article4 - full

10
OCTOBER 2006 - MARCH 2007 VOL. 1 NO. 1 25 ABSTRAK Pelaksanaan e-kerajaan dalam sektor perkhidmatan awam dipercayai dapat menambahbaik mutu perkhidmatan awam agar lebih kos efektif dan berkesan. Di samping itu, ia juga dilihat mengujudkan satu saluran baru bagi meningkatkan penyertaan secara langsung rakyat dalam pengubalan dasar-dasar awam selaras dengan harapan pendukung sistem demokrasi yang berpaksikan kepentingan rakyat. Oleh hal demikian, e-kerajaan dianggap sebagai langkah pertama untuk memperkukuhkan pembentukan masyarakat madani ( civil soci ety) dan institusi –institusi pembinaan konsensus demokrasi melalui ICT. Justeru itu, artikel ini akan cuba menganalisis makna konsep e-kerajaan dan kaitan dengan e–demokrasi dan meninjau aplikasinya di peringkat kerajaan tempatan di Jepun. Walaupun Jepun melaksanakan e –kerajaan dengan baik melalui kekuatan teknologi, kewangan dan penduduk celik komputer yang tinggi namun untuk merealisasikan e- demokrasi adalah sesuatu yang sukar dan masih jauh. Halangan budaya politik, birokrasi dan kurangnya “ political will ” kerajaan dalam mengubah proses urustadbir ( gov e rnanc e ) institusi –intitusi yang sedia ada agar lebih terbuka serta bertanggungjawab secara digital memperlahankan amalan e-demokrasi secara berkesan. E-kerajaan yang mampu mengujudkan interaksi dua hala antara kerajaan dan rakyat yakni hubungan bersifat perkongsian dan kerjasama masih belum dapat dicapai sepenuhnya. Aplikasi ICT dalam proses demokrasi dengan jayanya bukan setakat memerlukan “ hardwar e“ tetapi juga perubahan minda dan perundangan yang mungkin mengambil jangkamasa panjang. S enarai ka t a kun c i E-Demokrasi, E- kerajaan, Desentrilasasi Kerajaan Tempatan di Jepun , 1. PENGENALAN Revolusi sains dan teknologi dalam bidang komunikasi yang melibatkan penggunaan komputer, Internet, kamera digital dan telefon bimbit telah memberi kesan yang amat besar dalam hubungan sesama manusia secara individu mahupun secara kolektif. Perubahaan pantas teknologi bidang komunikasi dan maklumat ini telah berjaya mengubah cara dan jangkamasa manusia membuat, melaksana dan mengunjur keputusan mengenai pelbagai isu yang berkaitan politik, ekonomi dan sosialnya. Justeru itu, penggunaan teknologi dan informasi komunikasi (ICT) khususnya internet telah diakui berjaya membawa kesan positif dalam penambahbaikan dan kemajuan pelbagai bidang di sektor swasta dan awam dengan meningkatkan produktiviti secara lebih efisien, kos efektif dan mengurangkan karenah birokrasi. Selaras dengan kehendak dunia hari ini yang mementingkan mutu, kos, ketepatan dan kepantasan dalam segala aktiviti pengeluaran dan pengagihan barangan serta perkhidmatan, telah memanfaatkan aplikasi ICT untuk mencapai E – DEMOKRASI DAN E- KERAJAAN; ANALISIS KONSEP DAN PELAKSANAAN DI PERINGKAT KERAJAAN TEMPATAN DI NEGARA JEPUN. Dato’ Mohd Shafiq bin Abdullah (Pengajian Ijazah Lanjutan Sarjana Pengajian Governance di Meiji University, Tokyo ) dms[email protected] dan Zulkapli bin Mohammed (Pengajian Ijazah Lanjutan Kedoktoran Ekonomi, Meiji University, Tokyo ) [email protected] D508, Tokyo International Exchange Center, 2-79 Aomi, Koto-Ku, 1350064, Tokyo, Japan Tel. +813 –5520 6961 / 047 338 9925

Upload: majidpgsr7251

Post on 27-Jun-2015

97 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Article4 - Full

OC

TOB

ER 2006 - M

AR

CH

20

07 V

OL

. 1 N

O. 1

2 5

ABSTRAK

Pelaksanaan e-kerajaan dalam sektor perkhidmatan awam dipercayai dapat menambahbaik mutu perkhidmatanawam agar lebih kos efektif dan berkesan. Di samping itu, ia juga dilihat mengujudkan satu saluran baru bagimeningkatkan penyertaan secara langsung rakyat dalam pengubalan dasar-dasar awam selaras dengan harapanpendukung sistem demokrasi yang berpaksikan kepentingan rakyat. Oleh hal demikian, e-kerajaan dianggap sebagailangkah pertama untuk memperkukuhkan pembentukan masyarakat madani (civil society) dan institusi –institusipembinaan konsensus demokrasi melalui ICT. Justeru itu, artikel ini akan cuba menganalisis makna konsepe-kerajaan dan kaitan dengan e–demokrasi dan meninjau aplikasinya di peringkat kerajaan tempatan di Jepun.Walaupun Jepun melaksanakan e –kerajaan dengan baik melalui kekuatan teknologi, kewangan dan pendudukcelik komputer yang tinggi namun untuk merealisasikan e- demokrasi adalah sesuatu yang sukar dan masih jauh.Halangan budaya politik, birokrasi dan kurangnya “political will” kerajaan dalam mengubah proses urustadbir(governance) institusi –intitusi yang sedia ada agar lebih terbuka serta bertanggungjawab secara digitalmemperlahankan amalan e-demokrasi secara berkesan. E-kerajaan yang mampu mengujudkan interaksi dua halaantara kerajaan dan rakyat yakni hubungan bersifat perkongsian dan kerjasama masih belum dapat dicapaisepenuhnya. Aplikasi ICT dalam proses demokrasi dengan jayanya bukan setakat memerlukan “hardware“ tetapijuga perubahan minda dan perundangan yang mungkin mengambil jangkamasa panjang.

Senarai kata kunci

E-Demokrasi, E- kerajaan, Desentrilasasi Kerajaan Tempatan di Jepun ,

1. PENGENALAN

Revolusi sains dan teknologi dalam bidang komunikasiyang melibatkan penggunaan komputer, Internet,kamera digital dan telefon bimbit telah memberi kesanyang amat besar dalam hubungan sesama manusiasecara individu mahupun secara kolektif. Perubahaanpantas teknologi bidang komunikasi dan maklumat initelah berjaya mengubah cara dan jangkamasa manusiamembuat, melaksana dan mengunjur keputusanmengenai pelbagai isu yang berkaitan politik, ekonomidan sosialnya. Justeru itu, penggunaan teknologi dan

informasi komunikasi (ICT ) khususnya internet telahdiakui berjaya membawa kesan positif dalampenambahbaikan dan kemajuan pelbagai bidang disektor swasta dan awam dengan meningkatkanproduktiviti secara lebih efisien, kos efektif danmengurangkan karenah birokrasi . Selaras dengankehendak dunia hari ini yang mementingkan mutu, kos,ketepatan dan kepantasan dalam segala aktivitipengeluaran dan pengagihan barangan serta perkhidmatan,telah memanfaatkan aplikasi ICT untuk mencapai

E – DEMOKRASI DAN E- KERAJAAN;ANALISIS KONSEP DAN PELAKSANAAN

DI PERINGKAT KERAJAAN TEMPATAN DI NEGARA JEPUN.

Dato’ Mohd Shafiq bin Abdullah(Pengajian Ijazah Lanjutan Sarjana Pengajian Governancedi Meiji University, Tokyo ) [email protected] bin Mohammed(Pengajian Ijazah Lanjutan Kedoktoran Ekonomi,Meiji University, Tokyo )[email protected]

D508, Tokyo International Exchange Center, 2-79 Aomi,Koto-Ku, 1350064, Tokyo, JapanTel. +813 –5520 6961 / 047 338 9925

Page 2: Article4 - Full

PU

BL

IC S

EC

TO

R I

CT

MA

NA

GE

ME

NT

RE

VIE

W

2 6

prestasi pulangan (output) yang paling tinggi secarakebendaan mahupun kepuasan.

Berdasarkan kejayaan ICT yang begitu terserlah disektor pengeluaran dan swasta, para pengamalpendekatan teori “New Public Management” (NPM)dengan yakin telah mencadangkan aplikasipengurusan dan teknologi maklumat swasta dalammenambahbaikan mutu pentadbiran awam demimeningkatkan kepuasan rakyat terhadap kerajaan [1].Maka, pada akhir tahun 1980-an banyak negara majuseperti United Kingdom, Amerika Syarikat, Peranchisdan Jepun telah melaksanakan penggunaan aplikasiteknologi ICT dengan meluas sebagai reformasipengurusan awam demi menghadapi persaingan sengitglobalisasi dan mengurangkan rungutan birokrasioleh para pengundi terhadap mutu perkhidmatankerajaan. Pada masa yang sama, bertambahnya bilanganpengguna internet dan komuniti maya talah meningkatdengan begitu mendadak terutamanya dalam interaksiorganisasi sosial serta penurunan besar penyertaanrakyat sebagai pengundi dalam proses pilihanraya dikebanyakan negara maju pada awal 1990-an. Keadaanini telah memperhebatkan lagi penggunaan ICT dalamkerajaan atau e- kerajaan.

Kepentingan ICT telah digunapakai bagi menyuntikdimensi baru dalam peningkatan keabsahan (legitimacy)dalam hubungan kerajaan dan warganegara. Rakyatyang suatu ketika dahulu yang hanya bersuara semasapilihanraya ataupun melalui wakil rakyat dan parapentadbir telah mula secara semuka ataupun melaluimekanisma surat menyurat (snail–mail) memberikritikan, maklumbalas, memohon keperluan khususdaripada dasar-dasar kerajaan secara lebih lantangmelalui teknologi komunikasi Internet. Keadaan inisecara langsung memberi peluang kepada rakyat untukmelibatkan diri dalam pengubalan dan pelaksanaanaktiviti kerajaan secara lebih efisen dan lebih harmoni.Walaupun terdapat beberapa kelemahan daripadapendekatan ini, pengalaman di beberapa buah negaramaju di barat khususnya United Kingdom, Sweden,Peranchis dan Amerika Syarikat telah menampakkansedikit kejayaan dalam merealisasikan konsepe-demokrasi melalui e-kerajaan. Oleh yang demikian,dalam rencana ini penulis akan menganalisis sejauhmanakah peranan teknologi komunikasi Internet dalamurusan penyampaian perkhidmatan awam di peringkatpentadbiran kerajaan tempatan (e-kerajaan) di negaramaju di Asia seperti Jepun, membantu meningkatkanpenyertaan warga tempatan secara bertanggungjawabpada peringkat kerajaan tersebut dan seterusnyameningkatkan keabsahan pihak pemerintah melaluigabungan “citizen-government partnerships ” menurutkonsep e-demokrasi.

2. KONSEP E- DEMOKRASI DAN E–KERAJAAN

Walaupun konsep dan definisi demokrasi adalahpelbagai namun untuk skop tulisan ini maksuddemokrasi yang asas sahaja akan digunapakai. MenurutKamus Webster, demokrasi di takrifkan sebagai;

“a government in which the supreme power is vested in thepeople and exercised by them directly or indirectly through asystem of representation.” [2]

Berpandukan definisi demokrasi di atas yangmenekankan prinsip asas kuasa rakyat dan kerajaanperwakilan, maka e–demokrasi dapat ditakrifkansebagai cara bagaimana menggunakan aplikasi sistemteknologi maklumat untuk membimbing, memperbaikidan melaksanakan prinsip-prinsip amalan demokrasi.Penggunaan ICT secara aktif dipercayai dapatmengujudkan warga yang bermaklumat danberpengetahuan serta ruang penyertaan yang luasdalam proses politik seperti yang dianjurkan olehprinsip demokrasi. Rakyat secara tidak langsung dapatmeningkatkan penyertaan mereka dalam prosespengubalan undang-undang, dasar awam dan proseseksekutif kerajaan dengan mengambil bahagiandalam kaji selidik pendapat umum, perbahasan, forum,perundingan, blog lobi kumpulan pendesak dan padamasa yang saman terdedah kepada maklumat danpengakuan pakar yang dikemukakan melalui ICT.

Menurut Tsagarousianou, Roza, Damian Tambini danCathyrn Bryan dalam buku suntingan mereka “Cyberdemocracy” [3] menyatakan konsep e-demokrasiwalaupun hanya merupakan satu impian khayalan parasarjana sains politik dan aktivitis sosial pada tahun1960-an, tetapi kini semakin menjadi kenyataan mulaipertengahan tahun 1990-an. Penggunaan teknologiInternet yang meluas dan pengenalan e–kerajaan dalampenambahbaikan mutu penyampaian perkhidmatanawam telah merealisasikan konsep dan harapane-demokrasi. Pendekatan hubungan ini amat jelasapabila e-kerajaan yang diberi takrifan oleh kebanyakannegara pengamal demokrasi seperti di New Zealanddan United Kingdom sebagai ;

“ .. a way for governments to use the new technologies toprovide people with more convenient access to governmentinformation and services, to improve the quality of the serv-ices and to provide greater opportunities to participate in ourdemocratic institutions and processes. ” [4]

Pembangunan konsep dan penggunaan e- kerajaan iniadalah berdasarkan perspektif yang melihat rakyatsebagai pelanggan perkhidmatan awam dan kerajaansentiasa dengan penuh tanggungjawab perlumeningk atk an keberkesanan fungsi “eksekutif ”melalui penambahbaikan mutu sistem penyampaian,

Page 3: Article4 - Full

OC

TOB

ER 2006 - M

AR

CH

20

07 V

OL

. 1 N

O. 1

2 7Rajah 1: Penyertaan rakyat dalam pengubalan dasar awam kerajaan melalui ICT dan harapan e-demokrasi

Objekt i f ICT PerkhidmatanAwam

Menambahbaikan kecekapan,mengurangkan kos danproduktiviti pentadbiran

Meningkatkan kualiti dankepuasan pelangganterhadap mutu penyampaianperkhidmatan awam

Menambah daya saingnegara dalam era globalisasi

Pelanggan Warganegara

Harapan ICT dalammerealisasikan demokrasi

Maklumbalas dan kritikanterhadap legislatif dankehakiman mengikut“check and balance”

Peranan aktif dalamurustadbir (governance)dan akauntabiliti kerajaan

Penyertaan politik dalampilihanraya sepertipendaftaran pengundi,maklumat dan manifestocalon, berkempen danmengundi melalui ICT

Meningkatkan tuntutanhak asasi individu,masyarakat mengikut“rule of law” dalamperlembagaan negara

E-kerajaan

Rakyat

E-Demokrasi

keterbukaan (transparent) pemerolehan dan penyebaranmaklumat penting kerajaan demi peningkatanlegitimasi kuasa kerajaan yang memerintah [5].

Namun begitu, rakyat yang dianggap sebagai“pelanggan” hanyalah merupakan salah satu aspekhubungan interaksi antara kerajaan dan rakyat dalame-demokrasi. Menurut para pengkaji model e–demokrasi,Organisasi untuk Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan(OECD) misalnya telah mendefinisikan tiga jenisinteraksi e-demokrasi. Pertama, interaksi ICT dalampenyaluran maklumat sehala dari kerajaan kepadarakyat. Kedua, interaksi hubungan ICT dua hala yangmemberi peluang kepada rakyat untuk memberimaklumbalas mengenai isu-isu dan ketiga, interaksiyang bersifat hubungan perkongsian bijak di manarakyat terlibat secara aktif dalam proses pengubalandasar melalui ICT [6] .

Begitu juga dengan Coleman dan Gotze [7]mencadangkan model e- demokrasi melalui empatsenario yang sama. Pertama, pewujudan sokonganteknologi yang bersifat “hardware” sebagai saluran

penyertaan demokrasi secara langsung. Kedua,menfokuskan gerakan penggalakan tanggungjawabsivik masyarakat di peringkat akar umbi sepertie-komuniti melalui ICT. Ketiga, menyelaras maklumbalasdan tinjauan pendapat umum melalui ICT dalampengubalan dasar awam dan keempat, menggunakanteknologi ICT secara menyeluruh sebagai satu kaedahutama dalam mengembelingkan penglibatanwarganegara dalam pembentukan dasar awam danhalatuju negara.

Rakyat sesungguhnya mempunyai hubungan dengankerajaan dari pelbagai perspektif lain misalnyahubungan sebagai “Warganegara” di mana rakyatsebagai pelakon utama bertanggungjawab menentukanhala tuju masyarakat dan negara dalam kerajaandemokrasi yang autonomi. Rajah 1 menerangkan saluranhubungan interaksi rakyat dengan kerajaan sebagaipelanggan dan warganegara dalam pengubalan dasarawam. Penggunaan ICT bagi merealisasikan harapanwarganegara dalam amalan prinsip demokrasi secarasepenuhnya masih di peringkat awal dan banyak

PerkhidmatanAwam

Penyertaandalam

pengubalandasar

Page 4: Article4 - Full

PU

BL

IC S

EC

TO

R I

CT

MA

NA

GE

ME

NT

RE

VIE

W

2 8

kekurangannya. Misalnya, jurang digital antaramasyarakat bandar dan luar bandar, kos teknologi yangtinggi dan kurang kepercayaan kepada keselamatanmaklumat sering dijadikan alasan untuk tidakmelaksanakannya.

Namun begitu, perhatian yang serius telah ditumpukanbagi membangunkan aplikasi e-kerajaan dalampenyampaian dasar awam sebagai langkah awal untukmelahirkan warganegara yang bermaklumat danmeningkatkan minat rakyat dalam penyertaan penggubalandasar awam. ICT diharapkan akan terus memainkanperanan penting sebagai penentu agenda (agendasetting) pendapat umum masyarakat melalui pelbagaisaluran komunikasinya dalam pembentukan, perlaksanaandan penilaian dasar-dasar awam pada setiap masa dantidak lagi terikat pada musim-musim pil ihanrayasemata-mata.

Adalah menjadi harapan para pengkaji politik untukICT memainkan peranannya dengan lebih luas danaktif di masa akan datang untuk merealisasikan sesuatupemerintahan yang benar-benar diwakili rakyat. Merekapercaya bahawa penggunaan aplikasi-aplikasi ICTdapat memantau dan menegakkan perkara –perkaraasas amalan demokrasi seperti “check and balance” , “ruleof law”, urustadbir yang baik (good governance) danakauntabil it i dalam hubungan antara pemerintahdengan warganegara.

Oleh yang demikian, memandangkan konsep dandefinisi e–demokrasi begitu luas, maka aktivitie-kerajaan adalah merupakan langkah awal menjadikane-demokrasi sebagai satu realiti. Dalam rencana ini,penulis akan hanya mengupas aspek e-demokrasidalam konteks e-kerajaan seperti yang diamalkan diperingkat kerajaan tempatan di negara Jepun. Justeruitu, persoalan utamanya ialah bagaimana e-kerajaantempatan berupaya menjadi saluran penyertaan danpenglibatan rakyat dalam proses pengubalan danperlaksanaan dasar-dasar awam dalam kerangkapengagihan kuasa (decentralization) daripada kerajaanpusat kepada kerajaan tempatan. Di samping itu,tumpuan juga akan diberikan kepada halangan-halangan aplikasi ICT e-kerajaan dan e-demokrasi dinegara- negara maju khususnya di Jepun.

3. DESENTRALISASI SISTEM KERAJAANTEMPATAN JEPUN, E-KERAJAAN DANE-DEMOKRASI

Dalam membincangkan e-demokrasi daripadapengalaman kerajaan tempatan di Jepun, maka ia perludilihat dalam konteks reformasi pentadbiran awamnya.Ini kerana sejak tahun 1990-an, terdapat beberapa akta

utama telah diluluskan oleh Parlimen Jepun (Diet) yangmempunyai implikasi secara langsung kepadapentadbiran awam dan hubungan antara kerajaanpusat dan kerajaan tempatan. Tiga akta utama yangdikatakan merevolusikan aplikasi ICT di dalampentadbiran kerajaan tempatan negara Jepun ialahAkta Prosedur Pentadbiran 1993, Akta KebebasanMaklumat 1999 dan Akta Pakej Kuasa Desentralisasi1999. Ketiga-tiga akta ini digubal oleh kerajaan pusatbagi penambahbaikan amalan pemerintahan secara adil,terbuka, dan meningkatkan kuasa autonomi rakyat diperingkat kerajaan tempatan. Di samping itu, ia jugadil ihat sebagai strategi baru di mana dasarpembangunan yang selama ini dipikul oleh kerajaanpusat melalui “Sistem delegasi fungsi” (Agency DelegationFunctions System) telah dipindahkan kepada kerajaantempatan[8]. Sistem delegasi fungsi ini adalahmerupakan arahan–arahan dasar pembangunannegara secara sehala dan autokratik (top-down) daripadakerajaan pusat kepada kerajaan tempatan tanpamengambilkira pandangan masyarakat di peringkatakar umbi.

3.1 Desentralisasi Kuasa Kerajaan Tempatan dan ICT

Sistem Kerajaan di Jepun yang bersifat kesatuan(unitary) boleh di bahagikan kepada kepada tigaperingkat, iaitu Kerajaan Pusat (central government) danKerajaan Negeri atau Wilayah (Prefecture –Ken, sepertiTok yo, Niigata, Okinawa, Chiba dll) dan KerajaanPeringkat Majlis Tempatan (Municipalities-shi)termasuklah Pentadbiran Bandar (machi) dan Kampung(mura). Pembahagian katogeri pentadbiran kerajaantempatan adalah berdasarkan keluasan kawasan,keadaan mukabumi dan bilangan serta kepadatanpenduduk. Bilangan Kerajaan Negeri (Prefecture) adalahsebanyak 47 bahagian dan jumlah ini adalah sama sejakera pemerintahan Meiji (1868-1912). Manakala bilangan“Municipalities” telah menurun dengan begitu banyakdari 5000 pada tahun 1965 kepada 2376 pada2005 berikutan langkah-langkah penyatuan untukmeningkatkan kecekapan ekonomi dan infrastruktur,mengelakkan pembaziran kewangan dan sumbermanusia [9]. Kemurungan prestasi ekonomi negaraJepun mulai lewat tahun 1989 dan awal 1990-anberikutan kenaikan kadar inflasi, kejatuhan pasaranhartanah dan eksport serta kemelesetan ekonomi ataudikenali sebagai “burst of bubble economy” menyebabkankerajaan pusat mengambil langkah drastik untukmelakasanakan proses pembaharuan pentadbiranawam di peringkat kerajaan tempatan denganmenurunkan lebih banyak kuasanya kepada kerajaantempatan. Proses ini juga dikenali sebagai “ChihooBunken” [10].

Page 5: Article4 - Full

OC

TOB

ER 2006 - M

AR

CH

20

07 V

OL

. 1 N

O. 1

2 9

Walaupun kerajaan tempatan (Chihoo Jichi) dikatakanmempuyai kuasa autonomi yang dijamin melaluiPerlembagaan Negara (Bab 8) namun dari segipraktiknya ia tidaklah diamalkan. Malahan semasa eraPemerintahan Meiji, Gabenor - Gabenor di peringkatkerajaan negeri (Prefecture) adalah dilantik terus olehMaharaja atau kerajaan pusat tanpa merujuk kepadakuasa feudalis tempatan. Pemusatan kuasa di peringkatkerajaan pusat telah diteruskan dalam tahun–tahunselepas Perang Dunia Kedua, di mana kerajaan negerihanya menjadi pelaksana dasar dan arahan yangdikemukan oleh kerajaan pusat. Oleh hal demikian,kerajaan tempatan hanyalah berperanan sebagai agenkerajaan pusat yang melaksanakan dasar-dasar kerajaanpusat demi keseragaman dalam pembangunan tanah-tanah milik kerajaan pusat. Hanya selepas tahun 1970-an,sistem kerajaan tempatan diberikan sedikit autonomidalam aspek–aspek tertentu seperti proses pemilihanDatuk Bandar atau Governor melalui pilihanraya ekorandesakan para pemimpin tempatan [11].

Perkembangan industri dan urbanisasi yang begiturancak tanpa kawalan akibat dasar-dasar kerajaan pusatdalam tempoh 1960 hingga 1970-an telah menyebabkanpencemaran udara dan air yang begitu tidakmenyenangkan serta menimbulkan pelbagai penyakitaneh dan merbahaya. Penyakit batuk kering, asma,penyakit Minamata, dan peristiwa tumpahan asid SulfurDioxide yang menyebabkan kereputan tulang (Itai-Itaideseas) di wilayah Mie, telah meyebabkan munculnyagerakan sosial besar- besaran yang terdiri daripadapekerja kilang, petani dan para aktivis sosial mendesakkerajaan pusat untuk mengambilkira pandanganpenduduk tempatan dalam pengubalan danperlaksanaan dasar-dasar kerajaan terutama daripadaaspek alam sekitar dan kebajikan. Sebagai tindakbalaskepada desakan tersebut, kerajaan pusat telahmeluluskan pelbagai undang–undang pengawalanalam sekitar dan industri demi kepentingan penduduktempatan sejak tahun 1980-an yang juga dikenalisebagai era lokalisma atau “Jimoto Shugi No Jidai” [12].

Bagi mengatasi krisis kemelesetan ekonomi yangmelanda Jepun sejak akhir tahun 1989 dan meningkatkankecekapan dan mutu pengurusan kerajaan tempatan,Kerajaan Pusat telah memperkenalkan Undang-Undang Penggalakkan Desentralisasi pada tahun 1995,yang menyarankan penghapusan “Agency DelegatedFunction System” yang dilihat sebagai simbol penguasaankerajaan pusat terhadap kerajaan tempatan secaraberhairaki. Ini meletakkan kerajaan tempatan dalamkedudukan yang sama dengan kerajaan pusat dalamkuasa pentadbiran wilayahnya dan tidak semesti patuhkepada arahan – arahan kerajaan pusat. Penurunankuasa ini juga telah menyebabkan kerajaan pusat

meluluskan Pelan Asas Pengkomputeran PentadbiranKerajaan Tempatan pada tahun 1997. Langk ah inimenyebabkan wujudnya “Local Government Wide AreaNetwork” (LGWAN) yang menghubungkan ke semua 2500kerajaan tempatan seluruh Jepun [13].

Penggunaan ICT dalam pentadbiran awam telahbertambah rancak dengan langkah reformasi pentadbirandan kewangan secara lebih luas dan efektif dalamhubungan kerajaan pusat dengan kerajaan tempatansemasa pemerintahan Perdana Menteri Obuchi padatahun 1999. Cadangan beliau untuk mengecilkan saizkerajaan pusat dengan mengurangkan bilangankementerian dan agensi pusat serta mengujudkanbadan pentadbiran bebas,menggalakkan deregulasidan pengurangan kuasa birokrasi , menggalakkankebebasan untuk mendapat maklumat kerajaan danmenggalakkan reformasi politik menyebabkanrangkaian ICT antara kementerian yang dikenali“Kasumigaseki Wide Area Network” disambungkan denganrangkaian “Local Government Wide Area Network ” (LGWAN ).Di samping itu , pelbagai aplikasi e- kerajaan baru sepertie-kerajaan sektor pembinaan dan pendaftaran maklumatpenduduk melalui Jyuki net turut diperkenalkan bagimelicinkan sistem penyampaian perkhidmatan awamdi peringkat kerajaan tempatan [14].

Pengenalan akta “Omnibus Decentralization Act” pada1999 yang jelas menggariskan skop dan tanggungjawabdi antara kuasa kerajaan pusat dan kerajaan tempatanmenyebabkan bertambahnya kuasa autonomi dankebebasan kerajaan tempatan. Akta ini juga secarasimboliknya mempunyai signifikan yang besar dalampengagihan kuasa kepada kerajaan tempatan di negaraJepun. Oleh kerana kerajaan pusat tidak lagi akancampurtangan dalam urusan pentadbiran danpembangunan kerajaan tempatan maka segala urusantersebut kini dipertanggungjawabkan kepada kerajaantempatan dan warganya. Sayugia diingatkan, bidangkuasa kerajaan tempatan di negara Jepun yang ditadbiroleh 3.3 juta penjawat awam adalah begitu luas iaitumeliputi hal ehwal pendidikan dan pengurusan sekolah,perancangan pembandaran, pemuliharaan alam sekitar,pencegahan kebakaran dan bomba, kebajikanmasyarakat, pungutan hasil cukai tanah dan perniagaan,pengurusan kesihatan dan hal ehwal pengurusanmalapetaka seperti tsunami, gempa bumi , keselamatandan polis. Kerajaan pusat hanya mengurus polisi – polisiyang di bawah kuasanya termasuk hal ehwal kewangandan pos, infrastruktur fizikal, keselamatan negara danhubungan diplomasi luar negara [15].

Dasar Kerjaan Perdana Menteri Koizumi yangmemperkenalkan “e-strategy Japan” pada tahun 2001,bertujuan untuk meletakkan Jepun sebagai negara

Page 6: Article4 - Full

PU

BL

IC S

EC

TO

R I

CT

MA

NA

GE

ME

NT

RE

VIE

W

3 0

yang paling maju dari segi pembangunan infrastrukturtelekomunikasi dan aplikasi ICT menjelang tahun 2005telah membantu merancakkan lagi aplikasi e–kerajaandalam urusan pentadbiran awam di semua peringkatkerajaan. Sehubungan dengan itu, bilangan komputerdi peringkat kerajaan tempatan seluruh Jepun telahditambah daripada 280 ribu unit pada tahun 1997kepada 1.4 juta unit pada tahun 2003. Manakala bilanganstaf kerajaan tempatan yang bertanggungjawab secaralangsung dalam e-kerajaan juga telah ditambahdaripada 12,840 orang pada tahun 2002 kepada 37,120orang pada tahun 2003. Kerajaan Jepun juga telahmemperuntukkan perbelanjaan hampir 15 bilion yenkhusus bagi mempromosikan dasar teknologi maklumatsejak tahun 1998 hingga 2003 [16]. Bagi menunjukkankesungguhan usaha kerajaan dalam penggunaan ICTini, Perdana Menteri Koizumi juga telah melancarkan“Koizumi Cabinet Mail Magazine” dalam bahasa Jepunmelalui e-mail untuk menerangkan dasar dan polisikerajaan beliau. Majalah e-mail ini telah menarik minatlebih daripada 2.5 juta pembaca tetap dan sempenaterbitan edisi ke 100 majalah ini, beliau telah menjemput20 pembaca bertuah untuk membincangkan dasar –dasar kerajaan secara bersemuka dengan beliau [17].

3. 2 Analisis Perlaksanaan E- demokrasi di peringkatKerajaan Tempatan di Jepun

Dengan perpindahan kuasa daripada kerajaan pusatkepada kerajaan wilayah, maka kini kerajaan tempatanharus mengubal dan melaksanakan dasar-dasarpentadbiran wilayahnya dengan berkesan dan secaraautonomi. Segala polisi kerajaan tempatan ini perlumencerminkan hasrat dan keperluan penduduktempatan semata- mata. Akan tetapi, berapa ramaikahakan berminat untuk menyertai aktiviti perbincanganpengubalan dasar kerajaan tempatan? Rakyat biasanyamempunyai aktiviti pekerjaan masing-masing dan amatsibuk serta tidak mampu mengorbankan masa danwang memikirkan masalah masyarakat setempat.Mengikut sebuah kajian pendapat umum yangdilaksanakan oleh Ichiro Shinkai [18] pada tahun 2001,sejumlah 2036 responden di kalangan lelaki danperempuan berumur 18 hingga 75 tahun di seluruhJepun, didapati hampir 63 % responden bersetujubahawa warga kerajaan tempatan perlu menyertaisecara langsung dalam pengubalan dasar awam melaluiaplikasi ICT. Berdasarkan k ajian ini membuktikanbahawa ICT berpotensi untuk menjadi saluran barupenyertaan rakyat Jepun dalam proses pengubalan danpelaksanaan dasar awam kerajaan tempatan.

Peranan aplikasi ICT dalam memberi input dan maklumbalas terhadap dasar–dasar dan program kerajaan

tempatan di Jepun adalah begitu menggalakkan.Walaupun ia baru diperkenalkan , masyarakat tempatantelah mula menggunakan maklumat website kerajaantempatan dan berinteraksi dengan positif melaluie-forum yang disediakan. Sehingga Disember 2003,sebanyak 733 kerajaan tempatan (yang besar danramai penduduk) telah menyediakan e-forum melaluiwebsite masing-masing [19]. Pandangan dan syor-syoryang dikemukakan melalui e-forum ini telah digunapakaidalam pengubalan dasar dan pelan tindakan program-program peringkat tempatan. Misalnya, di Fujisawa Cityyang mempunyai penduduk seramai 390 ,000 orangtelah memperkenalkan e-forum buat pertama kalidalam pentadbiran kerajaan tempatan di Jepun padaFeburari 1997 bagi membincangkan pengurusan hal-ehwal perbandaran. E-forum ini telah menunjukkanmutu interaksi yang berkualiti di mana penduduk telahmelahirkan pandangan tentang dasar–dasar pembangunanfizikal bandar dan pembangunan komuniti secaraterbuka dan bernas. Malahan e-forum Fujisawa City initelah menjadi model contoh pembangunan e-forumkepada kerajaan-kerajaan tempatan lain di Jepun.

E-forum walaupun mempunyai banyak kebaikan,namun alat ini masih boleh disalahgunakan untukmenyampaikan unsur-unsur fitnah, penghinaan terhadapindividu dan penjawat awam. Bagi mengurangkanunsur tidak sihat ini , pihak pengurusan kerajaantempatan telah melantik pegawai-pegawainya sebagai“moderator”untuk memimpin para peserta bagimembincangkan isu-isu kerajaan tempatan yangberkaitan terutamanya cadangan pelan perancanganfizikal pembangunan tempatan dan aktiviti penambahbaikankualiti kehidupan setempat secara berkesan denganmemberi maklumat tambahan seperti data, gambar danpeta GIS (Geographical Information System) secara “online”.Malahan setiap pandangan dan aduan melaluie-forum ini juga akan dijawab dan diberi maklumbalassecara serta merta. Interaksi dua hala ini telahmeningkatkan minat orang awam untuk menyertaie-forum anjuran kerajaan- kerajaan tempatan.

Selain dari itu, aplikasi ICT melalui e-undi juga telahdiperkenalkan dalam proses pil ihanraya kerajaantempatan di Jepun untuk memilih Gabenor, DatukBandar dan Ahli Majlis Kerajaan Tempatan. Pilihanrayakerajaan tempatan secara e-undi buat pertama kalidiadakan di Nimi-City, wilayah Okayama pada Jun 2000dan penggunaanya telah digunapakai di banyakkerajaan tempatan [20]. Namun begitu, e-undi yangmempunyai kelebihan dari segi mudah mengundi danmesra pengundi terutama kepada pengundi cacat, tidakada undi rosak dan cepat untuk mengira keputusantetapi ianya masih tidak diperluaskan penggunaanya.

Page 7: Article4 - Full

OC

TOB

ER 2006 - M

AR

CH

20

07 V

OL

. 1 N

O. 1

3 1

Terlalu banyak bantahan oleh calon-calon pilihanrayayang tidak berpuashati dengan susunan nama calondalam sistem e-undi dan masalah membaca nama calundalam tulisan kanji Jepun oleh para pengundi telahdinyatakan sebagai antara faktor-faktor utama e-unditidak dapat dilaksanakan secara meluas. Tambahanpula, halangan birokrasi badan-badan pegurusanpilihanraya kerajaan tempatan yang lebih selesadengan pengurusan pilihanraya sistem lama menyebabkane-undi tidak dapat diperkenalkan secara meluas sepertiyang diharapkan.

Selain dari itu, pembangunan aplikasi ICT di peringkatkerajaan tempatan juga berjaya membuka lebih banyakpeluang penyertaan individu dan komuniti dalammemberi input dalam pengurusan bencana alam danancaman malapetaka penyakit berjangkit dan sisatoksik secara berkesan. Walaupun kerajaan–kerajantempatan di Jepun menyediakan pelbagai maklumatmengenai pengurusan malapetaka seperti gempa bumi,kebakaran dan bahaya ancaman toksik melaluihalaman maya mereka berikutan sejarah pahit daripadapengalaman bencana alam secara besar–besaran yangmengorbankan ratusan ribu nyawa manusia sepertiperistiwa gempa bumi Kanto (Tokyo) pada 1 September1923, ancaman toksik dan penyakit berjangkit 1960 dan1970-an. Namun begitu kajian kesan gempa bumi KobeJanuari, 1995 yang mengorbankan lebih dari 6000 nyawadan kecedaran beratus ribu orang, mendapati banyakkematian dan kerugian hartabenda boleh dielakkansekiranya bantuan kecemasan dan perkhidmatanmemadam kebakaran dihulurkan segera tanpa banyakkarenah birokrasi antara kerajaan tempatan dengankerajaan pusat melalui suatu mekanisma penyelarasanpentadbiran secara setempat (one stop center) denganmengandingkan kepakaran komuniti dan badan-badan bukan kerajaan peringkat tempatan secaraberkesan termasuk melalui aplikasi ICT [21].

Ekoran tragedi ini, kerajaan-kerajaan tempatan di Jepunkhususnya di Kobe didesak supaya proses membuatkeputusan terutamanya dalam pengurusan bencanatidak dimonopoli oleh pihak–pihak kerajaan tempatandan kerajaan pusat semata-mata. Sebaliknya, usaha -usaha dilipatgandakan untuk meningkatkan prinsippenyertaan rakyat dan jaringan sosial dalam pengubalanpelan tindakan kecemasan, pendidikan menghadapibencana alam dan penubuhan pasukan kesukarelawantempatan. Sehubungan dengan itu, pada tahun 1998,kerajaan tempatan Kobe juga meluluskan undang-undang kecil yang unik “By-Law to Promote Safety of Citizensof Kobe” bagi menggalakan penyertaan persatuanpenduduk, komuniti perdagangan dan kerajaantempatan untuk saling berkerjasama dan mengadakan

perkongsian bijak demi membentuk masyarakat yangselamat dalam menghadapi bencana alam, ancamanjenayah dan penyakit berjangkit terutamanya melaluiaplikasi e-forum dan e-komuniti halaman web kerajaantempatan [22].

Di samping itu pandangan dari individu, saintis danbadan–badan bukan kerajaan tentang cara berkesanmenghadapi bencana alam, ancaman kebakaran, bahayasisa toksik serta ancaman penyakit berjangkit (SAR, BirdFlu , JE) banyak disalurkan secara interaktif dalame-simposium halaman maya kerajaan tempatan jugadiambilkira dalam proses pengubalan dasar dan pelantindakan bencana kerajaan tempatan. Penyertaan rakyatdalam proses membuat keputusan melalui aplikasi ICTdi peringkat kerajaan tempatan Jepun sedikit sebanyaktelah membantu memecahkan tradisi proses pembuatkeputusan yang selama ini dimonopoli oleh pihakberkuasa kerajaan semata-mata yang bersifat “top-down”dan seringkali pula dasar-dasar tersebut tidak berkesandan tidak adil (inequitabale). Dengan kata lain, aplikasiICT di peringkat kerajaan tempatan Jepun berupayamengurangkan kebergantungan rakyat yang tinggikepada kerajaan atau “okami” (mereka yang mempunyaikuasa) untuk segala–galanya dan sebaliknya mampumembantu merealisasikan hasrat warga tempatandalam penyertaan pengubalan dan perlaksanaandasar–dasar awam di mana mereka sendiri merupakan“stakeholders” atau mempunyai kepentingan selarasdengan kehendak warga tempatan [23].

Tambahan pula, liputan media Jepun yang meluastentang banyak kes-kes salahguna kuasa dan rasuah(dango) di kalangan ahli politik terutamanya DatukBandar dan Gabenor serta pegawai kerajaan tinggiperingkat kerajaan tempatan juga menyebabkanterhakisnya kepecayaan rakyat terhadap institusi–institusi pembuat keputusan yang sedia ada. Justeruitu, ramai warga tempatan terutamanya golongan“mutoha” (pengundi yang tidak menjadi ahli ataumenyokong sebarang parti politik) yang kian bertambahberharap untuk menggunakan aplikasi ICT bagimemainkan peranan sebagai “mata dan telinga” demimewujudkan prinsip “check and balance” dalam sistemdemokrasi [24].

Secara perbandingan, penggunaan aplikasi e-kerajaandalam sistem penyampaian kerajaan tempatan dinegara Jepun dikatakan berjaya kerana wujudnyagandingan faktor yang bersepadu seperti kekuatanteknologi, kewangan, pengurusan cekap dan rakyatyang celik penggunaan aplikasi jalur lebar dan tanpawayar [25]. Namun demikian, proses untuk merealisasikane-demokrasi sepenuhnya yang menekankan pengukuhanmasyarakat madani (civil society) dan proses pembentukan

Page 8: Article4 - Full

PU

BL

IC S

EC

TO

R I

CT

MA

NA

GE

ME

NT

RE

VIE

W

3 2

persetujuan rakyat (consensus building) melaluipenyertaan ICT adalah masih jauh lagi. E-kerajaan yangdipromosikan di peringkat kerajaan pusat dan kerajaan–kerajaan tempatan dengan perbelanjaan yang besar hanyamerupakan satu mekanisma rangkaian yang bersepadubagi memperbaiki sistem penyampaian perkhidmatanawam ataupun reformasi perkhidmatan awammengikut perspektif “New Public Management” yangmenekankan prinsip-prinsip keberkesanan, kecekapandan produktiviti semata-mata tanpa perubahan prosesurustadbir (governance) yang lebih luas dalam institusi–institusi sosio politik dan ekonomi. Nilai-nilai urustadbirmasyarakat madani yang menjunjung akauntabiliti,keadilan, keterbukaan dan tanggungjawab masih tidakdapat direalisasikan secara digital dan berkesandalam sebuah negara yang maju seperi Jepun. Malahanmasih terdapat banyak halangan-halangan untukmembangunkan kaedah e-demokrasi yang positif danefektif seperti pembangunan Panel Warganegara(citizen panel) secara “online” seperti dikebanyakan negaramaju barat yang mengutamakan bukan sahaja undianpendapat tetapi juga interaksi perundingan secaraprofessional dan berstruktur .

Halangan birokratik antara jabatan kerajaan, kurangsambutan masyarakat awam dalam isu-isu teknikal dantiadanya kemahuan politik secara menyeluruh(political will) daripada kerajaan juga merupakanantara faktor-faktor yang merencatkan pertumbuhane–demokrasi di Jepun. Misalnya sehingga kini,jawatankuasa pil iharaya peringkat nasional dankerajaan tempatan di Jepun tidak membenarkan calon-calon pilihanraya menggunakan Internet sebagai mediauntuk berkempen .[26] Begitu juga, dengan laporansumbangan kewangan oleh individu dan syarikat-syarikat kepada parti-parti politik dan ahli politik tidakdipamerkan secara terbuka melalui internet walapunpelbagai kumpulan badan bukan kerajaan mendesakagar kerajaan pusat dan tempatan mengubal undang-undang khusus keterbukaan maklumat penderma dansumbangan dana politik disebarkan menerusi internetsupaya tidak wujud elemen rasuah dan nepotisme. [27]

Sistem budaya politik masyarakat Jepun yang banyakdipengaruhi sejarah feudal yang bersifat hiraki jugamenyebabkan masyarakat Jepun beranggapan politikadalah khas untuk golongan tertentu sahaja danbukannya untuk semua rakyat. Oleh hal demikian,menyebabkan kepimpinan politik sering dikuasai olehkumpulan-kumpulan tertentu sejak turun temurunmengikut “Zhoku” (Puak) dengan bantuan “iron triangle”yang melibatkan kerjasama ahli politik, birokrat danahli koporat. Malahan di dapati Parti Libreal Democratic(LDP) yang menguasai Diet dengan kemenangan 2/3dalam pil ihanraya September 2005 mempunyai

bilangan keahlian sedikit iaitu hanya sebanyak 1.2 jutasahaja dibandingkan dengan penduduk Jepun seramai120 juta orang [28]. Penguasaan Kerajaan oleh partiLDP melalui pilihanraya Jepun semenjak 1955 tanpacabaran sengit pembangkang juga mengukuhkan lagipandangan bahawa demokrasi Jepun adalah sebagai“Democracy without competition” yakni sedikit sebanyakhasil natijah langsung budaya politik feudal [29].

Langkah penurunan kuasa kepada kerajaan tempatanmelalui proses desentralisasi dan pengubalan aktakebebasan maklumat dan reformasi undang-undangoleh kerajaan pusat Jepun adalah merupakan beberapalangkah yang mampu meningkatkan minat penyertaanrakyat dalam e-kerajaan secara khususnya dane-demokrasi peringkat kerajaan tempatan. Misalnya,langkah Parlimen (Diet) Jepun menggubal undang-undang bagi penggalakan pertubuhan-pertubuhanbukan bermotifkan keuntungan (Law to promote specifiedNonprofit Activities/Nonprofit Organization ) pada Januari1999 (sebelum ini tidak ada undang-undang khususNPO), yang dil ihat sebagai pengiktirafan kepadaperanan NPO telah mula menampakkan sedikitpeningkatkan kesedaran serta minat warga tempatanuntuk menubuh dan menjadi ahli dalam lebih banyakNPO bagi menangani pelbagai isu dan masalahperingkat kerajaan tempatan [30]. Pertubuhan–pertubuhanini yang ingin menyumbang kepada kesejahteraanmasyarakat setempat tanpa kebergantungan dankawalan kerajaan telah meningkatkan penggunaanjaringan ICT dan e-kerajaan untuk mengawasi urustadbirkerajaan–kerajaan tempatan dan mengeratkan jalinanhubungan komunikasi antara mereka bagi membentukpersefahaman tuntutan kolektif yang kuat. Walaupunperlaksanaan e-kerajaan dalam konteks e-demokrasiadalah perlahan di Jepun kerana mempunyai halanganbirokratik dan budaya politik, namun ia mampumemberi peluang kepada rakyat untuk mengambilbahagian secara aktif dalam proses pengubalan dasarpada jangkamasa panjang.

4. KESIMPULAN

Secara kesimpulannya dapat dikatakan e-kerajaan diJepun juga mampu menjadi satu keadah perkongsianbijak yang berkesan antara kerajaan dan rakyat dalammengurus hal ehwal kepentingan negara terutamanyadi masa hadapan. Tambahan pula, pencapaian teknologi“hardware” komunikasi terkini seperti aplikasi internetmelalui telefon mudah alih yang mesra penggunasudah pasti memberi kesan dalam pola budaya politikdan dalam hubungan rakyat dan kerajaan. Malahandalam jangkamasa panjang ia mampu memecahkanmonopoli pihak kerajaan sebagai pengubal dasar–

Page 9: Article4 - Full

OC

TOB

ER 2006 - M

AR

CH

20

07 V

OL

. 1 N

O. 1

3 3

dasar awam yang tunggal dan sebaliknya mempelawasumbangan input daripada pelbagai sumber perkongsianbijak warga dan komuniti tempatan. Kerajaan tempatandi negara-negara membangun seperti Malaysia bolehmengambil pendekatan yang positif dalam pengurusane-kerajaan menerusi website dan e-forum atau e-komuniti masing-masing agar ia lebih bersifat interaksidua hala dan bukannya setakat penyaluran maklumatsehala semata–mata. Keadah penyertaan dua hala e-kerajaan secara bermakna sebegini dapat membangunkandasar-dasar awam secara berkesan yang mampumengurangkan karenah birokrasi, rasuah dan diterimarakyat demi meningkatkan keabsahan kerajaan.

5. BIBLIOGRAFI

1. Hirst.P. & Norton, M. (1998), Electronic Government,Information Technologies and Citizens. UnitedKingdom Parliamentary Office of Science andTechnology, www.parliament.uk/post/egov.htm

2. Webster Third New International Dictionary, (1966)G& C, Merriam Company. Massachusetts. USA(m/s 600 )

3. Tsagarousianou, Roza, Damian Tanbini and CathrynBryan, eds (1998), Cyberdemocracy: technologies,cities and civic networks, Routledge, London.

4. NZ (2000), E- Government- A vision for NewZealanders, E- government Unit of States servicesCommission, http://www.govt.nz/evision/index.php3

5. Castells, M. (2001), The Internet Galaxy, OxfordUniversity Press, London

6. Coleman.S., Gotze.J.,(2002), Bowling Together : OnlinePublic Engagement in Policy Deliberation, London :Hansard Society

7. Ibid

8. Kikuchi, Masao. (2005), “Government Reform, PolicyChanges and NPM: A Japanese Experience” dalamJoong Yang Kim edt A New Paradigm for PublicManagement in the 21st Centur y, diterbitkan olehKorea Institute of Public Administration, Seoul

9. Masujima, Toshiyuki (2005 ). “Administrative Reformsin Japan: Past Developments and Future Trends” inInternational Review of Administrative Sciences, Volume71. Number 2

10. Akio Kamiko (1997), Recent Trend TowardDecentralization in Japan, Asian Review of PublicAdministration, Vol. VIX. No. 1 Jan-June (pp 192-198)

11. Abe H.Shindo M and Kawato S (1994),The Government and Politics of Japan, University ofTokyo Press, Tokyo

12. Akizuki K (1999), Decentralization, Local Governmentand New Approaches for Governance: The Case ofJapan, Kertas kerja dalam Tokyo Workshop for the WorldDeve lopment Report 1999-2000,26-27 May 1999 ,anjuran bersama World Bank and the Foundation ofAdvanced Studies on International Development ofJapan.

13. Council of Local Authorities for InternationalRelations-CLAIR (2005) Local Government in Japan,Tokyo,http://www.clair.or.jp

14. Ibid,

15. OECD (1997), Managing Across Levels of Government,Japan. Website, http://www.oecd.org/dataoecd/10/16/1902326.pdf

16. Japan Ministry of Internal Affairs and Communicationdalam Japan’s Government and Administration at aGlance 2006, Institute of Administrative Management,Tokyo 2006 (pp.93-96)

17. Cambrige Network, (13 July 2001) Online PM is bigin Japan, website,http://www.cambridgenetwork.co.uk/pooled/articles/BF_NEWSART view.asp?Q=BF_N

18. NTT DATA (2002) and Ichiro Shinkai, New ICT andDemocracy in Japan, website http://unpan1.un.org/i n t r a d o c / g r o u p s / p u b l i c / d o c u m e n t s / u n /unpan014062.pdf

19. Ibid

20. NTT DATA,(2003) and Ichiro Shinkai, New ICT andDemocracy: e-democracy in Japan, website http://unpan1.un.org/intradoc/groups/public/documents/UN/UNPAN014400.pdf.

21. Nakamura, Akira (2000), Different Contingencies andshortage of Crisis Management in Public Administration:An Introduction to Japan’s Crisis Management dalamJournal of Contigency and Crisis Management, Vol.8. No.1 March 2003 , pp 1-3, Blackwell Publishers Ltd

22. Shunichi Furukawa ( 2000) An Institutional Frameworkfor Japanese Crisis Management, dalam Journal ofContigency and Crisis Management, Vol.8. No. 1 March2003, pp 3-14, Blackwell Publishers Ltd

23. Kato Hideki (2002), Breaking the State Monopoly onPublic Affairs, dalam Thomas Mann dan SasakiTakeshi, Governance for a New Centur y: JapaneseChallenges, American Experience, Japan Center forInternational Exchange

Page 10: Article4 - Full

PU

BL

IC S

EC

TO

R I

CT

MA

NA

GE

ME

NT

RE

VIE

W

3 4

24. Lam Peng Er (2005), Local Governance: The role ofreferenda and the rise of independent governorsdalam Contested Governance in Japan edt by GlenD.Hook Routledgecurzon, New York (2005)

25. Manubu Muta (2005), Network-driven e-governmentin Japan, Public Sector Technology and Management.http://www.pstm.net/article index.php?articleid=604

26. Perbincangan dengan Prof. Dairokuno, Kousaku,Pensyarah Japanese Politics , Graduate School ofPolitical Science and Economic, Meiji University,Tokyo pada 8 June 2006.

27. Taniguchi Masaki (2002), Money and Politics inJapan, dalam Thomas Mann dan Sasaki Takeshi,Governance for a New Century: Japanese Challenges,American Experience, Japan Center for InternationalExchange

28. Prof. Dairokuno, Op.Cit.

29. Ethan Scheiner (2005) , Democracy Without Competitionin Japan: Opposition Failure In a One –Party DominantState, Cambridge University Press.

30. Ishizuka Hideo, Legislation Enacted for NonprofitOrganizations in Japan, sept 1999.vol.22 dalamwww.worldvolunteerweb.org/fileadmin/doc/old/pdf/2002/JPN990901_legislation_npo.pdf