pjm 3112 infrastruktur sukan

16
PJM 3112 ISU-ISU DALAM SUKAN (INFRASTRUKTUR) DISEDIAKAN OLEH: Farhaliza Bt Hassim Illy Naziha Bt Sukeri Norfatihah Faezah Bt Halib Nurr Fatehana Bt Aduka PISMP MATH/PJ/PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

Upload: fatihah-faezah

Post on 13-Aug-2015

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PJM 3112 INFRASTRUKTUR SUKAN

PJM 3112ISU-ISU DALAM SUKAN

(INFRASTRUKTUR)DISEDIAKAN OLEH:Farhaliza Bt HassimIlly Naziha Bt Sukeri

Norfatihah Faezah Bt HalibNurr Fatehana Bt Aduka

PISMP MATH/PJ/PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

Page 2: PJM 3112 INFRASTRUKTUR SUKAN

INFRASTRUKTUR

Struktur asas sesuatu organisasi, sistem, dan sebagainya

Kemudahan dan perkhidmatan asas (seperti kemudahan pengangkutan, pendidikan, kesihatan dan sebagainya, bekalan kuasa elektrik, dan pelbagai kemudahan lain yang diperlukan untuk pembangunan dan pertumbuhan sesebuah negara, masyarakat, organisasi, dan sebagainya) dan prasarana.

Page 3: PJM 3112 INFRASTRUKTUR SUKAN

CONTOH INFRASTRUKTUR DALAM SUKAN

Institut Sukan NegaraStadium Gelanggang Sukan

Page 4: PJM 3112 INFRASTRUKTUR SUKAN

Untuk menjadikan sesuatu sukan itu lebih berjaya, kita perlu mempunyai lebih banyak

infrastruktur, bagaimana kita mahu maju kalau tiada banyak infrastruktur terutamanya di

peringkat akar umbi?

John Beasley

Page 5: PJM 3112 INFRASTRUKTUR SUKAN

Kekurangan infrastruktur dan fasiliti boleh mengakibatkan perjalanan latihan pemain atau pelajar dalam aktiviti sukan terganggu.

Negara kita masih kekurangan gimnasium, dan kompleks sukan bertaraf dunia.

Kita tidak membina banyak kawasan sukan seperti gelanggan tenis, badminton, bola keranjang, dan stadium bola sepak yang boleh digunakan untuk menganjurkan kejohanan bertaraf dunia juga.

Page 6: PJM 3112 INFRASTRUKTUR SUKAN

Contohnya: Pemain skuad hoki Sekolah Menengah

Tinggi Setapak, Sekolah Menengah St. John, Sekolah Menengah Convent Bukit Nanas terpaksa terpaksa mengeluarkan wang poket sendiri untuk menjalani latihan di stadium hoki yang diselia oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Hal ini kerana Stadium Hoki Kementerian Pelajaran (KPM) yang telah lama rosak tetapi masih belum diperbaiki.

Page 7: PJM 3112 INFRASTRUKTUR SUKAN
Page 8: PJM 3112 INFRASTRUKTUR SUKAN

Kita juga kekurangan jurulatih yang berkaliber, pakar pemakanan (diet), ahli fisioterapi dan pakar psikologi untuk membantu meningkatkan prestasi atlet.

Peralatan untuk latihan sudah usang dan aspek penyelenggaraan agak Iemah.

Pegawai sukan dan jurulatih kurang bersungguh-sungguh untuk merencanakan program pembangunan sukan.

Page 9: PJM 3112 INFRASTRUKTUR SUKAN

Negara kita telah digemparkan dengan runtuhnya bumbung utama Stadium Bolasepak Gong Badak, Terengganu pada 2 Jun 2009 yang lalu.

Punca utama masalah ini adalah bahan dan kualiti hasil kerja yang tidak memenuhi spesifikasi.

Menurut laporan jawatankuasa siasatan kejadian itu, faktor reka bentuk yang tidak memadai, bumbung yang tidak dibina dengan sempurna dan kawalan kualiti yang tidak dilaksanakan di tapak projek turut menyumbang kepada kejadian tersebut.

Page 10: PJM 3112 INFRASTRUKTUR SUKAN
Page 11: PJM 3112 INFRASTRUKTUR SUKAN

Ketiadaan sekolah-sekolah sukan menyebabkan negara ini tidak mampu mencungkil bakat-bakat baru atau mencari pelapis untuk ahli sukan veteran negara lalu menjejaskan kualiti mutu sukan pada jangka masa panjang pula.

Sesungguhnya, kekurangan kemudahan sukan menyebabkan rakyat negara ini tidak berpeluang untuk bermain permainan tertentu pula.

Page 12: PJM 3112 INFRASTRUKTUR SUKAN

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Page 13: PJM 3112 INFRASTRUKTUR SUKAN

1. Kementerian Pelajaran wajar memperuntukkan dana yang secukupnya untuk aktiviti sukan dan kokurikulum di sekolah-sekolah.Dasar balik ke sukan oleh kementerian

harus diterjemahkan dengan penambahan peruntukan pada Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) untuk pembinaan infrastruktur sukan seperti padang di sekolah-sekolah.

Page 14: PJM 3112 INFRASTRUKTUR SUKAN

Penyediaan infrastruktur sukan yang lengkap di samping penganjuran program-program pembangunan sukan dapat meningkatkan pembangunan sukan di peringkat sekolah dalam usaha melahirkan atlet-atlet pelapis negara.

Page 15: PJM 3112 INFRASTRUKTUR SUKAN

2. Pembinaan kemudahan sukan bertaraf antarabangsa turut dilaksanakan dengan segera kerana kemudahan sebegini memberi banyak kelebihan kepada ahli sukan negara. Infrastruktur yang moden seperti stadium

bola sepak yang besar, kolam renang bersaiz Olimpik dan trek bertaraf dunia menjadikan ahli sukan kita sudah biasa menyesuaikan diri mereka dengan suasana pertandingan yang sudah pasti akan dilakukan di luar negara tetapi dalam stadium atau balapan yang serupa.

Page 16: PJM 3112 INFRASTRUKTUR SUKAN

Latihan yang lebih kerap dan sistematik turut mampu dilaksanakan di kemudahan sukan yang bertaraf dunia ini selain memberi lebih banyak peluang kepada masyarakat untuk mencuba dan menjadi ahli sukan juga.

Maka, pembinaan lebih banyak kemudahan sukan akan membuka lebih banyak peluang kepada ahli sukan untuk meningkatkan diri lalu meninggikan kualiti sukan negara.