amali 3 ex-situ

Upload: nor-zaini-azizan

Post on 30-Oct-2015

139 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

AMALI 3 : PEMULIHARAAN EX-SITU

AMALI 3 : PEMULIHARAAN EX-SITU

AMALI 3 PEMULIHARAAN EX - SITU : ZOO DAN TAMAN BOTANIKALPengenalan

Ekosistem dan biodiversiti dapat dipelihara dengan pelan strategi jangka panjang iaitu melalui pemuliharaan populasi dan komuniti semula jadi di hbitat semila jadi mereka. Ianya dikenali sebagai pemuliharaan in-situ. Namun begitu terdapat banyak spesis yang tidak mempunyai pilihan lain tetapi ianya perlu dipulihara dalam keadaan bantuan manusia yang dihasilkan oleh manusia. Ianya dikenali sebagai pemuliharaan exsitu ataupun pemuliharaan off-site.

Antara pemuliharaan exsitu untuk tumbuhan dan haiwan yang terdapat pada masa kini termasukla zoo, akuaria, program penternakan khas, kebun mainan, taman botanikal, arboreta, bank biji benih dan sebagainya. Semua kemudahan ini mempunyai fungsi, jenis sasaran haiwan dan tumbuhan yang dipulihara dan meliputu bidang diversiti biologiyang tersendiri.

Gambar 1 : Jongs Crocodile FarmJongs Crocodile Farm merupakan pusat penternakan buaya yang pertama dan terbesar di Malaysia. Ia terletak kira-kira 29 km dari bandar Kuching. Jongs Crocodile Farm ditubuhkan pada tahun 1998 oleh Encik Yong Kian Sen, seorang pencinta binatang dan alam. Jongs Crocodile Farm mempunyai keluasan 25 hektar yang merupakan sebuah zoo mini dan juga pusat penternakan buaya spesis Tomistoma yang pertama di dunia. Tempat ini dikelilingi oleh hutan belukar dan kebanyakan haiwan dapat hidup dan bergerak secara bebas. Oleh itu, zoo ini membekalkan tempat yang ideal kepada reptilia, khususnya buaya dan membantu menyelamatkan spesies tersebut daripada ancaman kepupusan. Selain daripada reptilia seperti buaya, terdapat juga flora dan fauna lain yang dapat didapati di dalam Jongs Crocodile Farm, seperti burung, monyet, beruang madu (sunbears), bintarung (bearcats), memerang (otters), ayam pegar (pheasants), landak (porcupine), ayam serambi, burung merak (peacocks), khinzir misai (moustache pig), kambing, helang, biawak, ikan araipama, musang (civets), rusa (barking deers dan sambar deers), penyu, kura-kura, dan banyak lagi.

Jongs Crocodile Farm inu dibuka setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 5 petang. Bagi pengunjung yang berminat untuk melihat bagaimana buaya-buaya ini makan bolehlah melawat pada jam 11 pagi dan 3 petang.

Buaya -buaya di beri makanan pada masa yang telah di tetapkan iaitu pada jam 11 am dan 3 pm. Apabila perkerja di tempat tersebut hendak memberi makanan. Mereka akan membunyikan loceng di pondok tempat memberi makanan. Apabila memdengar bunyi loceng tersebut buaya buaya akan datang ke tempat tersebut untuk mendapat makanan. Makanan itu akan di gantung pada tali yang telah di sediakan.

Strategi Pemuliharaan Ex-situ yang telah diambil Secara umumnya, terdapat beberapa strategi pemuliharaan ex-situ telah dikenalpasti dan dijalankan di Jongs Crocodile Farm. Antaranya termasuklah penangkapan dan pelepasan buaya untuk jangka masa yang pendek, program pembiakbakaan dan penternakan khas untuk jangka masa yang panjang, kajian penetasan telur buaya secara manusia, pemindahan dan pembahagian semula lokasi buaya, menjalankan kajian dan penyelidikan, dan memberikan pendidikan dan kesedaran awal kepada masyarakat luar. Pada peringkat awal pembukaan zoo mini ini, antara strategi pemuliharaan ex situ yang diambil oleh pihak Jongs Crocodile Farm ialah penangkapan dan pelepasan buaya untuk jangka masa yang pendek (Short-term Propagation and Release). Kira-kira tahun 1963 dan 1964, Encik Yong Kian Sen, pengusaha zoo mini tersebut telah menyelamatkan banyak jenis spesies buaya dengan membeli mereka di pusat-pusat penjualan buaya yang terdapat di sekitar sempadan Indonesia. Kemudian beliau memindahkan buaya-buaya tersebut ke zoo mini untuk dipulihara dan diternak. Selain itu, pihak mereka juga menerima buaya-buaya yang telah berjaya ditangkap dari tempat-tempat lain sekitar Pulau Borneo untuk dilepaskan dan diternak di situ. Antaranya termasuklah Bujang Sudin, sejenis buaya yang berasal dari Sri Aman, Sarawak, Pak Indon, sejenis buaya tembaga yang diperoleh dari Indonesia, Bujang Samariang, sejenis buaya laut yang ditangkap di Samariang, Kuching, dan banyak lagi. Sesungguhnya salah satu penyelesaian untuk memulihara buaya adalah dengan menangkap mereka dan melepaskan mereka ke tempat yang selamat seperti Jongs Crocordile Farm. Namun, harus diingatkan bahawa penangkapan di sini bermaksud penangkapan yang jujur, bertanggungjawab, sah di sisi undang-undang dan berteraskan pemuliharaan ex situ, daripada penjualan komersial semata-mata.Selain itu. strategi pemuliharaan ex-situ yang kedua ialah program penternakan khas dan pembiakbakaan untuk jangka masa yang panjang (Long-term Captive Breeding). Objektif utama program ini adalah untuk memastikan peningkatan yang tinggi bagi populasi spesies-spesies buaya di dalam kurungan yang boleh diperoleh melalui sistem pembiakan yang teratur dan aplikasi bioteknologi pembiakan terkini. Bagaimanapun, terdapat beberapa aspek aplikasi bioteknologi di dalam spesies ini yang perlu dikaji. Walaupun keutamaan diberikan kepada pembiakan dan skop genetik molekul, nilai-nilai tambah yang lain juga perlu dibangunkan bagi memperkukuhkan keperluan penggunaan spesies ini secara lestari. Program pembiakakaan ini juga telah mengambil kira kepentingan konservasi sesuatu spesies dan penggunaannya secara lestari. Untuk program pembiakbakaan ini, pihak Jongs Crocodile Farm telah menyediakan satu hutan semula jadi dengan kawasan paya yang banyak untuk buaya-buaya betina untuk membiak di sana. Buaya-buaya betina akan membina sarang dan menelur di sekitar kawasan pembiakbakaan. Sekiranya pembiakbakaan tersebut berjaya, maka mereka akan meneruskan generasi baharu di sana.Jongs Crocordile Farm juga berinisiatif untuk menjalankan kajian pengeraman buatan, atau penetasan telur buaya secara manusia (artificial incubation). Sepanjang menternak dan memulihara spesies-spesies buaya, ratusan biji telur telah dihasilkan oleh buaya di situ tetapi tiada satu buaya pun yang menetasnya. Oleh itu, keluarga Yong telah bertekad untuk menjalankan lebih banyak kajian tentang penetasan telur buaya. Akhirnya pada pertengahan tahun 1981, anak Encik Yong Kian Sen, iaitu Johnson telah berjaya mencipta satu inkubator yang diperbuat daripada plywood untuk menjalankan proses penetasan telur-telur buaya tersebut. Sejak dari kejayaan pada masa itu, kajian penetasan telur buaya ini diteruskan hingga ke masa kini. Di samping itu, strategi-strategi lain yang dijalankan adalah termasuklah pemindahan dan pembahagian semula lokasi buaya (Animal Translocation). Strategi ini melibatkan perancangan aktiviti pengayaan habitat dan sumber kepelbagaian biologi dan bertujuan untuk memulihara kepelbagaian biologi di kawasan perlindungan. Dalam strategi ini, buaya-buaya akan dibahagikan dan ditempatkan ke kawasan habitat yang berlainan berdasarkan saiz mereka. Pembahagian ini dijalankan atas sebab buaya merupakan haiwan karnivor dan mereka akan memakan buaya yang bersaiz lebih kecil sekiranya mereka lapar. Dengan pembahagian lokasi buaya ini, semua buaya yang berlainan saiz dapat terus hidup, dan yakini dapat meningkatkan populasi mereka pada masa yang akan datang. Malah, Jongs Crocodile Farm turut telah mengeksport sesetengah jenis buaya yang terdapat di situ ke luar negara untuk tujuan pembangunan kajian dan penyelidikan (R&D). Diharapkan bahawa dengan teknologi yang lebih tinggi dan canggih di luar negara, ahl-ahli profesional dan amatur dapat menjalankan kajian yang lebih terperinci terhadap spesies-spesies buaya ini, dan seterusnya mencadangkan langkah-langkah pemuliharaan ex situ yang lebih berkesan. Strategi-strategi pemuliharaan ex-situ lain yang telah dijalankan oleh Jongs Crocodile Farm adalah memberikan pendidikan dan kesedaran awal kepada masyarakat luar. Dengan kawasan yang seluas 25 hektar ini, Jongs Crocodile Farm telah melakukan satu pembaharuan dengan memperkenalkan pameran haiwan dengan menggunakan konsep terbuka. Ia diperkenalkan dengan mengambil kira habitat asal haiwan tersebut. Pengunjung-pengunjung turut tertarik dengan keindahan alam semula jadi yang dipamerkan dengan pembinaan kandang yang sesuai. Selain daripada tujuan rekreasi dan ekonomi, tindakan membuka zoo mini kepada masyarakat juga bertujuan untuk memberikan pendidikan dan kesedaran awal pada masyarakat untuk mengetahui dan menghargai flora dan fauna, sedar bahawa kepentingan memelihara dan memulihara haiwan dan tumbuhan, dan seterusnya mempelajari bagaimana untuk menjalankan konversasi terhadap flora dan fauna yang kian pupus dan terancam pada masa kini.Buaya yang sedang bertelur akan dijaga dan dilindungi dan kemudian telur-telur itu akan dimasukkan ke dalam inkubator khas yang diperbuat daripada plywood bagi tujuan penetasan.Anak-anak buaya yang telah menetas akan dilepaskanTUGASAN 2Bincangkan secara individu di dalam bentuk laporan esei yang mengandungi 300 patah perkataan mengenai isu dibawah. Masukkan pernyataan yang kukuh mengenai tujuan praktikal dan sumber rujukan di dalam teks dan senaraikannya di bahagian lampiran pada akhir laporan dengan format yang betul.

Apakah julat diversiti yang hadir? Adakah mereka memberi tumpuan kepada sesetngah kumpulan dan mengabaikan kumpulan yang lain? Jelaskan. Apakah yang dimaksudkan dengan ex situ dan in situ? Apakah merit pemuliharaan ex situ? Mengapakah sesetengah ahli ekologis berpendapat pemuliharaan in situ adalah satu-satunya strategi konservasi yang wajar?

Mengapakah ramai pihak yang mengatakan bahawa tidak wajar untuk membawa kembali spesis yang telah pupus seperti Harimau Tasmanian? Apakah kesan tindakan tersebut?

Julat Kepelbagaian Biologi Jongs Crocodile Farm Kepelbagaian Biologi merujuk kepada pelbagai jenis bentuk hidupan di dunia ini. Biodiversiti merangkumi semua bentuk kehidupan dari sekecil kuman hingga ke hidupan liar dan tumbuh-tumbuhan seperti ikan paus serta pokok-pokok yang besar. Bilangan spesies organisma sangat sukar untuk ditentukan kerana selain daripada spesies-spesies organisma yang telah diketahui, terdapat juga berjuta-juta jenis organisma yang belum ditentukan atau belum dijumpai. Setakat ini hampir 1.4 juta spesies telah dikenal pasti, namun para saintis menganggarkan jumlah spesies yang terdapat di dunia ini adalah lebih dari 100 juta. Namun, disebabkan ketamakan manusia, aktiviti-aktiviti manusia telah membawa ancaman yang besar, sehingga pupus kepada spesies flora dan fauna di dunia ini. Pada peringkat global, 75% dari kepelbagaian genetik tanaman telah pupus dalam setengah abad yang lalu, 24% spesies mamalia dan 12% daripada spesies burung berada dalam tahap terancam, 50% dari ekosistem tanah lembap telah musnah atau kering, 33% batu karang telah musnah atau rosak.Malaysia patut berbangga kerana memiliki negara yang sangat kaya dengan biodiversitinya dan termasuk dalam lingkungan dua belas buah negara mega kepelbagaian biologi di dunia yang mana masih lagi mempunyai kekayaan biodiversiti yang dianggarkan antara 60% hingga 70% daripada jumlah biodiversiti dunia. Malah dari segi kepelbagaian spesies tumbuhan di Rantau Asia-Australia pula, negara kita masih lagi mengekalkan kedudukan di tempat kelima.Menurut fakta, spesies flora dan fauna kita menggambarkan kepelbagaian ini ada terdapat negara kita. Dianggarkan, negara kita mempunyai kira-kira 15,000 bilangan spesies tumbuhan berbunga, 1,000 bilangan spesies lumut dan rumpair, 286 jenis spesies mamalia, 736 jenis spesies burung, 4,000 jenis spesies ikan laut, 449 jenis spesies ikan air tawar, 268 jenis spesies reptilia, dan 150,000 jenis serangga dan invertebrat.Berbalik kepada Jongs Crocodile Farm, Kuching, zoo mini tersebut meliputi julat kepelbagaian biologi yang amat luas. Dari segi kawasan habitat, zoo mini tersebut mempunyai tanah pamah, tanah paya, tasik-tasik, kolam-kolam, dan sebagainya. Terdapat banyak spesies flora dan fauna lain yang dapat didapati di sana, seperti buaya (Tomistoma schlegelii dan Crocodylus porosus), pelbagai jenis burung, monyet berekor panjang (Macaca fascicularis), beruang madu (sunbears, Helarctos malayanus), bintarung (bearcats, Arctictis binturong), memerang (otters, Lutra canadensis), ayam pegar (pheasants, Tragopan satyra), landak (porcupine, Hystrix cristata), ayam serambi, burung merak (peacocks, Pavo cristatus), ayam belanda (turkey, Meleagris gallopavo), khinzir misai (moustache pig, Sus barbatus), kambing (Capra hircus), helang (Alophoixus ochraceus), burung hantu (Asio otus), biawak (Vavanus salvator), arnab (Sylvilagus floridanus), ikan arapaima (Arapaima gigas), musang (civets, Paradoxurus hermaphroditus), rusa (barking deers dan sambar deers), penyu, kura-kura, dan banyak lagi. Di Jongs Crocodile Farm, spesies haiwan yang difokus dan dipulihara oleh mereka ialah buaya. Terdapat dua jenis spesies buaya yang terdapat dalam zoo mini tersebut, termasuklah buaya Malayan Gharial Air Tawar (Tomistoma schlegelii), manakala jenis yang kedua ialah buaya laut (Crocodylus porosus). Fakta mengatakan bahawa terdapat 21 jenis spesies buaya berselerak di sekitar kawasan air suam di seluruh dunia. Buaya yang terdapat pada zaman sekarang terbahagi kepada 3 jenis, iaitu alligator (Alligatoride), buaya (Crocodilidae), dan gharial (Gavialidae). Di Malaysia pula, terdapat dua jenis buaya yang wujud, iaitu buaya laut (Crocodylus porosus) dan Malayan Gharial Air Tawar (Tomistoma schlegelii). Berdasarkan pernyataan di atas, maka sebenarnya spesies-spesies buaya yang terdapat di Jongs Crocodile Farm, Kuching, iaitu Crocodylus porosus (buaya) dan Tomistoma schlegelii (Gharial) telah mewakili keseluruhan kepelbagaian biologi pada peringkat nasional, atas sebab bahawa hanya terdapat 2 jenis spesies buaya ini sahaja yang terdapat di Malaysia. Alligator tidak didapati di Malaysia secara semula jadi. Seperti yang dikatakan, memandangkan jenis buaya yang ketiga, iaitu alligator tidak dapat dijumpai di Malaysia secara semula jadi, maka spesies-spesies buaya yang terdapat di Jongs Crocodile Farm, Kuching, hanyalah mewakili dua per tiga daripada jumlah biodiversiti yang terdapat pada peringkat global. Salah satu pewakilian atau kedudukan yang amat penting bagi Jongs Crocodile Farm ialah ianya merupakan pusat penternakan dan pembiakbakaan khas untuk buaya spesies Tomistoma di dunia. Tomistoma berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud mulut yang tirus tajam, yang secara langsung merujuk kepada bentuk mulut buaya julung-julung ini. Spesies Tomistoma hanya menetap di Pulau Borneo, Malaysia, dan Indonesia sahaja. Dijangkakan bahawa kini bilangan mereka adalah kurang daripada 1,000 ekor. Oleh itu, Jongs Crocodile Farm sememangnya memainkan peranan yang penting untuk memulihara spesies-spesies buaya ini

Apakah itu Pemuliharaan In SituPemuliharan in situ merupakan salah satu cara untuk memulihara flora dan fauna di kawasan-kawasan semula jadi, di mana kawasan tersebut telah ditetapkan dan flora dan fauna yang terdapat di kawasan tersebut dijaga dan dipulihara daripada ancaman alam sekitar. Dengan kata lain, pemuliharaan in situ merupakan pemuliharaan terhadap spesies yang telah sedia ada di habitat asalnya. Pemuliharaan in situ bertujuan untuk pemuliharaan kepelbagaian jenis dan genetik flora dan fauna yang terdapat di kawasan yang dilindungi tersebut. Antara contoh pemuliharaan in situ termasuklah taman negara (national parks), taman hutan (forest parks), taman laut (marine parks), hutan perlindungan, dan sebagainya.Terdapat banyak taman negara yang terdapat di negara kita. Contohnya Taman Negara Endau Rompin, Taman Negara Kinabalu, Taman Negara Mulu, Taman Negara Bako, dan sebagainya. Salah satu contoh pemuliharaan in situ yang dianggap amat berjaya di Malaysia ialah Taman Negara, Titiwangsa, Pahang, Malaysia. Ia merupakan taman negara yang paling besar di negara dan ditubuhkan untuk memulihara spesies-spesies yang terancam dan hampir terpupus seperti Harimau Malaya, Badak Sumatara, Beruang Madu Malayan, tapir, ungka, dan sebagainya. Selain daripada haiwan yang bersaiz besar, Taman Negara juga memulihara sesetengah mamalia yang kecil, burung, serangga, dan juga invertebrate. Malah, Taman Negara juga mempunyai banyak spesies tumbuhan yang amat berharga, sama ada tumbuhan yang kecil seperti kulat atau tumbuhan yang besar seperti pokok-pokok besar.Strategi pemuliharaan in situ merupakan strategi pemuliharaan jangka panjang dan terbaik. Namun begitu, pemuliharaan jenis ini menjadi semakin sukar untuk dilaksanakankan disebabkan keadaan habitat dan ekosistem semula jadi mereka yang makin hari makin banyak mengalami perubahan serta pembangunan. Usaha pemuliharaan in situ ini perlu diberi perhatian dan perlu melalui pelbagai teknik bagi memastikan ianya dapat berjalan lancar seperti yang dirancangkan.Apakah itu Pemuliharaan Ex SituPemuliharaan ex situ merupakan strategi pemuliharaan spesies hidupan liar di luar habitat semula jadi mereka. Pemuliharaan ex situ merupakan salah satu cara untuk mengumpul dan memindahkan flora dan fauna ke kawasan yang lebih kecil seupaya mereka dapat dipulihara dengan lebih baik. Ia merupakan satu alternatif apabila populasi serpihan tidak berupaya untuk membiak di habitat semula jadi. Antara contoh pemuliharaan ex-situ termasuklah zoo, santunari, akuaria, taman botanikal, institusi penyelidikan, bank gen, bank germaplasma, dan sebagainya. Pada masa kini, zoo dibina dengan menyerupai habitat semula jadi haiwan-haiwan yang dipulihara. Sama seperti akuaria, pertubuhan zoo ini didirikan bukan bertujuan untuk memulihara spesies-spesies yang terancam sahaja, tetapi juga bertujuan untuk pembiakbakaan spesies-spesies tersebut. Santunari pula diwujudkan bertujuan untuk menjaga dan memulihara haiwan yang diselamatkan daripada penjualan haram. Salah satu contoh santunari yang terdapat di Malaysia ialah Santunari Orang Utan di Sabah. Santunari juga menjalankan usaha-usaha pemuliharaan. Selain itu, taman botanikal dan institusi penyelidikan seperti Institut Penyelidikan Hutan (FRIM) pula bertanggungjawab untuk memulihara tumbuh-tumbuhan. Jabatan Pertanian dan MARDI juga berperanan penting dalam pemuliharaan sesetengah spesies pohon dan pokok buah-buahan liar. Malaysia turut memiliki bank gen dan bank germaplasma seperti bank biji benih, bank telur, dan bank sperma untuk menyimpan spesies-spesies ancaman ini. Pemuliharaan ex situ dijalankan bertujuan untuk memulihara flora dan fauna yang semakin terancam, menyediakan bahan untuk penyelidikan biologi secara berterusan, dan sebagai rujukan untuk kegunaan di masa akan datang. Sebagai contoh, spesies yang dikategorikan sebagai mengalami ancaman kepupusan atau akan mengalami kepupusan mengikut kategori apendiks II menurut CITES (Convention on International Trade in Endangered Species) akan dilindungi dan dibiakbakan dalam habitat buatan manusia sebelum dilepaskan ke habitat semula jadi mereka apabila saiz populasi spesies tersebut telah pulih dan mempunyai habitat yang sesuai.Kelebihan-Kelebihan Pemuliharaan Ex SituTerdapat banyak kelebihan sekiranya flora dan fauna dipulihara melalui strategi ex situ. Antaranya termasuklah ia dapat menghalang sesetengah spesies flora dan fauna yang terancam daripada terus diancam bahaya kepupusan. Pada masa kini, aktiviti-aktiviti manusia seperti pembangunan, pembalakan, pemburuan, dan sebagainya telah memberikan ancaman yang serius terhadap flora dan fauna. Oleh itu, spesies terancam perlu dipulihara sebelum mereka menjadi pupus, dan pengekalan populasi spesies-spesies liar yang subur dan dapat bermandiri dalam keadaan semula jadi merupakan matlamat utama pemuliharaan ex situ dilaksanakan.Selain itu, pemuliharaan ex situ juga menyediakan satu peluang yang berharga untuk para profesional, amatur, atau masayarakat untuk belajar biologi, memahami ancaman-ancaman yang dihadapi oleh spesies yang terancam, dan seterusnya membantu menjayakan program-program pemulihan spesies yang dilancarkan oleh pihak yang berkaitan. Strategi pemuliharaan ex situ juga membolehkan dan memudahkan ahli-ahli saintis dan ekologi untuk menjalankan kajian penyelidikan dan pembangunan flora dan fauna, tanpa merosakkan populasi semula jadi. Pemuliharaan ex situ dianggap sebagai pelengkap kepada pemuliharaan in situ dan ia bertindak sebagai "polisi insurans" apabila spesies diancam dalam habitat semula jadi mereka. Ini merupakan satu proses untuk melindungi spesies tumbuhan atau haiwan yang terancam dengan memindahkan sebahagian populasi spesies tersebut daripada kawasan hbitat yang terancam, dan meletakkan mereka di lokasi baharu, yang mungkin merupakan kawasan liar ataupun dalam penjagaan manusia yang rapi.Antara kelebihan pemuliharaan ex situ termasuklah memelihara sumber germplasma yang semakin terancam, menyediakan bahan untuk penyelidikan biologi secara berterusan, menjadi simpanan germplasma untuk rujukan dan kegunaan pada masa yang akan datang, memastikan sumber biologi sentiasa mencukupi bagi meneruskan program pemeliharaan dan pemuliharaan ini, mengurangkan tekanan daripada pengumpul liar, membekalkan bahan untuk pameran dan pendidikan, dan sebagainya. Kekurangan-kekurangan Pemuliharaan Ex-SituSesungguhnya pemuliharaan ex situ mempunyai beberapa kekurangan yang tersendiri. Pertama sekali, spesies flora dan fauna yang dipulihara melalui strategi ex situ memerlukan satu tempoh masa peralihan yang panjang sebelum mereka dapat mengadaptasi dan menyesuaikan diri mereka dengan keadaan pemuliharaan ex situ tersebut. Oleh itu, terdapat sesetengah jenis spesies yang gagal mengadaptasi diri mereka mungkin akan mati dan seterusnya mengalami ancaman kepupusan. Selain itu, pemuliharaan ex situ memerlukan banyak sumber tenaga pakar professional dan ahli-ahli ekologi untuk menjalankan usaha kajian penyelidikan dan kegiatan eksporasi yang banyak terlebih dahulu. Usaha ini adalah perlu untuk melihat kecocokan sesetengah spesies terhadap daerah atau lokasi pemuliharaan ex situ, sebelum flora dan fauna dipindahkan ke tempat tersebut. Oleh itu, bagi negara yang kekurangan kepakaran dalam bidang ini, mereka sukar untuk menjalankan pemuliharaan ex situ. Di samping itu, pemuliharaan ex situ ini juga memerlukan dana wang yang banyak dan sokongan ekonomi yang cukup kukuh. Sesungguhnya semua kajian dan tindakan yang dilaksanakan atas tujuan pemuliharaan ex situ ini memerlukan kos pembelanjaan yang amat tinggi dan mahal. Kos-kos ini meliputi bayaran kepada tenaga ahli professional, bayaran kepada gaji sumber manusia, pembiayaan rawatan persekitaran, pembelian peralatan yang canggih, kos pengangkutan flora dan fauna, kos penyenggaraan kawasan pemulihan ex situ, dan banyak lagi. Oleh itu, sekiranya dana wang terhad dan tidak mencukupi, maka usaha pemuliharaan ex situ ini mungkin akan terganggu dan tidak dapat dijalankan dengan lancar dan berjaya. Antara kelemahan lain yang terdapat dalam pemuliharaan ex situ termasuklah masalah-masalah untuk menyimpan benih spesies yang degil, membekukan pembangunan evolusi spesies flora dan fauna, kepelbagaian genetik mungkin hilang setiap dengan kitaran semula, dan sebagainya.Isu Etika Membawa Balik Spesies Terpupus seperti Harimau TasmanianBelakangan ini, pelbagai eksperimen dan percubaan telah dijalankan oleh ahli-ahli saintis yang berhasrat untuk membawa balik spesies-spesies yang terpupus pada masa dahulu, seperti Harimau Tasmanian, Itik Bobo, Dinasaor Feniks, dan sebagainya. Kepupusan spesies dapat ditakrifkan sebagai jumlah populasi spesies menjadi semakin berkurangan dan generasi akan datang mungkin tidak dapat lagi mengenali apakah spesies tersebut jika gambar-gambar spesies tersebut tidak ditunjukkan kepada mereka.Walaupun tindakan mencuba membawa balik spesies terpupus merupakan satu inisiatif yang baik, tetapi pada hakikatnya ia merupakan satu perbuatan yang tidak beretika atau moral. Tidak dapat dinafikan bahawa usaha membawa balik spesies terpupus dapat membolehkan baka dan spesiesnya dapat direkodkan semula di samping generasi masa kini dapat melihat spesies tersebut dengan mata sendiri. Tetapi siapakah yang boleh memastikan kes-kes eksploitasi dan penyalahgunaan tidak berlaku? Apakah yang terjadi terhadap keselamatan dan perubahan masyarakat jika spesies-spesies terpupus ini dibawa kembali? Adakah betul bagi manusia memainkan peranan pencipta dalam proses pembiakan? Pembangkitan isu-isu ini telah menyebabkan kontroversi dan mengakibatkan masyarakat membantah perbuatan ini atas isu-isu etika dan moral. Sesungguhnya kita tidak tahu apakah keperluan-keperluan asas spesies-spesies terpupus. Selain itu, kita juga tidak tahu adakah mereka mampu menyesuaikan diri dan hidup dalam cuaca dan iklim masa kini sekiranya dibawa kembali ke dunia ini. Kita tidak tahu adakah mereka akan membawa mikroorganisma yang telah pupus dan membahaya kepada kita. Kita turut tidak tahu sama ada usaha membawa balik spesies terpupus ini akan memberikan gangguan keamanan dan ancaman keselamatan kepada manusia. Perbuatan ini juga dikatakan melanggari peraturan alam dan hukum semula jadi. Ia mengingkari hukum konsep pemilihan semula jadi dan nescaya bahawa mereka akan tetap pupus walaupun dibawa kembali kerana mereka tidak berupaya untuk menyesuaikan dan mengadaptasi diri mereka dengan persekitaran dengan baik. SALBIAH BINTI AB RAHMAN

821116-02-5452

PPG SCEA SEM 4Page 1