[3]diskusi kedua

Upload: dzarrin

Post on 02-Jun-2018

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/10/2019 [3]DISKUSI KEDUA

    1/8

  • 8/10/2019 [3]DISKUSI KEDUA

    2/8

    2

    2.0 HADITH DAN TERJEMAHAN

    : ))

    .

    ))

    Daripada lbnu Umar r.a bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda:

    Aku telah diperintahkan supaya memerangi manusia sehingga mereka naik saksi

    bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya

    Muhammad utusan Allah, sehingga mereka mendirikan sembahyang dan membayar

    zakat. Apabila mereka telah berbuat demikian, maka mereka telah memelihara darah

    mereka dan harta mereka daripada aku, melainkan dengan hak lslam, dan hisabperhitungan amal mereka terserah kepada Allah Ta'ala.

    (Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.)

    3.0 INTIPATI HADITH

    a) Kewajipan perang difardhukan dengan menolak tipu daya musuh dan

    menyemarakkan Islam dengan menaikkan panji-panji Islam.

    b) Terpelihara darah dan harta :

    i.

    Orang yang mengucap Syahadatain.

    ii. Orang yang mendirikan solat fardhu.

    iii. Orang yang membayar zakat.

    iv. Orang yang beriltizam dengan hak-hak Islam.

    c) Perjalanan Hukum dinilai hanya melalui zahir semata-mata, manakala yang batin

    diserahkan kepada Allah.

    4.0 PERINCIAN HADITH

    a) Perintah memerangi orang kafir

    Hadith ini amat berharga dan termasuk dalam salah satu prinsip Islam. Hadith yang

    sama makna juga diriwayatkan oleh Anas, Rasulullah bersabda : Sampai mereka

    bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah hamba dan

    rasul-Nya, menghadap ke arah kiblat kita, memakan sembelihan kita dan

  • 8/10/2019 [3]DISKUSI KEDUA

    3/8

    3

    melaksanakan solat. Jika mereka melakukan hal itu, maka darah mereka dan harta

    mereka haram kita sentuh kecuali kerana hak. Bagi mereka hak sebagaimana yang

    diperoleh kaum Muslim dam mereka memikul kewajiban sebagaimana yang menjadi

    kewajipan kaum Muslimin.

    Dalam Sahih Muslim dari Abu Hurairah disebutkan sabda Baginda : Sampai mereka

    bersaksi tidak ada Tuhan kecuali Allah dan beriman kepadaku dan apa yang aku

    bawa. Hal ini sesuai dengan kandungan Hadith riwayat dari Umar di atas. Tentang

    maksud hadith ini para ulama melihat berdasarkan sejarah, iaitu tatkala Rasulullah

    wafat dan Abu Bakar As-Siddiq diangkat sebagai khalifah untuk menggantikannya,

    sebahagian daripada orang Arab menjadi kafir.

    Abu Bakar bertekad untuk memerangi mereka sekalipun di antara mereka ada yangtidak kafir tetapi menolak membayar zakat. Abu Bakar lalu mengemukakan alasan

    perbuatannya itu, tetapi Umar berkata kepadanya : Bagaimana engkau akan

    memerangi manusia sedangkan mereka mengucapakan Laa ilaaha illallaah dan

    Rasulullah bersabda : Aku diperintah untuk memerangi manusia sampai ia

    mengucapkan Laa ilaaha illallaah ... dan kelak perhitungannya terserah kepada Allah

    Taala. Abu Bakar lalu menjawab : Sesungguhnya zakat itu adalah kewajiban yang

    bersifat kebendaan. Lalu katanya : Demi Allah, kalau mereka merintangiku untuk

    mengambil seutas tali unta yang mereka dahulu serahkan sebagai zakat kepada

    Rasulullah nescaya aku perangi mereka kerana penolakannya itu. Maka kemudianUmar mengikuti jejak Abu Bakar untuk memerangi kaum tersebut.

    Kalimah "Aku diperintah untuk memerangi manusia sampai ia mengucapkan Laa

    ilaaha illallaah, dan barangsiapa telah mengucapkannya, maka ia telah memelihara

    harta dan jiwanya dari aku kecuali kerana alasan yang hak dan kelak perhitungannya

    terserah kepada Allah.

    Khatabi dan lain-lain berkata : Yang dimaksudkan oleh hadith ini ialah kaum

    penyembah berhala dan kaum Musyrik Arab serta orang yang tidak beriman, bukan

    golongan Ahli kitab dan mereka yang mengakui keEsaan Allah. Untuk memelihara

    orang-orang seperti itu tidak cukup dengan mengucapkan Laa ilaaha illallaah

    sahaja, kerana sebelumnya mereka sudah mengatakan kalimat tersebut semasa

    masih sebagai orang kafir dan hal itu sudah menjadi keimanannya.

  • 8/10/2019 [3]DISKUSI KEDUA

    4/8

    4

    b) Darah dan harta mereka terpelihara melainkan dengan hak Islam.

    Perintah jihad fi Sabilillah diturunkan oleh Allah secara bertahap sesuai dengan

    pertumbuhan kaum Muslimin. Di dalam kitab Al-Mabsut, Syamsuddin As-Sarkhasyimengatakan: "Pada mulanya Rasulullah S.A.W diperintah untuk memaafkan dan

    berpaling dari orang-orang musyrik, Firman Allah:

    Dan tidaklah kami ciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya,

    melainkan dengan benar. dan Sesungguhnya saat (Kiamat) itu pasti akan datang,

    Maka maafkanlah (mereka) dengan cara yang baik.

    (Surah Al-Hijr 85)

    Kemudian baginda S.A.W diperintahkan untuk menyeru mereka dengan pelajaran

    dan bantahan yang baik, Firman Allah :

    Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik

    dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu dialah yang

    lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan dialah yang lebih

    mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk. (Surah An-Nahl : 125)

    Kemudian baginda S.A.W diperintahkan untuk memerangi orang yang memulai

    peperangan, Firman Allah:

  • 8/10/2019 [3]DISKUSI KEDUA

    5/8

    5

    Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi, Karena Sesungguhnya

    mereka Telah dianiaya. Dan Sesungguhnya Allah, benar-benar Maha Kuasa

    menolong mereka itu.

    (Surah Al-Hajj : 39)

    Maka tetaplah perintah kewajipan jihad memerangi orang-orang Musyrikin.

    Perintah tersebut adalah kewajipan yang terus berlangsung hingga ke hari Kiamat.

    "Jihad itu wajib sejak aku diutus oleh Allah, hingga golongan terakhir umatku

    memerangi Dajjal."

    (HR Abu Daud dan Dailami)

    "Aku telah diutus menjelang hari Kiamat dengan pedang, hingga manusia beribadah

    hanya kepada Allah saja, tiada sekutu bagiNya, rezekiku dijadikanNya di bawah

    bayangan tombakku, dan kerendahan serta kehinaan dijadikanNya terhadap orang

    yang menyalahi perintahku. Dan barangsiapa yang menyerupai suatu kaum maka

    dia termasuk golongan mereka."

    (HR Ahmad dan Tabrani)

    Tafsir daripada hadith ini dinukilkan oleh Sufyan bin Uyainah r.a, beliau

    mengatakan: "Allahtelah mengutus RasulNya S.A.W dengan empat pedang:

    1. Pedang yang digunakan baginda S.A.W untuk memerangi penyembah

    berhala.

    2.

    Pedang yang digunakan oleh Abu Bakar as-Siddiq r.a untuk memerangi kaummurtad.

    3. Pedang yang digunakan Umar bin Khattab r.a untuk memerangi kaum Majusi

    dan Ahli Kitab.

    4. Pedang yang digunakan oleh Ali bin Abi Talib r.a untuk memerangi al-

    Mariqin, an-Nakithin dan al-Qasitin. Demikianlah yang diriwayatkan dari Ali

  • 8/10/2019 [3]DISKUSI KEDUA

    6/8

    6

    r.a katanya: "Aku telah diperintah untuk memerangi al-Mariqin, an-Nakithin,

    dan al-Qasitin.

    Daripada keterangan di atas, dapatlah kita simpulkan bahawa sebelum perintahjihad itu sampai ke peringkat jihad yang tertinggi, maka jihad telah dibahagikan

    kepada 4 peingkat:

    1. Jihadu al-Kuffar bil-Qur'an/ Jihadu ad-Da'wah Duna Saif (Jihad menghadapi

    kuffar dengan al-Quran, tanpa menggunakan senjata).

    2. Fardiyatu al-Jihadi ad-Difa'i. (Diwajibkan jihad dengan senjata untuk

    mempertahankan diri)

    3. Ibahatu al-Jihad al-Hujumi. (Dibolehkannya jihad dengan senjata untuk

    menyerang kaum Kuffar).

    4. Fardiyatu al-Mutlaq (ad-Difa'i dan al-Hujumi/ Diwajibkannya jihad dengan

    senjata secara mutlak baik untuk mempertahankan diri mahupun untuk

    melakukan penyerangan terhadap kaum kuffar)

    5.0 NILAI DAN PENGAJARAN HADITH

    1.

    Risalah atau misi kedatangan Rasulullah S.A.W adalah setiap halangan terhadapusaha dakwah mesti dihapuskan. Memerangi orang-orang kafir yang memerangi

    lslam dan dakwah lslam adalah kewajipan umat, agar risalah lslam tidak

    terhalang dari sampai kepada semua manusia. Apabila dakwah sudah sampai,

    mereka bebas sama ada menerima lslam atau sebaliknya.

    2. Islam menjamin hak pemeliharaan dan perlindungan darah, harta dan maruah

    diri seorang Muslim yang mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan

    sembahyang lima waktu dan membayar zakat. Hak ini terus terjamin kecualikalau dia mengabaikan hak-hak tuntutan lslam.

    6.0 PELAJARAN DALAM HADITH

  • 8/10/2019 [3]DISKUSI KEDUA

    7/8

    7

    1. Pemerintah dibolehkan memerangi orang yang enggan membayar zakat.

    2. Diperbolehkan membunuh orang yang mengingkari solat dan memerangi mereka yang

    menolak membayar zakat.

    3.

    Tidak dibenarkan melakukan perkara yang sewenang-wenangnya terhadap harta dandarah kaum muslimin.

    4. Diperbolehkan hukuman mati bagi setiap Muslim jika dia melakukan perbuatan yang

    menuntut dijatuhkan hukuman tersebut seperti berikut :

    Berzina bagi orang yang sudah menikah (muhshan), membunuh orang lain

    dengan sengaja dan meninggalkan agamanya dan jamaahnya (murtad).

    5. Dalam hadith ini terdapat jawapan bagi kalangan Murjiah yang mengira bahawa iman

    tidak memerlukan amal perbuatan.

    6. Tidak mengkafirkan pelaku bidah yang menyatakan keEsaan Allah dan menjalankan

    syariatnya.

    7. Didalamnya terdapat dalil bahawa diterimanya amal yang zahir dan menghukum

    berdasarkan sesuatu yang zahir sementara yang tersembunyi terserah kepada Allah.

    RUJUKAN

    1. Al-Wafi fi Syarah Arbain an-Nawawi , Dr Mustafa Bugho, Darul Kalam, Damsyik, 1428H-

    2008, Cetakan pertama

    2. Pdf Hadith 40 Imam Nawawi

    3. Jami Ulum wal Hukum fi Syarah Khomsina Hadithan min Jawami Kalam, Ibnu rejab Al-

    Hanbali, Darul Fajar li Turath, Qaherah, 1431H-2006

    4. Hadith 40 dan Terjemahannya, Mustafa Abdul Rahman, 2008, Dewan Pustaka dan Fajar,

    Shah Alam

  • 8/10/2019 [3]DISKUSI KEDUA

    8/8

    8