full text isu

24
Pendidikan di Malaysia: Melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan nilai. (Rujuk PPP 2013-2025) 1.0 PENDAHULUAN Kurikulum persekolahan kebangsaan berhasrat untuk menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi akan datang. Justeru itu, pelan pembangunan pendidikan dirangka bagi menghadapi cabaran pendidikan pada abad ke-21. Kurikulum yang ada disemak semula bagi memberi penekanan kepada penerapan nilai murni dan semangat patriotik terhadap negara. Diharapkan kurikulum yang terbentuk ini dapat melahirkan murid yang bukan sahaja berilmu pengetahuan tetapi juga berperibadi mulia, rela dan sanggup berbakti kepada masyarakat dan negara. 2.0 TUJUAN PENDIDIKAN Di dalam Akta Pendidikan 1996 ada menyebut bahawa tujuan pendidikan sebenarnya adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat global, kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat. 3.0 PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN (2013-2025) 1

Upload: kristin-peterson

Post on 13-Feb-2015

46 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Full Text Isu

Pendidikan di Malaysia: Melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan nilai.

(Rujuk PPP 2013-2025)

1.0 PENDAHULUAN

Kurikulum persekolahan kebangsaan berhasrat untuk menyediakan pendidikan bertaraf

dunia kepada generasi akan datang. Justeru itu, pelan pembangunan pendidikan dirangka

bagi menghadapi cabaran pendidikan pada abad ke-21.

Kurikulum yang ada disemak semula bagi memberi penekanan kepada penerapan nilai

murni dan semangat patriotik terhadap negara. Diharapkan kurikulum yang terbentuk ini

dapat melahirkan murid yang bukan sahaja berilmu pengetahuan tetapi juga berperibadi

mulia, rela dan sanggup berbakti kepada masyarakat dan negara.

2.0 TUJUAN PENDIDIKAN

Di dalam Akta Pendidikan 1996 ada menyebut bahawa tujuan pendidikan sebenarnya

adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai

murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat global,

kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat.

3.0 PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN (2013-2025)

Dalam Pelan Pelan Pembangunan Pendidikan menggariskan 5 hasil yang ingin dicapai

iaitu akses, kualiti, perpaduan dan kecekapan. Justeru itu, ia telah menekankan beberapa

objektif yang perlu dicapai iaitu:

3.1 Penambahbaikan akses kepada pendidikan, meningkatkan standard (kualiti),

merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), menggalakkan perpaduan dalam

kalangan murid serta memaksimumkan keberkesanan sistem.

3.2 Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem pendidikan dan setiap

murid bagi 13 tahun yang seterusnya sehingga tahun 2025

1

Page 2: Full Text Isu

3.3 Menggariskan program transformasi pendidikan yang akan dijalankan

4.0 DEFINISI NILAI MURNI

Nilai muni boleh didefinisikan sebagai tingkah laku yang baik, mempunyai adab dan

bertatasusila semasa berhubungan dengan manusia, alam dan Tuhan. Wan Mohd Zahid

(1988) mentakrifkan nilai murni sebagai: boleh gantikan yang lain kalau sapa2 jumpa….

“Nilai-nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan

pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu

masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Memang menjadi tujuan semua agama,

untuk membentuk kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak mulia”.

5.0 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Kurikulum Pendidikan adalah berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan

(FPK) dulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Berikut adalah teks lengkap

Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah percara kembangan lagi

potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan

dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang

berilmu pengetahuan, berketerampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

masyarakat dan Negara”.

Falsafah Pendidikan ini adalah untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia

dan sebagai warganegara yang baik. Di antara yang terkandung dalam Falsafah

Pendidikan Kebangsaan ialah percaya dan patuh kepada Tuhan. Yakin terhadap Tuhan

sebagai pencipta dan mematuhi segala suruhannya mengikut kepercayaan agama

masing-masing selaras dengan prinsip dalam Rukunegara. Matlamat pendidikan untuk

membangunkan semua aspek diri yang terdapat pada diri seseorang secara harmonis dan

2

Page 3: Full Text Isu

seimbang. Selain daripada berilmu pengetahuan, seharusnya juga lengkap dengan

berbudi pekerti yang baik serta berakhlak mulia. Sekaligus insan yang diharapkan

mampu bertanggungjawab dan dapat memberikan sumbangan bukan sahaja kepada diri

sendiri malah kepada masyarakat, agama, bagsa dan negara.

Satu konsep yang penting dalam FPK ialah peranan ilmu dalam pembangunan insan dan

masyarakat. Nilai ilmu adalah terletak pada kebenaran ilmu yang bukan sahaja

menyampaikan pengetahuan tetapi yang lebih penting untuk mengubah masyarakat

untuk mencapai tahap yang lebih tinggi dari segi hierarki ilmu itu sendiri. Tujuan ilmu

itu sendiri bukan untuk pembangunan kesejahteraan diri individu tetapi yang lebih

penting untuk pembangunan yang bermula dengan keluarga, masyarakat dan negara.

6.0 RASIONAL NILAI-NILAI MURNI DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN

KEBANGSAAN

Tanggal 13 Mei 1969 telah membuktikan tiada semangat muhibbah yang dapat

menyatukan kaum pada ketika itu. Rusuhan kaum yang telah berlaku pada waktu itu

telah memberi impak terhadap kepentingan isu ‘penerapan nilai’ dalam pendidikan.

Sepertimana yang diketahui umum, matlamat pendidikan Negara adalah untuk

melahirkan masyarakat yang bersatupadu, bertanggungjawab dan berwawasan. Maka

apakah corak pandangan hidup yang perlu didedahkan kepada pelajar dan belia sekarang

untuk mereka hayati, amal dan implimentasikan? Bagi menghasilkan output yang positif

ialah melalui penerapan nilai-nilai murni agar selaras dengan kehendak Falsafah

Pendidikan Kebangsaan. Fungsi utama pendidikan ialah sebagai agen pemasyarakatan

dalam penerapan pembudayaan nilai-nilai murni bagi melahirkan keseimbangan pelajar

yang berilmu dan berakhlak.

Di Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan stategi penerapan

nilai secara komprehensif dan bersepadu dengan menyisipkan penerapan nilai-nilai

murni dalam kesemua matapelajaran dan diperkukuhkan melalui aktiviti ko-kurikulum

sama ada secara formal ataupun tidak formal.

3

Page 4: Full Text Isu

7.0 ASPEK-ASPEK NILAI MURNI

Secara keseluruhannya, terdapat 16 teras nilai murni iaitu:

7.1 Baik hati.

Tindak tanduk yang ditunjukkan seperti sikap suka menolong, mudah simpati

dan pengasih.

7.2 Berdikari.

Melakukan sesuatu tanpa mengharapkan pertolongan orang lain.

7.3 Hemah tinggi.

Berbudi pekerti mulia, lemah lembut dalam perhubungan serta beradab sopan.

7.4 Hormat menghormati.

Memuliakan seseorang atau institusi sosial dengan memberi layanan yang

sepatutnya.

7.5 Kasih sayang.

Prihatin dan perasaan cinta yang mendalam serta lahir dalam dari hati yang

ikhlas.

7.6 Keadilan

Tidak berat sebelah dalam sebarang perlakuan, pertuturan dan keputusan.

7.7 Kebebasan

Kebebasan yang tertakluk kepada peraturan dan undang-undang yang telah

ditetapkan oleh agama, masyarakat dan negara.

7.8 Keberanian.

Sanggup menghadapi cabaran dan rintangan dengan penuh ketabahan kerana

yakin akan kebenaran.

7.9 Kebersihan fizikal dan mental

4

Page 5: Full Text Isu

Kebersihan fizikal meliputi kebersihan diri dan persekitaran. Manakala

kebersihan mental merujuk pertuturan, perlakuan, pemikiran dan kerohanian.

7.10 Kejujuran.

Bercakap benar, perlakuan niat yang baik tanpa mengharapkan balasan.

7.11 Kerajinan.

Usaha yang berterusan tanpa jemu, gigih, dedikasi

7.12 Kerjasama

Membina hubungan baik pada peringkat individu, komuniti, masyarakat dan

negara bagi mencapai sesuatu matlamat yang diinginkan.

7.13 Kesederhanaan.

Tidak keterlaluan dalam membuat keputusan dan tindakan serta tidak

mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.

7.14 Kesyukuran

Perlakuan yang dilahirkan secara ikhlas atas kesenangan yang diperolehi dan

sebagai lambang ucapan terima kasih atas segala kurniaan yang diperoleh.

7.15 Rasional

Boleh membuat pertimbangan dengan akal fikiran yang waras, logik tanpa

dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

7.16 Semangat bermasyarakat

Kesediaan untuk melakukan sesuatu perkara secara muafakat bagi kepentingan

bersama melibatkan isu-isu sosial.

8.0 STRATEGI PENGHAYATAN DAN PENERAPAN NILAI (kita perlu sertakan

rujukan jurnal (sekurang-kurangnya 10 jurnal- 5 tahun terkini) dan kaitkan

dengan pelan induk pembangunan pendidikan)

5

Page 6: Full Text Isu

Strategi penghayatan dan penerapan nilai murni boleh terlaksana merangkumi aspek

diri, keluarga, masyarakat dan negara.

8.1 Aspek diri sendiri

Pendidikan memainkan peranan dalam perkembangan ekonomi dan pembangunan

sesebuah negara. Kejayaan sesebuah negara bergantung kepada tahap pengetahuan,

kompetensi dan kemahiran yang dimiliki oleh rakyatnya. Bagi meningkatkan kualiti

hidup, pendidikan juga berperanan membentuk negara bangsa yang bersatu padu

serta aktif menyumbang kepada pembangunan negara. Setiap individu haruslah

mempunyai tanggungjawab sivik untuk memberikan sumbangan terhadap masyarakat.

Identiti nasional juga memerlukan murid memahami dan menghayati sejarah Malaysia

dan berkongsi aspirasi untuk masa depan Malaysia.

Di Malaysia, Pendidikan Sivik mula diperkenalkan pada Tahun 1953 untuk menyuntik

identiti nasional ke dalam kurikulum secara formal. Adalah amat penting bagi generasi

muda ini mempelajari nilai, sikap dan tingkahlaku yang betul pada peringkat awal dalam

proses membentuk sikap dan pandangan dunia mereka. Melalui pengetahuan sivik dan

kewarganegaraan ini, dapat meningkatkan pemahaman murid tentang Sejarah Malaysia,

budaya dan nila-nilai murninya. Dengan adanya kepelbagaian etnik di negara ini, setiap

pelajar harus menghayati persamaan dan perbezaan yang menjadikan Malaysia sebagai

negara yang unik.

Dalam kurikulum terkini, Pendidikan Sivik tidak diajar dalam sebagai matapelajaran

khusus tetapi merentasi pelbagai mata pelajaran seperti Pendidikan Islam, Pendidikan

Moral, Sejarah dan Pengajian Tempatan. Melalui Pendidikan Sivik sepatutnya mampu

untuk memupuk nilai penting kepercayaan yang tercatat dalam Rukunegara iaitu

Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Keluhuran

perlembagaan, kesopanan dan kesusilaan. Dengan pendedahan pada peringkat awal ini,

maka dapat menjelaskan kepada rakyat Malaysia tentang perjalanan “Perlembagaan”.

Isu permasalahan tentang “kontrak sosial” (dari segi hak kewarganegaraan dan hak

istimewa) kepada rakyat Malaysia seolah-olah telah dilupakan. Ini adalah kerana sejak

kebelakangan ini, terdapat pihak yang mendesak agar “kontrak sosial” itu dihapuskan

atau dikaji semula di mana tiada penghayatan terhadapnya (Salleh Buang 2007).

6

Page 7: Full Text Isu

Polemik isu-isu ini menunjukkan tahap pengetahuan dan kefahaman rakyat Malaysia

masih lagi rendah dan kurang dihayati kerana “kontrak sosial” sudah lama diputuskan

dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (Awang Sariyan 2008).

Sebab itulah penekanan dan pendedahan mengenai perlembagaan di peringkat sekolah

harus dititikberatkan. Dengan itu, diharapkan generasi muda akan memahaminya dengan

lebih mendalam dan tidak menganggap Perlembagaan Malaysia sebagai diskriminasi

kaum tetapi sebaliknya bertindak sebagai menjamin perpaduan antara kaum.

Manakala penghayatan kepada rukunegara pula, akan memberi kesedaran yang tinggi

terhadap tanggungjawab mereka kepada negara. Hanya individu yang berpengetahuan

dan tahu tanggungjawab mereka sebagai wargenegara mampu mempengaruhi iklim dan

ekonomi pada masa depan dengan semangat patriotik. Oleh yang demikian, Malaysia

berharap dapat melahirkan modal insan bagi memastikan pembangunan Malaysia

berterusan.

Selain itu, penerapan nilai murni juga dapat dipupuk menerusi mata pelajaran

Pendidikan Islam dan juga Pendidikan Moral. Justeru itu, bagi melihat keberkesanan

penerapan nilai dalam mata pelajaran tersebut, pedagogi dalam kedua-dua mata

pelajaran ini akan disemak semula dengan memberi lebih penekanan kepada aktiviti

main peranan, simulasi, perbincangan, dan tugasan dalam kumpulan kecil. Penglibatan

aktif murid dalam aktiviti pembelajaran yang berbentuk tingkah laku adalah lebih

berkesan daripada penerangan secara kuliah dan membuat latihan dalam buku. Dalam

kurikulum Pendidikan Islam, tumpuan akan diberi terhadap pemahaman tentang nilai

utama dan falsafah Islam yang tersirat serta agama lain di Malaysia. Manakala bagi

murid bukan Islam, pemahaman tentang nilai utama bagi semua agama di Malaysia.

Kementerian juga akan meneliti cadangan untuk menggabungkan murid Pendidikan

Islam dan Pendidikan Moral ini dalam beberapa kelas tertentu dalam penyampaian

berkenaan nilai sejagat.

Selain itu, bagi memupuk integrasi nasional, kerajaan cuba untuk memartabatkan

bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Justeru itu, setiap pelajar dan rakyat

Malaysia harus patuh dan mengikutinya. Jika ditinjau dari sudut sejarah, keadaan amat

sengit semasa kerajaan mengumumkan bahawa Bahasa Melayu adalah sebagai bahasa

7

Page 8: Full Text Isu

rasmi negara. Orang bukan Melayu juga mahukan bahasa mereka dijadikan bahasa rasmi

negara. Justeru itu, dalam konteks ini, Bahasa Melayu berfungsi sebagai alat

menyatupadukan kaum. Ini adalah kerana integrasi nasional di Malaysia masih lagi

samar. Hasil kajian menunjukkan sosio-politik di Malaysia seperti kesan dari sejarah,

institusi kekeluargaan dan pendidikan menunjukkan sosioekonomi di Malaysia masih

lagi mencengkam budaya politik setiap kaum (Mohd Ridhuan 2010). Justeru itu,

kerajaan berhasrat untuk memastikan semua murid mempunyai kecekapan dalam

Bahasa Malaysia di samping memperkukuhkan Bahasa Inggeris. Ini adalah kerana

berdasarkan laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025, kementerian

mendapati sebanyak 84% murid bumiputera mencapai kepujian dalam Bahasa Malaysia

sedangkan hanya 63% murid Cina dan 57% murid India yang berjaya pada tahap yang

sama. Ini disebabkan di SJK murid mendapat kurang masa pengajaran dalam Bahasa

Malaysia berbanding di sekolah kebangsaan. Di SJK masa pengajaran terpaksa

dibahagikan antara Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina atau Bahasa

Tamil (KPM 2012). Oleh yang demikian, bagi memastikan murid menguasai kecekapan

dalam Bahsa Malaysia, kementerian akan mengambil langkah dengan menggunakan

satu kurikulum dan pentaksiran untuk Bahasa Malaysia di semua sekolah dan

memperkenalkan intervensi pemulihan Bahasa Malaysia bagi murid yang mengalami

kelemahan dalam subjek ini. Bagi SJK, pada tahun 2014 iaitu kohort Tahun 4 akan

menggunakan kurikulum Bahasa Malaysia yang sama dengan sekolah kebangsaan tetapi

akan mengekalkan Bahasa Cina atau Bahasa Tamil dalam matapelajaran lain. Selain itu,

murid Tahun 4 hingga 6 yang lemah dalam Bahasa Malaysia akan diadakan kelas

pemulihan selama 5 jam seminggu di sekolah. Kerajaan juga berhasrat untuk

memansuhkan Kelas Peralihan pada tahun 2017.

Selain daripada Bahasa Melayu, setiap murid juga harus memperkukuhkan diri sendiri

dengan Bahasa Inggeris. Berdasarkan pengiktirafan terhadap nilai sosial yang

mengambilkira terhadap kepelbagaian budaya di negara ini, maka kementerian

mengambil langkah dengan mengukuhkan akses dan memberi peluang kepada murid

untuk mempelajari bahasa lain yang terkemuka di dunia seperti Bahasa Cina, Bahasa

Tamil, Bahasa Arab dan bahasa-bahasa lain. Oleh yang demikian, dasar bahasa yang

telah diwujudkan ini akan memberi peluang kepada murid bagi meningkatkan

penguasaan diri dalam Bahasa Malayu dan juga mengukuhkan Bahasa Inggeris serta

bahasa tambahan. Merujuk kepada sistem pendidikan negara jiran seperti China, Korea

8

Page 9: Full Text Isu

Selatan, dan Singapura yang dapat menyediakan murid yang fasih dalam berbahasa

kebangsaan dan Bahasa Inggeris, Malaysia juga ingin membina nilai kebolehpasaran

pekerja di pasaran kerja dunia.

Untuk membentuk bangsa Malaysia, kita sepatutnya tidak perlukan banyak aliran dalam

sistem pendidikan. Kewujudan banyak sekolah berasaskan bangsa boleh membantutkan

perpaduan. Sekolah-sekolah jenis kebangsaan akan mengekalkan identiti bangsa

masing-masing. Maka integrasi nasional masih jauh lagi untuk dicapai. Kajian yang

diperolehi berdasarkan laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025

mendapati banyak murid Cina dan India berdaftar di sekolah jenis kebangsaan pada hari

ini berbanding 10 tahun yang lalu. Di SJKC kadar murid meningkat daripada 92% pada

tahun 2000 kepada 96% pada tahun 2011. Manakala di SJKT lebih drastik lagi iaitu

daripada 47% kepada 56%. Dengan ini terdapat 94% murid bumiputera di Sekolah

Kebangsaan. Ini akan memberi risiko terhadap kepelbagaian percampuran kumpulan

etnik merentas jenis sekolah dan mengakibatkan kesukaran dalam membentuk

perpaduan dalam kalangan kaum (KPM 2012).

8.2 Keluarga

Kementerian Pelajaran juga akan meningkatkan kesedaran dan melibatkan ibu bapa

sebagai rakan dalam pendidikan bagi menentukan sistem pelajaran yang akan terhasil

adalah berkualiti, bersepadu dan cekap. Berdasarkan laporan OECD dalam Pelan

Pembangunan Pendidikan 2015-2025, ibu bapa yang membaca buku bersama anak

mereka sama ada “setiap hari” atau “dua kali seminggu” pada tahun pertama sekolah

anak-anak dapat menyumbangkan prestasi yang tinggi dalam PISA 2009+ berbanding

dengan ibu bapa yang “tidak pernah langsung” atau “hampir tidak pernah” atau “hanya

sekali atau dua kali sebulan” membaca buku bersama dengan anak-anak mereka. Ini

selari dengan kajian yang mendapati bahawa ibu bapa yang bertukar-tukar pandangan

dalam aspek pendidikan dapat meningkatkan perkembangan diri dan emosi anak-anak

dalam pelajaran (Cooper, Robinson & Patall 2006). Pendidikan yang bersepadu adalah

hasil penerapan nilai yang boleh ditunjukkan oleh ibu bapa itu sendiri. Kajian lain pula

mendapati pelajaran anak-anak sebenarnya bergantung kepada sejauhmana keupayaan

ibu bapa merasa tanggungjawab dan perlunya membantu anak-anak dalam pelajaran di

samping menanamkan unsur-unsur positif yang dapat mendorong anak-anak untuk

9

Page 10: Full Text Isu

belajar (Abd. Razak & Noraini 2011). Oleh yang demikian, dengan adanya kerjasama

secara langsung daripada ibu bapa ini akan melonjakkan peningkatan dalam

keberhasilan pembelajaran murid.

Selain itu, kesedaran penglibatan ibu bapa terhadap pendidikan anak-anak juga dapat

membantu sekolah menangani masalah salah laku di sekolah. Satu kajian yang

bertujuan untuk melihat hubungan antara gaya keibubapaan dengan salah laku pelajar

mendapati tidak terdapat terdapat hubungan yang signifikan antara salah laku pelajar di

sekolah dengan gaya keibubapaan yang diamalkan oleh ibu bapa pelajar. Akan tetapi

terdapat hubungan yang siqnifikan di antara gaya keibu bapaan yang diamalkan oleh ibu

bapa dengan penglibatan ibu bapa dalam aktiviti harian yang dilakukan oleh pelajar di

sekolah (Asmah, Nurulhuda & Mascilla 2011). Biasanya guru-guru di sekolah

menghadapi pelbagai cabaran dan tekanan. Jika berlaku masalah disiplin, guru akan

dipersalahkan. Ibu bapa sering menyerahkan tugas mendidik kepada guru lantaran

kesibukan mereka dalam urusan kerja (Khairulaniza 2007). Oleh yang demikian, dalam

gelombang 1 PPPM (2013-2025), tumpuan akan diberikan kepada sekolah dalam

meningkatkan pencapaian murid-murid melalui kerjasama erat ibu bapa dan komuniti

(KPM 2012).

8.3 Masyarakat

Tanggal 27 Julai 2009, Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd najib Tun Razak

telah mengumumkan National Key Result Areas (NKRA) iaitu Indeks Prestasi Utama

(KPI) terhadap 6 Bidang Keberhasilan Utama Negara bagi menyedia dan berpaksi

kepada kesejahteraan rakyat. Salah satunya Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Kayu

ukur kepada kejayaan kepada sesebuah sekolah adalah terletak pada keseluruhan sistem,

nilai, kepercayaan, iklim dan budaya yang dilakukan oleh seluruh warga sekolah

termasuklah pemimpin sekolah itu iaitu kepada pengetua atau guru besar. Selaku

pemimpin sekolah, peranan yang dipertanggungjawabkan untuk mencipta wawasan dan

melaksanakan perubahan di sekolah. Hubungan antara pengetua atau guru besar dengan

seluruh komuniti sekolah seperti guru-guru, kaki tangan sekolah, pelajar-pelajar,

Pengerusi PIBG dan ibu bapa haruslah baik dan teguh sama ada peringkat dalaman

ataupun luaran (Jamilah & Yusof 2011). Sebagai pemimpin sekolah, mereka harus

kreatif melibatkan ibu bapa, komuniti dan pihak yang berkepentingan dalam

10

Page 11: Full Text Isu

melonjakkan akses kepada pendidikan yang berkualiti. Kewujudan PIBG sebenarnya

adalah salah satu usaha bagi pihak sekolah membina hubungan silaturrahim dalam

pendidikan (Mohd Fuad 2007). Dengan adanya jaringan yang kukuh ini, sekolah dapat

menyusun segala aktiviti seperti kutipan derma dan perkongsian kepakaran. Ini adalah

kerana kejayaan sistem pendidikan negara terletak kepada sejauhmana elemen itu

berfungsi dan saling melengkapi antara satu sama lain (Muhammad Iqmal 2007 &

Mohamad Ali 2007).

Selain itu, kepelbagaian dan keunikan rakyat Malaysia pelbagai etnik, agama dan

budaya adalah penting bagi membentuk satu identiti Malaysia. Justeru itu, menerusi

pendidikan dapat menjadikan sekolah sebagai medan untuk menjalin perhubungan dan

perpaduan. Perpaduan boleh diertikan sebagai menyatupadukan seluruh anggota

masyarakat bagi membentuk satu identiti dan nilai bersama terhadap tanah air tercinta

(Shamsul Amri 2007). Sejarah telah membuktikan pengasingan hidup antara kaum sukar

untuk mewujudkan perpaduan dan ia masih berlaku dan terbawa-bawa hingga ke hari

ini. Majoriti kaum Cina tinggal di bandar dan orang Melayu di luar bandar. Keadaan

menjadi lebih teruk apabila kampong baru Cina lebih maju daripada kampong Melayu

(Comber 2007). Ini menyebabkan interaksi mereka agak terbatas. Justeru itu, sekolah

berperanan mensosialisasikan semula mereka agar dapat belajar bersama-sama sehingga

melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat pengajian tinggi. Oleh yang demikian, hasrat

kementerian ialah untuk memperkasakan sekolah kebangsaan agar ia menarik minat dan

menjadi pilihan masyarakat untuk menghantar anak-anak ke sekolah tersebut. Kerajaan

cuba meningkatkan taraf pendidikan di sekolah kebangsaan dengan mempelbagaikan

kemudahan, bangunan yang cantik-cantik dan memastikan guru-gurunya mencukupi.

Selain waktu formal murid dalam persekolahan, kementerian menggalakkan

perpaduan murid melalui aktiviti ko-kurikulum. Ianya dilaksanakan di luar waktu

sekolah sebagai lanjutan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah sebagai

pelengkap dalam mengukuhkan nilai-nilai murni ke dalam jiwa pelajar (Lokman &

Osmayati 2011). Dalam memperkaya pengalaman murid dalam aktiviti ko-kurikulum

seperti dalam aktiviti sukan, kelab dan beruniform, murid juga didedahkan dengan

interaksi kepelbagaian kaum melalui program Rancangan Integrasi Murid Untuk

Perpaduan (RIMUP) dari pelbagai jenis sekolah samada sekolah kerajaan atau swasta

bagi bersama-sama menjayakan aktiviti ko-kurikulum ini. Penyertaan aktif pelajar dala

11

Page 12: Full Text Isu

aktiviti ko-kurikulum ini akan meningkatkan kemahiran sosial (soft skill) seperti

semangat kerja berpasukan, ketahanan mental dan fizikal, semangat kenegaraan dan

disiplin (Lokman & Osmayati 2011).

Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan juga ada menyentuh tentang kerjasama dan

bantuan daripada komuniti setempat dalam memperhebat sistem sokongan bagi

penyampaian kurikulum. Bagi penambahbaikan dalam aspek kelancaran kurikulum dan

pemantauan pentaksiran berasaskan sekolah, kementerian akan melantik SISC bagi

menggantikan jurulatih utama sebagai penghubung antara Bahagian Pembangunan

Kurikulum, Lembaga peperiksaan dan guru. Mereka akan ditempatkan di Pejabat

Pendidikan Daerah (PPD). SISC bertanggungjawab dalam dalam pelaksanaan kurikulum

dan pentaksiran baru, memperkukuh latihan guru dan kemahiran pedagogi. Selama ini,

sistem penyampaian kurikulum dan pentaksiran melibatkan lima peringkat birokrasi . Ini

menyebabkan ‘ketirisan’ dalam pelaksanaan kurikulum. Jadi, dengan perlantikan SISC

daripada separuh masa kepada sepenuh masa dapat mengurangkan keadaan birokrasi ini.

Menjelang tahun 2015, dijangka seramai 2500 orang SISC akan diperkenalkan di

seluruh tanah air yang akan memberi tumpuan kepada bidang kejurulatihan.

8.4 Negara

Sepertimana yang digariskan dalam Model Ekonomi Baru dan Rancangan

Malaysia ke-10, Malaysia berhasrat untuk mengubah keadaan negara daripada negara

berpendapatan sederhana ke arah negara berpendapatan tinggi. Justeru itu, kerajaan

telah mengorak langkah berani untuk melakukan transformasi melalui pendidikan.

Pendekatan yang diambil dalam menghasilkan Pelan Pembangunan Pendidikan adalah

julung-julung kalinya dilakukan. Pandangan pelbagai pakar dan agensi antarabangsa

dikumpul bagi menilai dan mentaksir sistem pendidikan negara kita. Pandangan

daripada Bank Dunia, Unesco dan OECD diambilkira. Selain itu, kerajaan juga

merujuk strategi transformasi Kementerian Pengajian Tinggi 2007-2020 dan Pelan

Induk Pembudayaan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2013-2020. Pihak Kementerian

Pelajaran juga telah mengambilkira suara rakyat dengan skala yang besar.

Penghayatan terhadap tindakan berani kerajaan ini akan memberi manfaat

kepada akses pendidikan yang berkualiti kepada semua kanak-kanak tanpa mengira

12

Page 13: Full Text Isu

etnik, latar belakang dan sebagainya. Aspirasi kerajaan adalah untuk berada dalam

kalangan negara sepertiga teratas dalam Trends in Mathematics and Science Study

(TIMMS) dan Programme for international Student Assessment (PISA) 15 tahun akan

datang. Justeru itu, sokongan yang padu dan komitmen yang tinggi diperlukan

daripada seluruh masyarakat untuk merealisasikan hasrat kerajaan untuk kebaikan

semua.

Bagi mencapai strategi tersebut, kerajaan telah menyusun semula soalan

peperiksaan dengan peratusan yang lebih besar dengan memberikan tumpuan kepada

kemahiran berfikir aras tinggi. Menjelang tahun 2016, 80% soalan berbentuk

pemikiran aras tinggi dalam soalan UPSR, 80% penilaian berpusat Tingkatan 3, 75%

soalan teras SPM dan 50% soalan elektif SPM. Tindakan ini kan mengalihkan

perhatian guru kepada pembentukan pengajaran kepada kemahiran berfikir aras

tinggi. Perubahan yang serupa juga seharusnya dilaksanakan terhadap soalan

berasaskan sekolah.

Selain itu, bagi melahirkan generasi yang berprestasi tinggi perlu

mengambilkira juga akan status sosioekonomi rakyat. Kerajaan telah lama menyedari

bahawa perbezaan sosioekonomi akan menimbulkan cabaran dalam kesamarataan

dalam keberhasilan pendidikan. Ketaksamarataan status sosioekonomi oleh

pendapatan penjaga murid adalah berkolerasi dengan pencapaian murid. Bagi

menanganinya, kerajaan komited mengurangkan ketaksamarataan murid dengan

memberikan bantuan insentif kepada murid yang layak. Misalnya, sebelum ini,

kerajaan memberikan bantuan pendidikan berbentuk bantuan buku teks secara

percuma kepada pelajar yang layak di bawah Skim Pinjaman Buku Teks semenjak

tahun 1975. Secara keseluruhannya, kerajaan membelanjakan lebih RM100 juta setiap

tahun. Jumlah ini tidak termasuk peruntukan RM5 juta setiap tahun bermula tahun

2000 untuk mengedarkan buku-buku bacaan tambahan ke perpustakaan yang terletak

di luar bandar (Md Sinin 2009). Namun, jumlah ini sudah pasti bertambah sejak

kerajaan mengumumkan bahawa buku teks adalah percuma kepada seluruh rakyat

Malaysia berkuatkuasa pada tahun 2008. Selain itu, bantuan kerajaan yang lain

kepada golongan berpendapatan rendah ialah menerusi sistem persekolahan seperti

Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM), Skim Bantuan Tuisyen,

Rancangan Makanan Tambahan (RMT), Program Susu Sekolah (PSS) dan

13

Page 14: Full Text Isu

sebagainya. Walau bagaimanapun, terdapat penambahbaikan dalam penyusunan

semula pemberian KWAPM dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 iaitu

penentuan KWAPM yang akan diberikan nanti adalah secara bersyarat bagi

meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak terutama dalam

menitikberatkan kehadiran murid-murid ke sekolah. Bantuan KWAPM kali kedua

hanya akan diberikan mengikut kadar kehadiran minimum murid ke sekolah (KPM

2012).

9.0 PENUTUP

Dalam melengkapkan murid dengan kemahiran baru menjelang abad ke-21,

Transformasi Pendidikan di Malaysia juga telah menyusun pelbagai strategi

pendidikan dengan mengambilkira aspek nilai. Oleh yang demikian, menerusi sistem

pendidikan, setiap murid turut diterapkan dengan nilai, etika dan rasa

tanggungjawab sebagai warganegara bagi mengharungi cabaran masa depan. Dengan

itu, nilai dan pengalaman yang dikongsi menerusi pendidikan diharapkan dapat

menyediakan generasi muda Malaysia dengan ilmu, kemahiran dan nilai murni untuk

menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara pada masa hadapan.

RUJUKAN

14

Page 15: Full Text Isu

Abd. Razak Zakaria & Noraini Mohd Salleh. 2011. Konteks Dan Hubungannya Dengan Penglibatan Ibu bapa Dalam Pendidikan Anak-Anak Di Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan Malaysia. 36(1): 35-44

Asmah Suboh, Nurulhuda Azizi & Mascilla Hamzah. 2011. Masalah Salah Laku Agresif Di Kalangan Pelajar Sekolah Rendah Dan Hubungannya Dengan Gaya Keibubapaan. Journal of Education Psychology & Counseling. 1: 77-93

Awang Sariyan. 2008. Trend penulisan kritis semasa: Analisis isu-isu utama bangsan dan Negara. Kesturi 15 (1&2): 19-35.

Comber, L. 2007. Peristiwa 13 Mei: Sejarah Perhubungan Melayu-Cina. Petaling Jaya: IBS Buku Sdn. Bhd.

Cooper,H., Robinson, J.C. & Patall, E. A. 2006. Does homework improve academic achievement?: A synthesis of research, 1987-2003. Review of Educational Research. 76(1): 1-62

Jamilah Ahmad & Yusof Boon. 2011. Amalan Kepimpinan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Di Malaysia. Journal of Edupres. 1: 323-335

Khairulaniza Khairudin.2007. “Peranan Ibu Bapa Membangunkan Modal Insan.” Jurnal Ehwal Pendidikan. 1: 38 – 41.

Lokman Mohd Tahir & Osmayati Othman. 2011. Keperluan Aktiviti Kokurikulum (Beruniform) Kepada Pelajar Tingkatan Empat Di Sekolah Menengah Kebangsaan Di Daerah Langkawi. Journal of Science Social. 4: 51-63

Md Sinin Ahmad Ishak. 2009. Perspektif Penerbit Tentang Isu-Isu Kritikal Dalam Penyediaan Dan Pembekalan Buku Teks Sekolah Di Malaysia. Jurnal Pengajian Media Malaysia. 11(1): 105-112

Mohd Ali Hasan. 2007. “Peranan PIBG dalam Pelakanaan PIPP.” Jurnal Pendidik. 36: 65 – 67.

Mohd Ridhuan Tee Abdullah. 2010. Cabaran Integrasi Antara Kaum Di Malaysia: Perspektif Sejarah, Keluarga Dan Pendidikan. Jurnal Hadhari. 3: 61-84

Muhammad Iqmal Abdullah.2007. “Tujuh Cara Tingkatkan Hubungan Sekolah Dengan Ibu bapa” . Jurnal Pendidik. 43: 40 – 41.

Salleh Buang. 2007. Cadangan hapuskan hak orang Melayu. Dlm. Salleh Buang. Siri Perkembangan Undang-Undang di Malaysia. Perlembagaan dan Pentadbiran. Kuala Lumpur: Dewan Budiman dan Pustaka.

Shamsul Amri Baharuddin. 2007. Modul Hubungan Etnik. Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Catatan:

15

Page 16: Full Text Isu

Saya rasa kalau kita dapat buat full text dulu sblm slaid power point, kita akan lebih jelas

semasa presentation nnti. So harap dpt sokongan dan kerjasama dari rakan2….kalau ada idea

yg lbh bernas, boleh edit dan tambah di mana2…kawan2, tolonglah sama2 cari….saya harap,

kita dapat habiskan full text ini dlm masa seminggu ni dan kemudian buat slaid dr text ini.hrp

sume stuju…

16