amali 2 dan 3 fizik k.mah

13
Amali 3 Tajuk : Mikroskop dan teleskop Objektif: : Untuk menentukan keadaan-keadaan yang sesuai Untuk meningkatkan kuasa pembesaran teleskop astronomi dan mikroskop majmuk. Alat / radas : Pemegang kanta, plastisin, kanta cembung ( +2.5D, +7D, +14D, +20D ), skrin lut cahaya, lampu dan pembaris meter. Aktiviti 2 : Membina sebuah mikroskop majmuk Prosedur : 1. Kanta-kanta penumpu diberikan dari panjang fokus yang berbeza-beza. Terangkan dengan bantuan gambar rajah bagaimana menghasilkan sebuah mikroskop majmuk. 2. Mikroskop majmuk dibina dan diuji dengan memfokuskannya pada satu objek yang kecil. Mikroskop majmuk ditentukan pembesarannya. Untuk meningkatkan daya pembesaran,kita boleh meningkatkan kekuatan jarak . 1 | Page Rajah 1 : Bantuan membina

Upload: amro-mohd

Post on 02-Jan-2016

237 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Amali 2 Dan 3 Fizik k.mah

Amali 3

Tajuk : Mikroskop dan teleskop

Objektif: : Untuk menentukan keadaan-keadaan yang sesuai

Untuk meningkatkan kuasa pembesaran teleskop astronomi dan

mikroskop majmuk.

Alat / radas : Pemegang kanta, plastisin, kanta cembung ( +2.5D, +7D, +14D,

+20D ), skrin lut cahaya, lampu dan pembaris meter.

Aktiviti 2 : Membina sebuah mikroskop majmuk

Prosedur :

1. Kanta-kanta penumpu diberikan dari panjang fokus yang berbeza-beza. Terangkan

dengan bantuan gambar rajah bagaimana menghasilkan sebuah mikroskop majmuk.

2. Mikroskop majmuk dibina dan diuji dengan memfokuskannya pada satu objek yang

kecil. Mikroskop majmuk ditentukan pembesarannya.

Untuk meningkatkan daya pembesaran,kita boleh meningkatkan kekuatan jarak

.

1 | P a g e

Rajah 1 : Bantuan membina mikroskop majmuk

Page 2: Amali 2 Dan 3 Fizik k.mah

Keputusan :

Alat Jarak kanta mata Jarak kanta objek

mikroskop panjang Pendek

ujian Magnifikasi lensa

objektif

Magnifikasi lensa

Mata

Kuasa magnifikasi

1 + 14D + 25 D 8 x magnifikasi

2 + 20D + 25D 5.6 x magnifikasi

Perbincangan :

Mikroskop majmuk digunakan untuk melihat dan memeriksa objek yang sangat kecil seperti

bakteria. Ia terdiri dari dua kanta cembung yang mempunyai jarak fokus yang pendek yang

mana objektif atau jarak fokus f0 dan kanta mata jarak fokus ,fe ( lebih panjang daripada

f0 ).Objek diletakkan pada jarak, u iaitu lebih besar daripada f0 untuk tujuan membentuk

sebuah gambar yang nyata,terbalik dan diperbesar.

Pembesaran ,M mikroskop majmuk ditunjukkan dalam :

M = ketinggian imej / ketinggian objek

Dalam pembesaran umum, M dari mikroskop sebatian boleh dikira dari formula,

F = mo x me

Di mana,

mo = magnifikasi objektif

me = magnifikasi kanta mata

2 | P a g e

Page 3: Amali 2 Dan 3 Fizik k.mah

kesimpulan :

meningkatkan daya pembesaran mikroskop majmuk adalah sangat perlu demi keberkesanan

alat ini. Bagi mikroskop majmuk, adalah sangat sesuai untuk menggunakan kanta cembung

dengan kekuatan pembesaran tinggi.

Jawab soalan berikut. ( Penguasaan pengetahuan dan soalan kemahiran ).

a. Bagaimanakah anda boleh tingkatkan kuasa pembesaran bagi teleskop astronomi

dan mikroskop majmuk?

Untuk meningkatkan kuasa pembesaran bagi teleskop astronomi ialah dengan

menggunakan dua kanta cembung iaitu satu dengan kuasa pembesaran yang tinggi

dan satu lagi dengan kuasa pembesaran yang rendah. Manakala bagi mikroskop

majmuk pula ialah dengan menggunakan dua kanta cembung yang kedua-duanya

mempunyai kuasa pembesaran yang tinggi.

b. Shalini ada tiga kanta cembung dengan panjang fokus 5cm, 10cm dan 30cm. Jika dia

mahu membina sebuah mikroskop daripada kanta-kanta tersebut, kanta manakah

yang beliau perlu menggunakan. Gunakan gambar rajah sinar untuk menerangkan

bagaimana dia boleh menggunakan kanta untuk membesarkan objek berhampiran

yang kecil.

Jika Shalini ingin membina sebuah mikroskop majmuk, dia perlu menggunakan kanta

cembung yang panjang fokus lebih kecil pada bahagian kanta objek manakala kanta

cembung yang panjang fokus lebih besar pada bahagian kanta mata.

Langkah berjaga-jaga.

3 | P a g e

Page 4: Amali 2 Dan 3 Fizik k.mah

a. Memastikan jarak kedudukan lensa adalah betul. Ini kerana kedudukan lensa

memainkan peranan yang penting untuk menghasilkan imej.

b. kedudukan lensa haruslah di pegang oleh bahan yang boleh menetapkan

kedudukan lensa itu. Hal yang demikian kerana semasa ujikaji, kedudukan lensa

boleh berubah apabila model diangkat dan diuji jaya. Bahan yang boleh digunakan

untuk memegang lensa pada kedudukannya ialah plastisin ataupun pita selo.

c. Lensa pada kedudukannya haruslah dalam keadaan tegak. Dengan bantuan

plastisin ataupun pita selo, lensa yang tegak dapat meminimumkan ralat seperti

pembiasan cahaya pada lensa. Pembiasan cahaya akan menjadikan imej yang

terhasil kabur.

d. Semasa menguji model, pencahayaan haruslah dalam keadaan yang optimum dan

sesuai. Ini penting bagi menghasilkan imej yang jelas.

4 | P a g e

Page 5: Amali 2 Dan 3 Fizik k.mah

Rujukan

1. Dimuat turun daripada http://www.scribd.com/doc/78041120/Mikroskop-Dan-Teleskop

pada 10 Ogos 2012.

2. Dimuat turun daripada http://www.scribd.com/doc/268569/5-5-Alat-Optik) pada 10

Ogos 2012.

3. Dimuat turun daripada http://www.anneahira.com/mikroskop-teleskop.htm pada 10

Ogos 2012.

4. Dimuat turun daripada http://www.kafeastronomi.com/mengenal-jenis-jenis-teleskop.html pada 10 Ogos 2012.

5. Dimuat turun daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Teleskop_Angkasa_Hubble pada 10 Ogos 2012.

6. Dimuat turun daripada http://www.astromas.com/2009/11/teleskop-james-webb-peganti-teleskop.html pada 10 Ogos 2012.

5 | P a g e

Page 6: Amali 2 Dan 3 Fizik k.mah

Amali 2

Aktiviti 1

Tajuk : Daya dan Gerakan

Objektif : Mengenal pasti daya-daya yang berbeza dalam konteks

berlainan.

Bahan / radas : Blok kayu, bola pingpong, dawai yang diregangkan atas blok

kayu, bikar dan buku.

Pembolehubah manipulasi : Jisim Pemberat

Pembolehubah bergerak balas : Pecutan jatuh bebas

Pembolehubah yang dimalarkan : Ketinggian objekt dilepaskan.

Aktiviti 1 : Mengenal pasti daya-daya yang berbeza dalam konteks yang

berlainan.

Prosedur : 1. Letakkan satu blok kayu di atas lantai. Berikan tolakan kecil

pada blok kayu dan rekodkan pemerhatian anda.

2. Baling sebiji bola pingpong ke udara. Rekodkan pemerhatian

anda.

3. Ikatkan dawai dengan tegang di antara dua paku yang telah

diketuk ke dalam blok kayu. Sentuh dawai itu. Rekodkan

pemerhatian anda.

4. Letakkan satu bola pingpong ke dalam sebuah bikar yang

berisi air. Cuba tolakkan bola itu ke dalam air. Rekodkan

6 | P a g e

Page 7: Amali 2 Dan 3 Fizik k.mah

pemerhatian anda.

5. Letakkan sebuah buku di atas tangan. Rekodkan pemerhatian .

Keputusan Eksperimen:

Eksperimen: Pemerhatian:

Letak satu blok kayu di atas lantai. Berikan tolakan kecil pada blok kayu itu.

Blok kayu bergerak

Baling sebiji bola pingpong ke udara. Bola pingpong jatuh ke arah bawah.

Ikatkan dawai dengan tegang di antara dua paku yang telah di ketuk ke dalam blok kayu. sentuh dawai itu.

Dawai itu melendut ke bawah.

Letakkan satu bola pingpong ke dalam sebuah bikar yang berisi air. Cuba tolakkan bola itu ke dalam air.

Bola pingpong tenggelam ke dalam air.

Letakkan sebuah buku di atas tangan anda.

Buku tidak bergerak.

Jawab soalan berikut ( Penguasaan pengetahuan dan soalan kemahiran ).

1. Apakah daya-daya yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti 1 hingga 5 di atas ?

Daya tarikan,daya tolakan ,daya graviti dan daya geseran.

2. Huraikan setiap daya yang anda nyatakan dalam konteks hidupan harian.

Daya adalah tolakan dan tarikan. Daya tolakan adalah suatu tindakan

menjauhkan objek, manakala daya tarikan adalah satu tindakan

mendekatkan objek. Dalam konteks seharian daya tolakan dan daya

tarikan berlaku tanpa disedari contohnya membuka pintu, menendang

bola,memakai stoking dan menutup pintu kereta.

Daya tarikan graviti adalah suatu daya yang menarik ke arah pusat bumi.

Daya ini menyebabkan objek jatuh ke arah bumi apabila dilepaskan.

7 | P a g e

Page 8: Amali 2 Dan 3 Fizik k.mah

Suatu objek yang jatuh di bawah daya tarikan graviti, tanpa pengaruh

daya-daya luar seperti rintangan udara dikatakan sebagai jatuh secara

bebas atau jatuh bebas. Dalam konteks kehidupan daya tarikan graviti

membantu objek berada dalam keadaan pegun dan membolehkan kita

berjalan dan melakukan aktiviti seharian dengan mudah.

Daya geseran adalah daya yang menentang arah pergerakan objek.

Daya geseran dipengaruhi oleh faktor jenis permukaan dan berat objek.

Dalam konteks kehidupan daya geseran membantu kita memegang

objek, menajamkan mata pisau dan memberhentikan kenderaan.

Amali 2

Aktiviti 2

Tajuk : Daya dan Gerakan

Objektif : Mengukur pecutan objek yang jatuh bebas.

Bahan / radas : Jangka masa detik,pita detik berkarbon,pengepit,bekalan

kuasa,dawai penyambung,pemberat 200g, 400g, 600g dan

selotape.

Hipotesis : Semakin bertambah jisim semakin cepat daya pecutan.

Prosedur : 1. Letakkan satu bangku di atas meja. Apitkan jangka masa detik

di atas bangku.

2. Lalukan satu pita detik melalui jangka masa detik dan letakkan

di hujungnya satu pemberat berjisim 200g mass.

8 | P a g e

Page 9: Amali 2 Dan 3 Fizik k.mah

3. Hidupkan jangka masa detik dan biarkan jisim jatuh bebas ke

bawah.

4. Ulangi langkah 2 dengan menggunakan pemberat berjisim

300g dan 400g.

5. Potong pita detik sepotong setiap 2 detik dan susunkan untuk

menghasilkan satu carta pita.

6. Untuk setiap jisim yang digunakan, bina carta pita dan

tentukan pecutannya.

9 | P a g e

Jisim V1 (cm-1) V2 (cm-1)

Pecutan (a) = (cm-2)

200g 115 300 a=925 cm/s-2 (9.25m/s-2)

300g 230 360 a=650 cm/s-2 (6.50m/s-2)

400g 175 365 a=950 cm/s-2 (9.50m/s-2)

Page 10: Amali 2 Dan 3 Fizik k.mah

Jawab soalan berikut ( Penguasaan pengetahuan dan soalan kemahiran )

1. Adakah nilai-nilai pecutan yang diperoleh dari jisim-jisim yang berbeza sama

nilainya

dengan g? (Pecutan akibat tarikan graviti bumi) terangkan .

Tidak, nilai pecutan tidak sama dengan nilai g (9.8N) kerana

beberapa faktor, antara faktor ialah:

Pita detik bergeser dengan jangka masa detik. Kesan daripada

geseran ini menyebabkan jatuhan bebas beban terganggu dan

memperlahankan jatuhan bebas.

Beban bergeser dengan udara semasa proses pecutan berlaku

2. Apakah kesimpulan yang dapat dibuat tentang daya yang

bertindak

ke atas objek yang jatuh bebas?

Daya tersebut adalah tetap dan berterusan

3. Jika eksperimen ini dijalankan di bulan, adakah nilai pecutan yang

diperoleh daripada jisim-jisim yang berbeza ini akan sama dengan

nilai g?

Terangkan jawapan anda.

Tidak, kerana daya tarikan graviti di bulan adalah 1/6 daripada

daya tarikan graviti bumi.

10 | P a g e

Page 11: Amali 2 Dan 3 Fizik k.mah

Perbincangan :

1) Pecutan jatuh bebas yang didapati adalah berlainan daripada pecutan

graviti iaitu 9.25ms⁻².

2) Pecutan untuk ketiga-tiga jisim adalah lebih kurang sama dalam

eksperimen jatuh bebas kerana pecutan yang disebabkan oleh daya graviti

terhadap pusat bumi tidak dipengaruhi oleh jisim beban.

3) Untuk mendapatkan keputusan yang lebih tepat, satu garisan terbaik

dilukis dan kecerunan graf dicari daripada garisan tersebut.

4) Ketinggian untuk jatuh bebas perlu tinggi kerana ketinggian yang tidak

cukup akan menyebabkan bacaan yang diambil kurang tepat dan

perubahan halaju tidak dapat dilihat dengan jelas.

5) Bola ping pong digunakan dalam aktiviti satu dalam pemerhatian daya

apungan

Kerana ketumpatan bola ping pong yang rendah dab saiz bola ping pong

yang sesuai. Benda yang mempunyai ketumpatan yang lebih tinggi

daripada air kurang sesuai untuk digunakan.

Langkah Berjaga-jaga

1. Pastikan beban jatuh bebas ke lantai tanpa sebarang halangan.

2. Tiada bendasing ketika menolak bonkah kayu diatas permukaan lantai.

3. Jisim beban perlu ditulis di setiap pita detik untuk mengelakkan kekeliruan.

4. Wayar yang diikat dipastikan tegang supaya dapat bergetar dengan jelas.

11 | P a g e

Page 12: Amali 2 Dan 3 Fizik k.mah

5. Ketinggian untuk jatuh bebas perlu tinggi kerana ketinggian yang tidak

cukup akan menyebabkan bacaan yang diambil kurang tepat dan

perubahan halaju tidak dapat dilihat dengan jelas.

6. Pastikan panjang pita detik diukur dan dipotong sebelum memulakan

eksperimen jatuh bebas.

Rujukan

Laman Web

forceTheory.(2011,September 30).Retrieved Februari10,2012,from

Wikipedia:http://en.wikipedia.org/wiki/Force_Theory.

Hukum Newton Kedua.(2007,Ogos 2).Retrieved Ogos,2012,from

Wikipedia:http://ms.wikipedia.org/wiki/Hukum_gerakan_Newton_kedua.

Hukum Newton Ketiga.(2008,Februari 18).Retrieved Februari 10,2012.from

Wikipedia:http://ms.wikipedia.org/wiki/Hukum_gerakan_Newton_ketiga.

Louviere,G(2006,Oktober 24)Newton’sLaws Of Motion. Retrieved Februari 10,2012

from teachertech :http:// teachertech.rice.edu/participants/louviera/Newton

Buku

Lee C. X, Lee B. H (2012)Whizz Thru,Fizik SPM.Shah Alam : Oxford Fajar

J.Meadows.(1987).The Great Scientists.NewYork: Oxford University Press.

Bergman.D. (1997).Force on Moving Objects,Cologne:Hadronic Press Supplement.

12 | P a g e

Page 13: Amali 2 Dan 3 Fizik k.mah

Lampiran

13 | P a g e

Gambar : Menjalankan amali 3 mikroskop dan teleskop