asgmnt - pengenalan pk.docx

42
Isi kandungan Bil Perkara Muka surat 1 Pengenalan 2 2 Sub tugasan 1 3 3 Definisi dan konsep 4 4 Sejarah perkembangan pendidikan khas di Malaysia 5 5 Perundangan berkaitan pendidikan khas 9 6 Jenis-jenis kanak-kanak berkeperluan khas 11 7 Khidmat sokongan untuk kanak-kanak berkeperluan khas 12 8 Sub tugasan 2 15 9 Autisme 16 10 Sindrom Down 18 11 Masalah Pendengaran 21 12 Disleksia 23 13 Palsi Serebral 25 14 Rumusan 28 `5 Refleksi 29 16 Rujukan 31 1

Upload: yuner-ong

Post on 26-Oct-2015

61 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

wertyuioplkjhgfr56789kjhgt789okjhy78

TRANSCRIPT

Page 1: asgmnt - pengenalan PK.docx

Isi kandungan

Bil Perkara Muka surat

1 Pengenalan 2

2 Sub tugasan 1 3

3 Definisi dan konsep 4

4Sejarah perkembangan pendidikan khas di

Malaysia5

5 Perundangan berkaitan pendidikan khas 9

6 Jenis-jenis kanak-kanak berkeperluan khas 11

7Khidmat sokongan untuk kanak-kanak

berkeperluan khas12

8 Sub tugasan 2 15

9 Autisme 16

10 Sindrom Down 18

11 Masalah Pendengaran 21

12 Disleksia 23

13 Palsi Serebral 25

14 Rumusan 28

`5 Refleksi 29

16 Rujukan 31

1

Page 2: asgmnt - pengenalan PK.docx

1.0 Pengenalan

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cik Rohana Lat

kerana banyak membimbing dan memberi tunjuk ajar untuk menyiapkan tugasan ini.

Tanpa tunjuk ajar daripada beliau agak sukar untuk saya menyiapkannya dengan baik.

Tugasan ini terbahagi kepada tiga sub tugasan iaitu sub tugasan pertama adalah

pengumpulan maklumat tentang kanak-kanak berkeperluan khas dan pendidikan khas.

Sub tugasan kedua pula adalah mengenai 5 kategori kanak-kanak berkeperluan khas

yang telah dipilih dan dihuraikan dari beberapa aspek seperti yang dikehendaki oleh

soalan. Manakala, sub tugasan ketiga pula adalah penghasilan buku panduan sebagai

rujukan khususnya ibu bapa, guru dan sesiapa yang berminat mengenai kanak-kanak

berkeperluan khas.

Objektif tugasan ini adalah untuk mengumpul maklumat mengenai sejarah

perkembangan dan perundangan berkaitan dengan kanak-kanak berkeperluan khas.

Tugasan ini juga bertujuan untuk mengumpul maklumat mengenai khidmat sokongan

yang disediakan untuk kanak-kanak berkeperluan khas di Malaysia dan bagaimana

kolaborasi pelbagai pihak berlaku di Malaysia. Selain itu, bagi menghuraikan isu dan

trenda dalam pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas dan juga mengenal pasti

kategori dan ciri-ciri kanak-kanak berkeperluan khas.

Akhir kata, saya berharap tugasan yang disiapkan ini telah memenuhi kehendak soalan.

Selain itu, saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah

memberi tunjuk ajar dan dorongan sepanjang saya melaksanakan tugasan ini

terutamanya rakan sekelas.

2

Page 3: asgmnt - pengenalan PK.docx

3

Page 4: asgmnt - pengenalan PK.docx

2.0 Definisi dan konsep

2.1 Definisi dan Konsep Kanak-kanak Berkeperluan Khas

Berdasarkan pandangan Jamila K.A. Mohamed (2005), kanak-kanak khas

adalah gelaran yang diberi kepada kanak-kanak yang memerlukan keperluan khas

yang juga disebut kanak-kanak istimewa, kanak-kanak kurang upaya ataupun kanak-

kanak cacat. Istilah kanak-kanak cacat jarang digunakan pada masa kini berbanding

pada masa lampau atas faktor sensiviti.

Menurut Jamila K.A. Mohamed (2005), kanak-kanak khas didefinisikan sebagai

kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak

biasa dalam aspek yang berbeza ciri-ciri mental, keupayaan sensori, keupayaan

komunikasi, tingkah laku sosial, ataupun ciri-ciri fizikal.

Menurut Kirk (1989), kanak-kanak hanya dianggap sebagai kanak-kanak khas

apabila terdapat keperluan mengubahsuai program pendidikan. Ini akibat dari keadaan

yang ada pada mereka menyebabkan mereka tidak dapat menerima pelajaran dalam

cara biasa ataupun meletakkan mereka jauh ke hadapan dan bosan dengan apa yang

diajar (dalam Jamila K.A. Mohamed (2005)).

2.2 Definisi dan Konsep Pendidikan khas

Menurut Jamila K.A. Mohamed (2005), pendidikan khas adalah pengajaran yang

direka bentuk bagi memenuhi keperluan khas. Pendidikan ini dirancang secara

tersendiri, dilaksanakan secara teratur serta dinilai keberkesanannya secara teliti bagi

mencapai tahap berdikari tinggi dan kejayaan hidup yang memuaskan.

Menurut Shahabuddin Hashim et.al (2003), pendidikan khas ialah subsistem

dalam sistem pendidikan yang bertanggungjawab mengadakan peruntukan kemudahan

dan keistimewaan bagi membantu pelajar-pelajar dan belia yang bersifat luar biasa.

Salvin (1997) pula mendefinisikan pendidikan khas sebagai sebarang program

yang diperuntukkan atau ditunjukkan kepada pelajar-pelajar yang bermasalah seperti

4

Page 5: asgmnt - pengenalan PK.docx

kecacatan mental, emosi dan ketidakupayaan fizikal ataupun penambahan kepada

pembelajaran biasa di kelas (dalam Shahabuddin Hashim et.al (2003).

3.0 Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia

Berdasarkan buku Open Universiti Malaysia (OUM) (2006), pendidikan khas

telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920-an di kalangan sukarelawan yang

membuka sekolah-sekolah untuk pelajar bermasalah atau kurang upaya penglihatan

dan pendengaran. Jadual 1.1 menunjukkan tarikh-tarikh penting dalam

memperkembangkan pendidikan khas.

Jadual 3.1: Tarikh-tarikh Penting dalam Perkembangan Pendidikan Khas

Tahun Peristiwa

1926 Pembukaan Sekolah Rendah Buta Kebangsaan St. Nicholas di Melaka.

1931 Sekolah Rendah Buta Kebangsaan St. Nicholas ke Pulau Pinang

1948Pembukaan Sekolah Rendah Buat Kebangsaan Princess Elizabeth dengan

kemudahan asrama oleh Jabatan kebajikan Masyarakat di Johor Bahru.

1953 Pembukaan Institut Taman Harapan, Pusat Pertanian Temerloh (JKM)

1954Pembukaan Sekolah Kanak-kanak Pekak Persekutuan (Rendah dan

Menengah) di Pulau Pinang

1958 Pembukaan Institut Taman Cahaya, Pusat Pertanian Sandakan (JKM)

1962Rancangan Percantuman bagi Pendidikan Kanak-kanak Bermasalah

Penglihatan dengan pelajar biasa di sekolah rendah dan menengah.

1963Permulaan Latihan Perguruan Pendidikan Khas Masalah Pendengaran di

Maktab Perguruan Ilmu Khas.

1977Penubuhan Jawatankuasa Utama Pembentukan Kod Braille Bahasa Melayu

untuk mengembangkan Sistem Kod Braille Bahasa Melayu.

1978

- Pembukaan Sekolah Menengah Berasrama Kurang Upaya Penglihatan,

Setapak.

- Pengenalan kaedah komunikasi dan penggubalan sistem Kod Tangan

Bahasa Melayu.

- Kelas pemulihan untuk pelajar yang ‘lembam’ atau lemah dalam pelajaran.

5

Page 6: asgmnt - pengenalan PK.docx

1979Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Kurikulum Sekolah Menengah

Pendidikan Khas Vokasional, Kementerian Pendidikan.

1983 Penubuhan Jawatankuasa Kod Braille Al-Quran.

1984Penubuhan Unit Penerbitan dan Percetakan Bahan-bahan Braille,

Kementerian Pendidikan.

1987 Pembukaan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional, Shah Alam.

1988 Permulaan Kelas perintis untuk pelajar Bermasalah Pembelajaran.

1994 Pembukaan Kelas-kelas program inklusif di 14 sekolah.

1995 Program Bermasalah Pembelajaran peringkat menengah dimulakan.

Pendidikan khas formal di Malaysia bermula pada tahun 1948 untuk masalah

penglihatan dengan penubuhan Sekolah Rendah Pendidikan Khas Princess Elizabeth

di Johor Bahru. Bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran pula, pada tahun 1954,

Pembukaan Sekolah Kanak-kanak Pekak Persekutuan (Rendah dan Menengah) di

Pulau Pinang ditubuhkan. Program pemulihan bagi pelajar ‘lembam’ atau lemah

menguasai kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira) bermula pada tahun 1978.

Manakala program untuk kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran baru bermula

pada tahun 1988 apabila Kementerian Pendidikan memulakan kelas perintis di Sekolah

Kebangsaan Jalan Batu, Kuala Lumpur. Secara keseluruhannya, perkembangan

pendidikan khas di Malaysia tertumpu pada kanak-kanak bermasalah penglihatan,

bermasalah pendengaran dan bermasalah pembelajaran.

6

Page 7: asgmnt - pengenalan PK.docx

3.1 Sejarah perkembangan program masalah pembelajaran di dalam negara

Jadual 3.2: Tarikh-tarikh penting perkembangan masalah pembelajaran

Tahun Peristiwa

1988

- -Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan mula menubuhkan

Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP) yang pertama

di SRK (L) Jalan Batu 1, Kuala Lumpur (dua kelas dengan 20

orang murid dan tiga orang guru terlatih).

-  Jabatan Pendidikan Selangor membuka dua kelas di SRK

Jalan Raja Muda, Seksyen 4, Shah Alam, Selangor. 

1990

-  Ujian Percubaan Alat Penilaian Kelas Khas Bermasalah

- Pembelajaran (KKBP) yang melibatkan dua ratus orang

murid dari kelas-kelas percantuman telah diuji.

 - Mesyuarat  menganalisis data dari ujian percubaan di

Universiti Malaya.

1991- - Kursus Satu Tahun Bermasalah Pembelajaran bermula di

Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur.

1992--Pembukaan program Pendidikan Khas Bermasalah

Pembelajaran (KKBP) di seluruh negara secara berperingkat.

1993

- Program Pendidikan Khas di Fakulti Pendidikan Universiti

Kebangsaan Malaysia.  Program ini merupakan program

gabungan prinsip Pendidikan Am dan prinsip Pendidikan

Khas.

1995 - Pendidikan Inklusif bermula.

1996 - Pembukaan program Pendidikan Khas Bermasalah

Pembelajaran Printis peringkat sekolah menengah di SMK

Yaacub Latiff, Jalan Peel dan SMK Bandar Baru Sentul,

7

Page 8: asgmnt - pengenalan PK.docx

Kuala Lumpur

2006

-  Statistik Jabatan Pendidikan Khas (2006) menunjukkan

pertambahan ketara bilangan program masalah

pembelajaran di sekolah rendah iaitu sebanyak 473 buah

pada tahun 2003 kepada 656 buah pada tahun 2006.

Manakala bilangan program di sekolah menengah sebanyak

187 buah pada tahun 2003 kepada 320 buah pada tahun

2006.

8

Page 9: asgmnt - pengenalan PK.docx

4.0 Perundangan berkaitan pendidikan khas

Berdasarkan buku Jamila K.A. Mohamed (2005): Pada masa ini, pendidikan

khas di Malaysia adalah di bawah tanggungjawab empat kementerian iaitu Kementerian

Kesihatan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,

Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian

Sumber Manusia. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat diberi

tanggungjawab menyediakan perkhidmatan kepada kanak-kanak yang cacat fizikal,

terencat akal sederhana dan teruk serta kanak-kanak spastik atau terencat. Manakala

Kementerian Kesihatan pula bertanggungjawab menyaring dan mengenal pasti kanak-

kanak yang dilahirkan dalam keadaan berisiko.

Dasar mengenai pendidikan khas di Malaysia dinyatakan dalam Akta

Pembelajaran 1961 yang kemudiannya disemak dan digantikan dengan Akta

Pendidikan 1996. Bagi tujuan pelaksanaan pula, Kementerian Pendidikan mengadakan

Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas)1997.

Berdasarkan Akta Pendidikan 1996 – Peraturan-peraturan Pendidikan Khas

(1997), murid-murid dengan keperluan khas bermakna murid-murid yang mempunyai

kecacatan penglihatan, kecacatan pendengaran atau masalah pembelajaran. Akta

Pendidikan 1996 juga menyatakan, program pendidikan khas di sekolah kerajaan dan

bantuan kerajaan layak diikuti oleh murid dengan keperluan khas yang boleh dididik,

iaitu:

“Jika dia mampu mengurus diri sendiri tanpa bergantung pada bantuan orang lain dan

disahkan oleh suatu panel yang terdiri daripada pengamal perubatan, pegawai daripada

Kementerian Pendidikan dan pegawai daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat,

sebagai berupaya mengikut program pendidikan kebangsaan.”

4.1 Perundangan Berkaitan Pendidikan Khas di Luar Negara

Public Law 94-142 (PL 94-142) telah diperkenalkan pada 29 November 1975 setelah

diluluskan oleh Kongres Amerika Syarikat. Sebelum ini ianya dikenali sebagai Akta

9

Page 10: asgmnt - pengenalan PK.docx

Pendidikan untuk Semua Kanak-Kanak Cacat ( Education for All Handicapped Children

Act). Berdasarkan ayat yang dipetik dari buku Thomas K. Fagan & Paul G. Warden:

Public Law 94-142 mandated services for children ages three to twenty-one who had

been identified with the following disabilities: mental retardation; hearing impairment,

including deafness, speech and language impairment, visual impairment, including

blindness, serious emotional disturbance, other health impairment, specific learning

disability, and multihandicapped (two or more disabilities). These children also must

require special education and related services.

Ini bermaksud PL 94-142 menjamin bahawa individu yang berada dalam

lingkungan umur 3 hingga 21 tahun yang mempunyai masalah seperti yang dinyatakan

di atas akan menerima pendidikan khas yang percuma.

Pada tahun 1990, PL 94-142 telah diberi nama baru iaitu Akta Pendidikan

Individu Kurang Upaya (Individuals with Disabilities Education Act, Public Law 94-476)

atau singkatannya IDEA diperkenalkan. Undang-undang ini menunjukkan betapa

pentingnya hak orang kurang upaya dilindungi. Antara yang ditekankan ialah:

Penyediaan pendidikan percuma dan pendidikan bercorak awam yang sesuai

kepada kanak-kanak berkeperluan khas (Provide a free and appropriate public

education).

Pendidikan bagi kanak-kanak khas dilaksanakan dalam persekitaran yang tidak

menghalangkan mereka untuk berkembang (Educate children in the least

restrictive environment).

Kanak-kanak dilindungi daripada sebarang elemen bercorak diskriminasi dalam

penilaian pendidikan (Protection against discrimination in testing).

Penglibatan ibu bapa dalam merancang dan menentukan perkembangan

pendidikan setiap murid.

Penyediaan rancangan pendidikan individu bagi setiap murid khas, iaitu guru

pendidikan khas dikehendaki menyediakan rancangan pendidikan individu bagi

setiap murid khas dengan mengikut prosedur yang ditetapkan.

10

Page 11: asgmnt - pengenalan PK.docx

5.0 Jenis-jenis Kanak-kanak Berkeperluan Khas

Di Malaysia, pendidikan murid berkeperluan khas diletakkan di bawah Jabatan

Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia. Menurut Jabatan Pendidikan Khas,

murid berkeperluan khas terbahagia kepada murid bermasalah penglihatan,

bermasalah pendengaran dan bermasalah pembelajaran.

5.1 Masalah Pendengaran

Menurut Mohd. Sharani Ahmad (2004), masalah pendengaran terbahagi kepada

dua, iaitu apabila deria dengar tidak berfungsi langsung dan separuh apabila seseorang

itu boleh mendengar tetapi kurang jelas. Ini bermakna masalah pendengaran terbahagi

kepada pekak sepenuhnya dan separuh pekak.

5.2 Masalah penglihatan

Menurut pandangan Jamila K.A. Muhammad (2007), terdapat dua kategori

utama dalam masalah penglihatan, iaitu buta dan rabun atau penglihatan terbatas ( low

vision).

5.3 Masalah pembelajaran

Kategori murid bermasalah pembelajaran pula merangkumi murid yang mengalami:

Sindrom Down

Disleksia

Autisme

Lembam (slow learner)

Palsi serebral

Bermasalah bahasa dan komunikasi

Masalah Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)

Masalah emosi dan tingkah laku

Hiperaktif

11

Page 12: asgmnt - pengenalan PK.docx

6.0 Khidmat Sokongan Yang Disediakan Untuk Kanak-kanak Berkeperluan Khas

Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Jabatan Pendidikan Khas (JPK) yang

distrukturkan pada 1 Oktober 1995 yang menjalankan tanggungjawab seperti yang

dikehendaki oleh negara dan tuntutan masyarakat. JPK bertanggungjawab untuk:

1. Merancang dan mengurus semua sekolah pendidikan khas rendah dan

menengah.

2. Merancang dan menyelaras semua program pendidikan khas integrasi

(percantuman).

3. Merancang, menyelaras dan menilai dasar-dasar dan peraturan-peraturan dari

segi peluang pendidikan yang seimbang, khidmat bantu dan sokongan bagi

pelajar pendidikan khas dan dasar pendidikan vokasional.

4. Merancang kurikulum dan aktiviti pendidikan yang berkaitan pendidikan khas.

5. Membabitkan diri dalam pembabitan perancangan dan penilaian pendidikan

khas.

6. Menyediakan perancangan latihan dan pembangunan staf.

7. Menyelaraskan program pendidikan pemulihan khas.

12

Page 13: asgmnt - pengenalan PK.docx

Manakala, visi, misi, falsafah dan objektif JPK dinyatakan seperti dalam rajah 3.1:

Rajah 6.1: Visi, misi, falsafah dan objektif Jabatan Pendidikan Khas

Bagi mencapai objektif tersebut, Jabatan Pendidikan Khas dibahagikan kepada

tiga bahagian dan satu unit iaitu Bahagian Perancangan Penyelidikan dan Dasar,

Bahagian Pengurusan Sekolah, Bahagian Latihan dan Khidmat Bantu serta Unit

Pengurusan.

13

Visi

Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepda pelajar dengan keperluan khas ke arah kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara

Misi

menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada pelajar berkeperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.

Falsafah

Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Objektif

Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan khas untuk pelajar dengan keperluan khas.Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap pelajar dengan keperluan khas.Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi pelajar dengan keperluan khas.Menyediakan bahan-bahan P & P yang mecukupi dan terkiniMemastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan khas.

Page 14: asgmnt - pengenalan PK.docx

6.1 Badan-badan Bukan Kerajaan yang Terlibat dengan Pendidikan Khas

Selain badan kerajaan, terdapat pelbagai organisasi, persatuan dan badan-

badan sukarelawan yang juga mengendalikan pendidikan khas. Badan Bukan Kerajaan

atau NGO (Non-Governmental Organisations) ditubuhkan oleh masyarakat setempat

dan wujud di merata-rata tempat di negara Malaysia. Antara Badan Bukan Kerajaan

yang terlibat dengan penyediaan pendidikan khas ialah:

- Persatuan Kanak-kanak Spastik (Spastic Children’s Association) yang menyediakan

intervensi awal untuk kanak-kanak kerencatan mental di antara umur 2-16 tahun.

- Pusat Bimbingan Sinaran Matahari yang mengajar kanak-kanak berkeperluan khas

kemahiran hidup serta kemahiran sosial.

- Pusat Harian Kanak-kanak Istimewa yang terlibat dengan intervensi awal bagi kanak-

kanak di antara 0-6 tahun serta kemahiran hidup untuk kanak-kanak di antara 6-16

tahun.

- Yayasan Sindrom Down Kiwanis (Kiwanis Down Syndrome Foundation) yang komited

kepada kebajikan kanak-kanak sindrom down dan tumpuan ialah kepada kanak-kanak

di bawah 6 tahun. Kini Yayasan ini mengendalikan enam pusat pendidikan untuk

kanak-kanak sindrom down di merata tempat dalam Malaysia.

14

Page 15: asgmnt - pengenalan PK.docx

15

Page 16: asgmnt - pengenalan PK.docx

7.0 Autism

7.1 Punca masalah autism

Menurut K.A. Razhiyah (1959), autism disebabkan oleh satu masalah biologi yang

mengganggu perkembangan dan sistem saraf otak. Kajian mendapati faktor genetik

juga memainkan peranan utama. Kajian menunjukkan sekiranya salah seorang

daripada kembar seiras mengalami autism, risiko untuk kembarnya menghadapi autism

atau masalah interaksi sosial dan kefahaman bahasa amat tinggi.

Selain daripada teori genetik terdapat beberapa teori lain yang dijalankan oleh pengkaji-

pengkaji di seluruh dunia seperti:

1. Teori kelebihan Opioid

2. Teori Gluten atau Casean dan Hbungan Penyakit Celiac

3. Kolokistokinin

4. Oksistosin dan Vasopressin

5. Metilation

6. Imunitasi Teori Autoimun dan Alergi Makanan

7. Zat darah penyerang kuman ke Myelin Protein Basic

8. Teori Infeksi kerana virus Vaksinasi

9. Teori Sekratin

10.Teori Kelainan saluran cerna

11.Orphanin Protrin: Prohanin FQ/NOCICEPTIN (OFQ/N)

12.Kekurangan vitamin, mineral nutrisi tertentu

Jangkitan virus yang dihidapi oleh si ibu semasa hamil seperti Rubella, Toxo, Herpes,

pemakanan yang tidak berzat, pendarahan dan keracunan makanan juga

mempengaruhi pertumbuhan sel otak seterusnya mengganggu fungsi otak yang

dikandungi terutama dalam aspek fungsi pemahaman, komunikasi dan interaksi.

16

Page 17: asgmnt - pengenalan PK.docx

7.2 Ciri-ciri fizikal autism

Jika dilihat dari aspek fizikal kanak-kanak yang mengalami autisme, fizikal

mereka adalah tidak mengalami sebarang kecacatan dan kelihatan normal seperti

kanak-kanak biasa.

7.3 Aspek kognitif

Menurut pernyataan K.A. Razhiyah (1959), kanak-kanak autisme mempunyai

pengawalan terhad dalam aktiviti, tidak ada variasi, imaginasi dan penzahiran simbolik.

Ini menunjukkan bahawa kanak-kanak autisme berfikir secara terus dalam aktiviti yang

sama. Selain itu, kanak-kanak autisme juga mempunyai IQ yang rendah, dalam

sesetengah kes terdapat juga yang mempunyai IQ yang tinggi.

7.4 Aspek emosi

Kanak-kanak autisme lazimnya mengalami tekanan sekiranya aktiviti atau rutin

diubah. Contohnya mengubah atau menukai jenis pakaian, permainan dan laluan yang

baru. Selain itu juga akan menunjukkan rasa tidak puas hati dengan cara melempar

barang-barang.

7.5 Aspek sosial

Dari aspek sosial, kanak-kanak autisme pula tidak tahu bergaul dengan rakan-

rakan, mengelakkan diri daripada kanak-kanak lain dan mengelakkan daripada

‘bertentangan mata’ dengan orang di sekeliling. Di samping itu, mereka juga akan

mengelakkan diri daripada disentuh, tidak mempedulikan perasaan orang lain, tidak ada

sikap memujuk atau simpati pada orang lain, tidak ada perasaan menghargai orang lain

serta suka bermain sendirian. Ini kerana kanak-kanak tersebut berada dalam dunia

mereka sendiri dan tidak menghiraukan orang lain.

7.6 Aspek tingkah laku

Dari sudut tingkah laku, kanak-kanak yang mempunyai autisme akan didapati

bermain sesuatu yang sama dalam aktiviti tertentu. Tidak ada pelbagai atau variasi

dalam permainan dan akan mengulang permainan yang sama tanpa berasa jemu.

17

Page 18: asgmnt - pengenalan PK.docx

Mereka juga akan membuat sesuatu tanpa makna dan rujukan serta menggerakkan

badan berulang-ulang contohnya, menghayun tangan berkali-kali, menggelengkan

kepala dan sebagainya. Seterusnya, kanak-kanak autisme mengenali sesuatu dengan

cara menghidu atau menjilat contohnya, menghidu makanan sebelum dimakan atau

menjilat bola sebelum bermain. Kadangkala mereka menggigit, menampar,

menghantukkan kepala, menumbuk atau melukakan diri sendiri. Namun, perkara

tersebut jarang berlaku. Mereka juga tidak menunjukkan tindak balas pada kesakitan

yang dialaminya. Sekiranya terjatuh dan lututnya luka, beliau tidak akan menangis

seperti yang sering dipamerkan oleh kanak-kanak lain kerana urat saraf sakit mereka

tidak berfungsi.

8.0 Sindrom Down

8.1 Punca-punca sindrom down

Menurut Azizi Yahaya et.al, pada amnya, ada dua faktor yang menyebabkan

masalah kerencatan akal, iaitu organik dan faktor sosiobudaya. Faktor organik

menyebabkan masalah kerencatan akal wujud dalam beberapa bentuk. Faktor organik

terbahagi kepada empat kromosom tidak normal, kecelaruan metabolik, penggunaan

bahan organik semasa mengandung oleh ibu, faktor organik selepas dilahirkan.

Azizi Yahaya et.al menyatakan bahawa faktor sindrom down ialah dail daripada

kromosom yang tidak normal. Pelbagai kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang

mengalami tiga kromosom pada gen yang ke-21 akan mengalami Sindrom Down.

Selain itu, faktor lain yang menyumbang kepada Sindrom Down ialah hasil

gangguan metabolisme yang dikenali sebagai phenyketouria (PKU). Gangguan ini

terjadi daripada nisbah yang amat kecil iaitu satu keajaiban dalam 20 000 dan hanya

satu daripada 100 individu yang mengalami kerencatan akal adalah disebabkan oleh

masalah PKU. Ini terjadi apabila badan tidak dapat memecahkan kompleks asid amino

18

Page 19: asgmnt - pengenalan PK.docx

jenis phenylalanine dalam darah dan konsentrasi kompleks dalam darah akan

meningkat.

Faktor penggunaan bahan organik semasa dalam kandungan akan mengganggu

perkembangan mental kanak-kanak semasa dalam kandungan. Ibu yang mengambil

dadah berbahaya, ubat kadar yang berlebihan, terkena pancaran radiasi yang

berlebihan, mengalami kecederaan fizikal, minum alkohol dengan banyak dan

menghidapi penyakit lain seperti Rubella.

Faktor penggunaan organik yang menyebabkan akal berlaku semasa bayi

dilahirkan, Azizi Yahaya et.al.. Jikalau bayi tidak mendapat oksigen secukupnya, ini

akan menyebabkan kerencatan akal. Keadaan ini digelar sebagai asphyxia.

Seterusnya faktor sosiobudaya juga turut menjadi faktor kepada Sindrom Down.

Ini berlaku selepas bayi dilahirkan dan semasa kanak-kanak melalui proses

pembesaran. Makanan dan zat yang berkurangan akan menyebabkan kerencatan akal.

8.2 Ciri-ciri fizikal Sindrom Down

Menurut Azizi Yahaya et.al, kanak-kanak ini akan mempunyai ciri fizikal seperti

lidah yang kasar dan tebal, bentuk muka yang leper, mata yang herot dan lain-lain.

Menurut buku Open University Malaysia (OUM) (2006), antara ciri-ciri fizikal yang

ketara adalah kepala yang kecil, leher yang pendek serta mata yang sepet. Mereka

juga mempunyai hidung yang leper, telinga dan mulut yang kecil. Selain itu, tangan

yang pendek, tapak kaki yang lebar dan ibu jari kaki yang pendek serta otot yang

lemah. Badan yang lebih kecil berbanding dengan kanak-kanak biasa juga merupakan

salah satu ciri fizikal kanak-kanak Sindrom Down.

8.3 Aspek kognitif Sindrom Down

Pelajar bermasalah pembelajaran lazimnya lemah dalam pengamatan

termasuklah tumpuan, perhatian, ingatan dan pemikiran atau pengolahan. Pelajar

bermasalah pembelajaran menghadapi kesukaran dalam mengaitkan pengetahuan

sedia ada dengan pengetahuan baru atau sukar mengaplikasikan pengetahuan

19

Page 20: asgmnt - pengenalan PK.docx

tersebut dalam situasi pembelajaran. Dari segi perkembangan kognitif pula, kanak-

kanak Sindrom Down ini kurang mempunyai kemahiran menggunakan bahasa, angka,

penaakulan, pembentukan konsep dan ingatan.

8.4 Aspek emosi

Kanak-kanak yang mengalami Sindrom Down mempunyai emosi yang mudah

terganggu, berasa resah dan harga-diri (self-esteem) yang rendah kerana disebabkan

oleh kegagalan mereka untuk berinteraksi dengan orang lain dan berasa kecewa.

Kadangkala, hal ini akan menyebabkan mereka bertingkah laku negatif dan menyakiti

orang lain.

Pertumbuhan perasaan suka, duka, kasih sayang dan sebagainya tetap ada

pada diri kanak-kanak Sindrom Down. Mereka juga mempunyai emosi seperti kanak-

kanak biasa yang lain. Mereka akan ketawa, menangis, sayangkan sesuatu seperti

kanak-kanak biasa juga, cuma bezanya kawalan emosi tidak seperti kanak-kanak

biasa. Mereka kurang mempunyai perasaan malu dibandingkan dengan kanak-kanak

biasa yang sebaya dengan mereka.

8.5 Aspek sosial

Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai kemahiran sosial yang lemah didapati

sukar untuk mencari kawan, diketepikan oleh pelajar lain dan tidak kerap berinteraksi

dengan guru. Mereka kurang mempunyai teman-teman dari kalangan kanak-kanak

biasa disebabkan mereka tidak berupaya untuk mengetahui kenapa dan bagaimana

untuk menjalin serta mengekalkan hubungan. Adakalanya pelajar bermasalah

pembelajaran tidak mempunyai kemahiran untuk menolak tekanan rakan sebaya yang

negatif serta tidak dapat mengenal pasti model rakan sebaya yang baik untuk ditiru.

Selain itu, kanak-kanak Sindrom Down tidak dapat membezakan peranan antara

lelaki dan perempuan, belum faham perbezaan lelaki dan perempuan walaupun umur

mereka dah belasan tahun. Pergaulan mereka dengan rakan-rakan sebaya juga tidak

menampakkan kematangan, mereka tidak dapat mengikut dan mempraktikkan disiplin

kumpulan dengan baik seperti kanak-kanak biasa.

20

Page 21: asgmnt - pengenalan PK.docx

8.6 Aspek tingkah laku Sindrom Down

Kanak-kanak seperti ini selalunya mempunyai personaliti yang introvert, banyak

menyendiri, bersifat pemalu dan kadang-kadang pendiam. Kanak-kanak Sindrom Down

juga mempunyai masalah sukar untuk memberi tumpuan, terlalu aktif dan tidak

mengikut arahan.

9.0 Masalah pendengaran

9.1 Punca masalah pendengaran

Menurut Hallahan dan Kaufman (1997) (dalam OUM, 2006), terdapat beberapa

sebab kecacatan diperoleh seperti yang dinyatakan iaitu sebelum, semasa dan selepas

kelahiran. Sebelum kelahiran, punca masalah pendengaran adalah dari baka dan

bukan baka. Faktor baka adalah disebabkan oleh genetik dari ibu bapa ataupun

keturunan. Faktor bukan baka pula adalah disebabkan oleh jangkitan semasa

mengandung seperti rubella, meningitis, campak, cacar dan sebagainya. Selain itu,

pengambilan dadah atau bahan kimia dan alkohol turut menyebabkan kanak-kanak

mendapat masalah pendengaran. Faktor lain adalah mengalami toksemia di peringkat

akhir mengandung dan juga mengandung terlalu kerap.

Semasa kelahiran bayi juga akan menjadi punca masalah pendengaran

sekiranya bayi berada terlalu lama di ‘pintu rahim’ yang mengakibatkan tekanan yang

kuat terutama pada bahagian telinga bayi. Selain itu, faktor lain semasa kelahiran

adalah kelahiran yang tidak cukup bulan, kecederaan yang dialami semasa dilahirkan

terutamanya di bahagian telinga serta penyakit hemolisis yang disebabkan oleh faktor

Rhesus (Rh).

Selepas kelahiran pula, individu akan mendapat masalah pendengaran apabila

mendapat penyakit yang disebabkan oleh bakteria dan virus. Kemalangan yang

mencederakan bahagian telinga dan juga terdedah kepada bunyi yang kuat akan

menyebabkan masalah pendengaran.

21

Page 22: asgmnt - pengenalan PK.docx

9.2 Ciri-ciri fizikal masalah pendengaran

Kanak-kanak bermasalah pendengaran mempunyai fizikal yang normal seperti

kanak-kanak biasa kerana masalah hanya dalam telinga dan tidak dapat dilihat dari

luar.

9.3 Aspek kognitif

Kanak-kanak yang bermasalah pendengaran mempunyai pemikiran yang normal

tetapi ketinggalan apabila tidak mendapat maklumat dengan segera.

9.4 Aspek emosi

Sekiranya kanak-kanak kurang diterima oleh masyarakat, kanak-kanak akan

berasa rendah diri kerana tidak dapat berkomunikasi secara normal dengan rakan

sebaya berpunca daripada kehilangan deria pendengaran. Kanak-kanak bermasalah

pendengaran juga kurang keyakinan diri kerana takut mereka tersilap dalam pertuturan

atau melaksanakan sesuatu mengikut arahan.

9.5 Aspek sosial

Menurut Ashman & Elkins (1998), setiap individu yang dikategorikan mengalami

masalah pendengaran tidak berupaya bertutur berpunca daripada kehilangan deria

pendengaran. Ketidakupayaan mendengar akan menyebabkan gangguan dan masalah

pertuturan dan seterusnya memberi kesan kepada komunikasi. Hubungan sosial

dengan individu akan terjejas dan terbatas kerana pertuturan adalah penting dalam

perhubungan antara manusia. Individu bermasalah pendengaran tidak berupaya untuk

bertutur dan memahami maksud orang lain dan ini merupakan masalah peribadi dan

hubungan sosial mereka (dalam OUM, 2006).

9.6 Aspek tingkah laku

Kegagalan untuk diterima dengan baik oleh rakan sebaya sering membawa

kepada akibat yang lain yang kurang baik. Kanak-kanak yang kurang diterima oleh

rakan sebaya sering menunjukkan sikap yang mengganggu, agresif dan dalam

sesetengah kes mengasingkan diri dari rakan sebaya. Didapati juga kurang penerimaan

22

Page 23: asgmnt - pengenalan PK.docx

oleh rakan sebaya ini akan membawa kesan jangka panjang yang mengakibatkan

mereka mempunyai masalah dalam menyesuaikan diri dalam kehidupan dan

mendorong pelbagai masalah apabila meningkat dewasa.

Selain itu, beberapa ciri dapat dilihat bagi mengetahui individu tersebut

mengalami masalah pendengaran misalnya meminta percakapan diulang berkali-kali,

bercakap dengan nada suara yang lebih kuar daripada biasa dan tidak memahami

arahan yang diberikan. Mereka juga sukar untuk memahami perbualan di tempat yang

bising, terpaksa memalingkan kepala ke arah sumber bunyi dalam usaha untuk

memahami apa yang didengari serta suka memencilkan diri dari bergaul dan berbual.

10.0 Disleksia

10.1 Punca masalah

Menurut Sheila Devaraj & Samsilah Roslan, mengikut kajian yang dilakukan oleh

Dr. Galaburda, susunan sel-sel otak seorang disleksia adalah berbeza daripada otak

seorang yang biasa. Apabila dilahirkan, manusia mewarisi gen daripada ibu bapanya.

Oleh itu, masalah disleksia dapat dikatakan sebagai masalah keturunan. 88% daripada

mereka yang mempunyai simptom disleksia mewarisi masalah itu daripada ahli

keluarganya. 12% lagi terdiri daripada kemalangan iaitu ketika dalam kandungan

ataupun selepas dilahirkan.

Apabila individu mendapat penyakit disleksia cara otak bekerja berbeza daripada

keadaan otak yang normal. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap

disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada otak

individu yang normal.

10.2 Ciri-ciri fizikal

Secara umumnya anggota badan kanak-kanak yang menghidapi disleksia

adalah normal seperti kanak-kanak biasa tetapi mereka tidak dapat membuat

koordinasi motor mata tangan kiri dan kanan serta menumpukan perhatian.

23

Page 24: asgmnt - pengenalan PK.docx

10.3 Aspek kognitif

Menurut Sheila Devaraj & Samsilah Roslan, kanak-kanak disleksia mempunyai

kecerdasan yang normal. Kebanyakan mereka mempunyai IQ yang normal dan

sebahagian daripada mereka mempunyai kecerdasan yang luar biasa. Walau

bagaimanapun, mereka mempunyai masalah dalam mengingat semula perkataan,

bermasalah memproses perkataan, bermasalah penyusunan bersiri seperti peristiwa

dan mempunyai daya ingatan jangka pendek. Selain itu, kanak-kanak disleksia juga

sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya 'b'

dianggap 'd' dan 'p' dianggap 'q'.

10.4 Aspek emosi

Dari aspek emosi pula, kanak-kanak yang menghidapi disleksia kurang

keyakinan terhadap diri dan menghadapi masalah tekanan di sekolah kerana tidak

faham dan keliru dengan banyak perkataan. Mereka juga cenderung untuk menjadi

seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang

lain serta mempunyai daya tumpuan yang mudah terganggu.

10.5 Aspek sosial

Kanak-kanak disleksia tiada masalah dalam berinteraksi, bergaul dan

berkomunikasi tetapi agak lambat dalam tindakan lisan. Berdasarkan pemerhatian saya

terhadap kanak-kanak disleksia semasa lawatan di Persatuan Dyslexia Malaysia,

Ampang, saya mendapati kanak-kanak disleksia boleh bergaul seperti kanak-kanak

normal. Mereka juga boleh bermain dan bertoleransi antara satu dengan yang lain.

10.6 Aspek tingkah laku

Secara umumnya, kanak-kanak disleksia suka mengganti, mengurangkan dan

menambah perkataan dan bersikap hiperaktif pada masa-masa tertentu. Mereka juga

mempunyai ciri-ciri tingkah laku tidak merangkak semasa bayi serta suka mendengar

bacaan tetapi tidak berminat membaca sendiri. Sifat ingin tahu yang tinggi, berminat

terhadap perkara baru dan suka bertanya banyak soalan.

24

Page 25: asgmnt - pengenalan PK.docx

11.0 Palsi Serebral

11.1 Punca masalah

Palsi Serebral adalah ensefalopati statik yang mungkin didefinisikan sebagai

kelainan postur dan gerakan non-progresif, sering disertai dengan epilepsi dan

ketidaknormalan bicara, penglihatan dan kecerdasan akibat dari cacat atas lesi otak

yang sedang berkembang (Behrman, Kliegman & Arvin, 2000). Punca masalah Palsi

Serebral dibahagikan kepada tidak faktor utama iaitu sebelum kelahiran, semasa

kelahiran dan selepas kelahiran.

Sebelum kelahiran ibu yang mengalami jangkitan pada rahim seperti rubella,

meningitis cytomegalovirus dan toxoplasmosis sehingga mengakibatkan kecederaan

pada sistem sarat bayi. Selain itu, ibu yang mengalami jangkitan penyakit seperti darah

tinggi, kencing manis, dan juga kurang darah semasa mengandung menyebabkan bayi

akan mendapat Palsi Serebral. Kekurangan bekalan oksigen serta pendedahan kepada

bahan-bahan toksik misalnya alkohol, rokok dan dadah boleh merencatkan

pertumbuhan organ-organ seperti otak, buah pinggang, jantung dan sebagainya. Faktor

genetik juga merupakan punca masalah Palsi Serebral apabila terlebih kromosom

(Trisomi 13 & Trisomi 18) menyebabkan muka, jantung, otak, kaki & tangan janin

mengalami kecacatan.

Semasa kelahiran, bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan dan mengalami

kecederaan otak semasa lahir juga faktor berlakunya Palsi Serebral. Faktor lain adalah

bayi lemas semasa lahir, tertelan najis sendiri dan juga jangkitan kuman semasa lahir.

Selepas kelahiran pula, individu mendapat penyakit asma yang menyebabkan

oksigen tidak sampai ke otak dan oksigen tidak sampai ke otak adalah punca masalah

Palsi Serebral. Seterusnya, keracunan ubat-ubatan seperti panadol, minyak tanah dan

sebagainya serta berlaku kecederaan otak akibat kemalangan, penderaan atau

penganiayaan fizikal akan menyebabkan individu menghidap Palsi Serebral.

25

Page 26: asgmnt - pengenalan PK.docx

11.2 Ciri-ciri fizikal

Palsi Serebral dibahagikan kepada tiga kategori iaitu spastik, ataxia dan

diskinetik. Ciri-ciri kanak-kanak spastik adalah sering berlaku kekejangan pada sebelah

kanan badan iaitu jika kaki dan tangan kanan kejang dikenali sebagai hemiplegia,

sekiranya kedua-dua belah kaki kejang dipanggil sebagai diplegia dan jika seluruh

badan menjadi kaku dikenali pula sebagai quadriplegia. Selain itu, terdapat juga jenis

kategori ataxia dalam Palsi Serebral yang mempunyai otot-otot tangan dan kaki yang

lembik serta keadaan pergerakan motor tidak stabil dan bergegar. Manakala, bagi

kategori diskinetik pula, kanak-kanak Palsi Serebral mengalami pergerakan yang tidak

boleh dikawal. Terdapat juga kecederaan pada muka, tangan, badan yang

menyebabkan kesulitan dalam percakapan, cara makan, memegang benda dan

pergerakan motor.

Secara keseluruhannya, ciri-ciri masalah fizikal Palsi Serebral ialah mempunyai

perkembangan motor kasar dan motor halus yang lambat. Mereka juga masih

mempunyai tindakan yang sepatutnya hilang tetapi jika mengalami Palsi Serebral

individu tersebut masih mempunyai tindakan yang kekal apabila membesar. Kanak-

kanak Palsi Serebral juga berjalan dengan menjinjit kaki atau diseret dan berlaku

ketidaknormalan otot. Seterusnya, terdapat lekukan pada spinal ‘jawbon’ atau kepala

kecil.

11.3 Aspek kognitif

Kanak-kanak yang mengalami Palsi Serebral mengalami kerosakan otak yang

menyebabkan mereka kurang atau tidak berupaya untuk mengawal pergerakan otak.

Mereka juga mempunyai masalah untuk memahami bahasa yang dituturkan serta

menzahirkan pemikiran mereka. Kanak-kanak Palsi Serebral jarang memahami bahasa

dan agak sukar untuk bercakap. Namun, terdapat juga kanak-kanak yang boleh

bercakap tidak boleh melafazkan pemikiran mereka. Kanak-kanak seperti itu selalu

menggunakan isyarat untuk mengatakan kehendaknya walaupun jelas dari

kelakuannya yang dia bukan pekak atau cacat akal.

26

Page 27: asgmnt - pengenalan PK.docx

11. 4 Aspek emosi

Emosi individu yang mengalami Palsi Serebral tidak stabil kerana mereka

cenderung untuk menjadi sensitif dan mudah marah.

11. 5 Aspek sosial

Gangguan emosi dalam kalanagan kanak-kanak Palsi Serebral dari peringkat

persekolahan ke bawah boleh mengakibatkan gangguan kepada perkembangan kanak-

kanak. Mereka lebih cenderung untuk sering bersendirian, tidak pernah berinteraksi

dengan kelakuan anehnya menyebabkan tidak akan dapat stimulasi serta dorongan

yang sesuai untuk membolehkan dia mempelajari bahasa.

Aspek tingkah laku

Kanak-kanak yang mengalami Palsi Serebral mempunyai masalah tingkah laku

disebabkan oleh keadaan fizikal mereka.

27

Page 28: asgmnt - pengenalan PK.docx

12.0 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, jenis kanak-kanak yang berkeperluan khas terbahagi

kepada tiga bahagia iaitu masalah pendengaran, masalah penglihatan dan masalah

pembelajaran. Setiap jenis ini mempunyai kategori masing-masing terutamanya

masalah pembelajaran yang merangkumi banyak kategori. Secara dominannya, punca

masalah kanak-kanak berkeperluan khas adalah disebabkan oleh faktor genetik dan

persekitaran.

Majoriti kanak-kanak berkeperluan khas yang mengalami sebarang masalah

atau kelainan upaya sukar untuk dipulihkan sepenuhnya tetapi masih boleh

dikurangkan untuk membantu mereka menjadi seperti kanak-kanak normal dari aspek

pendidikan, sosialisasi dan emosi. Sekurang-kurangnya mereka mampu berdikari dan

seterusnya berjaya bagi mereka yang tidak mempunyai masalah pembelajaran kerana

kurang gangguan pada otak.

Walaupun kanak-kanak berkeperluan khas mempunyai kekurangan atau

kelainan upaya namun terdapat badan-badan yang melindungi, membantu dan

menyokong mereka tidak kira sama ada badan kerajaan atau pun badan bukan

kerajaan. Kemudahan juga disediakan bagi kanak-kanak berkeperluan khas di tempat

awam seperti laluan, tandas, tempat dan sebagainya.

Oleh itu, sebagai seorang masyarakat Malaysia yang tinggal serumpun

walaupun terdapat pelbagai kaum kita hendaklah membantu, menyokong dan

melindungi individu yang berkeperluan khas bagi menghormati dan menghargai mereka

kerana mereka juga insan ciptaan Tuhan. Namun, pihak yang memainkan peranan dan

tanggungjawab yang besar adalah ibu bapa dan guru yang sentiasa memberi dorongan

moral serta sabar melayani kerenah kanak-kanak berkeperluan khas barulah dapat

melahirkan individu yang berjaya.

28

Page 29: asgmnt - pengenalan PK.docx

13.0 Refleksi

Tugasan ini sangat bagus kerana telah meningkatkan ilmu pengetahuan saya

dalam bidang pendidikan khas. Melalui tugasan ini saya mengetahui banyak perkara

baharu terutamanya punca-punca dan ciri-ciri bagi suatu kategori kanak-kanak

berkeperluan khas contohnya Palsi Serebral yang sebelumnya saya kurang faham.

Namun, setelah melaksanakan tugasan ini melalui pencarian dari pelbagai sumber

seperti internet dan buku saya telah mengetahui dan memahami masalah serta ciri-ciri

seorang kanak-kanak yang mengalami Palsi Serebral. Sememangnya tugasan ini telah

meningkatkan kefahaman saya tentang keperluan kanak-kanak pendidikan khas.

Selain itu, tugasan ini juga telah memberi kesedaran kepada saya untuk tidak

memandang rendah kepada kanak-kanak berkeperluan khas kerana mereka juga

adalah ciptaan Tuhan. Sebarang kecacatan atau kelainan upaya yang mereka miliki

bukanlah dipinta namun faktor dominannya adalah faktor genetik. Oleh itu, kita

hendaklah sentiasa membantu, memberi dorongan, menghormati dan menghargai

insan seperti mereka. Di samping itu, tugasan ini juga telah memberi kesedaran kepada

saya agar tidak memandang rendah kerana mereka juga boleh berjaya seperti kanak-

kanak normal malah kadangkala lebih berjaya lagi. saya sangat mengagumi tokoh-

tokoh yang telah berjaya yang pada asalnya dikategorikan dalam pendidikan khas

misalnya Alexander Graham Bell iaitu seorang yang mengalami disleksia tetapi berjaya

menjadi seorang pencipta alat telekomunikasi, Helen Keller seorang yang mengalami

masalah penglihatan dan pendengaran tetapi berjaya menjadi seorang penulis, ahli

politik dan juga pensyarah serta banyak lagi tokoh yang telah berjaya.

Seterusnya, tugasan ini telah meningkatkan kefahaman saya bagaimana untuk

mengatasi atau membantu kanak-kanak berkeperluan khas. Bagi membantu mereka,

pihak ibu bapa, guru, kerajaan mahu pun bukan kerajaan harus memainkan peranan

penting dalam memberi mereka rawatan, pendidikan, intervensi dan segala keperluan

mereka. Kini saya faham bahawa kanak-kanak berkeperluan khas harus mempunyai

penjagaan yang lebih rapi daripada kanak-kanak normal bagi memastikan

perkembangan mereka ke arah positif.

29

Page 30: asgmnt - pengenalan PK.docx

Sesungguhnya tugasan ini sangat bermanfaat kepada saya sebagai bakal guru

dalam mempersiapkan diri kerana telah meningkatkan ilmu pengetahuan tentang

pendidikan khas, memupuk kesedaran untuk menghargai kanak-kanak berkeperluan

khas dan memahami keperluan kanak-kanan pendidikan khas.

30

Page 31: asgmnt - pengenalan PK.docx

14.0 Rujukan

Jamila K.A. Mohamed (2005). Pendidikan Khas untuk Kanak-kanak Istimewa. Kuala

Lumpur. PTS Profesional Publishing

Shahabuddin Hashim et.al (2003). Psikologi Pendidikan. Selangor. PTS Professional

Publishing.

Open University Malaysia, OUM (2006). Pengenalan Pendidikan Khas. Selangor.

UNITEM Sdn. Bhd.

Thomas K. Fagan & Paul G. warden (1996). Historical Encyclopedia of School

Psychology. America. Greenwood Publishing Group.

Albert M. Bursztyn (2007). The Praeger Handbook of Special Education. America.

Greenwood Publishing Group, Inc.

K.A. Razhiyah (1959). Apa Itu Autisme. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing

Mohd. Sharani Ahmad (2004). Psikologi Kanak-kanak. Kuala Lumpur. PTS Professional

Publishing

Jamila K.A. Muhammad (2007). Special Education For Special Children. Jakarta.

Penerbit Hikmah (PT Mizan Publika)

Azizi Yahaya et.al. punca dan Rawatan Kecelaruan Tingkah Laku. PTS Professional

Publishing.

Sheila Devaraj & Samsilah Roslan. Apa Itu Disleksia. PTS Professional Publishing.

Behrman, Kliegman & Arvin (2000). Ilmu Kesehatan Anak. Jakarta. Penerbit Buku

Kedokteran EGC.

31