87002542 refleksi-esemen

7
JAZILAH BINTI JAMALULIN RBT B 4.0 REFLEKSI INDIVIDU 43

Upload: yamunah-subramaniam

Post on 29-Jul-2015

25 views

Category:

Business


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: 87002542 refleksi-esemen

JAZILAH BINTI JAMALULIN RBT B

4.0

REFLEKSI INDIVIDU

43

Page 2: 87002542 refleksi-esemen

JAZILAH BINTI JAMALULIN RBT B

REFLEKSI INDUVIDU

NAMA : JAZILAH BINTI JAMALULIN

NO. K/PENGENALAN : 890311-08-5388

Pada semester ketujuh ini, saya telah ditugaskan untuk menyiapkan tugasan

Kerja Kursus Pendek yang melibatkan mata pelajaran Bimbingan dan Kaunseling

Kanak-Kanak (EDU 3107). Tugasan ini mengenai jenis-jenis kemahiran asas

kaunseling serta kepentingannya dalam membantu proses pengajaran dan

pembelajaran. Seterusnya, menyediakan satu penulisan kritis tentang penggunaan

kemahiran-kemahiran ini dalam proses. Tugasan ini telah dilaksanakan sepanjang

menjalani praktikum fasa III di Sekolah Kebangsaan Pauh, Arau.

Semasa proses melaksanakan tugasan ini, saya telah mempertimbangkan

cara perlaksanaan tugasan dengan membahagikan tugas agar menjadi lebih mudah.

Saya juga berpeluang mendapatkan komen dan tindakan spontan daripada pelajar

dan guru mengenai hasil pengumpulan data yang telah saya lakukan. Saya banyak

mendapatkan cadangan dan panduan-panduan asas bimbingan dan kaunseling

daripada guru kaunseling iaitu Puan Salme Binti Budin. Beliau tidak lokek untuk

berkongsi ilmu dengan saya.

Manakala refleksi selepas melakukan tugasan ini, saya dapati ada perubahan

pada diri saya terutamanya pada sikap iaitu dapat membina sikap positif dalam

keperluan untuk menjadi guru yang beretika, beradab, berilmu dan berakhlak. Saya

dapat meningkatkan pengetahuan dalam topik kemahiran-kemahiran asas

kaunseling dan kaunseling kanak-kanak terutamanya. Saya telah menunjukkan

komitmen yang tinggi dalam melaksanakan kerja kursus ini dengan berkolaborasi

dengan pensyarah, guru dan turut berkesempatan berbincang dengan rakan-rakan

lain. Seterusya, saya dapat menjalinkan hubungan yang baik antara pensyarah, guru

kaunseling, guru-guru, rakan-rakan dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Pauh,

Arau.

44

Page 3: 87002542 refleksi-esemen

JAZILAH BINTI JAMALULIN RBT B

Bercakap mengenai perasaan terhadap pelaksanaan tugasan ini, saya ingin

berkongsi bersama yang mana saya berasa sangat bangga kerana berjaya

menyiapkan tugasan ini mengikut kriteria-kriteria yang telah ditetapkan. Selain itu

saya turut berasa gembira kerana berpeluang mengambil pengalaman

melaksanakan dan mengendalikan sesi kaunseling bersama murid dengan sendiri.

Pengalaman semasa melaksanakannya banyak membantu saya untuk menjadi guru

yang lebih baik contohnya dari aspek pengawalan kelas. Selain itu saya turut berasa

terharu dengan keprihatinan yang telah diberikan oleh guru kaunseling, Puan Salme

yang tidak pernah jemu membetulkan kesalahan yang telah saya lakukan dan tidak

kedekut dalam berkongsikan ilmu dan pendapat beliau. Juga kepada pensyarah

pembimbing iaitu Encik Zulkipli Bin Othman yang banyak membantu menambahkan

idea-idea bernas dalam menyiapkan tugasan ini.

Walaupun begitu terdapat juga beberapa kelemahan yang telah saya kenal

pasti semasa melaksanakan tugasan ini. Antaranya, saya kurang mencari maklumat

dan info-info yang berkaitan daripada buku-buku rujukan. Saya banyak merujuk nota-

nota internet dan pendapat serta panduan daripada guru-guru di sekolah. Saya akui

wujudnya masalah ini disebabkan kekangan masa menjalani praktikum. Seterusnya

saya akan memperbaiki kelemahan ini dan berusaha untuk tidak mengulanginya lagi.

Apakah pengajaran yang telah diperoleh hasil daripada tugasan ini? Hasil

keseluruhan daripada tugasan ini saya dapat menguasai beberapa sikap sebagai

seorang guru yang reflektif antaranya seperti berfikiran terbuka. Ini dapat dilihat

apabila saya mendapat komen dan kritikan terhadap soalan yang dihasilkan. Saya

telah beranggapan bahawa komen ini adalah nasihat yang berguna daripada orang

yang lebih berpengalaman. Selain itu, saya dapat meningkatkan kesungguhan

semasa pelaksanaan ini. Saya berusaha mencari jalan penyelesaian bagi setiap

masalah yang terjadi seperti mendapatkan nasihat daripada guru dan pensyarah

pembimbing dan membuat rujukan daripada buku-buku dan hasil pembelajaran

dalam kelas. Akhirnya, saya akui bersedia untuk melihat sesuatu masalah daripada

pelbagai perspektif dengan penuh kesungguhan dan tanggungjawab.

45

Page 4: 87002542 refleksi-esemen

JAZILAH BINTI JAMALULIN RBT B

Setelah berusaha menyiapkan tugasan yang diberikan ini, dapat saya

rumuskan bahawa seseorang guru yang bertindak sebagai kaunselor yang ingin

memberikan perkhidmatan kaunseling yang baik perlu menguasai serta

menggaplikasikan beberapa kemahiran-kemahiran asas kaunseling. Kecekapan

menguasai kemahiran-kemahiran ini sangat berguna ketika berhadapan dengan

klien yang berada dalam ketidakseimbangan emosi dan psikologi.

Secara umumnya, untuk menjadi seorang kaunselor yang berjaya adalah tidak

mudah kerana ia memerlukan kemahiran-kemahiran yang tertentu. Kaunselor harus

memahami segala kemahiran yang dipelajari dan tahu mengaplikasikan ke atas klien

pada tempat, masa dan keadaan yang sesuai.

Intihanya, kerja kursus pendek ini dapat membantu saya dalam meperolehi

pelbagai input atau informasi tentang proses pembelajaran seseorang kanak-kanak

dan kemahiran-kemahiran yang berkesan dalam menguasai kemahiran bimbingan

dan kaunseling. Hal ini penting kepada saya kerana saya akan ditempatkan di

sekolah pada suatu hari nanti. Maka, dengan input-input ini saya akan

mengaplikasikannya ke dalam suasana pembelajaran yang saya wujudkan kelak.

Melalui kerja kursus ini juga, saya dapat meningkatkan tingkah laku dan nilai-nilai

etika keguruan yang positif kelak.

Sekian.

46

Page 5: 87002542 refleksi-esemen

JAZILAH BINTI JAMALULIN RBT B

5.0

REKOD KOLABORAS

I

47