amali 3- menyemai bijibenih di tapak semaian

22

Upload: scribdsufi

Post on 25-Jun-2015

1.845 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Amali 3- Menyemai Bijibenih Di Tapak Semaian
Page 2: Amali 3- Menyemai Bijibenih Di Tapak Semaian

MENYEMAI BIJIBENIH DI TAPAK SEMAIAN Saiz bijibenih adalah faktor utama dalam pemilihan

teknik menyemai bijibenih. 3 cara menyemai:

i. Biji benih yang kasar (kacang panjang, peria dan timun)- disemai terus ke batas.

ii. Biji benih yang kecil ( terung, cili dan tomato)-disemai dahulu dalam kotak semaian dan kemudiannya diubah.

iii. Bijibenih yang halus seperti kailan, sawi dan bayam disemai terus ke batas kemudian dilakukan penjarangan.

iv. Bahan tampang – kangkung, keladi, keledek, bawang – disemai terus ke batas.

Medium semaian hendaklah disediakan terlebih dahulu sebelum menyemai bijibenih.

Page 3: Amali 3- Menyemai Bijibenih Di Tapak Semaian

Jenis Tapak Semaian

1. Batas – perlu diberikan naungan secukupnya. Letakkan medium semaian di atas batas dan gaulkan untuk proses menyemai.

2. Bekas – kotak, pasu dan polibeg

Page 4: Amali 3- Menyemai Bijibenih Di Tapak Semaian

MENYEDIAKAN MEDIUM SEMAIANAlatan yang diperlukan:i. Sekop ii. Penapis (diameter 0.6cm)iii. Bekas penyukat iv. Penimbangv. Najis ternakanvi. Pasir sungaivii. Tanah loam viii. Baja fosfat

Langkah-langkah:1. Tapis tanah loam dan pasir sungai secara berasingan.2. Buat tanah campuran 2 : 1 : 13. Gaulkan bahan-bahan hingga rata4. Bina satu timbunan5. Tambahkan baja fosfat dengan kadar 0.5kg bagi 1m3

medium.6. Masukkan medium ke dalam kotak semaian.

Page 5: Amali 3- Menyemai Bijibenih Di Tapak Semaian

MENYEMAI BIJIBENIH KECIL DI DALAM KOTAK SEMAIANPeralatan:- Penyiram - Kotak semaian- Biji benih kecil - Campuran racun kulat dan serangga.- Kepingan kaca @ kertas politena @kertas surat khabar

Langkah-langkah:1. Bersihkan kotak semaian.2. TUtup lubang saliran kotak semaian dengan batu-batu kecil, serpihan pasu

atau serpihan batu bata.3. Isikan medium semaian sehingga 1 @ 2 cm dari permukaan kotak semaian

dan ratakan.4. Siram medium sehingga air keluar melalui lubang saliran.5. Taburkan bijibenih di permukaan kotak semaian hingga rata.6. Tabur satu lapisan medium nipis di atas bijibenih.7. Tutup kotak semaian dengan kepingan kaca atau kertas politena yang

lutsinar.8. Letakkan kotak semaian di tempat yang teduh.

Page 6: Amali 3- Menyemai Bijibenih Di Tapak Semaian

MENYEMAI BIJIBENIH HALUS DI BATASPeralatan:- Pencakar - Bijibenih- Penyiram - Pelepah kelapa

Langkah-langkah:1. Ratakan permukaan batas dengan pencakar.2. Sediakan alur semaian dengan jarak 20cm dan sedalam 2.3cm.3. Siram permukaan batas sebelum menyemai.4. Ambil bijibenih halus dan campurkan dengan pasir halus dalam

kadar 1 bahagian bijibenih dengan 5 bahagian pasir sungai (1 : 5)5. Semai bijibenih ke dalam alur dan tutup dengan satu lapisan nipis

medium.6. Tutup permukaan batas dengan pelepah kelapa naungan atau

gunakan bahan-bahan sungkupan yang lain.7. Setelah anak benih bercambah, lakukan penjarangan dengan cara

mencabut dengan tangan.

Page 7: Amali 3- Menyemai Bijibenih Di Tapak Semaian

MENYEMAI BIJIBENIH KASAR DI BATAS

Peralatan dan bahan:- Pancang - Penyiram- Sudip tangan - Bijibenih kasar- Campuran racun kulat dan racun serangga.

Langkah-langkah:1. Gaulkan bijibenih dengan campuran racun.2. Tandakan lubang penanaman dengan jarak yang sesuai.3. Buat lubang penanaman sedalam 2cm-3cm.4. Masukkan 2 – 3 bijibenih ke dalam setiap lubang.5. Timbus lubang dan padatkan dengan jari.6. Siram batas dengan penyiram berlubang halus.7. Setelah anak benih bercambah, buang anak benih yang kurang sihat

dan tinggalkan hanya satu anak benih dalam satu lubang.

Page 8: Amali 3- Menyemai Bijibenih Di Tapak Semaian

MENYEMAI BIJIBENIH DI DALAM POLIBEG (BEG POLITENA) Biji benih sayuran boleh juga disemai di dalam polibeg. Dibuat secara kecil-kecilan bagi sayur-sayuran tertentu

terutamanya bagi sayuran yang biji benihnya mahal. Langkah-langkah:

Isikan medium semaian John Innes Potting di dalam polibeg dan kemudian semai bijibenih yang telah dipilih.

Setelah anak benih bercambah, biar anak benih yang sihat dan buang yang lemah.

Biarkan hanya satu anak benih yang hidup di dalam polibeg.

Page 9: Amali 3- Menyemai Bijibenih Di Tapak Semaian

Anak benih Asparagus dalam tapak semaian yang dibuat daripada polibeg.

Anak benih asparagus Pokok asparagus dewasa dan telah mengeluarkan hasil.

Page 10: Amali 3- Menyemai Bijibenih Di Tapak Semaian

PENYEMAIAN MENGGUNAKAN BAHAN TAMPANG

a. Keratan - kangkung dan keledek.- ukuran keratan 20 – 30cm yang

mempunyai 6 buku/ruas.- buang daun di bahagian yang hendak

ditanam.b. Sulur - keladi

- sulur yang berumur 2 bulan.c. Bawang - digunakan untuk membiakkan bawang

putih, bawang merah dan bawang besar.

*** lobak merah, lobak putih dan sengkuang ditanam menggunakan biji benih.

Page 11: Amali 3- Menyemai Bijibenih Di Tapak Semaian

PENGERASAN

- Anak benih perlu dibiarkan mengalami proses pengerasan secara beransur-ansur sebelum diubah ke ladang.

- Proses pengerasan ini melibatkan pengurangan lindungan dan penyiraman air ke atas tapak semaian secara beransur-ansur supaya anak benih lebih bersesuaian dengan suasana di ladang (tidak terencat tumbesaran).

- Pengerasan dilakukan untuk mengurangkan kejutan anak benih selepas proses mengubah.

- Proses pengerasan dilakukan selama 7 – 10 hari.- Mengubah anak benih dilakukan pada waktu

petang untuk mengurangkan proses transpirasi.

Page 12: Amali 3- Menyemai Bijibenih Di Tapak Semaian

MENGUBAH ANAK BENIH ATAU PENJARANGAN:

- Anak benih dari kotak semaian atau batas semaian sesuai diubah apabila ketinggiannya mencapai 7.5cm atau mempunyai 4 – 5 helai daun.

- Jika anak benih kecil – layu dan mati- Jika terlalu besar – akarnya yang panjang

akan terputus – pertumbuhan terencat.

Page 13: Amali 3- Menyemai Bijibenih Di Tapak Semaian

Samb…

- Langkah-langkah mengubah anak benih dari kotak semaian ke batas:

1. Sediakan lubang pada permukaan batas sebelum menanam

anak benih.

2. Anak benih perlu dikorek dengan menggunakan sudip tangan

dengan cermat supaya akarnya tidak rosak.

3. Masukkan anak benih ke dalam lubang yang disediakan.

4. Kejapkan tanah disekeliling anak pokok yang baru ditanam.

5. Siram.

6. Sungkupkan permukaan tanah di sekeliling anak benih yang

baru ditanam dengan menggunakan daun-daun lalang atau

daun kelapa.

Page 14: Amali 3- Menyemai Bijibenih Di Tapak Semaian

PENJARANGAN:

- Bermaksud kerja membuang anak benih yang tumbuh terlalu rapat dan anak benih yang berpenyakit.

- Dilakukan pada anak benih yang disemai terus ke batas.

- Dilakukan apabila anak benih mengeluarkan 4-5 helai daun atau ketinggian 8 -10cm.

- Dilakukan dengan cara mencabut dengan tangan atau memotong pangkal batang anak benih.

Page 15: Amali 3- Menyemai Bijibenih Di Tapak Semaian

Tujuan penjarangan dilakukan:

1. Mengurangkan persaingan antara anak benih bagi mendapatkan air, cahaya dan nutrien.

2. Membuang anak benih yang kurang segar atau berpenyakit.

3. Menghapuskan tempat pembiakan perosak atau agen penyakit.

Page 16: Amali 3- Menyemai Bijibenih Di Tapak Semaian

MEMILIH BIJIBENIH

- Pastikan membeli bijibenih yang tulin dan bersesuaian dengan iklim dan tanah tempatan.

- Sayur-sayuran daripada jenis pendebungaan kacuk tidak dapat dijamin ketulinannya dan tidak elok disimpan benihnya untuk ditanam semula pada musim yang berikutnya.

a. Sayuran jenis pendebungaan kacuk ialah jagung, timun,tembikai, labu air atau kuning, sawi pahit,

kobis, kobis bunga dan lobak.b. Sayuran jenis pendebungaan sendiri ialah cili, tomato, karot, kacang panjang, kacang buncis dan kacang botor.

- Kecergasan biji benih perlu diberikan perhatian (biji benih disimpan terlalu lama dalam keadaan tidak terkawal.)

Page 17: Amali 3- Menyemai Bijibenih Di Tapak Semaian

RAWATAN BIJIBENIH

Semasa penyimpanan, biji benih mestilah dalam keadaan kering dan kawasan penyimpanannya berkeadaan sejuk.

Untuk mendapat percambahan yang baik, biji benih boleh dirawat dengan merendamkannya ke dalam air panas (50oC selama 5 – 10 minit) untuk membunuh bakteria yang berada pada biji benih.

Biji benih juga boleh dirawat dengan racun kulat dan racun serangga sebelum penyemaian.

Page 18: Amali 3- Menyemai Bijibenih Di Tapak Semaian

MEMILIH BIJI BENIH YANG BERMUTU:

- Ciri-ciri biji benih yang baik:1. Dari varieti yang sesuai dengan keadaan iklim2. Resistan terhadap serangan penyakit dan perosak.3. Mengeluarkan hasil yang tinggi dan bermutu.

- Biji benih yang baik dan bermutu mempunyai ciri-ciri yang berikut:i. Cukup matang – daripada buah yang cukup masak.ii. Bernas – biji benih yang bernas ialah yang cukup berisi

kerana biji benih yang berisi dapat membekalkan makanan untuk pertumbuhan embrio.

iii. Bebas dari penyakit dan perosak – Tidak berpenyakit atau diserang oleh serangga perosak.

Page 19: Amali 3- Menyemai Bijibenih Di Tapak Semaian

MENGUJI PERATUS PERCAMBAHAN BIJI BENIH Biji benih yang dipilih boleh diuji peratus dan

kadar percambahannya. Seharusnya mempunyai % percambahan

yang tinggi. ( paling baik mempunyai % percambahan >75%)

% percambahan boleh ditentukan dengan membuat ujian sebelum proses penyemaian.

Page 20: Amali 3- Menyemai Bijibenih Di Tapak Semaian

LANGKAH-LANGKAH MENGUJI PERCAMBAHAN BIJIBENIH:a. Letakkan sekeping kertas turas ke dalam

ceper petri yang bersih.b. Lembapkan kertas turas dengan air suling.c. Pilih 20 biji benih dan masukkan ke dalam

ceper petri.d. Tutup ceper petri dan biarkan beberapa hari

sehingga bijibenih bercambah.e. Kira bijibenih yang bercambah selepas 3 – 5

hari.f. Kira % percambahan biji benih.

Page 21: Amali 3- Menyemai Bijibenih Di Tapak Semaian

FORMULA PENGIRAAN PERATUS PERCAMBAHAN BIJIBENIH.

% Percambahan = Bil. Biji benih bercambah x 100

Bil. Bijibenih disemai

Page 22: Amali 3- Menyemai Bijibenih Di Tapak Semaian