan yang dirasai akibat
daripada bertindak balas terhadap ketakutan untuk dicederakan atau kehilangan sesuatu yang
bernilai. Sesetengah ahli profesional membezakan di antara ketakutan dengan kebimbangan.
Ketakutan adalah satu perasaan atau emosi yang wujud daripada bahaya yang konkrit
iaitu nyata atau sebenar, sementara kebimbangan merupakan satu perasaan atau emosi yang
wujud daripada sebab yang kabur dan tidak khusus.
Kebanyakan manusia menghadapi kebimbangan apabila berada dalam situasi tertentu,
contohnya merasa bimbangan mungkin tetamu akan datang ke rumah kerana di rumah sudah
kehabisan
5
Kecelaruan Kepanikan
Panik merupakan serangan tahap tertinggi kebimbangan, yang dicirikan oleh pemikiran
yang tidak tersusun, perasaan takut dan ketidakupayaan dan tingkah laku tanpa tujuan.
Kecelaruan panik katakan sebagai serangan yang mendadak atau mengejut oleh kebimbangan
yang melampau.
Kebiasaannya panik berlaku dalam beberapa minit sahaja. Serangan panik ini biasanya
dikaitkan dengan pengucapan awam seperti bercakap di hadapan orang ramai, konflik antara
perseorangan peperiksaan atau situasi-situasi tekanan yang tinggi. Tambahan pula, serangan
panik juga mengiringi pelbagai jenis mood dan kebimbangan yang lain.
Bagi mereka yang mengalami kecelaruan panik merasai kombinasi simptom-simptom
fisiologi seperti degupan jantung yang kencang, nafas tersekat, berpeluh, pening dan simptom
psikologi seperti kerisauan yang melampau, rasa takut dan perasaan tentang sesuatu yang
buruk akan berlaku.
Mereka juga merasa bahawa mereka terasing daripada tubuh badan sendiri atau mereka
merasai manusia lain tidak benar. Kebanyakan yang mengalami kecelaruan panik adalah
golongan wanita, di mana di barat mereka ini lebih berisiko dan cenderung untuk mengambil
alkohol dan penyalahgunaan dadah, bermasalah untuk berfungsi sosial secara cekap,
membunuh diri, bermasalah dalam hubungan suami-isteri dan mengalami kemurungan.
Kecelaruan panik kadang kala merupakan penyakit progresif, yang berkembang
mengikuti enam peringkat iaitu peringkat pertama hingga keenam. Pada peringkat awal atau
peringkat pertama, individu hanya mengalami sedikit simptom kebimbangan seperti tidak
seimbang dan sesak nafas. Serangan panik yang hebat berlaku di peringkat kedua, ia ditandai
dengan simptom-simptom panik dan juga perasaan takut yang hebat.
Pada peringkat ketiga, individu akan dipenuhi dengan masalah kesihatan dan penyakit
fizikal yang lain. Seterusnya pada peringkat keempat, individu merasa takut akan diserang
panik dan sentiasa cuba menghindari situasi yang boleh membawa kepada serangan panik
berlaku. Pada peringkat kelima pula, ketakutan serangan panik mejadi begitu hebat sehingga
menyebabkan pergelakan fobia atau agrofobia iaitu ketakutan untuk meninggalkan rumah dan
bersendirian di kawasan awam. Gaya hidup dan kehidupan keluarga individu berada dalam
6
keadaan huru-hara akibat daripada kecelaruan ini. Dan pada peringkat terakhir, keadaan yang
terjadi pada peringkat kelima membawa kepada kemurungan major pada diri individu
tersebut.
Pendekatan biopsikologikal menyatakan bahawa kecelaruan panik adalahh diwarisi
melalui genetik daripada generasi yan lalu. Perkara ini dibuktikan melalui kajian kembar
seiras. Menurut pendekatan kognitif pula, kecelaruan panik disebabkan oleh pemikiran yang
tidak sempurna seperti pemikiran yang merosakkan iaitu pemikiran salah-atribusi , simptom
fizikal bangkitan sederhana yang disebabkan oleh faktor-faktor seperti kafein, senaman,
tekanan sederhana atau ingatan emosi kepada kecelaruan mental dan fizikal yang serius.
Sebagai contoh, perkara yang sebenarnya tidak serius dari segi fizikal tetapi di tafsirkan
sebagai serius.
7
Kecelaruan Kebimbangan Am
Kecelaruan kebimbangan am dicirikan oleh perasaan kebimbangan yang kekal dan kronik
dalam menyebabkan situasi hidup. Ia merupakan perasaan kebimbangan yang menyeluruh,
cemas atau susah hati terhadap kemusnahan yang akan berlaku dan terlalu sensitif terhadap
kritikan. Biasanya mereka ini mengalami kebimbangan yang berlebih-lebihan, yang sukar
untuk dikawal.
Sebagai contoh, mereka secara berlebih-lebihan bimbang terhadap kedudukan kewangan,
kesihatan, keadaan keluarga, prestasi kerja, hubungan dengan orang lain dan seumpamanya.
Dari segi psikologinya, mereka yang mengalami biasanya berasa letih, tegang, resah, sukar
untuk tidur, dan tiada tumpuan. Di antara simptom fizikal pula ialah berpeluh, degupan
jantung yang kuat, sakit kepala, ceret-beret, ketegangan otot dan kerap buang air kecil.
Dari segi penerangan teoritikal pula, pendekatan biopsikologi menekankan faktor warisan
genetik, biokimia dan bangkitan otak sebagai penyebab. Kebimbangan juga dikaitkan dengan
pengurangan aktiviti neuron. Ahli psikoanalisis pula menekankan bahawa ianya disebabkan
oleh kelemahan ego yang tidak mampu memenuhi atau mengawal kehendak id.
Seterusnya, ahli-ahli kognitif-tingkah laku pula memberi pandangan bahawa manusia
melebih-lebihkan bilangan ancaman dan tahap ancaman, yang menyebabkan mereka sentiasa
berada dalam keadaan bangkitan “lawan atau lari”. Pada pandangan humanistik pula
menekankan bahawa ianya disebabkan oleh perbezaan antara kendiri sebenar dengan kendiri
ideal, di mana kebimbangan wujud akibat daripada manusia tidak dapat mencapai kendiri
yang ideal.
8
Kecelaruan Fobia
Kecelaruan fobia lebih kurang seperti kecelaruan obsesif-kompulsif, kecelaruan fobia
merupakan pola tingkah laku yang terbentuk sebagai satu pertahanan daripada kebimbangan.
Istilah fobia berasal daripada perkataan phobos (nama tuhan-takut Greek), yang merujuk
kepada pengalaman takut yang keterlaluan dan tidak wajar.
Khususnya, fobia juga disebut sebagai gerun merujuk kepada ketakutan atau kegerunan
yang keterlaluan, yang berpanjangan dan tidak rasional terhadap objek, aktiviti atau situasi
yang seseorang itu cuba untuk mengelakkannya. Mereka yang berperasaan sebegini
menyedari bahawa ketakutan itu adalah tidak rasional, tetapi berusaha untuk mengelakkan
situasi atau objek berkenaan.
Misalnya, terdapat manusia gerun apabila berada di tempat tinggi, melihat ular dan darah,
takut hilang kawalan, takut kelihatan sebagai tidak cekap, mempertahankan diri daripada
ancaman yang mengancam harga kendiri dan yang mengancam piawaian tingkah laku yang
bersifat kesempurnaan. Terdapat banyak jenis kecelaruan fobia, tetapi kesemuanya
mempunyai ciri-ciri yang sama seperti tindak balas tingkah laku yang tidak rasional,
ketakutan berpanjangan, tingkah laku penghindaran dan ketidakupayaan.
Jenis kecelaruan fobia yang pertama adalah tindak balas tingkah laku yang tidak rasional
iaitu fobia bersifat tindak balas tingkah laku yang tidak rasional kepada pesakit dan juga
kepada orang lain yang memerhatikan tingkah laku tersebut. Seterusnya yang kedua,
berpanjangan iaitu ketakutan tersebut adalah berterusan atau berpanjangan.
Yang ketiga adalah tingkah laku penghindaran iaitu pesakit memperlihatkan tingkah laku
penghindaran seperti cuba menghindarkan diri daripada objek atau situasi yang
mengerunkan. Seterusnya yang keempat, ketidakupayaan iaitu tingkah laku tersebut boleh
menyebabkan pesakit mengalami masalah ketidakupayaan yang berkaitan dengan sumber-
sumber kegerunan dalam kehidupan seharian.
Terdapat tiga jenis fobia, iaitu agorafobia, fobia sosial dan fobia khusus. Agorafobia
adalah merujuk kepada rasa takut terhadap tempat atau ruang orang ramai yang bersifat
terbuka seperti lorong jalan kaki dan pusat membeli-belah. Biasanya mereka ini berasa gerun
kerana akan berasa malu apabila mengalami serangan panik yang mendadak, di mana
9
menjagakakan pertolongan yang segera tidak akan diperolehi. Mereka ini biasanya cuba
mengelakkan diri daripada berada di lorong yang sibuk, pusat beli belah yang sibuk, restoran,
dan kenderaan awam. Mereka tidak akan meninggalkan rumah selagi tidak berteman.
Kebanyakan mereka terdiri daripada wanita. Sesetengah ahli psikologi berpendapat bahawa
agoraphobia adalah salah satu bentuk kecelaruan panik yang keterlaluan.
Seterusnya, fobia sosial iaitu rasa takut yang bersifat tidak rasional dan penghindaran
situasi sosial di mana seseorang mungkin merasa boleh memalukan atau menghinakan diri
sendiri dengan cara kekok, janggal, bodoh atau tidak cekap di hadapan orang ramai. Sebagai
contoh, mereka ini takut untuk melakukan kerja-kerja dihadapan orang ramai seperti
bercakap, makan dan menulis dan menggunakan kemudahan awam.
Selain itu, ia juga boleh mengambil bentuk kebimbangan persembahan, contohnya
bimbang untuk berlakon atau memainkan alat muzik di hadapan orang ramai. Golongan
remaja merupakan golongan yang teramai mengalami fobia sosial, di mana ia dikatakan
berasal daripada perasaan malu semasa kanak-kanak atau pengalaman peristiwa traumatik
seperti sebelum pernah dimalukan dikhayalak orang ramai. Fobia sosial boleh memberi
impak serius ke atas prestasi di tempat kerja, menghalang kemajuan kerjaya dan pelajaran.
Kadang kala mereka ini mengalihkan masalah dengan mengambil alcohol atau dadah.
Fobia khusus adalah merujuk kepada rasa gerun terhadap objek atau situasi seperti
haiwan, tempat tinggi atau serangga. Mereka yang mempunyai fobia khusus ini biasanya
takut terhadap benda-benda sama yang ditakuti oleh orang lain, akan tetapi ketakutan mereka
ini berlebih-lebihan. Ianya dianggap sebagai fobia sekiranya rasa takut tersebut mampu
menyebabkan tekanan atau mencampuri kehidupan seseorang dalam banyak cara.
Di antara kategori fobia khusus adalah seperti fobia situasi iaitu rasa takut terhadap lif,
menaiki kapal terbang, terowong, tempat tertentu, pengakutan awam atau jambatan. Takut
terhadap persekitaran semulajadi iaitu rasa takut terhadap petir, ribut, air, lautan, angin yang
kuat, hujan dan ketinggian. Fobia haiwan merupakan rasa takut terhadap haiwan seperti
anjing, ular, kucing, serangga atau tikus. Fobia darah, suntikan, kecederaan iaitu rasa takut
melihat darah, menerima suntikan atau kemalangan, kemungkinan disebabkan pengalaman
lalu.
10
Dari segi tingkah laku pula, penghindaran merupakan ciri utama fobia. Khuatir atau risau
sekiranya hilang kawalan menyebabkan seseorang itu cuba menghindar objek dan situasi
yang boleh meningkatkan kebimbangan. Sekiranya objek atau situasi tidak dapat dihindari
secara mudah, tingkah laku kebimbangan itu boleh mengganggu keseluruhan kefungsian dan
gaya hidup pesakit.
Manusia yang menderitai agorafobia terlalu bergantung kepada orang lain kerana tingkah
laku penghindaran itu mendominasi kesemua aktiviti mereka. Mereka mungkin menjadi lebih
mudah panik apabila berada di luar rumah dan ini menyebabkan kebanyakan masa dan
kehidupannya dihabiskan di dalam rumah.
Dari segi perasaan pula, manusia yang menderitai kecelaruan fobia, ketakutanlah yang
akan mendominasi hidup mereka. Kebanyaknya, mereka takut kepada objek dan situasi.
Mereka juga takut pendedahan, yang mungkin boleh menyebabkan mereka ditertawakan dan
dimalukan serta merasa takut ditinggalkan atau diketepikan semasa mengalami fobia. Apabila
berhadapan dengan objek atau situasi yang menakutkan manusia yang berkecelaruan fobia ini
boleh merasa panik.
Panik itu sendiri biasanya disertai oleh perasaan takut, sebagai contoh takut sekiranya
hilang kawalan, rebah, diserang sakit jantung, hilang ingatan dan menjadi tidak siuman.
Apabila pesakit pernah mengalami panik, pesakit akan mula rasa takut bahawa serangan itu
akan berulang lagi. Oleh disebabkan serangan itu begitu menakutkan, maka ketakutan
bahawa serangan yang lain akan berlaku menjadi kemurungan major dalam kehidupan
mereka. Situasi “takut kepada takut”, yang mana jangkaan yang melampau terhadap
kebimbangan boleh menjadi pengalaman perasaan yang dominan, khususnya kepada mereka
yang mengalami agorafobia.
Dari segi kognitif pula, walaupun pesakit menyedari bahawa tindak balas mereka adalah
tidak wajar dan tidak rasional, namun mereka tidak berupaya untuk menerangkannya dan
menghapuskannya. Kehidupan mereka dipenuhi dengan pemikiran tentang kebimbangan
yang mungkin terjadi dan mempunyai jangkaan negatif tentang masa hadapan.
Manusia yang mengalami kecelaruan fobia telah membentuk harga kendriri yang rendah
dan menerangkan diri mereka sebagai tidak lengkap dan sebagai manusia yang gagal. Mereka
percaya bahawa mereka memerlukan sokongan dan galakan daripada orang lain. Mereka
mula melihat diri mereka sebagai tidak berupaya, bergantung hidup dan sering merasa
11
kecewa kerana berterusan mengalami masalah tersebut. Malahan terdapat di kalangan mereka
yang mudah terasa bahawa mereka mempunyai sakit mental.
Selain itu, dari segi faktor-faktor penyumbang kepada fobia, pendekatan biologi
menekankan bahawa fobia diperolehi melalui proses evolusi di mana manusia secara
biologikalnya takut kepada haiwan dan situasi tertentu untuk tujuan kelangsungan spesis
manusia. Mengikut pendekatan psikodinamik, fobia disebabkan oleh kebimbangan yang
dipindahkan kepada objek atau situasi lain.
Pendekatan pelajaran pula menekankan bahawa fobia terbentuk melalui pembelajaran,
sama ada melalui pengalaman sebenar atau melalui pemerhatian terhadap tingkah laku
manusia lain yang berfobia. Pendekatan humanistik mencadangkan fobia ada kaitan dengan
kecekapan kendiri, di mana ia disebabkan oleh kepercayaan tentang kurang keupayaan untuk
berdaya tindak ke atas objek atau situasi yang menekan.
12
Rujukan
1. Ma’rof Redzuan & Haslinda Abdullah. 2008. Psikologi. Edisi Ketiga. Universiti Putra
Malaysia : McGraw-Hill.
2. Azizi Yahaya & Jamaludin Ramli. 2007. Psikologi Abnormal. Universiti Teknologi
Malaysia.
3. Asmawati Desa. 2004. Psikologi Untuk Golongan Profesional. Edisi Kedua.
Universiti Kebangsaan Malaysia : McGraw-Hill.
13
LAMPIRAN
14