kkp-sce-3112 pengawetan daun getah.doc

13
Definisi PENGAWETAN KERING Selalu digunakan untuk mengawet tumbuhan tetapi sesuai juga digunakan untuk mengawet bahagian luaran sesuatu haiwan kecil. Koleksi spesimen tumbuh- tumbuhan yang dikeringkan, disimpan dan dikelaskan secara sistematik dipanggil herbarium. Tempoh pengawetan lebih lama dan senang untuk dijaga. Proses mengekalkan spesimen secara kering tanpa merendam dalam sebarang bahan pengawet. Kebaikan Tidak boleh bertahan lama sekiranya langkah-langkah penjagaan berterusan kurang diberi perhatian. Setiap bahagian bagi sesuatu tumbuhan biasanya disimpan sebagai sampel secara pengawetan kering, tetapi warna asalnya tidak dapat dikekalkan. Tempat penyimpanan harus kering, gelap, bebas daripada kehadiran sebarang perosak. Kekurangan Proses Setelah s Spesimen bahagian sistem digantika (sabut a hendaklah supaya diminimum Bahagian- dikeluark tebal bo seperti k Spesimen haiwan ke Bahagian mata pal di bahagi Spesimen bagi mem Keringkan sebaiknya suhu di biarkan menjadi k Pastikan sebelum dicadangk di dala kelembapa bahan naftalena kotak i spesimen. Pengumpulan Keratan spesimen yang diambil haruslah segar dan sihat. Penekanan Disusun mendatar di antara kertas akhbar lama. Letakkan papan lapis di bahagian atas dan bawah susunan spesimen-spesimen itu. Pengeringan Keringkan di dalam ketuhar pada suhu 45 – 60 o c selama 3 – 6 hari. Keringkan dalam udara biasa (tukar kertas akhbar mestilah sentiasa ditukar selang sehari dan berat pemberat sentiasa ditambah selama kira-kira 2 minggu). Kertas pembalut hendaklah disemburkan dengan larutan formalin 40%. Pemanjangan Lekatkan pada kertas dengan menggunakan kertas pelekat atau bena. Untuk mengelakkan serangan perosak atau kulat, spesimen perlu dititikkan atau disapu dengan larutan merkuri klorida 2% di dalam alkohol. Pengelasan Pelabelan Label biasanya diletak pada satu sudut herbarium itu. Menomborkan setiap spesimen dan menyimpan salinan untuk rujukan. Nama saintifik/botani Nama tempatan/asal Nama bahasa inggeris Lokasi spesimen boleh ditemui Nama orang yang menemui/mengumpul Tarikh Warna asal dan bentuk bunga Jenis sama ada pokok renek, herba, memanjat atau sayuran Jika pokok – warna batang, tebal kulit dan sebagainya Tarikh berbuah atau berbunga Jenis tanah tempat spesimen tumbuh Sifat tumbuhan seperti kaedah pendebungaan dan penyebaran biji benih Penyimpanan Hendaklah sentiasa disimpan dalam keadaan yang gelap, kering dan sejuk. Pengawetan spesimen tumbuhan Penga

Upload: muhd-sabrie-ali

Post on 02-Oct-2015

67 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

PENGAWETAN

Definisi pengawetan

Pengawetan adalah proses mengekalkan spesimen sama ada secara basah atau secara kering.Jenis pengawetan

Terdapat dua jenis pengawetan iaitu pengawetan secara basah dan pengawetan secara kering.

Pengawetan secara basah

Pengawetan secara kering

Pengawetan kering untuk spesimen tumbuhanPengumpulan Keratan spesimen yang diambil haruslah segar dan sihat.penekanan Disusun mendatar di antara kertas akhbar lama. Letakkan papan lapis di bahagian atas dan bawah susunan spesimen-spesimen itu.Pengeringan Keringkan di dalam ketuhar pada suhu 45 60oc selama 3 6 hari. Keringkan dalam udara biasa (tukar kertas akhbar mestilah sentiasa ditukar selang sehari dan berat pemberat sentiasa ditambah selama kira-kira 2 minggu). Kertas pembalut hendaklah disemburkan dengan larutan formalin 40%.Pemanjangan Lekatkan pada kertas dengan menggunakan kertas pelekat atau benang.2.0GETAH

Pokok Getah (Hevea brasiliensis) ialah pokok dalam famili Euphorbiaceae dan ahli terpenting dalam genus Hevea. Pokok ini penting dari segi ekonomi kerana hasil seperti lateks boleh dikumpulkan dan merupakan sumber utama getah asli.2.1SEJARAH RINGKAS POKOK GETAH DI MALAYSIA

Industri getah asli di Malaysia bermula pada tahun 1877 di Kuala Kangsar, Perak. Anak getah yang ditanam adalah spesis Havea Brasilliensis. Estet getah pertama telah dibangunkan di Melaka pada tahun 1902/1903. Selepas itu keluasan penanaman getah terus berkembang hingga mencapai kemuncaknya iaitu seluas 2.06 juta hektar pada tahun 1979. Pengeluaran tertinggi yang pernah dicapai oleh negara ialah sebanyak 1.66 juta metrik tan iaitu pada tahun 1988.Secara ringkasnya pokok getah berasal dari negara Brazil. Christopher Columbus ahli pelayaran Sepanyol ialah orang pertama menjumpai getah di Brazil pada tahun 1473 dan beliau telah membawa balik ke Eropah untuk dikaji kegunaannya.Pada tahun 1768 kasut getah pertama telah dicipta. Seterusnya pada tahun 1770, Priestly, seorang ahli kimia telah menamakan hasil getah sebagai rubber kerana boleh diguna untuk memadam tulisan pensil. Pada thun 1823, Soloman Mcintosh telah mencipta kain kalis air daripada getah. Charles Goodyeer pula telah memperkenalkan proses pemyulkanan dan seterusnya pada tahun 1846, Thomas Hancook telah berjaya membuat tayar daripada getah asli. Pada tahun 1888, John Dunlop telah berjaya mencipta tayar pneumatik yang lebik selesa daripada tayar padu.Rekacipta tersebut telah merintis jalan bagi kegunaan getah asli, Apabila kegunaan getah semakin meluas dan permintaan terhadap bahan mentah meningkat, usaha untuk mengembang industri getah asli telah dilaksanakan dengan:

Usaha membawa 70,000 biji getah dari Brazil ke Kew Garden, London oleh Farris, Cross dan Wickham pada tahun 1876. Sebanyak 2,000 anak getah telah dapat dihidupkan dalam rumah kaca bersesuaian dengan suhu dan iklim di Brazil. Sebahagian daripada pokok itu telah dibawa ke Sri Langka dan selebihnya sebanyak 13 pokok dihantar ke Taman Botani di Singapura dan 9 pokok dihantar ke Kuala kangsar. Pada tahun 1888, H.N. Ridley telah dilantik sebagai Pengarah Taman Botani Singapura dan telah banyak meyumbang dalam pembangunan industri getah hingga digelar Bapa Perusahaan Getah Asli. Antara sumbangan beliau ialah sistem eksploitasi getah dan pisau toreh.2.2MAKLUMAT RINGKAS GETAH

Nama saintifik bagi getah ialah Hevea Brasiliensis. Ia merupakan sejenis tanaman yang boleh hidup dikawasan 1000 km utara dengan 1000 km selatan khatulistiwa. Pokok getah memerlukan hujan sebanyak 180 sm - 250 sm setahun. Ia juga memerlukan suhu diantara 25 - 30 darjah Celcius.Ketinggian tanah dari paras muka laut yang boleh ditanam dengan getah ialah 500 meter. Semakin tinggi getah ditanam semakin berkurangan perolehan hasil dan kecergasan pertumbuhannya. Keperluan tanah yang sesuai untuk tanam getah ialah jenis lom yang mempunyai saliran yang bebas, tidak masin, tidak masam atau sentiasa banjir.Pokok getah ialah jenis pokok saka dan ketinggiannya boleh mencapai 18 meter. Umur pokok getah yang ekonomik ialah diantara 20 hingga 30 tahun. Pokok getah menghasilkan lateks (getah asli) yang penting dalam industri tayar dan lain-lain industri berasaskan getah. Selain daripada itu, kayunya adalah terdiri daripada jenis separuh keras dan boleh dijadikan perabut.Pokok getah mampu mencapai ketinggian melebihi 18 meter. Lateks putih atau kuning terhasil dalam salur lateks pada kulit pokok, terutamanya pada floem luar. Saluran ini berpilin naik pada batang pokok menurut pusingan ke kanan yang membentuk 30 darjah pada ufuk.Apabila pokok getah mencapai usia 5-6 tahun, penorehan boleh dilakukan: goresan-goresan dibuat secara ortogon pada salur lateks, dengan kedalaman yang hanya mencukupi untuk mengambil lateks tanpa menjejaskan pertumbuhan pokok. Sap itu dikumpulkan di dalam baldi yang kecil. Pokok-pokok yang lebih tua menghasilkan lebih banyak lateks.Pokok getah pada mulanya hanya tumbuh di Amazonia. Peningkatan permintaan dan jumpaan proses pemvulkanan pada tahun 1839 mendorong perkembangan yang pesat di kawasan tersebut, mengayakan bandar Manaus dan Belem. Nama pokok ini diambil daripada Para, negeri Brazil yang termasuk Belem.Terdapat juga cubaan dilakukan pada 1873 untuk menanam getah di luar Brazil. Selepas berusaha, dua belas tunas tumbuh di Kebun Bunga Botani Diraja Kew. Pokok-pokok itu kemudian dihantar ke India untuk ditanam tetapi gagal. Percubaan kedua dilakukan dengan sekitar 70,000 benih dihantar ke Kew pada tahun 1875. Sekitar 4% daripada benih-benih itu bertunas, dan pada tahun 1876, sekitar 2,000 anak pokok dihantar, dalam kes Wardian, ke Sri Lanka, dan 22 dihantar ke Kebun Bunga Botani di Singapura. Apabila berjaya ditumbuh di luar negeri asal, Pokok Getah ditanam secara meluas di tanah-tanah jajahan British. Pada tahun 1898, ladang getah ditubuhkan di Tanah Melayu, dan kini kebanyakan ladang getah terdapat di Asia Tenggara dan sesetengah Afrika tropika. Percubaan untuk menanam Pokok Getah di Amerika Selatan ternyata tidak memuaskan. Pokok getah

Mesin getah licin

Mesin getah bunga.

Daun dan biji getah

Biji getah

2.3CIRI-CIRI FIZIKAL POKOK GETAH

Kulit kayu: Licin, berwarna kekelabu-kelabuan, dan mengandungi lateks keruh yang menjadi keras ketika didedahkan kepada udara. Daun: Licin, berwarna hijau kebiru-biruan, dan dibahagikan kepada tiga daun kecil sepanjang 1.5 sentimeter. Pada cuaca kering, daun menjadi kuning dan kemudian merah terang sebelum luruh. Bunga: Kecil, berwarna kuning, berbau hapak, dan tumbuh dalam bentuk tangkai. Buah: Keras, dengan tiga biji yang besar. Ketika masak, buah akan meletup menjadi tiga bahagian di atas pokok, dan memelantingkan biji-bijinya yang berat. Biji: Warna biji mentah adalah hijau dan ketika masak, menjadi licin, dengan tompok-tompok bercapuk-capuk yang berwarna perang muda.3.0PENGAWETAN BASAH DAN KERING GETAH (Hevea brasiliensis)

RUJUKAN

Buku

Lee Shok Mee. (1993). Asas Pengajaran Sains Sekolah Rendah. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Ooi Chong Beng, Mohd Khairuddi Yahya. (1982). Panduan Makmal Sains. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lembaga Getah Malaysia (LGM). (2009). Teknologi Perladangan dan Pemprosesan Getah. Kuala Lumpur: RISDA.

Martin,R.,Sexton.C.&Gerlovich,J.(2002).Teaching science for all children-Methods for constructing understanding.Boston: Allyn and Bacon

Mr.Dennis M.Mc Grath,(1978).Laboratory Management and Techniques.Penang: Anthonian Store Sdn.Bhd

Tan, S.C.&Wong F.L (2003).Teaching and Learning with technology:An Asia Pasific perspective. Singapore:Prentice Hall.

Artikel Seminar dari Sumber ElektronikNorziana Jasman. Kajian Kepelbagaian Makroalga Marin di Perairan Pulau Pinang . Retrieved Julai 2013 from http://www.ukm.myModul dari Sumber ElektronikUniversiti Pendidikan Sultan Idris. Unit 6 Pengurusan Makmal. Retrieved Julai 2013 from http://myguru3.upsi.edu.myArtikel dari Sumber EletronikMakmal SK Kem Kabota. Nota. Retrieved Julai 2013 from http://makmalskkemkabota.blogspot.com/

Makmal Sains SK Kukusan, Tawau. (September 2011). Pengendalian Selamat Bahan Saintifik dan Bahan Kimia. Retrieved Julai 2013 from http://makmalsainsskkukusantawau.blogspot.comMakmal Sains SMK Berangan, Tumpat. Panduan Makmal Sains Sekolah. Retrieved Julai 2013 from http://makmal.9f.com

Makmal Sains SMK Berangan, Tumpat. Pengawetan Spesimen Haiwan Kecil dan Tumbuhan. Retrieved Julai 2013 from http://makmal.9f.com

Makmal Sains SK Bahagia. (September 2011). Pengurusan Makmal Sains. Retrieved Julai 2013 from http://happysclabo.blogspot.com

Definisi

PENGAWETAN KERING

Selalu digunakan untuk mengawet tumbuhan tetapi sesuai juga digunakan untuk mengawet bahagian luaran sesuatu haiwan kecil.

Koleksi spesimen tumbuh-tumbuhan yang dikeringkan, disimpan dan dikelaskan secara sistematik dipanggil herbarium.

Tempoh pengawetan lebih lama dan senang untuk dijaga.

Proses mengekalkan spesimen secara kering tanpa merendam dalam sebarang bahan pengawet.

Kebaikan

Tidak boleh bertahan lama sekiranya langkah-langkah penjagaan berterusan kurang diberi perhatian.

Setiap bahagian bagi sesuatu tumbuhan biasanya disimpan sebagai sampel secara pengawetan kering, tetapi warna asalnya tidak dapat dikekalkan.

Tempat penyimpanan harus kering, gelap, bebas daripada kehadiran sebarang perosak.

Kekurangan

Proses

Setelah spesimen dimatikan,

Spesimen bersaiz besar : keluarkan bahagian tubuh yang mudah rosak (seperti sistem pencernaan) dan tempatnya digantikan dengan bahan kering lain (sabut atau kapas). Tempat pembedahan hendaklah dijahit dengan baik dan kemas supaya kesan-kesan pembedahan dapat diminimumkan.

Bahagian-bahagian lembut lain yang sukar dikeluarkan atau mempunyai tisu yang tebal bolehlah diawet secara suntikan seperti kaedah berikut:

Spesimen Kaedah pengawetanBurung dan haiwan kecil lainSuntikan formalin 3%

Bahagian mata boleh digantikan dengan mata palsuSerangga Suntikkan formalin 3% di bahagian kepala, toraks dan abdomen.

Spesimen ini disimpan di atas papan khas bagi membolehkan sayapnya tidak rosak. Keringkan spesimen haiwan kecil sebaiknya di dalam ketuhar pada julat suhu di antara 50-70oC. Untuk serangga, biarkan selama dua minggu sehingga menjadi kering.

Pastikan spesimen telah cukup kering sebelum disimpan atau dipamerkan. Adalah dicadangkan agar spesimen ini disimpan di dalam kotak kaca yang kalis kelembapan kerana kita boleh meletakkan bahan pengawet tambahan (misalnya naftalena atau racun perosak di dalam kotak itu) untuk menambah ketahanan spesimen.

Pengumpulan

Keratan spesimen yang diambil haruslah segar dan sihat.

Penekanan

Disusun mendatar di antara kertas akhbar lama.

Letakkan papan lapis di bahagian atas dan bawah susunan spesimen-spesimen itu.

Pengeringan

Keringkan di dalam ketuhar pada suhu 45 60oc selama 3 6 hari.

Keringkan dalam udara biasa (tukar kertas akhbar mestilah sentiasa ditukar selang sehari dan berat pemberat sentiasa ditambah selama kira-kira 2 minggu).

Kertas pembalut hendaklah disemburkan dengan larutan formalin 40%.

Pemanjangan

Lekatkan pada kertas dengan menggunakan kertas pelekat atau bena.

Untuk mengelakkan serangan perosak atau kulat, spesimen perlu dititikkan atau disapu dengan larutan merkuri klorida 2% di dalam alkohol.

Pengelasan

Pelabelan

Label biasanya diletak pada satu sudut herbarium itu.

Menomborkan setiap spesimen dan menyimpan salinan untuk rujukan.

Nama saintifik/botani

Nama tempatan/asal

Nama bahasa inggeris

Lokasi spesimen boleh ditemui

Nama orang yang menemui/mengumpul

Tarikh

Warna asal dan bentuk bunga

Jenis sama ada pokok renek, herba, memanjat atau sayuran

Jika pokok warna batang, tebal kulit dan sebagainya

Tarikh berbuah atau berbunga

Jenis tanah tempat spesimen tumbuh

Sifat tumbuhan seperti kaedah pendebungaan dan penyebaran biji benih

Penyimpanan

Hendaklah sentiasa disimpan dalam keadaan yang gelap, kering dan sejuk.

Pengawetan spesimen tumbuhan

Pengawetan spesimen haiwan