ass big

32
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS SULTAN MIZAN, BESUT, TERENGGANU PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PISMP-IPG) AMBILAN JUN 2014 BIG FASA II LAPORAN BIG CERAMAH & KHIDMAT MASYARAKAT NAMA TUAN MUHAMMAD AIMAN BIN TUAN SEMBOK. NO. KAD PENGENALAN 950821-11-5091 UNIT 2 PISMP SAINS NO. MATRIK 7386 PROGRAM BIG FASA II NAMA PENSYARAH MENTOR EN. FAUZI BIN MOHAMAD TARIKH HANTAR 27 APRIL 2015

Upload: la-suerte-aiman

Post on 11-Nov-2015

219 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

dsfsf

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS SULTAN MIZAN, BESUT, TERENGGANU

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PISMP-IPG) AMBILAN JUN 2014

BIG FASA IILAPORAN BIG CERAMAH & KHIDMAT MASYARAKATNAMATUAN MUHAMMAD AIMAN BIN TUAN SEMBOK.

NO. KAD PENGENALAN950821-11-5091

UNIT2 PISMP SAINS

NO. MATRIK7386

PROGRAMBIG FASA II

NAMA PENSYARAH MENTOREN. FAUZI BIN MOHAMAD

TARIKH HANTAR27 APRIL 2015

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZANTAHUN 2015MAKLUMAT PELAJARNAMA PELAJARTUAN MUHAMMAD AIMAN BIN TUAN SEMBOK

UNITSAINS

AMBILANJUN 2014

NO. KAD PENGENALAN950821-11-5091

TARIKH LAHIR21/08/95

STATUS PERKAHWINANBUJANG

ALAMAT KEDIAMAN697-H-KAMPUNG RAJA BARANG, CHENDERING, 21080 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU.

NO. TELEFON PELAJAR013-4096197

ALAMAT E-MAIL [email protected]

NO. TELEFON PENJAGA0179619806/0145109061

MENTOREN FAUZI BIN MOHAMAD

PENGHARGAANSelamat sejahtera dan salam satu Malaysia, Saya Tun Muhammad Aiman bin Tuan Sembok dari PISMP semester 2 unit Sains ambilan Jun 2014 telah berjaya menyiapkan tugasan kerja kursus program bina insan guru dalam tempoh yang ditetapkan.Pertama sekali, saya ingin berterima kasih kepada mentor kami, iaitu Encik Fauzi bin Mohamad. Beliau telah menjalankan tugasnya untuk membantu kami dalam pemprosesan tugasan, beliau juga memberi banyak pandangan dan idea yang baik kepada kami. Semasa perbincangan dengan beliau, saya berasa beliau sangat baik hati dan ada hati untuk membantu kami menyelesaikan tugasan dengan secepat mungkinnya.Selain itu, beliau juga sentiasa mengambil berat, membimbing, membantu dan menolong kami sepanjang program ini. Oleh itu, jasa beliau akan saya kenang ke akhir hayat.Seterusnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya, walaupun mereka tidak berada di sekeliling saya.Mereka telah memberi sokongan yang banyak dan berkesan kepada saya melalui komunikasi dalam telefon.Saya juga menghargai korbanan masa mereka.Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kerana memberikan saya bantuan dari segi kewangan.Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempus pulas dalam menyempurnakan projek masing-masing.Dalam pemprosesan tugasan ini, rakan-rakan saya telah membantu dan sentiasa memberi semangat dan sokongan kepada saya. Budi mereka yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan saya maklumat tidak akan saya lupakan buat selama-lamanya.Akhir sekali, terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang tugasan ini dijalankan. Sekian terima kasih.PENGENALAN Bagi melengkapkan keperluan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan, semua pelajar yang mengikuti mana-mana pengajian di IPG seluruh Malaysia diwajibkan menyertai Program Bina Insan Guru (BIG) yang merupakan satu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang unggul, berilmu, berkemahiran serta mempunyai sahsiah yang tinggi seperti yang dihasratkan oleh kerajaan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Program ini telah dirangka untuk membina daya tahan mental dan fizikal serta menerapkan nilai-nilai hidup bermoral dan beragama sebagai fokus utama dalam proses pembinaan insan guru. Melalui pelaksanaan program ini Bahagian Pendidikan Guru (BPG) berasrat dapat membina insan guru yang mempunyai ketahanan fizikal dan mental serta cemerlang dalam semua aspek, sesuai dengan cabaran profession perguruan masa kini.Bagi menjayakan program BIG ini, pelatih guru bukan sahaja perlu mempunyai penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang tetapi perlu juga mengaplikasikan segala yang dipelajari melalui pratikalnya.Setiap pelatih guru hendaklah mempunyai penghayatan yang mendalam terhadap pelbagai aktiviti yang dijalankan kerana melalui aktiviti-aktiviti ini, kita dapat mengukuhkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji serta etika keguruan dalam diri selaras dengan hasrat negara.Program BIG direalisasikan melalui satu pakej aktiviti luar dan dalam kampus sepanjang enam semester tempoh pengajian.Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenali diri (real-self) dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharapkan dapat melahirkan bakal guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa profesional yang tinggi serta sentiasa bersedia dan mampu menangani cabaran pendidikan dan arus globalisasi.Lebih-lebih lagi, program Bina Insan Guru ini akan melahirkan guru yang memiliki ciri-ciri dan perwatakan insan pendidikan yang berpengetahuan, berdaya maju, berdaya tahan, dan berdaya saing. Penekannan kursus diberikan terhadap pembentukan diri guru yang secara holistik dan kontekstual. Kursus ini merupakan suatu program perkhemahan selama empat hari tiga malam. Melalui perkhemahan, para guru akanditerapkan dengan ciri-ciri, potensi dan citra guru

MATLAMAT PROGRAMProgram ini berhasrat mendedahkan pelajar dengan domain pembangunan diri insan guru yang seimbang, guru dan hubungan dengan komuniti, guru dan akauntabiliti profesionalisme, aktiviti kemasyarakatan, jenis khidmat kemasyarakatan, khidmat pendidikan kepada komuniti, berakauntabiliti, amanah, kreativiti dan inovatif.

OBJEKTIF PROGRAMSelepas mengikuti Program Bina Insan Guru, para guru pelatih dapat : menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada komuniti serta mendekatkan diri dengan masyarakat sekeliling menampilkan dan menghayati ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan nilai keguruan yang positif menguji daya ketahanan fizikal, rohani, mental dan emosi menguasai kemahiran bekerja secara berkumpulan serta memupuk semangat kerjasama antara satu sama lain merancang, melaksana, memimpin program, bekerjasama dan mengmbil peranan secara aktif dalam kumpulan

MAKLUMAT PROGRAMNama program : Bina Insan Guru (BIG)Fasa : Dua

ProgramBIG Ceramah BIG Khidmat Masyarakat

Tarikh12 APRIL 201517 JANUARI 2015

Masa2.15 5.15 petang7.00 pagi 4.00petang

TempatDewan Al-KhindiSK Laloh, Manek Urai, Kuala Krai, Kelantan

Kumpulan Sasaran(orang)59 orang59 orang

1.0KANDUNGAN

1.1KANDUNGAN CERAMAHTentatif Program Bina Insan Guru Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ambilan Januari 2013MASAPERKARA

2.00 PetangPeserta mengambil tempat di Dewan Al-Khindi

2.10 PetangKehadiran penceramah jemputan(Y.M. Tengku Abdullah Tengku Ismail)

2.15 PetangCeramah :Pembinaan Insan Guru Yang Seimbang

5.15 PetangMajlis bersurai

1.2KANDUNGAN KHIDMAT MASYARAKATTentatif Program Bina Insan Guru Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ambilan Januari 2013MASAPERKARA

7.00 pagiBersarapan Pagi

7.30 pagiBerkumpul Di Dewan Bendahara

8.00 pagiBertolak Ke SK Laloh

10.00 pagiTiba Di Destinasi

10.30 pagiMula Menjalankan Tugas Pembersihan

12.30 petangMakan Tengah Hari, Solat Dan Rehat

2.00 petangMenyambung Kerja Pembersihan

3.30 petangMajlis Penutupan- Ucapan En. Fauzi bin Mohamad- Sesi Refleksi

4.30 petangAktiviti Bergambar

5.00 petangBertolak Pulang

2.0LAPORAN

2.1LAPORAN CERAMAH PROGRAM BINA INSAN GURU 2013Pada tanggal 12 April 2015, seramai 59 orang pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ambilan Jun 2014 telah menyempurnakan aktiviti Bina Insan Guru(BIG) bahagian dua iaitu menguruskan ceramah. Ceramah ini diadakan di Dewan Kuliah Al-Khindi, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan pada pukul 2.15 petang.Program ini berhasrat mendedahkan pelajar dengan domain pembangunan diri insan guru yang seimbang, guru dan hubungan dengan komuniti, guru dan akauntabiliti profesionalisme, aktiviti kemasyarakatan, jenis khidmat kemasyarakatan, khidmat pendidikan kepada komuniti, berakauntabiliti, amanah, kreativiti dan inovatif.

Majlis bermula selepas ketibaan tetamu VIP iaitu , Y.M. Tengku Abdullah Tengku Ismail sebagai penceramah telah disambut mesra oleh Encik Fauzi bin Mohamad selaku wakil pensyarah. Majlis diteruskan dengan bacaan doa yang diketuai oleh Muhammad Asyraf dari unit TESL. Ceramah yang diadakan ini bertajuk Pembinaan Insan Guru Yang Seimbang. Ceramah ini mendedahkan tentang cara cara untuk menjadi seorang guru yang seimbang dan cemerlang di bidang perguruan. Perubahan perubahan yang perlu dilakukan oleh bakal guru untuk mendidik anak bangsa dititikberatkan dalam ceramah ini.

Ceramah ini juga turut menyelitkan beberapa nasihat dan panduan kepada bakal guru untuk melakukan perubahan dalam bidang perguruan.Setiap guru perlu mengadakan anjakan paradigma dalam diri mereka. Guru perlu berani dalam melakukan perubahan terhadap kerjaya mereka. Hal ini kerana mereka yang menentukan masa hadapan anak didik didik mereka. Guru perlu berani bertindak untuk memastikan anak didik mereka menjadi insan yang cemerlang.

Kesimpulannya, ceramah ini memberi motivasi kepada guru guru pelatih agar bersedia untuk melakukan perubahan dalam menghasilkan insan yang mampu membawa kepada kemajuan negara. Insan yang cemerlang akan terhasil jika guru yang mendidik adalah guru yang cemerlang dan mempunyai budi pekerti yang mulia. Tanpa melengahkan masa, majlis diteruskan dengan majlis penutupan untuk mengucapkan terima kasih kami kepada penceramah kita pada hari tersebut dan tidak terlupa juga pensyarah penasihat dengan memberi cenderahati kenang-kenangan dari kami.

Syukur kehadrat Illahi kerana program Bina Insan Guru (BIG) kami yang kedua ini berjaya disudahkan setelah terdapat beberapa masalah yang kami perlu hadapi.Sekalung tahniah dan terima kasih kepada semua yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program bengkel ceramah kami ini.

2.2Laporan Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 2 Khidmat Masyarakat 2015Pada tanggal 17 Januari 2015, seramai 59 orang pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ambilan Jun 2014 telah menyempurnakan aktiviti Bina Insan Guru(BIG) bahagian dua iaitu Khidmat Masyarakat. Khidmat Masyarakat ini diadakan di SK Laloh, Manek Urai, Kuala Krai, Kelantan. Perjalanan kami ke sana mengambil masa selama hampir 2 jam. Program ini berhasrat mendedahkan pelajar dengan domain pembangunan diri insan guru yang seimbang, guru dan hubungan dengan komuniti, guru dan akauntabiliti profesionalisme, aktiviti kemasyarakatan, jenis khidmat kemasyarakatan, khidmat pendidikan kepada komuniti, berakauntabiliti, amanah, kreativiti dan inovatif.Program Khidmat Masyarakat di SK Laloh ini telah memberikan banyak input yang amat berguna kepada saya dalam membina nilai-nilai sahsiah keguruan, meningkatkan daya ketahanan saya dari aspek fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian terutamanya kehidupan saya dalam profesion perguruan. Cabaran, dugaan dan halangan yang ditempuhi sepanjang program ini sebenarnya mempunyai motif yang sangat besar dan terdapat mesej penting yang ingin disampaikan melalui pelaksaan aktiviti tersebut.Pertama sekali, saya sedar bahawa guru dan pentadbir sekolah haruslah sentiasa prihatin dan cuba untuk memenuhi keperluan fisiologi murid-muridnya. Hal ini kerana pada hari tersebut, disebabakan tempat yang kami pilih agak jauh dari maktab, maka kami dikehendaki untuk berkumpul di kafe seawal pukul 7 pagi. Oleh itu, saya telah bergegas ke situ tanpa makan sarapan pagi. Namun, apa yang saya terharu ialah pihak pengurusan program khidmat masyarakat ini begitu prihatin dan peka akan keadaan kami dengan menyediakan sarapan pagi untuk kami semua. Penyediaan ini diibaratkan suntikan semangat bagi saya untuk melakukan yang terbaik pada hari tersebut. Sememangnya penyediaan sarapan pagi tersebut memberikan satu iktibar kepada saya bahawa sebagai seorang guru, kita harus sentiasa memikirkan keperluan-keperluan fisiologi murid, termasuklah makanan dan minuman. Hal ini amat penting kerana aspek fisiologi dan psikologi seseorang akan mempengaruhi motivasinya dalam perkembangan diri. Justerunya, sebagai seorang guru, kita mestilah sedaya upaya memenuhi keperluan fisiologi murid supaya mereka dapat belajar dalam keadaan yang selesa dan kondusif.Setelah selesainya tugasan yang diberikan, kumpulan kami juga memberikan bantuan kepada kumpulan 4 dan 5 kerana kawasan sekolah terlalu luas dan lumpur juga amat banyak, mereka tidak sempat untuk membersihkan kesemuanya dalam tempoh masa yang ditetapkan. Situasi ini menyedarkan saya bahawa manusia sememangnya hidup dalam kumpulan dan kelompok. Oleh itu, kita mestilah sentiasa saling bantu-membantu tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan budaya. Justerunya, jelaslah di sini bahawa program khidmat masyarakat ini secara langsung akan dapat merapatkan hubungan silaturahim antara ahli-ahli kelas kami dan menyebabkan ikatan persahabatan kami menjadi lebih akrab dan kukuh.

3.0LAPORANREFLEKTIF

3.1LAPORAN REFLEKTIF CERAMAH Progrm Bina Insan Guru (BIG) bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) semester dua kali ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama merupakan aktiviti ceramah dan bengkel yang menelan masa selama tiga jam dan bahagian kedua pula merupakan aktiviti kemasyarakatan mengikut unit masing-masing.Pada 12 April 2015, sesi ceramah dan bengkel bagi Program Bina Insan Guru ini telah diadakan di Dewan Al-Khindi Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan. Semua pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan semester dua daripada sepuluh buah kelas iaitu hampir dua ratus orang telah terlibat bagi menjayakan program ini. Ceramah ini telah disampaikan oleh pensyarah cemerlang IPG Kampus Sultan Mizan sendiri, iaitu Y.M. Tengku Abdullah Tengku Ismail yang bertajuk "Pembinaan Insan Guru Yang Seimbang". Topik yang diceramahkan oleh beliau adalah tentang modal yang ada dalam diri setiap manusia dan pengurusan kewangan dalam kehidupan seharian.Aktiviti ini bermula pada jam 2.30 petang hingga jam 5.00 petang. Aktiviti ceramah dan bengkel diakhiri dengan pemberian hadiah oleh pengerusi Program Bina Insan Guru semester dua iaitu, saudara Syahmi Airi sebelum semua pelajar bersurai.Melalui ceramah yang diberikan ini, dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan saya dari aspek fizikal, emosi, dan spiritual di mana ia memberikan banyak pengajaran kepada saya. Tambahan pula, ceramah ini juga membantu saya dalam pengawalan dan pengurusan emosi diri, menggali kekuatan dalam diri, mengambil keputusan yang tepat dan sesuai dengan fitrah kemanusiaan serta disenangi semua. Dengan kecerdasan intelektual yang dimiliki, kita boleh mempraktikkan diri kita supaya menjadi yang terbaik dan bijak dalam membuat sebarang keputusan dan seterusnya menjadi seorang guru yang hebat serta hakim yang menang bicara.Pendek kata, aktiviti ceramah ini telah memberikan pelbagai input positif yang membina dan banyak memberikan kesedaran tinggi dalam diri guru pelatih. Jelaslah bahawa terdapat banyak lagi perubahan yang rapat sekali dalam perwatakan guru-guru pelatih yang harus diperbaiki untuk mencorak rupa guru untuk disebati dalam diri guru pelatih.Antara kekuatan yang saya dapati sepanjang aktiviti ceramah dan bengkel yang dijalankan ini ialah dari aspek kandungannya di mana kandungan caramah yang diberikan tersebut bukan sahaja menambahkan pengetahuan saya dari pelbagai aspek, malah ia juga memberikan kesedaran kepada saya supaya menjadi seorang guru yang cemerlang dan berkualiti. Selain itu, penglibatan pelajar juga agak memuaskan di mana kehadiran para pelajar adalah secara menyeluruh dan ini telah menyebabkan perancangan bagi program pada hari tersebut berjalan dengan lancar. Walaupun begitu, pada mulanya program ini hampir tidak dapat dilaksanakan pada hari tersebut disebabkan kekangan masa.Namun, demi memberikan komitmen yang tinggi terhadap tugasan yang diberikan, akhirnya dapat juga kami melaksanakan aktiviti ini dengan baik.Bukan itu sahaja, pengalaman sedia ada guru juga membantu dalam pelaksanaan program ini dengan lancar. Perbincangan dan mesyuarat serta pembahagian tugas yang diamanahkan telah menjadi suatu tanggungjawab kepada para guru. Tambahan pula, kerjasama dan toleransi sesama rakan sebaya amat dititikberatkan sepanjang proses pelaksanaan program ini.Malang sekali, masih terdapat beberapa kelemahan yang wujud dalam aktiviti ceramah dan bengkel ini. Perkara tersebut ialah berkenaan lokasi program. Sebelum bermulanya aktiviti ini, pihak Jawatankuasa Program Bina Insan Guru telah menukar tempat berlangsungnya program ini sebanyak tiga kali disebabkan ruang dewan yang sempit dan tempat duduk yang tidak mencukupi. Penukaran lokasi telah menimbulkan masalah dalam pengurusan masa. Masalah tempoh masa yang terlalu singkat menyebabkan aktiviti yang dijalankan terpaksa terburu-buru.Di samping itu, pada pandangan saya, masa program yang dijalankan pada waktu petang adalah tidak sesuai. Hal ini kerana pada waktu petang kebanyakan pelajar akan berasa mengantuk dan keadaan ini akan menyebabkan pelajar mudah bosan dan tidak dapat menumpukan perhatian. Lebih-lebih lagi, aktiviti ceramah ini diadakan selama tiga jam berturut-turut tanpa waktu rehat dan ini amat meletihkan para pelajarSehubungan dengan itu, saya ingin menyatakan beberapa cadangan penambahbaikan dalam program ini, iaitu pihak Jawatankuasa Bina Insan Guru hendaklah merancang program dengan lebih teliti dan teratur. Contohnya, pihak berkuasa seharusnya memilih lokasi yang cukup luas dan mempunyai tempat duduk yang secukupnya serta kondusif, kemudian menempah tempat tersebut awal-awal lagi supaya masalah ketidakselesaan lokasi tidak akan timbul. Selain itu, dari segi masa, saya cadangkan supaya memilih waktu pagi agar para pelajar tidak mudah bosan dan dapat menumpukan sepenuh perhatian. Bagi tujuan itu, saya juga mencadangkan tempoh masa untuk program ceramah ini dibahagi kepada dua sesi supaya para pelajar boleh rehat seketika waktu.

3.1.1ANALISIS SWOT

KEKUATAN (S)KELEMAHAN (W)

Kandungan ceramah menambahkan pengetahuan dan memberikan kesedaran kepada para pelajar Sikap positif antara pensyarah pembimbing dengan peserta penglibatan pelajar agak memuaskan pengalaman sedia ada dalam kalangan ahli jawatankuasa pengurusan lokasi program yang tidak terancang pengurusan masa yang tidak berkesan pemilihan waktu tidak sesuai

PELUANG (O)ANCAMAN (T)

Sokongan moral dan motivasi meningkatkan ilmu pengetahuan dan memberikan kesedaran hubungan para guru pelatih dengan pensyarah aktiviti ceramah ini diadakan selama tiga jam berturut-turut tanpa waktu rehat program bertindih dengan pihak lain mengganggu perancangan aktiviti

CADANGAN

merancang program dengan lebih teliti dan teratur pemilihan lokasi yang sesuai dan membuat penempahan lebih awal pemilihan masa yang sesuai membahagi program kepada dua sesi

3.2LAPORAN REFLEKTIF PROGRAM KHIDMAT MASYARAKATProgrm Bina Insan Guru (BIG) bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) semester dua kali ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama merupakan aktiviti ceramah dan bengkel yang menelan masa selama tiga jam dan bahagian kedua pula merupakan aktiviti kemasyarakatan mengikut unit masing-masing.Semesta 2 Pismp telah membuat khidmat masyarakat yang berlangsung selama 8 jam di Sk Laloh, Manek Urai, Kuala Krai, Kelantan. Oleh sebab tempat yang kami pilih terletak di kawasan yang agak jauh dari kampus kami, maka kami perlu membuat pelbagai permohonan daripada pihak-pihak tertentu. Di sini, kami dapat menambahkan ilmu dalam cara perancangan sesuatu program, seperti surat-menyurat, pengurusan wang dan masa serta penyediaan pengangkutan. Perjalanan ke destinasi memakan masa agak-agak satu setengah jam. Sebaik sahaja tiba di destinasi, kami pun membahgi kepada lima kumpulan. Antara kerja-kerja amal yang dilakukan oleh kumpulan masing-masing adalah mencuci tandas sekolah, membersihkan surau, dan membersihkan kelas-kelas serta kawasan sekolah yang kotor akibat terkena banjir.Antara kekuatan yang saya dapati sepanjang aktiviti khidmat masyarakat yang dijalankan ini ialah aktiviti ini dikendalikan dengan pendekatan bersepadu yang melibatkan 4 komponen manusia, iaitu aspek kerohanian, mental, intelektual dan fizikal. Maka, semua guru pelatih akan lebih mengetahui kelemahan dan kekuatan diri mereka sendiri dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Bukan setakat itu sahaja, hubungan mesra antara para guru pelatih dengan mentor juga dapat diwujudkan.Lebih penting lagi, aktiviti ini juga mewujudkan perhubungan erat dan dinamis antara guru-guru pelatih dengan penduduk setempat di samping bertukar pendapat. Contohnya, kami berpeluang berinteraksi antara satu sama lain semasa menjalankan tugas dan ini secara tidak langsung dapat mempertingkatkan kemahiran kami dalam komunikasi.Tidak boleh dinafikan bahawa aktiviti khidmat masyarakat sememangnya dapat menyelitkan nilai-nilai murni dalam diri setiap guru pelatih. Misalnya, nilai seperti cinta kepada alam sekitar, kasih sayang, berdikari, kerajinan dan bekerjasama di mana nilai-nilai murni ini dapat memartabatkan profesion perguruan. .Oleh sebab kesuntukan masa, kami terpaksa membuat kerja secepat mungkin. Lebih-lebih lagi, masa yang diperuntukkan sememangnya tidak mencukupi untuk kami membersih, menyapu dan membuang kesemua kotoran lumpur yang banyak itu. Selain itu, peralatan yang sedia ada juga amat terhad dan ini menyebabkan kami terpaksa berkongsi peralatan semasa membuat tugasan. Keadaan diburukkan lagi dengan cuaca yang tidak menentu. Hal ini mengakibatkan kami terpaksa terburu-buru menyelesaikan tugasan masing-masing.Sehubungan dengan itu, saya ingin menyatakan beberapa cadangan penambahbaikan dalam program ini. Pada pandangan saya, adalah lebh baik jika memilih tempat yang berdekatan dengan maktab kami maka dapat memudahkan pengurusan dan menjimatkan kos. Selain itu, tempat yang dipilih juga seharusnya bersesuaian dengan tujuan dan tidaklah terlalu luas.Di samping itu, pengerusi sepatutnya memberikan taklimat yang ringkas sebelum hari aktiviti khidmat masyarakat dijalankan. Hal ini adalah supaya para guru pelatih dapat membuat persediaan tentang apa yang perlu dilakukan. Sebagai contoh, makluman tentang tugasan yang dipikul supaya kami boleh membawa sendiri peralatan mengikut tugasan yang diberikan agar tidak munculnya masalah kekurangan peralatan.

3.2.1ANALISIS SWOT

KEKUATAN (S)KELEMAHAN (W)

guru pelatih lebih mengetahui kelemahan dan kekuatan diri menyelitkan nilai-nilai murni dalam diri setiap guru pelatih Guru pelatih yang dilantik menjadi ahli jawatankuasa berpengalaman mengadakan program. pemilihan kawasan yang tidak sesuai; kawasan terlalu luas masa yang diperuntukkan tidak mencukupi bilangan peralatan yang terhad

PELUANG (O)ANCAMAN (T)

hubungan mesra antara para guru pelatih dengan mentor dan penduduk setempat semangat bekerjasama antara guru pelatih dengan mentor masa yang tidak mencukupi cuaca yang tidak menentu

CADANGAN

pemilihan tempat yang lebih sesuai dengan tujuan dan berdekatan dengan maktab memberikan taklimat yang ringkas sebelum hari aktiviti khidmat masyarakat dijalankan

4.0REFLEKSI KENDIRI

4.1REFLEKSI KENDIRI CERAMAHProgrm Bina Insan Guru (BIG) bagi guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) semester dua kali ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama merupakan aktiviti ceramah yang menelan masa selama tiga jam dan bahagian kedua pula merupakan aktiviti kemasyarakatan mengikut unit masing-masing.Pada 12 April 2015, sesi ceramah dan bengkel bagi Program Bina Insan Guru ini telah diadakan di Dewan Al-Khindi Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan. Semua guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan semester dua daripada sepuluh buah kelas iaitu hampir dua ratus orang telah terlibat bagi menjayakan program ini.Ceramah ini telah disampaikan oleh pensyarah IPG Kampus Sultan Mizan sendiri, iaitu Y.M. Tengku Abdullah Tengku Ismail yang bertajuk Modal Yang Ada Dalam Setiap Manusia. Aktiviti ini bermula pada jam 3.30 petang hingga jam 5.00 petang.Sebelum memulakan ceramah, beliau telah memperkenalkan dirinya kepada semua guru pelatih secara ringkas.Kemudiannya, beliau mengedarkan sehelai kertas A4 kepada para guru pelatih dan menyuruh kami untuk menulis perasaan diri pada kertas tersebut bersama dengan iringan muzik.Setelah kami semua siap menulis perasaan kami pada kertas tersebut, beliau pun memulakan ceramah yang berkaitan dengan modal yang harus dimiliki oleh setiap manusia.Terdapat tiga modal iaitu physical capital, emotional capital, dan spiritual capital.Pertama sekali, beliau memberikan ceramah tentang physical capital. Physical capital adalah satu istilah yang digunakan dalam bidang ekonomi.Istilah ini merujuk kepada barang-barang yang digunakan oleh perniagaan dalam usaha untuk mengeluarkan produk mereka.Barang-barang ini dianggap aset. Selepas menerangkan definisi physical capital, beliau telah mengemukakan beberapa soalan yang berkaitan dengan modal ini. Antaranya: berapa RM yang kita ada siapa ayah / keluarga hartanah yang kita ada rumah sebesar mana kereta kita jenis apa kecantikan kecerdasan otak kita (6%) prestasi kerja / indek prestasi

Ceramah tentang physical capital ini memberikan satu iktibar kepada saya bahawa hartanah, kewangan, atau kecantikan yang kita miliki ini sebenarnya hanya berbentuk luaran sahaja walaupun ia dapat memuaskan naluri kebendaan tetapi pada masa yang sama ia juga akan menjadikan seseorang tersebut bersikap tamak. Namun, jika kita menggunakannya dengan sikap yang betul, ia sebenarnya juga merupakan suatu pendorong yang sangat berkesan. Hal ini kerana kita selalunya akanberusaha dengan bersungguh-sungguh dalam membuat sesuatu demi mendapat atau memperolehi apa yang dikehendaki. Maka, sebagai seorang guru, kita haruslah merujuk model fizikal ini semasa menjalankan proses P&P. Contohnya, guru boleh mengadakan ujian mengenai topik-topik yang telah diajar dalam kelas dan memberikan hadiah berbentuk wang atau benda kepada murid-murid yang mendapat jumlah markah yang terbanyak. Dengan ini, dapatlah memotivasikan murid untuk belajar dengan lebih tekun dan menumpukan perhatian semasa guru sedang mengajar.Selepas itu, beliau meneruskan ceramah yang berkaitan dengan Emotional Capital. Menurut beliau, emosi dibahagi kepada 6 jenis, iaitu : kesanggupan keteguhan kesabaran kejujuran sifat-sifat keikhlasan rasa simpati dan kasih sayangBerserta dengan iringan musik yang menyentuh hati, beliau telah menghuraikan setiap nilai di atas secara terperinci dan memberi kesedaran tentang pentingnya nilai-nilai ini terhadap kehidupan kita. Seterusnya, beliau juga mengajar cara mengamalkan nilai-nilai tersebut dalam kehidupan seharian. Bukan itu sahaja, beliau turut mengemukakan teknik mengawal emosi negatif seperti keegohan, kemarahan, kebosanan, kecemburuan dan sebagainya.Berdasarkan ceramah beliau, saya dapat mengetahui tentang bertapa pentingnya kecerdasan emosi terhadap seseorang.Dengan adanya kecerdasan emosi, kita bukan sahaja mampu mengawal emosi diri malah kita juga dapat menggali kekuatan dalam diri serta dapat mengambil keputusan yang tepat dan sesuai dengan fitrah kemanusiaan dan disenangi semua.Lebih-lebih lagi, dengan kecerdasan intelektual, kita boleh mempraktikkan diri kita untuk menjadi yang terbaik, dan seterusnya menjadi seorang guru yang hebat dan hakim yang menang bicara.Daripada peristiwa ini, saya menyedari bahawa sebagai seorang guru, kita mestilah bijak mengawal emosi diri kita, terutamanya ketika berhadapan dengan murid-murid.Memang tidak boleh dinafikan bahawa masalah disiplin boleh menggugat emosi guru.Namun, guru juga perlu menangani perkara sebegini dengan baik supaya tidak mudah cenderung untuk bertindak di luar emosi. Hal ini amat perlu dititikberatkan kerana guru yang gagal mengawal diri akibat tekanan akan memberi kesan kepada perhubungan guru dengan murid dan juga mutu pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini seterusnya boleh menjejaskan kualiti pendidikan dan juga profesion perguruan yang seterusnya akan membantutkan usaha mewujudkan sebuah masyarakat yang mampu membawa Malaysia ke tahap kecemerlangan dan kegemilangan mutu pendidikannya.Seterusnya, dari aspek spiritual pula, penceramah menekankan tentang hakikat kehidupan seseorang manusia. Semasa menyampaikan ceramah mengenai aspek spiritual, beliau sekali lagi mengemukakan beberapa soalan seperti berikut : kemampuan memberi erti keberadaan dan apa yang kita lakukan dan rasa adalah untuk apa siapa kita, di mana saya berasal dan mau ke mana kita hakikat sebuah kehidupan Dalam ceramah Spiritual Capital saya mendapat ilmu tentang jiwa manusia. Aspek ini, menekankan tentang semua manusia adalah sama tanpa mengira bangsa, taraf, kaum dan sebagainya. Oleh itu, setiap manusia hendaklah menolong satu sama lain dan hidup dalam satu keluarga bersama secara aman dan damai.Selepas memberikan ceramah, Y.M. Tengku Abdullah Tengku Ismail juga menayangkan sebuah klip video yang bertajuk " The Pencil Parable". Dalam klip video ini, semua manusia diibaratkan sebagai sebatang pensel yang dicipta untuk suatu tujuan yang khas dan unik di mana kita perlu memahami dan mengingati 5 jenis perkara, iaitu : kita akan dapat membuat banyak perkara yang baik hanya dengan adanya kuasa Tuhan kita akan menghadapi pelbagai masalah dalam kehidupan tetapi kita memerlukan cabaran ini untuk menjadi seorang yang gigih lagi tabah Kita berpeluang untuk membetulkan kesilapan yang telah kita lakukan dan menjadikan ia sebagai suatu pengajaran Apa yang paling penting ialah kita akan sentiasa menjadi apa yang di dalam hati diri kita sendiri tidak kira sebagaimana situasi yang dihadapi, kita tidak boleh putus asa. Sebaliknya, berterusan berkhidmat untuk Tuhan dalam semua perkara. Datang daripada tidak ada, dan kembali kepada tidak ada , beginilah kata-kata akhir dari penceramah sebelum mengakhiri ceramah "Pembinaan Insan Guru Yang Seimbang".Secara keseluruhannya, banyak pengalaman, kebaikan dan manfaat yang telah saya dapat dan perolehi daripada ceramah ini. Saya bersyukur kerana saya dapat hadapi semuanya dengan baik tanpa sebarang kekangan.Di sini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Y.M. Tengku Abdullah Tengku Ismail untuk menyampaikan ceramah yang begitu hebat kepada bakal guru.Secara keseluruhannya, ceramah ini meninggalkan kesan yang mendalam dan memberikan pengalaman berharga kepada saya.Selepas menyertai ceramah ini, saya berasa seronok dan bersemangat kerana ceramah ini amat menyuntik semangat saya untuk meneruskan perjuangan dalam profesion pendidikan.Selain itu, saya berharap agar pengalaman tersebut menjadikan saya dan rakan-rakan lebih proaktif dan beriltizam tinggi untuk terus berbakti kepada anak bangsa.Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Y.M. Tengku Abdullah Tengku Ismail kerana telah menyampaikan ceramah yang begitu hebat kepada para guru pelatih. Diharapkan agar aktiviti ini akan dijalankan setiap semester.

4.2REFLEKSI KENDIRI PROGRAM KHIDMAT MASYARAKATDalam ruangan ini, saya ingin mengucapkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Tuhan kerana telah memberkati dan membolehkan saya berjayamenjalankanaktiviti khidmat masyarakat ini dengan sempurnanya sehingga kini ia dapat didokumentasikan ke dalam bentuk penulisan. Sebenarnya, saya sentiasa menenti-nantikan khidmat masyarakat ini sepanjang semester ini, selepas saya mengikuti perkhemahan BIG pada semester yang lepas kerana saya percaya bahawa ia akan memberikan satu pengalaman yang luar biasa dan mendalam bagi saya. Saya begitu bersyukur dan sangat gembira selepas menjalankan program khidmat masyarakat ini.Program khidmat masyarakat yang telah dilaksanakan di SK Laloh pada 17 Januari 2015 telah memberikan banyak input yang amat berguna kepada saya dalam membina nilai-nilai sahsiah keguruan, meningkatkan daya ketahanan saya dari aspek fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian terutamanya kehidupan saya dalam profesion perguruan. Cabaran, dugaan dan halangan yang ditempuhi sepanjang program ini sebenarnya mempunyai motif yang sangat besar dan terdapat mesej penting yang ingin disampaikan melalui pelaksaan aktiviti tersebut.Pertama sekali, saya sedar bahawa guru dan pentadbir sekolah haruslah sentiasa prihatin dan cuba untuk memenuhi keperluan fisiologi murid-muridnya. Hal ini kerana pada hari tersebut, disebabakan tempat yang kami pilih agak jauh dari maktab, maka kami dikehendaki untuk berkumpul di kafe seawal pukul 7 pagi. Oleh itu, saya telah bergegas ke situ tanpa makan sarapan pagi. Namun, apa yang saya terharu ialah pihak pengurusan program khidmat masyarakat ini begitu prihatin dan peka akan keadaan kami dengan menyediakan sarapan pagi untuk kami semua. Penyediaan ini diibaratkan suntikan semangat bagi saya untuk melakukan yang terbaik pada hari tersebut. Sememangnya penyediaan sarapan pagi tersebut memberikan satu iktibar kepada saya bahawa sebagai seorang guru, kita harus sentiasa memikirkan keperluan-keperluan fisiologi murid, termasuklah makanan dan minuman. Hal ini amat penting kerana aspek fisiologi dan psikologi seseorang akan mempengaruhi motivasinya dalam perkembangan diri. Justerunya, sebagai seorang guru, kita mestilah sedaya upaya memenuhi keperluan fisiologi murid supaya mereka dapat belajar dalam keadaan yang selesa dan kondusif.Perjalanan ke SK Laloh memakan masa selama satu setengah jam. Setelah tiba di destinasi, kami telah dibahagi kepada beberapa kumpulan. Kumpulan yang pertama ditugaskan untuk mencuci tandas awam; kumpulan kedua ditugaskan untuk membersihkan surau; kumpulan ketiga diberi tugas membersihkan kawasan kelas, manakala kumpulan keempat dan kelima ditugaskan untuk membersihkan dan menceriakan kawasan persekitaran sekolah. Walaupun saya dikategorikan dalam kumpulan pertama, iaitu mencuci tandas, tetapi saya masih menerima tugas yang diamanahkan ini tanpa sebarang rungutan.Di sini saya dapat merasai bahawa sebagai seorang guru yang berdedikasi dan sanggup berkorban untuk murid, kita tidak patut memilih kerja-kerja yang semata-mata untuk tujuan kesenangan diri sendiri sahaja. Sebaliknya, kita harus melakukan apa-apa sahaja yang diamanahkan dan sedia berkorban, sama ada masa, tenaga atau jiwa raga demi kebaikan dan kejayaan masa depan murid-murid. Di sini saya dapat merasai bertapa pentinganya sikap bekerjasama dan toleransi sesama rakan sebaya bagi mewujudkan persekitaran dan suasana sekolah yang selesa dan kondusif. Setelah selesainya tugasan yang diberikan, kumpulan kami juga memberikan bantuan kepada kumpulan 4 dan 5 kerana kawasan sekolah terlalu luas dan lumpur juga amat banyak, mereka tidak sempat untuk membersihkan kesemuanya dalam tempoh masa yang ditetapkan. Situasi ini menyedarkan saya bahawa manusia sememangnya hidup dalam kumpulan dan kelompok. Oleh itu, kita mestilah sentiasa saling bantu-membantu tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan budaya. Justerunya, jelaslah di sini bahawa program khidmat masyarakat ini secara langsung akan dapat merapatkan hubungan silaturahim antara ahli-ahli kelas kami dan menyebabkan ikatan persahabatan kami menjadi lebih akrab dan kukuh.Di samping itu, melalui program khidmat masyarakat ini saya juga telah mendapat satu pengajaran yang sangat bermakna dan penting, iaitu bersosial dengan orang lain akan memudahkan kita dalam masyarakat. Sebagai contoh, saya telah mengambil kesempatan berinteraksi dengan pihak pentadbir sekolah untuk mengetahui maklumat ringkas mengenai sekolah tersebut dan masalah yang sering dihadapi dalam pengurusan. Sebagai seorang guru, saya perlu berani berhadapan dengan masyarakat demi menjalinkan perhubungan yang harmoni dan baik dengan mereka.Sehubungan dengan itu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak IPG Kampus Sultan Mizan kerana menyediakan program khidmat masyarakat ini bersempena dengan kursus Bina Insan Guru untuk mengisi masa lapang kami dan juga untuk melatih kami agar menjadi seorang guru yang sentiasa tabah menghadapi cabaran, berani menghadapi segala masalah dan meningkatkan semangat kami untuk bertekad menjadi seorang guru yang dedikasi dan cinta akan pekerjaannya. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Fauzi bin Mohamad, mentor kelas kami kerana sentiasa mengambil berat, membimbing, membantu dan menolong kami sepanjang program ini. Saya yakin bahawa tanpa usaha dan kerjasama daripada semua pihak, mustahil segala aktiviti yang dirancang bersempena dengan program khidmat masyarakat ini dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna.Jadi ternyata di sini bahawa banyak manfaat yang dapat diperolehi melalui penyertaan program khidmat masyarakat ini. Saya berharap agar dapat mengaplikasikan pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi ini supaya dapat menjadi seorang guru yang jitu dan serba boleh. Terima kasih sekali lagi kerana memberikan peluang kepada saya untuk menyertai aktiviti ini.Secara keseluruhannya, program BIG kali ini meninggalkan kesan yang mendalam dan memberikan pengalaman berharga kepada saya.Sebagai manusia biasa, segala kekurangan dan kelebihan boleh kita nilai bersama.Sebagai bakal guru, saya beranggapan program kali ini amat menyuntik semangat saya untuk meneruskan perjuangan dalam profesion pendidikan.Akhir sekali, tidak dapat dinafikan bahawa hubungan komuniti dan khidmat masyarakat amat dekat dan relavan dengan jiwa insan pendidik.Semoga pengalaman tersebut menjadikan saya dan rakan-rakan lebih proaktif dan beriltizam tinggi untuk terus berbakti kepada anak bangsa.Secara keseluruhannya, program khidmat masyarakat ini dijalankan dengan lancar dan juga telah menepati matlamatnya untuk membentuk insan guru yang sempurna.Ini merupakan kaedah yang baik untuk membentuk insan guru yangberakhlak mulia, mempunyai semangat juang yang tinggi, dapat menyesuaikan diri dalam apa-apa jua keadaan, dan juga dapat mengatasi sebarang cabaran atau rintangan, lantas melahirkan guru yang seimbang.Program ini juga akan dapat memberi pendedahan kepada guru pelatih agar sentiasa bersedia untuk mendidik anak bangsa tidak kira di mana mereka akan ditempatkan kelak. Bukan itu sahaja, diharapkan program ini turut akan menyediakan mental dan rohani guru pelatih agar mereka akan bersedia untuk berkhidmat dan berbakti kepada negara. Tuntasnya, tidak dapat dinafikan bahawa hubungan komuniti dan khidmat masyarakat amat dekat dan relavan dengan jiwa insan pendidik. Semogo pengalaman tersebut menjadikan saya dan rakan-rakan lebih proaktif dan beriltizam tinggi untuk terus berbakti kepada anak bangsa.