assgmnt group.docx

27
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH FAKULTI PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN FALSAFAH DAN SEJARAH PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK TS60104 TAJUK TUGASAN: Soalan 2: Bincangkan sumbangan ahli-ahli falsafah sains Arab dan Islam. NAMA AHLI KUMPULAN NO.MATRIK SUSILAWATI BTE MOHD.IBBINIE HONG MP1412448T HANNA BINTI ENSIEW MP1412116T SUHANIDAH BINTI MAT YAAKUP MP1412439T

Upload: susi-hong

Post on 15-Feb-2016

53 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: assgmnt group.docx

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

FAKULTI PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN

FALSAFAH DAN SEJARAH PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK

TS60104

TAJUK TUGASAN:

Soalan 2: Bincangkan sumbangan ahli-ahli falsafah sains Arab

dan Islam.

NAMA AHLI KUMPULAN NO.MATRIK

SUSILAWATI BTE MOHD.IBBINIE HONG MP1412448T

HANNA BINTI ENSIEW MP1412116T

SUHANIDAH BINTI MAT YAAKUP MP1412439T

Page 2: assgmnt group.docx

1.0 Pengenalan

Perkembangan dalam bidang sains dan teknologi juga bermula daripada dunia Islam dan Arab. Ahli-ahli falsafah Arab dan Islam telah memberikan sumbangan yang amat besar dalam perkembangan tamadun moden hari ini khususnya dalam bidang sains dan teknologi. Baik dunia Islam mahupun Barat, kedua-duanya dapat merasakan pengaruh Arab dan Islam. Kebanyakan penemuan ahli falsafah Arab dan Islam menjadi pencetus kepada penemuan saintifik pada hari ini.

Tamdun Islam telah melahirkan ramai ilmuan dan cendekiawan dalam pelbagai bidang sama ada dalam bidang sains dan pengetahuan seperti falsafah, bahasa, teologi, sains dan teknologi, perubatan, matematik dan sebagainya (Halima El Ghrari, 2003). Kemajuan dan kegemilangan Tamadun Islam selari dengan perkembangan ilmu sains dan teknologinya.

Sains merupakan salah satu bidang yang menunjukkan ahli pemikir islam dan arab cemerlang dan mereka telah memberi banyak sumbangan dalam pembangunan pengetahuan manusia sejagat. Ketika Tamadun Islam berada dalam zaman kegemilangannya (sehingga abad ke 14 Masihi), Barat masih berada dalam zaman kegelapannya. Hal ini mendorong pengaliran ilmu sains dan teknologi Islam ke Barat melalui peranan yang dimainkan oleh Kerajaan Islam yang berpusat di Sicily (pulau berhampiran Itali) dan Andalusia (Sepanyol).

Berdasarkan perkembangan sejarah Tamadun Islam, segala bentuk ilmu pengetahuan adalah saling berkaitan dengan wahyu, pengkajian dan penyelidikan serta penghasilan teknologi harus menghubungkannya dengan kebenaran wahyu yang merupakan tunggak utama ketamadunan Islam (Alias Azhar, 2013). Bidang sains Islam berpaksikan paradigmanya yang tersendiri iaitu berasaskan tauhid. Pandangan komuniti ahli falsafah sains Islam terhadap sains alam semesta terbentuk dari keunikan paradigma tersebut dan seterusnya telam membawa kepada kecemerlangan dalam sains dan ilmu pengetahuan.

Bagi ahli falsafah Islam tujuan dan matlamat sains ialah mengarah dan membawa seseorang untuk mengenali dan mengetahui Allah S.W.T iaitu pemilik

Page 3: assgmnt group.docx

mutlak ilmu dan sumber kepada segala pengetahuan manusia. Selain itu, Kedudukan sains dan teknologi dalam Islam jelas ianya bertujuan membantu manusia ke arah kesempurnaan Iman, sains dan teknologi adalah jalan pemangkin mencapai matlamat tersebut. Peranan secara langsung dimainkan oleh sains keagamaan seperti ilmu kalam, Hadis dan sebagainya; manakala peranan secara tak langsung dimainkan oleh sains intelek seperti astronomi, botani , fizik, kimia dan sebagainya.

Ahli falsafah sains Arab dan Islam mempunyai pandangan tersediri bagi setiap bidang sains berbeza dari pandangan ahli falsafah Barat. Misalnya dalam bidang fizik Islam, ahli falsafah sains Islam berpegang kepada prinsip ‘fizik tidak menafikan metafizik’ yang mana menyatakan bahawa sesuatu yang tidak dapat dibuktikan kebenarannya melalui pendekatan fizik tidak bermakna tidak benar sesuatu yang bersifat metafizik. Bagi ahli falsafah Sains Islam, fenomena-fenomena ganjil yang berlaku menunjukkan kekuasaan Tuhan untuk diamati dan direnung oleh mereka yang mempunyai akal.

2.0 Sumbangan ahli –ahli falsafah sains Arab dan Islam

Ahli falsafah sains Arab dan Islam telah mengkaji dalam pelbagai cabang ilmu sains antaranya dalam bidang perubatan, fizik, kimia dan astronomi. Kebanyakan ahli falsafah Islam telah memberi sumbangan lebih daripada satu cabang ilmu sains. Ini menunjukkan bahawa ahli falsafah sains Islam memiliki kebolehan dan kepakaran dalam pelbagai cabang sains.

2.1 Bidang Perubatan

Ahli falsafah sains Arab dan Islam telah berjaya mempelopori pelbagai pengetahuan dalam bidang perubatan yang masih releven digunakan hingga kini. Antara ahli falsafah sains Arab dan Islam yang memberikan sumbangan dalam bidang perubatan ialah Ibnu Sina.

Page 4: assgmnt group.docx

Ibnu Sina merupakan ahli falsafah Sains yang terkenal bukan sahaja dalam Tamadun Islam bahkan terkenal juga di dunia Barat. Beliau digelar Avicenna oleh Sarjana Barat. Ibnu Sina menerima pendidikan awal di Bukhara seawal usia 10 tahun dalam bidang pengajian Al-Quran dan pelbagai bidang sains. Beliau mula mempelajari falsafah dengan mengkaji pelbagai buku dari Greek dan Muslim serta telah berguru dengan Abdullah Natilli iaitu seorang ahli falsafah yang terkenal pada zaman itu. Bidang ilmu yang telah berjaya dikuasai oleh Ibnu Sina ialah bidang falsafah, kedoktoran, geometri, astronom, muzik, syair, teologi, politik, matematik, fizik, kimia, sastera dan kosmologi. Namun, beliau lebih menojol dalam bidang perubatan. Pada usia yang muda, beliau telah menjadi seorang pakar dalam bidang perubatan dan kejayaannya dalam menyembuhkan Raja Bukhara daripada penyakit yang tidak dapat diubati oleh tabib lain telah menjadikannya terkenal pada ketika itu.

Ibnu Sina telah menghasilkan sebuah karya agung iaitu Al-Qanun Fi Al-Tibb. Di Barat, karya agung ini telah diterjemahkan dengan diberi judul The Canon of Medicine . Bagi dunia Barat ketika itu, karya ini merupakan sebuah ensiklopedia lengkap dan terbesar dalam bidang kedoktoran. Karya ini diadun daripada sumber perubatan tradisional dan kedoktoran Islam dengan memuatkan jutaan istilah perubatan serta jenis-jenis penyakit. Al-Qanun Fi Al-Tibb mengandungi 1 juta perkataan yang dibahagikan kepada 5 jilid termasuk asas-asas umum perubatan dan 760 jenis ubat (Sulaiman,1995).

Pengaruh Ibnu Sina sebagai seorang ahli falsafah dan doktor perubatan dalam kebudayaan Eropah sangat meluas. Penulis Barat menganggap Ibnu Sina sebagai ‘Bapa Doktor’ kerana beliau telah menyatukan teori perubatan Yunani Hipocrates dan Galen serta pengalaman ahli peurabatan dari India dan Parsi beserta pengalaman dirinya sendiri (Ramli, Zulkiflee dan Mohd Nasir,2012). Pada abad ke-12 Masihi, karya ini telah diterjemahkan ke Bahasa Latin oleh Gerard Cremona sebaik sahaja beliau berpindah ke Toledo, Sepanyol dalam kurun ke-12 Masihi dan telah diberi nama jolokan ‘Bible Ilmu Kedoktoran’ di Benua Eropah. Al-Qanun Fi Al-Tibb merupakan rujukan utama dalam perkembangan perubatan moden. Karya Ibnu Sina ini telah diterjemahkan kepada pelbagai Bahasa dan telah dijadikan sebagai rujukan utama unversiti-universiti di Eropah dan Perancis.

Page 5: assgmnt group.docx

Al-Qanun Fi Al-Tibb memberikan sumbangan yang besar kepada dunia perubatan dengan penemuan penyakit tuberklorosis merupakan sebuah penyakit berjangkit, penyebaran penyakit melalui tanah dan air, dan interaksi diantara fisiologi dan kesihatan (Dr.Nur Abdi Gudle, 2009). Selain itu, Ibnu Sina memperkembangkan ilmu psikologi dalam perubatan iaitu ilmu psikomatik, ilmu diagnosis melalui denyutan nadi dan peranan emosi dalam penyembuhan (Sulaiman, 1995). Antara penemuan lain Ibnu Sina ialah beliau telah menemukan simptom dan kesan kencing manis, vereneologi iaitu penyakit seks berjangkit dan juga ganguan psikologi.

Selain daripada Al-Qanun Fi Al-Tibb, Ibnu Sina telah menghasilkan beberapa karya lain dalam bidang perubatan. Antaranya ialah Al-Majmu yang mengandungi ilmu pengetahuan mengenai perubatan dengan lengkap. Al-Majmu merupakan karya pertama beliau. Ibnu Sina juga telah menghasilkan As-Syifaa yang juga dikenali sebagai Books of Healing. Pater Dominican telah menghimpunkan buku-buku dan risalah ukuran kecil karya Ibnu Sina dalam sebuah buku besar yang berjudul Essai de Bibliographie Avicenna ( Ramli, Zulkiflee & Nasir, 2012).

Beliau juga telah menghasilkan teori anatomi dan fisiologi iaitu dengan mengatakan manusia mempunyai empat tangkai dan lengan (anggota badan) serta mempunyai 12 tulang sendi. Hati merupakan raja bagi tubuh badan manuusia sementara paru-paru ialah menteri-menteri bagi tubuh badan manakala leher merupakan jendela badan dan hempedu dikatakan sebagai markas. Beliau juga turut mengatakan bumbung kepada tubuh badan ialah limpa dan perut manakala usus merupakan sistem komunikasi dan system pembuangan (Ramli, Zulkiflee & Nasir, 2012).

Muhammad Abu Bakar al-Razi atau lebih dikenali sebagai Al-Razi pernah diberi gelaran sebagai Jalinus Arab (Galen of Arab). Pada permulaan Al-Razi menunjukkan kecenderungan mempelajari muzik. Namun, beliau juga telah mempelajari bidang perubatan, matematik, astronomi,kimia dan falsafah. Beliau juga merupakan guru kepada Ibnu Sina.

Al-Razi telah menghasilkan sebuah buku perubatan yang mashyur iaitu Kitab al-Hawi Fi al-Tibb yang mengandungi sembilan jilid dan telah ditulis dalam Bahasa Arab. Buku ini telah menjadi rujukan utama di dunia Barat pada abad ke 12 Masihi

Page 6: assgmnt group.docx

hingga 17 Masihi iaitu pada waktu ini kedudukan Al-Razi dan Ibnu Sina dipandang lebih tinggi berbanding Hipokrates dan Galen. Kitab al-Hawi Fi al-Tibb mengandungi cara menjaga kesihatan, mengubati penyakit melalui cara makanan dan mengenal tanda-tanda penyakit (Sulaiman, 1995). Ianya merupakan himpunan teks ilmu perubatan patologi dan terapi. Beliau juga menerangkan mengenai pelbagai penyakit seperti bengkak renal, regurgitan aorta, oftalmia, peludahan berdarah (hemoptisis) dan kebotakan sementara atau alopesia. Karya Al-Razi ini telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Latin dan telah diulang cetak beberapa kali. Beliau menekankan kepada ilmu perubatan praktikal selain daripada teori semata-mata (Esposito, 2004). Buku ini juga memberi kupasan mengenai pembekuan darah dan pertumbuhan tumor pada otak.

Beliau menjadi perintis dalam bidang pediatrik (berkaitan kanak-kanak), obstetrik (ilmu perbidanan) dan ophthalmologi (berkaitan mata). Walau bagaimanapun, jasa beliau dalam bidang perubatan memang tidak dapat dinafikan lagi. Beliau digelar "Bapa Pediatrik" oleh ahli sejarah kerana usahanya yang bersungguh-sungguh untuk mengubati penyakit kanak-kanak.

Didalam sejarah perubatan, Al-Razi telah membuat penemuan mengenai penyakit berkenaan cacar dan campak iaitu mengenai rupa bentuk simptom awal dan cara merawat. Ini telah dimuatkan dalam Kitab Fi al-Jadari wal-Hasba iaitu Buku Tentang Campak dan Cacar. Beliau merupakan orang yang pertama yang membuat perbezaan yang jelas mengenai campak dan cacar. Selain itu, Al-Razi juga membincangkan mengenai penyakit katarak mata dengan menjadi orang pertama membuat pembedahan mengeluarkan katarak dan juga memberi penerangan mengenai perubahan anak mata terhadap cahaya. Beliau juga menjadi orang yang pertama memperkenalkan kaedah bekam untuk merawak penyakit Apopleksi iaitu sejenis penyakit kehilangan daya untuk merasa, bergerak dan berfikir (Ramli, Zulkiflee & Nasir, 2012). Penyakit ini disebabkan oleh kecederaan pembuluh darah. Beliau juga telah memperkenalkan alkohol untuk tujuan perubatan.

Abu al-Qasim Khalaf Ibn al-Abbas al-Zahrawi telah mempelopori pengetahuan mengenai pembedahan biasa, kaedah mengeluarkan batu dari pundi kencing, pemotongan organ, serta pembedahan mata dan gigi. Selain itu, Abu al-Qasim

Page 7: assgmnt group.docx

Khalaf Ibn al-Abbas al-Zahrawi juga telah mencipta 300 jenis alat dan perkakasan yang diperlukan dalam perubatan dan pembedahan. Al-Zahrawi juga merupakan orang yang bertanggungjawab merekacipta alat-alat pembedahan. Tiga alat yang terkenal ciptaannya ialah alat pemeriksaan luar telinga ,alat pemeriksaan luar theurethra dan alat yang digunakan untuk mengeluarkan bendasing daripada kerongkong. Antara sumbangan lain beliau adalah dalam bidang pergigian, pakar telinga, tekak dan kerongkong (ENT) dan juga mencipta ubatan-ubatan. Al-Zahrawi juga telah menghasilkan ensiklopedia perubatan yang sangat terkenal iaitu Al-Tasrif. Ensiklopedia ini mengandungi 30 volum pelbagai aspek sains perubatan.

Dalam menerangkan hubungan antara rangkaian salur darah dan arteri, Ali Ibn al-Abbas al-Ahwazi merupakan ahli perubatan yang bertanggungjawab mempeloporinya. Beliau juga menyatakan kesukaran sembuh daripada tuberculosis disebabkan pergerakan paru-paru. Dalam bidang farmakologi, beliau berjaya mencipta pelbagai jenis pil, serbuk, sirap, ubat cair, pencahar dan ubat gigi. Beliau juga dikenali sebagai pengamal ostespati terkemuka, merawat keterpelecokan dan kepatahan tulang yang menyakitkan seperti dagu.

Selain itu, beliau juga merupakan ahli perubatan yang menitikberatkan mengenai bahaya sakit tibi dan seterusnya meningatkan masyarakat supaya berhati-hati pada semua perkara yang boleh mendedakan mereka kepada penyakit tibi. Ibnu Sina merupakan tokoh perubatan yang terkenal telah melanjutkan penerangan Ali Ibn al-Abbas al-Ahwazi mengenai penyakit tibi dengan penemuan tentang bagaimana proses tibi berlaku.

Abu Al-Qasim seorang pakar bedah telah menulis Al-Tasrif Liman ‘Ajaza ‘Ani Al-Tabib sebanyak 30 jilid iaitu karya yang menerangkan pembedahan-pembedahan dan karyanya ini mnejadi buku teks umum selama lebih 5 kurun. Dia menyempurnakan pembedahan bahaya seperti mengeluarkan batu dari pundi-pundi, mengeluarkan bayi yang meninggal dunia dan pemotongan. Dia menulis tentang ginekologi, penyakit mata dan telinga dan pergigian. Kebanyakkan alat yang digunakan adalah ciptaannya sendiri.

Selain itu, bidang perubatan Islam juga menekankan keperluan dalam memahami kesihatan mental manusia (Mohamed, 2008). Hospital pskitri yang pertama dibina dalam dunia Islam ialah di Baghdad. Konsep mengenai kesihatan

Page 8: assgmnt group.docx

mental dan peribada mental diperkenalkan oleh seorang ahli Fizik Ialam iaitu Ahmed Ibn Sahl al-Balkhi. Beliau dalam bukunya yang berjudul ‘Masalih al-Abdan wa al-anfus’ (Sustenance for Body and Soul) ialah buku pertama yang membincangkan gejala psikosimatik dengan mengetengahkan minda dan tubuh. Beliau menyatakan bahawa apabila jiwa sakit, tubuh juga mendapati tiada kebahagiaan dalam hidup dengan perkembangan sakit fizikal (Mohamed, 2008).

Jelas, ahli falsafah sains Islam dan Arab banyak menyumbang dalam pencapaian dunia perubatan. Mereka telah membantu menyemarakkan dan menerangi peradaban dan kemudiannya membangkitkan kemajuan perubatan di Eropah dan Barat.

2.2 Bidang Kimia

Kecemerlangan ilmuan Islam dan Arab dalam sains tidak dapat disangkal lagi apabila Ibnu Hayyan digelar sebagai ‘Bapa Kimia Arab’. Beliau telah mengasaskan percubaan terhadap kelima-lima pancaindera, menggunakan bahan-bahan asli logam, tumbuhan dan haiwan. Antara sumbangan Ibnu Hayyan dalam bidang kimia ialah beliau menyumpurnakan dan menerangkan proses asas bagi pemejalwapan, penyejatan, pencairan, penghabluran, pembakaran, penyulingan dan banyak lagi proses sains(Mohd Koharuddin Mohd Balwi, 2007). Beliau juga berjaya menghasilkan bahan baru seperti alkali, asid, garam, gris dan cat.

Kecemerlangan Ibnu Hayyan diteruskan lagi oleh Abu Bakar Muhammad Ibn Zakariya Al-Razi. Beliau menyediakan asid seperti asid sulfurik serta menyediakan alkohol melalui penapaian. Al-Razi juga mengkaji raksa dan sebatiannya. Al-Razi juga merupakan ahli kimia yang berjaya melengkapkan proses ujikaji dengan langkah-langkah sistematik. Al-Razi juga mengisytiharkan bahawa perjalanan kehidupan tubuh badan adalah berdasarkan tindakbalas kimia yang kompleks.

Al-Razi dianggap sebagai pengasas kimia moden. Beliau telah mengambarkan dengan terperinci mengenai tindak balas Kimia dan memberikan penerangan terperinci mengenai reka bentuk 20 instrumen yang digunakan dalam penyiasatan dan pengujian kimia (Dr.Nur Abdi Gudle, 2009). Beliau juga telah

Page 9: assgmnt group.docx

mengelaskan bahan-bahan kepada tumbuhan, haiwan dan mineral dan ini telah membuka laluan kepada ilmu Kimia Organik dan Kimia Tak Oragnik.

Selain itu, Al-Razi juga telah menerangkan dengan terperinci mengenai kaedah dan proses meleburkan logam, proses pengasingan secara pemejalwapan, penyulingan, penghabluran, penurasan dan sebagainya (Shaharir, 1989). Penemuan ini sangat penting dalam perkembangan Kimia moden dan juga dalam bidang perindustrian , teknologi Kimia bahkan dalam Kejuruteraan Kimia.

Al-Razi pernah menghasilkan alkohol dan juga asid-asid seperti asid sulfurik. Beliau menghasilkan asid sulfurik yang dinamakannya sebagai minyak vitriol iaitu dengan memanaskan vitriol hijau (ferum (II) sulfat). Alkohol dibuat menggunakan proses penyulingan kanji atau gula yang telah ditapai. Antara sumbangan lain beliau ialah menentukan graviti sepesifik bagi cecair dengan menggunakan penimbangan khas (Sulaiman, 1998).

Sumbangan besar ahli falsafah Islam dan Arab dalam bidang kimia antara lain memperkenalkan proses penyulingan, kaedah menghasilkan minyak pati, petroleum, alkohol, asid galian seperti asid nitrik, sulfurik, hidroklorik dan alkali melalui proses penyulingan(Mohd Koharuddin, 2007). Para ahli teknologi kimia Arab-Islam ini juga mencipta proses pembuatan sabun keras, memperbaiki proses pembuatan kaca dan licauan untuk tembikar serta mencipta ubat bedil. Selain itu konsep-konsep perubahan kimia melalui beberapa peringkat atau proses merupakan satu konsep kejuruteraan kimia yang penting yang dikenali sebagai konsep kendalian unit. Menurut Furter(1980), konsep ini dihidupkan semula oleh perintis kejuruteraan kimia moden, G.E. Davis di England hampir seribu tahun kemudian (Mohd Koharuddin, 2007).

Abu Musa Jabir Ibn Hayyan dikenali sebagal "Si Geber dari Abad Pertengahan" dan juga sebagai "Bapa Ilmu Kimia Dunia". Sumbangan beliau ialah proses menyediakan pelapisan bahan anti air pada pakaian serta campuran bahan cat dan gris. Beliau juga telah mengembangkan teknik peleburan emas dengan menggunakan bahan aqua regia. Idea eksperimen Jabir sekarang menjadi dasar untuk mengklasifikasikan unsur kimia terutama pada bahan logam, bukan logam, dan penguraian bahan kimia. Beliau merumuskan tiga bentuk berbeza daripada

Page 10: assgmnt group.docx

bahan kimia berdasarkan unsur-unsurnya iaitu pertama cecair (spirit), yakni yang mempengaruhi pengewapan pada proses pemanasan, seperti pada bahan kapur barus (camphor), arsenik, dan ammonium klorida. Kedua logam seperti emas, perak, timah, tembaga, besi. Ketiga bahan campuran, yang boleh ditukar menjadi serbuk.

Ahli falsafah sains Islam dan Arab telah mempelopori ujikaji dalam analisis saintifik. Hasil daripada penyiasatan mereka, banyak hasil penemuan yang ditemui dimana banyak nama bahan dalam bahasa Eropah masih berbau bahasa arab seperti ‘alkohol’ dari perkataan al-kuhul. Hasil daripada keupyaan ahli sains islam dalam membangunkan proses yang tidak diketahui yang seterusnya menjadi satu industri besar-besaran yang mampu memberi impak besar kepada ekonomi dunia.

2.3 Bidang Astronomi

Al-Biruni merupakan orang yang pertama menjalankan eksperimen berkaitan astronomi. Beliau telah menulis 200 buah buku dan telah mencipta beberapa instrument dalam bidang astronomi. Karya utamanya dalam bidang astronomi adalah Qanun al-Mas’udi yang merupakan membincangkan ringkasan bagi astronomi, geografi atronomi, astrologi, kartografi dan beberapa cabang matematik.

Selain daripada Qanun Al-Mas’udi , Al-Jizlu Shakbee Lil Batani merupakan sebuah kitab yang bsar pengaruhnya dalam bidang astronomi bukan sahaja di timur Islam malahan di Eropah sejak zaman pembaharuan dan permulaan zaman moden. Ianya mengandungi cara pembahagiaan daerah astronomi, tingginya kutub utara, tempoh siang juga sesuatu yang berhubung tentang tinggi Negara, tinggi matahari, pertengahan siang hari, tinggi bintang-bintang, tempoh sepanjang tahun (solar year), falak bulan dan bintang dan juga mengenai gerhana matahari dan sebagainya (Ahmad, 2010).

Beliau juga mengenalpasti bahawa bumi beredar mengelilingi matahri dan telah memberikan satu anggaran ukuran yang tepat mengenai jejari dan ukur lilitan bumi. Semasa berada di India, dengan menggunakan astro-lab beliau telah

Page 11: assgmnt group.docx

membuat pengiraan mencari nilai ukur lilitan bumi berdasarkan ketinggian sebuah gunung, sebuah dataran dan ufuk laut (Sulaiman, 1995). Bahkan dengan menggunakan pengiraan moden, pengiraan Al-Biruni mengenai ukuran jejari bumi hanya tersasar sedikit iaitu kurang daripada 12 batu manakala ukur lilitan bumi hanya berbeza sebanyak 70 batu sahaja dari kiraan asal Al-Biruni (Mohini, 2000). Antara kejayaan-kejayaan lain Al-Biruni adalah menentukan musim dan pasang surut air laut, menentukan kedudukan garis lintang dan garis bujur bumi, mencipta jam dan kalendar.

Selain dariapda Al-Biruni, Al-Khawarizmi juga turut memberikan sumbangan dalam bidang astronomi. Ziij al-Sindhind merupakan karya asli pertama astronomi dalam bahasa Arab yang merupakan hasil karya Al-Khawarizmi. Karya ini menerangkan mengenai jadual pergerakan matahari, bulan dan lima planet (Sulaiman, 1995). Beliau merupakan orang yang pertama yang mentafsir jadual astrnomi. Jadual astronominya telah ditafsirkan ke dalam bahasa Eropah dan juga dalam bahasa Cina. Di dalam Kitab al-Rukhmat, Al-Khawarizmi telah menerangkan mengenai alat yang menunjukkan waktu dengan bantuan bayangan matahari.

Nasir Al-Din Al-Tusi merupakan seorang ahli falsafah sains yang turut menyumbang dalam bidang astronomi ini. Sebagai seorang ketua saintis di sebuah pusat pemerhatian di Maragha telah membolehkan beliau membuat beberapa penemuan terbesar dalam bidang astronomi. Pusat tersebut dilengkapi dengan peralatan yang terbaik pada ketika itu seperti astrolab, epicycle, dan bentuk-bentuk sfera. Beliau sendiri telah mencipta satu alat “turquet” yang mengandungi dua satah.

Selain itu, beliau telah menghasilkan jadual astronomi yang baru yang dinamakan Al-Ziij-Ilkani (Dr. Nur Abdi Gudle, 2009). Jadual ini adalah berdasarkan pemerhatian yang Nasir Al-Din Al-Tusi perhatikan dan juga hasil daripada pengetahuan sedia ada berkaitan dengan astronomi. Al-Ziij-Ilkani merupakan hasil kerja beberapa orang astronomi dibawah seliaan Nasir Al-Din Al-Tusi dan pada awalnya ditulis dalam Bahasa Parsi dan kemudiaanya di alih Bahasa kepada Bahasa Arab. Al-Ziij-Ilkani kemudiaanya terkenal di Timur termasuklah China (Mohaini, 2000). Al-Ziij-Ilkani merupakan jadual astronomi yang paling popular dalam kalangan ahli astronomi dan masih lagi popular sehingga kurun ke-15.

Page 12: assgmnt group.docx

Tadhkira Fi’ilm Al-Hai’a atau Peringatan Astronomi merupakan sebuah karya agung dalam bidang astronomi. Di dalam karya ini, Nasir telah mengkritik model satah Ptolemy. Melalui Tadhkira Fi’ilm Al-Hai’a, beberapa penemuan baru dalam bidang astronomi telah ditemui oleh ahli astronomi yang lain.

Pengaruh Nasir dalam dunia Barat dapat dilihat melalui Copernius iaitu seorang ahli astronomi yang hebat iaitu beliau Copernius telah menggunakan mekanisma yang sama seperti ahli astronomi Muslim yang lain di dalam karyanya Revolutionibus Orbium Caelestium dan hanya terdapat sedikit perubahan dalam karya Copernius (Mohaini, 2000).

Ahli- ahli astronomi Islam memberikan penekanan kepada pemerhatian, pengajian dan pengukuran. Mereka menjadi pelopor mengukur permukaan bumi, menentukan darjah longitud dan latitud dan mengira pergerakan cakerawala. Umpamanya mereka menggunakan kemajuan dalam matematik untuk mengukur jarak antara bumi, bulan dan planet-planet lain (Mohd Koharuddin Mohd Balwi, 2007).Pada abad ke-9, iaitu Abu A-‘Abbas Ibn Muhammad Ibn Kathir telah berusaha menghitung jarak di antara Bumi dengan planet marikh dan bulan. Beliau juga mengira dengan tepat isipadu bulan merujuk kepada isipadu Bumi. Selain daripada isipadu Bulan dan Bumi, beliau juga memperoleh isipadu-isipadu relatif bagi matahari dan planet-planet lain seperti marikh dan zuhal.

Kemajuan yang dikecapi oleh ahli falsafah sains Islam dan Arab telah meningkatkan inovasi, dan mampu memberi pendangan kritikal terhadap penemuan-penemuan ahli astronomi terdahulu. Contohnya, kajian yang dilakukan al-Battani mengenai adhimuth (kedudukan matahari tegak diatas kepala) tidak tetap kedudukannya adalah bercanggah dengan pendapat Ptolemy yang beranggapan kedudukan matahari adalah tetap di satu tempat sahaja.

Sumbangan ahli astronomi Islam dan Arab yang paling bernilai kepada Eropah ialah apabila karya-karya mereka diterjemahkan kedalam bahasa Latin dan Sepanyol. Nama-nama bintang telah ditransliterasikan dan menjadikan kebanyakan nama bintang adalah bahasa arab yang asli. Pelbagai karya yang dihasilkan oleh ahli falsafah sains Islam telah diterjemahkan ke bahasa Latin antaranya ialah karya karangan Abu Ma’syar al-Khawarizmi, dan al-Battani.

Page 13: assgmnt group.docx

Karya astronomi ahli falsafah Islam juga digunakan sebagai panduan bagi ahli falsafah Barat untuk menulis buku. Antaranya ialah karya astronomi Ibn al-Zarqiyali (Azarchel) dijadikan panduan oleh Romond dalam menghasilkan karya astronominya. Ibn al-Zarqiyali merupakan seorang ahli Falsafah Sains Islam yang mahir dalam menentukan gerhana matahari dan telah mencipta sebuah kompas untuk menentukan jarak antara bulan dan bumi dan di antara bintang-bintang dan matahari.

Selain itu, pada abad ke-10M Abdul al-Rahman al-Sufi telah menghasilkan kitab bertajuk Figures of the Stars, yang telah diterjemahkan ke bahasa Sepanyol oleh Xel Sabio dan memberi impak besar kepada tamadun Eropah dalam kajian bintang (Mohd Koharuddin Mohd Balwi, 2007). Minat terhadap bintang telah membawa Abd Al-Rahman Al-Sufi dalam menyiapkan jadual bintang-bintang tetap dan melukis peta kedudukannya di angkasa. Beliau telah menamakan lebih daripada seribu bintang melalui kumpulan-kumpulan mewakili haiwan. Sistem ciptaannya ini masih digunakan dan nama bintang-bintang di Eropah adalah hasil dari kajiannya.

Ibnu Haitham turut memberikan sumbangan dalam teori hukum pembiasan ( fenomena atmosfera) yang bermaksud hukum fizik yang menyatakan bahawa sudut pembiasan dalam pancaran cahaya sama dengan sudut masuk. Menurut pengamatan Ibnu Haitham, beliau berpendapat bahawa cahaya merah di kaki langit di waktu pagi (fajar) bermula ketika matahari berada di 19 darjah di bawah kaki langit. Sementara cahaya warna merah di kaki langit di waktu senja (syuruk) akan hilang apabila matahari berada 19 darjah di bawah kaki langit selepas jatuhnya matahari. Dalam fizik moden, hukum ini dikenali dengan nama “hukum pembiasan Snell” yang bersempena nama ahli fizik Belanda, Willebrord van Roijen Snell.

Sumbangan besar Tamadun Arab-Islam dalam bidang ini sebenarnya telah lama diakui oleh masyarakat barat ketika itu dan telah mempengaruhi tokoh-tokoh Astronomi Eropah seperti Nicolas Copernicus, Tycho Brahe dan J. Kepler(Mohd Koharuddin Mohd Balwi, 2007). Kemajuan dalam bidang astronomi oleh ahli falsafah Islam dan Arab turut menyumbang kepada bidang matematik dan fizik secara tidak langsung kerana kedua-dua bidang itu juga diperlukan dalam mempelajari astronomi.

Page 14: assgmnt group.docx

2.4 Bidang Fizik

Dalam bidang fizik, ahli falsafah sains Islam dan Arab telah merintis teori-teori fizik yang berguna dimana mereka cemerlang sehingga ke tahap mereka seolah-olah telah mewujudkan ilmu sains yang baru. Mereka telah mengembangkan ilmu fizik melalui eksperimen dan induksi bukan hanya bergantung pada falsafah , spekulasi, atau fikiran semata(Muhammad Adil Afridi,t.th).

Ahli falsafah sains Islam dan Arab memulakan pengajian mengenai ilmu akustik dan pemindahan bunyi. Mereka yang mula-mula memahami bahawa bunyi adalah dipengaruhi oleh jasad yang mengeluarkannya dan seterusnya pemindahan bunyi di udara sebagai bentuk gelombang berpusing-pusing (Muhammad Adil Afridi,t.th). Mereka juga merupakan yang pertama mengkategorikan bunyi kepada pelbagai jenis. Mereka menjelaskan bahawa bunyi binatang adalah berbeza berdasarkan kepanjangan leher, kelebaran tekak dan struktur larinks (peti suara). Mereka juga merupakan yang pertama dalam menjelaskan kejadian gema sebagai pantulan di udara yang menghentam gunung atau dinding yang tinggi.

Selain itu, terdapat banyak lagi kajian-kajian ahli falsafah sains Islam dan Arab dalam bidang fizik yang menjadi pemangkin kepada pengetahuan fizik moden. Pada kurun ke-9, Musa Ibn Salur dan anak-anaknya iaitu Muhammad, Ahmad dan Hassan telah menghasilkan kitab Al-Hayal yang menerangkan undang-undang mekanik dan masalah kestabilan.

Abu Nasr al-Farabi telah memberi sumbangan yang penting dalam bidang fizik dimana karya beliau iaitu Risalah al-Khala’ yang menerangkan ujikaji untuk membuktikan kewujudan vakum. Manakala Al-Farabi mengkaji bunyi-bunyi muzik dalam bentuk gelombang. Selain daripada Al-Farabi, Al-Jaldaki juga mengkaji mengenai bunyi. Beliau menyatakan dalam bukunya Asrar Al-Mizan bahawa perombakan bukan pergerakkan pemindahan air atau udara, namun ia adalah kesan yang berlaku dari tindakan demi tindakan. Al-Jaldaki juga menyata gema berlaku hasil daripada pantulan perombakan udara ketika ia bertembung dengan gunung yang tinggi atau dinding. Beliau juga menerangkan gema tidak didengari untuk jarak dekat adalah kerana kewujudan masa yang sangat singkat antara mendengar bunyi dan mendengar gema.

Page 15: assgmnt group.docx

Sumbangan terbesar Ibnu Al-Haytham ialah teori pembiasan. Beliau telah melakukan ujikaji terhadap laluan cahaya melalui media yang pelbagai dan telah menemukan beberapa hukum pembiasan. Beliau juga menjalankan eksperimen yang pertama mengenai dispersi atau sebaran cahaya kepada warna tertentu. Beliau mengkaji mengenai mekanik gerakan badan dan telah mendapati bahawa gerakan badan tidak akan berhenti jika tiada daya luaran yang memberhentikan atau mengubah arah gerakan(Dr. Nur Abdi Gudle, 2009). Ini menunjukkan persamaan dengan hukum gerakan yang pertama.

Al-Biruni telah membincang dan menganalisis konsep asas fizik seperti graviti, jirim dan ruang, dan gerakan bumi. Ahmad Al-Biruni telah mengkaji tentang kelajuan bunyi dan cahaya dan telah mendapati bahawa cahaya mempunyai kelajuan yang tinggi berbanding kelajuan bunyi. Al-Biruni juga merupakan pengkritik kuat menentang fizik Aristoteles iaitu seperti kehipomorfan, tempat tabii bagi objek dalam bahagian alam bumi dan juga kewujudan vakum berdasarkan penaakulan, cerapan fenomena tabii dan juga eksperimen (Shaharir, 1989).

Al-Biruni membincangkan tentang tekanan dan keseimbangan bendalir dan juga penyesakan air pada mata air. Beliau juga telah mengukur graviti spesifik (ketumpatan relatif) logam dan bahan bukan logam dengan kejituan yang tinggi.

Bahan Nilai Nilai al-Biruni Nilai ModenEmas 19.05 19.26Tembaga 8.83 8.85Besi 7.74 7.79Timah 7.15 7.29

(Sumber dipetik: Sains Menurut Perspektif Islam)

Abu al-Fatah Abd Rahman al-Khazin dalam karyanya Mizan Al-Hikmah banyak menyentuh mengenai mekanik dan hidrostatik. Selain itu, al-Khazin juga mengkaji tegangan permukaan bagi cecair dengan mengukur ketumpatan tertentu. Melalui kajiannya, beliau mendapati ketumpatan air berubah dengan kadar kemasinan dan mengukur nilai-nilai ini dengan tepat.

Page 16: assgmnt group.docx

Menjejaki perkembangan fizik dalam kalangan ahli falsafah sains Islam dan Arab, pada mulanya kelihatan seperti ahli falsafah sains Islam dan Arab bergantung kepada karya barat seperti Nature oleh Aristotle yang membincangkan mengenai kinetik dan karya Archimedes yang mengandungi informasi mengenai daya keapungan jasad dalam air dan daya graviti yang khas bagi beberapa bahan. Selain itu, mereka juga bergantung kepada karya Actaspus, yang melibatkan keputusan saintifik mengenai pam dan jam air, serta karya Heron dari Alexandria yang mengkaji tuas, roda dan prinsip kerja. Walaubagaimanapun, ahli falsafah Sains Islam dan Arab tidak berusaha untuk mengembangkan fizik yang berkaitan dengan teori dan pandangan Barat, tetapi mereka berupaya memperkenalkan fizik melalui eksperimen yang mana dilihat sebagai tunggak utama bidang fizik.

2.5 Bidang Optik

Ibnu Al-Haytham merupakan Bapa Optik Moden. Beliau merupakan manusia pertama yang memperincikan secara tepat mengenai bahagian mata dan juga telah memberikan penjelasan saintifik mengenai penglihatan. Beliau telah menyangkal teori penglihatan Ptolemy dan Euclid yang menyatakan bahawa mata menghantar sinaran visual kepada objek yang dilihat (Ahmad , 2010).

Kitab Al-Manadhir atau juga dikenali sebagai Optics telah di alih bahasa kepada Bahasa Latin pada Zaman Pertengahan. Kitab ini merupakan hasil penyiasatan secara saintifik dan matematik mengenai ciri-ciri yang berkait rapat mengenai penglihatan. Melalui kitab ini, Ibnu Al-Haytham merupakan karya yang pertama yang menyangkal teori penglihatan Ptolemy dan Euclid. Menurut Ibnu Al-Haytham, objek dapat dilihat kerana setiap tiitk menerima sinaran cahaya dan dibiaskan oleh sinaran kepada mata (Mohaini,2000).

Selain itu, beliau juga telah melakukan percubaan untuk menerangkan penglihatan binokular. Kebanyakan nama autonomi mata yang diguna pakai sekarang adalah merupakan alih bahasa daripada bahasa Arab yang digunakan oleh Ibnu Al-Haytham dalam Kitab Al-Manadhir. Beliau juga telah membincangkan mengenai pelbagai fenomena seperti bayang-bayang, gerhana, pelangi dan pelbagai fenomena yang berkait rapat mengenai cahaya. Dalam Kitab Al-Manadhir,

Page 17: assgmnt group.docx

beliau juga membincangkan mengenai warna-warna dalam fenomena matahari terbenam.

Al-Khindi turut memberikan sumbangan dalam bidang optik. Sumbangan utama beliau dalam ilmu pengetahuan sainstifik ialah usahanya dalam bidang optik yang berkaitan dengan pembalikan cahaya (Amin, 1988). Beliau telah menulis sepuluh risalah dalam bidang optik dan telah memperbaiki hasil dalam bidang optik Helenistik iaitu menghimpunkan geometri dan psikologi penglihatan (Esposito, 2004).

2.6 Bidang Matematik

Al-Khawarizmi dianggap orang yang bertanggungjawab terhadap penemuan sistem angka yang digunakan sehingga hari ini. Sarjana-sarjana Barat mengetahui sistem angka ini menerusi buku karya Al-Khawarizmi yang telah diterjemahkan kepada Bahasa Latin pada 1120 Masihi yang bertajuk De Numero Indorum (Sulaiman, 1995). Beliau turut menjelaskan kegunaan sifar dengan teliti. Dikatakan sarjana Barat terhutang kepada sistem angka Muslim ini. Selepas lapan puluh dua tahun kemudian, Fibonaci atau terkenal dengan nama Leornado Pisa telah menghasilkan sebuah buku berjudul Liber Abaci yang banyak mempropragadakan kepada orang Barat tentang kebaikan sistem angka Khawarizmi. Perkataan sifar telah diterjemahkan sebagai zephirum. Perkataan Inggeris, zero mula muncul pada kurun ke-14M yang berupa variasi kepada terjemahan perkataan sifar berasaskan kepada perlafazan mereka.

Selain sistem angka, pengaruh al-Khawarizmi begitu kuat sehinggakan namanya telah diubahsuai kepada ‘algorism’ yang telah dipersetujui menjadi satu bidang ilmu yang telah dikenali sebagai aritmetik. Teori nombor dianggap sebagai aritmetik aras tinggi. Sebagai contoh kepada teori nombor ialah simbol pecahan dan perpuluhan.

Kemajuan aritmetik membawa kepada kewujudan algebra. Algebra atau dahulunya dikenali sebagai Aljabar iaitu ilmu mengenai hukum-hukum dan rumus-rumus khusus kepada aritmetik. Karya beliau adalah Kitab al-Jabr wal-Muqabalah

Page 18: assgmnt group.docx

yang lebih dikenali sebagai Buku Aljabar telah satu teori atau rumus dalam linear dan kuadratik ( Esposito, 2004). Dunia telah mengakui bahawa al-Khawarizmi yang sepatutnya digelar sebagai Bapa Algebra bukannya Diofantus, ahli matematik Yunani. Sarjana Barat iaitu Grandz (1936), telah mengatakan bahawa Aljabar al-Khawarizmi dianggap sebagai landasan dan batu tanda sains kerana al-Khawarizmi merupakan orang pertama yang mengajar aljabar sedangkan Diofantus mengutamakan teori nombor (Shaharir, 1989). Antara konsep yang telah diperkenalkan oleh al-Khawarizmi ialah ax + b = 0, ax2 + bx + c = 0 dan

x=−b±√b2−4ac2a

.

Al-Khawarizmi juga memberikan sumbangan dalam bidang geometri dan trigonometri. Antara konsep dalam trigonometri yang telah diperkenalkan beliau ialah konsep kos, sin dan tan dalam penyelesaian persamaan bagi segitiga bersudut tegak, teorem segitiga sama sisi dan segitiga sama kaki, konsep luas segitiga, segi empat selari dan bulatan. Konsep geometri yang diperkenalkan ialah titik, garis, sudut, permukaan dan pepejal dan pepejal dalam ruang.

Dalam Matematik, Ibnu Al-Haytham telah membangunkan gemometri analitikal dengan menghasilkan hubungan antara algebra dan geometri. Ibnu Al-Haytham menunjukkan mengenai perkaitan antara sudut tuju dan sudut pembiasan cahaya dan merupakan penemuan yang hampir kepada hukum nisbah sinus yang akhirnya dikembangkan oleh Snell (Amin, 1988).

Al-Biruni juga memainkan peranan penting dalam perkembangan matematik. Ramai sarjana Barat menganggap Al-Biruni sebagai pembangun kepada trigonometri moden kerana beliau banyak menggunakan trigonometri dalam kajiannya berkenaan asrtronomi. Di dalam Qanun al-Mas’udi , Al-Biruni telah mengemukakan beberapa persamaan matematik yang tidak diketahui (unknown) yang beliau kembangkan untuk mengukur ukur lilit bumi dna menjelaskan putaran bumi pada paksinya (Scheppler, 2006).

Buku ini juga menerangkan mengenai cara atau rumus untuk mencari sisi bagi pelbagai bentuk sehingga bentuk decagon (Mohaini,2000). Al-Biruni juga terkenal hasil daripada jangkaan beliau yang tepat mengenai nilai π. Nilai π yang diguna pakai sehingga hari ini merupakan sumbangan Al-Biruni. Beliau telah

Page 19: assgmnt group.docx

melakukan beberapa pembuktian yang menukarkan pecahan tak wajar 162861471518400000

kepada 3.1417482 (Mohaini,2000). Beliau juga telah menemukan sec, cosec, sine,

dan cosine berdasarkan formula tanϴ= sinϴcosϴ .

3.0 Kesimpulan

Penemuan ahli-ahli falsafah Arab dan Islam dalam bidang-bidang tertentu seperti perubatan, kimia, fizik, matematik dan sebagainya merupakan sumbangan terbesar bagi kemajuan sains dan teknologi yang kita rasai kini. Jelas bahawa ahli falsafah sains Islam dan Arab telah menerajui bidang sains dengan cemerlang. Pelbagai cabang sains dan teknologi telah dipelopori oleh ahli falsafah sains Islammasih digunakan sehingga hari ini. Karya-karya yang telah dihasilkan oleh ahli falsafah Islam dan Arab telah menjadi panduan dan rujukan dalam meneroka bidang sains. Ahli falsafah sains Islam dan Arab berjaya membuktikan bahawa pembangunan material yang bergerak seiring dengan pembangunan nilai yang selaras dengan kehendak Islam telah berjaya membawa manusia kearah kesejahteraan hidup dan kebahagiaan akhirat. Kegemilangan ilmu sains yang diterajui zaman keemasan Islam menunjukkan bahawa sains dan teknologi dikaji bagi menjadikan kehidupan manusia kearah kebaikan dan kesejahteraan. Kita sebagai generasi pada hari ini seharusnya bersyukur dan menghargai sumbangan yang ali-ahli falsafah Arab dan Islam telah lakukan serta berusaha menguasai ilmu pengetahuan agar terus kekal boleh menjadi sumber inspirasi buat generasi akan datang.

Page 20: assgmnt group.docx

4.0 Rujukan

Ahmad, Y. 2010. KEAGUNGAN TAMADUN ISLAM: Sejarah Yang Digelapkan. Selangor: Anbakri Publika Sdn.Bhd.

Alias Azhar. 2013. Sains dan Teknologi dalam Ketamadunan Islam: Analisa Epistemologi dan Metodologi. Jurnal Al-Tamaddun Bil. 8 (1): 51-66.

Amin, S. 1988. SUMBANGAN ISLAM DALAM BIDANG MATEMATIK. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dr.Nur Abdi Gudle. 2009.PHILOSOPHY OF SCIENCE & TECHNOLOGY: THE ISLAMIC PERSPECTIVES. Malaysia: Centre Of Excellent, Selangor International

Islamic University College (KUIS).

Page 21: assgmnt group.docx

Esposito,J.L. 2004. SAINS-SAINS ISLAM. Jakarta: Inisiasi Press.

Halima El Ghrari. 2003. Architects of the Scientific Thought in Islamic Civilization: Hallmarks from the biographies of Muslim scholars in various ages. Kingdom of Morocco: Imprimerie Beni Isnassen.

Mohaini, M. 2000. Great Muslim Methamaticians. Johor : Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Mohamed, Wael MY. 2008. History of Neuroscience: Arab and Muslim contributions to modern neuroscience. IBRO History of Neuroscience.

Mohd Koharuddin Mohd Balwi. 2002. Sains dan Teknologi Asia: Hadiah Asia Kepada Dunia. Jurnal Teknologi,37(E): 29–46.

Muhammad Adil Afridi. t.th. Contribution of Muslim Scientists to the World: An Overview of Some Selected Fields.International Islamic University Malaysia.

Ramli,A. Zulkiflee,H. Mohd.Nasir,R. 2012. SAINS TAMADUN ISLAM. Malaysia: Universiti Teknologi Malaysia.

Scheppler,B. 2006. Al-Biruni: Master Astronomer and Muslim Scholar of the Eleventh Century. New York: The Rosen Publishing Group.

Shaharir.M.Z. 1989. TAMADUN ISLAM DALAM SAINS DAN TEKNOLOGI. Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sulaiman, N. 1995. SAINS MENURUT PERSPEKTIF ISLAM. Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.