assigment pim 3112 ( dakwah)

34
Pengenalan Dakwah merupakan istilah yang khusus dalam islam. Ia merupakan satu kewajipan yang dipertanggungjawabkan ke atas setiap muslim yang mempunyai kemampuan, dalam sebarang bentuk dan dalam setiap kesempatan. Dakwah merupakan tugas para Rasul dan perintah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW yang merupakan juru dakwah pertama semenjak agama Islam diturunkan. Banyak perintah Allah yang ditujukan kepada Rasullullah supaya melaksanakan tugas tersebut secara kesinabungan, seperti Firman Allah yang bermaksud:“Dan serulah ia kepada tuhan engkau, sesungguhnya engkau di atas petunjuk yang luirus” (Al-Haj; 67) Walaupun banyak ayat-ayat dalam Al-Quran menyuruh Nabi Muhammad SAW supaya berdakwah, tetapi ayat tersebut juga ditujukan untuk seluruh manusia muslim dan hanya dikecualikan bagi mereka yang dikecualikan oleh syara’. Dakwah merupakan perlaksanaan terhadap perintah Allah, iaitu menyeru manusia ke arah ajaran Islam yang meliputi persolan teologi, syariah, akhlak, dan institusi. Dakwah merupakan satu usaha untuk mengajar kebenaran kepada mereka yang lalai, membawa berita baik tentang nikmat dunia dan nikmat syurga, memberi amaran tentang balasan neraka di akhirat dan kesengsaraannya. Melaksakan tugas dakwah merupakan puncak kebaikan dan kebahagiaan sepertimana Firman Allah yang bermaksud:“Siapakah yang lebih baik pertuturannya daripada mereka yang menggunakannya untuk menyeru manusia ke jalan Allah” (Fusilat 41; 33) Definisi dakwah Pengertian dakwah dari segi bahasa ialah berasal dari kata Arab seperti da’a, yad’u, da’watan yang membawa maksud menyeru, memanggil, mengajak, menjamu, memandu dan menjemput. Manakala

Upload: masitah71

Post on 23-Dec-2015

73 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Assigment PIM 3112 ( Dakwah)

Pengenalan

Dakwah merupakan istilah yang khusus dalam islam. Ia merupakan satu kewajipan

yang dipertanggungjawabkan ke atas setiap muslim yang mempunyai kemampuan,

dalam sebarang bentuk dan dalam setiap kesempatan. Dakwah merupakan tugas para

Rasul dan perintah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW yang merupakan

juru dakwah pertama semenjak agama Islam diturunkan. Banyak perintah Allah yang

ditujukan kepada Rasullullah supaya melaksanakan tugas tersebut secara

kesinabungan, seperti Firman Allah yang bermaksud:“Dan serulah ia kepada tuhan

engkau, sesungguhnya engkau di atas petunjuk yang luirus” (Al-Haj; 67)

Walaupun banyak ayat-ayat dalam Al-Quran menyuruh Nabi Muhammad SAW supaya

berdakwah, tetapi ayat tersebut juga ditujukan untuk seluruh manusia muslim dan

hanya dikecualikan bagi mereka yang dikecualikan oleh syara’.

Dakwah merupakan perlaksanaan terhadap perintah Allah, iaitu menyeru manusia ke

arah ajaran Islam yang meliputi persolan teologi, syariah, akhlak, dan institusi. Dakwah

merupakan satu usaha untuk mengajar kebenaran kepada mereka yang lalai,

membawa berita baik tentang nikmat dunia dan nikmat syurga, memberi amaran

tentang balasan neraka di akhirat dan kesengsaraannya. Melaksakan tugas dakwah

merupakan puncak kebaikan dan kebahagiaan sepertimana Firman Allah yang

bermaksud:“Siapakah yang lebih baik pertuturannya daripada mereka yang

menggunakannya untuk menyeru manusia ke jalan Allah” (Fusilat 41; 33)

Definisi dakwah

Pengertian dakwah dari segi bahasa ialah berasal dari kata Arab seperti da’a, yad’u,

da’watan yang membawa maksud menyeru, memanggil, mengajak, menjamu,

memandu dan menjemput. Manakala maksud dakwah dari segi istilah pula ialah

mendorong manusia agar berbuat kebajikan dan petunjuk. Menyuruh mereka berbuat

yang ma`ruf dan mencegah mereka daripada melakukan perbuatan mungkar, agar

mereka mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Dalam erti kata yang lain pula,

dakwah adalah mengajak umat manusia dengan hikmah dan kebijaksanaan untuk

mengikuti petunjuk Allah dan Rasul-Nya.

Page 2: Assigment PIM 3112 ( Dakwah)

Menurut Jum’ah Amin Abdul Aziz mengatakan bahawa dakwah Islamiah adalah risalah

terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW sebagai wahyu dari Allah

dalam bentuk kitab yang tidak ada kebatilan di dalamnya, baik di depan atau

dibelakangnya, dengan kalam-Nya yang bernilai mukjizat dan yang ditulis di dalam

mushaf yang diriwayatkan dari Nabi Muhammad SAW dengan sanad yang mutawatir,

bagi yang membacanya dinilai sebagai ibadah.

Dr. Ra’uf Shalabi menjelaskan bahawa dakwah Islamiah itu adalah gerakan membawa

atau mengubah masyarakat daripada keadaan kekufuran kepada keadaan keimanan,

daripada keadaan kegelapan kepada keadaan cahaya dan daripada keadaan sempit

kepada keadaan lapang, di dunia dan di akhirat.

Ali Abdul Halim Mahmud pula mengatakan bahawa Dakwah ilallah bermaksud kita

berdakwah agar manusia beriman kepada Allah, risalah yang dibawa para nabi dan

rasul, taat pada apa-apa yang diperintahkan, berhenti total dari semua yang dilarang

dan membenarkan seluruh perkataan utusan Allah tersebut. Arti berdakwah adalah

mengajak kepada din Islam, penutup seluruh Kalamullah, serta agama yang paling

sempurna dan syamil (komprehensif). Islam adalah agama yang telah Allah jamin

penjagaannya, sedangkan agama-agama selain Islam diserahkan kepada para

pemeluknya. Oleh kerana itu, hanya Islamlah yang akan tegak tanpa perubahan dan

cacat.

Berdasarkan beberapa definisi yang telah diberikan di atas ini, maka kita dapat

menyimpulkan bahawa dakwah itu adalah satu usaha mengajak manusia beriman

kepada Allah dengan membenarkan segala apa yang telah dibawa oleh Rasulullah

SAW. Dakwah juga mengajak manusia mencontohi akhlak yang telah ditunjuk dan

diajarkan oleh Rasulullah SAW. Dakwah dapat ditinjau dari dua sudut yang berbeza

seperti :

1. Maksud dakwah secara umum, ialah sutu ilmu pengetahuan yang berisi kaedah-

kaedah dan tuntunan-tuntunan bagaimana cara sebaiknya untuk pendakwah itu

menarik perhatian atau minat seseorang untuk menganut, menyetujui dan

melaksanakan suatu ideologi tertentu.

Page 3: Assigment PIM 3112 ( Dakwah)

1. Dakwah menurut Islam pula ialah mengajak seseorang dengan penuh

kebijaksanaan ke arah jalan yang benar sesuai dengan perintah Allah untuk

kemaslahatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.

Allah mengajak hamba-Nya untuk melakukan sesuatu yang membolehkan mereka

masuk ke syurga, seperti berpegang teguh kepada ajaran Islam. Dengan agama inilah,

Allah mengutuskan para rasul untuk menyeru sekelian umat manusia ke jalan yang

diredhoi Allah dan meninggalkan segela perkara yang dilarang oleh-Nya. Beruntunglah

bagi sesiapa yang membenarkan seruan tersebut. Firman Allah yang berbunyi :

“Dan sesiapa Yang menjadikan Allah dan RasulNya serta orang-orang Yang beriman

itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana Sesungguhnya golongan (yang

berpegang kepada ugama) Allah, itulah Yang tetap menang.” (Al-Maidah : 56)

Hukum dan Dalil-dalil Kewajipan Berdakwah

Antara tuntutan agama yang mesti dilaksanakan oleh setiap orang Islam ialah dakwah. Tuntutan ini disebabkan kerana dakwah itu merupakan satu keperluan bagi manusia seluruhnya. Tuntutan dan keperluan ini bukan semata-mata atas kepentingan akhirat, tetapi juga atas kepentingan hidup di dunia ni. Terdapat pelbagai dalil al-Quran mengenai kewajipan berdakwah antaranya ialah :

 1. Firman Allah s.w.t yang bermaksud : " Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik, dan berbincanglah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesunguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk" (surah al-Nahl : 125)

2. Firman Allah s.w.t yang bermaksud : " Bagi tiap-tiap umat telah Kami tetapkan syariat tertentu yang mereka lakukan, maka janganlah sekali-kali mereka membantah engkau dalam urusan (syariat) ini dan serulah kepada (agama) Tuhanmu. Sesungguhnya kamu mudah-mudahan berada pada jalan yang lurus." (Surah al-Hajj : 67).

3. Firman Allah swt yang bermaksud : "Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata : Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri." (Surah Fussilat : 33)

4. Firman Allah swt yang bermaksud : "Dan orang-orang yang telah Kami berikan kitab kepada mereka bergembira dengan kitab yang diturunkan kepadamu, dan di antara golongan-golongan yang bersekutu ada yang mengingkari sebahagiannya. Katakanlah, sesungguhnya aku hanya diperintah untuk menyembah Allah dan tidak

Page 4: Assigment PIM 3112 ( Dakwah)

mempersekutukan sesuatu pun dengan Dia. Hanya kepadaNya aku menyeru (manusia) dan hanya kepadaNya aku kembali." (Surah ar-Ra'd : 36)

5. Hadith Rasulullah saw yang bermaksud : "Agama itu adalah nasihat, para sahabat bertanya : Untuk siapa? Baginda menjawab : Untuk Allah, Kitabnya, Rasulnya dan untuk pemimpin-pemimpin kaum muslimin dan seluruh pengikutnya."

Berdasarkan hadith dan ayat-ayat di atas, agama Islam adalah merupakan nasihat yang disampaikan sesama manusia kerana allah swt. Setelah diteliti segala hujah yang dikemukakan, dapatlah difahami bahawa dakwah itu satu tuntutan yang amat besar. Ia ada hubung kait yang rapat dengan matlamat dijadikan manusia. Kalaulah matlamat dijadikan manusia adalah untuk beribadat atau menghambakan diri kepada Allah, maka dakwah merupakan saluran untuk memperjelaskan matlamat tersebut kepada sasaran. Atas alasan ini dakwah Islamiyyah merupakan pokok dalam kehidupan orang Islam. Kewajipan berdakwah adalah menurut keupayaan dan kemampuan individu dan gerakan dakwah menjadi tanggungjawab semua serta mestilah mendapat kerjasama semua pihak dan tidak ada yang berlepas tangan. Selain itu dakwah mestilah diusahakan secara berterusan, kalau tidak kemurkaan Allah akan menimpa kita semua.

Dengan itu kwajipan berdakwah bukan setakat fardhu ain atau fardhu kifayah, malah lebih daripada itu. As-Sayyid Naufal menjelaskan bahawa baginya tidak ada halangan untuk dikatakan bahawa hukum dakwah itu kedua-dua sekali fardhu ain dan fardhu kifayah. Dakwah itu fardhu ain kerana setiap orang Islam diwajibkan menjelaskan dan mengemukakan kepada orang yang masih jahil tentang pengajaran asas dalam Islam yang menjadi fardhu ain kepada setiap orang Islam. Kerana orang yang jahil tentang Islam ada di mana-mana. Di samping itu, ia juga menjadi fardhu kifayah kerana keperluan menyediakan golongan tertentu di kalangan orang Islam untuk lebih dipertanggungjawabkan ke atas mereka dalam urusan dakwah.

Muhammad Abu Zahrah mengemukakan pendapat yang sama. Beliau membuat kesimpulan bahawa apabila melihat kepada usaha dan tenaga yang telah dicurahkan kepada para sahabat dan tabi'in yang masing-masing mengambil bahagian dengan sepenuhnya terhadap usaha dakwah, maka dapat difahamkan bahawa dakwah itu fardhu ain. Di samping itu, ia menjadi fardhu kifayah ke atas jemaah Islamiyyah. Dengan itu, hukum dakwah ke atas setiap orang adalah kedua-duanya sekali. Muhammad Abduh membahagikan dakwah kepada bahagian, iaitu dakwah kepada seluruh manusia dan dakwah kepada orang Islam. Dakwah bahagian dua ini terbahagi pula kepada bentuk umum dan bentuk khusus. Dakwah bentuk khusus adalah dengan cara nasihat menasihati antara satu sama lain, sama-sama menolong dalam perkara kebaikan dan mencegah kemungkaran. Tanggungjawab ini adalah tanggungjawab bersama tanpa mengira si alim atau si jahil.

Manakala Abu Karim Zaidan menjelaskan bahawa kewajipan berdakwah ke atas seseorang itu ada dua peringkat. Pertama, peringkat perseorangan yang mesti dilakukan oleh setiap orang Islam berdasarkan dia itu orang Islam. Kedua, peringkat berjamaah berdasarkan dia itu menjadi anggota kepada jamaah. Berdasarkan kepada

Page 5: Assigment PIM 3112 ( Dakwah)

keterangan-keterangan yang telah dijelaskan, dapat dibuat kesimpulan bahawa tanggungjawab dakwah adalah terlalu besar. Ia bukan setakat fardhu ain ke atas setiap orang Islam, malah juga fardhu kifayah ke atas seluruh orang Islam mengikut kemampuan masing-masing. Dakwah bukan setakat ceramah agama, tetapi usaha-usaha yang disusun dengan baik untuk mengubah fikiran, sikap dan tabiat manusia supaya selaras dengan kehendak Allah dan RasulNya.

 

Matlamat Dakwah

Mengenal pasti matlamat dakwah merupakan persoalan yang penting. tanpa mengetahui matlamat dakwah dengan jelas, setiap dakwah itu tidak akan dapat berjalan dengan baik dan akan merugikan. Setiap orang Islam khususnya pendakwah mesti mengetahui sejelas-jelasnya ke manakah matlamat dakwah yang hendak dituju dan peringkat-peringkatnya. Untuk mengetahui matlamat dakwah, persoalan pertama yang harus dipecahkan ialah untuk apa manusia dicipta di muka bumi ini?

Dakwah bukan hanya sekadar mengajak manusia kepada syiar-syiar yang bersifat juzi seperti penghayatan beberapa sunnah kecil daripada Sunnah Rasulullah. Tetapi dakwah Islam bermatlamat mengajak manusia hidup berdasarkan sistem Allah dan memperjuangkannya sebagai ad-Din yang syamil dan kamil. Oleh itu dakwah mestilah dilihat sebagai kerja besar yang sangat penting dan mulia untuk membawa manusia hidup di bawah sitem Allah serta menghapuskan kezaliman dan kepalsuan taghut. Untuk sampai kepada objektif yang betul dan matlamat yang tinggi seperti dikehendaki Alah, para pendakwah perlu memahami dan menghayati fiqh al-Dakwah dengan cara yang betul dan bersugguh-sungguh. InsyaAlah segala usaha akan mencapai kejayaan dengan kemenangan serta keredhaan Allah s.w.t

Asas-asas dan Rukun Dakwah

Asas dakwah dikenali sebagai prinsip yang dijadkan sebagai suatu ilmu baru yang mempunyai identitinya sendiri dan dapat memanfaatkan di zaman moden ini. Dr. Ahmad Ghalwash mengatakan bahawa dakwah mempunyai tiga asas utama iaitu Aqidah, syariah dan Akhlak. Aqidah ialah inti atau hakikat sebenar kepada dakwah kerana aqidah merupakan satu-satunya yang dapat menghubungkan seseorang hamba dengan tuhannya. Tidak ada hubungan lain yang dapat menghubungkan hamba dan tuhanNYa. Seseorang pendakwah adalah dituntut supaya kehidupan dan akhlaknya mencerminkan aqidahnya. Dengan kata lain ia hendaklah melaksanakan segala tuntutan aqidah kerananya ianya adalah dianggap sebagai asas kedua yang mesti ada demi untuk kejayaan dakwah dan kejayaan pendakwah.

Syariah bererti jalan yang digariskan untuk dijalani di atasnya dan apa yang dimaksudkan dengannya ialah kewajipan yang zahir yang dilaksanakan anggota-anggota. Syariah merupakan manhaj yang dibawa oleh Rasulallah s.a.w kepada seluruh umat manusia. Syariat yang dikehendaki oleh Allah s.w.t ialah yang mengatur

Page 6: Assigment PIM 3112 ( Dakwah)

sistem hidup manusia, syariat yang melengkapi seluruh urusan hidup manusia, yang melengkapi sistem pemerintahan, ekonomi dan sebagainya. Asas yang terakhir ialah akhlak. Dalam menyampaikan dakwah dan untuk menarik perhatian orang terhadap Islam ialah memberi contoh yang baik melalui perbuatanterpuji, sifat dan akhlaknya yang mulia yang menjadikan suri teladan bagi agama lain. Agama Islam tersebar di sebahagian daerah ini kerana akhlak yang baik dari kaum muslimin yang memberikan kesan kepada orang yang bukan Islam dan dapat menarik mereka memeluk Islam.

Manakala rukun dakwah pula terbahagi kepada 5 bahagian iaitu al-Dai', al-Mad'uu al-dakwah, al-maudhu' al-dakwah, al-uslub al-dakwah dan wasilah. Pendakwah ialah orang yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti dakwah sama ada secara individu atau berbentuk kumpulan. Al-Quran mencatatkan seramai 25 rasul dan nabi telah melaksanakan kewajian berdakwah sepanjang zaman masing-masing. Di antara sifat mereka yang telah digariskan sebagai ciri-ciri pendakwah ialah mempunyai keilmuan yang mendalam, niat yang khlas, baik tingkahlaku,bersemangat juang dan berkorban. Contohnya seorang endakwah mestilah mempunyai keilmuan yang berasaskan al-Quran dan al-Sunnah di samping mempunyai pengetahuan yang luas dalam ilmu-ilmu lain yang boleh membantu terhadap penyebarab dakwah yang efektif. Mereka juga mesti mempunyai niat yang ikhlas, berakhlak mulia dan mempunyai daya semangat juag yang tinggi sebagaimana yang telah ditunujukkan oleh para nabi dan rasul khusunya Nabi Muhammad s.a.w.Al-Mad'uu iaitu sasaran atau penerima dakwah. Penerima dakwah pula terbahagi kepada sasaran yang bukan Islam dan yang Islam itu sendiri. Konsep erdakwah bukan hanya kepada yang bukan Islam sahaja atau yang Islam sahaja tetapi kedua-duanya sekali kerana matlamat berdakwah adalah untuk menyampaikan kebnaran dan mnegajak manusia ke arah melakukan kebaikan dan menegah sebarang kemungkaran . Al-maudhu' ialah apa yang didakwahkan kepada sasaran dakwah iaitu apa yang dikenali sebagai objek atau topik dakwah. Maudhu' yang disampaikan adalah melalui asas-asas dakwah contohnya aqidah, syariah dan akhlak atau seumpamanya yag dapat mendekatkan diri penerima dakwah kepada Allah.

Uslub al-dakwah merupakan teknik atau cara erdakwah. Ia merupakan cara, kaedah atau lebih dikenali metod dalam penyampaian dakwah. Metod tersebut meliputi perkara-perkara seperti melakukan secara berperinglat-peringkat, dengana penuh hikmah dan baik serta pelbagai cara lagi. Dalam perkara ini teknik dalam sirah Nabawiyah yang harus dijadikan pedoman. Contoh dakwah para nabi dan rasul yang boleh dijadikan asas melaksanakan dakwah. Begitu juga contoh yang digunaka oleh Rasulalah s.a.w khususnya dakwah secara sulit ataupun secara terang- terangan. Manakala wasilah dakwah pula merupakan alat atau media yang digunakan dalam menjalankan proses penyampaian dakwah. Wasilah yang dimaksudkan termasuklah dengan media cetak atau melalui media elektronik seperti television, radio, internet dan sebagainya.

 

Page 7: Assigment PIM 3112 ( Dakwah)

Peranan dan sifat-sifat guru Pendidikan islam

1.2.4. Peranan Guru

Mudarris

Mudarris dikaitkan dengan tugas guru yang melaksanakan peranan membimbing dan mendidik. Seorang mudarris merupakan individu yang mampu mendidik murid-muridnya sehingga benar-benar berpengetahuan dan mendapatkan pengajaran (learned and learnt) tentang sesuatu yang boleh dimanfaatkan dalam kehidupannya. Murid yang terdidik bukan sahaja memperolehi ilmu pengetahuan tetapi dapat memahami perkara-perkara yang tersirat daripada bahan yang dipelajari. Ini bermakna murid terdidik, jika dilihat dari perspektif Taksonomi Bloom, sebenarnya telah mencapai ke tahap mampu untuk mengaplikasi dan melakukan analisis tentang perkara yang diperolehi daripada gurunya. Sekali gus menggambarkan peranan seorang Mudarris ialah membimbing dan mendidik murid untuk sampai kepada darjah pemikiran sekurang-kurangnya pada peringkat aplikasi hingga ke tahap penilaian iaitu berkeupayaan untuk membuat pertimbangan antara baik dan buruk, antara benar dan salah, antara berfaedah atau berguna dan tidak, antara kebajikan dan kerusakan. Sejauh mana sebenarnya guru Pendidikan Islam telah melaksanakan peranan sebagai mudarris atau sekadar menyampaikan ilmu dan kemahiran setakat pengetahuan dan kefahaman? Jawapannya ada pada diri guru itu sendiri.

Dengan mengajar sehingga tahap aplikasi, sintesis dan penilaian, bermakna peranan seorang Mudarris juga ialah mempertingkatkan keupayaan murid untuk berfikir pada tahap tinggi yang dapat membolehkan murid membuat keputusan berdasarkan kriteria, syarat dan situasi mengikut konteks serta mampu untuk membuat keputusan yang boleh mendatangkan faedah atau kesan positif kepada dirinya dan orang lain (termasuk persekitarannya). Tidak akan sampai ke tahap Mudarris seorang guru yang sekadar menyampaikan atau memindahkan ilmu pengetahuan (masih terdapat ramai individu yang berilmu pengetahuan tentang perlakuan yang tidak baik dan boleh merusakkan tetapi masih terus berkelakuan demikian – contohnya amalan rasuah). Untuk melaksanakan peranan seorang Mudarris, guru Pendidikan Islam perlu berfungsi sebagai seorang pendorong, fasilitator, pemandu / pembimbing, jurulatih yang berkesan, agen perubahan sosial dan pembentuk budaya masyarakat.

Guru sebagai pendorong (motivator)Di kalangan murid terdapat mereka yang kurang berminat serta tidak terdorong untuk belajar atas faktor pada diri murid serta persekitarannya. Masih terdapat ramai murid

Page 8: Assigment PIM 3112 ( Dakwah)

yang masih kabur tentang tujuan mereka ke sekolah. Sesetengah murid ke sekolah untuk memenuhi tuntutan pendidikan. Terdapat juga yang ke sekolah untuk berkawan dan berseronok. Sekolah juga dijadikan tempat untuk melepaskan diri daripada kongkongan dan peraturan keluarga. Seorang mudarris perlu peka dengan matlamat atau motif kanak-kanak bersekolah dan membetulkan matlamat yang salah melalui dorongan untuk belajar agar mereka lebih bersedia untuk menghadapi kerenah kehidupan.

Malas merupakan satu sifat yang memang terdapat di kalangan murid. Sifat ini perlu dinyahkan daripada murid dan mereka seterusnya didorong untuk mengambil peluang sebaik-baiknya agar menuntut ilmu dan kemahiran seperti yang telah diwajibkan sepada setiap muslimin dan muslimat. Setidak-tidaknya seorang mudarris akan mengajar dan meminta muridnya untuk menghayati doa meminta perlindungan Allah dari sifat malas dan berusaha menjadi murid contoh yang rajin dan bersungguh-sungguh.

Guru sebagai fasilitator / pembimbingPeranan mudarris juga ialah dengan menjadi pembimbing di sisi murid. Ini bermakna, dari perspektif konstruktivisme, seorang mudarris hanya akan menyediakan perancah, iaitu asas kepada sesuatu konsep atau idea sebagai panduan yang akan digunakan oleh murid. Seterusnya murid akan digalakkan untuk meneroka dan membina ilmu pengetahun dan kemahiran secara aktif melalui aktiviti kolaborasi dan koperatif bersama rakan dan guru, di samping memperibadikan proses pembelajaran. Sebagai pembimbing, mudarris akan menyokong dan membimbing murid melalui proses perubahan yang sukar dan kompleks.

Guru sebagai agen sosial dan agen perubahanPeranan mudarris selaku agen sosial memerlukan ia menguruskan interaksi sosial di dalam bilik darjah dalam lingkungan batas-batas akhlak. Interaksi dan perhubungan sosial yang bersifat perkembangan akan membolehkan murid bekerjasama sebagai satu pasukan melalui pembelajaran koperatif dan kolaboratif (Akhiar dan Shamsina, 2012).

Sebaliknya, selaku agen perubahan pula, seorang mudarris perlu mengajar rakan-rakan sekerja serta murid bagaimana melakukan inovasi melalui perubahan yang berlaku dalam dunia pendidikan. Contohnya, penggunaan alat komunikasi dan teknologi maklumat secara berkesan dan inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu menambahbaik budaya sekolah, bilik darjah dan persekitaran pembelajaran yang kondusif serta membina ahli komuniti sekolah yang berdaya maju dan mementingkan ilmu serta perkembangan akhlak.

Page 9: Assigment PIM 3112 ( Dakwah)

Murobbi

Selain mengajar, menyampaikan ilmu, mendidik serta membimbing murid, seorang guru Pendidikan Islam perlu melaksanakan peranan mengurus dan mengatur persekitaran bilik darjah (fizikal dan suasana) dan tingkahlaku murid, selain menguruskan proses pengajaran dan pembelajaran (termasuk pengurusan pentaksiran murid). Seorang Murobbi seharusnya mampu untuk berfikir, melakukan inovasi atau menghasilkan idea-idea baru berkaitan kaedah dan teknik pembelajaran. Sekali gus, seorang Murobbi adalah seorang penyelidik yang akan merefleks amalan bekerjanya dan berusaha untuk menambahbaik amalan tersebut demi kejayaan dirinya serta murid-muridnya. Seorang murobbi menyedari akauntabiliti terhadap profesion, rakan sekerja, murid, ibu bapa serta masyarakat. Juga meletakkan pengabdian terhadap Allah sebagai nilai pusat (centre of value) profesion yang dipegang. Ini bermakna seorang murobbi menyedari tentang kesalahan dan dosa seandainya mengabaikan tugas (sense of guilt and sense of sin).

Guru sebagai pengurusSeorang murobbi perlu menguruskan pengajarannya serta pembelajaran murid, menstrukturkan bilik darjah agar terjana persekitaran pembelajaran yang kondusif. Tidak terkecuali seorang morobbi juga bertanggungjawab terhadap peranannya dalam bidang pengurusan pejabat dengan melakukan tugas-tugas perkeranian seperti menyemak buku latihan, menyemak kertas ujian, merekodkan kemajuan murid, menyimpan fail dan sebagainya. Untuk menjadi seorang pengurus pendidikan yang baik, seorang murobbi perlu memiliki portpolio profesional serta catatan refleksi amalan yang bertujuan untuk memcari peluang membuat penambahbaikan.

Guru sebagai penyelidik dan kopelajar (colearner)Peranan murid pada masa kini tidak hanya setakat belajar atau menerima ilmu daripada guru tetapi sebagai peneroka ilmu pengetahuan dan mendapatkan makna perkara yang dipelajari itu dalam dunia sebenar. Justeru itu, peranan murobbi turut berkembang apabila perlu meneroka kaedah dan teknik pengajaran yang baru serta menghasilkan strategi yang lebih tepat dan sesuai mengikut konteks dan situasi. Hal ini hanya boleh dilakukan sekiranya murobbi melaksanakan tugas sebagai penyelidik iaitu dengan mengenalpasti kelemahan diri serta peluang peningkatan serta memahami masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid dan mula peluang yang terbaik untuk membantu proses pembelajaran murid melalui penambahbaikan amalan sendiri. 

MursyidSeorang Mursyid merupakan seorang guru yang telah sampai ke tahap menjadi pakar

Page 10: Assigment PIM 3112 ( Dakwah)

rujuk, berkeupayaan untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah pendidikan yang tidak dapat dilakukan oleh guru-guru lain. Bilangan guru yang mampu melaksanakan peranan mursyid adalah terlalu sedikit kerana guru berkenaan perlu dapat melaksanakan peranan sebagai Muallim, Mudarris, Muaddib dan Murobbi selain membudayakan dirinya untuk terus belajar, membuat penyelidikan, melaksanakan penambahbaikan pada ilmu dan amalannya serta meningkatkan darjah ketakwaan kepada Allah. Dengan segala peranannya itu, seorang mursyid akan dapat menunjukkan kebenaran kepada murid serta rakan sekerja agar redha dan mendapat keredhaan daripada Allah swt.

Seperti yang telah dijelaskan bahawa peranan sebagai penyampai risalah (rasul) hanya dikhususkan kepada individu pilihan Allah dari kalangan para nabi yang diutuskan secara khusus kepada kaum-kaum tertentu. Namun begitu, peranan untuk membina ummah akan diteruskan oleh para ulamak apabila Rasulullah saw menegaskan bahawa para ulamak merupakan waris para nabi. Waris di sini tidak disandarkan kepada pertalian persaudaraan dan tidak juga penjawatan tetapi kepada peranan dan tanggungjawab untuk menyebarkan, mendidik, membimbing umat agar hanya mempertuhankan Allah tanpa syirik, beriman dan patuh kepada tuntutan agama (perkara disuruh dan dilarang). 

1.2.3. Sifat Guru

Menurut Abdul Halim al-Muhammadi, sifat wajib bagi guru adalah seperti berikut :

1. Zuhud dalam kerjaya. Melaksanakan amanah dengan niat mencari keredhaan Allah dan

bukannya kerana mengharapkan balasan kebendaan.

2. Sentiasa menjaga kebersihan diri dan jiwa. Membersihkan diri dengan penampilan diri

yang kemas. Manakala membersihkan jiwa daripada kekotoran seperti riak, hasad dan

dengki.

Page 11: Assigment PIM 3112 ( Dakwah)

3. Menjaga kehebatan dan penghormatan diri seperti menjaga peribadi, bersifat rendah

diri dan tidak terlibat dengan perkara-perkara yang boleh menjatuhkan maruah sama

ada dalam bentuk pemakaian, percakapan serta perbuatan.

4. Bertindak sebagai ibu atau bapa kepada murid dengan mengasihi mereka seperti anak

sendiri, menyelidiki dan mengetahui latar belakang murid serta melayan murid dengan

baik dan adil.

5. Memahami tabiat murid melalui mengetahui taraf, latar belakang dan kemampuan murid

serta menyesuaikan kemampuan murid dengan kaedah dan bahan bantu mengajar.

Manakala menurut Imam al-Ghazali, ciri-ciri guru yang efektif ialah ;

1. rasa simpati kepada murid dan menganggap mereka seperti anak sendiri.

2. mengikut tingkah laku dan sunnah Rasulullah saw.

3. tidak mengharapkan ganjaran

4. memberi nasihat dengan lemah lembut dan bukannya memarahi

5. tidak merendahkan disiplin ilmu di hadapan murid

6. menyediakan bahan pengajaran yang mudaah difahami dan sesuai dengan tahap murid.

Analisis pribadi Rasulullah saw dan tokoh ilmuan islam

2.1.1. Kaedah Penyampaian RASULULLAH S.A.W.

Pendidikan yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. adalah merupakan sukatan pelajaran khas yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T. iaitu wahyu sama ada al-Qur’an dan juga al-hadith khususnya al-hadith al-Qudsi. Ini adalah kerana segala apa yang dipertuturkan oleh Baginda s.a.w. adalah merupakan wahyu Illahi yang perlu dicontohi dan diteladani oleh umat Baginda s.a.w.

Firman Allah Taala di dalam al-Qur’an :

Page 12: Assigment PIM 3112 ( Dakwah)

Maksudnya :

“Dan tidaklah ia mengucapkan sesuatu berdasarkan nafsunya melainkan hanya wahyu yang diwahyukan (kepadanya)”

(surah an-Najm (53) :3-4)

Al-Qur’an adalah merupakan kalam Allah yang telah diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w. melalui Jibril a.s. untuk disampaikan kepada umat manusia. Ia adalah mukjizat dan membaca al-Qur’an dikira ibadah. Kerana itu al-Qur’an dibaca di dalam solat. ia juga merupakan ‘warkah’, ‘kalam’ atau ‘sms’ daripada Allah Taala kepada individu yang mencintaiNya.

Manakala Hadith Qudsi merupakan hadith yang diriwayatkan dengan disandarkan kepada Allah Taala seperti “Allah telah berfirman”. Kadangkala ia juga diriwayatkan dengan disandarkan kepada Rasulullah s.a.w. namun sandaran khabarnya adalah daripada Allah Taala seperti “Rasulullah s.a.w mengatakan apa yang dikhabarkan daripada Allah.”

2.1.2. Langkah Pengajaran

Rasulullah s.a.w. amat teliti di dalam melaksanakan langkah pengajarannya. Langkah pengajaran bermaksud peringkat-peringkat aktiviti pengajaran yang dilaksanakan.

Page 13: Assigment PIM 3112 ( Dakwah)

Baginda s.a.w. cukup berhati-hati di dalam menyampaikan pengajaran agar ianya dapat diterima oleh semua pihak yang mendengarnya. Antara ciri-ciri pengajaran Baginda s.a.w. ialah :

1. Menggunakan bahan bantu, ilustrasi dan gerak isyarat yang bersesuaian.2. Memastikan semua pelajar dapat mengikuti pelajaran yang disampaikan.3. Mengaplikasikan strategi dan kaedah pengajaran dengan baik.4. Menghormati dan melayan kerenah setiap pelajar dengan baik.5. Menggunakan bahasa yang lemah lembut dan sopan. 6. Adil terhadap anak didiknya.

Antara strategi dan pendekatan pengajaran yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w. ialah ;

1. Mewujudkan pusat pendidikan 2. Memilih tempat pembelajaran yang sesuai 3. Pengajaran secara berperingkat-peringkat 4. Menjadikan masjid sebagai tempat pengajaran 5. Memulakan pengajaran kepada kerabat terdekat 6. Memastikan pembelajaran berlangsung dalam keadaan aman

2.2.3. Kaedah Penyampaian Rasulullah S.A.W.

Kaedah pengajaran bermaksud jalan atau metod yang diikuti untuk memudahkan kefahaman kepada murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Ia merupakan langkah-langkah pengajaran yang tersusun rapi dan berurutan bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Antara kaedah pengajaran yang telah digunakan oleh Rasulullah s.a.w. ialah ;

Page 14: Assigment PIM 3112 ( Dakwah)

1. Syarahan atau khutbah. Ia merupakan satu kaedah mengajar di mana guru memberikan maklumat berkenaan sesuatu topik beserta huraian dan contohnya. Kebiasaannya disampaikan di masjid atau rumah. Khutbah disampaikan pada setiap hari Jumaat.

2. Dialog atau perbincangan. Perbincangan dalam bentuk berdakwah supaya menerima Islam dengan prinsip yang betul. Corak pengajaran dua hala, iaitu interaksi guru dengan murid.

3. Soal Jawab. Soal jawab digunakan untuk mengetahui tahap kefahaman atau pengetahuan. Sebagai contoh Rasulullah s.a.w. bersoal jawab dengan malaikat Jibril a.s. tentang Rukun Iman, Rukun Islam, dan Ihsan. Kaedah menyoal merupakan sebahagian daripada setiap aktiviti wajib pengajaran pembelajaran antara guru dengan murid. Baginda s.a.w. juga sering bersoal jawab dengan para sahabat setiap kali selepas solat subuh.

4. Imla’. Kaedah ini memerlukan murid menulis apa yang diajarkan terhadapnya. Guru mengatur setiap kata-kata yang diungkapkan dan murid-murid akan mencatat setiap kata-kata yang didengari. Mengikut nas al-Qur’an, kaedah Imla’ berlaku antara malaikat Jibril a.s. dengan Rasulullah s.a.w. semasa Jibril mengajarkan ayat al-Qur’an dan diikuti oleh Rasulullah. Rasulullah s.a.w.menuturkan ayat-ayat yang berbentuk berita kepada sahabat-sahabat beliau. Para sahabat mendengar dan terus menghafalnya.

5. Hafazan. Kaedah hafazan digunakan untuk mengingat sesuatu fakta. Rasulullah s.a.w. menghafaz wahyu yang diturunkan kepada Baginda.

6. Perdebatan atau mujadalah. Kaedah prdebatan digunakan untuk menjawab persoalan dengan menggunakan hujah-hujah yang logik sebagai bukti.

7. Gaya isyarat. Kaedah pengajaran ini menggunakan isyarat dengan gerakan anggota badan seperti isyarat tangan, muka, mulut dan sebagainya.

8. Bercerita. Kaedah bercerita digunakan bagi mengambarkan kisah-kisah yang terdapat dalam al-Qur’an. Bercerita merupakan perbuatan yang mengesahkan sesuatu cerita atau rangkaian sesuatu peristiwa sama ada ia benar-benar berlaku ataupun direka-reka. Cerita disampaikan untuk mendidik manusia dengan membei penekanan kepada teladan yang patut diikuti.

Page 15: Assigment PIM 3112 ( Dakwah)

9. Lukisan atau lakaran. Melukis di atas tanah untuk menggambarkan sesuatu atau menjelaskan lagi satu-satu penerangan kepada para sahabat. Rasulullah sering melukis dan melakarkan di atas tanah bagi memahamkan para sahabat.

10.Demontrasi atau tunjukcara. Ia merupakan satu kaedah pengajaran di mana seorang individu membuat sesuatu di hadapan individu yang lain untuk menunjukkan bagaimana sesuatu perbuatan itu dilakukan. Ia melibatkan satu cara pengajaran yang memusatkan pemerhatian murid kepada langkah atau perbuatan bagi menghasilkan sesuatu. Rasulullah s.a.w. sentiasa mempamerkan qudwah hasanah untuk teladan para sahabat serta menunjukcara melakukan sesuatu.

11.Halaqah. Murid-murid mengelilingi guru dalam bentuk separa bulatan. Guru berada di tengah dan menyampaikan pengajaran.

12.Talaqi Musyafahah. Ia merupakan pendekatan pengajaran al-Qur’an. Para pelajar dikehendaki berdepan terus dengan guru dalam mempelajari al-Qur’an. Guru akan memberi contoh bacaan kepada beberapa orang murid. Kemudian murid akan mengikuti contoh bacaan guru secara individu dan beramai-ramai. Guru membaca, kemudian murid-murid mengikut bacaan guru. Setelah menghafaz ayat-ayat yang disampaikan oleh Jibril a.s. dan Rasulullah s.a.w. menyampaikan kepada para sahabat secara talaqqi musyafahah.

13.Tikrar atau ulangan. Bacaan dilaksanakan secara berulang kali untuk memastikan kefasihan, menguatkan ingatan serta mengingati sesuatu ayat atau fakta. Selepas guru membaca, murid-murid akan mengikut bacaan tersebut atau seorang membaca dan yang lain mendengar. Guru perlu mendengar bacaan murid sambil mengenalpasti kelemahan bacaan yang perlu dilatih tubi. Guru akan menyebut atau membaca perkataan yang perlu ditikrarkan. Manakala murid-murid pula diminta mengulanginya.

14.Tasmi’. Kaedah ini dipraktikkan bagi pengajaran tilawah dan juga hafazan. Seseorang murid akan membaca ayat al-Qur’an di hadapan guru. Sekiranya terdapat kesalahan, guru akan terus memperbaiki serta menegur setiap kesalahan itu.

Page 16: Assigment PIM 3112 ( Dakwah)

Tokoh ilmuan islam

Imam Al-Ghazali

Imam al-Ghazali dilahirkan pada tahun 450 Hijrah bersamaan dengan tahun 1058

Masehi di bandat Thus, Khurasan (Iran). Salah seorang anaknya bernama Hamid.

Gelar beliau al-Ghazali ath-Thusi berkaitan dengan Abu Hamid Muhammad bin

Muhammad al Ghazali ath-Thusi asy-Syafi’i (lahir 1058 di Thus, Propinsi Khurasan,

Persia (Iran), wafat 1111, Thus) adalah seorang filosof dan teolog muslim Persia, yang

dikenal sebagai Algazel di dunia Barat abad Pertengahan. Gelar ayahnya yang bekerja

sebagai pemintal bulu kambing dan tempat kelahirannya yaitu Ghazalah di Bandar

Thus, Khurasan. Sedangkan gelar asy-Syafi’i menunjukkan bahwa beliau bermazhab

Syafi’i. Ia berasal dari keluarga yang miskin. Ayahnya mempunyai cita-cita yang tinggi

yaitu ingin anaknya menjadi orang alim dan saleh. Imam Al-Ghazali adalah seorang

ulama, ahli pikir, ahli filsafat Islam yang terkemuka yang banyak memberi sumbangan

bagi perkembangan kemajuan manusia. Ia pernah memegang jawatan sebagai Naib

Kanselor di Madrasah Nizhamiyah, pusat pengajian tinggi di Baghdad. Imam Al-Ghazali

meninggal dunia pada 14 Jumadil Akhir tahun 505 Hijriah bersamaan dengan tahun

1111 Masehi di Thus. Jenazahnya dikebumikan di tempat kelahirannya.

Sifat Pribadi Imam al-Ghazali mempunyai daya ingat yang kuat dan bijak

berhujjah. Ia digelar Hujjatul Islam karena kemampuannya tersebut. Ia sangat dihormati

di dua dunia Islam yaitu Saljuk dan Abbasiyah yang merupakan pusat kebesaran Islam.

Ia berjaya menguasai berbagai bidang ilmu pengetahuan. Imam al-Ghazali sangat

mencintai ilmu pengetahuan. Ia juga sanggup meninggalkan segala kemewahan hidup

untuk bermusafir dan mengembara serta meninggalkan kesenangan hidup demi

mencari ilmu pengetahuan. Sebelum beliau memulaikan pengembaraan, beliau telah

mempelajari karya ahli sufi ternama seperti al-Junaid Sabili dan Bayazid Busthami.

Imam al-Ghazali telah mengembara selama 10 tahun. Ia telah mengunjungi tempat-

tempat suci di daerah Islam yang luas seperti Mekkah, Madinah, Jerusalem, dan Mesir.

Ia terkenal sebagai ahli filsafat Islam yang telah mengharumkan nama ulama di Eropa

melalui hasil karyanya yang sangat bermutu tinggi. Sejak kecil lagi beliau telah dididik

dengan akhlak yang mulia. Hal ini menyebabkan beliau benci kepada sifat riya, megah,

Page 17: Assigment PIM 3112 ( Dakwah)

sombong, takabur, dan sifat-sifat tercela yang lain. Ia sangat kuat beribadat, wara,

zuhud, dan tidak gemar kepada kemewahan, kepalsuan, kemegahan dan mencari

sesuatu untuk mendapat ridho Allah SWT.

Pendidikan Al-Ghazali Pada tingkat dasar, beliau mendapat pendidikan secara

gratis dari beberapa orang guru karena kemiskinan keluarganya. Pendidikan yang

diperoleh pada peringkat ini membolehkan beliau menguasai Bahasa Arab dan Persia

dengan fasih. Oleh sebab minatnya yang mendalam terhadap ilmu, beliau mulai

mempelajari ilmu ushuluddin, ilmu mantiq, usul fiqih, filsafat, dan mempelajari segala

pendapat keeempat mazhab hingga mahir dalam bidang yang dibahas oleh mazhab-

mazhab tersebut. Selepas itu, beliau melanjutkan pelajarannya dengan Ahmad ar-

Razkani dalam bidang ilmu fiqih, Abu Nasr al-Ismail di Jarajan, dan Imam Harmaim di

Naisabur. Oleh sebab Imam al-Ghazali memiliki ketinggian ilmu, beliau telah dilantik

menjadi maha guru di Madrasah Nizhamiah (sebuah universitas yang didirikan oleh

perdana menteri) di Baghdad pada tahun 484 Hijrah. Kemudian beliau dilantik pula

sebagai Naib Kanselor di sana. Ia telah mengembara ke beberapa tempat seperti

Mekkah, Madinah, Mesir dan Jerusalem untuk berjumpa dengan ulama-ulama di sana

untuk mendalami ilmu pengetahuannya yang ada. Dalam pengembaraan, beliau

menulis kitab Ihya Ulumuddin yang memberi sumbangan besar kepada masyarakat dan

pemikiran manusia dalam semua masalah.

Kaedah dan teknik penyampaian dakwah oleh para ilmuan islam

metode dakwah adalah satu kaedah atau cara untuk mengajak manusia mendekatkan

diri dengan mentauhidkan Allah secara benar dan sempurna. Dalam erti kata yang lain,

metode dakwah ini merupakan satu ilmu yang mengajar pendakwah tentang cara untuk

menyampaikan dakwah secara tepat dan sesuai pada setiap keadaan dan masa yang

ditempuhi. Ini juga secara tidak langsung mengajar pendakwah mengetahui bagaimana

keadaan subjeknya atau mad’unya. Setelah itu, pendakwah dapat merancangkan cara

atau teknik yang berkesan untuk mempengaruhi mad’unya apabila ia menyampaikan

dakwah. 

Page 18: Assigment PIM 3112 ( Dakwah)

Secara umumnya, metode dakwah yang diguna pakai sejak zaman Rasulullah hingga

sekarang ialah berdasarkan kepada firman Allah SWT di dalam surah An-Nahl ayat 125

:

“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan

nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang Engkau serukan

itu) dengan cara yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih

mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua yang lebih

mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.”

 

Rumusan yang dapat diambil oleh penulis ialah terdapat tiga asas metode dakwah yang

perlu diketahui dan dipelajari oleh para pendakwah, seperti :

1. Bil Hikmah 

2. Mau’izatul Hasanah 

3. Al-Mujadalah

Di bawah ini penulis akan menjelaskan setiap asas metode dakwah secara lebih

terperinci lagi dengan mengambil beberapa pandangan atau pendapat tokoh ilmu

dakwah. Dengan cara ini, kita akan lebih mendalami dan memahami setiap asas

terebut secara lebih kongkrit lagi.

Bil Hikmah

Kata Al-Hikmah diertikan sebagai Al-Adl (keadilan), Al-Haq (kebenaran) Al-

Hilm(ketabahan), Al-‘ilm (pengetahuan), terakhir An-Nubuwwah (kenabian). Di samping

itu, Al-Hikmah bermaksud sebagai penempatkan sesuatu pada tempatnya. Selain dari

itu, Al-Hikmah juga ialah pengetahuan yang dikembangkan dengan tepat sehingga

menjadi sempurna. Menurut pendapat ini, Al-Hikmah termenifestasikan ke dalam empat

hal seperti kecekapan menguruskannya, kecermatan, kejernihan fikiran dan ketajaman

fikiran.

Syeikh At-Tusi Rahimahullah pernah menyebut perkataan hikmah ialah menyeru

kepada matlamat untuk membuat khibrah bagi menerima pahala dari pihak pendakwah

dan yang didakwah.

Page 19: Assigment PIM 3112 ( Dakwah)

Satu perkara yang sangat sukar untuk menentukan makna hikmah ialah secara

teorinya. Secara mudah, hikmah bererti bijaksana. Bijaksana bererti sesuatu yang

sesuai. Manakala sesuai pula bergantung kepada keadaan. Sesuatu tindakan boleh

menjadi sesuai bagi seseorang, tetapi tidak sesuai bagi orang lain. Ia menjadi sesuai

bagi satu masa, tetapi tidak sesuai dengan masa lain. Dengan itu, tindakan itu hikmah

bagi seseorang atau bagi masa tertentu, tetapi tidak hikmah bagi orang lain atau masa

yang lain. Maka, hikmah berkait rapat dengan keadaan untuk menentukan ia

bersesuaian.

Dapat difahami bahawa perkataan hikmah ini ialah melaksanakan dakwah dengan cara

yang lebih baik agar mesej dakwah yang dijalankan akan lebih tertib dan relevan

kepada mad’unya. Selain dari itu, melaksanakan dakwah ini bergantung kepada

kebijaksanaan pendakwah untuk merangka atau merancang sesuatu kaedah bagi

menghadapi mad’unya, ini supaya segala mesej dakwah yang disampaikan dapat

diterima oleh masyarakat sekelilingnya. 

Mengenali Golongan Sasaran

Di antara adab-adab memberi nasihat adalah dengan mengetahui keadaan

masyarakat, memperhatikan jabatan dan kedudukan mereka. Iaitu seorang da’i harus

memiliki pengetahuan yang meyakinkan tentang keadaan mad’unya. Kerana informasi

seperti ini memungkinkan dia untuk memberikan perlakuan sesuai dengan keadaan

mad’unya. Dari segi kecekapan dan kedudukannya.

Salah satu makna hikmah dalam berdakwah adalah menempatkan manusia sesuai

dengan kadar yang telah ditetapkan Allah. Ketika terjun ke sebuah komuniti atau

melakukan hubungan dengan seseorang mad’u. Da’i yang baik harus mempelajari

terlebih dahulu keadaan komuniti atau peribadi yang bersangkutan dengan mad’unya.

Bila Masa Berbicara & Masa Diam

Seperti Pribahasa “Diam itu emas dan berkata itu perak” mungkin lebih mengena pada

pembicaraan kita kali ini, tanpa menelusuri darimana asal-usul pribahasa tersebut, yang

jelas makna dan arah yang dituju sejalan dengan tuntutunan agama. Sekian banyak

Page 20: Assigment PIM 3112 ( Dakwah)

pertunjuk agama yang mendorong agar seseorang selalu menimbang-nimbang segala

apa yang akan diucapkannya, kerana ini peringatan Allah dalam Al-Quran :

“Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya)

melainkan ada di sisiNya malaikat Pengawas Yang sentiasa sedia (menerima dan

menulisnya).” (Al-Qaaf : 18)

Di dalam Sahih Tafsir Ibnu Katsir Jilid 8 telah mentafsirkan ayat di atas ini, seperti tidak

ada suatu kalimat pun yang dikatakan oleh manusia melainkan ada malaikat yang

selalu mengawasi dan mencatatnya. Tidak ada satu kalimat pun yang tertinggal dan

tidak ada satu gerakan pun yang tidak dicatat oleh malaikat.

Rasulullah SAW mengundang ahli-ahli keluarga baginda yang terdekat untuk makan

bersama-sama di rumah beliau. Yang hadir ada kira-kira 40 orang, di antaranya ialah

bapa saudara baginda, Abu Lahab. Setelah selesai makan, Rasulullah SAW bersiap-

siap hendak menyampaikan risalahnya. Akan tetapi Abu Lahab lantas memotong

jalannya. Dia bangun lebih dahulu, lalu berkata dengan suara lantang dan penuh nafsu.

Rasulullah SAW tidak menjawab apa-apa. Orang yang meradang tidak ketentuan

seperti itu tidak perlu dijawab. Beliau diam, dan diam itulah jawapannya. Itulah jawapan

yang tepat terhadap cara-cara seperti itu dalam suasana yang demikian.

Dipersilakannya para tetamu makan. 

Mencari  Persamaan Di Dalam Dakwah

Maksud mencari titik persamaan dalam konteks metodologi dakwah adalah usaha

dalam mencari titik tolak di mana dakwah menemui jalan masuk untuk diteruskan

secara sistematis terhadap mad’u yang menjadi sasaran dakwah. Hal ini dapat

diibaratkan seperti pintu gerbang dari sebuah rumah besar yang dengannya kita

mampu memasuki rumah. Memasuki pintu gerbang bererti titik awal untuk dapat masuk

ke rumah tersebut.

Manhaj ini juga telah dibuktikan oleh dakwah Wali Songo yang menggunakan kaedah

menyesuaikan dakwah Islam dengan budaya masyarakat tanah jawa ketika itu. Tidak

semua Wali Songo bersetuju bahawa Islam itu perlu disesuaikan dengan keadaan

Page 21: Assigment PIM 3112 ( Dakwah)

setempat tanpa dihapuskan kepercayaan dan ikutan lama secara tuntas. Namun, itulah

usaha yang dilakukan oleh sesetengah Wali Songo, terutamanya Sunan Kalijaga.

Upacara persembahan dan pemujaan yang diwarisi daripada fahaman animisme dan

Hindu-Buddha tidak terus dihapuskan, akan tetapi telah diubahsuai. Maka adat-adat

persembahan dan jamuan kepada roh-roh diubah kepada kenduri tahlil yang dimakan

bersama. Adat membakar kemenyan dan bacaan mantera kepada roh-roh selepas mati

diubah kepada upacara tahlil dan doa, dengan nada yang panjang dan sedih.

Toleransi Tanpa Kehilangan Sibghah

Maksud toleransi di dalam bahasa Arab dikatakan ikhtimal, tasamuh menurut arti

bahasa adalah sama-sama berlaku baik, lemah lembut, saling memaafkan (toleransi).

Tasamuh dalam pengertian umum adalah suatu sikap akhlak terpuji dalam pergaulan di

mana rasa saling menghargai antara sesama manusia dalam batas-batas yang telah

digariskan Islam.

Toleransi perlu ada pada pekerjaan dakwah, kerana dakwah merupakan pekerjaan

untuk mengajak manusia mengenali Allah dengan penuh keikhlasan tanpa

mengharapkan apa-apa kepentingan selain dari Allah. Berdakwah bukan untuk mencari

kemenangan hujah, menidakkan pandangan orang lain, menghina atau mengherdik

kesalahan yang telah dilakukan oleh orang yang hendak didakwahinya. Ini juga

merupakan sebahagian dari dakwah bil-hikmah yang perlu diketahui oleh setiap

pendakwah. 

Juru dakwah tidak boleh memandang remeh atau menganggap hina seseorang, kerana

haknya hanya menyeru dan mengajak. Namun kadang-kadang juru dakwah

terpengaruh dengan dorongan emosinya sehingga menyebabkannya merasa dirinya

lebih banyak berkhidmat terhadap Islam dan meremehkan orang lain.

Sibghah bererti warna celupan dan agama. Dalam hal ini, agama Islam sebagai dasar

dan tuntunan hidup, fungsi warna dan celupan tersebut mencemerlangkan barang yang

diberi celupan tersebut. Apabila dikaitkan ajaran itu kepada jiwa ia akan bersinar

memancar yang dalam realisasinya tampil dalam bentuk semangat, taat, peduli dan

toleransi.

Page 22: Assigment PIM 3112 ( Dakwah)

Memilih Kata Yang Tepat

Terlihat hubungan yang erat antara hikmah dengan memilih kata yang tepat. Salah satu

sifat orang yang bijaksana (orang yang memiliki hikmah) adalah berfikir terlebih dahulu

sebelum berkata. Kata-kata yang keluar dari mulut seorang hakim adalah

dipertimbangkan dahulu, sehingga benar dan sesuai dengan keadaan human oriented.

Pemilihan isi dakwah yang sesuai akan memberikan maklum balas yang baik daripada

sasaran. Manakala, pemilihan isi dakwah yang tidak tepat akan mencetuskan pelbagai

kontroversi dalam usaha dakwah yang dilakukan. 

Para da’i mestilah mengetahui ilmu-ilmu semasa selaras dengan perkembangan dalam

masyarakat. Kadangkala berlakunya kegagalan dalam dakwah, justeru pendakwah

tidak menjiwai peranannya dan menghalusi permasalahan yang berlaku dalam

masyarakat. Kebijaksanaan pendakwah menguasai masyarakat dalam erti kata

memahami situasi yang ada dalam masyarakat menyebabkan pendakwah tidak akan

berasa terasing dan terpinggir. Ilmu-ilmu semasa harus ditekankan oleh pendakwah

kerana minat para mad’u cenderung untuk memperkatakan perkara yang dianggap

panas atau benda yang baru, contohnya seperti teknologi maklumat. Jesteru itu,

pendakwah harus mempelajarinya demi untuk memperkemaskan pelaksanaan

dakwahnya.

Cara Berpisah

Setiap pertemuan itu ada pula perpisahannya. Sudah menjadi pasti para pendakwah

akan melalui situasi seperti ini, kerana sebelum memulakan pertemuan pendakwah

bersedia dengan berbagai bahan untuk disampaikan kepada mad’unya, tetapi apabila

habis sahaja usaha dakwah, majlis tersebut habis begitu sahaja tanpa ada apa-apa

penyudahan atau kesimpulan, saranan dan nasihat yang boleh menyebabkan

mad’unya mengingat kembali apa yang telah disampaikan oleh pendakwah.

Sementara itu dalam dakwah materi atau topik hikmah merupakan salah satu esensi

yang sangat berharga dalam medan kehidupan, berapa jauh seorang dapat menyelami

pengertian hikmah, maka sejauh itu pula jiwa manusia akan membuka reaksi dan

emosinya tergugah. Berapa banyak seorang da’i yang memiliki pemikiran yang jernih

Page 23: Assigment PIM 3112 ( Dakwah)

tetapi akhirnya terkandas secara sia-sia. Sehingga akhirnya ia tidak memiliki pemikiran

untuk disampaikan kepada para pendengarnya. Dan ini merupakan suatu polemik di

dalam dakwah Islam dalam konteks hikmah harus diakhiri dengan sesuatu yang dapat

menyentuh. Kerana jangan sampai dakwah yang telah dibangun dengan susah payah

akan kandas akibat akhir yang tidak menyenangkan.

Selain dari itu, dakwah yang disampaikan tidak membawa kesan apa-apa atau tdak

menarik minat orang yang didakwahnya, maka lebih elok majlis tersebut ditutupkan dan

memperbaiki segala kelemahan yang ada dan jalankan proses dakwah yang kedua

dengan lebih bersedia lagi agar dakwah itu berkesan kepada pendengarnya. Firman

Allah SWT di dalam surah Al-Kafirun 1-6 yang berbunyi :

“Katakanlah (Wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!, Aku tidak akan menyembah

apa Yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) Yang Aku sembah.

Dan Aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu

beribadat seperti Aku beribadat.Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku".

Di dalam Shahih Tafsir Ibnu Katsir jilid 9 menjelaskan Rasulullah SAW berlepas diri dari

segala apa yang mereka perbuat. Kerana penyembahan itu harus mempunyai

sesembahan yang ia sembah dan melakukan ibadah yang dia tempuh kepadanya.

Rasulullah saw dan para pengikutnya menyembah Allah dengan apa yang Dia

syariatkan. Dan itulah makna kalimat Islam,  الله رسول محمد الله إال إله iaitu ال tiada

sembahan yang berhak diibadahi dengan benar kecuali Allah, dan tidak ada jalan yang

harus ditempuh untuk sampai kepadaNya kecuali melalui ajaran yang dibawa

Rasulullah saw.

Uswatun Hasanah

Dakwah dengan Uswatun Hasanah adalah dakwah dengan memberikan contoh yang

baik melalui perbuatan nyata yang sesuai dengan etika dakwah. Bahkan, Uswatun

Hasanah adalah salah satu kunci sukses dakwah Rasulullah, salah satu bukti adalah

bahawa pertama kali tiba di Madinah, yang dilakukan oleh Rasulullah adalah

membangunkan masjid Quba, mempersatukan kaum Ansar dan Muhajirin dalam ikatan

ukhwah Islamiah.

Page 24: Assigment PIM 3112 ( Dakwah)

Dakwah Bi-Lisan Al-Hal

Dakwah berasal dari kata da’a, yadu’u, dakwatan yang bermaksud memanggil,

menyeru. Kata lisan bererti bahasa sedangkan kata Al-Haal pula bermaksud hal atau

keadaan. Lisan Al-Haal mempunyai erti yang menunjukkan realiti sebenar. 

Dakwah bi-Lisan Al-Haal merupakan sebuah metode dakwah, iaitu metode dakwah

dengan menggunakan kerja nyata. Sebagai sebuah metode, dakwah dengan lisan Al-

Haal juga terikat pada prinsip-prinsip penggunaan metode seperti :

1. Hikmah 

2. Mau’idzah Hasanah. 

3. Mujadalah

Dakwah bi-Lisan Al-Haal mempunyai beberapa faktor yang mempengaruhinya seperti :

1. Tujuan dengan pelbagai jenis dan fungsinya.

2. Sasaran dakwah (masyarakat atau individu dari pelbagai segi. 

3. Situasi dan kondisi yang beraneka ragam. 

4. Media atau fasiliti yang tersedia dengan pelbagai macam kualiti dan kuantiti.

5. Keperibadian dan kemampuan da’i.

Mauidzah Al-Hasanah

Perkataan mauizah al-hasanah membawa maksud sebagai jalan untuk menyampaikan

dakwah dan uslub berdakwah bertujuan untuk mendekati bukan menjauhkan,

memudahkan bukan menyusahkan, mengasihi dan bukan menakutkan. Menurut Imam

al-Ghazali, mauizah al-hasanah adalah beberapa pengajaran dan nasihat yang

berdasarkan kepada apa  yang terkandung dalam al-Quran dan aspek perkhabaran

yang mengembirakan dan ancaman yang menakutkan kemudian disertai dengan

kesabaran dan keikhlasan dalam nasihat yang diberikan.

Jenis-jenis dakwah mauizah al-hasanah mengikut pendapat Munzier Suparta dan

Harjani Hefni (2003) telah membahagikan dakwah mauizah al-hasanah kepada :

Nasihat

Page 25: Assigment PIM 3112 ( Dakwah)

Dalam berdakwah mengajak manusia kepada akidah yang benar dan melarang mereka

mengikuti akidah yang rosak, seorang aktiviti dakwah sebaiknya lebih banyak

menggunakan metode memberi nasihat yang baik daripada metode berbantah, metode

menyanyangi dan berbelas kasih daripada metode mengingkari dan mencela. Dia

memilih metode yang disukai dan ucapan-ucapan yang beradab.

Tabsyir Wa Tandzir

Tabsyir dalam istilah dakwah adalah penyampaian dakwah yang berisi kadar-kadar

yang mengembirakan bagi orang-orang yang mengikuti dakwah. Terminologi tabsyir

dalam konteks dakwah adalah informasi, berita yang baik dan indah sehingga boleh

membuat orang gembira untuk menguatkan keimanan sekaligus sebagai sebuah

harapan dan menjadi motivasi dalam beribadah serta beramal soleh.

Tandzir menurut istilah dakwah adalah penyampaian dakwah di mana isinya berupa

peringatan terhadap manusia tentang adanya kehidupan akhirat dengan segala

konsekuensinya. Menurut penulis, tandzir adalah ungkapan yang mengandung unsur

peringatan kepada orang yang tidak beriman atau kepada orang yang melakukan

perbuatan dosa atau hanya untuk tindakan preventif agar tidak terjerumus pada

perbuatan dosa dengan bentuk ancaman berupa seksaan di hari kiamat.

Wasiat

What The Esence Of Wasiat? Inilah pertanyaan yang harus dijawab dalam membedah

apa sebenarnya inti pokok wasiat dalam dakwah? Perlu diingat kembali berawal dari

definisi wasiat pada huraian sebelumnya, bentuk-bentuk wasiat dalam Al-Quran, Al-

Hadis dan dari ulama salaf dapat disimpulkan bahawa kata wasiat mempunyai

terminologi yang universal. Wasiat adalah kata yang padat makna. Ini kerana wasiat

adalah sarana untuk mencapai tujuan dakwah. Bila dikaitkan dengan kebenaran, wasiat

adalah profil paling cemerlang untuk tegak menjaga kebenaran dan kebaikan. Bila

dikaitkan dengan kesabaran, wasiat mampu mengerakkan potensi umat untuk semakin

kuat dan tegar dalam kebenaran, dalam mencapai tujuan kesatuan perjalanan solidariti

umat dalam semangat pantang menyerah. Bila dikatakan dengan kasih sayang wasiat

adalah upaya menyebarluaskan perasaan kasih sayang dan saling mencintai sesama

Page 26: Assigment PIM 3112 ( Dakwah)

umat sehingga banggunan umat solid. Maka esensi wasiat dalam dakwah adalah :

Ucapan seseorang da’i berupa pesan penting dalam upaya mengarahkan (taujid) mad’u

tentang sesuatu yang bermanfaat dan bermuatan kebaikan. Dan persoalan-persoalan

yang disampaikan dalam wasiat berkaitan dengan sesuatu yang belum dan akan

terjadi.

Kisah

Bercerita tentang kisah-kisah yang mengandung hikmah sangat efektif untuk menarik

perhatian para mad’u yang dapat membuat imaginasi yang atas peristiwa-peristiwa

masa lampau mahupun yang akan datang, bahkan hal ini adalah merupakan pola yang

terbaik untuk dilakukan para da’i dan akan dengan mudah merasuk ke dalam jiwa para

komunikan  khusus pada anak-anak. Kerana dengan mendengar cerita seperti ini telah

dicontohkan kepada Rasulullah SAW sejak dahulu, di mana ketika beliau berdakwah,

beliau seringkali bercerita tentang kisah kaum-kaum terdahulu agar dapat diambil

hikmah dari pelajarannya.

Al-Mujadalah

Metode mujadalah dengan sebaik-baiknya menurut Imam Ghazali dalam kitabnya Ikhya Ulumuddin menegaskan agar orang-orang yang melakukan tukar fikiran itu tidak beranggapan bahawa yang satu sebagai lawan bagi yang lainnya, tetapi mereka harus menganggap bahawa para peserta mujadalah atau diskusi itu sebagai kawan yang saling tolong-menolong dalam mencapai kebenaran. Demikianlah antara lain pendapat sebahagian Mufassirin tentang tiga prinsip metode tersebut. Selain metode tersebut Nabi Muhammad Saw bersabda :

                                                                                                  “Siapa di antara kamu melihat kemungkaran, ubahlah dengan tangannya, jika tidak mampu, ubahlah dengan lisannya, jika tidak mampu, ubahlah dengan hatinya, dan yang terakhir inilah selemah-lemah iman.” (Riwayat Muslim)

Al-Hiwar

Syariat Islam bersumber dari dasar-dasar yang mulia, dimuatkan dengan moraliti yang

tinggi dan sarat dengan petunjuk luhur yang mengatur perselisihan, dialog dan

perdebatan yang terjadi di antara manusia. Syariat Islam berputar pada siklus logik

yang benar, pemikiran yang

Page 27: Assigment PIM 3112 ( Dakwah)