alam belajar

19
Alam Belajar 1) Kandungan; Konsep alam belajar Pengalaman belajar kanak-kanak Peranan dan kepentingan main(play) dalam proses pembelajaran kanak- kanak Ciri-ciri dan jenis main 2) Konsep Alam Belajar secara umum; alam sekeliling yang boleh mempengaruhi tingkah laku seseorang individu. persekitaran yang membolehkan pembelajaran berlaku. seharusnya mempamerkan perkembangan dan kesesuaian pengalaman (experiential compatibility) dengan keperluan unik kanak-kanak. meliputi aspek psikososial, fizikal dan komuniti pembelajaran kanak-kanak 3) Ciri-ciri Alam Belajar; menggalakkan penglibatan aktif memberi peluang kepada kanak-kanak untuk melihat, mendengar, merasa, menghidu menyentuh dll Keperluan individu (individualized); pengajaran berdasarkan perbezaan individu, aras perkembangan, gaya pembelajaran, latar belakang keluarga, minat kanak-kanak dll. Pemusatan kanak-kanak; memberi fokus kepada perkembangan keseluruhan kanak- kanak, menyokong pertumbuhan kognitif, sosial, emosi dan fizikal dll. Kesimpulannya: Alam belajar seharusnya memberi pengalaman langsung kepada kanak-kanak. 4) Pembelajaran; Prinsip-prinsip Ø Pertalian Ø Pengulangan Ø Kesediaan Ø Penyertaan Ø Peniruan Ø Minat Ø Peneguhan Ø Kaedah pembelajaran Ø refleksi Jenis-jenis; Pembelajaran formal Pembelajaran non-formal Berterusan Lanjutan Dewasa berulang Kesimpulannya,guru harus; memainkan peranan sebagai fasilitator menyediakan alam belajar yang positif dan kondusif kepada kanak-kanak menunjukkan minat ingin tahu dan gembira untuk belajar

Upload: cp-wong

Post on 18-Nov-2015

15 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

nota

TRANSCRIPT

Alam Belajar1) Kandungan; Konsep alam belajar Pengalaman belajar kanak-kanak Peranan dan kepentingan main(play) dalam proses pembelajaran kanak-kanak Ciri-ciri dan jenis main

2) Konsep Alam Belajar secara umum; alam sekeliling yang boleh mempengaruhi tingkah laku seseorang individu. persekitaran yang membolehkan pembelajaran berlaku. seharusnya mempamerkan perkembangan dan kesesuaian pengalaman (experiential compatibility) dengan keperluan unik kanak-kanak. meliputi aspek psikososial, fizikal dan komuniti pembelajaran kanak-kanak

3) Ciri-ciri Alam Belajar;

menggalakkan penglibatan aktif memberi peluang kepada kanak-kanak untuk melihat, mendengar, merasa, menghidu menyentuh dll Keperluan individu (individualized); pengajaran berdasarkan perbezaan individu, aras perkembangan, gaya pembelajaran, latar belakang keluarga, minat kanak-kanak dll. Pemusatan kanak-kanak; memberi fokus kepada perkembangan keseluruhan kanak-kanak, menyokong pertumbuhan kognitif, sosial, emosi dan fizikal dll. Kesimpulannya: Alam belajar seharusnya memberi pengalaman langsung kepada kanak-kanak.

4) Pembelajaran; Prinsip-prinsip Pertalian Pengulangan Kesediaan Penyertaan Peniruan Minat Peneguhan Kaedah pembelajaran refleksi Jenis-jenis; Pembelajaran formal Pembelajaran non-formal Berterusan Lanjutan Dewasa berulangKesimpulannya,guru harus; memainkan peranan sebagai fasilitator menyediakan alam belajar yang positif dan kondusif kepada kanak-kanak menunjukkan minat ingin tahu dan gembira untuk belajar menjadi pelopor untuk belajar bersama dengan kanak-kanak dan menganggap pembelajaran adalah tanggungjawab bersama.

5) Faktor Mempengaruhi Pembelajaran; Kesediaan Kognitif Afektif Psikomotor

Motivasi Rangsangan luaran Rangsangan dalaman Kesediaan Psikomotor

Pengamatan Taksiran terhadap maklumat yg diterima Tanggapan Proses pembentukan konsep Ingatan dan lupaan Jangkamasa penerimaan Gangguan Pemindahan Proses yang berlaku

6) Konsep Alam Belajar Konteks belajar Psikososial (keselamatan, kesihatan, kebersihan, perapatan, kemesraan)

Fizikal bilik darjah Bahan-bahan bantu Persekitaran

Komuniti Pembelajaran; -Mikrosistem -Mesosistem -Eksosistem -Makrosistem -kronosistem

Satu konsep yang menerangkan suatu situasi pembelajaran di mana sekumpulan manusia berkumpul, berjumpa dengan tujuan spesifik dan keperluan pembelajaran yang unik, berkongsi sumber dan kemahiran. Cth: peer community learning

7) Ciri-ciri komuniti pembelajaran; perkembangan personal (personal development) interaksi komuniti(community interaction) Kemudahan(Facilitation) saling bergantungan rasmi (formal interdependence) perkongsian kuasa (power sharing) pengurusan batasan (boundary management)

8) Komuniti Pembelajaran; Sistem Mikro tumpukan sebahagian besar masanya bersama keluarga,rakan sebaya disekolah,taman dan kampung Sistem Meso Hubungan antara sistem mikro Hubungkait antara pengalaman Contoh: Pengalaman bersama keluarga,rakan sebaya Sistem Ekso Pengalaman dlm sesuatu setting(tdk aktif) mempengaruhi pengalaman pelajar dan guru dlm konteks langsung Tindakan yang boleh mempengaruhi perkembangan pelajar Sistem Makro Budaya yang lebih luas Nilai dan adat resam masyarakat Tanggungjawab yang digalas bersama walaupun berbeza jantina Sistem Krono Sosio-sejarah perkembangan seseorang pelajar Pembentukan sosial yang pernah dilalui pelajar Contoh:dibesarkan dalam taman asuhan kanak-kanak,didedahkan kepada teknologi komputer

9) Pengalaman Belajar kanak-kanaka. Kanak-kanak biasanya belajar melalui pengalaman.b. Dunn dan Dunn(1982),pembelajaran dipengaruhi 5 rangsangan. i. Rangsangan persekitaran ii. Rangsangan emosi iii. Rangsangan sosial iv. Rangsangan fisiologi v. Rangsangan psikologi

10) Rangsangan Mengikut Dunn & Dunn;Persekitarana. Cahayab. Bunyic. Suhud. Reka bentuk tempat belajar

Fisiologie. Persepsif. Pemakanang. Masa belajarh. Mobiliti/pergerakan

Sosiali. Perseoranganj. Berpasangank. Rakan sebayal. Berkumpulanm. Berpasukann. Orang dewasa

Emosio. Motivasip. Keazamanq. Sikap tanggungjawabr. struktur

Psikologis. Analitik/globalt. Gerak hatiu. Refleksiv. Pemprosesan otak kiri/kanan

11)Pengalaman Belajar Kanak-kanak; PENGLIBATAN YANG AKTIF Eksplorasi & Penemuan dengan menggunakan pancaindera. Beri peluang kanak2 merasa, melihat, mendengar, menghayati, bau dan pegang. BELAJAR KENDIRI Perbezaan kanak2 dapat dilihat drp tahap perkembangan, gaya belajar, latar belakang, dan minat. BERPUSATKAN KANAK-KANAK Fokus kepada perkembangan keseluruhan K2, sokongan konigtif, sosial, afektif dan pertumbuhan fizikal.

12) Peranan Guru; Pastikan keperluan asas dipenuhi Wujudkan suasana kelas yang kondusif Bersifat penyayang Pupuk nilai penghargaan kendiri Rancang aktiviti pengajaranpupuk nilai motivasi diri Pengalaman langsung(first hand experience) lbh bermakna dan mudah difahami Pembelajaran Eksperimental: Guru sebagai Fasilitator Menyediakan persekitaran belajar yang kondusif Wujudkan pembelajaran yang ceria & seronok. Guru menjadi Model Curiosity. Guru menjadi peneroka, belajar bersama-sama kanak-kanak. memberi maklum balas kepada kanak-kanak dengan tepat dan deskriptif tetapi bukan buat penilaian. bimbing kanak-kanak agar bertanggungjawab terhadap pembelajaran. Ini memotivasikan mereka. beri keyakinan kepada kanak-kanak untuk terus mencuba tanpa takut gagal. laksanakan alam belajar eksperimental agar kanak-kanak rasa bebas untuk eksplorasi dan menyiasat. perlu memantau alam belajar semasa kanak-kanak bermain sendiri, bermain bersama rakan sebaya atau dalam dunia imajeri mereka. boleh buat provokasi atau memberi alternatif teknik penyelesaian masalah untuk mengembangkan kemahiran berfikir mereka

13) Trostle dan Yawkey (1998): 7 strategi untuk meningkatkan kreativiti kanak-kanak dalam pembelajaran; 7 S SENTUHAN FIZIKAL BERMAIN EKSPLORASI ARAHAN LISAN DESKRIPTIF MODIFIKASI OBJEK MENAMBAH OBJEK

14) Pembelajaran Eksperimental Kanak-kanakmempertingkatkan perkembangan kanak-kanak & mengaktifkan pengalaman belajar. bahan rangsangan pembelajaran meningkatkan kreativiti dan kanak-kanak belajar secara natural. kanak-kanak yang mengalami pengalaman belajar akan lebih kreatif. Mereka cenderung untuk eksplorasi dengan objek sekeliling. Kanak-kanak berani mencuba idea baru dan mudah melahirkan idea. Tanggungjawab guru adalah mengendalikan eksplorasi alam belajar secara lebih menarik, menyeronokkan, dan memberi banyak manfaat. Jangan menyekat kreativiti kanak-kanak.

15) Maxim (1985), alam belajar yang memberangsangkan kanak-kanak; Masa yang sesuai diberikan menyebabkan kanak-kanak menglibatkan diri dalam aktiviti sepenuhnya. Persekitaran yang terbuka (bebas) menggalakkan kanak-kanak melahirkan emosi. Kanak-kanak digalakkan berkongsi idea dan merangsang pemikiran antara satu sama lain. Pembelajaran ceria dan seronok. Tiada stress dan kebimbangan.

16) JENIS-JENIS PENDEKATAN BELAJAR SAMBIL BERMAIN ;MAIN BEBAS Kanak-kanak bebas memilih aktiviti. Guru hanya memastikan aktiviti itu membawa faedah. Guru menyediakan beberapa set objek untuk kanakkanak bermain. Mereka akan mengkelaskan objek-objek tersebut mengikut saiz, warna dsb.

MAIN BERPANDU Guru menyediakan beberapa set objek untuk kanakkanak bermain. Mereka akan mengkelaskan objek-objek tersebut mengikut saiz, warna dsb.

MAIN BERARAH Guru akan mengarahkan kanak-kanak menyelesai-kan sesuatu tugasan . Contoh: Menyanyi, bermain Shahibah dsb.

MAIN DRAMATIS Permainan ini melibatkan kanak-kanak memainkan watak-watak tertentu.

MAIN LUAR Permainan ini dikendalikan di luar kelas. Contoh: Titi pengimbang, buaian, alat permainan air dsb.

17) Kepentingan Bermain; mendatangkan keseronokan dan hiburan merangsang kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui cara yang aktif dalam situasi tidak formal. membantu perkembangan fizikal, sosio-emosi, dan mental. keseronokan bermain mempercepatkan pembelajaran. membenarkan perkembangan individu mengikut kemajuan kanak-kanak. Kanak-kanak yang lemah dapat bantuan drp rakan sebaya tanpa rasa terdesak. Kanak-kanak akan mengalami proses asimilasi dan akomodasi. Dapat meningkatkan perkembangan mental mereka. penilaian ke atas prestasi dapat dijalankan dalam keadaan tidak mengancam. dapat mempelajari peranan individu dewasa melalui permainan. senang digunakan dan disesuaikan dengan keadaan. membenarkan kanak-kanak menggunakan tenaga yang berlebihan memperolehi kemahiran motor halus iaitu koordinasi mata-tangan. mengembangkan kemahiran berkomunikasi. meningkatkan kemahiran mengingat, mengira dan memperluaskan perbendaharaan kata. Mengembangkan daya fantasi, menyuburkan imaginasi dan memupuk minat murid. menghilangkan rasa kekecewaan dan kegelisahan. perkembangan koordinasi motor kasar, melibatkan aktiviti memanjat, berlari, berguling, menyepak dsb. memupuk daya kepimpinan kanak-kanak. membantu kanak-kanak mengkategorikan objek seperti membezakan saiz, warna, bentuk, berat dll.

18) BERMAIN DENGAN OBJEK (Piaget & Inhelder, 1969)PERMAINAN FUNGSI (PRACTICE PLAY/ FUNCTIONAL PLAY) meneroka seberapa banyak kegunaan peralatan permainan. Contoh: Kanak-kanak bermain domino;mengumpul serta menyusun dan akhirnya mendirikan sesuatu.

PERMAINAN SIMBOLIK Selepas bermain domino, kanak-kanak boleh menggunakannya secara simbolik. Mereka boleh menggunakan domino untuk mewakili sesuatu. Dengan domino mereka boleh membuat kepungan dan mengandaikan domino adalah sekawan lembu di dalam kandang.

PERMAINAN DENGAN PERATURAN Kanak-kanak boleh bermain mengikut peraturan yang mereka buat sendiri atau peraturan yang sedia ada dalam permainan tersebut.

PERMAINAN PEMBINAAN Permainan ini berbentuk simbolik tetapi ke arah penyesuaian peraturan sebenar. Contohnya: Permainan penyelesaian masalah, pembinaan mekanikal dan kecerdasan mencipta.

19) Sosiodrama ( Smilansky, 1971) Kanak-kanak melakonkan watak yang diberi. Penting untuk perkembangan kreativiti, peningkatan intelektual dan kemahiran sosial Kebolehan untuk mengambil alih peranan orang lain dan mengubah perspektif adalah kemahiran asas untuk pembelajaran akademik. Kawasan permainan dilengkapkan dengan prop.

20) Kaedah Sosiodrama; Meniru Peranan Kanak-kanak diberikan sesuatu peranan dan mempamerkan tingkah laku atau pertuturan seperti orang asalnya.

Pengganti Objek Pergerakan atau deklarasi verbal adalah pengganti kepada objek sebenar.

Pengganti Berkaitan Tindakan dan Situasi Penerangan adalah pengganti untuk tindakan dan situasi.

Berterusan Kanak-kanak meneruskan dalam episod permainan sekurang-kurangnya untuk beberapa minit

Interaksi Terdapat sekurang-kurangnya 2 orang pemain dalam ruang rangka episod permainan.

Komunikasi verbal Terdapat interaksi verbal berhubung dengan episod permainan/ peranan

21) Peranan Kanak-kanakBermain Adalah Personaliti Bermotivasi Kanak-kanak akan bersungguh-sungguh melakukan aktiviti dalam bermain. Contoh: Isi pasir dalam kereta sorong dan memasukkannya ke dalam kotak. Bermain adalah pilihan sendiri, mereka akan menentukan matlamat aktiviti. Orang dewasa akan mengawal matlamat dan jangka masa aktiviti. Bermain Adalah Aktif Kanak-kanak dikatakan bermain apabila mereka mengambil bahagian dalam permainan tersebut. Bermain melibatkan proses berfikir, mengorganisasi, merancang dan berinteraksi dengan persekitaran. Bermain Biasanya Bukan Realiti Semasa bermain,kanak-kanak menangguhkan realiti. Masa, setting dan karektor yang terlibat dalam permainan boleh dirundingkan pada masa itu juga dan tidak terikat kepada realiti. Contoh: Mereka berlagak menjadi makhluk asing.

Bermain Tiada Matlamat Ekstrinsik Bukan Bermain: Dalam permainan, proses atau makna adalah lebih penting bukannya keputusan akhir. Hasil permainan itu tidak sepenting penglibatan dalam permainan.

Bermain Tidak Mempunyai Peratruran Ekstrinsik Sesuatu aktiviti dianggap bermain, jika pemain-pemain berupaya mengubah peraturan aktiviti seperti yang dikehendaki. Kanak-kanak yang bermain dengan blok boleh menentukan ruang antara bangunan tetapi peraturan ini boleh dirunding dengan pemain-pemain lain.

Pemain Memberi Makna Kepada Pemainan Kanak-kanak meneroka atau menggunakan bahan yang ditentukan oleh orang lain tetapi apabila diberi peluang bermain, mereka mempunyai interpretasi sendiri terhadap bahan-bahan tersebut. Contoh: menggunakan 10 blok sebagai tapak untuk model bangunan jika diarahkan oleh orang dewasa. Jika diberi kebebasan, mereka mungkin menggunakan blok-blok untuk membina rumah.

22) Peranan Guru; Pemerhati Penterjemah Model Penilai Perancang permainan Elaborator

Bab 2 : Konsep Pengajaran dan PembelajaranBab 2 Konsep Pengajaran dan Pembelajaran

1) Pengertian Pengajaran: Penyebaran ilmu Mengajar sesuatu Segala aspek pengajaran Menukar tingkah laku Kembangkan kemahiran Satu lakuan Cara beri pengetahuan Hasilkan pembelajaran berkesan Penyampaian kemahiran Libatkan sumber Perlukan perancangan rapi

2) Pengertian Pembelajaran: Perubahan tingkah laku Perolehan tabiat dan sikap Berlandaskan teori Tindak balas terhadap rangsangan Proses kognitif

3) Prinsip Pembelajaran: Galakkan interaksi sesama murid Memberikan maklum balas Berikan penegasan dengan cepat Penggunaan masa yang efektif Menghormati bakat murid Meletakkan harapan yang tinggi Pembelajaran aktif Mempelbagaikan kaedah

4) Kesimpulannya; satu proses yang menghasilkan perubahan tingkah laku yang kekal setelah melalui latihan atau peneguhan. berlaku apabila rangsangan diproses oleh otak seseorang individu untuk menjadi pengalaman. berlaku apabila sesorang individu telah berjaya mengaitkan pengetahuan baru dengan pengetahuan sedia ada padanya. membawa makna satu proses memperoleh pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai yang baru.

5) Ciri-ciri Pembelajaran Formal;

pembelajaran secara langsung dan dikendalikan oleh sesuatu institusi bertauliah dan dilembagakan. berasaskan sukatan pelajaran atau kurikulum yang sudah digubal KPM dan dilembagakan. diwajibkan kepada semua kanak-kanak biasa dari 7 hingga 13 tahun, melanjutkan pelajaran selama 5 tahun dan seterusnya ke IPG, kolej dan universiti. biasanya dilaksanakan dalam bangunan yang siap prasarananya. seperti bilik darjah, kerusi meja, makmal, komputer, pusat sumber dan lain-lain. perlu dilaksanakan oleh guru-guru terlatih dan bertauliah. melibatkan penilaian pada tiap-tiap tahap yang dilalui, penilaian dalam bentuk formatif dan sumatif. menekankan secara langsung pendidikan empat bidang penting iaitu melibatkan aspek kognitif, afektif, rohani dan psikomotor.

6) Ciri-ciri Pembelajaran Informal; diterima secara tidak langsung tanpa berasaskan sebarang sukatan pelajaran. diserap secara tidak sedar dari persekitaran melalui pemerhatian, perbualan dan pengalaman. proses pembelajaran yang berterusan dan berlaku sepanjang hayat. berlaku setiap masa tanpa melibatkan masa dan tempat tertentu. tidak menetapkan isi pelajaran atau bahan-bahan pelajaran yang perlu dikuasai.

7) Ciri-ciri Pembelajaran Non Formal; Sesebuah institusi akan mengadakan kursus pendek, majlis-majlis ceramah secara formal, forum, bengkel dan sebagainya. berlaku apabila ada keperluan menambah dan mempertingkatkan kepakaran murid dalam bidang tertentu. kursus-kursus ini mungkin melibatkan beberapa jam sehari atau beberapa hari. biasanya bayaran minimum akan dikenakan kepada murid sebagai bayaran sagu hati kepada penceramah dan perbelanjaan makan dan minum. tempat-tempat formal seperti dewan sekolah, bilik-bilik darjah, pusat-pusat latihan dan lain-lain digunakan untuk kursus atau pembelajaran nonformal. kandungan kursus bagi pembelajaran nonformal biasanya lebih mendalam, ada kesinambungan daripada pembelajaran formal. melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang, murid mendapat penjelasan yang lebih baik dalam menambah ilmu dan kepakaran.

8) Pembelajaran Mengikut Gagne:

i. Fasa motivasi: murid akan menerima rangsangan daripada persekitaran.

ii. Fasa kefahaman: melibatkan proses persepsi dan penanggapan. Rangsangan yang sesuai dan memberi makna dipilih oleh organ deria.

iii. pemerolehan: rangsangan dibawa ke otak untuk diberi makna dan diterima.

iv. Fasa penyimpanan: fakta atau pengalaman akan disimpan dalam ingatan deria, ingatan jangka pendek atau ingatan jangka panjang. Ini menghasilkan pembentukan pengalaman atau pengetahuan dalam ingatan.

v. Fasa mengingat semula: fakta atau pengalaman yang disimpan perlu dikeluarkan semula untuk digunakan. Contohnya, apabila hendak menelefon kawan, kita perlu ingat semula nombor telefonnya.vi. Fasa generalisasi: dalam fasa ini seseorang mengingat semula fakta atau pengalaman untuk diamalkan dalam suatu situasi baru yang sesuai dan sepadan.

vii.Fasa prestasi: seseorang mendapat maklum balas orang lain mengenai tingkah lakunya.

viii.Fasa maklum balas: seseorang mendapat peneguhan mengenai perlakuannya. Maklum balas ini penting bagi menentukan sejauh mana seseorang dapat mengamalkan fakta atau kemahiran yang diperolehinya.

9) Rumusannya; Hierarki pembelajaran-pembelajaran isyarat-pembelajaran gerak balas-rangkaian motor-pertalian bahasa-diskriminasi-konsep-hukum-penyelesaian masalah

Klasifikasi hasil pembelajaran-maklumat lisan-kemahiran intelek-strategi kognitif-sikap-kemahiran motor

Frasa pembelajaran-fasa motivasi-fasa kefahaman-pemerolehanFasa penyimpanan-fasa ingat semula-fasa generalisasi-fasa prestasi-fasa maklum balas

Pengertian Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip-prinsip Pembelajaran Jenis-jenis Pembelajaran

Bab 3 : Teori-teori PembelajaranBAB 3 TEORI-TEORI PEMBELAJARAN

1) Teori Behaviouris: Teori Behaviorisme juga dikenali sebagai mazhab behavioris. diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan dikembangkan oleh Thorndike dan Skinner. menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku murid sama ada baik atau sebaliknya. Sesuatu rangsangan yang berkaitan dengan rangsangan yang lain akan mendatangkan pembelajaran yang dikenali sebagai pelaziman. Perubahan pembelajaran ini berlaku melalui empat proses iaitu perhubungan, pelaziman klasik, pelaziman operan dan pembelajaran melalui pemerhatian. Parlov, Thorndike dan Skinner menghuraikan perubahan tingkah laku sebagai hasil proses pembelajaran adalah kerana berlakunya perhubungan stimuli (rangsangan) dengan tindak balas organisma. Rumusannya; Perubahan tingkah laku Perolehan tabiat dan sikap Berlandaskan teori Tindak balas terhadap rangsangan Pembelajaran melalui pelaziman Tingkah laku luaran Dipengaruhi oleh peneguhan 2 jenis;-pelaziman klasik-pelaziman operan2) Prinsip teori tingkah laku: Murid terlibat dengan aktif Bahan disusun dalam urutan Maklum balas secara langsung Berikan ganjaran dan motivasi

3) 7 Elemen utama behaviouris: Menarik perhatian murid Objektif perlu jelas Rangsang proses ingat semula Bahan yang merangsang Bimbingan berterusan Ada tugasan dan soalan Buat penilaian

4) Konsep Pelaziman Klasik Ivan Pavlov;o Generalisasio Diskriminasio Penghapusan

5) Prinsip Pembelajaran Pavlov; Kaitkan tugasan dengan pengalaman Kaitkan tajuk dengan rangsangan dan tindak balas Kukuhkan rangsangan dengan latihan Perlukan motivasi Kata kunci teori ini ialah pembelajaran melalui perkaitan. setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan antara rangsangan dengan gerak balas

6) Konsep Pelaziman Operan Thorndike; Pembelajaran melalui R-G Pelaziman berlaku bila ada rangsangan Hukum pembelajaran-Hukum kesediaan-Hukum latihan-Hukum kesan

pembelajaran merupakan suatu rangkaian yang terikat iatu pembentukan dan pengukuhan rangkaian saraf antara situasi dengan gerak balas.

implikasi teori Pembelajaran Thorndike terhadap pembelajaran; untuk mempelajari tingkah laku, rangsangan perlu diwujudkan pembelajaran boleh berlaku melalui usaha cuba jaya konsep hukum kesediaan boleh diaplikasikan di dalam bilik darjah guru perlu menyediakan peluang untuk murid-murid menikmati kejayaan agar mereka terus terdorong untuk belajar latihan dan pengulangan akan meningkatkan keberkesanan pembelajaran untuk meningkatkan tahap kesediaan belajar, guru harus menggunakan motivasi yang sesuai mengukuhkan pertalian antara rangsangan dan gerak balas murid dengan membanyakkan aktiviti latihan, ulangkaji, aplikasi, serta pengukuhan dalam keadaan yang menyeronokkan memberi ganjaran atau peneguhan untuk respons atau gerak balas yang betul daripada murid

7) Konsep Pelaziman Operan Skinner; Pembelajaran berlaku jika ada rangsangan dan tindak balas berulang Kemukakan konsep pengukuhan-pengukuhan positif-pengukuhan negatif

8) Aplikasi Pembelajaran Skinner; pemberian peneguhan positif apabila murid melakukan sesuatu tingkah laku yang diingini hendaklah secara bersistematik. ganjaran yang diberi haruslah bersesuaian dengan umur murid. wujudkan ganjaran mengikut kadar kepayahan tingkah laku yang diingini. guru perlu herhati-hati apabila memberi peneguhan negatif kepada murid kerana mereka mungkin akan dianggap sebagai hukuman. gerak balas yang diperoleh hasil dari rangsangan haruslah dikukuhkan untuk membentuk pelaziman. guru perlu memberikan keutamaan kepada latihan dan gerak balas yang berulang-ulang.

ImpIikasi Teori Pembelajaran Behavioris Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Gerak balas positif dapat dipupuk Pengulangan akan mengukuhkan ingatan Perkaitan membantu membina konsep Satu rangsangan yang diganti rangsangan lain membantu membina konsep (rangsangan terlazim ) Pengalaman positif dengan tugasan pembelajaran menghasilkan tindak balas terlazim Membimbing membuat generalisasi dengan tepat dan perkaitan pelbagai contoh Kemahiran membuat diskriminasi Latihan perlu diberikan untuk mengukuhkan rangsangan terlazim dengan gerak balas terlazim Sesuatu kemahiran atau teknik yang baru dipelajari hendaklah diberi peneguhan berterusan ( Dikekalkan /dikukuhkan ) Penggunaan peneguhan positif membawa kepada keseronokan Prinsip penghapusan ( pelaziman operan) adalah sesuai untuk memodifikasikan tingkah laku Membantu murid menguasai konsep diskriminasi ( pelaziman operan ) memperolehi ilmu dan kemahiran dengan tepat Menggunakan prinsip Jadual peneguhan Skinner untuk merancang dan melaksanakan peneguhan berterusan

9) Teori Kognitif; ahli-ahli psikologi kognitif yang terkenal dengan teori ini adalah seperti Kohler, Bruner, Gagne dan Ausubel. Pembelajaran melalui proses penyelesaian masalah dan celik akal Proses mental yang aktif tidak bersetuju dengan teori stimuli-tindak balas yang menyatakan pembelajaran berlaku kerana stimuli-tindak balas dan latihan berulang-ulang Hasilkan Teori Pembelajaran Gestalt Pembelajaran libatkan 2 proses;-persepsi-penanggapan

Implikasi Teori Ausubel Ke Atas Pengajaran dan Pembelajaran Ketika mengajar, guru perlu mengambil kira pengetahuan sedia ada murid-murid bagi menjamin kesesuaian bahan dan aktiviti pengajaran yang disediakan. Ausubel menekankan pembelajaran bermakna. Ini bermakna guru perlu berusaha ke arah membantu murid memahami sesuatu konsep, perkaitan antara isi pelajaran dengan pertalian antara pengalaman baru dengan pengalaman lama. Guru digalakkan untuk menggunakan pembelajaran penemuan kerana ini melibatkan penyiasatan, kajian sendiri, pengumpulan maklumat dan sebagainya. Pembelajaran ini lebih kekal,bermakna dan menyeronokkan.

Implikasi Hierarki Pembelajaran Gagne Kepada Pembelajaran Murid; Proses pembelajaran bermula daripada rangsangan luar. Bergantung kepada motivasi luaran dan dalaman. Fasa maklum balas adalah terpenting kerana fasa ini dapat mengukuhkan konsep ilmu yang diperolehi. Proses ini berkait rapat dengan konsep kesediaan, motivasi,pengamatan, penanggapan, ingatan dan lupaan dan pemindahan pembelajaran

10) Teori Konstruktivis; 2 jenis; Dipopularkan oleh Piaget 2 jenis;-kognitif-sosialImplikasi Teori Pembelajaran Konstruktivis Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran;

Guru hendaklah merancang dan melaksanakan strategi pengajaran seperti soalan-soalan terbuka dan dialog yang meluas agar berpadanan dengan respon murid serta menggalakkan mereka untuk menganalisis, mentafsir dan meramal maklumat yang diterima. Penilaian adalah sebahagian proses pembelajaran. Oleh itu, murid memainkan peranan yang lebih besar dalam menentukan kemajuan masing-masing

11) Teori Kognitif Jean Piaget; Kognitif berkembang dengan pembesaran kanak-kanak Penekanan kepada;-proses dan peringkat Proses;-Asimilasi-Akomodasi Peringkat;-sensorimotor-pra operasional-operasi konkrit-operasi formal

12) Teori Kognitif Lee Vygotsky; Proses penaakulan melalui interaksi sosial Zon perkembangan proximal-perkembangan sebenar-perkembangan berpotensi

13) Teori Pembelajaran Sosial; Pembelajaran melalui;-proses permodelan-pemerhatian-peniruan Tingkah laku sosial;-keagresifan-persaingan-peniruan model

14) Teori Sosial Bandura; Pembelajaran melalui proses 4 proses;

-perhatian-mengingat-reproduksi-peneguhan

ciri teori pemodelan Bandura adalah seperti berikut;

unsur-unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa, contoh dan teladan. murid meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demonstrasi guru sebagai model dan akan menguasai kemahiran itu jika mereka memperoleh kepuasan dan peneguhan yang berpatutan. proses pembelajaran meliputi pemerhatian, pemikiran, peringatan, peniruan dengan tingkah laku atau gerak balas yang sesuai.

15) Pendekatan Humanistik; Kategorikan Pembelajaran kepada 2 jenis;

-pembelajaran kognitif yang tidak berguna-pembelajaran eksperiential Pembelajaran bergantung kepada emosi Pentingkan peranan guru Murid perlu sokongan motivasi

Implikasi Teori Humanis Terhadap Proses Pembelajaran;

menitikberatkan perkembangan persendirian individu sosial yang sihat. programnya berorientasi penemuan dan tidak mementingkan pembelajaran resepsi (penerimaan). perasaan dan keinginan murid serta autonomi individu senatiasa dihormati. matlamat utamanya ialah mencapai sempurna kendiri bagi setiap individu. lebih berpusatkan murid. tidak begitu mengambil berat tentang metodologi pengajaran jika dibandingkan dengan hubungan secara peribadi mereka dengan murid serta peranan murid sebagai pembantu proses pengajaran dan pembelajaran. menggalakkan perkembangan psikologikal secara langsung dalam situasi pendidikan. meningkatkan motivasi, locus of control, pemikiran kreatif, kepekaan interpersonal, maruah diri, identiti kendiri dan aspek-aspek fungsional lain manusia.

16) Bantu kanak-kanak perpendidikan khas; Bawa jumpa pakar Galakkan keistimewaan mereka Sabar Bantuan dalam pembelajaran Amalkan kasih sayang Lakukan aktiviti bersama Berikan kebebasan terbatas GanjaranBab 4 : Model,Pendekatan,Strategi,kaedah dan Teknik PengajaranBab 4 Model, Pendekatan, Strategi dan Kaedah Pengajaran

1)Pengenalan: satu proses sistematik bagi merancang, memperkembang, melaksana dan menilai pengajaran.

2) Model Pemprosesan Maklumat; merupakan satu teori bagaimana manusia memperolehi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. menekankan cara-cara merangsang desakan dalaman manusia Cara rangsang dalaman Aktiviti mental manusia Tingkatkan ingatan murid

3) Model Pemprosesan Maklumat; 3 jenis ingatan-ingatan episodik-ingatan semantik-ingatan prosedural

i. Ingatan episodikIngatan episodik adalah ingatan tentang peristiwa yang dialami seseorang sepanjang hayatnya, lengkap dengan masa dan tempat. Contohnya, mengingat peristiwa jatuh basikal.

ii. Ingatan semantikIngatan semantik adalah ingatan tentang makna, iaitu menyimpan konsep, fakta, hukum, skema atau imej. Contohnya, mengingat makna semantik.

iii. Ingatan proseduralIngatan prosedural adalah ingatan tentang bagaimana melakukan sesuatu, terutamanya yang melibatkan aktiviti fizikal yang berurutan. Terdapat 3 jenis lupaan yang berlaku dalam proses pembelajaran seseorang murid. Berikut adalah huraian ringkas bagi setiap jenis jenis lupaan tersebut;

i) KeusanganOtak akan akan melupai maklumat yang disimpan dalam ingatan jangka panjang kerana faktor keusangan. Keusangan berlaku apabila maklumat yang disimpan dalam ingatan jangka panjang digunakan atau diingat kembali. Jika maklumat jangka panjang tidak diaktifkan ia mudah dilupai.

ii) Lupaan GangguanGangguan yang berlaku kepada maklumat yang tersimpan dalam ingatan jangka panjang. Contohnya, proses pembelajaran yang baru mengganggu proses pembelajaran yang lama.

iii) Lupaan TerdesakLupaan yang disebabkan oleh gangguan emosi individu yang mendesaknya untuk melupakan maklumat yang tersimpan dalam ingatan jangka panjang.

Cara tingkatkan ingatan

-banyak belajar-pemahaman-kaitkan dengan bahan-iklim kondusif-pengajaran yang menarik-berpusatkan murid

4) Model Behaviouris;Berasaskan eksperimen pelaziman klasik Pavlov. Pembelajaran berasaskan ganjaran Thorndike dan kajian Watson Dikenali sebagai teori pembelajaran sosial atau modifikasi tingkah laku Mempunyai mekanisme pembetulan kendiri dan berupaya mengubahsuai tingkah laku berdasarkan maklumbalas sejauh mana berjaya melakukan tugasan

5) Model Sosial; Menurut ahli teori sosial, tingkah laku koperatif bukan sahaja merangsangkan murid-murid kita secara sosial, bahkan turut merangang secara inteletek. Mereka mengesyorkan agar guru memberi tugas pengajaran dan pembelajaran yang memerlukan interaksi sosial bagi mencapai matlamat tersebut. Model-model yang terkandung dalam kumpulan model sosial ialah pembelajaran koperatif, main peranan dan simulasi.

6)Model Personal; Berpegang kepada unsur keperibadian individu dan menekankan perspektif bersifat individu serta menggalakkan sifat berdikari demi peningkatan kesedaran kendiri. Model ini berfokuskan kepada konsep-konsep seperti berikut;

o Pengajian fasilitatif; berasaskan kaedah yang dipelopori oleh Rogers dan berpusatkan murid.o Peningkatan kesedaran kendiri; bertumpu kepada mengembangkan kesedaran dan penunaian potensi masing-masingo Synectics; memberi perhatian kepada perkembangan dan aplikasi kreativiti;o Direkabentuk untuk mengajar kemahiran menyelesaikan masalah dan aktiviti penulisan.o Dalam konteks bilik darjah, murid-murid akan mengikuti satu siri bengkel sehingga mereka berupaya mengaplikasi prosedur-prosedur secara individu dan kumpulan koperatifImplikasi Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Guru-guru permulaan seelok-eloknya memperoleh koleksi atau himpunan model Disyorkan gabungkan model-model daripada kumpulan model berlain dalam sesi pengajaran Guru-guru yang berkesan perlu menguasai beberapa model serta berusaha mengasah yang sedia ada dan menambahkan yang baru kepada senarai lama sepanjang tempoh profesion keguruan

7) Pendekatan, Strategi, Kaedah dan Teknik Berdasarkan Model Pengajaran- Pedagogi Bestari

Antara pendekatan yang terdapat dalam pengajaran adalah seperti berikut;

Pendekatan InduktifPendekatan DeduktifPendekatan EklektikPendekatan KomunikatifPendekatan InteraksionalPendekatan Pengalaman BahasaPendekatan Bersepadu

8) Jenis-jenis kaedah yang sering digunakan oleh guru adalah seperti berikut;Kaedah terusKaedah semulajadiKaedah askar atau tenteraKaedah ajuk-hafazKaedah linguistikKaedah oral-auralKaedah terjemahanKaedah psikologiKaedah kod-kognitifKaedah khusus

9)Jenis teknik yang sering digunakan oleh guru dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah seperti berikut;

Teknik main perananTeknik permainan bahasaTeknik latih tubiTeknik berceritaTeknik inkuiriTeknik perbahasanTeknik kuizTeknik sumbangsaranTeknik soal jawabTeknik simulasiTeknik dramaTeknik perbincangan