psikologi bilazim : kecelaruan penyesuaian

Download Psikologi bilazim : KECELARUAN PENYESUAIAN

Post on 03-Jul-2015

547 views

Category:

Documents

2 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • 1. PSIKOLOGI BILAZIM (APJ 3163) ~PN SUHAYA BT HJ DERAMAN~ TAJUK : KECELARUAN PENYESUAIAN NURUL AINA AL FAATIHAH BT HAMDANI (100 234) SITI ZULAIKHA BT ABU NOH (100 467) NOOR HASHIMAH BT RAZALI (100 718)

2. PENGENALAN Kecelaruan tingkah laku bukan perkara baru dalam kehidupan manusia. Ia adalah satu fenomena yang melanda masyarakat sejak dahulu kala. Ia melanda semua golongan manusia tanpa mengambil kira golongan atau kaum etnik. Ia menyerang semua golongan dewasa mahupun kanak-kanak. 3. KECELARUAN PENYESUAIAN Masalah yang biasa dialami oleh manusia terbahagi kepada dua kategori, iaitu masalah yang berkaitan dengan diri individu sendiri dan masalah yang berkaitan dengan orang lain. Kategori masalah ini merupakan maksud kepada masalah penyesuaian dalam kehidupan manusia. Masalah individu yang dimaksudkan di sini termasuk masalah mengawal tabiat diri, menangani perasaan kesunyian, menangani kesalahan yang telah dibuat dan mempelajari menghormati diri sendiri. Masalah yang berkaitan dengan orang lain pula melibatkan berbuat baik kepada orang lain, mengikut arah kelompok tertentu yang berkaitan dengan individu, membina persahabatan yang intim dan menghadapi ketidakselesaan dalam kehidupan dengan orang lain. 4. KECELARUAN PENYESUAIAN Penyesuaian dianggap sebagai sumber penyelesaian masalah yang melahirkan proses intelektual seperti persepsi, pembelajaran, memori dan penguasaan kemahiran. Ianya juga boleh melibatkan emosi seperti stres, marah, takut, bimbang, tertekan, bersalah, malu, kec ewa, ugutan dan konflik. Jika salah penyesuaian ini dibiarkan berlarutan, ianya boleh menjadi salah penyesuaian yang lebih serius hingga ke peringkat kecelaruan. Penyesuaian manusia boleh berlaku secara intelek dan emosi. 5. KECELARUAN PENYESUAIAN Penyesuaian secara intelek melibatkan persefahaman dan kemampuan. Manakala penyesuaian emosi melibatkan perasaan, kebimbangan, kerisauan, tekanan dan sebagainya. Kejayaan individu menguruskan kedua-dua penyesuaian ini akan membantu individu stabil tetapi jika sebaliknya individu tersebut akan terpincang. Apabila seseorang tidak dapat menyesuaikan diri dengan baik atau memberi reaksi yang melampau ke atas sesuatu tekanan psikososial seperti masalah penceraian, dibuang kerja, penyakit kronik dan masalah ekonomi diri, maka akan menyebabkan gangguan terhadap perjalanan hidup, kerjaya dan hubungan sosialnya. 6. PUNCA-PUNCA KECELARUAN PENYESUAIAN 1. Keadaan Sosial : Kemiskinan, keadaan hidup serba kekurangan, tiada tempat tinggal, keadaan masyarakat yang tidak terurus. 2. Faktor Keluarga : Ibu bapa yang tidak matang, penjenayah, melakukan penderaan terhadap kanak-kanak, kehidupan rumahtangga yang hidup melarat dan menderita, hubungan ahli keluarga yang bercelaru. 3. Faktor Psikologikal : Stres, tahap IQ yang rendah, proses pembelajaran yang bercelaru dan tidak berstruktur, tidak mempunyai kepakaran atau tidak menguasai dalam bidang-bidang tertentu. 4. Faktor Biologikal : Ketidakupayaan fizikal yang kronik. 7. JENIS-JENIS KECELARUAN PENYESUAIAN 8. 1) Kecelaruan Penyesuaian dengan Ragam Tak Tipikal. Kecelaruan penyesuaian dengan ragam kemurungan memperihalkan keadaan seseorang yang tidak dapat menguruskan tekanan dengan baik dan menonjolkan sifat kemurungan seperti sering menangis, sedih dan tiada harapan untuk terus hidup. Mereka ini akan menonjolkan emosi yang berlebih-lebihan. 9. CONTOH: Model bunuh diri selepas kekasih batal temu janji CARDIFF:Seorang pelajar merebahkan dirinya ke bawah kereta api yang bergerak selepas menerima mesej pesanan ringkas daripada teman lelakinya yang membatalkan temu janji mereka untuk menonton wayang. Satu inkues diberitahu, Gabrielle Joseph, 16, memberitahu rakan di Facebooknya: Saya akan membunuh diri malam ini kerana terlalu kecewa selepas temu janjinya pada keesokan malam dibatalkan. Pelajar yang juga model remaja itu mati beberapa jam kemudian. Gabrielle disifatkan sebagai remaja yang periang dan peramah dengan kehidupan yang sibuk, belajar di sebuah kolej dan menjalankan dua kerja sampingan, termasuk satu di kedai fesyen Hollister yang popular. Dia bercita-cita menjadi model terkenal dan dalam laman webnya, dia menulis: Untuk menjadi orang yang tidak boleh diganti, kita perlu sentiasa berbeza. Inkues diberitahu, dia begitu terganggu selepas menerima mesej berkenaan pada hari Easter April lalu dan 75 minit kemudian, dia mati akibat kecederaan teruk selepas dilanggar kereta api yang bergerak selaju 125 kilometer sejam berhampiran kediamannya. - Agensi Artikel ini disiarkan pada : 2011/12/22 10. 2) Kecelaruan Penyesuaian dengan Ragam KecemasanMerujuk sifat seseorang yang menghadapi tekanan dengan penuh emosi. Mereka sentiasa kelihatan resah dan tegang kerana menahan emosi. 11. CONTOH: Hilang punca bantu keluarga Oleh Arifin Salleh am@hmetro.com.my ALOR GAJAH: Tidak tahan melihat penderitaan adik-beradik yang bergelut untuk meneruskan persekolahan selain membantu keluarga yang kesempitan wang, seorang gadis berusia 17 tahun nekad menjaja tubuh montoknya melalui laman sosial untuk hidangan lelaki miang dengan dikenakan bayaran tertentu sejak setahun lalu. Gadis yang masih belajar di sebuah sekolah menengah itu mendakwa terpaksa berkorban selepas keperluan persekolahan tiga adiknya tergendala apabila bapa yang menjadi ketua keluarga kini terlantar sakit di rumah akibat angin ahmar, kencing manis dan darah tinggi. Dia yang mahu dikenali sebagai Riena, 17, mendakwa hanya melakukan perbuatan itu pada hujung minggu di hotel atau rumah lelaki yang melanggannya sejak setahun lalu. Saya mula terjebak dengan kegiatan tidak bermoral ini selepas dara diragut teman lelaki sebelum dia meninggalkan saya hingga merana. Pada masa sama keluarga pula ditimpa masalah selain dipengaruhi rakan. Keluarga saya ketika itu tertekan kerana masalah kewangan yang meruncing apabila ayah sakit dan terlantar di rumah. Selepas ayah terlantar, ibu terpaksa keluar bekerja sebagai kerani dengan gaji bulanan tidak sampai RM500, katanya yang juga anak sulung kepada empat beradik ketika ditemui di sini. Artikel ini disiarkan pada : 2012/03/31 12. 3) Kecelaruan Penyesuaian Dengan Pelbagai Emosi Kecelaruan penyesuaian jenis ini melibatkan pelbagai campuran emosi yang merujuk kepada individu yang menghadapi tekanan dengan kemurungan,kebimbangan dan pelbagai emosi lain. Mempunyai gerak balas atau respon emosi yang tidak bersesuaian dengan situasi. Sebagai contoh:menangis ketika orang gembira, begitu juga sebaliknya. Antara jenis2 emosi yang tidak bersesuaian dengan situasi ialah: a) Emosi yang berlebihan berlaku apabila seseorang itu mengalami emosi yang berlebihan daripada sepatutnya. b) Emosi malap pula berlaku emosi yang sentiasa murung dan tidak ceria. c) Emosi mendatar berlaku apabila individu itu tidak menunjukkan tindak balas emosi terhadap peristiwa @ situasi yang berkaitan dengan dirinya. d) Anhedonia iaitu keadaan pesakit yang tidak mampu mengalami keseronokan, menyebabkan emosinya kosong dan sesetengah daripada mereka akhirnya membunuh diri. 13. 4) Kecelaruan Penyesuaian dengan Gangguan KelakuanGangguan kelakuan yang berlaku apabila seseorang itu menghadapi tekanan. Gangguan ini melibatkan orang lain dan perbuatan yang menyebabkan perlanggaran undang-undang. 14. Harian Metro Online TIKAM DADA LEBIH 10 KALI (27 Februari 2011) HULU KLANG: Tidak tahan dengan tekanan hidup, seorang lelaki berusia 56 tahun nekad menikam dada dan perutnya lebih 10 kali dengan pisau ketika di bilik tidur bersama isteri di rumah mereka di Jalan Wangsa 11, Bukit Antarabangsa, di sini, pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 6.40 pagi, isteri lelaki terbabit dikatakan menyedari kejadian selepas terjaga daripada tidur sebaik terdengar bunyi seperti orang bergaduh. Dia segera membuka lampu sebelum menjerit kerana melihat suaminya berlumuran darah serta nazak. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, pihaknya menerima panggilan daripada keluarga lelaki berkenaan sebaik menyedari kejadian yang berlaku dan beberapa anggota bergegas ke rumahnya bagi menjalankan siasatan. Menurutnya, siasatan awal mendapati pekerja syarikat swasta itu mati akibat menikam diri beberapa kali dengan pisau yang turut ditemui berhampiran mayatnya. Setakat ini, hasil siasatan tiada unsur jenayah dan kita dapati lelaki itu membunuh diri. Mengikut keterangan ahli keluarga, lelaki terbabit mengalami tekanan perasan serius baru-baru ini disebabkan pelbagai masalah dihadapi. Ketika kejadian, empat ahli keluarganya berada di rumah iaitu dua anak perempuan dan seorang anak lelaki serta isterinya, warga British berusia 51 tahun, katanya ketika ditemui di sini, semalam. Mayat lelaki itu kemudian dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan setakat ini kes terbabit diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR). Difahamkan, lelaki yang bekerja di syarikat perbankan itu baru saja pulang ke tanah air dua bulan lalu selepas ditamatkan kontrak kerjanya di Singapura. Sementara itu, beberapa jiran lelaki berkenaan yang ditemui, termasuk pelakon terkenal, Elly Suriati Omar menyifatkan dia sebagai peramah dan baik hati serta selalu mengundang mereka jika ada majlis. Elly yang tinggal selang tiga rumah dari rumah lelaki dikenali sebagai Peter di kalangan jiran, berkata dia bersimpati terhadap keluarga lelaki itu. Dia menginap di sini lebih 15 tahun dan memang baik hati serta peramah dengan jiran. Peter juga sering bertegur sapa dengan kami serta selalu membuat majlis makan di depan rumahnya dengan mengajak jiran. Kami sebagai jiran tidak pula tahu dia atau keluarga mengalami masalah dan tekanan, katanya. 15. 5) Kecelaruan Penyesuaian dengan Campuran Emosi dan Kelakuan Kecelaruan ini melibatkan kedua-dua ciri gangguan seperti yang disebutkan dalam kecelaruan penyesuaian dengan pelbagai emosi dan kecelaruan penyesuaian dengan gangguan kelakuan. 16. Harian Metro OnlineBAKAR ISTERI HIDUP-HIDUP (17 Oktober 2011) KUALA LUMPUR: Suami setan! Itu ungkapan laya