psv 3112-001

15
PSV 3112 LUKISAN DAN PENYUBURAN

Upload: iris-blossom

Post on 31-Jul-2015

100 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Disediakan oleh :

NORWATI BT AHMADPGSR PSV AMBILAN NOV 2008

DEFINISI SENIKesenian merupakan perkara perkara yang berkaitan dengan keindahan dan kehalusan serta mempunyai nilai-nilai estetika. Setiap penilaian tentang keindahan, keseronokan dan kenikmatan adalah berkait secara langsung dengan kesenian. Seni itu adalah sebahagian daripada kehidupan manusia

TEORI APRESIASI SENITEORI APRESIASI EDMUND BURKE FELDMAN Menurut Edmund Burke Feldman, terdapat 4 langkah dalam proses apresiasi seni iaitu : 1. Diskripsi 2. Analisis 3. Interpretasi 4. Penilaian

Karya Lukisan : PEMANDANGAN ALAM SEMULA JADI

APRESIASI KARYAMenggunakan Teori Apresiasi Seni Edmund Burke Feldman

DISKRIPSIKarya lukisan ini menggambarkan pemandangan alam semula jadi di dalam hutan dimana terdapat pokok-pokok dan air sungai mengalir di tengah-tengah kawasan ini. Terdapat beberapa batang pokok di tepi sungai manakala tebing sungai pula dipenuhi oleh batu-batu besar. Air sungai pula mengalir dari tempat tinggi yang menyebabkan terdapat sedikit air terjun . Terdapat juga pokok-pokok hutan di sebelah kanan sungai. Dari kejauhan pula kelihatan samar-samar gunung ganang.

AnalisisLukisan ini merupakan lukisan pensil jadi tona warna hanya boleh dinilai dengan terang dan gelap saja. Kawasan yang menghadap matahari lebih cerah manakala yang terlindung agak lebih gelap. Penggunaan lorekan terang dan gelap ini juga penting dalam memberi bentuk kepada objek. Rupa yang terdapat dalam lukisan ini ialah rapa organik pula

Terdapat pelbagai jenis garisan seperti garisan kasar, halus dan melengkung.. Garisan tebal memberikan kesan gelap pada lukisan. Jalinan pula jelas kelihatan pada batang pokok dan daun. Ruang jelas kelihatan dalam lukisan ini apabila terdapat ruang yang jauh dan dekat.. Ruang yang dekat digambarkan pada pokok dimana pokok yang berada dihadapan kelihatan lebih besar dan jelas kelihatan jalinan pada batang pokok manakala pokok yang jauh kelihatan lebih kecil sedikit.

Kesan harmoni wujud pada rupa dan ruang.

Ton warna yang kontra dengan lorekan terang dan gelap pula menghidupkan karya pelukis . Wujud penegasan pada alam semula jadi seperti pokok-pokok.Pergerakan wujud pada aliran air dan daun.

Imbangan tidak simetri wujud dimana bahagian sebelah kiri lebih luas berbanding dengan bahagian sebelah kanan sungai. Kepelbagaian diaplikasikan untuk memberi gaya, variasi dan tenaga. Karya seni kelihatan lengkap, teratur, seimbang dan sempurna

InterpretasiKawasan ini merupakan satu kawasan alam semulajadi yang berada di tengah-tengah hutan. Ia merupakan satu kawasan yang sunyi , jauh dari kesibukan kota. Terlihat kedamaian disini dengan aliran air yang mengalir deras. Sungai yang mengalir dari gunung ini jelas menunjukkan sungai ini terpelihara dari pencemaran.

Kawasan ini sesuai untuk dijadikan kawasan rekreasi kerana terdapatnya air terjun yang jernih di sini. Pokok-pokok besar yang berada di tebing sungai dapat dijadikan teduhan oleh pengunjung. Kawasan ini sesuai untuk para pengunjung mencari ketenangan jiwa.

PenilaianLukisan ini jelas menunjukkan keindahan alam semula jadi dengan air sungai yang mengalir dari gunung. Sungai ini bersih dan terpelihara dari pencemaran. Ketenangan dapat dirasai apabila memandang hasil karya ini.