51629210 cabaran profesionalisme keguruan

21
CABARAN – CABARAN UTAMA DALAM PROFESIONALISME KEGURUAN 1.0 PENGENALAN Perguruan adalah satu profesion yang bermatlamatkan pembentukan insan dan ihsan manusia yang sempurna agar manusia itu memahami tentang peranan dan tanggungjawab guru terhadap diri sendiri, masyarakat dan alam sekeliling yang mereka diami serta terhadap keesaan Yang Maha Pencipta. Dari segi konsep, profesionalisme didefinisikan sebagai kepakaran tinggi dalam pekerjaan seseorang. Profesionalisme meliputi beberapa nilai kerja seperti keberkesanan, produktiviti, kecekapan dan bertanggungjawab. Profesionalisme seseorang guru berkait rapat dengan mutu pendidikan dari beberapa segi contohnya sikap dan nilai guru dalam pengajaran yang akan mempengaruhi minat, sikap dan dan nilai pelajar. Mutu pendidikan dilihat menerusi keberkesanan dalam penggunaan sumber pengajaran secukupnya yang turut mempengaruhi minat, kefahaman, penyertaan serta pencapaian pelajar dalam pembelajaran. Ia juga berhubung dengan personaliti guru yang akan menentukan iklim pembelajaran pelajar. 1

Upload: parames-mes

Post on 12-Sep-2015

15 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

CABARAN CABARAN UTAMA DALAM PROFESIONALISME KEGURUAN

1.0 PENGENALAN

Perguruan adalah satu profesion yang bermatlamatkan pembentukan insan dan ihsan manusia yang sempurna agar manusia itu memahami tentang peranan dan tanggungjawab guru terhadap diri sendiri, masyarakat dan alam sekeliling yang mereka diami serta terhadap keesaan Yang Maha Pencipta. Dari segi konsep, profesionalisme didefinisikan sebagai kepakaran tinggi dalam pekerjaan seseorang. Profesionalisme meliputi beberapa nilai kerja seperti keberkesanan, produktiviti, kecekapan dan bertanggungjawab.Profesionalisme seseorang guru berkait rapat dengan mutu pendidikan dari beberapa segi contohnya sikap dan nilai guru dalam pengajaran yang akan mempengaruhi minat, sikap dan dan nilai pelajar. Mutu pendidikan dilihat menerusi keberkesanan dalam penggunaan sumber pengajaran secukupnya yang turut mempengaruhi minat, kefahaman, penyertaan serta pencapaian pelajar dalam pembelajaran. Ia juga berhubung dengan personaliti guru yang akan menentukan iklim pembelajaran pelajar.Sistem pendidikan negara Malaysia mengalami perubahan yang sangat pesat. Perkembangan pendidikan pada hari ini adalah berasaskan pencapaian tertentu. Ini dapat dilihat melalui pengurusannya yang bercorakkan budaya korporat dan pengurusan bisnes di mana ia mementingkan kawalan mutu menyeluruh dan pengurusannya pula adalah menuju ke arah mewujudkan keadaan tanpa cacat atau lebih dikenali sebagai zero defect.Antara faktor utama yang yang menentukan perubahan dalam sistem pendidikan hari ini ialah impak globalisasi dan usaha sama antarabangsa terutama sekali di bidang ekonomi dan politik. Globalisasi meninggalkan pelbagai kesan dalam kehidupan warga Malaysia secara langsung dan tidak langsung. Ini dapat dibuktikan apabila stail hidup, sistem nilai dan amalan hidup yang berubah dengan ketara. Antara yang dapat dilihat adalah ciri ciri individualisma yang semakin menular di mana kekayaan material sangat penting malah keutamaan tujuan hidup bermasyarakat adalah kejayaan hidup seseorang yang dilihat dari segi kekayaan yang diperolehi.

Dalam bidang pendidikan, impak globalisasi meninggalkan kesan kesan seperti berikut :

a) Pengajaran sains dan teknologi menjadi semakin penting

b) Perubahan merupakan prasyarat kemajuan

c) Inovasi dan kreativiti penting di peringkat pelaksanaan dan konsep pendidikan mahupun di peringkat output atau pengeluaran pendidikan

d) Kurikulum sekolah perlu mengambil kira perkembangan yang berlaku di persekitaran. Subjek subjek seperti kajian alam sekitar, sains dan politik, serta bahasa bahasa asing seperti Bahasa Inggeris, Jepun dan Perancis juga penting untuk diajar oleh pendidik.2.0 CABARAN CABARAN PROFESIONALISME KEGURUANMalaysia boleh berbangga kerana sistem pendidikan pada hari ini mempunyai falsafahnya sendiri. Tujuan utama adalah untuk menyediakan peluang peluang pendidikan kepada semua warga dan memupuk potensi setiap murid. Sistem pendidikan negara kita mempunyai matlamat dalam jangka masa pendek iaitu 5 tahun mahupun dalam jangka masa panjang iaitu untuk 20 tahun akan datang. Ini jelas termaktub dalam dokumen dokumen rasmi kerajaan seperti dalam Rancangan Malaysia Ketujuh. Namun begitu, pendidikan di Malaysia masih menghadapi banyak cabaran untuk dihadapi. Ini termasuklah :1. Cabaran penambahan bilangan murid murid terutama pelajar pelajar di institusi pendidikan

2.Pengekalan kualiti sistem pendidikan

3.Keperluan model atau mod mod baru dalam sistem mengajar dan belajar

4.Imej dan usaha gigih guru guru dan pengajar atau pendidik

5.Orientasi dan tujuan pendidikan yang dijalaniKesemua cabaran - cabaran ini diperincikan bagi memberi gambaran yang jelas kepada golongan yang terlibat dengan pendidikan khususnya sistem pendidikan di negara kita.2.1. Cabaran penambahan bilangan murid murid terutama pelajar pelajar di institusi pendidikan

Hal ini dapat dilihat melalui bilangan murid atau pelajar sudah pasti bertambah selari dengan pertabahan atau populasi negara. Dari segi demografi, tidak salah jika dikatakan bahawa masyarakat di Malaysia hari ini lebih cenderung digelar sebagai masyarakat muda. Lebih ramai penduduk terdiri daripada golongan muda daripada golongan tua, iaitu boleh dikatakan berumur 40 tahun ke atas.

Bilangan murid semakin besar jika kita menerima cadangan bahawa pendidikan pra sekolah harus diberi kepada semua warga tanpa mengira latar belakang keluarga dan tempat kediaman. Bilangan pelajar membesar lagi sekiranya mod atau saluran pendidikan secara jarak jauh, luar kampus atau program program kembar (francais) diambil kira. Berasaskan penekanan yang diberi oleh kerajaan bahawa masyarakat harus belajar seumur hidup serta menjadikan umur bukan kriteria penentu untuk seseorang itu terus belajar, maka isu kuantiti pendidikan menjadi semakin runcing. Pelbagai aspek harus diberi perhatian sewajarnya seperti ruang, alat alat dan tempat pendidikan.2.2Pengekalan kualiti sistem pendidikan

Cabaran kedua melibatkan usaha membaiki selisihan yang wujud dalam sistem pendidikan sama ada pada peringkat makro mahupun pada peringkat mikro. Selisihan makro mencakupi ketidakseimbangan pada peruntukan kewangan,infrastruktur dan guna tenaga pada peringkat negeri, daerah, jenis sekolah, peringkat pendidikan (rendah, menengah, tertiar) dan pada peringkat perancangan (bagi matlamat sosial dan ekonomi). Selisihan mikro pula merangkumi komponen lembut sistem pendidikan seperti kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini meliputi aspek peningkatan prestasi, nilai, sikap, motivasi terhadap pelajaran pada pelajar, terhadap pengajaran pada guru serta terhadap keberkesanan organisasi pada kakitangan pengurusan.

Kedua dua jenis selisihan ini perlu dihalusi martabatnya. Kajian dan analisis harus dijalankan bagi mengesan kelas dan tahap ketidakimbangan dalam sistem pendidikan agar langkah diimbangi semula dan alternatif dapat dirumuskan serta dilaksanakan sebaik mungkin.

Secara terperincinya, istilah kualiti atau mutu pendidikan tidak asing lagi bagi kita. Ia merangkumi standard atau taraf pembelajaran, keberkesanan pengajaran, kelicinan pengurusan, kepuasan kerja di kalangan guru guru dan murid murid, kesesuaian dan kebergunaan ilmu dan kemahiran yang diperolehi daripada sekolah dan institusi institusi pengajian tinggi, perasaan yakin diri untuk bertanding, perasaan banggakan negara, bangsa dan budaya, megahkan pencapaian negara termasuk pengiktirafan yang diperolehi oleh pemimpin pemimpin negara dan sebagainya. Pendek kata aspek kuantiti perlulah selari dengan pembangunan dari segi kualiti pendidikan.

2.3Keperluan model atau mod mod baru dalam sistem mengajar dan belajar

Sebuah negara yang maju adalah negara yang mempunyai sistem pendidikan yang boleh mengadaptasi dan merubah perjalanan sistem pengajaran dan pembelajarannya. Inovasi, reka cipta atau kreativiti bukan lagi merupakan istilah janggal dalam proses mengajar dan belajar.

Jangkaan hidup pada zaman moden, kepesatan perkembangan teknologi dan perkembangan ilmu dalam pelbagai bidang memerlukan formulasi falsafah, matlamat, objektif dan prosedur yang baru supaya kesemua ini dapat memperkukuhkan lagi apa yang sudah terasas. Merevolusasikan seluruh sistem pendidikan; bukan sebahagian kecil sahaja selepas sesuatu tempoh jangka masa panjang amat perlu bagi membasmi seluruh penyakit dan kelemahan yang wujud dan mencengkam sistem itu.

Pembaharuan perlu melibatkan komponen struktur, infrastruktur, agihan tenaga kerja, prosedur, proses dan penekanan agar dapat melahirkan satu sistem baru yang mampu bertahan dalam sesuatu tempoh jangka masa panjang yang akan datang. Keengganan membaharui atau kadangkala melihat keperluan bagi membuat pembaharuan merupakan satu sikap ortodoks yang merugikan.Pembaharuan penting supaya sistem menjadi relevan dan tidak lapuk, serta ketinggalan zaman. Inovasi juga adalah sinonim dengan globalisasi. Jika dianalisis secara rapi, semua aspek sistem pendidikan, semua aspek sistem pendidikan perlu dubah atau diinovasikan. Aspek aspek ini termasuklah sistem disiplin murid, kepimpinan guru besar, bahan alat mengajar, corak pengukuran dan penilaian serta cara pemikiran dan pemerhatian guru, murid dan pihak pengurusan. Perubahan paradigma dan mind set guru dan pihak pentadbir amatlah diperlukan kerana ia merupakan penggerak utama sesuatu idea baru dan inovasi tersebut. Guru guru dan pihak pentadbir/pengurus perlu bersikap lebih terbuka, bersedia mendengar dan berganding bahu untuk cuba keluar daripada amalan atau garis bertindak paradigma yang lama.Awal tahun 1997, Kementerian Pendidikan Malaysia (sekarang dikenali sebagai Kementerian Pelajaran Malaysia) telah mempopularkan konsep sekolah bestari atau smart school iaitu satu konsep persekolahan yang inovatif. Ini selari dengan perkembangan di negara negara maju yang lain. Namun begitu, konsep ini kekal tercatat di dalam dokumen dokumen rasmi jika ia tidak dioperasikan. Tanpa pelaksanaan dan perubahan amalan, ia tidak dapat memberi sebarang kesan positif serta tidak menimbulkan apa apa perubahan kepada sistem pendidikan di Malaysia.2.4Imej dan usaha gigih guru guru dan pengajar atau pendidik

Guru guru merupakan tonggak kejayaan murid murid dan para pensyarah di institusi institusi pengajian tinggi serta berpengaruh dalam melahirkan golongan intelektual dan profesional yang diperlukan oleh negara. Namun, status dan penghormatan masyarakat terhadap golongan pendidik tidak mencerminkan kepentingan peranan yang mereka mainkan. Ini dapat dilihat apabila guru dianggap berada di hirarki pekerjaan yang paling rendah, sedangkan pensyarah di institusi institusi pengajian tinggi pula, terutama bagi bidang bidang kritikal seperti bidang perubaan dan kejuruteraan, rata rata merasakan khidmat mereka tidak dinilai setimpal dengan penghargaan dan penilaian yang diberikan oleh pihak swasta. Faktor masa persekolahan harian merupakan faktor utama yang mendesak penglibatan murid murid dan guru. Penampalan superficial ke atas sebahagian kecil daripada sistem, misalnya kepada komponen lembut seperti kurikulum sahaja, tidak akan memberikan ganjaran yang diharapkan kerana sebahagian besar daripada sistem itu masih pada bentuk dan identiti yang lain.

Amalan persekolahan dua sesi, sesi pagi dan petang, yang telah berjalan sejak lebih daripada 25 tahun yang lalu, sememangnya memendekkan masa persekolahan harian. Akibatnya murid murid dan guru terlalu sedar akan kesuntukan masa belajar atau berinteraksi dalam bilik darjah dan sekolah. Keberatan masalah ini ditambah oleh skop bidang pelajaran yang luas. Fenomena kekangan masa dan sindrom exam oriented merupakan antara sebab utama kekakuan dalam pembelajaran murid murid dalam pengajaran guru serta dalam perancangan skop bidang pelajaran.Sindrom exam oriented menekan murid murid dalam proses pembelajaran kerana mereka belajar untuk mendapatkan kredit yang baik dalam peperiksaan. Akibatnya murid murid tidak mempunyai semangat belajar untuk menimba ilmu dan menjadi orang yang terdidik. Seterusnya, murid murid kurang motivasi, minat, dedikasi dan inovasi semasa mereka belajar di sekolah. Pelajaran dipelajari secara hafalan dan sikap positif dalam mencari ilmu seperti sikap suka membaca kian pupus mengikut masa di mana semakin lama mereka bersekolah semakin lemah keyakinan mereka terhadap matlamat pembelajaran dan persekolahan.Selain daripada ganjaran material, kepuasan dan motivasi kerja di kalangan guru juga tidak berada di tahap optimum atau maksimum. Ramai guru yang berasa kecewa dengan berleluasanya gejala sosial di kalangan remaja dan yang menyedihkan sebahagian daripada mereka masih berada di bangku sekolah lagi. Mereka lebih tertekan apabila masyarakat menudung jari dan mempersalahkan para guru yang silap memberi didikan formal kepada anak anak muda zaman sekarang. Sungguhpun begitu, para guru harus berfikir sejauh mana mereka akan terus kekal berkidmat cemerlang dan penuh iltizam serta dedikasi di bidang perguruan seandainya status dan imej mereka dipertingkatkan.2.5Orientasi dan objektif / tujuan pendidikan yang dijalani

Secara umumnya, masyarakat yang pesat membangun adalah masyarakat yang produktif dan cemerlang. Dalam proses pendidikan, produktiviti dan kecemerlangan ini diukur melalui mutu dan bilangan murid yang dihasilkan oleh sistem persekolahan. Ukuran ini hanyalah ukuran sementara dan kurang tepat. Ukuran terakhir sesuatu hasil pendidikan adalah perubahan dan pembentukan sahsiah, pesonaliti dan identiti individu.

Seperti yang diketahui umum, semua murid mempunyai potensi dan bakat keindividuan yang perlu digalak serta dipupuk Secara unggul. Hasil dari didikan di sekolah, murid murid menjadi individu yang bukan sahaja berkembang mindanya dan terasah kemahiran vokasinya, malahan turut yakin pada diri, tahu berfikir secara rasional melihat alam sekeliling secara positif dan optimis serta bangga dengan warisan yang dipusakai. Inilah ujian yang paling getir bagi sistem pendidikan di Malaysia. Dengan banyaknya gejala anti disiplin dalam tingkah laku, tindakan tidak bermoral, gejala punk, tidak bersopan santun dan sebagainya, matlamat pendidikan negara terus dipersoalkan. Cabaran ini menjadi penting untuk dihadapi kerana ia menyentuh isu tamadun dan jati diri atau maruah bangsa. Oleh itu, sistem pendidikan negara perlu dikaji semula selaras dengan perkembangan sosial dan ekonomi semasa. Antara isu yang sering dibangkitkan diringkaskan seperti berikut : Permintaan sosial yang tinggi terhadap sistem pendidikan negara

Fenomena pengangguran siswazah yang meruncing akibat kemelesetan ekonomi dunia dan negara

Perkembangan teknologi moden yang memerlukan tenaga kerja profesional dalam bidang teknologi tinggi, khususnya dalam bidang perindustrian

Aspirasi masyarakat untuk melahirkan siswa siswi generasi akan datang yang bukan sahaja berpengetahuan tetapi juga terdidik dalam soal soal estetika, moral, agama dan kemasyarakatan.3.0KESIMPULAN

Dalam era globalisasi, pembangunan sistem pendidikan bergantung kepada pembangunan barisan pengurusnya. Mereka inilah yang bertanggungjawab menggubal, melaksana, merubah dan mengubahsuai dasar pendidikan. Pentadbir yang memahami sepenuhnya matlamat wawasan negara, bersikap proaktif dan terbuka sahaja yang boleh menentukan sistem pendidikan ini tidak ketinggalan zaman. Strategi strategi utama termasuklah menstrukturkan semula sistem pengurusan di semua tahap kerja, memupuk budaya kerja moden, memperbanyakkan program latihan dan meluaskan kajian di bidang yang berkenaan.

Dalam hal ini, peranan dan keberkesanan pendidikan adalah persoalan utama di kalangan ibu bapa dan masyarakat. Oleh kerana terdapat pertalian antara pembangunan baik dari sektor ekonomi, politik dan sosial dengan institusi pendidikan, maka tumpuan diberi terhadap usaha usaha untuk menilai semula, mengadaptasi dan menginovasi sistem serta proses pendidikan. Tujuan utama usaha usaha ini ialah untuk menentukan agar sistem pendidikan itu relevan dengan kehendak semasa, bekesan dan licin, cemerlang serta berupaya menimbulkan pembaharuan. Langkah langkah untuk menangani yang diterapkan pula menentukan inovasi dan adaptasi dalam gaya pengurusan, pendekatan pengajaran serta penilaian sistem pendidikan.

Justeru itu, sistem pendidikan negara memikul satu tanggungjawab yang amat berat, iaitu membangunkan dan memajukan masyarakat dalam pelbagai bidang kehidupan bersesuaian dengan peredaran zaman dan perkembangan ilmu. Untuk itu, pelaburan dalam bidang pendidikan perlu mengambil prioriti paling utama walaupun kadar pulangan hasil jangka pendeknya tidak jelas. Perancangan dan penilaian kolektif harus dipergiatkan bagi memperkemas dan mempertingkat keberkesanan fungsi setiap komponen dalam sistem pendidikan negara.

4.0RUJUKAN

Mok Soon Sang. 2003. Ilmu Pendidikan Untuk KPLI Sekolah Rendah (Komponen 1 & 2). Subang Jaya, Selangor : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.Mok Soon Sang. 2003. Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Komponen 3). Subang Jaya, Selangor : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.Mohd. Saleh Lebar. 1988. Perubahan dan Kemajuan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Nurin Enterprise.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 1979. Laporan Kabinet Mengkaji Semula Pelaksanaan Dasar Pelajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Penyata Jawatan-Kuasa Pelajaran. 1956. Kuala Lumpur : Caxton Press Ltd.Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin. 1991. Reformasi Pendidikan dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah : Isu dan Cabaran. Dalam Idris Jauzi (Ed.) Reformasi Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Nurin Enterprise.

Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin. 1993. Wawasan Pendidikan Agenda Pengisian. Kuala Lumpur : Nurin Enterprise.

Abd. Rahim Selamat. 2000. Pengurusan Sekolah Bestari. Johor Bahru : Badan Cemerlang Sdn Bhd.

Cooper, P. 1995. Communication for the Classroom Teacher. Arizona : Gorsuc Scarisbrick.

Chang, R.Y. & Kelly, P.K. 1993. Step By Step Problem Solving. London : Kogan Page

PAGE 15