aktiviti memanaskan badan- lontar peluru

Upload: cherylpau

Post on 08-Aug-2018

589 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

  • 8/22/2019 Aktiviti Memanaskan Badan- Lontar Peluru

    1/5

    Memanaskan badan ialah satu bentuk senaman yang

    dilakukan sebelum sesuatu aktiviti dijalankan. Ia memberikesan yang berfaedah termasuk mencegah kecederaan dan

    meningkatkan pengaliran darah ke otot-otot yang bergerak.

    Aktiviti memanaskan badan termasuk senaman ringan, aktiviti

    melonggarkan dan diikuti dengan senaman regangan. Fasa

    memanaskan badan mengambil masa kira-kira 5 hingga 10

    minit.

    Memanaskan badan

    3.5 Aktiviti Memanaskan Badan

    Bahagian Kepala

    Pergerakan hyperextension

    Pergerakan yang dilakukan dengan

    mendongakkan kepala ke atas dan jari-jari

    tangan menyokong di bahagian mandible.

    Pergerakan ini melibatkan otot

    sternocleidomastoid dan otot trapiziuz. Sendi yang terlibat ialah sendi synovial ( sendi

    paksi/ putar ).

    Tulang yang terlibat ialah skull/cranium.

  • 8/22/2019 Aktiviti Memanaskan Badan- Lontar Peluru

    2/5

    Pergerakan flexsion

    Pergerakan yang dilakukan dengan

    menundukkan kepala ke bawah dengan

    tangan menekan kepala dari atas.

    Pergerakan ini juga melibatkan otot

    sternocleidomastoid dan otot trapiziuz.

    Sendi yang terlibat di bahagian ini ialah

    sendi synovial (sendi paksi/ putar).

    Tulang yang terlibat ialah tulang di

    bahagian skull/cranium.

    Bahagian Tangan Dan Bahu

    Pergerakan membengkokkan lengan

    di belakang cranium

    Melibatkan tulang humerus, radius dan

    ulna

    Otot yang terlibat dalam pergerakan ini

    ialah otot triceps. Pergerakan ini akan

    menyebabkan otot triceps mengendur.

    Sendi yang terlibat dalam pergerakan

    ini ialah sendi di bahagian bahu iaitusendi lesung.

  • 8/22/2019 Aktiviti Memanaskan Badan- Lontar Peluru

    3/5

    Pergerakan lengan ke arah dada Bahagian tulang humerus

    dirapatkan ke bahagian dada

    Sendi yang terlibat ialah sendi

    lesung

    Pergerakan ini melibatkan otot

    deltoid

    Tolak tangan di atas bahu

    Angkat tangan ke atas bahu secarabersilang.

    Tolak siku ke belakang dengan

    tangan yang lain.

    Tahan posisi selama10 - 15 saat

    Lakukan 2 - 3 reps.

    Ulangi dengan tangan yang lain.

    Bahagian Pinggang

    Regangan badan ke sisi

    Berdiri dengan kedua kaki terbuka

    Bengkokkan badan ke sisi

    Tahan posisi selama 10 - 15 saat Lakukan 2 - 3 reps

    Ulangi ke sisi yang lain

  • 8/22/2019 Aktiviti Memanaskan Badan- Lontar Peluru

    4/5

    Bahagian kaki

    Otot hamstring (belakang paha/pelipat

    lutut)

    Duduk dan lunjurkan kaki (bentuk V).

    Lipat sebelah kaki ke bahagian paha kaki

    bersebelahan.

    Bengkokkan badan dan cuba sentuh ibu jari

    kaki yang diluruskan.

    Tukar kaki dan ulang.

    Jangan bimbang jika tidak dapat

    menyentuh ibu jari kaki; bengkokkan badan

    sejauh yang boleh dan pastikan anda tidak

    berasa sakit ketika melakukannya.

    Pergerakan ke kiri dan ke kanan

    Melibatkan otot latisimus dorsi dan

    serratus enterior.

    Tulang yang terlibat dalam pergerakan

    ini ialah tulang rib,scapula.

    Berdiri dengan kedua kaki terbuka.

    Pusingkan badan ke belakang mengikut

    jarum jam.

    Tahan posisi selama 10 - 15 saat.

    Lakukan 2 - 3 reps.

    Ulangi pada arah yang bertentangan.

  • 8/22/2019 Aktiviti Memanaskan Badan- Lontar Peluru

    5/5

    Gerak ke hadapan Berdiri dengan kedua kaki dijarakkan

    depan dan belakang

    Bengkokkan badan ke hadapan dengankedua tangan menekan lutut kaki hadapan

    yang dibengkokkan.

    Gunakan jari kaki sebagai pasak untuk kaki

    di belakang.

    Tahan posisi selama 10 - 15 saat

    Ulangi pada kaki yang lain .

    Menarik Kaki

    Baringkan badan ke sisi

    Tarik sebelah kaki ke belakang

    Tahan posisi selama 10 - 15 saat

    Lakukan 2 - 3 reps

    Ulangi pada kaki yang lain

    Regangan Betis

    Berdiri dengan kedua tapak tangan

    ditekankan ke dinding

    Satu kaki ke depan dibengkokkan, dan

    kaki belakang diluruskan.

    Perlahan-lahan gerakkan badan ke depan

    dengan otot betis kaki belakang

    diregangkan

    Tahan posisi ini selama 10 - 15 saat

    Lakukan 2 - 3 reps

    Ulangi pada kaki yang lain .