kajian tindakan proposal
Post on 27-Jun-2015
2.818 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Tajuk Kajian :
Meningkatkan pemahaman dan daya ingatan ciri-ciri dalam prinsip insurans, murid tingkatan 5
Perdagangan menggunakan kaedah pokok minda.
Nama Penyelidik :
Kertas kerja ini dikemukakan oleh :
1. Marzilpah binti Abdul Hamid
2. Farina binti Pauzan
3. Jamnah binti Ishak
4. Maizatul Akmar binti Mohd Sukeri
Nama Sekolah:
Sekolah Menengah Kebangsaan Pekula Jaya.
LATAR BELAKANG KAJIAN
Mata pelajaran Perdagangan di dalam KBSM merupakan mata pelajaran elektif. Tujuan
pendidikan perdagangan di sekolah adalah untuk memberi pendidikan perdagangan supaya
pelajar mengetahui, memahami dan dapat menggunakan prinsip-prinsip dan amalan-amalan
positif dalam bidang perniagaan dan perkhidmatan yang berkaitan.
Kedudukan mata pelajaran Perdagangan sebagai subjek elektif juga telah menyebabkan
sekumpulan pelajar mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran sambil lewa. Mereka seolah-
olah tidak berminat untuk belajar, tiada tumpuan dalam bilik darjah dan tiada respon yang
menggalakkan. Semua sikap ini telah mewujudkan suasana pembelajaran yang tidak aktif, lalu
menyumbang kepada pencapaian yang lemah dalam mata pelajaran ini.
PERNYATAAN MASALAH
Terdapat pelbagai masalah yang dihadapi oleh para pelajar yang mengambil mata pelajaran
perdagangan. Salah satu masalah yang dihadapi oleh pelajar yang mengambil mata pelajaran ini
ialah pelajar tidak berupaya untuk mengenal pasti dan mengingat prinsip-prinsip insurans dalam
bab 9 Insurans mata pelajaran perdagangan tingkatan lima.
Didapati bahawa hal ini berkemungkinan kerana huraian buku teks atau buku-buku rujukan
perdagangan yang terdapat di pasaran terlalu panjang dan sukar difahami. Justeru, para pelajar
tidak berupaya untuk mengenal pasti dan mengingat apa yang telah mereka baca daripada buku
tersebut. Minat dan kemahiran belajar para pelajar dalam mata pelajaran perdagangan akan
menurun. Akibatnya keputusan bagi mata pelajaran perdagangan turut semakin merosot.
Oleh itu, melalui penggunaan Pokok Minda dalam proses pengajaran dan pembelajaran para
pelajar akan dapat meningkatkan pemahaman dan seterusnya mengingati prinsip-prinsip insurans
beserta ciri-cirinya. Melalui Pokok Minda pelajar dapat mengembangkan idea-idea walaupun
hanya berdasarkan satu idea asas. Keadaan ini dapat mengembangkan pemikiran pelajar untuk
meluaskan lagi idea asas tersebut supaya ia terjalin menjadi satu cerita yang senang untuk
diingati. Hal ini menyenangkan pelajar untuk mengenal pasti dan mengingat prinsip-prinsip
tersebut. Secara tidak langsung, kemahiran belajar para pelajar akan meningkat di samping minat
di dalam diri para pelajar akan juga terus meningkat.
Berdasarkan pemerhatian kami, masalah ini juga terjadi kerana kebolehan pelajar yang berbeza
tahapnya. Di samping itu, para pelajar juga hilang tumpuan terhadap mata pelajaran perdagangan
disebabkan huraian buku teks perdagangan terlalu panjang dan pengajaran guru yang kurang
berkesan sehingga menyebabkan pelajar bosan dan tidak berminat untuk belajar terutama dalam
subtopik prinsip-prinsip insurans. Oleh itu, kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan
pemahaman prinsip-prinsip insurans, murid tingkatan 5 Perdagangan menggunakan kaedah
pokok minda.
OBJEKTIF KAJIAN :
Objektif Umum
Meningkatkan tahap pemahaman dan daya ingatan pelajar untuk mengingati prinsip-prinsip
insurans menggunakan pokok minda dan seterusnya menarik minat pelajar terhadap mata
pelajaran ini.
Objektif khusus
Selepas kajian ini selesai dijalankan, 8 orang pelajar diharapkan dapat mencapai objektif khusus
seperti berikut:
I. Memahami sekurang-kurangnya dua ciri-ciri dalam setiap prinsip insurans dalam tempoh
masa pengajaran dan pembelajaran
II. Pelajar dapat menjawab soalan-soalan isi tempat kosong dengan tepat.
METODOLOGI KAJIAN :
Reka bentuk kajian
Kajian ini akan dilaksanakan mengikut proses dan prosedur kajian tindakan seperti berikut :
Langkah 1 – Pengenalpastian Isu dan Masalah
Melalui temubual bersama guru dan pemerhatian yang dibuat, didapati 8 orang pelajar tidak
dapat mengenalpasti dan memahami prinsip-prinsip insurans dan ciri-cirinya semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlaku. Mereka hilang fokus dan tidak mengambil perhatian
semasa guru mengajar.
Langkah 2 – Perancangan Tindakan
Aktiviti yang dicadangkan ialah mengunakan kaedah Pokok Minda.
Langkah 3 – Pelaksanaan Tindakan
1. Setelah mengetahui kelemahan kumpulan pelajar tersebut, kami telah mengambil
tindakan untuk memperkenal kaedah Pokok Minda.
2. Pelaksanaan tindakan dijalankan dalam tempoh empat kali pertemuan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
3. Aktiviti ini hanya melibatkan 8 orang pelajar yang mempunyai masalah dalam
memahami prinsip-prinsip insurans dan ciri-cirinya.
4. Antara tindakan yang dijalankan ialah:
o Sesi 1
I. Kumpulan pelajar tersebut telah dimaklumkan terlebih dahulu bahawa mereka
akan diperkenalkan satu kaedah yang lain bagi topik yang sama iaitu prinsip-
prinsip insurans.
II. Guru memberi nota Pokok Minda yang mengandungi nota lengkap mengenai 4
prinsip-prinsip insurans beserta ciri-cirinya kepada 8 orang pelajar tersebut
sebelum proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.
III. Guru memberi penerangan ringkas mengenai nota pokok minda tersebut dan
aktiviti yang akan dijalankan terhadap 8 orang pelajar tersebut.
o Sesi 2
I. Pada pertemuan kelas kedua, guru memberikan pokok minda yang sama tetapi
mengosongkan beberapa ciri-ciri dan meminta pelajar mengisi setiap tempat
kosong tersebut.
II. Pelajar diminta menyiapkan dan menyerahkan kepada guru untuk semakan.
o Sesi 3
I. Pada pertemuan kelas ketiga, guru memberikan pokok minda sekali lagi dengan
pengosongkan prinsip-prinsip insurans dan meminta pelajar mengisi setiap tempat
kosong tersebut seterusnya guru menyemak latihan tersebut.
o Sesi 4
I. Pada sesi ini guru meminta pelajar melukis semula pokok minda tersebut lengkap
dengan prinsip-prinsip dan ciri-cirinya.
II. Pelajar diminta menjawab soalan objektif yang berkaitan dengan subtopik
tersebut. Ini adalah untuk melihat sejauhmana pelajar tersebut dapat memahami
dan mengingati subtopik ini.
Langkah 4 – Pemerhatian dan Menganalisis Data
1. Guru akan membuat pemerhatian terhadap pelajar tersebut ketika aktiviti dijalankan.
2. Guru akan menganalisis hasil jawapan yang dibuat oleh pelajar tersebut dan
mengenalpasti perubahan mereka setelah diperkenalkan kaedah Pokok Minda.
Langkah 5 – Refleksi dan Penilaian
1. Guru akan membuat refleksi selepas kajian tindakan ini dilaksanakan dan berharap
pelajar-pelajar tersebut dapat memahami prisnip-prinsip insurans dan memcapai objektif
yang ditetapkan.
Alat kajian
Lembaran kerja pokok minda, nota lengkap pokok minda, latihan-latihan mengisi tempat kosong
pokok minda.
Sasaran Kajian
Kumpulan sasaran yang akan terlibat dalam kajian ini adalah 8 daripada 30 orang pelajar sebuah
kelas sederhana pelajar tingkatan 5 Perdagangan, Sekolah Menengah Kebangsaan Pekula Jaya
Tikam Batu Sungai Petani Kedah.
Instrument Kajian
Dalam kajian ini akan digunakan 2 kaedah pengumpulan data iaitu:
a. Soalan- soalan latihan
Set soalan ujian pos akan diberikan kepada pelajar berkaitan dengan topik prinsip-
prinsip insurans. Tujuan ujian ini dijalankan adalah untuk melihat pencapaian
pelajar tersebut dan seterusnya melihat keberkesanan penggunaan kaedah Pokok
Minda dalam pengajaran perdagangan.
b. Pemerhatian
Pemerhatian akan dilakukan oleh guru terhadap tingkahlaku pembelajaran pelajar
tersebut di dalam kelas. Di samping itu, guru juga membuat pemerhatian terhadap
hasil tugasan yang diberikan berdasarkan subtopik tersebut.
Metod Analisis
a. Ujian pos – analisis pencapaian pelajar
b. Pemerhatian – pemerhatian terhadap tindakbalas pelajar dalam menyiapkan tugasan.
Kesignifikana Kajian
Dapatan kajian ini diharap dapat dikongsi bersama dengan guru-guru Sekolah Menengah
Kebangsaan Pekula Jaya, Tikam Batu, Sg. Petani, Kedah.
Anggaran Perbelanjaan
Bil Aktiviti Jumlah (RM)
1. Perjalanan 210.00
2. Percetakan modul/ bahan pengajaran 3.20
3. Perbelanjaan mesyuarat 80.00
Jadual kerja
Bil Perkara Tarikh
1. Mesyuarat Jawatankuasa 25/07/2011
2. Penulisan kertas cadangan 08/08/2011
3. Mesyuarat perancangan 17/08/2011
4. Mesyuarat pembinaan ujian pos 06/09/2011
5. Mesyuarat perancangan untuk pemerhatian 15/09/2011
6. Pelaksanaan ujian pos 25/09/2011
7. Refleksi dan penilaian 02/10/2011
Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu
Selepas temubual bersama Puan Tafiza binti Tajuddin, guru perdagangan tingkatan 5
Perdagangan Sekolah Menengah Kebangsaan Kebangsaan Pekula Jaya, Tikam Batu Kedah
mengenai pengalaman beliau dalam mengajar mata pelajaran perdagangan tingkatan 5. Beliau
menyatakan terdapat pelbagai masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutama
dalam bab insurans. Menurut beliau terdapat segelintir pelajarnya mengalami masalah dalam
memahami dan mengingati prinsip-prinsip insurans.
Dalam temubual tersebut, Puan Tafiza telah mengenalpasti terdapat 8 daripada 30 orang pelajar
di dalam kelas beliau, tidak dapat menjawab latihan yang diberikan sewaktu pengajaran dan
pembelajaran yang lepas.
Isu Keprihatinan
Berdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu, isu keprihatinan yang diperolehi ialah
terdapat 8 orang pelajar mengalami masalah dalam memahami dan mengenalpasti prinsip-prinsip
insurans dan ciri-cirinya. Oleh itu, satu kajian akan dijalankan kepada pelajar tersebut untuk
meningkatkan pemahaman prinsip-prinsip insurans, menggunakan kaedah pokok minda.
top related