pjm3112 assgmnt permainan tradisional 1

14
PJM 3112 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN 1 1.0 PENGENALAN PERMAINAN TRADISIONAL Permainan tradisional merupakan satu khazanah warisan negara dan bangsa yang diwarisi sejak zaman nenek moyang kita malah tidak ternilai harganya. Arus permodenan telah mengubah zaman, permainan tradisional semakin dilupakan terutamanya aleh generasi muda kini. Mereka lebih berminat dengan permainan-permainan moden dan menganggap permainan tradisional sebagai ketinggalan zaman dan bersifat kekampungan. Negara kita, Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, didapati mempunyai pelbagai permainan tradisional yang diwarisi oleh nenek moyang tersendiri. Pada masa kini, Tidak hairanlah kerana semakin ramai generasi muda masa kini tidak mengetahui cara menaikkan wau ataupun cara memangkah gasing. Di samping itu, generasi muda masa kini juga langsung tidak pernah tahu akan kewujudan permainan-permainan seperti galah panjang dan tibau. Sesungguhnya, zaman telah berubah maka selaras dengan perubahan itu banyak nilai-nilai baru yang dibawa dalam kehidupan kita, Cara kita bergaul, menguruskan masa, beriadah dan berhibur semuanya berlainan, berbanding zaman nenek moyang kita. oleh sebab itu, permainan-permainan yang begitu popular pada masa lalu begitu sukar dilihat pada zaman sekarang. Sebenarnya, permainan-permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui aleh nenek mayang kita. Permainan- permainan itu bukan sekadar dijadikan alat hiburan semata-mata, malah ikatan kemasyarakatan juga banyak bergantung kepadanya. Misalnya sikap suka bergotong- royong menjalankan kegiatan ekonami, ikatan itu terus diperkukuh dan dipererat dengan acara-acara keramaian dan juga liburan, Lantaran resam yang demikianlah maka kita mendapati banyak permainan tradisional yang dipertandingkan secara berpasukan. Menang atau kalah dalam sesuatu pertandingan itu adalah satu perkara biasa. Apa yang lebih penting, semangat kerjasama dan muhibah antara ahli-ahli suatu pasukan, dan antara pasukan-pasukan dapat terus terpupuk. Secara khususnya, asas penting yang menjaminkan kesinambungan permainan tradisianal pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Rata-rata, kegiatan harian, musim dan

Upload: noor-dollah

Post on 14-Jul-2015

308 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: pjm3112 Assgmnt permainan tradisional 1

PJM 3112 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

1

1.0 PENGENALAN PERMAINAN TRADISIONAL

Permainan tradisional merupakan satu khazanah warisan negara dan bangsa

yang diwarisi sejak zaman nenek moyang kita malah tidak ternilai harganya.

Arus permodenan telah mengubah zaman, permainan tradisional semakin

dilupakan terutamanya aleh generasi muda kini. Mereka lebih berminat dengan

permainan-permainan moden dan menganggap permainan tradisional sebagai

ketinggalan zaman dan bersifat kekampungan. Negara kita, Malaysia yang terdiri

daripada pelbagai kaum, didapati mempunyai pelbagai permainan tradisional yang

diwarisi oleh nenek moyang tersendiri.

Pada masa kini, Tidak hairanlah kerana semakin ramai generasi muda masa kini

tidak mengetahui cara menaikkan wau ataupun cara memangkah gasing. Di samping

itu, generasi muda masa kini juga langsung tidak pernah tahu akan kewujudan

permainan-permainan seperti galah panjang dan tibau.

Sesungguhnya, zaman telah berubah maka selaras dengan perubahan itu

banyak nilai-nilai baru yang dibawa dalam kehidupan kita, Cara kita bergaul,

menguruskan masa, beriadah dan berhibur semuanya berlainan, berbanding zaman

nenek moyang kita. oleh sebab itu, permainan-permainan yang begitu popular pada

masa lalu begitu sukar dilihat pada zaman sekarang.

Sebenarnya, permainan-permainan tradisional telah berupaya membentuk

sebahagian daripada kehidupan yang dilalui aleh nenek mayang kita. Permainan-

permainan itu bukan sekadar dijadikan alat hiburan semata-mata, malah ikatan

kemasyarakatan juga banyak bergantung kepadanya. Misalnya sikap suka bergotong-

royong menjalankan kegiatan ekonami, ikatan itu terus diperkukuh dan dipererat

dengan acara-acara keramaian dan juga liburan, Lantaran resam yang demikianlah

maka kita mendapati banyak permainan tradisional yang dipertandingkan secara

berpasukan.

Menang atau kalah dalam sesuatu pertandingan itu adalah satu perkara biasa.

Apa yang lebih penting, semangat kerjasama dan muhibah antara ahli-ahli suatu

pasukan, dan antara pasukan-pasukan dapat terus terpupuk. Secara khususnya, asas

penting yang menjaminkan kesinambungan permainan tradisianal pada masa lalu ialah

keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Rata-rata, kegiatan harian, musim dan

Page 2: pjm3112 Assgmnt permainan tradisional 1

PJM 3112 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

2

tahunan daripada individu ke individu tidak banyak yang berbeza. Ini membolehkan

mereka bekerja dan berhibur pada masa yang sama. Malah sejak dari. kecil lagi

mereka membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Secara keseluruhannya,

permainan tradisional yang terkenal pada zaman dahulu terbahagi kepada dua iaitu

permainan tradisional orang dewasa dan permainan tradisional kanak-kanak.

1.1 PERMAINAN TRADISIANAL ORANG DEWASA

Pada zaman dahulu, sudah menjadi kemestian bagi orang dewasa apabila turun

ke laut ataupun ke sawah maka seluruh tenaga ditumpukan pada pekerjaan iaitu

mencari rezeki dengan bersungguh-sungguh. Namun demikian, bekerja ada hadnya.

Apabila musim menuai padi berakhir, pesawah mempunyai banyak masa terluang

menjelang tibanya musim menanam yang seterusnya. Begitu juga dengan nelayan

apabila tiba musim tengkujuh. Tempoh peralihan antara musim inilah yang banyak

digunakan untuk mengadakan keramaian serta pesta. Apabila sesuatu permainan

diadakan di sesebuah kampung, penduduk kampung-kampung yang berdekatan turut

berkunjung untuk mengambil bahagian, atau sekadar menonton. Suasana pesta di

padang permainan boleh mewujudkan interaksi sosial di antara kampung-kampung

yang mengambil bahagian. Antara permainan tradisional orang dewasa adalah seperti

wau, gasing, laga ayam, angguk burung ketitir, laga lembu, kerbau, tibau, sepak araga

dan ahalau.

Maka tidak hairanlah mengapa permainan tradisianal juga dikenali sebagai

permainan rakyat. Kebanyakan permainan tradisianal orang dewasa dijalankan dengan

cara bertanding. Melalui pertandingan, para pemain dapat membentuk unsur-unsur

positif seperti mematuhi peraturan dan arahan ketua, bersabar, bertalak-ansur dan

bekerjasama. Namun begitu, ada beberapa jenis permainan tradisianal yang nyata

membawa unsur-unsur negatif. Contohnya. pertandingan melaga lembu atau

menyabung ayam.

Pertandingan ini bukan sekadar menyeksa binatang-binatang itu tetapi turut

menimbulkan gejala buruk seperti menggalakkan perjudian. Perjudian pula sering

disusuli oleh perasaan dendam-mendendam dan kadangkala pergaduhan. Permainan

tradisional orang dewasa juga lebih ‘berat’ berbanding permainan tradisional kanak-

Page 3: pjm3112 Assgmnt permainan tradisional 1

PJM 3112 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

3

kanak. Permainan-permainan itu tidak dapat dilangsungkan secara spontan dan pada

bila-bila masa, Sesetengah alat permainan misalnya gasing, mesti dihasilkan oleh

tukang yang mahir. Permainan menimang bola sepak raga pula memerlukan

pergerakan yang tangkas dan berukur, yakni sesuatu yang dikaitkan dengan bakat.

Dalam persekitaran yang moden khususnya di bandar, permainan-permainan

tradisional orang dewasa bukan sahaja tidak praktis tetapi juga sudah hilang daya

tarikannya. Kekecualiannya ialah sepak raga, permainan yang terus popular dengan

nama sepak takraw setelah corak dan peraturan permainannya diubahsuaikan.

Permainan-permainan tradisional yang lain tidak terus dilupakan, Di kawasan

pedalaman, pertandingan dan pertunjukan permainan tradisional masih diadakan,

biarpun cuma sekali-sekala. Tiada pihak yang mahu warisan nenek mayang kita itu

pupus. Oleh sebab itu, kerajaan melalui agensi-agensinya kerap menganjurkan pesta

kebudayaan dan permainan tradisional, Selain daripada menjaga warisan, usaha

demikian dapat dijadikan tarikan kepada pelancong untuk melawat ke negara kita.

Hakikat bahawa Penerbangan Malaysia memilih wau kucing sebagai lambangnya

sudah cukup untuk membayangkan betapa warisan itu dititikberatkan.

1.2 PERMAINAN TRADISIONAL KANAK-KANAK

Permainan tradisional kanak-kanak tidak banyak yang masih dimainkan.

Tempat-tempat yang masih kuat dan kukuh akan kebudayaan tradisinya berjaya

mempertahankan beberapa jenis permainan kanak-kanak itu. Di tempat-tempat lain,

permainan moden seperti domino, monopoli, video game dan sebagainya telah mencuri

hati kanak-kanak.

Permainan tradisional tercipta bertujuan untuk menghiburkan kanak-kanak dan

menghabiskan masa luang mereka agar tidak mengganggu orang dewasa yang sedang

bekerja. Selain itu, permainan tradisional secara tidak langsung mengajar kanak-kanak

tentang tatacara berkawan dan bekerjasama. Mereka berlatih menangani

tanggungjawab serta mematuhi arahan ketua. Ini dengan sendirinya memupuk

semangat muhibah. yang menjadi tonggak kemasyarakatan zaman nenek moyang kita.

Permainan-permainan tradisional ini tidak diketahui penciptanya, Tetapi jika para

pencipta itu diberikan hakcipta seperti amalan semasa berkemungkinan sesetengah

Page 4: pjm3112 Assgmnt permainan tradisional 1

PJM 3112 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

4

daripada mereka boleh mencapai status jutawan. Begitulah meluasnya penerimaan

masyarakat terhadap beberapa jenis permainan tradisional. Permainan tradisional

kanak-kanak dapat dibahagikan seperti berikut:

i. Permainan di luar rumah atau di dalam rumah

ii. Permainan perseorangan atau berkumpulan

iii. Permainan kanak-kanak lelaki atau kanak-kanak perempuan

Pembahagian ini tidak tegas. Bagi kanak-kanak yang belum mencapai umur

persekolahan, jantina bukanlah sesuatu yang dititikberatkan, Walau bagaimanapun, ibu

bapa sendiri cenderung menggesa anak-anak mereka supaya bermain dengan kawan-

kawan sejantina.

Permainan di luar rumah termasuk sepak bulu ayam, konda-kondi, golek para,

jengket, guli dan sebagainya. Semua permainan ini baleh diadakan di hadapan rumah

atau di padang.

Permainan di dalam rumah biasanya permainan yang diadakan pada waktu malam atau

apabila tiba musim hujan, Kanak-kanak memang suka bermain di luar rumah tetapi

pada waktu-waktu begini mereka tidak bebas keluar.

Seterusnya, permainan di dalam rumah yang popular ialah congkak dan

selambut. Permainan di dalam rumah kebanyakannya permainan perseorangan dan

berunsur nyanyian, pantun dan teka-teki. Nama dan syarat permainan ada yang

berbeza dari tempat ke tempat. Begitu juga, ada permainan tradisional yang tidak

bermusim dan ada pula dimainkan mengikut musim. Misalnya, konda-kandi mula

menonjol apabila luput musim guli. Konda-kondi pula disusuli sepak bulu ayam, dan

seterusnya. Permainan mencergaskan jasmani dan rohani kanak-kanak. Sewaktu

bermain, terutama permainan di luar rumah, mereka berlatih menajamkan pancaindera

serta memantapkan pergerakan dan gerak balas otot. Ini boleh membantu proses

tumbesaran kanak-kanak. Daripada segi perkembangan alamiah, kanak-kanak akan

memperkaya perbendaharaan kata. Latihan mengira turut disemai di dalam permainan-

permainan congkak, selambut dan konda-kondi. Permainan ini melatih mereka mengira

secara congak. Selain daripada itu, permainan tradisional boleh mengasah bakat

mereka dalam seni pertukangan tangan serta mengembangkan daya cipta mereka.

Page 5: pjm3112 Assgmnt permainan tradisional 1

PJM 3112 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

5

2.0 NAMA PERMAINAN

Tuju Selipar

2.1 PENGENALAN PERMAINAN TUJU SELIPAR

Permainan tuju selipar merupakan permainan tradisional masyarakat Melayu

yang semakin dilupakan oleh generasi muda masa kini. Permainan ini mempunyai

banyak nama iaitu baling selipar bagi kebanyakkan tempat, tuju kasut bagi panggilan di

kawasan sebelah utara dan terdapat juga yang memanggilnya sebagai

permainan bola kaki tiga.

Permainan ini amat mudah kerana alatan yang diperlukan hanyalah selipar yang

selalunya dipakai oleh orang-orang di Malaysia. Permainan ini tidak terkenal di negara

sejuk seperti United Kingdom dan Russia memandangkan orang-orangnya selalu

memakai kasut dan permainan baling kasut boleh mengakibatkan para peserta menjadi

koma jika kasut dibaling terkena kepala.

2.2 SEJARAH PERMAINAN TUJU SELIPAR

Baling selipar merupakan antara permainan tradisional tertua di kalangan orang

Malaysia dan sering dilihat menjadi aktiviti menghiburkan ketika berkumpul bersama

rakan dan taulan.

Asal-usul permainan ini tidak dapat dipastikan kerana telah sedia dimainkan

di Negara ini sejak dahulu lagi. Namun begitu permainan ini terus berkembang ke

seluruh Tanah Melayu dan dimainkan oleh pelbagai kaum. Permainan ini terkenal di

kalangan orang-orang kampung di kawasan perkampungan orang Melayu. Permainan

tradisional ini juga boleh dilakukan di pelbagai majlis sukan rakyat.

Permainan tuju selipar ini merupakan sejenis permainan tradisional kanak-kanak

Malaysia. Permainan ini amat mudah kerana alatan yang diperlukan

hanyalah selipar yang selalunya dipakai oleh masyarakat di Malaysia. Tiga selipar

diperlukan untuk permainan ini selipar disusun menegak dan dibaling untuk

menjatuhkan. Permainan ini sering dilihat menjadi aktiviti menghiburkan ketika

berkumpul bersama rakan dan taulan.

Page 6: pjm3112 Assgmnt permainan tradisional 1

PJM 3112 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

6

2.3 OBJEKTIF PERMAINAN TUJU SELIPAR

2.3.1 Dari Segi Intelek

a) Dilatih untuk berfikir secara teratur.

b) Merangsang berfikir secara kreatif dan kritis dalam merancang strategi

semasa hendak menyusun selipar dalam pada masa yang sama mengelak

daripada serangan pihak lawan.

c) Belajar tentang kepentingan keselamatan melalui aktiviti mengelak serangan

pihak lawan.

2.3.2 Dari Segi Emosi

a) Dapat berkomunikasi dengan baik dan masing-masing akan mematuhi

peraturan permainan.

b) Membantu mewujudkan perhubungan yang baik antara mereka.

c) Wujudnya suasana kerjasama antara ahli dalam kumpulan.

d) Membentuk nilai murni seperti sabar, tidak mudah berputus asa dan berani.

2.3.3 Dari segi Fizikal

a) Permainan ini melibatkan pergerakan fizikal atau aktiviti fizikal yang banyak.

Ini akan membantu dalam perkembangan fizikal kanak-kanak.

b) Meningkatkan kemahiran fizikal seperti berlari pantas secara tidak langsung

meningkatkan stamina kanak-kanak.

c) Meningkatkan kemahiran mengelak, mengacah dan melompat melalui

permainan.

3.0 PENGANJUR

Kumpulan Dua PPG BM05 Kohort 1 Jun 2011

Ahli Kumpulan : Amir Hamzah bin Ali

Suraini binti Kamis

Mazlina binti Alang

Noor a/p Dollah

Siti Rohana binti Junus

Page 7: pjm3112 Assgmnt permainan tradisional 1

PJM 3112 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

7

4.0 JAWATANKUASA AKTIVITI

Pengerusi : Encik Amir Hamzah

Setiausaha : Pn.Suraini binti Kamis

Naib Setiausaha : Pn. Mazlina binti Alang

Bendahari : Pn. Noor a/p Dollah

Pengurus aktiviti : Pn. Siti Rohana binti Junus

Pengadil : Semua ahli jawatankuasa

5.0 BUTIR-BUTIR PROGRAM

5.1 Tarikh pelaksanaan : 08 Mac 2014

5.2 Masa/ Hari : 2.30 petang / Sabtu

5.3 Tempat : Padang IPGK Ipoh

5.4 Bilangan peserta : 17 orang ( Kumpulan A – 4 orang, kumpulan B – 4 orang,

kumpulan C – 4 orang dan kumpulan D – 5 orang )

6.0 UKURAN PADANG

Keluasan padang yang diguna ialah lebih kurang satu gelanggang bola jaring.

7.0 LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN

1. Menggunakan kawasan dengan keluasan 1 gelanggang bola jaring.

2. Permainan berlangsung sebaik sahaja wisel ditiupkan setiap kali pusingan

diadakan.

3. Ahli setiap kumpulan akan ditentukan menggunakan kaedah ‘Ooo Som’.

Untuk menentukan kumpulan A, B, C dan D.

4. Jumlah pemain dalam permainan ini ialah tujuh belas orang. Satu pasukan

terdiri daripada empat hingga 5 orang pemain (kumpulan A, B, C dan D)

5. Empat orang pegawai akan bertugas. (pengadil, pencatat, dokumentasi dan

persegaran).

8.0 PERATURAN DAN SYARAT PERMAINAN TUJU SELIPAR

( 20 minit untuk satu perlawanan)

Page 8: pjm3112 Assgmnt permainan tradisional 1

PJM 3112 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

8

Bilangan kumpulan adalah bilangan minimum ahli yang ada pada kedua-dua

kumpulan. Permainan ini dibahagikan kepada 4 kumpulan. 1 kumpulan menyerang dan

1 kumpulan bertahan. Permainan antara keempat-empat pasukan akan dilaksanakan

serentak.

8.1 Peraturan Permainan Tuju Selipar

1. Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak lelaki dan perempuan dan mereka

bermain bersama-sama.

2. Pemain pertama daripada kumpulan utama memulakan permainan dengan

cara melontar ke arah selipar yang telah disusun.

3. Setiap pemain dibenarkan membuat 3 kali lontaran untuk menjatuhkan

kesemua selipar.

8.2 Peraturan Keselamatan:

1. Had anggota badan yang boleh dilontar dengan selipar adalah dibawah paras

kepala. Jika dengan sengaja membuat balingan ke arah kepala, pengadil

berhak mendenda pihak yang membaling dari segi mata perlawanan.

2. Sebarang cara bermain yang mendatangkan kecederaan seperti “Body

contact” atau lawan badan adalah tidak dibenarkan sama sekali.

9.0 CARA BERMAIN TUJU SELIPAR

Berikut adalah cara untuk bermain:

1. Tiga selipar hendaklah disusun dengan keadaan berdiri.

2. Kumpulan bertahan perlu menjatuhkan susunan selipar itu dengan melontar

selipar yang dipegang ke susunan selipar itu.

3. Jika orang pertama gagal untuk menjatuhkan susunan selipar itu, orang

kedua hingga orang terakhir dalam kumpulan bertahan boleh cuba untuk

menjatuhkan selipar itu.

4. Seorang pembaling hanya diberi peluang untuk membuat tiga lontaran saja.

Jika tidak berjaya menjatuhkan selipar dalam tiga lontaran tersebut, maka

orang itu akan dikira mati.

Page 9: pjm3112 Assgmnt permainan tradisional 1

PJM 3112 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

9

5. Jika kesemua selipar berjaya dijatuhkan, kumpulan penyerang dikehendaki

membuat balingan ke anggota badan kumpulan A dengan menggunakan

selipar yang disediakan.

6. Misi kumpulan bertahan adalah untuk menyusun semula susunan selipar

tersebut untuk berkedudukan berdiri semula.

7. Kumpulan penyerang perlu mengawal dan menghalang kumpulan bertahan

dari menyusun selipar itu.

8. Ahli kumpulan penyerang yang memegang selipar untuk dilontarkan kepada

kumpulan bertahan tidak dibenarkan bergerak dan perlu membalingnya

terlebih dahulu sebelum bergerak.

9. Jika kesemua ahli kumpulan bertahan telah dimatikan sebelum selipar

disusun, giliran kumpulan penyerang untuk bermain. Tiada mata akan

diberikan kepada mana-mana pasukan dalam keadaan ini.

10. Mata akan diberikan jika kumpulan bertahan berjaya menyusun selipar

sebelum kesemua ahli kumpulan bertahan dimatikan.

11. Permainan akan diteruskan semula oleh kumpulan bertahan sehinggalah

kesemua ahli dimatikan sebelum selipar disusun.

12. Jika kumpulan penyerang berjaya mematikan semua ahli kumpulan bertahan,

mereka pula akan membaling susunan selipar tadi.

Page 10: pjm3112 Assgmnt permainan tradisional 1

PJM 3112 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

10

10.0 PERALATAN DALAM PERMAINAN TUJU SELIPAR

Terdapat beberapa peralatan yang digunakan dalam permainan tuju selipar ini.

Antaranya adalah seperti yang berikut:

BIL. IMEJ PERALATAN NAMA PERALATAN KUANTITI

1.

Selipar

( disusun tiga)

untuk setiap

kumpulan

3 pasang

2. Selipar

(menjatuhkan

susunan selipar dan

untuk mematikan

kepada kumpulan

lawan)

sebelah

3.

skitel

( mengehadkan

keluasan kawasan

permainan)

8 buah

4.

Wisel

( untuk pengadil

memulakan dan

menamatkan

permainan.

2 buah

Page 11: pjm3112 Assgmnt permainan tradisional 1

PJM 3112 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

11

11.0 PENENTUAN PERMAINAN DAN KIRAAN MATA PEMENANG

Susunan selipar perlu dibina untuk mendapatkan 1 mata. Pemenang dipilih

berdasarkan mata yang banyak dikumpul. Sekiranya kumpulan bertahan berjaya

menjatuhkan kesemua selipar, giliran untuk memulakan permainan adalah milik

kumpulan bertahan. Keputusan pengadil adalah muktamad.

12.0 SENARAI SEMAK SEBELUM, SEMASA DAN SELEPEAS PELAKSANAAN

12.1 Senarai Semak Sebelum Pelaksanaan

Bil. Senarai semak Ya Tidak catatan

1. Mengadakan perbincangan/lantikan jawatankuasa

2. Membuat kertas kerja

3. Menyenaraikan peralatan/menentukan kawasan

4. Bilangan peserta ditentukan

5. Setiap ahli menjalankan tugas sebelum permainan

6. Penetapan syarat-syarat dan peraturan permainan

12.2 Senarai Semak Semasa Pelaksanaan

Bil. Senarai semak Ya Tidak catatan

1. Senarai semak peralatan

2. Kelangsungan pembahagian peserta

3. Kekemasan dan kesesuaian pakaian

4. Kelancaran acara seperti perancangan

5. Taklimat syarat dan peraturan oleh pengawai

Page 12: pjm3112 Assgmnt permainan tradisional 1

PJM 3112 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

12

12.3 Senarai Semak Selepas Pelaksanaan

Bil. Senarai semak Ya Tidak catatan

1. Jumlah alatan yang mencukupi

2. Kekemasan kawasan permainan

3. Pengurusan sampah yang baik

4. Ahli jawatankuasa membuat refleksi

Permainan

5. Post mortem

6. Membuat refleksi terhadap pelaksanaan permainan

Page 13: pjm3112 Assgmnt permainan tradisional 1

PJM 3112 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

13

13.0 BORANG PEMARKAHAN

Kumpulan

Pemarkahan

Pusingan satu Pusingan dua Pusingan tiga

KUMPULAN

YANG

MENANG

Selipar yang

berjaya disusun

Selipar yang

berjaya

disusun

Selipar yang

berjaya disusun

Kumpulan A

LAWAN

KUMPULAN B

Kumpulan C

LAWAN

KUMPULAN D

JUMLAH

PUSINGAN AKHIR

Kumpulan

Pemarkahan

Pusingan satu Pusingan dua Pusingan tiga

PEMENANG Selipar yang

berjaya disusun

Selipar yang

berjaya

disusun

Selipar yang

berjaya disusun

KUMPULAN

____

LAWAN

KUMPULAN

_____

JUMLAH

Page 14: pjm3112 Assgmnt permainan tradisional 1

PJM 3112 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

14

14.0 RUMUSAN

Melalui permainan tuju selipar ini, perpaduan dan ikatan silaturrahim dapat

dipereratkan lagi diantara satu sama lain. Sukan tradisional tuju selipar ini boleh

dijadikan sukan rekreasi atau sukan muhibbah di sekolah kelak dan sesuai dimainkan

oleh kanak-kanak terutama murid sekolah rendah. Aktiviti ini juga akan memberikan

keseronokan kepada murid-murid. Hal ini kerana melalui permainan ini setiap pelajar

diberi peluang untuk bermain. Oleh demikian, murid-murid akan menjadi lebih seronok

ketika bermain. Secara keseluruhannya, permainan tradisional tuju selipar ini bukan

sahaja dapat menjadikan murid-murid lebih cerdas dan sihat tetapi dapat menerapkan

semangat kerjasama dan kemahiran bersosial.

Justeru, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memelihara warisan yang

menjadi identiti kita. Tambahan pula, permainan tradisional ini mencakupi hasrat

Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mementingkan keseimbangan individu dari segi

jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial. Permainan tradisional merupakan salah satu

cara bagi rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat kerana

menggunakan kemahiran asas antaranya pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor

serta manipulasi alatan. Maka, penganjuran pertandingan ini dijadikan sebagai batu

lancatan kepada bakal pendidik untuk mengenali dengan lebih mendalam permainan-

permainan tradisianal di negara kita. Di samping itu, aktiviti ini dapat mewujudkan nilai-

nilai murni seperti semangat kerjasama, bertanggungjawab, memupuk semangat

internasional antara pelbagai kaum dan melahirkan generasi yang aktif.

Disediakan oleh: DISEMAK OLEH :

………………………… ………………………………..

( MAZLINA BINTI ALANG) ( EN. MOKHTAR BIN SULAIMAN)

Naib Setiausaha Pensyarah PJM 3112

Permainan Tradisional ‘Tuju Selipar’ IPG Kampus Ipoh

PPG BM05 2014

IPG Kampus Ipoh.