ass pj rekreasi.docx

6
DIPNNA A/P ARUMUGAM 931011-01-5116 AKTIVITI PERKHEMAHAN Tanggal : 2 Oktober 2012 Judul Artikel : AKTIVITI PERKHEMAHAN Topik : Sukan Rekreasi Artikel : Oleh Dipnna A/P Arumugam Rekreasi membawa maksud aktiviti yang terancang yang dilakukan untuk memenuhi masa lapang bukan untuk tujuan pertandingan tetapi untuk memperolehi ketenangan minda dan merehatkan badan. Rekreasi terbahagi kepada dua, iaitu rekreasi dalam dan rekreasi luar. Mengikut Ford (1981), rekreasi ialah program yang meliputi penggunaan persekitaran semula jadi bagi tujuan mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran kurikulum yang sedia ada. Ini merangkumi perkembangan pengetahuan, kemahiran dan sikap khususnya penggunaan masa senggang. Hammerman et.al (1985) pula berpendapat bahawa sukan rekreasi ialah landasan untuk mengenal pasti pelbagai pengetahuan yang boleh dipraktikkan dalam situasi seharian. Mengikut Knapp (1981), sukan rekreasi ialah alat untuk mencapai matlamat dan objektif pendidikan. Terdapat beberapa konsep sukan rekreasi. Sukan rekreasi yang lasak dan mempunyai cabarannya yang tersendiri sememangnya 11

Upload: narmatha-mani-maran

Post on 22-Dec-2015

227 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: ass pj rekreasi.docx

DIPNNA A/P ARUMUGAM931011-01-5116

AKTIVITI PERKHEMAHAN

Tanggal : 2 Oktober 2012

Judul Artikel : AKTIVITI PERKHEMAHAN

Topik : Sukan Rekreasi

Artikel : Oleh Dipnna A/P Arumugam

Rekreasi membawa maksud aktiviti yang terancang yang dilakukan untuk memenuhi

masa lapang bukan untuk tujuan pertandingan tetapi untuk memperolehi ketenangan

minda dan merehatkan badan. Rekreasi terbahagi kepada dua, iaitu rekreasi dalam

dan rekreasi luar.

Mengikut Ford (1981), rekreasi ialah program yang meliputi penggunaan

persekitaran semula jadi bagi tujuan mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran

kurikulum yang sedia ada. Ini merangkumi perkembangan pengetahuan, kemahiran

dan sikap khususnya penggunaan masa senggang. Hammerman et.al (1985) pula

berpendapat bahawa sukan rekreasi ialah landasan untuk mengenal pasti pelbagai

pengetahuan yang boleh dipraktikkan dalam situasi seharian. Mengikut Knapp

(1981), sukan rekreasi ialah alat untuk mencapai matlamat dan objektif pendidikan.

Terdapat beberapa konsep sukan rekreasi. Sukan rekreasi yang lasak dan

mempunyai cabarannya yang tersendiri sememangnya digemari oleh para remaja

dan dewasa yang aktif. Pelbagai aktiviti yang menarik yang berasaskan aktiviti air,

darat, dan dalaman. Konsep utama sukan rekreasi ini adalah untuk mendapat

kepuasan kendiri (personal fulfillment). Orang ramai yang gemar berrekreasi ini

biasanya melakukan aktiviti yang digemari mereka untuk mendapatkan kepuasan

kendiri.

Dalam sukan rekreasi ini mempunyai konsep sosialisasi iaitu yang berkaitan dengan

perawakan seseorang. Konsep ini memberi peluang kepada pelajar untuk lebih

11

Page 2: ass pj rekreasi.docx

DIPNNA A/P ARUMUGAM931011-01-5116

banyak bergaul dan berinteraksi dengan rakan-rakan mereka. Dengan ini para

pelajar akan dapat meluaskan pergaulan mereka dan mempunyai hubungan yang

baik diantara mereka. Sosialisasi ini juga dapat memberi peluang kepada para

pelajar untuk memupuk dan mengamalkan nilai-nilai murni deperti kerjasama,

bertolak ansur, toleransi, dan sebagainya.

Konsep sukan rekreasi ini dapat membantu dalam pembentukan diri individu,

pembangunan insan, pembangunan negara, kepimpinan, gaya hidup sihat,

kecerdasan, pendidikan sepanjang hayat dan dinamik kumpulan.

Di samping itu, matlamat dan tujuan sukan rekreasi dapat disenaraikan seperti

berikut. Sukan rekreasi menggalakkan penyertaan ramai dan matlamat akhirnya

adalah untuk mencari kesejahteraan. Ia dilakukan atas pilihan sendiri dan boleh

menjadi aktiviti individu meskipun biasanya dilakukan secara berkumpulan. Aktiviti

sukan rekreasi disusun atur dalam bentuk pertandingan dan persembahan atau

dalam bentuk tanpa dirancang. Maklumat asas tentang sukan rekreasi penting untuk

mengerti ketepatan identitinya dan membantu komunikasi yang konsisten

tentangnya di kalangan peserta, pendidik, penganjur acara dan para professional.

Matlamatnya, memberi perkhidmatan dari segi pengelolaan, pengurusan sukan dan

khidmat nasihat dalam melaksanakan aktiviti sukan rekreasi. Selain itu,

meningkatkan prestasi sukan sebagai method utama ke arah kecemerlangan sukan.

Mengurus serta menyelenggara kemudahan dan peralatan sukan rekreasi. Ia juga

bermatlamat untuk membina masyarakat pelajar dan staf yang sihat, cergas,

bertanggungjawab dan berwibawa. Meningkatkan kadar kebolehpercayaan yang

tinggi daripada pengguna melalui penyediaan perkhidmatan dan pengurusan yang

bersistematik dan efisien.

Manakala objektifnya adalah untuk menggalakkan penyertaan ramai dalam sukan

rekreasi, menerapkan unsur-unsur gaya hidup sihat melalui sukan dan rekreasi,

mengalakkan penggunaan kemudahan bersukan secara optima. Selain itu,

mewujudkan suasana harmoni, muhibah dan bertimbang rasa melalui jalinan

kemesraan di kalangan peserta sukan serta mempertingkatkan prestasi sukan

dengan lebih berkesan dan cemerlang.

12

Page 3: ass pj rekreasi.docx

DIPNNA A/P ARUMUGAM931011-01-5116

Sukan rekreasi penting dalam pembentukan personaliti yang baik, membentuk

modal insane negara kelas pertama. Selain itu, aktiviti rekreasi akan membantu

terhadap pembangunan mentaliti dan kualiti masyarakat serta membentuk satu gaya

hidup yang sihat.

Ia juga penting bagi memberi peluang kepada semua bersosial dan berinteraksi

antara satu sama lain tanpa mengira kaum, membina nilai kepimpinan dalam diri

seseorang supaya individu itu dapat menjadi seorang pemimpin yang baik dan

berwibawa, memperoleh dan memperkembangkan bakat, melakukan aktiviti dengan

tahap kecekapan fizikal dan keyakinan diri yang tinggi.

Di samping itu, ia juga meningkatkan semangat kesukanan sesama individu,

membina dan mengekalkan keadaan mental, fizikal, emosi dan sosial yang sihat.

Antara jenis sukan ialah bola sepak, bola jarring, ragbi, sepak takraw, bola tampar,

badminton, ping pong, tennis, sofbol, squash, renang, trek dan padang, bowling,

bola keranjang, bola baling, memanah, bowling, catur dan lain-lain. Manakala jenis

rekreasi ialah sukan air, aktiviti lasak, wall climbing, aerobic dan lain-lain lagi.

Pendidikan konservasi boleh didefinisikan sebagai satu usaha untuk menimbulkan

kesedaran atau kepekaan terhadap kepentingan atau keperluan terhadap sesuatu

perkara. Kepentingan pendidikan konservasi dalam sukan rekreasi boleh

didefinisikan sebagai satu usaha ataupun cara untuk mendidik seseorang individu

dalam sesuatu perkara apabila mereka mengikuti aktiviti rekreasi ini. Pendidikan

konservasi dalam sukan rekreasi perlu didedahkan kepada semua orang sejak di

bangku sekolah lagi supaya kita dapat meluaskan ilmu pengetahuan mereka

terhadap kepentingan alam sekitar.

Apabila pendidikan konservasi terhadap alam sekitar diberikan kepada anak murid

melalui sukan rekreasi, dapatlah memupuk amalan memelihara dan memulihara

alam sekitar daripada ancaman pencemaran. Pendidikan koservasi ini juga turut

mendidik anak-anak murid untuk tidak mencemarkan alam sekitar dan ramah

dengan alam sekitar dengan tidak membuang sampah. Mereka juga akan mula

untuk mencintai flora dan fauna di sekitar mereka. Berkhemah bermakna menerima

atau memikul beberapa tanggungjawab terhadap pengurusan makanan,

perlindungan dan melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan dengan persekitaran.

13

Page 4: ass pj rekreasi.docx

DIPNNA A/P ARUMUGAM931011-01-5116

Sekiranya berkhemah secara individu atau berkumpulan, perhubungan rapat dengan

alam semula jadi perlu utamakan. Selain itu, aktiviti perkhemahan juga merupakan

antara aktiviti-aktiviti utama kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Melalui aktiviti ini,

unsur-unsur asas pembangunan kemanusiaan dipupuk dengan  para peserta

dipupuk dengan sifat mulia seperti bertoleransi, tolong menolong, berdisiplin dan

lebih mengutamakan kepentingan bersama daripada kepentingan peribadi. Aktiviti

perkhemahan juga kepada cabaran-cabaran fizikal dan mental yang secara tidak

langsung memantapkan semangat juang dan keyakinan diri masing-masing.

Seterusnya, perkhemahan yang dilaksanakan secara sistematik dan bersepadu,

secara tidak langsung mewujudkan peluang kepada murid-murid mengembangkan

kemahiran kognitif, afektif dan psikomotor masing-masing. Contohnya, melalui

aktiviti jungle tracking, para pelajar bukan sahaja dapat pengetahuan tentang flora

dan fauna, tetapi juga kemantapan kekuatan fizikal dan kematangan emosi dan

memperolehi kemahiran ikhtiar hidup dalam keadaan terdesak serta mencabar. 

BIBLIOGRAFI

http://nidapink90.blogspot.com/2010/11/konsep-definisi-dan-kepentingan-sukan.html

http://sukanrekreasixtream.blogspot.com/

http://kuhifzhuddin.blogspot.com/2012/06/konsep-definisi-dan-kepentingan-sukan.html

http://www.docstoc.com/docs/10716432/sukan-rekreasi

14