folio olahraga waj 3112

46
A SEJARAH OLAHRAGA A1 Sejarah olahraga di Malaysia Organisasi olahraga yang ulung pernah dicatat di Malaysia adalah di Ipoh. Persatuan Olahraga ditubuhkan adalah pada tahun 1906. Satu perkara yang luar biasa dalam pertandingan olahraga di antara 1906 hingga 1913 adalah ditajai dan dikuasai oleh beberapa kelab orang- orang Eropah dalam Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Kejohanan olahraga pada masa itu dinamakan ‘Ipoh Athletic Sports’ dan sering kali dijalankan sebagai acara sukan di negeri Perak. Oleh sebab hanya kejohanan seperti ini sahaja dijalankan, pemenang piala pusingan dianggap Johan Malaya. Di antara tahun 1914 hingga 1919, aktiviti olahraga telah dihentikan kerana Perang Dunia Pertama. Pada tahun 1920, satu mesyuarat olahraga telah diadakan di Kuala Lumpur dan keputusan untuk mengadakan pertandingan ini kepada semua peserta amatur, penduduk Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu tanpa mengira bangsa. Ini bertujuan menjadikan pertandingan-pertandingan yang dijalankan dari tahun 1920 ke atas lebih menggambarkan budaya tempatan. Kejohanan antara negeri pada masa itu dikelolakan pleh ‘Amateur Athletic of British Malaya’ . Pada tahun 1913 nama persatuan ini diubah kepada ‘Amateur Athletic Association of Malaya’ dan oleh kerana penyertaan peserta daripada Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, nama kejohanan ini ditukarkan kepada ‘championship of Malaya’. Aktiviti-aktiviti olahraga sekali lagi dihentikan akibat Perang Dunia Ke-2 di antara tahun 1940 hingga 1948. Apabila kejohanan olahraga diadakan semula, munculah 1

Upload: muhammad-hafiz

Post on 14-Aug-2015

547 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Olahraga

TRANSCRIPT

Page 1: Folio Olahraga WAJ 3112

A SEJARAH OLAHRAGA

A1 Sejarah olahraga di Malaysia

Organisasi olahraga yang ulung pernah dicatat di Malaysia adalah di Ipoh. Persatuan

Olahraga ditubuhkan adalah pada tahun 1906. Satu perkara yang luar biasa dalam

pertandingan olahraga di antara 1906 hingga 1913 adalah ditajai dan dikuasai oleh

beberapa kelab orang-orang Eropah dalam Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Kejohanan

olahraga pada masa itu dinamakan ‘Ipoh Athletic Sports’ dan sering kali dijalankan sebagai

acara sukan di negeri Perak. Oleh sebab hanya kejohanan seperti ini sahaja dijalankan,

pemenang piala pusingan dianggap Johan Malaya. Di antara tahun 1914 hingga 1919,

aktiviti olahraga telah dihentikan kerana Perang Dunia Pertama. Pada tahun 1920, satu

mesyuarat olahraga telah diadakan di Kuala Lumpur dan keputusan untuk mengadakan

pertandingan ini kepada semua peserta amatur, penduduk Negeri-Negeri Selat dan Negeri-

Negeri Melayu Bersekutu tanpa mengira bangsa. Ini bertujuan menjadikan pertandingan-

pertandingan yang dijalankan dari tahun 1920 ke atas lebih menggambarkan budaya

tempatan.

Kejohanan antara negeri pada masa itu dikelolakan pleh ‘Amateur Athletic of British

Malaya’. Pada tahun 1913 nama persatuan ini diubah kepada ‘Amateur Athletic Association

of Malaya’ dan oleh kerana penyertaan peserta daripada Negeri-Negeri Melayu Bersekutu,

nama kejohanan ini ditukarkan kepada ‘championship of Malaya’. Aktiviti-aktiviti olahraga

sekali lagi dihentikan akibat Perang Dunia Ke-2 di antara tahun 1940 hingga 1948. Apabila

kejohanan olahraga diadakan semula, munculah bakat-bakat baharu serta jaguh-jaguh

sebelum perang. Semenjak daripada itu, tempat kejohanan berpindah dari satu negeri ke

negeri lain di Semenanjung Malaysia seperti di Singapura (1950), Ipoh (1952 hingga 1955),

dan di Pulau Pinang (1956). Pada tahun 1956 perayaan Jubli Emas diadakan di Pulau

Pinang.

Pada tahun 1952, berdasarkan kepada pertubuhkan Persatuan-ppersatuan Sukan

Antarabangsa, nama persatuan ditukar kepada Federation of Malaya Amateur Athletic

Union (FMAAU). Kesatuan dianggap sebagai perbadanan antarabangsa dan digabungkan

dengan Majlis Olimpik Malaya. Pada masa yang sama cawangan Singapura menarik diri

dan menjadi satu persatuan yang berasingan. Di bawah peraturan baharu, kejohanan

1

Page 2: Folio Olahraga WAJ 3112

kebangsaan yang pertama di adakan di Serembann pada tahun 1960 dan rekod-rekod

kebangsaan diiktiraf. Pada tahun yang sama, kejohanan kebangsaan terbuka pertama

diadakan di Pulau Pinang seterusnya Melaka pada tahun 1961, dan Ipoh diadakah pada

tahun 1962. Penyertaan peserta luar Negara sangat menggalakkan. Antaranya ialah

peserta-peserta dari Singapura, Brunei, Borneo Utara British, Ceylon, Filipina, Thailand,

Indonesia, dan Australia. Kesatuan ini adalah satu perbadanan yang aktif untuk

meningkatkan mutu sukan olahraga. Bersama-sama dengan Persatuan Hoki Malaya,

kesatuan ini merasakan perlu diadakan satu perbadanan kebangsaan untuk mengajurkan

serta menyelaraskan aktiviti-aktiviti semua persatuan sukan di Malaya untuk tujuan

pertandingan di peringkat antarabangsa. Dengan kerjasama Persatuan Hoki Malaya

sebagai penaja bersama Persekutuan Majlis Olimpik Malaya (Federation of Malaya Olympic

Council) ditubuhkan.

Seperti kebanyakkan sukan dunia, cara yang paling baik dan berkesan untuk

mengembangkan dan meyelaraskan segala aktiviti termasuk olahraga menerusi persatuan.

Oleh itu adalah penting ditubuhkan persatuan-persatuan sukan mengikut peringkat tertentu.

Bagi sukan olahraga, baddan atau pertubuhan yang tertinggi untuk maksud ini ialah

Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) yang ditubuhkan pada tahun 1912.

Leahlian persatuan ini terdiri daripada persatuan-persatuan olahraga peringkat nasional

Negara masing-masing. Setiap Negara boleh bergabung dalam persekutuan ini. Negara kita

menerusi Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (MAAU) turut menganggotai persatuan ini.

A2 Sejarah olahraga antarabangsa

Pada permulaan di zaman Greek Kuno seperti yang dinyatakan oleh kebanyakan buku

sejarah, bermakna ‘olahraga’ sudah bermula sejak 3000 tahun yang lampau lagi. Oleh yang

demikian, olahraga merupakan sukan yang terawal di dunia. Antara bukti yang kukuh untuk

menegaskan perkara yang sedemikian dapat diilhat pada sejarah awal Sukan Olimpik Kuno.

Sukan itu dipercayai bermula pada tahun 776 sebelum masihi hingga kini sudah diakui

merupakan catatan awal bermulanya olahraga sebagai sukan yang merupakan acara utama

sukan tersebut.

Dengan kata lain, orang Greek sudah mengambil bahagian dalam pertandingan

olahraga, walaupun difahamkan matlamat awal mereka bukanlah menjadikan olahraga

2

Page 3: Folio Olahraga WAJ 3112

sebagai acara sukan yang dipertandingkan. Mereka lebih menganggap olahraga sebagai

satu cabagng seni yang dapat diilhat daripada peserta yang mengambil bahagian. The

Encyclopedia of Sports ada menyebut tentang olahraga yang bermula zaman Greek Kuno

dan mencatat bahawa Lompat Jauh sebagai acara pertama dipertandingkan dalam sukan

tersebut. Dari tahun 776 Sebelum Masehi, Sukan Olimpik Berjaya diadakan empat tahun

sekali sehingga 379 Sebelum Masehi. Selepas itu sukan ini tidak dapat diadakan lagi atas

Maharaja Rom iaitu, Theodosius dengan tidak menyatakan sebarang alasan. Ini

menyebabkan penduduk merasa kehilangan sesuatu. Walau bagaimanpun, mereka tetap

meneruskan aktiviti yang melibatkan larian, melompat dan melontar. Ini menyebabkan juga

mereka dapat mempamerkan kemahiran dan kebolehan mereka diadili oleh orang ramai.

Pertandingan sukan olahraga menerusi Olimpik Kuno diadakan khusus untuk penduduk

sekitar Greek, maka dengan itu tiada Negara lain yang mahu atau sanggup menerusikan

tradisi ini untuk menganjurkan sukan tersebut. Akhirnya sukan tersebut berkubur untuk

sekian lama. Hal ini berlanjutan sehingga abad Ke-19. Menjelang anad Ke-19 barulah timbul

ura-ura untuk menghidupkan semula Sukan Olimpik yang sekian lama berkubur. Di

England, olahraga Berjaya dihidupkan kembali oleh Royal Military Collage menerusi

temasya sukan yang diadakan pada tahun 1812. Perjumpaan sukan itu dianggap Berjaya.

Kejayaan kolej itu mengadakan temasya sukan olahraga telah mendorong pihak-pihak lain

untuk turut sama mengembangkan sukan ini ke merata tempat khusunya di England.

Tidak berapa selepas itu, muncul pula kelab olahraga yang pertama di dunia iaitu, Kelab

The New Guild in England. Penubuhan kelab ini jua turut mendorong kemunculan beberapa

kelab olahraga lain selepas itu. Banyak sekolah turut menggalakkan pelajar-pelajar kolej

dan universiti melibatkan diri dalam sukan olahraga. Universiti Oxforf adalah antara

beberapa universiti terawal menubuhkan pasukan olahraganya iaitu, Exeter Collage Athletic

Club yang ditubuhkan pada tahun 1850. Sesuatu yang membanggakan ialah kelab itu

masih wujud hingga ke hari ini.

Perkembangan sukan di Negara-negara Eropah khususnya di England pada abad ke-19

memang ketara termasuk sukan olahraga. Ini menjadikan penerimaan penduduk di situ

mudah untuk mempelajari dan menerima kedatangan sukan olahraga ini. Oleh itu tidak

hiaranlah dikatakan bahawa tahun-tahun 1860 an merupakan tempoh perkembangan pesat

3

Page 4: Folio Olahraga WAJ 3112

sukan olahraga di England. Sambutan penduduk setempat yang menggalakkan

memudahkan lagi perkembangan sukan ini.

Bagi meningkatkan perrkembangan sukan olahraga, kejohanan olahraga berbentuk

terbuka mula dianjurkan oleh kelab-kelab olahraga di Negara tersebut. Sekali lagi olahraga

mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan daripada penduduk di situ. Orang ramai

sudah mula meminati sukan olahraga dan turut diperkenalkan ke Amerika Syarikat dan

Kanada. Usaha untuk mengembangkan sukan ini di England diteruskan dan pada tahun

1876, Negara tersebut Berjaya mengadakan kejohanan olahraga pertama yang berberntuk

pertandingan peringkat antarabangsa. Kejohanan tersebut melibatkan Negara England dan

Ireland.

Di amerika Syarikat sukan olahraga mendapat sambutan dan pada penghujung abad

ke-19 dan awal abad ke-20 ahli-ahli oalhraganya telah menunjukkan prestasi yang

membanggakan. Sebilangan besar daripada olahragawan Amerika Syarikat Berjaya

memenangi dan menguasai banyak perjumpaan sukan yang diadakan termasuklah di luar

Amerika Syarikat. Penguasaan ahli-ahli olahraga Amerika Syarikat ini amat menonjol

sehinggakan mampu mencipta dan memecahkan rekod yang sedia ada. Walau

bagaimanpun, kebanyakkan rekod dunia ketika itu belum mendapat pengiktirafan sehingga

mengakibatkan rekod-rekod ini tidak dicatat untuk rujukan kemudiannya. Senarai pemenang

pada kebanyakan perjumpaan olahraga menunjukkan bahawa sebahagian besar adalah

peserta Amerika Syarikat. Walaupun muncul begitu ramai atlit yang mahir dalam olahraga,

namun tidak menggugat penguasaan Amerika Syarikat dalam sukan olahraga. Keadaan ini

ditambah dengan kemunculan ahli-ahli olahraga Amerika Syarikat yang berketurunan Negro

yang menunjukkan keupayaan dan prestasi yang membanggakan malah menakjubkan pula.

Perjumpaan olahraga seperti Sukan Olimpik telah menjadikan medan perjumpaan para

olahragawan dari seluruh pelusuk dunia untuk mengukur kebolehan dan keupayaan para

peserta dalam sukan olahraga. Sejak diadakan pada zaman kuno lagi, perjumpaan sukan

dianggap sebagai perjumpaan terbesar di dunia dan olahraga merupakan acara yang utama

dalam sukan tersebut. Australia dan New Zealand juga berjaya melahirkan ahli-ahli

olahraga yang memapu menandingi peserta dari negara-negara Eropah dan Amerika

Syarikat. Ahli-ahli olahraga dari Asia, Afrika, dan Amerika Selatan ketika itu masih belum

4

Page 5: Folio Olahraga WAJ 3112

mampu menggugat atau menandingi peserta-peserta itu, walaupun sukan olahraga sudah

diperkenalkan ke Negara-negara tersebut. Hanya selepas tahun 1960 an muncul peserta-

peserta dari tiga kawasan dunia ini yang mampu menandingi dan memberikan saingan.

Walaupun prestasi yang mereka tunjukkan masih belum mampu menggugat penguasaan

ahli-ahli olahraga dari ketiga-tiga rantau Afrika, Amerika Syarikat Selatan, dan Asia yang

telah menunjukan prestasi yang baik dan memenangi beberapa acara sejak kebelakangan

ini. Ini menjadikan pertandingan olahraga, khususnya menerusi Sukan Olimpik semakin

mencabar dan menarik minat orang ramai.

Kebanyakkan negara ketiga mula menubuhkan persatuan masing-masing setelah

beberapa tahun olahraga diperkenalkan ke negara mereka. Persatuan ini

bertanggungjawab sebagai badan penyelaras kepada setiap aktiviti dan kejohanan yang

diadakan dan akan disertai oleh Negara berkenaan. Persatuan ini juga bertanggungjawab

ke atas perkembangan dan kemajuan olahraga di Negara sendiri sejak tahun 1926 lagi. Apa

yang pasti ialah dengan adanya persatuan-persatuan olahraga ini telah memberi

kesempatan kepada peserta-peserta dari Negara-negara ini mengambil bahagian dalam

kejohanan dan perjumpaan olahraga yang dianjurkan oleh mana-mana persatuan yang

bergabung di dalam persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) atau anjuran

badan dunia itu sendiri.

5

Page 6: Folio Olahraga WAJ 3112

B ACARA BALAPAN

B1 Balapan 400 meter

B2 LARI PECUT

B2.1 Acara 100 meter

Terdapat beberapa gaya permulaan bagi acara pecut 100 meter yang selalu digunakan oleh

pelari-pelari iaitu seperti berikut:

Gaya Peluru

Dalam permulaan gaya peluru(bullert start) kedua-dua belah kaki diletakkan pada jarak

28 cm ke garisan belakang. Penyelidikan menunujukkan semasa tapak kaki meninggalkan

blok permulaan kecepatan (velocity) tidaklah baik. Keadaan ini memrlukan kekuatan untuk

pecutan dengan menggunakan cara ini. Oleh yang dimikian permulaan gaya peluru tidak

digalakkan bagi mereka yang baru menyertai acara pecut.

6

Page 7: Folio Olahraga WAJ 3112

Gaya Peluru (Bullert)

Gaya Sederhana (Medium)

Permulaan jenis ini merupakan yang paling baik dan selalu digunakan oleh pelari yang

bertaraf amatur. Perbezaannya ialah pada kedudukan kaki di belakang yang sederhana

mengikut keselesaan peserta.

Gaya Sederhana (Medium)

Gaya Panjang (Elogated)

7

Page 8: Folio Olahraga WAJ 3112

Dalam permulaan jenis ini, kaki di belakang diletakkan jauh ke belakang dan kaki

hadapan diletakkan berdekatan dengan garisan permulaan. Permulaan jenis ini jarang

digunakan kerana meletakkan kaki belakang jauh dari garisan permulaan, tidak dapat

memberikan keberkesanan yang tinggi semasa memulakan larian.

Gaya Panjang (Elongated)

Teknik Permulaan Dekam

Bagi ketiga-tiga gaya permulaan dekam iaitu, gaya peluru, gaya sederhana, dan gaya

panjang, terdapat empat fasa kedudukan iaitu,

1. Cara dan jarak menempatkan kaki depan.

2. Kedudukan “Ke Garisan”

3. Kedudukan “Sedia”

4. Kedudukan badan semasa pelepasan

Bagi gaya sederhana penempatan tapak kaki depan pelari menempatkan hujung tapak

kaki keduanya betul-betul di belakang garisan permulaan dan kemudian menempatkan

hujung tapak kaki keduanya betul-betul di lurah perut tapak kaki depan tadi. Seterusnya

tapak kaki depan tadi dibawa ke belakang tumit tapak kaki yang kedua dan inilah tempatnya

tapak kaki depan dalam gaya sederhana.

Penempatan tapak kaki dan lutut belakang gaya sederhana dicecah atas muka bumi

betul-betul separas dengan kaki depan. Jarak antara lutut kaki belakang dengan hujung

depan ialah jarak tiga atau empat jari tangan. Penempatan tapak tangan pelari akan

8

Page 9: Folio Olahraga WAJ 3112

mencecah hujung jari kedua-dua belah tangannya ke muka bumi dengan cara lengan

tangan agak luas sebidang bahu, tangan yang mencecah muka bumi dikilaskan ke sebelah

dan jari-jari tangan mencecah muka bumi dijarak-jarakkan dan mencecah dihujung jari

bukan di perut jari.

Semasa fasa “Ke Garisan” Kedudukan kepala ditundukkan supaya dagu peserta

menghampiri dad sendiri. Kedudukan kepala dalam kedudukan ini adalah mustahak sebab

dengan keadaan ini otot-otot di tengkuk atau leher tidak mengeras dan sudah tentu tidak

meletihkan tengkuk pelari. Kedudukan kepala dalam keadaan releks. Semasa fasa “Sedia”

pelari akan mengangkat punggungnya melebihi paras kepala sambil membawa bahunya ke

hadapan sehingga melebihi garisan permulaan. Semasa melakukan pergerakan ini, pelari

harus ingat bahawa sudut di sendi lutut kaki depan adalah lebih kurang 90 darjah dan sudut

kaki belakang pula berada lebih kurang 120 darjah. Kedudukan kepala masih lagi seperti

dalam fasa “Ke Garisan”. Tumukan semua berat badan pada hujung jari tangan.

Semasa kedudukan berlepas, pelari bergerak pantas dan lurus ke hadapan tanpa

menegakkan badan serta merta. Kedua-dua kaki menolak blok permulaan dengan kuat.

Tolakan jari tangan yang boleh untuk membantu pelepasan keseluruhan badan dari blok

permulaan. Condongkan badan dan mata tumpu pada titik 1 meter ke hadapan. Pada

permulaan larian, kaki lonjakan dibawa ke hadapan, tubuh badan direndahkan, kepala

ditundukkan sedikit, mata tertumpu pada trek, langkah permulaan pendek untuk 10 meter

pertama, dan kaki diluaskan sedikit. Semasa larian, pelari memecut dengan langkah

panjang dan cepat, lutut diangkat tinggi, tangan dihayun dengan kuat, lari di atas bebola

kaki, dan siku dirapat pada badan dan dibengkok pada sudut 90 darjah.

B2.2 Lari pecut 200 meter

Acara 200 meter adalah acara yang dilakukan dengan usaha sepenuhnya tetapi dalam

keadaan terkawal. Perbezaan yang ketara di antara acara 100 meter dengan 200 meter

adalah dalam daya ketahanan kelajuan yang boleh didefinisikan sebagai keupayaan

mengekalkan kelajuan tinggi merentasi jarak yang lebih jauh. Untuk acara 200 meter atlet

mesti memperolehi teknik larian yang  betul pada bahagian selekoh kerana jarak 100 meter

9

Page 10: Folio Olahraga WAJ 3112

yang pertama akan dilari pada bahagaian selekoh. Jika berlari di bahagian selekoh, blok-

blok mulaan akan ditempatkan berhampiran garisan luar yang membatasi lorong larian,

supaya mengikut satu trajektori permulaan yang bertangen pada selekoh; iaitu 5 – 6 meter

melepasi garisan.

Berlari  atas selekoh

I. Apabila meningkatkan kelajuan di bahagian selekoh, daya emparan (centrifugal   

force) mudah menyebabkan atlet tergelincir keluar.

II. Untuk mengatasi gaya ini, atlet akan condong ke selekoh dan memusingkan   sedikit

tubuh badan untuk mendahulukan bahu kiri.

III. Cara ini akan menolong badan atlet bergerak dalam gaya yang lebih     berkordinasi.

Berlari di lorong lurus

I. Bahagian kedua perlumbaan 200 meter, adalah berlari 100 meter pada   bahagian

lorong lurus.

II. Lebih kurang antara 80 – 120 meter dari garisan permulaan, iaitu di antara  garisan

selekoh dan bahagian lurus atlet akan mencapai puncak kelajuannya.

III. Atlet harus mengekalkan posisi larian yang betul di bahagian selekoh dengan   bahu

kiri sedikit mendahului bahu kanan supaya atlet tidak tergelincir tetapi   dapat berlari

dengan bersahaja menuju ke lorong lurus dan mengekalkan    kelajuan yang telah

dicapai.

Aktiviti yang boleh dilakukan untuk memanaskan badan di bahagian awal suatu

pelajaran olahraga. Antaranya:

I. Lari setempat, angkat lutut tinggi-tinggi dan gerakkan tangan dengan pantas. 

II. Lari Pecut sejauh 20-30 meter secara berulang-ulang. 

III. Lari sambil mengejar pasangan dan cuba cuit mana-mana bahagian badannya Sebelum

sampai di tandaan 30 meter. 

IV. Berlari anak denan pantas tukar kepada lari pecut sejauh 30-50 meter.

V. Lari kutip mata (lari ulang-alik)

10

Page 11: Folio Olahraga WAJ 3112

VI. Latihan lari sejauh 30 meter. Beri perhatian kepada pergerakan tangan, kedudukan

kepala dan sebagainya.

VII. Latihan berlari di bahagian selekoh. Condongkan badan sedikit ke dalam iaitu ke arah

lorong. Hayunkan tangan melintasi badan.

B2.3 Lari pecut 400 meter

Acara 400 meter juga diklasifikasikan sebagai lari pecut kerana ia masih memerlukan

keupayaan atlet mencapai puncak kelajuan. Dalam acara 400 meter  pelari-pelari berlari

dalam satu pusingan trek. Bagi memudahkan larian, jarak 400 meter ini dibahagikan kepada

dua peringkat iaitu 200 meter pertama dan 200 meter kedua. Pelari harus memperuntukkan

masa yang wajar untuk sesuatu peringkat jarak ini, misalnya 25 saat untuk 200 meter

pertama dan 25 saat untuk jarak 200 meter yang kedua atau masa yang sama untuk setiap

jarak 200 meter. Perancangan masa begini adalah lebih baik dibandingkan dengan masa 30

saat untuk 200 meter pertama dan 25 saat untuk 200 meter kedua.

Biasanya seseorang pelari 400 meter akan cuba mendapatkan suatu permulaan dan

larian pada selokoh pertama dengan baik, larian yang selesa pada lorong lurus yang

pertama meningkatkan kelajuan pada selekoh kedua dan akhir, diikuti dengan

meningkatkan kelajuan pada bahagian lurus terakhir sehingga ke garisan penamat. Semasa

berlari untuk acara ini, pelari harus dapat mengekalkan lariannya walaupun dalam keadaan

tertekan, sama ada daripada pelari lain atau pun daripada penonton. Kesimpulannya,

penggunaan strategi Iarian yang bersesuaian terutama sekali untuk acara pecut seperti 400

meter, adalah perlu dan penting. Sekali lagi ditegaskan bahawa adalah tidak mungkin

seorang pelari yang baik sekalipun mampu mengekalkan pada kelajuan yang sama

sepanjang jarak itu.

Teknik berlari dalam acara 400 meter

I. Teknik untuk larian 400 meter adalah berbeza dengan larian yang digunakan   oleh atlet

dalam jarak yang lebih pendek.

II. Langkah pelari 400 meter harus panjang dan kendur dengan usahanya    bertambah

secara beransur-ansur.

11

Page 12: Folio Olahraga WAJ 3112

III. Perlumbaan 400 meter bermula di atas selekoh, oleh itu tidak perlu berusaha   untuk

mendapatkan  suatu kelajuan tinggi yang tertentu dalam jarak 100 meter   yang awal.

IV. Usaha harus bertambah secara beransur-ansur supaya kelajuan maksimum  dicapai

dalam bahagian kedua di lorong lurus yang pertama (di antara 150 meter   dan 200

meter).

V. Atlet kemudiannya memasuki selekoh kedua dengan langkah terkawal.

VI. Atlet hendaklah menumpukan perhatian supaya tidak kehilangan kelajuan dan berusaha

mengekalkannya walaupun ini amat sukar dilakukan.

B2.4 Acara 100 meter lari berpagar, 110 meter lari berpagar dan 400 meter lari berpagar

Pada asasnya, lari berpagar adalah memecut melompat pagar-pagar. Tujuannya ialah

melepasi pagar-pagar dengan sedikit sahaja gangguan dalam ritma pecutan semulajadi.

Pagar-pagar hendaklah dilintasi aksi ’langkah lepas’ dan bukan dengan lompatan.

Pergerakan haruslah secara lebut sepenuhnya. Semua acara lari berpagar dijalankan di

lorong. Acara 100 meter lurus dan acara 110 meter dijalankan di lorong lurus dan acara 400

meter di jalankan di balapan 400 meter berselekoh. Jadual di bawah menunjukkan kategori

acara lari berpagar:

Lelaki Wanita

110 meter 100 meter

400 meter 400 meter

Setiap perlumbaan melibatkan 10 pagar. Tinggi pagar berbeza mengikut jarak perlumbaan.

Jadual di bawah menunjukkan ketinggian setiap pagar mengikut kategori acara:

Acara Ketinggian Pagar (cm)

110 meter (L) 106.7

100 meter (W) 84.0

400 meter (L) 91.4

400 meter (W) 76.2

12

Page 13: Folio Olahraga WAJ 3112

Had maksimum lebar pagar ialah 1.20 meter. Had maksimum panjang alasnya ialah

0.70 meter. Jumlah berat setiap pagar tidak kurang 10 kilogram. Lebar palang di atas pagar

ialah 70 milimeter. Tebal palang tersebut adalah di antara 10 hingga 25 milimeter. Palang di

atas dicat hitam dan putih jalur. Cara jalur putih adalah disebelah hujung dan lebarnya

sekurang-kurang 225 milimeter. Sepuluh pagar digunakan untuk setiap perlumbaan tetapi

jarak dari garisan permulaan ke pagar pertama, jarak antara pagar-pagar, dan jarak dari

pagar terakhir ke garisan penamat berbeza-beza untuk setiap acara. Jadual di bawah

menunjukkan jarak bagi penempatan pagar-pagar.

Acara Jarak dari permulaan ke pagar pertama

(m)

Jarak antara pagar

(m)

Jarak dari pagar terakhir ke garisan penamat

(m)

110 meter (L) 13.72 9.14 14.02

100 meter (W) 13.00 8.50 10.50

400 meter (L) 45.00 35.00 40.00

400 meter (W) 45.00 35.00 40.00

Bagi acara lari berpagar, seseorang pelari perlu menunjukkan kepantasan berlari. Di

samping itu, kelicinan berlari semasa berada antara pagar-pagar yang diletakkan dan

sewaktu melepasi pagar-pagar tersebut merupakan keperluan utama yang harus ada pada

setiapa pelari. Kelicinan ini disebut sebagai ritma. Setiap pelari bagi acara ini mestilah mahir

mengkoordinasikan perhgerakan tangan dan kaki. Badan pelari pula mestilah mempunyai

daya kelenturan yang baik. Sebagai usaha memperkenalkan acara lari berpagar ini

diperingkat awalan, jurulatih perlu mengamalkan pengajaran yang beransur maju. Cara ini

akan membantu pelari mempelajari asas-asas lari berpagar dengan cara yang

menyeronokkan dan sesuai dengan kemampuan mereka.

Sebagi langkah keselamatan bebepara perkara yang perlu diambil perhatian oleh pelari

dan juga jurulatih bagi acara lari berpagar. Berikut adalah beberapa aspek sebagai langkah

keselamatan iaitu,

I. Kesihatan

Sebelum menjalani sesi latihan, jurulatih perlu meleksanakan soal selidik

kepada atlet dar segi kesihatan fizikal dan mental

13

Page 14: Folio Olahraga WAJ 3112

Jurulatih harus memastikan sama ada beban latihan tertentu sesuai

dengan keadaan atlet.

II. Pakaian

Atlet mesti memakai pakain yang sesuai untuk larian.

Atlet memakai kasut kanvas yang sesuai untuk latihan dan selesa untuk

pergerakan tapak kaki supaya tidak mengalami kecederaan.

III. Tempat latihan

Pastikan permukaan latihan yang rata dan tidak berlopak

Pastikan tiada halangan semasa latihan dijalankan.

IV. Alatan

Gunakan alatan yang sesuai mengikut umur dan gander.

Pastikan alatan yang selamat dan boleh digunakan.

Gunakan alatan dengan cara yang betul dan bersistematik.

B3 LARI JARAK SEDERHANA

B3.1 Acara 800 meter

Teknik Larian

Teknik larian bermaksud cara seseorang pelari melakukan larian dari mula mereka

berlepas sehingga ke akhir larian itu. Pelari hendaklah mempelajari beberapa teknik larian

sebelum menghadapi sesuatu perlumbaan. Dengan mengetahui beberapa teknik larian,

peserta mudah dapat menyesuaikan diri ketika perlumbaan serta dapat pula menandingi

atau mengatasi peserta lain yang mempunyai teknik yang sama.

Permulaan

Sebelum memulakan larian, peserta diundi untuk menentukan lorong yang akan mereka

gunakan pada pusingan pertama larian. Selepas lorong ditentukan, mereka akan ke tempat

permulaan mengikut lorong masing-masing. Larian pertama mengikut lorong ini hanya untuk

keseluruhan pusingan pertama dan pusingan kedua. Sebaliknya mereka dibolehkan

memasuki lorong paling dalam untuk meneruskan larian.

14

Page 15: Folio Olahraga WAJ 3112

Apabila pelari melepasi 100 meter pertama dalam pusingan kedua, mereka akan

memotong masuk ke lorong pertama. Di sini semua peserta akan berusaha masuk ke

lorong paling dalam sehingga adakalanya berlaku perebutan lorong antara pelari.

Permulaan akan dilakukan oleh pegawai pelepas di tempat permulaan dengan arahan ;Ke

garisan” diikuti dengan arahan ‘Sedia’ serta tembakan pistol menandakan peserta boleh

memulakan larian. Kebanyakkan peserta menggunakan gaya berdiri kerana mereka tidak

perlu membuat lonjakan atau permulaan yang pantas seperti dalam acara pecut.

Semasa Larian

Dengan menggunakan permulaan cara berdiri memberi peluang kepada kaki pelari

untuk diletakkan paling dekat dengan garisan permulaan dan tangan dapat bergerak bebas

serentak dengan pergerakan kaki. Unsur dan teknik larian bergantung kepada bentuk badan

serta kekuatan ayunan kaki dan tangan pelari.

Kombinasi antara ayunan kaki hingga ke bahagian punggung akan memberi kelebihan

dan kekuatan untuk bergerak dengan lebih pantas, walaupun ayunan ini masih bergantung

kepada kelenturan pelari. Mengangkat kaki dengan baik dan menghasilkan suatu sudut

antara paha kaki yang akan menghasilkan jarak jangkauan kaki tanpa melangkah terlalu

jauh. Untuk membantu mempercepatkan pusingan dan jangkauan kaki, dada mestilah

dalam kedudukan mendepan dengan lengan menghayun supaya dapat memberikan kuasa

yang lebih kepada keseluruhan badan.

Semasa pelari menukar kaki, sebaik-baiknya tapak kaki pelari hendaklah menyentuh

balapan pada masa yang sama supaya tenaga dapat dijimatkan. Pelari hendaklah tidak

menggunakan hujung kaki atau tumit semata-mata. Dalam acara jarak sederhana prinsip

penjimatan tenaga amat penting. Oleh kerana tenaga simpanan yang banyak diperlukan

kemudiannya boleh digunakan untuk melakukan pecutan atau meningkatkan kelajuan

terutama pada peringkat akhir larian. Semasa larian, kedudukan badan pelari hendaklah

dalam keadaan lurus dengan kepala pada kedudukan selari dengan torso serta dalam

situasi menegak dan seimbang.

Menamatkan larian

15

Page 16: Folio Olahraga WAJ 3112

Sudah tentu matlamat seseorang pelari akan menamatkan larian sejauh dua pusingan

balapan sersaiz 400 meter. Dengan menggunakan tektik yang betul dan bersesuaian

dengan keupayaan sendiri, pelari dapat menamatkan lariannya dengan baik dan mencatat

masa yang terbaik.Cara menamatkan larian adalah dengan menolak ke hadapan bahagian

torso utnuk mencecah pita atau tali penamat terlebih dahulu daripada pelumba lain.

B3.2 Acara 1500 meter

Acara 1500 meter adalah tergolong sebagai acara lari jarak sederhana. Mengikut IAAF,

acara ini lebih sesuai digolongkan sebagai acara lari jarak sederhana walaupun banyak

pihak beranggapan bahawa acara 1500 meter dikategorikan acara larian jarak jauh. Jarak

acara ini ialah tiga pusingan balapan 400 meter dan diikuti dengan jarak 300 meter lagi. Ini

bermakna pelari dikehendaki berlari sejauh 3 ¾ pusingan balapan. Permulaannya ialah

pada akhir selekoh pertama balapan. Acara ini disertai oleh lelaki dan wanita.

Latihan yang intensif dan konsisten amat penting bagi mereka yang ingin mengambil

bahagian dalam acara ini dan sesuatu yang tidak mudah dijangkakan untuk mencapai tahap

kecergasan dan ketahanan yang tinggi untuk berlari pada jarak sebegini. Kaedah larian

yang progresif harus dilakukan untuk mencapai kemenangan. Pelari harus melalui latihan

yang lama dan bersistem supaya jantung, paru-paru, dan otot dapat dilazimkan bagi

memperoleh keperluan oksigen apabila kadar larian ditingkatkan.

Aturan dan cara larian adalah seperti berikut:

1. Pelari akan berlari sejumlah 3 ¾ pusingan balapan 400 meter yang bermula pada

akhir selekoh pertama balapan.

2. Pelari akan berlari tanpa mengikut lorong dari mula hingga ke akhir perlumbaan.

3. Pelari tidak dibenarkan keluar meninggalkan balapan sebelum menamatkan larian,

cuba menghalang pelari lain atau merempuh pelari lain ketika berlari.

4. Pelari hendaklah mula berlari setelah isyarat dan arahan diberikan oleh pegawai

pelepas.

5. Pegawai perlumbaan akan memberi isyarat apabila pelari mempunyai baki satu

pusingan lariannya.

16

Page 17: Folio Olahraga WAJ 3112

6. Pelari hendaklah mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang ditetapkan

dan keputusan yang dicapai dan disahkan oleh pegawai perlumbaan adalah

muktamat.

7. Pelari tidak dibenarkan menggunakan sebarang alat bantu atau bahan-bahan

penguat yang dilarang oleh IAAF.

Teknik permulaan larian

Biasanya peserta-peserta yang dipilih ke perlumbaan akhir dalam acara ini dalam

kebanyakan perjumpaan olahraga, dipilih menerusi sarigan dan separuh akhir. Bilangan

peserta dihadkan kepada 12 hingga 20 peserta sahaja. Setiap peserta akan memulakan

perlumbaan pada selekoh kedua balapan 400 meter iaitu, pada garisan melengkung yang

disediakan. Mereka akan berbaris sepanjang garisan permulaan sementara menantikan

isyarat permulaan daripada pegawai pelepas. Kesusukan peserta ditentukan melalui unsian

berdasarkan nombor dan bukan lorong. Peserta dengan nombor sedikit ditempatkan pada

kedudukan paling dalam dan diikuti dengan nombor berikutnya.

Pelari akan menggunakan permulaan gaya berdiri dan tanpa menggunakan blok

permulaan. Sebaik sahaja tembakan dilepaskan, semua pelari akan cuba memasuki lorong

paling dalam bagi memebolehkan mereka berlari di bahagian dalam balapan. Jika berlari di

bahagian luar, peserta harus berlari lurus dan deras ke hadapan untuk suatu jarak tertentu,

lalu memotong untuk memasuki lorong dalam apabila ada kesempatan berbuat demikian.

Teknik semasa larian

Perkara utama yang harus diberikan perhatian oleh pelari 1500 meter ialah berlari

mengikut rentak dan keupayaan sendiri serta pernacangan yang dikehedaki. Walaupun

kadang-kadang pelari terpengaruh atau terikut-ikut dengan rentak larian peserta lain, tetapi

seboleh mungkin pelari hendaklah mengikut rentak larian sendiri. Dalam acara ini sesuatu

perkara lain juga diberikan perhatian iaitu, penjimatan tenaga semasa berlari. Ini bermakna

pelari harus berlari tanpa mengeluarkan tenaga dengan sia-sia. Oleh sebab pelari terpaksa

berlari hampir empat pusingan dan pada kepantasan yang agak tinggi, setiap tenaga

hendaklah digunakan dengan betul.

Sebagai panduan umum, perkembangan atau peringkat dalam larian 1500 meter ini

boleh dibahagikan seperti berikut:

17

Page 18: Folio Olahraga WAJ 3112

1. Permulaan yang baik serta kedudukan yang baik.

2. Pergerakan dan langkah kaki yang betul.

3. Penyimpanan daya dan tenaga mengikut jarak larian.

4. Jangan biarkan pelari lain berada jauh di hadapan.

Gerakan atau langkah kaki ke hadapan sedikit daripada titik graviti, manakala pergerakan

kaki ke belakang hendaklah pada kejaluan yang lebih atau sama dengan pergerakan badan

ke hadapan. Kedudukan kaki hendaklah dalam keadaan lurus dengan menekankan kepada

pendaratan pada seluruh tapak kaki supaya keseimbangan badan dapat diwujudkan. Ketika

berlari, sokongan diperoleh daripada tumit yang menyentuh balapan manakala ketika

memulakan permulaan, otot kaki hendaklah ditegangkan, pergelagan kaki dilebarkan atau

ditekankan dengan jari-jari kaki untuk memberi keseimbangan yang lebih. Sebaik sahaja

kaki menyentuh balapan, jari-jari kaki digunakan untuk menolak badan ke hadapan. Jarak

langkauan serta kekerapan akan menentukan kederasan larian. Jumlah langkah dalam satu

saat juga penting dalam kelajuan. Jarak langkah bergantung kepada sudut, kelajuan, dan

ketinggian projeksi pertengahan titik graviti.

B4 LARI JARAK JAUH

B4.1 Acara 5000 meter

Acara lari jarak jauh 5000 meter dijalankan dalam 12 1/2 pusingan balapan 400

meter. Ini bermakna pelari akan berlari sejauh 5 kilometer. Oleh sebab jumlah keseluruhan

pusingan ialah 12 ½ pusingan, ini bermakna untuk acara ini ialah pada tempat permulaan

200 meter, tetapi garisan permulaan tidaklah seperti dalam acara 200 meter.

Aturan dan cara larian

Pelari akan berlari sebanyak 12 ½ pusingan balapan bersaiz 400 meter.

Pelari akan berlari tanpa mengikut lorong tertentu.

Pelari hendaklah berlari dari mula hingga tamat larian untuk menangi sebarang

kedudukan. Pelari yang menarik diri dikira batal dan terkeluar daripada perlumbaan.

Pelari dibenarkan berjalan sebentar jika perlu dan kemudian meneruskan larian,

tetapi dia mesti berada di dalam balapan dan tidak menggangu pelari lain.

Pegawai perlumbaan akan membunyikan isyarat 9 biasanya loceng atau siren

apabila pelari mempunyai baki satu pusingan lagi untuk menamatkan lariannya.

18

Page 19: Folio Olahraga WAJ 3112

Pelari boleh berlari sama ada dengan memakai kasut, spikes atau tanpa berkasut

tetapi pastikan kasut itu tidak mendatangkan masalah atau kemungkinan mendapat

kecederaan.

Pelari hendaklah berlari dengan mematuhi aturan dan undang-undang yang

ditetapkan oleh IAAF.

Pelari tidak dibenarkan melakukan sesuatu kepada pelari lain dengan niat untuk

menghalangnya berlari, mecederakan atau membatalkan lariannya. Pegawai

perlumbaan akan memberikan isyarat batal jika terdapat pelari yang bertindak

sedemikian.

Permulaan larian

Semua pelari akan memulakan acara ini dengan menggunakan gaya berdiri .

Apabila terlalu ramai yang layak untuk mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut,

mereka akan melalui peringkat saringan. Semua pelari akan beratur di hadapan garisan

permulaan dengan memakai pakaian dan perlalatan yang sesuai. Pegawai pencatat

pusingan diperlukan untuk setiap peserta atau beberapa peserta tertentu. Mereka akan

mencatat setiap pusingan yang telah dilepasi oleh setiap pelari supaya tidak ada pelari yang

berlari dengan jumlah pusingan yang berkurangan daripada yang lain tetapi memenangi

perlumbaan itu.

Pelari akan cuba memasuki lorong paling dalam untuk berlari sebaik sahaja

permulaan dilakukan oleh pegawai pelepas. Ini bertujuan mengelakkan diri daripada berlari

pada jarak yang jauh sedikit jika terus di lorong luar serta untuk mengelakkan diri daripada

gangguan peserta lain semasa berlari. Pelari seboleh mungkin hendaklah berusaha

mengelakkan diri daripada kumpulan pelari yang ramai. Sebaik-baiknya hendaklah

mengekori pelari di hadapan pada jarak yang tidak terlalu jauh dan mengelakkan larian di

samping menyimpan tenaga untuk membuat pecutan pada peringkat akhir larian. Sekiranya

tidak terdaya memecut, memadai jika pelari dapat meningkatkan kelajuannya untuk

mencapai garisan penamat.

B5 BERPASUKAN ACARA 4 X 100 METER DAN 4 X400 METER

Bagi acara 4 X 100 meter dan 4 X 400 meter disertai oleh peserta lelaki dan wanita.

Pada prinsipnya, seorang pelari akan berlari pada jarak yang sama dalam larian yang

19

Page 20: Folio Olahraga WAJ 3112

sebenar terdapat perbezaan jarak larian dala kalangan emapt pelari terlibat kerana

wujudnya pertukaran baton iaitu, terdapat pelari yang berlari pada jarak yang lebih jauh atau

dekat daripada yang lain. Objektif lari berganti-ganti ialah membawa baton dari tempat

permulaan sehingga tamat menerusi empat orang peserta secepat mungkin. Perkara

penting yang menjadi faktor utama dalam menentukan kejayaan dalam acara ini ialah

persefahaman antara pelari dalam pasukan.

Bagi acara 4 X 100 meter dan 4 X 400 meter alatan yang digunakan ialah blok

permulaan, baton, pakaian sukan, kasut spike. Saiz baton ialah berdiameter 38 mm dan

panjang antara 28 hingga 30 cm. Pemilihan pelari bagi acara 4 X 100 meter dan 4 X 400

meter adalah berdasarkan kepada berikut:

Pelari pertama

Pelari pertama mestilah mempunyai permulaan yang baik sambil tangan memegang

baton dan berkeupayaan berlari pada selekoh. Kebiasaanya pelari pertama adalah pelari

kedua terbaik dalam pasukan. Ketiga-tiga aspek ini penting kerana dibandingkan dengan

pelari yang lain, pelari pertama akan berlari lebih jauh bersama baton.

Pelari kedua

Pelari ini hendaklah berkeupayan berlari dengan pantas pada garisan lurus. Pelari

itu juga mestilah bijak dari segi menerima dan menghantar baton. Selalunya, jika pelari

pertama membawa baton pada tangan kanan, pelari kedua hendaklah cuba menerima

baton pada tangan kiri atau sebaliknya.

Pelari ketiga

Kriteria utama pelari ketiga ini ialah kebolehan dan kemampuan berlari di selekoh

dan menerima baton menggunakan tangan kanan jika pelari kedua memberinya

menggunakan tangan kiri atau sebaliknya. Dari segi keupayaan, kebiasaanya pelari ketiga

terpantas dalam pasukan.

20

Page 21: Folio Olahraga WAJ 3112

Pelari keempat atau terakhir

Pelari akhir biasanya merupakan pelari terpantas dalam satu pasukan kerana pada

bahunya terletak keputusan yang bakal dicapai oleh sesebuah pasukan lari berganti-ganti 4

X 100 meter dan 4 X 400 meter. Pelari ini harus berkebolehan berlari di garisan lurus.

Walau bagaimanapun dari segi jarak larian sebenar pelari terakhir adalah terpendek larian,

namum dari segi kepantasan dan kelajuan adalah penting.

Jarak larian oleh keempat pelari acara 4 X 100 meter adalah tidak sama, tetapi bagi

acara 4 X 400 meter jarak larian bagi keempat pelari hamper sama. Bagi acara 4 X 100

meter jika pertukaran baton dilakukan selepas atau di luar zon pertengahan pertukaran

baton, maka setiap pelari akan berlari pada jarak berikut:

Pelari Jarak larian (m) Jarak larian dengan baton (m)

1 101.5 101.5

2 121.5 99.0

3 121.5 99.0

4 120.0 97.5

Baton perlu dipegang oleh pelari sama ada untuk permulaan larian ataupun semasa

berlari. Pelari hendaklah memastikan baton dipegang dengan kemas, selesa, dan tidak

menghalang pelari lain dari berlari dan dapat diberikan kepada pelari lain dalam

pasukannya dengan baik. Gaya permulaan memegang baton ialah baton boleh dipegang

dalam beberapa cara mengikut keselesaan pelari berkenaan. Bagi pelari pertama yang

akan memulakan larian, cara memegang yang sering digunakan. Semasa berlari baton

dipegang kejap (kuat) di pangkal baton yang berdekatan dengan tangan. Hanya pelari

pertama terlibat dalam kedudukan permulaan. Kebiasaanya pelari pertama menggunakan

permulaan gaya dekam dan memegang baton . Pelari-pelari lain hanya berlari pada

kedudukan atau dalam kawasan masing-masing menggunakan permulaan gaya berdiri.

Cara menukar baton ialah baton yang digenggam itu mestilah pelari menghabiskan satu

pusingan larian iaitu, 400 meter secara bergilir-gilir dalam jarak 100 meter bagi setiap

peserta. Dalam acara ini, kelancaran pertukaran amat membantu dalam pencapaian larian

pasukan itu. Terdapat dua cara menukar baton iaitu,

21

Page 22: Folio Olahraga WAJ 3112

I. Hantaran dari atas ke bawah ( Downsweep)

Cara ini adalah paling pantas dan sering digunakan. Risikonya jika tidak diberi dengan

betul dan tepat, baton akan mudah terjatuh. Jika pelari pertama membawa baton dengan

tangan kanan, maka pelari kedua akan memecut dari sebelah kanan lorongnya. Sambil

berlari pelari akan membuka tapak tangan atau menadah untuk menerima baton. Pelari

pertama hendaklah memberi isyarat untuk pelari kedua mengangkat dan membuka

tangannya.

Hantaran baton dari atas ke bawah

Pelari pertama akan memberi baton dengan pergerakan tangan dari atas ke bawah atau

secara memukul tapak tangan pelari kedua. Pelari kedua akan membawa baton dengan

tangan kiri dan memberi kepada pelari ketiga dengan tangan kiri. Pelari ketiga pula akan

membawa baton pada tangan kanan dan akan memberi kepada pelari keempat yang akan

menerima baton dengan tangan kiri untuk memecut ke garisan penamat.

II. Hantaran dari bawah ke atas (Upsweep)

Cara ini adalah kurang risikonya, tetapi memerlukan persefahaman yang baik antara

penghantar dan penerima menjadikan hantaran menarik dan pantas. Jika pelari pertama

membawa baton dengan tangan kanan, maka pelari kedua akan menerima dengan tangan

kiri. Diikuti pula pelari ketiga akan menerima dengan tangan kanan dan pelari keempat akan

menerima dengan tangan kiri dan memecut. Pelari pertama, kedua, dan ketiga akan

memberi baton dengan pergerakan tangan dari bawah ke atas. Pelari yang menerima baton

akan menghulurkan tangan sambil membuka tapak tangan menghala ke bawah.

22

Page 23: Folio Olahraga WAJ 3112

Hantaran dari bawah ke atas

Zon pertukaran baton bagi acara 4 X 100 meter dan 4 X 400 meter berada dalam

balapan berukuran 400 meter. Pelari pertama dari setiap pasukan memulakan perlumbaan

daripada garisan permulan yang diatur secara berganjak. Pelari di selekoh akan

menghantar kepada pelari kedua dalam pasukannya. Prosedur ini dilakukan daripada pelari

kedua kepada pelari ketiga dan akhirnya kepada pelari keempat yang akan menamatkan

larian. Di setiap jarak 100 meter, 200 meter, dan 300 meter dibalapan 400 meter ditandakan

tiga zon pertukaran baton. Setiap zon berukuran 20 meter panjang. Baton mesti bertukar

tangan antara dua pelari di dalam zon tersebut. Satu zon lagi yang dipanggil zon pemecutan

ditanda pada 10 meter dibelakang zon pertukaran baton. Pelari yang akan menerima baton

boleh mula berlari dalam zon pemecutan tetapi baton mesti diterima di dalam zon

pertukaran baton.

C ACARA PADANG

C1 Lompat jauh

Lompat jauh merupakan salah satu daripada acara Sukan Olimpik yang tertua. Pada

asalnya acara ini dilakukan dari posisi berdiri dan dipanggil lompat jauh setempat(Standing

23

Page 24: Folio Olahraga WAJ 3112

Long Jump). Jarak yang dicapai oleh atlet dalam acara lompat jauh bergantung kepada

kelajuan permulaan lompatan, sudut peluncuran, pusat graviti, ketinggian lompatan, dan

posisi mendarat. Atlet haruslah membuat lompatan dengan kelajuan terpantas dengan

menggunakan kaki hadapan seberapa dekat yang boleh ke sebelah depan papan lonjakan.

Jika kaki lonjakan atlet melepasi tepi sebelah depan papan lonjakan, lompatan itu tidak

akan dikira walaupun sejauh mana sekalipun lompatan itu. Lompatan yang sah akan diukur

daripada tepi papan lonjakan ke tanda yang dibuat oleh atlet dalam tambak yang terdekat

dengan papan lonjakan. Untuk mencapai jarak yang terbaik antara papan lonjak dan tanda

mendarat di pasir, atlet haruslah cuba mendarat dengan menggunakan kaki mendahului

badannya seberapa jauh yang boleh tanpa menyebabkan dia terjatuh ke belakang.

Data-data teknik lompat jauh

I. Landas Lari

Panjang maksimum landas lari ialah 40 meter. Lebar minimum landas lari ialah 1.22

meter dan maksimum ialah 1.25 m. Landas lari hendaklah ditanda dengan garisan 50 cm

lebar.

II. Papan lonjak

Papan lonjak hendaklah ditandakan dengan papan yang ditanam parasnya sama

dengan landas lari dan kawasan mendarat. Pinggir papan yang berhampiran dengan

kawasan mendarat dipanggil garisan melonjak. Di tepi papan lonjak berhampiran dengan

kawasan mendarat hendaklah diletak tanah liat untuk menentukan bekas tapak kaki peserta

sama ada ia telah gagal dengan lompatannya.

Jika tidak dapat menyediakan peralatan tersebut hendaklah ditabur dengan tanah

lembik atau pasir seluas 100 mm dengan sudut 30 darjah. Jarak antara papan lonjak

dengan hujung kawasan mendarat ialah sekurang-kurangnya 10 meter. Papan lonjak

hendaklah ditempatkan antara 1 hingga 3 meter dengan tepi kawasan mendarat yang

berhampiran dengannya. Pembentukkan papan lonjak mesti diperbuat daripada kayu atau

bahan tegar yang sesuai dengan ukuran 1.21 hingga 1.22 meter panjang, 198 mm hingga

202 mm lebar dan maksimum 100 mm dalam papan itu mesti dicat dengan cat putih.

III. Kawasan mendarat

24

Page 25: Folio Olahraga WAJ 3112

Lebar kawasan mendarat ialah 2.75 mm ukuran minimum dan 3 meter ukuran

maksimum. Sekiranya boleh diletakkan di hujung tengah tengah landas lari dan jika landas

lari itu dipanjangkan. Kawasan mendarat diisikan dengan apsir lembut yang lembab supaya

permukaan separas dengan papan lonjak.

C2 Lompat tinggi

Lompat tinggi merupakan salah satu acara padang yang dipertandingkan dalam sukan

olahraga. Acara ini disertai oleh peserta lelaki dan wanita. Dipercayai bahawa acara ini telah

dimulakan pada acara olimpik kuno dan mendapati acara ini diminati ramai. Ia mula

dipertandingkan dalam Sukan Olimpik tahun 1896 di England. Dalam acara ini, sekiranya

peserta gagal untuk melepasi ketinggian palang selepas membuat lompatan tiga kali

berturut-turut dalam percubaannya, maka penyertaannya dianggap batal dan bagi peserta

terakhir sekali berhenti atau pembatalannya terakhir dianggap pemenang. Acara lompat

tinggi memerlukaan kebolehan semualjadi seseorang meliputi aspek fizikal dan mental.

Acara lompat tinggi memerlukan koordinasi yang baik antara pergerakan dan tumpuan

pemerhatian.

Dari masa ke semasa, terdapat banyak perubahan dari segi teknik lompat tinggi.

Perubahan ini dilakukan untuk mendapatkan lompatan yang lebih baik di samping untuk

mengelakkan diri daripada kecederaan. Perubahan yang paling nyata ialah gaya atauteknik

lompatan. Gaya yang pertama diperkenalkan dan digunakan untuk sekian lama ialah gaya

gunting (Scissors Style) dan diikuti dengan Gaya Timur. Selepas itu diperkenalkan Gaya

Guling Barat (Western Roll), Plana (Straddle), dan Gaya Lentang (Flop).

Pada awal acara lompat tinggi, lompatan static digunakan. Gaya ini digunakan dalam

peringkat awal Sukan Olimpik. Gaya Gunting mula diperkenalkan oleh peserta dari Asia.

Gaya Plana pula diperkenalkan oeh peserta dari Eropah, dan Gaya lentang diperkenalkan

oleh peserta dari Amerika Syarikat. Pada tahun 1968, seorang atlet lompat tinggi dari

Amerika Syarikat, Dick Fosbury telah memperkenalkan satu gaya baharu lompat tinggi yang

membolehkannya memenangi pingat emas sukan Olimpik di Mexcio. Gaya yang beliau

gunakan ialah gaya lentang yang kelihatan lebih menarik. Sejak itu gaya tersebut semakin

popular dan diminati. Gaya itu kini digunakan olet atlet-atlet lompat tinggi di seluruh dunia.

Mengambil sempena nama pengasas gaya tersebut iaitu, Dick Fosbury, gaya lompatan

tersebut dikenali sebagai lompatan Fosbury atau Fosbury Flop.

25

Page 26: Folio Olahraga WAJ 3112

Teknik Gaya Lentang (Fosbury Flop)

Lompatan gaya ini sangat sesuai untuk atlet lompat tinggi yang mempunyai larian yang

pantas tetapi kurang daya lonjakan kaki. Dari kajian yang dibuat oleh pakar-pakar

menunjukkan penggunaan daya untuk melonjak adalah selama 0.14 saat untuk gaya

lentang berbanding 0.22 saat untuk gaya plana. Dalam melakukan gaya Fosbury Flop ini

terdapat empat fasa yang perlu oleh seseorang pelompat iaitu,

I. Fasa penujuan (larian landas)

Fasa penujuan adalah sangat penting untuk mendapatkan lompatan yang sempurna.

Dalam fasa ini, peserta membuat larian untuk memperolehi daya yang tinggi untuk

membuat lonjakan. Jarak larian untuk membuat lompatan bergantung kepada ketinggian

peserta dan keberkesanannya membuat lonjakan. Disebabkan dalam gaya ini peserta akan

melompat secara membelakagi palng lompatan, maka teknik larian juga berbeza dari gaya

plana. Corak larian pada kebiasannya adalah berbentuk garisan lengkung.

Larian yang mengikut lengkungan akan menghasilkan daya centrifugal iaitu, daya

cenderung untuk keluar dari pusat putaran. Daya ini akan membantu melempar badan

peserta ke atas palang apabila membuat lonjakan. Jejari lengkungan (jika menjadi bulatan)

ketika mengambil larian biasanya lebih kuran 6 meter. Saiz jejari lengkungan ini adalah

bergantung kepada ketinggian peserta dan kebiasannya berlari pada jarak tersebut.

Kebiasaannya pelompat mengukr tujuh hingga Sembilan langkah larian. Peserta

biasanya mengukur jumlah langkah dengan mengira langkahnya sambil berlari bermula dari

tempat permulaan lonjakan di hadapan palang. Kaki yang digunakan untuk melonjak

hendaklah diletakkan pada tanda permulaan lengkungan. Setelah hamper kepada

lengkungan kedua, hendaklah menambahkan kelajuan untuk melompat. Larian melengkung

ini yang menyediakan pelompat melepasi palang bahagian dahulu.

Fasa lonjakan

Apabila pelompat berada tiga atau empat langkah sebelum mula melonjak serta sudah

ada tendersi untuk melayang bada ke atas palag maka pengukuhan posisi badan dan gaya

berlari digabungkan bersama. Apabila hamper dengan tempat untuk melonjak, kaki yang

akan melonjak seharusnya berada pada posisi selari dengan palang lompatan. Keadaan ini

26

Page 27: Folio Olahraga WAJ 3112

akan menempatkan badan peserta di posisi yang baik untuk mengelakkan badan daripada

terkena palang apabila sudah melompat.

Gaya tangan sangat penting untuk membantu mengangkat badan pelompat ketika

melompat. Gaya ini hampir serupa seperti gaya plana. Ketika pelompat bergerak di langkah

terakhir larian, kedua belah tangan dihayunkan ke belakang. Peserta akan memulakan

pergerakan melompat dengan membawa kaki belakang ke hadapan serta mengangkat

peha selari dengan permukaan gelanggang. Kaki hadapan (Kaki yang dominan digunakan

untuk melonjak) mula menujah badan ke atas. Tangan dihulurkan ke atas untuk memandu

atau mengawal pergerakan ke atas palang.

Fasa layangan

Selepas keseluruhan badan telah dilonjak ke atas, pelompat akan mencuba melentikkan

badannya untuk melepasi palang. Kedua-dua belah tangan diluruskan selari dengan rusuk

badan. Kaki dibiarkan bebas untuk memudahkan pelompat melenturkan badan iaitu,

bahagian pinggang. Lenturan atau lentikan badan ini akan membantu bahagian punggung

pelompat melepasi palang. Ketika ini badan pelompat berbentuk huruf ‘J’. Apabila badan

mula mendarat, pelompat akan menarik lutut ke hadapan di mana kedua belah kaki

diluruskan ke atas. Pergerakan ini perlu pantas dan berterusan dengan pendaratan ke tilam

mendarat. Ini adalah penting megelakkan bahagian betis dan tumit daripada terkena palang

dan ia juga sebagai persediaan untuk pendaratan.

Fasa pendaratan

Serentak dengan mengangkat kaki ke atas, pelompat menarik kepala dan dadanya kea

rah kaki. Kedua-dua belah tangan diangkat ke atas dan pelompat mendarat di atas

bahagian belakangnya.

C3 Lontar peluru

Sebagai acara padang dalam sukan olahraga, lontar peluru terus menjadi salah satu

acara dipertandingkan dalam kebanyakkan kejohanan olahraga. Acara lontar peluru disertai

27

Page 28: Folio Olahraga WAJ 3112

oleh peserta lelaki dan wanita. Lontar peluru merupakan acara lontaran yang paling mudah

dilakukan berbanding dengan tiga acara lontaran yang lain. Walaupun sebilangan besar

daripada peserta dan pemenang acara ini pada peringkat antarabangsa, terdiri daripada

peserta yang berbadan besar, tegap, dan berat tetapi ini bukanlah sesuatu yang menjadi

syarat utama untuk menentukan kejayaan seseorang dalam acara ini. Pelontar peluru

haruslah mampu mengenal pasti dan mengaplikasikan teknik dan gaya lontaran yang baik

yang diperolehi melalui latihan yang bersistematik di bawah pengawasan jurulatih khusu

acara ini.

Lontar peluru yang merupakan satu lagi acara lontaran dalam suakn olahraga diadakan

dengan menggunakan perlatan tertentu dan di dalam kawasan khas yang disediakan di

kawasan yang bebas daripada sebarang halangan atau gangguan. Dalam melaksanakan

acara ini, peserta serta pegawai pertandingan harus juga memberikan perhatian pada

keselamatan sama ada kepada peserta itu sendiri atau peserta lain.

Berat bagi setiap peluru adalah mengikut kategori seperti jadual di bawah:

Kategori Berat (kg)

Lelaki 7.265

Wanita 4.005

Bulatan peluru mestilah diperbuat daripada gelung besi, keluli dan bahagian atasnya

sama rata dengan tanah di luar. Bahagian dalam bulatan dibuat dengan simen atau bahan

yang kukuh dan tidak licin. Permukaan bulatan ini mestilah rata dan 14 mm hingga 26 mm

ke bawah pada bahagian ke atas gelung besi bulatan. Bulatan yang boleh diubah dengan

spesifikasi di atas boleh digunakan.

Kawasan lontaran peluru disediakan khas bagi membolehkan setiap peserta acara ini

melakukan lontaran. Kawasan ini berbentuk bulat dipagari oleh garisan sekelilingnya

setabal 5 cm. Saiz bulatan ialah 2.135 pada diameter yang diukur dari sebelah luar garisan

seperti gambarajah di bawah. Pada bahagian hadapan bulatan lontaran ini disangkan

papan penahan untuk menentukan sama ada kaki peserta menyentuh ataupun melepasi

papan penahan yang mengakibatkan lontarannya akan dibatalkan.

28

5 cm

Page 29: Folio Olahraga WAJ 3112

29

40 darjah2.13 m

75 cm

Page 30: Folio Olahraga WAJ 3112

Sektor kawasan lontar peluru hendaklah mengandungi serbuk abu, rumput dan bahan

yang sesuai yang boleh meninggalkan tanda peluru yang mendarat. Kebenaran curam ke

maksimum ke bawah, kearah lontaran bagi kawasan mendarat adalah tidak melebihi

1:1000. Kawasan mendarat hendaklah ditandai dengan dua garisan putih 50mm lebar, Dua

garisan ini jika diteruskan akan bertemu betul-betul di pusat bulatan lontaran yang bersudut

40 darjah. Bendera atau penanda mungkin disediakan untuk menanda lontaran terbaik

setiap peserta dan ini akan diletakkan di sepanjang dan di luar garisan sektor. Bendera

digunakan untuk menanda jarak.

Untuk menentukan jarak lontaran yang dibuat, jarak yang perlu diukur sebaik selepas

sesuatu lontaran iaitu, daripada tempat peluru mendarat hingga ke bahagian tengahbulatan

lontaran. Walau bagaimapun bacaan jarak hanya dikira setakat bahagian dalam papan

penanda pada bulatan tersebut. Peserta yang mencapai jarak paling jauh menerusi lontaran

yang sah dikira pemenang.

D MERENTAS DESA (5 KM)

Acara merentas desa 5km merupakan acara jarak jauh. Sebelum seseorang pelari

berhasrat untuk mengambil bahagian dalam acara ini, pelari itu hendaklah sihat tubuh

badan dan telah mengikut latihan intensif dan bersistematik selama suatu tempoh tertentu

supaya benar-benar bersedia secara fizikal dan mental.

 Pemulaan larian

Gaya berdiri cara biasa yang digunakan oleh pelari dalam perlumbaan merentas desa.

Setelah semua pelari bersedia, mereka akan beratur di hadapan garisan permulaan dengan

memakai pakaian yang sesuai. Pegawai pencatat check point akan mengambil temapt di

lokasi yang ditetapkan bagi memastikan peserta melalui kawasan check point tersebut.

Pegawai perlumbaan akan memastikan semua peserta bersedia sebelum pegawai pelepas

memberi isyarat untuk memulakan larian. Sebaik sahaja perlumbaan bermula, pelari akan

memulakan larian dengan agak laju sedikit bagi melepaskan diri dari kumpulan pelari lain.

30

Page 31: Folio Olahraga WAJ 3112

Selepas melakukan larian dengan baik, pelari hendaklah megekalkan kepantasan yang

sama sepanjang larian. Walaupun pelari keletihan selepas jarak tertentu, namum dia jharus

berusaha mengekalkan kelajuan itu sehingga tamat larian dengan menyimpan sedikit

tenaga untuk meningkatkan larian pada akhir perlumbaan. Jangan sekali sekala berlari

mengikut rentak pelari yang lain kerana pelari itu sendiri akan terperangkap dengan tenaga

yang ada dan tidak dapat menamatkan larian. Pelari harus bijak tanpa menggunakan

tenaga yang banyak sehingga gagal meneruskan larian disebabkan keletihan dan ketiadaan

tenaga.

Menamatkan larian

Selepas pelari melepasi 4 km ini bermakna pelari tinggal 1 km untuk menamatkan larian.

Ketika itu pelari akan membuat perancangan sendiri tentang bentuk larian yang akan

mereka lakukan untuk menamatkan larian. Walaupun pada peringkat ini kebanyakkan pelari

sudah keletihan dan mulai kehilangan tenaga, pelari hendaklah meningkatkan sedikit

kepantasan pada peringkat akhir larian.

Latihan pelaziman bertujuan meningkatkan stamina pelari dan diadakan sebagai

persediaan awal pelari. Latihan ini biasanya diadakan berasama latihan lain atau sebagai

gabungan dengan latihan larian. Pelari boleh meningkatkan bilangan dan jenis latihan yang

sesuai dari semasa ke semasa. Ada baiknya latihan pelaziman merangkumi tiga aspek

utama seperti berikut:

I. Latihan memanaskan badan merangkumi aspek seperti jogging dan lari pecut

untuk jarak tertentu.

II. Latihan mingguan yang agak berlainan daripada latihan biasa.

III. Mengadakan latihan secara berterusan mengikut jadual ditetapkan.

31

Page 32: Folio Olahraga WAJ 3112

BIBLIOGRAFI

Ahmad Wafi(1996), Siri Teras Sukan-Olahraga (Padang) Kuala Lumpur : Goodmark Enterprise

Helen Tan (1996), Manual Olahraga. Selangor : Junjuara Publications Sdn. Bhd

Don Anthony (1982), Field Athletic. London : Batsford Academic Education

J. Kenneth Doherty.(2003) Modern Track And Field – 2 Edition: London : Printing Hall. Inc

IAAF, (1977), Track And Field Athlectics- A Basic Coaching Manual. Madrid : Mostoles

Tom Mc Nab,(1974), Athlectic-Field Event.London : Knight Books

32