artikel m te 3112

9
MASALAH-MASALAH PEMBELAJARAN MURID KEPERLUAN KHAS DALAM MATEMATIK Seseorang yang bermasalah pembelaaran bukan bererti dia tidak mampu belajar. Adalah satu tanggapan yang silap apabila kita katakana kanak-kanak ini tidak boleh belajar dan tidak dapat belajar. Mereka boleh belajar dan bijak seperti orang lain, Cuma cara belajar mereka mungkin berbeza. Mereka mempunyai cara belajar dengan cara mereka tersendiri. Setiap kanak-kanak belajar dengan cara yang berbeza. Begitu juga dengan kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran. Walaupun dikumpul semua kanak-kanak bermasalah pembelajaran, mereka masih tidak sama antara satu sama lain. Di antara jenis-jenis masalah pembelajaran ialah diskalkulia dan disleksia. Perkataan diskalkulia bermakna kesulitan pengiraan dalam kemahiran-kemahiran yang tertentu dalam matematik. Hal ini disebabkan mereka mengalami masalah dalam kemahiran mengira. Kemahiran mengira adalah asas dalam konteks matematik. Sebelum murid pendidikan khas mengaplikasikan matematik dalam kehidupannya mereka haruslah mahir dalam pembelajaran matematik. Mereka haruslah menguasai operasi tambah, tolak, darab dan bahagi supaya dapat menerapkan konsepnya dalam kehidupan. Masalah diskalkulia ini menyebabkan murid-murid pemulihan mengalami kesukaran dalam menguasai kemahiran operasi asas matematik. Ia menyebabkan murid-murid tidak dapat menghitung dengan betul apa-apa jua benda yang diberikan. Dalam kehidupan seharian pula, dia tidak dapat membeli sesuatu benda dalam kuantiti yang betul. Kelemahannya akan menjadi kekuatan kepada orang lain. Hal ini menyebabkan mereka mudah ditipu oleh orang lain. Selain itu, masalah ini juga mengakibatkan murid tersebut tidak dapat mengira wang dengan betul. Mereka tidak menghargai nilai wang dan menggunakannya secara sewenang-wenangnya.

Upload: faridah

Post on 16-Nov-2015

26 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

artikel matematik

TRANSCRIPT

MASALAH-MASALAH PEMBELAJARAN MURID KEPERLUAN KHAS DALAM MATEMATIK

Seseorang yang bermasalah pembelaaran bukan bererti dia tidak mampu belajar. Adalah satu tanggapan yang silap apabila kita katakana kanak-kanak ini tidak boleh belajar dan tidak dapat belajar. Mereka boleh belajar dan bijak seperti orang lain, Cuma cara belajar mereka mungkin berbeza. Mereka mempunyai cara belajar dengan cara mereka tersendiri. Setiap kanak-kanak belajar dengan cara yang berbeza. Begitu juga dengan kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran. Walaupun dikumpul semua kanak-kanak bermasalah pembelajaran, mereka masih tidak sama antara satu sama lain. Di antara jenis-jenis masalah pembelajaran ialah diskalkulia dan disleksia. Perkataan diskalkulia bermakna kesulitan pengiraan dalam kemahiran-kemahiran yang tertentu dalam matematik. Hal ini disebabkan mereka mengalami masalah dalam kemahiran mengira. Kemahiran mengira adalah asas dalam konteks matematik. Sebelum murid pendidikan khas mengaplikasikan matematik dalam kehidupannya mereka haruslah mahir dalam pembelajaran matematik. Mereka haruslah menguasai operasi tambah, tolak, darab dan bahagi supaya dapat menerapkan konsepnya dalam kehidupan.Masalah diskalkulia ini menyebabkan murid-murid pemulihan mengalami kesukaran dalam menguasai kemahiran operasi asas matematik. Ia menyebabkan murid-murid tidak dapat menghitung dengan betul apa-apa jua benda yang diberikan. Dalam kehidupan seharian pula, dia tidak dapat membeli sesuatu benda dalam kuantiti yang betul. Kelemahannya akan menjadi kekuatan kepada orang lain. Hal ini menyebabkan mereka mudah ditipu oleh orang lain. Selain itu, masalah ini juga mengakibatkan murid tersebut tidak dapat mengira wang dengan betul. Mereka tidak menghargai nilai wang dan menggunakannya secara sewenang-wenangnya.Masalah yang seterusnya adalah murid pemulihan masih lagi tidak menguasai kemahiran pranombor. Konsep pranombor yang perlu diajarkan kepada murid-murid pemulihan melibatkan konsep-konsep asas terhadap mengenal dan memahami warna, saiz dan bentuk sesuatu objek. Murid-murid yang mengalami kesukaran pada konsep pranombor tidak dapat membezakan warna saiz sesuatu gambar dan juga suaikan bentuk yang sama. Di samping itu, pemulihan juga sukar untuk mengenali nombor asas 0-9 dan mudah lupa nombor-nombor tersebut. Manakala, aktiviti pengelasan adalah proses penting untuk membentuk konsep nombor. Proses pengelasan perlu melalui beberapa tahap iaitu memilih dan membanding, mengumpul, memilih semula, mengasingkan kumpulandan memilih objek berdasarkan fungsi dan kegunaan. Malah, murid pemulihan ada yang masih lagi tidak dapat menguasai aspek-aspek tersebut.Masalah tersebut menyebabkan murid pemulihan tidak dapat mengkelaskan sesuatu benda mengikut warna, sais dan bentuk dalam kehidupan sehariannya. Mereka juga tidak dapat mengukur, menyukat dan menimbang barang-barang yang dibeli. Impaknya ia boleh menjejaskan masa depan murid pemulihan. Mereka tidak dapat melibatkan diri dalam bidang yang sesuai. Seperti mana yang kita bincangkan di atas, pada masa kini kebanyakan bidangmemerlukan penngetahuan matematik asas. Tanpa pengetahuan matematik mereka sukar melibatkan diri dalam sesuatu bidang. Ia akan menggelapkan masa depan murid pemulihan. Bak kata pepatah masa itu emas menyatakan bahawa semasa mempunyai nilai yang berharga dan kita haruslah menjaga masa dengan baik. Malah, murid pemulihan pula mengalami masalah untuk menentukan waktu atau masa juga. Mereka tidak dapat menentukan masa dengan betul berdasarkan jam, minit dan saat.Lantaran itu, factor dalaman juga mempengaruhi kesukaran menguasai subjek matematik. Murid pemulihan mengalami masalah dari segi fizikal iaitu cacat pendengaran, masalah pengamatan, ketidakselarasan antara mata dan tangan. Kesannya adalah murid pemulihan sukar untuk mempelajari, memahami dan pengadaptasikan pengetahuan matematik yang telah dipelajari di dalam kehidupan seharian. Di samping itu, murid-murid ini juga mengalami kesukaran untuk mengawal koordinasi motor halus dan kemhiran persepsi pengihatan kerana agak lemah untuk mengawal secara total pergerakan mata serta refleksi otat-otat yang terlibat semasa menulis seperti otot lengan, tangan dan jari. Murid yang mengalami masalah pengamatan juga tidak boleh mengesan jarak antara nombor, menulis nombor di atas garisan dan terbalik. Selain daripada itu, factor luaran juga mempengaruhi masalah pembelajaran dalam matematik. Terdapat segelintir guru yang tidak dapat menyampaikan makumat yang berkaitan dengan matematik dengan sempurna dan tersusun. Sekiranya guru yang mengajar tidak dapat memberikan pengalaman yang cukup dengan menggunakan alat-alat yang dapat memberikan kefahaman yang lebih, maka sudah tentu konsep matematik abstrak agal sukar untk dikuasai dan sukar untk menarik minat pelajar. Hal ini menyebabkan murid pemulihan hilang minat dalam subjek matematik kerana menganggap topic-topik matematk amat sukar untuk dikuasai. Selain itu, persekitaran bilik darjah yang tidak kondusif iaitu jarak di antara papan hitam dan kedudukan murid kdang kala tidak diambil kira oelh guru ketika proses pengajaran dan pembelajaran di jalankan. Oleh itu, setiap masalah boleh ditanggani melalui dengan menggunakan beberapa pendekatan, strategi dan kaedah yang sesuai. Guru-guru, ibubapa dan juga pihak sekolah perlu menitikberatkan masalah-masalah yang dihadapi oleh murid ini dalam matapelajaran matematik supaya dapat dipulihkan dengan segera tanpa ia menjadi lebih serius.Guru pemulihan khas memainkan peranan penting untuk menyampaikan ilmu matematik kepada murid pemulihan. Guru juga perlu membimbing murid pemulihan untuk cara untuk mengaplikasikan matematik dalam kehidupan sehariannya. Antara masalah yng dihadapi oleh murid tersebut adalah tidak dapat menentukan masa dan waktu, sukar untuk menimbang dan mneyukat barang serta dengan masalah mengira wang. Pertam sekali, langkah yang boleh guru laksanakan untuk mengajar menetukan masa dan waktu kepada murid pemulihan khas adalah melalui penggunaan model jam. Guru boleh boleh menggunakan model jam untuk mengukuhkan konsep jam supaya murid dapat mempraktikkan kemahiran yang baru belajar pada alat maujud. Guru boleh membekalkan murid model jam dan minta murid memutarkan jarumnya mengikut saat, minit dan jam yang dinyatakan oleh guru. Justeru, urid boleh mengaplikasikan ilmu tersebut sewaktu berada di rumah. Manakala untuk mengajar waktu pula guru boleh mengadakan aktiviti kumpulan. Salah satu cadangan ialah murid dibahagikan kepada kumpulan kecil. Murid diminta bertanya rakan-rakan dalam kumpulan baharu tentang bulan kelahiran mereka dan mencatatnya pada sekeping kertas yang disediakan. Semua murid kembali ke kumpulan asal dan membentangkan hasil dapatan masing-masing. Seterusnya,, guru akan membekalkan setiap kumpulan satu calendar lengkap dari bulan Januari hingga Disember. Murid perlu mencatatkan bulan-bulan tersebut pada calendar. Akhirnya, murid diminta menyebut dan mengeja nama setiap bulan secara berulang kali. Di samping itu, guru juga boleh mengajar murid lagu yang mempunyai tentang bulan-bulan supaya mereka boleh mengingati dengan lebih mudah. Aktiviti sebegini dipilih bagi membolehkan murid meneroka sendiri nama-nama bulan yang ada supaya mereka boleh mengingatnya dengan lebih baik. Manakala menghafal bulan dengan cara menyanyi dapat menarik minat murid dan membantu mengingatinya dengan lebih berkesan.Seterusnya, masalah murid pemulihan khas dalam mengenal konsep wang dan cara mengaplikasinya dalam kehidupan seharian. Walaupun kanak-kanak telah mengenal konsep wang sejak kecil, bagi murid tersebut mereka merasa sukar menguasai topic wang. Menurut Borich dan Tambori (1997), kontruktivisme adalah pendekatan pembelajaran yang menyediakan peluang kepada murid untuk membina kefahaman terhadap perkara yang dipelajari dengan mewujudkan jaringan atau hubungan dalam minda antara idea dan fakta yang sedang dipelajari. Salah satu aktiviti yang dicadangkan adalah teknik simulasi. Simulasi bermaksud teknik yang melibatkan murid memainkan peranan seolah-olah berada dalam keadaan sebenar. Percubaan untuk menyamakan keadaan sebenar dapat dilaksanakan supaya murid dapat menguasai konsep yang diajar serta berupaya untuk memindahkannya ke situasi sebenar. Simulasi boleh dilaksanakan dalam bentuk permainan, pemasalahan, berbentuk persaingan atau koperatif. Sebagai contohnya, guru boleh mewujudkan situasi jual beli didalam kelas. Guru akan menjadi sebagai peniaga manakala murid akan menjadi pembeli. Guru akan melaksanakan urusan jual beli bersama murid dengan menggunakan wang dan duit syiling. Pada pendapat saya, simulasi ini akan menjadi pengalaman yang baik kepada murid pemulihan supaya mereka boleh menerapkan dalam kehidupan sehariannya. Mereka akan tahu cara menggunakan duit dalam urusan jual beli. Di samping itu, guru juga boleh menyelitkan nilai murni seperti amalan jimat cermat. Melalui ini, murid-murid akan mendapat satu pendedahan bahawa wang memainkan perana yang penting dalam kehidupan. Selain itu, pada peringkat awal murid biasanya mempunyai konsep yang kurang mantap tentang ukuran dan sukatan. Misalnya, ramai murid masih tidak sedar tentang keabadian ukuran dan sukatan. Mereka juga mungkin menghadapi kesukaran mengamati keabadian dalam isipadu dan cecair. Contohnya isipadu cecair akan berubah apabila cecair itu dituangkan ke dalam bekas berlainan bentuk dan saiz. Kesilapan ini dapat diatasi apabila kebolehan kognitif murid semakin berkembang di samping melalui pengalaman yang berkaitan. Kesedaran guru terhadap masalah murid dalam keabadian ukuran dan sukatan tentulah akan dapat membantu guru dalam perancangan dnaa pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru seharusnya merujuk kepada teori Jean Piaget untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang pengamatan kanak-kanak dalam ukuran dan sukatan. Pembelajaran dan sukatan boleh menjadi satu pengalaman yang menarik jika seorang guru dapat:

Memberi peluang kepada murid menganggarkan sesuatu kuantiti fizikal sebelum aktiviti mengukur. Merancang aktiviti yang membolehkan murid merekod hasil ukuran dan sukatan dengan membina jadual secara individu, kumpulan atau kelas. Memberi pengalaman kepada murid dalam penyelesaian masalah supaya dapat menggunakan kemahiran mengukur dan menyukat dalam situasi kehidupan seharian.

Anggaran harus diberi penekanan semasa menjalankan aktiviti mengukur dan menyukat. Murid digalakkan menganggar suatu ukuran dan sukatan, kemudian membandingkannya dengan ukuran yang sebenar. Melalui penganggaran dan penyemakan dengan ukuran sebenar, murid dapat memahami dengan jelas tentang apa yang diukur dan unit digunakan. Guru hendaklah memberi penekana pengalaman yang boleh membantu murid mengembangkan kefahaman tentang ukuran dan sukatan. Seperti beberapa perbendaharaan kata yang berkaitan dengan ukuran dan sukatan seperti berat-ringan, banyak-sedikit dan sebagainya harus diperkenalkan sebagai pembendaharaan pra ukuran dan sukatan. Ukuran dan sukatan memberi peluang kepada guru melibatkan murid dalam pelbagai aktiviti. Kebanyakan pengajaran dan pembelajaran tentang ukuran dan sukatan haruslah berpusat kepada aktiviti murid. Aktiviti yanag boleh dijalankan termasuklah menyukat isipadu cecair. Contoh, rutin ialah seorang penjual susu mempunyai bekas yang boleh menyukat 3 liter dan 5 liter cecair. Bagaimanakah dia hendak menyukat sebanyak 7 liter dengan tepat?.Dalam aspek menguasai kemahiran pra nombor iaitu untuk membolehkan murid ini dapat membilang angka berdasarkan objek, guru haruslah merancang strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan demi membantunya. Misalnya, bagi memudahkan murid pemulihan khas memahami konsep membilang angka berdasarkan objek guru boleh menggunakan bahan konkrit. Sebagai contohnya, guru boleh menyuruh murid untuk membilang ada berapa batang pensil. Dengan ini, murid itu dapat memahami cara membilang dengan menggunakan obejk secara mudah sahaja. Di samping itu, disebabkan ada murid yang mengalami kelemahan dalam melengkapkan nombor secara menaik maka, guru seharusnya mengutamakan aktiviti yang sesuai supaya mereka dapat menguasai untuk melengkapkan nombor secara menaik.Oleh itu, guru juga boleh melaksanakan aktiviti permainan matematik yang melibatkan penggunaan nombor dalam konsep menaik dan menurun. Misalnya, permainan snake dan ladder. Melalui cara bermain, murid akan dapat mengetahui bagaimana hendak menggerakkan token mainan mengikut dadu, mereka dapat belajar konsep menaik dan menurun secara tidak langsung. Dari segi pengamatan pendegaran pula, bagi memastikan murid pemulihan khas dapat mengenal arah kiri dan kanan. Aktiviti Shoulder Game boleh dilakukan di mana minta murid memegang bahu rakannya dan memberi arahan untuk bergerak dari kiri ataupun kanan. Selain daripada itu, guru juga boleh mengaplikasikan kaedah Polya dalam mengatasi masalah matematik dalam kalangan murid pemulihan. Menurut model Polya, penyelesaian masalah boleh dilaksanakan melalui empat peringkat iaitu memahami dan mentafsir sesuatu masalah dalam matematik. Seterusnya, merancang strategi penyelesaian seperti membuat simulasi, melukis gambar rajah, mengenalpasti pola dan cuba jaya. Setelah merancang strategi penyelesaian guru boleh melaksanakan strategi tersebut dan akhirnya menyemak semula penyelesaian tersebut untuk menentukan sama ada jawapannya munasabah atau tidak. Kaedah ini sangat sesuai diaplikasikan bagi menyelesaikan masalah dalam operasi asas matematik. Ia juga membantu murid untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dialami dalam kehidupan sehariannya bukan sahaja untuk operasi matematik.Strategi yang seterusnya adalah kaedah Newman. Kaedah ini boleh dimanafaatkan untuk mengenalpasti punca kesilapan dan kesalahan murid-murid khususnya dalam penyelesaian masalah (Newman,1977). Ujian rujukan kritiria hendaklah diberi keutamaan dan dilakukan secara formatif. Model berasaskan teori Newman (1977) mendefinisikan lima kemahiran membaca spesifik bagi penyelesaian masalah matematik iaitu membaca (decoding), pemahaman, transformasi, kemahiran proses dan ancoding. Langkah pelaksanaan ini terhadap murid adalah pertama sekali guru perlu bercakap kepada murid dengan mesra, ringkas bagi keselesaan kepadanya. Jelaskan tujuan guru bercakap dengannya adalah untuk membantunya dalam matematik. Selepas itu, beritahu murid yang guru mahukannya buat untuk membuat beberapa masalah matematik terdahulu sekali lagi. Guru sediakan murid dengan kertas soalan dan kertas jawapan yang baru dan minta dia menjawab semula soalan terdahulu yang pernah dibuatnya tetapi jawapan salah. Setelah sudah menjawab, Tanya murid beberapa atau semua soalan atau arahan Newman yang bersesuaian. Guru perlu mengelakkan membantu dalam apa-apa peringkat tetapi buat catatan ringkas tentang jawapan murid yang sangat reaveling. Akhirnya, tentukan mengikut klasifikasi ralat Newman iaitu guru dapat mencari dimana murid tidak dapat membuat latihan pada peringkat awal ujian. Kesimpulannya ibubapa dan pihak sekolah juga memainkan peranan yang dalam menangani masalah murid dalam subjek matematik. Sokongan ibubapa amat dialu-alukan untuk mengambil bahagian sepenuhnya bagi membantu kanak-kanak permasalahan pembelajaran. Ahli keluarga mestilah sentiasa merujuk kepada guru kelasnya untuk mengikuti perkembangan anak di sekolah dan ibubapa perlulah mengajar anak-anaknya dengan memberi pendedahan tentang pengiraan matematik melalui permainan. Ibubapa juga haruslah memberi peluang kepada mereka untuk berhadapan dengan pengiraan dan penghitungan dalam aktiviti seharian. Seterusnya, guru-guru juga perlu mengamalkan cara mengajar yang lebih bersistematik. Guru perlu mula mengajar daripada konkrit, pictorial dan akhirnya kepada symbol atau abstrak. Guru patutlah menggunakan strategi yang perbagai dan sumber bahan yang bersesuaian untuk meningkatkan tahap kefahaman dan pencapaian murid. Pihak sekolah juga hendaklah mengambil berat terhadap murid-murid pemulihan khas yang menghadapi masalah pembelajaran matematik. Pihak sekolah boleh menyarankan aktiviti-aktiviti atau program yang boleh meningkatkan keupayaan murid dalam matematik. Elakkan menyisihkan murid-murid tersebut daripada kalangan murid yang berkelas perdana. Strategi-strategi yang telah disarankan memang memberi kesan yang baik jika ia diaplikasikan secara berterusan dan dengan cara yang betul.