asas kepimpinan dan perkembangan profesionalisme guru

Upload: rick-ael

Post on 13-Jan-2016

21 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

tutorial 4

TRANSCRIPT

Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesionalisme GuruTutorial 4Peranan guru sebagai agen perubahan dalam melaksanakan program LINUS.Program LINUS bermaksud Program Saringan Literasi dan Numerasi. Program ini dirancang dan dibentuk sebagai penambahbaikan program sebelum ini (KIA2M), memastikan semua murid Tahun 1 pada 2010 menguasai asas membaca, menulis dan mengira pada akhir tahun 3 menjelang Tahun 2011. National Key Result Areas (NKRAs) KPM telah menyasarkan bahawa semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikut pendidikan rendah menjelang 2012. Program ini mula dilaksanakan pada tahun 2010 melibatkan murid Tahun 1 di sekolah rendah.Guru sebagai agen perubahan merupakan gelaran yang tidak asing lagi bagi guru alaf baru kini. Guru menjadi penggerak dan menjadi tunjang utama dalam bidang pendidikan di negara. Dalam melaksanakan program LINUS, guru memerupakan pengemudi bagi memastikan kejayaan program ini. Antara peranan guru ialah, guru perlu memahami dan menguasai dahulu apakah matlamat, program ini dilaksanakan, apakah elemen-elemen penting yang diperlukan. Untuk menguasai perkara-perkara tersebut, guru perlu proaktif, sentiasa bersedia untuk berkursus dan menghadiri seminar tentang pelaksanaan program LINUS di sekolah. Guru yang lebih berpengetahuan dan luas pengalamannya dapat membantu murid dalam mencapai sasaran dalam program tersebut.Seterusnya, guru juga berperanan untuk merancang jadual waktu untuk murid LINUS tegar. Jadual ini dirancang supaya murid-murid LINUS tegar dapat dibantu dengan lebih sistematik. Di sekolah seharusnya ada guru pemulihan yang bertanggungjawab dalam mengurus murid-murid pemulihan. Sebagai agen perubahan, guru boleh mendapatkan kerjasama daripada guru pemulihan di sekolah untuk sama-sama membantu mengajar murid LINUS tegar.Selain itu, peranan guru kepada ibu bapa murid juga harus diambil kira. Guru boleh memberikan pendedahan kepada ibu bapa tentang kepentingan serta unsur-unsur penting dalam pelaksanaan program LINUS supaya ibu bapa jelas dengan perkembangan anak-anak mereka. Hal ini demikian kerana ibu bapa yang mempunyai pengetahuan tentang program seumpama ini akan sedaya upaya memberikan kerjasama untuk memperbaiki prestasi akademik anak-anak mereka.