assgmnt e622 chris.doc

25
KERJA KURSUS SEMESTER JANUARI 2015 KOD MATA PELAJARAN : EEA 622 TAJUK MATA PELAJARAN : PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN PERINGKAT : SARJANA NAMA PELAJAR : ABRAHAM Z- ILYAS NO. MATRIKS : E60101150109 PROGRAM : SARJANA PENGURUSAN PENDIDIKAN FASILITATOR AKADEMIK : CHRISTHOPER JAMES ANSUN PUSAT PEMBELAJARAN : RANAU, SABAH

Upload: abraham-zakaria

Post on 11-Sep-2015

235 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

KERJA KURSUS

SEMESTER JANUARI 2015

KOD MATA PELAJARAN : EEA 622

TAJUK MATA PELAJARAN : PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN

PERINGKAT

: SARJANA

NAMA PELAJAR

:ABRAHAM Z- ILYAS

NO. MATRIKS

: E60101150109

PROGRAM

: SARJANA PENGURUSAN PENDIDIKAN

FASILITATOR AKADEMIK : CHRISTHOPER JAMES ANSUN

PUSAT PEMBELAJARAN

: RANAU, SABAH

BAHAGIAN A: (15%)

Apakah itu penilaian Kendiri ? ( 1 mukasurat) - 3%

Bagaimana Penilaian Kendiri digunakan di dalam Bilik Darjah? (2 mukasurat) - 5%

Taksirkan kelemahan dan kekuatan mengaplikasikan penilaian kendiri dalan menilai

kebolehan / prestasi.

a) Apakah itu Penilaian Kendiri?

Penilaian merupakan satu proses menentukan nilai atau memberi sesuatu nilai kepada sesuatu berdasarkan pemerhatian dan penghakiman yang teliti ( NCTM, 1995 ). Dengan perkataan lain, penilaian ialah proses membuat keputusan mengenai pembelajaran pelajar dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya seperti merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya dengan cara berkesan.

Perbincangan selanjutnya adalah mengenai beberapa definisi tentang Penilaian Kendiri. Klenowskis (1995) mendefinisikan penilaian kendiri sebagai penilaian tentang kebolehan atau pencapaian dan mengenalpasti kelemahan dan kekuatan dengan melihat cara memperbaiki sesuatu hasil pembelajaran. Menurut Aschbacher,1991, Newman,1997, Wiggins 1993:1998 , dalam penilaian kendiri (i) pelajar membina sesuatu untuk mencapai tahap pemikiran yang tinggi, (ii)komponennya termasuklah perkembangan disiplin, (iii) ia adalah umum, (iv) pelajar mempunyai pilihan berdasarkan maklumbalas dan ulangan berdasarkan keputusan.

Abdul Hadi (1985) menyatakan dalam bidang pendidikan penilaian merupakan satu instrumen atau kaedah untuk menentukan sejauhmana keberkesanan pembelajaran dan pengajaran iaitu sama ada tercapai atau tidak objektif yang tenaga pengajar inginkan.

Penilaian kendiri juga adalah langkah pertama bagi proses perancangan karier. Ini adalah proses untuk mendapatkan maklumat tentang diri anda untuk membuat keputusan tentang kerjaya anda. Penilaian kendiri perlu mengambilkira tentang nilai, halatuju, personaliti, dan kemahiran.

Penilaian kendiri sangat penting peranannya dalam bidang pendidikan. Ini adalah untuk memahami dan memperbaiki pencapaian pendidikan. Ia juga adalah proses sistematik memproses data untuk refleksi diri.Terdapat empat komponen : mendapatkan data secara sistematik, menganalisis data untuk mendapat kesimpulan yang sah, proses refleksi melibatkan semua individu dalam organisasi, keputusan dibuat untuk memperbaiki dengan berdasarkan hasil proses refleksi diri.

Jawatankuasa Kelayakan New Zealand (NZQA), menyarankan supaya semua aspek di bawah perlu ada dalam Penilaian Kendiri.

HasilApa yang ingin dicapai dan faedahnya kepada pelajar, pengguna dan masyarakat.

Keperluan PenilaianMenentukan penilaian selaras dengan keperluan pelajar, pengguna dan masyarakat

Proses dan latihanProses dan pelaksanaan yang membantu mencapai hasil. Contohnya ABM dan BBM

Pencapaian pelajarKesan dalam pembuktian pembelajaran oleh pelajar dan pencapaiannya

Menggunakan apa yang dipelajariEviden berdasarakan kesimpulan dan keputusan yang dibuat dengan strategi dan perancangan pembelajaran, membawa kepada perubahan positif

Berlaku perubahanMeneruskan kesan perubahan yang berkaitan

Proses kritikal mengimbaskan kembali kualiti seseorang berkaitan pencapaian dan kemampuannya.

Boleh juga diambil sebagai asas seseorang atau dalam kontek melihatsemula kualiti luaran dengan asas yang diperolehi.

EQUIPE : sebahagian asas dalam penilaian. Setiap organisasinya ada cara penilaian masing masing.

Campbell dan Rozsnyai ( 2002, p.133) ; sama dengan penilaian dalaman, dilakukan oleh unit sebagai bentuk pengurusan kualiti atau persediaan bagi penilaian luaran.

Bibliografi

Campbell,C & rozsnyai C, 2002, Quality assurance and the development of course programmes. Paper of higher education regional universiti network in governmence and management of higher edu in south East Europe, UNESCO

b)Bagaimanakah penilaian kendiri digunakan dalam bilik darjah?

Persoalan seterusnya ialah kenapa dan bagaimana Penilaian Kendiri digunakan di dalam bilik darjah. Kebanyakan yang kita dengar mengenainya adalah pertama, tentang menilai pelajar dalam sesuatu kerja yang mereka lakukan. Pelbagai cara menilai kerja pelajara yang dilaksanakan disekolah dan pusat pengajian tinggi masakini, ia termasuklah memberikan kerja kursus bertulis, pertukangan bagi kemahiran hidup, amali bagi membolehkan pelajar dinilai secara kertas dan praktikal sebenar. Keputusan daripada semua hasil kerja tadi dapat menggambarkan kendiri pelajar terhadap kerja yang diberikan kepadanya. Kedua, sebagai alat kegunaan untuk menilai sejauh mana kaedah penilaian menjadi pemangkin untuk menarik minat dan mengekalkan prestasi. Ketiga, Sesetengah guru-guru menggunakan ia sebagai bahan untuk menentukan sejauhmana pelajar telah mencapai isi pelajaran yang telah disampaikan olehnya. Keempat, ia juga dikatakan lebih afektif berbanding teknik penilaian yang lain. Penilaian ini boleh pengajaran dan pembelajaran. Secara langsung jawapan dan kerja yang diberikan oleh pelajar tadi akan menggambarkan keadaan dirinya ketika itu. Kelima, pelajar akan mempelajari lebih banyak pengalaman apabila ia berkongsi maklumat semua yang telah diuji tentang apa yang mereka telah pelajari.

Di dalam bilik darjah pula, penilaian kendiri digunakan apabila seorang guru ingin mendapatkan maklumat tentang perbezaan murid dari segi gred pencapaian. Ini adalah untuk tujuan membuat tindakan susulan berdasarkan gred satu-satu ujian yang telah dilaksanakan.

Semasa sesi pengajaran seorang guru menggunakan penilaian kendiri dalam bilik darjah untuk menilai kerja-kerja yang dilakukan murid. Cara ini dapat memberikan gambaran secara langsung dan cepat kepada penilai tentang prestasi dan objektif yang dikehendaki oleh guru berdasarkan hasil kerja murid. Pelbagai teknik yang digunakan oleh guru-guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung, guru-guru akan menilai kendiri pelajar secara lisan bagi mengekalkan perhatian dan minat murid terhadap apa yang mereka sedang pelajari.

Ada juga guru-guru yang memulakan sesi pembelajaran dan pengajaran kelas mereka dengan menyoal pelajar sebelum mengajarkan sesuatu yang baru. Fasa ini dinamakan set induksi dalam satu sesi rancangan pengajaran. Penilaian seumpama ini bertujuan untuk menilai sejauhmana pelajar telah bersedia belajar dan dapat menyediakan diri mereka dengan isi pelajaran yang baru. Sesi soal jawab dalam set induksi adalah untuk mengesan pengetahuan dan pengalaman lepas murid yang boleh dikaitkan dengan isi pelajaran yang baharu. Seterusnya guru dapat mengenalpasti bentuk pengajaran yang sesuai dengan pengalaman dan pengetahuan murid. Murid pula akan lebih mudah memahami dan menguasai isi pelajaran baharu kerana ada kaitan dengan pengetahuan sedia ada dan pengalaman sendiri. Penilaian kendiri ini juga akan memberikan gambaran yang jelas tentang pencapaian seseorang pelajar. Bagi pelajar yang mempunyai tanggungjawab tinggi terhadap kemampuan diri mereka. Ia akan menggunakan keputusan penilaian kendiri sebagai panduan kemampuan diri mereka. Pelajar akan bersaing sesama mereka untuk menduduki kedudukan tertinggi dalam kelas disamping keputusan yang terbaik dan cemerlang.

Sepanjang proses p & p, pelajar merupakan penilai terbaik terhadap pembelajaran mereka. Guru tidak akan mengetahui apa yang pelajar benar-benar tahu dan perlu mengetahui. Pelajar juga tidak berupaya mengetahui kemampuan diri mereka tanpa ada proses penilaian, refleksi dan pertimbangan. Dengan cara ini, pelajar boleh menilai diri sendiri dan mengenal diri sendiri.

Antara aspek yang diperkatakan untuk memastikan penilaian kendiri ini berfungsi dengan baik, penulis mahukan guru meyakinkan pelajar tentang kepentingan penilaian kendiri dalam proses pembelajaran. Guru juga perlu mengemukakan soalan-soalan yang boleh membantu pelajar membuat penilaian kendiri. Guru perlu melatih pelajar menilai setiap langkah atau pembelajaran mereka berpandukan instrumen seperti senarai semak atau alat rubrik. Di samping memberikan mbimbingan supaya pelajar dapat melaporkan dapatan penilaian diri masing-masing contohnya tugasan berportfolio, jurnal, refleksi, soal selidik serta perbincangan kumpulan dan kesan terhadap proses p&p akan datang. Cara lain ialah dengan meminta rakan sebayanya membuat penilaian terhadap dirinya.

Jika dilihat definisi yang diutarakan oleh Abdul Hadi di atas, ia menjelaskan bahawa penilaian kendiri oleh guru sendiri amat perlu untuk ia mengetahui sejauh mana penyampaian isi pelajaran itu dapat diterima oleh pelajarnya. Begitu juga pelajar, ia perlu diberikan penilaian kendiri yang berbentuk ujian pendek bagi mengesan apa yang mereka telah kuasai sepanjang sesi itu. Adakah penilaian kendiri boleh memperbaiki tahap kemampuan atau prestasi pelajar? Sesetengah kajian menyatakan bahawa tanpa latihan berterusan, galakan dan daya usaha yang tinggi ia tidak dapat dicapai.

Di bidang bahasa, pelajar boleh menjadi sangat baik dalam mempelajari bahasa apabila mereka menghayati apa yang ingin mereka pelajari dan bagaimana cara mereka untuk memepeajarinya. Dalam bentuk refleksi ini, pelajar mengimbas kembali daripada strategi pembelajaran bahasa dan peranan sebagai pelajar bahasa. Oleh itu, penilaian kendiri mengajar pelajar untuk menjadi pelajar yang berdikari dan menjadikan mereka pelajar yang mempunyai motivasi diri yang tinggi. Terdapat tiga elemen penting untuk memastikan penilaian kendiri ini berjaya. Pertama, penetapan matlamat dan objektif. Penetapan matlamat adalah penting kerana pelajar boleh menilai sendiri segala kemahuan dari sesi pembelajaran dengan lebih jelas apabila ada matlamat diketahui dan pengukuran pencapaiannya. Motivasi diri akan meningkat kerana ada halatuju diri dan metlamat untuk belajar.

Kedua, terdapat latihan dan panduan menggunakan bahan penilaian. Ketiga,

c) Taksirkan/nilaikan kelebihan dan kelemahan menggunakan penilaian kendiri dalam menilai kebolehan atau pencapaian seseorang.

Artikel ini menyentuh beberapa kekuatan teknik penggunaan penilaian kendiri. Henry,1994; Nelson et al,1995; J.Ross, 1995 mengkaji tentang penilaian kendiri mampu memperbaiki behaviourisme pelajar. Ia dibuktikan dalam kajian terhadap pelajar gred 5 -11 yang dikatakan mendapat faedah daripada pelaksanaan penilaian kendiri ini. Pertama , pelajar mengatakan bahawa dengan penilaian kendiri yang dilaksanakan mereka mencapai kefahaman yang sangat baik kerana mereka mempunyai panduan dan matlamat terhadap apa yang mereka kehendaki semasa dinilai.

Kedua, pelajar juga mengatakan bahawa penilaian kendiri adalah instrumen yang adil kerana boleh memberikan gambaran pencapaian mereka walaupun kadang kala ada yang tidak termasuk dalam silibus gred mereka. Ia juga dapat memberikan gambaran yang jelas tentang pencapaian pelajar. Contohnya, dalam ujian atau peperiksaan, pelajar akan dapat gambaran tentang tahap kebolehan belajarnya berbanding orang lain melalui markah yang didapatinya dalam ujian dan peperiksaan tersebut. Bagi mereka yang mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia, keputusan itu akan memberikan pelajar gambaran bahawa manakah halatuju yang boleh dan layak mereka pohon dengan keputusan yang ada. Sama ada mereka layak ke universiti atau pun mana-mana pusat pendidikan yang lain.

Ketiga, J. Ross et al, 1998, penilaian kendiri memberikan pelajar gambaran tentang apa yang harus mereka perbaiki dalam kerja dan tugasan yang telah dilaksanakan. Ia juga menyarankan pelajar untuk memberikan tumpuan terhadap kriteria luaran, perbezaan norma antara pelajar(Blatchfords,1997). Sebenarnya bagi guru-guru, penilaian ini amat berguna untuk membuat sebarang pemilihan berdasarkan kriteria yang ditampilkan oleh pelajar. Contohnya, untuk memilih jawatan Pengawas sekolah, guru-guru akan menilai kendiri pelajar berdasarkan tingkahlaku yang dipamirkannya setiap hari. Dengan hanya menggunakan kaedah pemerhatian dan temuduga guru boleh memilih siapa yang dia mahukan untuk menjawat jawatan itu. Bagi cara memilih penerima biasiswa pula, guru- guru akan menggunakan kriteria pendapatan ibubapa disamping kecemerlangan akademik pelajar tersebut ketika melakukan pemilihan calon.

Dari sudut keibubapaan, mereka akan menganggap anak mereka berjaya apabila ia mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Contohnya, anak yang mendapat keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah dianggap telah mencapai tahap yang terbaik di sesebuah sekolah. Beberapa ujian yang dilaksanakan di Tahun 6 akan memberikan gambaran awal pencapaian pelajar dalam UPSR yang akan datang. Pencapaian dalam peperiksaan ini akan memberikan gambaran kepada ibubapa untuk mengambil tindakan sama ada bentuk nasihat atau kelas tambahan atau apa yang difikirkan dapat membantu anaknya memperolehi keputusan yang cemerlang.

Rumusannya, penilaian kendiri sangat berguna kepada semua samaada untuk membuat refleksi diri sendiri atau orang lain. Instrumen yang digunakan untuk menilai sangat besar peranannya, kerana ia akan mempersembahkan segalanya tentang diri seseorang. Proses ini tidak boleh tidak mesti dilaksanakan terutamanya di sekolah bagi menjamin hasil dan kemenjadian pelajar yang dikehendaki selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

BAHAGIAN B: ( 15%) - 5 mukasurat

SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA TERLALU BERORIENTASIKAN PEPERIKSAAN . BINCANGKAN

Sistem pendidikan di Malaysia sepenuhnya berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan disamping mencapai tahap keupayan bersosial yang sangat baik.Ia juga menitikberatkan pembentukan nilai murni dalam diri setiap pelajar. Kebelakangan ini ramai cerdik pandai dan ibubapa yang mahukan agar sistem pendidikan di negara kita diubahsuai. Pendidikan di Malaysia sejak dulu telah menggariskan sistem peperiksaan sebagai penentu aras kemampuan seseorang individu. Jika dilihat sejak tahun 80an, di sekolah rendah ditetapkan Ujian Penilaian Darjah Lima sebagai instrumen untuk memilih pelajar pelajar yang cemerlang ke sekolah yang terpilih, Contohnya, untuk memasuki Sekolah Menengah Sains perlu mendapat sekurang-kurangnya 3A2B. Bagi memilih peluang pekerjaan pula Sijil Pelajaran Malaysia(SPM), Sijil Rendah Pelajaran(SRP) dan Sijil Tinggi Pelajaran(STP) mempunyai peluang yang berbeza. Bagi kelulusan SRP layak mendapat kerja sebagai seorang anggota Polis yang berpangkat Konstabel, manakala kelulusan STP layak menjawat pangkat Inspektor Polis. Cuma mungkin yang berbeza adalah untuk menjawat jawatan Inspektor polis sekarang ini sudah semakin sukar kerana ia memerlukan seseorang itu memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam mana mana bidang.

Budaya Peperiksaan sebagai penentu aras ini masih wujud sehingga sekarang. Kementerian Pendidikan Malaysia, Lembaga Peperiksaan Malaysia malah di Institut Pengajian awam atau swasta masih menghendaki peperiksaan sebagai cara untuk melabelkan pelajar pelajarnya. Oleh itu, peperiksaan STP, SPM, dan PT3 masih wujud sebagai instrumen penilaian awam malaysia. PT3 merupakan satu sistem penilaian yang baru, yang mana menilai pelajar melalui ujian kertas bertulis disamping mengambilkira semua markah penilaian ujian berasaskan sekolah yang dijalankan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Sebelum PT3 diperkenalkan peperiksaan yang dilaksanakan dipanggil sebagai Penilaian Menengah rendah yang telah menggantikan Sijil Rendah Pelajaran.

Mari kita kupas satu persatu peperiksaan yang dilaksanakan di Malaysia masa kini. Di sekolah rendah masa kini ada dilaksanakan Ujian, Peperiksaan Semester, Peperiksaan Akhir Tahun, Peperiksaan Percubaan UPSR dan Peperiksaan Awam UPSR. Manakala di sekolah menengah pula ada Ujian, Peperiksaan Semester, Peperiksaan Akhir Tahun, Peperiksaan Percubaan , dan Peperiksaan Awam termasuklah STPM bagi pelajar tingkatan 6, SPM bagi pelajar tingkatan 4 dan 5 ( dijalankan semasa pelajar tingkatan 5) serta PT3 untuk pelajar Tingkatan 1,2 dan 3 ( dijalankan semasa pelajar Tingkatan 3).

Kalau kita lihat, ini jelas menggambarkan bahawa negara kita amat cenderung menggunakan peperiksaan sebagai penanda aras untuk menilai tahap kebolehan dan kemampuan seseorang pelajar.

Di Peringkat KPM, JPN, PPD serta sekolah sendiri masakini, telah menetapkan satu sasaran awal yang dipanggil sebagai KPI. Ia berupa pencapaian Gred Purata Sekolah, Gred Purata Mata Pelajaran(GPMP). Contohnya, jika sesebuah negeri menetapkan GPMP mata pelajaran Matematik sebagai 4.35, maka diperingkat negeri akan menetapkan mungkin 4.00, maka di sekolah perlu menetapkan yang nilai yang lebih kecil lagi daripada 4.00 untuk mencapai kehendak KPM dan JPN. Maka semasa melaksanakan ini sudah pasti aspek aspek yang lain dalam Falsafah tadi akan terabai disebabkan terlalu mahu mengejar KPI atau aras pencapaian yang dikehendaki. Oleh sebab itu, sekarang ini kebanyakan sekolah bertungkuslumus untuk mengejar supaya gred mata yang diperolehi tahun semasa lebih baik berbanding tahun sebelum. Ini telah menjadikan bukan sahaj guru guru ibu bapa serta masyarakat sekarang ini dibudayakan dengan pencapaian cemerlang dalam peperiksaan sebagai pengukur kemampuan seseorang.

Dalam peperiksaan jumlah peratus lulus mata pelajaran tidak lagi dilihat kerana mahu mengejar Gred Purata Mata Pelajaran yang baik. Contohnya, GPMP mata pelajaran Matematik SPM 2013 ialah 6.28 dengan 70% pelajar lulus berbanding GPMP Matematik SPM 2014 ialah 6.58 dengan 77% pelajar lulus, ia masih dikira gagal kerana terdapat peningkatan nilai GPMP sebanyak + 0.30. Nilai nombor yang semaikn kecil bagi GPMP menandakan ia semakin baik. Jika dilihat pada peratus lulus sepatutnya data ini menunjukkan satu peningkatan jumlah pelajar yang lulus berbanding tahun sebelumnya. Namun sekarang, sekolah-sekolah lebih cenderung untuk mencapai GPS yang baik, kerana setiap sekolah di Malaysia masa kini dibandingkan melalui GPS yang diperolehi dalam satu satu peperiksaan yang diduduki.

Apabila sistem pendidikan dan pelajar hanya belajar untuk lulus periksa, maka subjek peperiksaan itu yang menjadi titik fokus. Aplikasi ilmu dalam buku tidak lagi penting untuk dikuasai, yang penting ialah menghafal semua isi buku itu supaya boleh menjawab soalan dengan baik dalam peperiksaan. Ini adalah kerana desakan syarat kemasukan ke pusat pusat pengajian telah ditetapkan. Bagi sekolah yang penting adalah mencapai Gred Purata Sekolah yang semakin kecil supaya mendapat kedudukan terbaik dalam senarai sekolah sekolah samada diperingkat negeri mahupun peringkat daerah.

Disini dibincangkan beberapa kelemahan sistem yang terlalu berorientasikan peperiksaan. Kemenjadian murid tidak lagi difokuskan, terutama bagi pelajar-pelajar yang belajar di kelas- kelas belakang. Guru mungkin akan mengabaikan pelajar yang tidak ada harapan untuk lulus dan memberikan tumpuan hanya kepada mereka yang boleh menyumbang penurunan mata GPMP. Pada hal, pelajar-pelajar yang lemah tadi jika diberikan bimbingan akan mampu mencapai kelayakan minimum untuk mereka meneruskan peluang mengikuti kursus kursus di pusat-pusat latihan seperti Institut latihan perindustrian, pertanian, Institut Kemahiran Mara, Giat Mara, Pusat Belia dan sebagainya. Kalau dilihat graduan pusat-pusat ini sangat membantu permintaan tenaga kerja mahir dalam negara kita kerana inilah golongan yang mempunyai kemahiran dalam bidang-bidang tertentu. Pusat pusat ini lebih mementingkan praktikal dan amali serta pengalaman melakukan kerja berdasarkan teori yang mereka pelajari. Berbanding di universiti yang lebih banyak menumpukan kepada pembelajaran secara teori tanpa praktikal yang banyak. Fenomena ini menyebabkan pengangguran dalam kalangan siswazah akibat tidak tahu memenafaatkan ilmu yang mereka pelajari. Masalah ini disebabkan oleh dasar yang ditetapkan oleh kerajaan kerana sistem pendidikan dikekang birokrasi sehingga sukar berubah. Jelaslah sistem pendidikan yang ada sekarang, melahirkan pelajar yang hanya tahu menjawab soalan tetapi tidak kreatif dalam pemikiran. Masyarakat menganggap mereka yang memperolehi A dalam setiap mata pelajaran sahaja yang cemerlang dan menganggap gagal dalam peperiksaan akan gagal selamanya. Hal ini menyebabkan para pelajar tertekan untuk memperolehi keputusan yang baik sehinggakan hilang keseronokan untuk belajar.Pelajar mampu menjawab soalan yang sukar tetapi tidak mampu untuk berfikir secara humanistik.

Sistem peperiksaan berorientasikan peperiksaan Cuma mampu melahirkan golongan Kelas Dua dan Tiga. Golongan yang mementingkan diri sendiri dan tahu mengambil kesempatan ke atas orang lain. Ini kerana mereka Cuma tahu mengarah orang bawahannya yang mempunyai kemahiran dalam melaksanakan sesuatu tugasan.

Guru-guru juga menghadapi tekanan untuk mengejar GPS bagi mata pelajaran yang mereka ajar. Apa sekali yang berlaku ia akan menggunakan segala strategi untuk mencapai KPI GPMP yang ditetapkan oleh JPN, dan Pengetua sendiri. Walaupun pada kenyataannya sukar untuk dicapai , memandangkan tahap kebolehan pelajar yang tidak sama label dengan tahun yang lepas-lepas. Tahap kebolehan pelajar mengikut tahun adalah berlainan. Contohnya pada tahun 2013, pelajar-pelajarnya kebanyakan berada pada tahap pemikiran sederhana dan pandai. Manakala pada tahun 2014, tahap kebolehan pelajar adalah kebanyakkannya berada pada tahap sederhana dan rendah. Jadi amatlah tinggi cabaran guru ini tadi kerana dasar berfokuskan keputusan peperiksaan ini sangat dititikberatkan di sekolah mahupun di jabatan dan kementerian.

Headcount yang menjadi panduan kadang kadang tidak relevan kerana dasarnya menetapkan tiada pelajar yang gagal dalam sasaran peperiksaan awam. Padahal pada kenyataannya pelajar yang berada pada golongan gagal telah dikenalpasti atas sebab dan kriteria tertentu. Ini merupakan satu paksaan kepada guru untuk memastikan pelajar itu supaya lulus. Bagaimana pelajar ini boleh lulus sedangkan membaca, mengira dan melukis dengan betul pun tidak boleh.

Apabila ada pelajar yang begini sudah pasti guru guru akan mengabaikannya bagi memberikan tumpuan kepada pelajar pelajar yang boleh mencapai keputusan sekurang kurangnya lulus. Jelas sekali sistem peperiksaan memaksa guru dan pelajar melupakan segala yang lain, dan memegang budaya belajar untuk lulus peperiksaan semata-mata tanpa mengambilkira dapatan ilmu itu sendiri.

SUSUNAN REKOD MARKAH UJIAN MENGIKUT ITEM SOALAN

BILNAMA MURIDITEMSSKOR

12345678910

1Lorita Nakolas/////////X9

2DIllaren Sindam//////X//X8

3Pressela Paulus///////X/X8

4Nelly Ezza Jas//////X//X8

5Alicetea Wanis//////X/X8

6Siti Hasrina Haji//////X/X/8

7Krisnazera Nordin///////X/X8

8Mary Vyone /X///////X8

9Janikah Jamirin//////X//X8

10Nike Elvy Mandin/////X//XX7

11Branlin Badon//////XX/X7

12Mohd Amirul Anuar//////XX/X7

13Asthefender Alex//////X/XX7

14Shera Elvira DokiusXX////XX/X5

15Nelly Jupin/XXX////XX5

16Candra Kristela/XXX/XX/XX3

JUMLAH JAWAPAN BETUL151214141614710111

BIL BETUL KUMP ATAS5555553350

BIL BETUL KUMP BAWAH4233541320

INDEKS KESUKARAN0.90.70.80.810.90.40.60.70

INDEKS DISKRIMINASI, D0.20.60.40.4O0.20.400.60

Jadual di atas menunjukkan keputusan analisis item bagi 16 orang murid ( 5 Baiduri ,SMK Entilibon)

Dapatan daripada kiraan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi ditafsirkan dan dibuat keputusan mengenai kualiti itemnya.

Item 1 :

Analisis ItemIndeks Kesukaran (p)Indeks Diskriminasi, D

Nilai

Interpretasi ItemTerlalu MudahDiskriminasi Positif Sederhana

KesimpulanItem boleh digunakan tetapi perlu diubahsuai

Item 2 :

Analisis ItemIndeks Kesukaran (p)Indeks Diskriminasi, D

Nilai

Interpretasi ItemSederhanaDiskriminasi Positif yang tinggi

KesimpulanItem sangat sesuai dan boleh disimpan dalam bank soalan

Item 3 :

Analisis ItemIndeks Kesukaran (p)Indeks Diskriminasi, D

Nilai

Interpretasi ItemSederhanaDiskriminasi Positif Sederhana

KesimpulanBoleh diterima tetapi perlu diubahsuai

Item 4 :

Analisis ItemIndeks Kesukaran (p)Indeks Diskriminasi, D

Nilai

Interpretasi ItemSederhanaDiskriminasi Positif Sederhana

KesimpulanBoleh diterima tetapi perlu diubahsuai

Item 5 :

Analisis ItemIndeks Kesukaran (p)Indeks Diskriminasi, D

Nilai

Interpretasi ItemTerlalu mudahDiskriminasi negatif

KesimpulanItem buruk dan perlu dibuang,

Item 6 :

Analisis ItemIndeks Kesukaran (p)Indeks Diskriminasi, D

Nilai

Interpretasi ItemTerlalu mudahDiskriminasi Positif Sederhana

KesimpulanItem perlu diubahsuai

Item 7 :

Analisis ItemIndeks Kesukaran (p)Indeks Diskriminasi, D

Nilai

Interpretasi ItemSederhanaDiskriminasi Positif Sederhana

KesimpulanItem sesuai dan boleh diterima, perlu diubahsuai

Item 8 :

Analisis ItemIndeks Kesukaran (p)Indeks Diskriminasi, D

Nilai

Interpretasi ItemSederhanaDiskriminasi negatif

KesimpulanItem sesuai dan boleh diterima tetapi ID nyatakan perlu dibuang

Item 9 :

Analisis ItemIndeks Kesukaran (p)Indeks Diskriminasi, D

Nilai

Interpretasi ItemSederhanaDiskriminasi Positif yang tinggi

KesimpulanItem amat sesuai diterima

Item 10 :

Analisis ItemIndeks Kesukaran (p)Indeks Diskriminasi, D

Nilai

Interpretasi ItemTerlalu SukarDiskriminasi Negatif

KesimpulanItem perlu dibuang