asgmnt morfologi.docx

11
1. Apakah yang dimaksudkan dengan morfologi. Morfologi ialah satu bidang yang mengkaji satu strukutur gramatikal perkataan, iaitu kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata dan makna kata akibat perubahan bentuk kata. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz di dalam bukunya Siri Pendidikan Guru, Bahasa Melayu 1, pada halaman 132, morfologi boleh diertikan sebagai bidang tatabahasa yang mengkaji perkataan dan cara-cara pembentukannya. 2. Nyatakan empat proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu. Dalam istilah linguistik , pembentukan kata ialah satu proses yang mana perkataan baru dibentuk. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz di dalam bukunya Siri Pendidikan Guru, Bahasa Melayu 1, pada halaman 133, proses pembentukan kata menerangkan bagaimana sesuatu kata itu dibina dan dibentuk sehingga dapat menghasilkan ayat dan ujaran dalam sesuatu bahasa. Pembentukan kata dalam Bahasa melayu terhasil melalui empat proses iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda. Bentuk kata tunggal ialah bentuk kata yang berdiri sendiri tanpa menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan pemajmukan Kata tunggal tidak melibatkan apa-apa proses pembentukan, tetapi tiga bentuk kata lain melibatkan proses-proses tertentui aitu proses pengimbuhan. pemajmukan, penggandaan dan akronim Kata Tunggal Bentuk kata tunggal ialah bentuk kata yang berdiri sendiri tanpa menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan pemajmukan

Upload: zakiah-hayati

Post on 12-Jan-2016

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ASGMNT MORFOLOGI.docx

1. Apakah yang dimaksudkan dengan morfologi.

Morfologi ialah satu bidang yang mengkaji satu strukutur gramatikal perkataan, iaitu

kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata dan makna kata akibat perubahan

bentuk kata. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz di dalam bukunya Siri Pendidikan Guru, Bahasa

Melayu 1, pada halaman 132, morfologi boleh diertikan sebagai bidang tatabahasa yang

mengkaji perkataan dan cara-cara pembentukannya.

2. Nyatakan empat proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu.

Dalam istilah linguistik, pembentukan kata ialah satu proses yang mana perkataan

baru dibentuk. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz di dalam bukunya Siri Pendidikan Guru,

Bahasa Melayu 1, pada halaman 133, proses pembentukan kata menerangkan bagaimana

sesuatu kata itu dibina dan dibentuk sehingga dapat menghasilkan ayat dan ujaran dalam

sesuatu bahasa.

Pembentukan kata dalam Bahasa melayu terhasil melalui empat proses iaitu kata

tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda.

Bentuk kata tunggal ialah bentuk kata yang berdiri sendiri tanpa menerima sebarang

imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan pemajmukan

Kata tunggal tidak melibatkan apa-apa proses pembentukan, tetapi tiga bentuk kata lain

melibatkan proses-proses tertentui aitu proses pengimbuhan. pemajmukan, penggandaan

dan akronim

Kata Tunggal

Bentuk kata tunggal ialah bentuk kata yang berdiri sendiri tanpa menerima sebarang

imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan pemajmukan

Kata terbitan

Imbuhan awalan ialah imbuhan yang hadir pada awal kata dasar. Imbuhan awalan dapat

dihasilkan bersama-sama kata nama terbitan, kata kerja terbitan dan kata adjektif terbitan.

(i) awalan kata nama

(ii) awalan kata kerja

(iii) awalan kata adjektif

1

2. Imbuhan akhiran ialah imbuhan yang hadir pada akhir kata dasar. Imbuhan akhiran

dalam bahasa Melayu hanya wujud dalam kata nama terbitan dan kata kerja terbitan.

Page 2: ASGMNT MORFOLOGI.docx

(i) akhiran kata nama

(ii) akhiran kata kerja

3 Imbuhan apitan ialah imbuhan yang hadir serentak di hadapan dan di belakang kata

dasar.

Imbuhan apitan wujud dalam KN terbitan, KK terbitan dan KA terbitan. Imbuhan apitan

juga dikenali sebagai imbuhan terbahagi atau imbuhan lingkungan.

(i) apitan kata nama

(ii) apitan kata kerja

(iii) apitan kata adjektif

4) Imbuhan sisipan ialah imbuhan yang hadir secara menyisip dalam sesuatu kata dasar.

Bentuk-bentuk kata sisipan sudah membeku dalam kata terbitan tertentu dan tidak dapat

hadir dalam perkataan-perkataan yang lain kecuali dalam beberapa istilah yang baru

dicipta. Sisipan bahasa Melayu dapat wujud dalam:

(i) kata nama

(ii) kata adjektif

Kata Majmuk

Proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk

yang terhasil membawa makna tertentu.

Kata majmuk dieja terpisah dan tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain,

misalnya pasar untuk raya.

Dalam bahasa Melayu, bentuk kata majmuk boleh dibahagikan kepada tiga jenis

Rangkaian Kata Bebas.

Contoh: pasar raya, Nasi ayam,Terima kasih, Bandar raya,Tengah malam Ketua

Menteri, Profesor Madya Guru Kanan

2

Contoh Istilah Khusus :

Papan kekunci, reka bantuk pengajaran, lut sinar, hak milik kekal, pita suara

Page 3: ASGMNT MORFOLOGI.docx

Simpulan Bahasa

Contoh: Buaya darat, lepas tangan, harga mati

Kata Ganda

Proses menggandakan kata dasar untuk menghasilkan maksud jamak.

Bagaimanapun, terdapat kata ganda yang tidak membawa makna jamak seperti ‘rama-rama’

yang hanya merujuk seekor sahaja.

3. .Apakah yang dimaksudkan dengan kata nama dan kata kerja?

Kata nama ialah kata yang menamakan atau menyatakan makna orang, tempat,

benda, binatang dan seumpamanya. Kata nama ini boleh disertai kata bilangan di

depannya, dan kata ganti tunjuk ini atau itu di belakangnya. Kata nama dalam bahasa

Melayu terbahagi kepada tiga jenis iaitu kata nama am, kata nama khas dan kata ganti

nama.

i) Kata Nama Am

Kata nama am ialah kata yang merujuk kepada manusia, binatang, benda atau perkara-

perkara yang umum seperti anak, bapa, ibu, petani, kucing, harimau dan kecantikan. Kata

nama am ini pula terbahagi kepada dua iaitu kata nama am konkrit dan kata nama am

abstrak.

Contoh kata nama am konkrit (jenis kata nama bagi benda-benda yang boleh dipegang

secara konkrit) : · Buku · Basikal · Kapal terbang

Contoh kata nama am abstrak (jenis kata nama bagi perkara-perkara yang mujarad atau

yang bukan benda konkrit) Keindahan · Impian · Kelebihan

ii) Kata Nama khas

Merupakan kata nama yang merujuk nama orang, nama tempat dan nama benda khas.

Biasanya kata nama khas dieja menggunakan huruf besar pada pangkalnya. Kata nama

khas ini terbahagi kepada dua kumpulan iaitu nama khas hidup dan kata nama khas tak

hidup.

3

Kata nama khas hidup ini pula dibahagikan kepada dua kategori lagi iaitu kata nama khas

hidup manusia dan kata nama khas hidup bukan manusia.

Contoh kata nama khas hidup( manusia) : Halim, Salina, Raja Noreen Contoh kata nama

khas hidup( bukan manusia) : Comel, Si Putih, Ananas Comosus(nanas)

Page 4: ASGMNT MORFOLOGI.docx

Contoh kata nama khas tak hidup : Kuala Lumpur, Kamus Pelajar, Ahli Mangku Negara,

Tanjong Malim

iii-Kata Ganti Nama Digunakan untuk mengganti nama diri, nama tempat, nama tunjuk,

nama tak tentu dan nama tanya. Biasanya kata ganti nama diri ialah kata yang digunakan

untuk menggantikan kata nama orang dan kata ganti nama diri terdiri daripada tiga jenis iaitu

kata ganti nama diri pertama, kata ganti nama diri kedua dan kata nama ganti diri ketiga.

Contoh : Kata ganti nama

Kata ganti nama diri pertama : · Aku, hamba, Beta, Saya dan Patik (membawa makna

tunggal) · Kami dan kita (kata ganti nama diri pertama jamak) Kata ganti nama diri kedua : ·

Anda, awak, kamu, engkau dan tuanku (membawa makna tunggal) Kata ganti nama diri

ketiga : · Dia, ia, beliau dan –nya (membawa makna tunggal) · Mereka (membawa makna

jamak)

Kata ganti nama tempat

Digunakan untuk menggantikan nama tempat.

Contoh : sana, sini, situ ~Ketua askar itu tinggal di sana.

Kata ganti nama tunjuk

Digunakan untuk menunjukkan sesuatu benda, tempat, manusia dan binatang.

Contoh :ini (digunakan untuk menunjukkan sesuatu itu dekat jaraknya), Itu (digunakan untuk

menunjukkan sesuatu itu letaknya jauh.) ~Ini rumah saya. ~Itu komputer riba awak. Kata

ganti nama tanya Digunakan untuk menanyakan sesuatu hal seperti : a)apa : Ini apa?

b)berapa : Bilangan orang yang terlibat dalam kejadian itu berapa? c)mana : Ibu kamu

mana? d)siapa : Orang itu

4

Kata Kerja

Kata kerja ialah gologan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku

atau dilakukan. Lazimnya kata kerja menunjukkan sesuatu perbuatan atau keadaan

Page 5: ASGMNT MORFOLOGI.docx

melakukan sesuatu .Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya. Kata

kerja terbahagi kepada, kata kerja transitif (perbuatan melampau) dan kata kerja tak transitif

(perbuatan tidak melampau).

Kata kerja transitif

Kata kerja transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda

lain. Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut (objek). Ayat yang

menggunakan kata kerja transitif mesti mempunyai penyambut (objek). Kata kerja ini

biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘ sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada

imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan.

Kata kerja tak transitif

Kata kerja tak transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri

kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Kata kerja ini tidak

memerlukan penyambut. Kata kerja tak transitif terbahagi kepada dua iaitu kata kerja tak

transitif berpelengkap dan kata kerja tak transitif tak berpelengkap.

Aspek pengimbuhan kata kerja

Kata kerja juga melalui proses pengimbuhan kerana proses pengimbuhan amat produktif

dalam proses pembentukan kata kerja bahasa Melayu

5

4. Nyatakan lima jenis kata tugas beserta huraiannya.

Kata Tugas

Page 6: ASGMNT MORFOLOGI.docx

Kata tugas ialah satu kelompok perkataan yang kehadirannya dalam ayat penting kerana

tugas-tugas sintaksis.Kata tugas hadir dalam ayat,sama ada di bahagian hadapan ayat,di

bahagian hadapan frasa,atau di belakang perkataan-perkataan tertentu untuk memberikan

makna khusus atau memainkan peranan sintaksis tertentu dalam ayat berkenaan.

Lima jenis kata tugas

a.  Kata Hubung

Kata hubung ialah kata penyambung ayat,iaitu sejumlah perkataan yang bertugas

menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang

berlapis.

Contoh:

           i.  Ali,Ahmad dan Halim pergi ke sekolah.

           ii.  Aslinda menari sambil menyanyi.

           iii.  Dia pandai tetapi adiknya bodoh.

           iv. Tidak boleh ada ahli yang memegang dua atau lebih.

            v. Kalimat itu menunjukkan bahawa dia sememangnya mehu memberitahu.

     

b) Kata Seru

Kata seru ialah kata yang digunakan untuk menggambarkan perasaan seseorang seperti

marah, sedih, gembira, sakit, hairan, kagum, terkejut, dan sebagainya. Cara

penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi atau

menurun.

Contoh:

          i) Aduh, sakitnya tanganku!

          ii) Aduhai, apalah malang nasibku ini!

          iii) Ah, aku tidak bersetuju!

          iv) Amboi, sombongnya dia!

          v) Eh, bilakah kau pulang ke tanah air!

6

c) Kata Tanya

Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan

sesuatu, contohnya mengapa, berapa, bila dan bagaimana.

Page 7: ASGMNT MORFOLOGI.docx

Contoh:  

i)  Berapa       - Harga barang itu berapa?

                               - Berapa tahunkah dia belajar di luar negeri?

ii) Bila            - Mereka sampai bila?

                               - Bilakah gerangan kekanda akan pulang?

iii) Bagaimana - Kesihatannya sekarang bagaimana?

                               - Bagaimanakah keputusan peperiksaannya?

d) Kata Perintah

Kata perintah ialah perkataan yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap

perintah, arahan, larangan, silaan atau permintaan.

Contoh:

 i) Jangan buang sampah di sini.

  ii)Usah biarkan dia berseorangan.

  iii)Silalah datang ke rumah saya jika ada kelapangan.

  iv)Jemput masuk!

  v)Minta tuan-tuan bersabar sebentar.

e) Kata Pangkal Ayat

Kata pangkal ayat ialah perkataan yang hadir di bahagian hadapan ayat yang menjadi

penanda kesinambungan ayat dalam wacana. Namun, kata pangkal ayat ini tidak begitu

banyak diamalkan sekarang. Perkataan ini umumnya digunakan dalam bahasa Melayu

klasik, misalnya hatta, maka, arakian, syahadan, dan sebagainya.

Contoh

i)Hatta istana itu pun siaplah.

ii)Maka panglima itu pun diberi persalinan.

iii) Syahadan baginda pun berangkat meninggalkan Melaka.

iv)Adapun kuda itu dipunyai oleh Tun Umar.

v)Alkisah tidak beberapa lama kemudian hamillah permaisuri.

7

Page 8: ASGMNT MORFOLOGI.docx