titas assgmnt

22
1.0 Pendahuluan Perkataan tamadun” sering digunakan untuk mengambarkan kemajuan kebendaan ( material) sesebuah masyarakat. Perkataan ini mula diperkenalkan oleh seorang penulis Kristian ( Jurji Zaidan ) yang menulis tentang sejarah Islam dan sastera Arab. Perkataan ini telah diterimapakai sebagai perbendaharaan kata bahasa Melayu sejak zaman berzaman. Segelintir manusia masih lagi hidup dalam keadaan amat dhaif, namun pada umumnya dunia hari ini telah menempa sejarah tamadun yang tinggi. Ini terbukti dengan gaya hidup yang cemerlang, kemudahan yang canggih, kemajuan sains teknologi yang hebat, teknologi maklumat yang mengkagumkan dan sebagainya. Namun perlu untuk kita mengetahui istilah tamadun yang sebenar supaya jelas dari sudut pengertiannya. Perkataan tamadun berasal daripada bahasa Arab, iaitu dari perkataan mudun dan madain. Satu lagi perkataan Arab yang mempunyai kaitan dengan perkataan tamadun ialah madana yang membawa maksud tinggi budi bahasa dan pembukaan Bandar. Perkataan daripada bahasa Inggeris pula ialah civilization yang berasal daripada perkataan civitas yang boleh diertikan sebagai peradaban. Manakala menurut Ibrahim Anis (1960), perkataan tamadun adalah kata terbitan daripada kata kerja maddana yang bererti pemilihan lokasi sebagai tempat tinggal dan membangunkan sesuatu kawasan hingga menjadi suatu perbandaraan. Manakala Ibrahim Mustafa (1989) memberi erti yang sedikit bebeza iaitu hidup dalam suasana kehidupan orang bandar dan menikmati kehidupan yang maju. Jika dilihat dari sudut perkamusan, tamadun sebagai keadaan kemajuan kebendaan atau pemikiran, budaya ,sosial , politik, beradaban dan dan lain- lain ( Kamus Dewan edisi Keempat). Berdasarkan definisi di atas dapatlah disimpulkan tentang konsep tamadun iaitu peradaban hidup tersusun dan lebih sistematik serta memenuhi ciri-ciri kemajuan dalam aspek kehidupan. Konsep tamadun juga 1

Upload: norhidayah-adnan

Post on 14-Apr-2016

64 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

titas

TRANSCRIPT

Page 1: Titas Assgmnt

1.0 Pendahuluan

Perkataan “tamadun” sering digunakan untuk mengambarkan kemajuan

kebendaan ( material) sesebuah masyarakat. Perkataan ini mula diperkenalkan oleh

seorang penulis Kristian ( Jurji Zaidan ) yang menulis tentang sejarah Islam dan

sastera Arab. Perkataan ini telah diterimapakai sebagai perbendaharaan kata bahasa

Melayu sejak zaman berzaman. Segelintir manusia masih lagi hidup dalam keadaan

amat dhaif, namun pada umumnya dunia hari ini telah menempa sejarah tamadun yang

tinggi. Ini terbukti dengan gaya hidup yang cemerlang, kemudahan yang canggih,

kemajuan sains teknologi yang hebat, teknologi maklumat yang mengkagumkan dan

sebagainya. Namun perlu untuk kita mengetahui istilah tamadun yang sebenar supaya

jelas dari sudut pengertiannya.

Perkataan tamadun berasal daripada bahasa Arab, iaitu dari perkataan mudun

dan madain. Satu lagi perkataan Arab yang mempunyai kaitan dengan perkataan

tamadun ialah madana yang membawa maksud tinggi budi bahasa dan pembukaan

Bandar. Perkataan daripada bahasa Inggeris pula ialah civilization yang berasal

daripada perkataan civitas yang boleh diertikan sebagai peradaban. Manakala menurut

Ibrahim Anis (1960), perkataan tamadun adalah kata terbitan daripada kata kerja

maddana yang bererti pemilihan lokasi sebagai tempat tinggal dan membangunkan

sesuatu kawasan hingga menjadi suatu perbandaraan. Manakala Ibrahim Mustafa

(1989) memberi erti yang sedikit bebeza iaitu hidup dalam suasana kehidupan orang

bandar dan menikmati kehidupan yang maju. Jika dilihat dari sudut perkamusan,

tamadun sebagai keadaan kemajuan kebendaan atau pemikiran, budaya ,sosial ,

politik, beradaban dan dan lain-lain ( Kamus Dewan edisi Keempat).

Berdasarkan definisi di atas dapatlah disimpulkan tentang konsep tamadun iaitu

peradaban hidup tersusun dan lebih sistematik serta memenuhi ciri-ciri kemajuan dalam

aspek kehidupan. Konsep tamadun juga merupakan pembangunan potensi diri dan

kehidupan sesebuah masyarakan agar dapat menguasai berbagai-bagai bidang

kemajuan terutama dalam bidang kesenian dan seni bina. Namun persoalan yang perlu

ditekankan ialah konsep tamadun Islam dan tamadun Asia yang merangkumi ciri-ciri dan

isu-isu semasa yang berkaitan dengan ketamadunan Islam dan Asia. Kemunculan

tamadun lama ini juga mempunyai hubungan yang sangat erat dan memberi kesan

1

Page 2: Titas Assgmnt

secara langsung terhadap agama Islam, hubungan kaum, isu hegenomi, keganasan

alam sekitar dan kemunculan Islam Hadhari.

2.0 Konsep Tamadun Islam

Tamadun Islam ialah tamadun yang didirikan oleh masyarakat muslim dari abad

ke 7M hingga kini. Ia merupakan sebuah tamadun yang sepadu dengan menitikberatkan

penekanan kemajuan kerohanian serta kebendaan. Dalam jangkamasa tersebut

pelbagai bangsa seperti Arab, Parsi Turki, India dan lain-lain lagi telah bersama-sama

bergabung di bawah naungan islam kearah membina sebuah tamadun yang agung

hingga muncul bandar-bandar dan kota-kota terkemuka didunia suatu ketika dahulu

seperti Madinah, baghdad, Cordova, Iskandariah dan lain-lain lagi yang telah menjadi

pusat-pusat penting perkembangan tamadun dan kebudayaan islam seterusnya menjadi

pusat tumpuan dunia dalam hal-hal keilmuan dan sebagainya.

Konsep tamadun Islam dari sudut bahasa ertinya kemajuan atau civilization.

Perkataan “tamaddun” adalah dari bahasa Arab yang telah diterima pakai sebagai salah

satu daripada perkataan dalam Bahasa Melayu. Perkataan lain yang telah digunakan

oleh sarjana-sarjana bagi menunjukkan erti “tamadun” ini seperti ‘umran, hadharah dan

madaniah. Manakala dari sudut istilahnya pula Tamadun Islam ertinya kemajuan yang

telah dicapai oleh umat Islam dalam aspek kerohanian dan kebendaan dengan

berpandukan kepada al Quran dan al Sunnah Rasulullah s.a.w. Tamadun Islam

menekankan kepada kemajuan kebenaran dan kerohanian secara serentak. Tamadun

Islam adalah lahir daripada agama Islam sendiri. Dalam perkataan lain agama Islam-lah

yang melahirkan Tamadun Islam. Berbeza dengan tamadun-tamadun lain yang

melahirkan agama mereka.

Menurut Ibnu Khaldun Tamadun ialah kemuncak pembangunan yang berkait

dengan peningkatan kemewahan, keindahan suasana dan minat kepada pelbagai aspek

industri yang boleh mempertingkatkan kualitinya. Ini termasuk keperluan kepada bahan-

bahan makanan, pakaian, peralatan rumah tangga dan sebagainya. Soerang lagi tokoh

Islam iaitu Sayyid Qutb berpendapat Tamadun Islam ialah segala bentuk kemajuan

yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat seperti sistem sosial, pemerintahan,

2

Page 3: Titas Assgmnt

politik, ekonomi dan kebudayaan yang berteraskan syariat Allah serta bercirikan nilai-

nilai moral Islam.

2.1 Ciri-ciri Tamadun Islam

Dalam Kamus Dewan edisi Keempat,  mencatatkan tamadun sebagai

kebudayaan, peradaban, kemajuan, sopan santun, dan sebagainya. Definisi ini

juga terdapat dalam asas-asas tamadun Islam itu sendiri dimana tamadun Islam

mementingkan aspek sopan santun, peradaban dan sebagainya. Ciri-ciri khusus

tamadun Islam ialah Rabbani iaitu menerangkan tentang agama Islam di dasari

dengan ilmu-ilmu ketuhanan yang tinggi sekali, kerana matlamat setiap individu

Muslim  ditetapkan oleh Allah SWT dengan mengabdikan diri hanya kepada

Allah SWT disamping melaksanakan tugas sebagai khalifah di muka bumi Allah

SWT, dan Al Quran juga menjadi sumber asas rujukan.

Ciri kedua ialah keseimbangan dalam segala aspek kehidupan, rohani

dan jasmani, masyarakat dan individu, dunia dan akhirat. Kesederhanaan pula

perlu ada dalam melaksanakan segala perintah Allah SWT tetapi tidak pula

dengan maksud mempermudahkan segala urusan. Ciri seterusnya iaitu

Tamadun Islam bersifat universal dimana tidak terikat dengan bangsa, tempat

atau tempoh tertentu, bahkan ia milik seluruh manusia. Tamadun Islam menepati

keperluan segala situasi dan peredaran zaman.

Ciri keempat tamadun Islam ialah ideal dan realistik iaitu ideal bermaksud

meletakkan manusia pada tingkat yang paling tinggi dengan mengawasi setiap

gerak geri manusia. Realistik pula bermaksud mengambil kira hakikat yang

berlaku iaitu di dunia yang nyata.

Berdasarkan kepada ciri-ciri tamdun Islam ini jelas bahawa ia sesuai

dengan zaman. Konsep Islam Hadhari yang di lestarikan oleh kerajaan Malaysia

juga berdasarkan kepada konsep tamadun Islam itu sendiri. Jika dilihat dalam

elemen yang diterapkan dalam Islam Hadhari terdapat perkaitan dengan asas-

asas tamadun Islam namun pelaksaannya sejajar dengan perkembangan zaman

ke zaman.

 

3

Page 4: Titas Assgmnt

3.0 Tamadun Asia

Kemunculan Tamadun awal Asia Tenggara dapat dibuktikan dengan

wujudnya  kerajaan awal di Tanah Besar seperti Funan, Chenla, Angkor, Sukhotai, dan

Ayuthia. Di kawasan kepulauan Melayu dapat dilihat melalui Kedah Tua, gangga Negara

dan Langkasuka, Srivijaya, Majapahit, Singhasari dan Mataram. Bukti kewujudan dapat

dilihat menerusi sumber bertulis dan artifak arkeologi. Tamadun awal yang wujud boleh

dilihat menerusi kerajaan Funan iaitu wujud pada 3M dan bukti kewujudan ini melalui

penemuan seni arca yang mengandungi unsur Hindu Buddha. Antara Tamadun yang

terdapat di Asia ialah tamadun China, India, Melayu dan Jepun.

3.1 Latar Belakang Tamadun Cina

Tamadun Cina dipercayai bermula kira-kira pada milenium ke-6 Sebelum

Masihi (SM) dan merupakan salah satu tamadun yang tertua di muka bumi selain

daripada Tamadun Mesir (Lembah Sungai Nil),Mesopotamia atau Sumeria

(Lembah Sungai Tigris dan Sungai Euphrates), India (Lembah Sungai Indus)dan

Tamadun Yunani (Eropah). Sifat keterbukaannya dalam berinteraksi dengan

tamadun-tamadun lain,integratif dan dinamik menyebabkanya menjadi lebih

mampan walaupun pernah dicabar oleh tamadun-tamadun lain. Walaupun

mengalami perubahan-perubahan dalam proses perkembangan yang panjang

namun identitinya dikekalkan sebagai satu tamadun berkesinambungan dan

kekal pada keseluruhannya.

Walaubagaimanapun, berdasarkan bukti-bukti penemuan arkeologi

antara kebudayaan-kebudayaan Neolitik (Zaman batu baru) di Yangshoa di

provinsi Shaanxi menunjukkan, Kebudayaan Yangshao telah wujud pada

milenium ke-5. Tapak tradisi kebudayaan Yangshoa ini dijumpai di teres-teres

berhampiran cawangan-cawangan Sungai Wei dan Huanghe (The Yellow River),

kerana kawasan ini mempunyai tanah yang subur, lembap dan mudah untuk

dikerjakan sebagai kawasan pertanain dan penempatan. Kegiatan awal bangsa

Yangshoa ialah pertanian, penternakan babi dan mengukir tembikar. Adalah

dipercayai, bijirin (milet) adalah makanan asasi atau rugi bangsa Yangshoa.

Perkembangan peradaban bangsa Yangshoa dibahagian tengah dan utara

4

Page 5: Titas Assgmnt

negara Cina menelan masa kira-kira 6 milenium iaitu lebih kurang 5000 tahun

sebelum diambilalih oleh kebudayaan Longshan.

Kebudayaan Longshan bermula sejak pertengahan kurun ke-2 dan

zaman Gangsa Awal (Bronze Age)lewat milenium ke-2. Pertemuan arkeologi

menunjukkan peradaban ini terletak di Lembah Sungai Yangzi di provinsi Jiangxi

dan juga di Sanxingdui,di provinsi Suchuan. Peradaban ini lebih maju berbanding

ketamadunan Yangshoa di mana tembikar yang dijumpai menunjukkan berkualiti

kerana dipercayai menggunakan mesin peroda tembikar dalam pengeluarannya.

3.2 Latar Belakang Tamadun India

Tamadun India merupakan tamadun yang tertua di dunia dan proses

perkembangannya mengalami masa yang panjang. Tamadun India mempunyai

keunikan yang tersendiri meliputi pola perkembangan sejarah, budaya dan sosial

masyarakatnya. Pembinaan tamadun India adalah hasil daripada pertembungan

dua bangsa yang utama iaitu Aryandan Dravidia. Hasil daripada proses

pertembungan tersebut menghasilkan interaksi yang akhirnya membawa

kepada kelahiran agama Hindu dan penjelmaan sistem kasta. Perkembangan

seterusnya menjadikan Tamadun India sebuah tamadun yang agung hingga

pengaruhnya keluar daripada tamadun khasnya di Asia.

3.3 Latar Belakang Tamadun Jepun

Sejarah awal tamadun Jepun dikenali sebagai zaman Lomo iaitu istilah

yang berasal daripada barang-barang yang dicipta dari sejenis tanah liat iaitu

Jomon. Dari segi kegiatan ekonomi, mereka merupakan masyarakat yang belum

berkemahiran dalam bertani (bercucuk tanam). Maka itu mereka mengamalkan

kegiatan memburu binatang, mengutip hasil hutan dan mengutip hasil laut

terutama menangkap ikan dan kerang. Dari segi kebudayaan, mereka masih

menggunakan kulit binatang atau kulit kayu sebagai pakaian. Mereka

menggunakan peralatan budaya yang diperbuat daripada batu batan, tulang-

belulang dan kayu. Melalui kaedah arkeologi, dibuktikan penemuan artifak-artifak

5

Page 6: Titas Assgmnt

antaranya kulit kerang vang ditanam bersama tulang manusia di dalam

perkuburan orang Jomon dan tembikar-tembikar Jomon yang mempunyai

kehalusan seni dan corak-corak luar biasa.

Penemuan-penemuan ini membuktikan masyarakat asli Jepun telah

mencapai taraf seni kebudayaan yang tinggi menjelang tahun 5000SM. Dari segi

sosial, dipercayai masyarakat ini telah mengikut aliran hidup yang kolektif dan

tetap tanpa jurang perbezaan antara golongan kaya dan miskin. Mereka tinggal

menetap dengan seit bina tempat tinggal iaitu rumah dengan menggali lubang

dan dindingnya diperbuat daripada jerami. Dari segi kepercayaan, mereka

mempercayai suatu jenis kuasa ghaib melalui penciptaan rupa-rupa patung Dewi

dari tanah liat. Dalam aspek pengkebumian, orang yang meninggal tidak

dikebumikan menggunakan keranda, tangan dan kaki dilipat dan kadangkala di

dada mereka diletakkan batu yang besar untuk menghalang daripada menjelma

semula.

Menjelang tahun 200 SM, pengaruh kebudayaan Cina mulai mengalir

masuk ke negara Jepun dan Dinasti Han (206SM-24 TM), ketika itu mula

menekankan pengaruhnya ke atas Jepun. Kemasukan kebudayaan Cina dan

pertembungan ini telah membawa kepada perubahan-perubahan dalam

masyarakat Jepun sehingga membentuk kebudayaan baru yang dikenali sebagai

Yayoi. Nama ini diambil dari suatu jenis periuk belanga tembikar yang dicipta

pada ketika itu iaitu dari zaman prasejarah Jepun sehingga hampir kurun ke-4

Masihi. Barang-barang tembikar ini bercirikan garisan-garisan Iurus dan corak-

corak yang mudah dan kemas.

3.4 Latar Belakang Tamadun Melayu

Tamadun Melayu merujuk kepada sebuah tamadun yang dibentuk oleh

sekelompok manusia yang secara luasnya digolongkan sebagai kumpulan orang

Melayu, tertumpu kepada suatu wilayah di Asia Tenggara yang dikenali dengan

pelbagai nama seperti gugusan Kepulauan Melayu (Malay Archipelago),

gugusan Kepulauan Melayu yang disebut juga sebagai Indonesia, Nusantara,

Alam Melayu, dan Tanah Jawi. Dua perkara penting yang mewarnai tamadun

6

Page 7: Titas Assgmnt

wilayah ini ialah bahasa Melayu, yang menjadi bahasa perhubungan luas di

seluruh kawasan ini, dan agama Islam yang menjadi pelengkap kepada

pembentukan tamadun Melayu.

Tamadun Melayu adalah satu tamadun yang telah lama bertapak di

rantau Asia Tenggara. Tamadun ini telah berkembang dari kebudayaan orang

Melayu, yang tergolong dalam kumpulan penduduk asal rantau ini (Ahmad

Hakimi 1998, 2006; Nik Hassan Suhaimi 1994; 1999). Kemunculan tamadun

Melayu juga melahirkan budaya-budaya melayu yang tersendiri dan berubah

mengikut keadaan semasa. Menurut Mohd Taib Osman (1988) “Budaya orang

Melayu; persambungan dan perubahan berlaku setiap kali tibanya pengaruh

peradaban-peradaban luar, pertamanya daripada peradaban India, kemudian

peradaban Islam dan mulai abad yang lalu, kita di Semenanjung secara

menyeluruh, daripada peradaban Barat moden. Pada tiap-tiap titik tibanya

pengaruh luar itu, terdapat ciri-ciri yang telah sedia memperlanjutkan budaya di

samping munculnya ciri-ciri yang mengasaskan perubahan”.

Kehadiran Islam di Alam Melayu telah membawa perubahan besar ke

atas nilai dan budaya orang Melayu. Peralihan gaya berfikir, corak sosial, dan

interaksi muamalat di kalangan orang Melayu dan masyarakat sekitar telah

diungguli oleh nilai tradisi Islam, sehingga unsur-unsur Hindu-Buddha hampir

terhakis dalam gaya hidup dan corak pemikiran masyarakat Melayu. Meskipun

demikian, masyarakat Melayu tidak menolak sepenuhnya amalan dan nilai tradisi

Hindu dan mereka tetap mengekalkan unsur-unsur yang tidak bertentangan

dengan ajaran Islam. Syed Muhammad Naquib menegaskan bahawa agama

Islam telah mengubah jiwa dan fizikal masyarakat Melayu Malaysia dan

Indonesia. Manakala Mohd Taib Osman pula berpendapat bahawa kedatangan

Islam ke Nusantara telah membawa perubahan sehingga menjadikannya

sebahagian daripada dunia Islam (Ismail Hamid, 1991). Perubahan-perubahan

yang maksudkan oleh kedua-dua tokoh di atas dapat dilihat daripada semua

aspek kehidupan seperti bidang bahasa, sastera, intelektual, undang-undang,

kepercayaan, politik, adat istiadat dan kesenian.

7

Page 8: Titas Assgmnt

4.0 Hubungan Tamadun Dengan Kebudayaan

Hubungan antara tamadun dan kebudayaan ialah kedua-duanya merupakan hasil

ciptaan manusia yang menyentuh aspek cara hidup dengan menggunakan akal dan

fikiran untuk menggarap ilmu dan pengetahuan. Daripada pemilikan ilmu ini pula, ia

melahirkan keinginan dan kehendak untuk mencapai satu tingkat kehidupan yang maju

dengan mematuhi undang-undang dan peraturan hidup dengan membina asas-asas

pembangunan dan pemodenan. Menurut Kamus Dewan (1998), kebudayaan ialah cara

hidup sesuatu masyarakat. Pengertian ini mempunyai makna yang sangat luas

penggunaannya. Perkaitannya dengan tamadun dapat dilihat melalui ciri-ciri khusus

kemajuan kehidupan sesuatu masyarakat yang meliputi pelbagai aspek seperti politik,

ekonomi, kesenian, senibina, pakaian, agama dan lain-lain pencapaian manusia.

Perkaitan antara kebudayaan dan tamadun berdasarkan kesamaan sumber kedua-

duanya dihasilkan oleh fikiran dan keilmuan manusia dalam membangunkan insan untuk

mencapai taraf hidup yang lebih maju di dunia ini.

Istilah tamadun juga dapat dihubungkan dengan istilah kebudayaan. Namun

begitu, antara tamadun dengan budaya wujud jurang pengertian yang berbeza

terutamanya dari segi jangka hayat, iaitu tamadun mempunyai jangka hayat yang

panjang dan berkekalan manakala budaya mempunyai jangka hayat yang pendek dan

sentiasa mengalami perubahan dan pembaharuan. Unsur-unsur kebudayaan yang

berkekalan hayatnya akan dianggap sebagai unsur-unsur tamadun.

Berdasarkan ketamadunan Islam, kebudayaan Islam diertikan sebagai suatu

cara kehidupan, cara berfikir dan cara berasa ketakwaan dalam seluruh bidang

kehidupan sekelompok manusia yang membentuk kesatuan sosial dalam satu ruang

dan waktu. Pembentukan kebudayaan Islam ini tunduk kepada peraturan yang telah

ditentukan melalui sumber-sumber asas perundangan Islam, iaitu al-Quran dan al-

Hadis. Sekiranya berlaku sebarang pertentangan antara kebudayaan dengan Islam,

maka ia dianggap sebagai kebudayaan bukan Islam.

Istilah kebudayaan yang dipelopori oleh sarjana Barat agak berbeza dengan

pendapat tokoh Islam. Menurut pandangan sarjana barat (Darcy Riberio) berpendapat

bahawa tamadun mempunyai kaitan yang rapat sekali dengan perbandaran. Clive Bell

8

Page 9: Titas Assgmnt

dalam bukunya Civilization and Old Finds menjelaskan bahawa tamadun merupakan

satu kriteria masyarakat. Hal ini bererti bahawa tamadun merupakan kata ukur yang

dapat menyukat atau menentukan tahap pencapaian sesuatu tamadun. Selain itu, (Karl

Wittfogel) mendefinisikan tamadun sebagai ciri kebudayaan secara keseluruhan

daripada sesuatu negara. Toynbee pula menyatakan sistem masyarakat yang dapat

membantu manusia menambah hasil pengeluaran atau produktiviti dan mempunyai

empat elemen, ekonomi,politik,pengetahuan dan seni. Berdasarkan istilah daripada

tokoh Barat ini jelas menampakkan kesempurnaan kebudayaan dalam tamadun Islam

kerana sumbernya (al-Quran dan as-Sunnah) dan asasnya (akidah, syariat dan akhlak).

Sumber ini meliputi keseluruhan keperluan individu itu sendiri merangkumi aspek politik,

ekonomi dan teknologi.

5.0 Kemajuan Tamadun Bangsa-Bangsa di Dunia

Kewujudan dan kemunculan tamadun-tamadun yang besar dan masyhur dilihat

mempunyai penonjolan yang tersendiri seperti tamadun Yunani yang masyhur dengan

falsafah dan keseniannya, manakala tamadun Islam pula masyhur dengan perspektif

kehidupan yang menyeluruh di samping perkembangan sains dan teknologi.

Keistimewaan tersebut hasil pandangan semesta atau world view yang biasanya

berdasarkan agama yang dianuti oleh mereka. Unsur utama yang menjadi pembeza

antara sesebuah tamadun dengan tamadun yang lain ialah pandangan semesta (world

view). Pandangan semesta inilah yang menjadikan sesuatu tamadun membentuk

keutuhan yang berterusan dalam mencapai kemajuan yang menjadikan tamadun itu

kekal. Walaubagaimanapun, kebanyakan tamadun yang pernah wujud memiliki ciri-ciri

tertentu yang meneruskan kesinambungan sesuatu masyarakat.

Politik yang kukuh merupakan faktor utama yang menentukan jangka hayat

sesebuah tamadun. Contohnya, tamadun Mesopotamia dengan sistem beraja dan Kod

ammurabinya (1792 S.M). Tamadun Mesir dengan Raja Firaun dan sistem hierarkinya.

Begitu juga tamadun Lembah Indus dan tamadun Melayu yang terkenal dengan sistem

beraja dan sistem pembesamya seperti empayar Melaka. Kesultanan Melaka yang

diasaskan oleh Parameswara dari Palembang sekitar 1400M telah mengukuhkan sistem

pentadbirannya dengan memperkenalkan Undang-undang Laut Melaka dan Hukum

9

Page 10: Titas Assgmnt

Kanun Melaka. Tamadun China yang bermula di Lembangan Sungai kuning (Hwang Ho)

juga ditentukan kesinambungan hayatnya oleh faktor politik, perundangan dan

kestabilan.

Selain itu kedudukan strategic juga merupakan faktor kemajuan sesebuah

tamadun. Kelahiran sesebuah tamadun kebanyakannya disebabkan kedudukannya

yang trategik yang boleh mewujudkan penempatan masyarakat dan juga mudah untuk

memperoleh sumber-sumber semulajadi untuk menampung kehidupan masyarakatnya.

Faktor lokasi seperti ini yang merujuk kepada kesesuaian faktor-faktor geografi telah

dilihat menggalakkan kemunculan tamadun China di Lembah Huang-He dan Yang Tse,

tamadun India di Lembah Ganges dan Brahmaputra, tamadun Mesopotamia di Lembah

tigris dan Euphrates, tamadun Mesir di Lembah Nil dan juga tamadun Melaka di

Pinggiran- Selat Melaka. Jika dilihat keistimewaan Tamadun Melaka sehingga menjadi

empayar yang ulung di rantau ini pada abad ke-15 adalah disebabkan kedudukannya

yang strategik dari segi perdagangan dan pelabuhannya terlindung dan selamat dari

tiupan angin Monsun.

Kelahiran sesebuah tamadun turut didorong oleh penghayatan yang tinggi

terhadap moral dan nilai yang terpuji. Nilai-nilai murni yang wujud pada masyarakat

sudah pasti menggalakkan kecintaan kepada ilmu dan nilai-nilai murni yang lain seperti

kreativiti, ketekunan, kerajinan, semangat berdisiplin dan sebagainya. Nilai-nilai murni

yang wujud pada pemimpin sudah pasti menggalakkan kepimpinan yang berhemat,

bertanggungjawab dan jujur yang seterusnya mendorong rakyatnya berganding bahu

untuk membangunkan negara. Penghayatan nilai-nilai murni seperti penekanan konsep

keadilan dalam pemerintahan telah dihayati hampir semua tokoh tamadun silam seperti

Plato dan Aristotle dalam tamadun Yunani, Lao Tze dan Kung Fu Tze dalam tamadun

Cina, Kautilya dan Samkara dalam tamadun India serta al-Farabi, al-Mawardi, al-Ghazali

dan Ibn Khaldun dalam Tamadun Islam.

6.0 Implikasi Pemikiran dalam Pembentukan Tamadun Dunia Terhadap Alam Sekitar dan Keganasan

Kerosakan alam sekitar berkait rapat dengan pandangan Barat terhadap

pembagunan sesebuah tamadun. Pemikiran Barat tersebut ialah penguasaan manusia

10

Page 11: Titas Assgmnt

terhadap dunia dan alam sekitar dan manusia terbaik akan terus kekal. Kedua-dua

pemikiran ini muncul daripada satu tafsiran masyarakat Barat terhadap kitab Injil

berkenaan manusia dan peranannya di dunia ini. Keadaan yang kita hadapi pada hari ini

adalah berpunca daripada keengganan sebahagian daripada masyarakat Barat untuk

mengurangkan kegiatan ekonomi mereka ke atas bumi yang membinasakan alam

sekitar atas dasar mereka berhak melakukannya. Atas sebab ideology Barat inilah

memberi kesan kepada keganasan terhadap alam sekitar dan mula merebak ke negara-

negara lain di Asia.

Berbeza dengan pandangan Tamadun Islam terhadap perkembangan dan

kemajuan dalam sesebuah tamadun. Tamadun Islam mementingkan hubungan manusia

dengan alam sekitar. Tidak dapat diragukan lagi, bahawa manusia itu merupakan

sebahagian daripada alam sejagat, tetapi berada di kedudukan yang istimewa dan

berbeza antara bahagian-bahagian lain. Berbanding makhluk lain di alam ini, manusia

dikurnia atau dianugerahkan dengan pancaindera yang berkembang dan subur, di

samping akal fikiran yang dapat mengumpulkan segala hasil yang dicapai oleh

pancaindera sambil menyelaraskan hasil yang dicapai oleh pancaindera itu hingga

dapat menjelaskan tentang hakikat alam itu sendiri. Manusia dikurniai roh yang

mempunyai keupayaan untuk subur dan membesar serta meningkat ke arah ketinggian.

Maka itu, hubungan manusia dengan alam sebagaimana yang dibentangkan

dalam al-Quran ialah pertama, hubungan dalam bidang pengambilan kepentingan dan

penundukan segala yang terdapat padanya untuk faedah, maslahat dan

kepentingannya. Dalam al-Quran, ternyata banyak ayat yang menyentuh mengenai

kemanfaatan yang diperolehi manusia. Antaranya, mengenai hubungan manusia

dengan binatang. Firman Allah s.w.t. bermaksud: Dan Kami tundukkan binatang-

hinatang itu untuk mereka, maka sebagiannya menjadi tunggangan mereka dan

sebahagiannya mereka makan (Surah Yaa Slin: Ayat 72).

Kesan pembentukan tamadun ini juga memberi kesan terhadap hubungan antara

kaum. Kesan yang jelas dapat dilihat dari aspek ekonomi, sosial dan politik.

11

Page 12: Titas Assgmnt

6.1 Kesan dari aspek Ekonomi

Pembentukan Tamadun yang berlaku dalam bangsa-bangsa di dunia

telah membawa kemajuan dalam segala aspek. Kesan positif yang dapat dilihat

adlah melalui hubungan ekonomi. Jika kita kaji tamadun Melayu seperti di

Melaka pada abad ke 15 telah mencapai kemajuan dalam segala aspek.

Kemajuan yang paling ketara adalah dalam aspek ekonomi dimana Melaka

pernah menjadi pusat pengumpulan bahan mentah antara negara-negara maju

yang lain sekaligus menjadi pusat persinggahan kapal-kapal dagang seperti

kapal dari China, India, Eropah, dan Arab.

Kemajuan aspek ekonomi ini mencerminkan hasil interaksi antara

tamadun Melayu dengan Tamadun lain di seluruh dunia. Sebagai contoh,

hubungan tamadun Cina dengan tamadun Melayu juga telah menyebarkan

pelbagai kebudayaan antara kedua-dua negeri. Berdasarkan sejarah tinggalan

lama, terdapatnya monument-monumen dari cina di Tanah Melayu seperti

tembikar, batik dan sebagainya. Peninggalan seni ukir juga dapat dilihat di

masjid-masjid di Melaka yang menggunakan seni ukir dari Cina.

6.2 Kesan dari aspek Politik

Interaksi antara tamadun di dunia telah memberi impak dalam soal politik.

Hubungan diplomatik terbentuk hasil daripada hubungan dagangan yang wujud

antara tamadun. Kesan aktiviti penjelajahan dan penerokaan antara tamadun-

tamadun di dunia telah mewujudkan hubungan politik yang membawa kepada

perjanjian antara negara-negara yang terlibat. Syarikat Hindia Timur dari Eropah

telah datang menjelajah ke ketamadunan Melayu di Asia dan membawa kepada

penguasaan dari aspek pemerintahan dan penerokaan bahan mentah.

Kesan ini juga bukan sahaja dapat dilihat ke atas tamadun Melayu malah

turut berkaitan dengan tamadun asia yang lain seperti tamadun India, Cina dan

Jepun. Kesan yang paling ketara adalah interaksi antara Tamadun Islam dengan

sistem politi di alam Melayu. sebelum kedatangan Islam sistem pemerintahan

Melayu dalam tamadun Melayu adalah bercorak Hindunisme dimana susur galur

pemerintahan dipengaruhi sistem pemerintahan Hindu. Namun selepas

kedatangan agama Islam ke Tanah Melayu telah merubah corak pemerintahan

12

Page 13: Titas Assgmnt

yang sedia ada. Selepas kedatangan tamadun Islam, sistem kesultanan

Kerajaan Uthmaniyyah telah diperkenalkan dimana ketua negara dan ketua

agama Islam ialah Sultan. Seorang Sultan bukan lagi sebagai keturunan dewa

tetapi hanya menjalankan tugas-tugas yang diperintah oleh Allah mengikut

hukum-hukum yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. Sultan juga bertanggungjawab

untuk memastikan pentadbiran dapat dilaksanakan dengan berkesan dan baik.

Buktinya, pada zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka. Antara

langkah-langkah yang diambil bagi memastikan negara itu makmur dan aman,

Sultan dibantu oleh penasihat, ulama, mufti, bendahara, Temenggung dan

sebagainya bagi memastikan kelicinan pentadbiran. Keadaan ini juga membawa

kepada penyebaran agama Islam di seluruh nusantara.

6.3 Kesan dari Aspek Sosial

Pengaruh tamadun islam terhadap asia dalam aspek sosial amat penting

dalam mencapai taraf  kemajuan kehidupan masyarakat . Sistem sosial pada 

umumnya ialah pergaulan dan hubungan sesame manusia dalam suatu

kelompok utama .Jika berbanding dengan  zaman jahiliah,keadan masyarakat

adalah kucar-kacir dan banyak berlaku penindasan.kedatangan agama islam 

telah mengubah corak kehidupan seharian masyarakat melayu.Melalui ajaran

islam yang disebarkan,  nilai-nilai moral masyarakat telahbanyak dipengaruhi

oleh nilai-nilai murni yang diajar dalam  agama  islam . Sosial bermaksud

pergaulan serta hubungan manusia dan kehidupan kelompok manusia terutama

dalam masyarakat yang teratur. Manusia merupakan makhluk sosial di mana

mereka membentuk kesatuan sosial dan kesatuan sosial yang terbesar dipanggil

masyarakat. Manusia akan hilang sifat kemanusiaannya jika tiada perhubungan

dan pergaulan sesama mereka dalam kehidupan mereka di mana kedudukan

mereka akan jatuh setaraf dengan haiwan jika hanya hidup bersendirian . 

        Hubungan manusia dengan manusia merupakan tata kedua dalam pola

hubungan yang diprinsipkan oleh Islam. Al-Quran menekankan hubungan

manusia dengan Allah yang disebut ibadat dan juga hubungan manusia sesama

manusia yang dikenali sebagai mua’malat atau sosial. Pengertian mu’amalat

yang digunakan sebagai istilah dalam ilmu Islam adalah lebih luas daripada

pengertian yang biasanya diguna  pakai orang. Ada yang menggunakan istilah

13

Page 14: Titas Assgmnt

mu’amalat dengan ” perbuatan manusia dalam kehidupan seharian sesama

mereka mengenai harta seperti hukum jual beli, sewa menyewa, upah

mengupah, pinjam meminjam, perkongsian dan sebagainya”. Ada pula yang

memberi maksud sebagai ” urusan keduniaan seperti jual beli, upah mengupah,

pinjam meminjam dan sebagainya “. 

       Menurut perspektif Islam hubungan manusia sesama mereka meliputi

undang-undang kekeluargaan, undang-undang sosial dan undang-undang

jenayah. Apabila mu’amalat membawa erti sebagai tata pergaulan hidup atau

sosial maka dengan sendirinya kekeluargaan dan jenayah termasuk di

dalamnya. Mengikut kajian ilmu Islam sebaiknya mu’amalat diertikan sebagai

tata hubungan manusia sesama manusia sebagai lanjutan kepada ibadat khusus

yang merupakan hubungan manusia dengan Allah.

       Kelompok sosial membentuk masyarakat di mana warga masyarakat

memerlukan masa yang lama untuk hidup dan bekerjasama dalam membentu

cara hidup. Cara hidup itulah yang dipanggil kebudayaan. Oleh itu yang

membentuk kebudayaan  ialah sosial. Hubungan antara sosial dengan

kebudayaan adalah berkait rapat di mana sosial membentuk kebudayaan dan

kebudayaan mengatur sosial. Hubungan yang rapat ini dinyatakan dalam istilah

sosiobudaya. Kebudayaan adalah pola cita manakala sosial pula merupakan

pola laku. Sosial membentuk masyarakat dan masyarakat pula melahirkan

kebudayaan.

     Sosial bukan Islam didasarkan kepada pengalaman, tradisi, pemikiran dan

cita-cita manusia manakala sosial Islam berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang

telah digariskan oleh Allah dan rasulNya. Islam tidak pula menyisihkan

pengalaman, tradisi dan pemikiran manusia tetapi perkara tersebut hanya

bertindak sebagai cara pelaksanaan bukannya menyusun prinsip.

14

Page 15: Titas Assgmnt

7.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, interaksi tamadun Islam dengan Tamadun Asia menunjukkan

bagaimana orang-orang dahulu menjalinkan hubungan diplomatik sehingga tercetusnya

revolusi pembagunan dan peradaban sesuatu tamadun. Implikasi ini bukan sahaja dapat

dilihat dari aspek pembagunan ekonomi malah meliputi aspek sosial. Dari segi aspek

sosial, bahawa kedatangan Islam walaupun tidak secara total, berlaku juga beberapa

perubahan dan pembaharuan.  Wertheim (1956) berpendapat, kedatangan Islam telah

menjadikan golongan bawahan mulai berasa diri mereka dihargai seperti golongan lain.

Keadaan ini berbeza semasa pemerintahan sebelum Islam khususnya di Tamadun

Melayu iaitu di Melaka.

Selain itu, pemahaman terhadap ketamadunan Islam dan Asia ini sangat

mementingkan kesan secara langsungnya terhadap peradaban manusia khususnya di

Asia itu sendiri. Kebudayaan dan kesenian merupakan antara kesan yang berlaku ke

atas pertembungan tamadun di dunia. Antara kesan yang berlaku hasil pertembungan

ini ialah sifat pemerintah dan pemimpin yang bertoleransi dan memerintah negara

dengan penuh keadilan dan kesaksamaan. Kesan ini dapat dilihat semasa zaman

kesultanan Melaka pada abad ke 15 dimana selepas kedatangan Islam ke atas tamadun

Melayu merubah sistem pemerintahan kepada sistem islamik.

Sikap golongan beragama seperti ulama, sami dan paderi yang sentiasa cuba

mewujudkan suasana harmoni, memberi tafsiran yang sejagat dan cenderung kepada

semangat keinsanan. Faktor ini juga kesan daripada toleransi antara tamadun Islam dan

tamadun Asia. Selain itu, tamadun sesebuah masyarakat bersifat keterbukaan. Ini dapat

dilihat apabila elemen-elemen atau ciri-ciri tamadun luar yang diterima oleh sesuatu

tamadun akan mengalami proses asimilasi dan penyesuaian.

Sementara kesan negatif pula seringkali mewujudkan konflik antara masyarakat

yang memilki tamadun yang berbeza. Konflik ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti

teologi, ekonomi, sosial dan politik. Isu perkauman dan keganasan sering terjadi apabila

wujud konflik yang tidak ditangani dengan wajar. Keadaan ini mungkin berlarutan jika

tindakan tegas tidak di atasi. Contohnya pada 16 Mei 1963 telah berlaku konflik

perkauman antara kaum di Tanah Melayu. Keadaan ini memberi tamparan yang hebat

15

Page 16: Titas Assgmnt

kepada kaum dan rakyat tempatan. Tindakan pihak berwajib telah meyelamatkan

keadaan daripada terus berlaku.

Akhir sekali, latar belakang kebudayaan, pemikiran dan sejarah ketamaduan ini

menyedarkan tentang asal usul dan juga kesan interaksi dalam pelbagai kaum. Selain

itu, isu-isu berbangkit seperti hubungan kaum, konsep keislaman dan alam sekitar

sangat berkait rapat dengan pembagunan sesuatu tamadun khususnya di Asia.

16