diskusi fiqh sirah ii

16
Fiqh al-sirah II DISEDIAKAN OLEH : SYAHADATUL HAFIZAH BINTI ABDULLAH ([email protected] ) http://www.mysyahadah.blogspot.com/ ACADEMY OF ISLAMIC STUDIES UNIVERSITY OF MALAYA 2007 “In Loving Memory of My Love Nabi Muhammad SAW and Kak Nurul Zalikah Mat Zan Al-Faatihah” Syeikh Sa’id Ramadhan al-Buti, Baarokallaahu Fiik

Upload: mysyahadah

Post on 15-Jun-2015

2.061 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: Diskusi Fiqh Sirah II

Fiqh al-sirah II

DISEDIAKAN OLEH :

SSYYAAHHAADDAATTUULL HHAAFFIIZZAAHH BBIINNTTII AABBDDUULLLLAAHH ((mmaawwaarr__mmuujjaahheeeeddaahh@@yyaahhoooo..ccoomm))

hhttttpp::////wwwwww..mmyyssyyaahhaaddaahh..bbllooggssppoott..ccoomm// AACCAADDEEMMYY OOFF IISSLLAAMMIICC SSTTUUDDIIEESS UUNNIIVVEERRSSIITTYY OOFF MMAALLAAYYAA 22000077

““IInn LLoovviinngg MMeemmoorryy ooff

MMyy LLoovvee NNaabbii MMuuhhaammmmaadd SSAAWW aanndd KKaakk NNuurruull ZZaalliikkaahh MMaatt ZZaann

AAll--FFaaaattiihhaahh”” SSyyeeiikkhh SSaa’’iidd RRaammaaddhhaann aall--BBuuttii,, BBaaaarrookkaallllaaaahhuu FFiiiikk

Page 2: Diskusi Fiqh Sirah II

Fiqh al-sirah II

1

1.0 PENDAHULUAN Siri-siri buku fiqh al sirah karya Muhammad Sa’id Ramadan Al-Buti dialih bahasa ke dalam Bahasa Malaysia oleh Ust. Mohd Darus Sanawi dan diterbitkan oleh Dewan Pustaka Fajar. Semuanya mengandungi tiga jilid yang diberi tajuk Fiqh Al-Sirah 1, Fiqh Al-Sirah 2 dan Fiqh Al-Sirah 3.

Fiqh Al-Sirah 1 mengandungi cerita-cerita awal mengenai kelahiran nabi Muhammad, sirah baginda ketika baginda masih kecil sehinggalah meningkat remaja perkahwinannya perlantikan nabi Muhammad sebagai Rasul.

Fiqh Al-Sirah 2 iaitu siri yang akan menjadi diskusi selepas ini pula mengisahkan sirah berkenaan Baginda Muhammad S.A.W selepas baginda dan para pengikutnya berhijrah ke Madinah; berkenaan dengan piagam Madinah dan sebagainya. Selain itu, ia turut mengandungi sirah berkaitan peperangan-peperangan yang disertai Nabi dan para pengikutnya ketika baginda masih hidup. Antaranya adalah peperangan Badar Al-Kubra, peperangan Uhud, Khandak dan sebagainya.

Manakala Fiqh Al-Sirah 3 pula menumpukan sirah dan perbincangannya yang berkaitan dengan kehidupan baginda di akhir-akhir hayat baginda, juga tentang Fath al-Makkah.

Istimewanya siri-siri buku ini, sinonim dengan tajuk buku iaitu Fiqh Al-Sirah, ia lebih berkisar pada perbincangan sirah yang melingkungi sempadan fiqh, dan juga perbincangan fiqh yang berkaitan dengan sempadan sirah Baginda, iaitu hukum-hukum fiqh sekitar peristiwa-peristiwa sirah yang berlaku dalam hayat baginda dibincangkan kemudian menjadi satu usul fiqh ataupun hukum-hakam yang diterima pakai, setelah pengarang sendiri merujuk kepada hukum tentangnya dalam pelbagai kitab-kitab sirah lain dan juga kitab-kitab syarah hadith, dan kitab-kitab lain yang terkenal.

Selain itu, buku ini sendiri turut mengisahkan berkenaan sirah baginda dengan sangat terperinci dan padat. Justeru, ia mudah difahami dan juga mempunyai banyak maklumat tambahan yang penting.

Namun begitu, maklumat dan hujah serta hukum-hakam dalam siri buku-buku ini dikira turut menjadi satu sumber penghujahan dan kias rujukan yang boleh digunakan oleh para penulis lain, mahupun para da’ie dan sesiapa sahaja. Ia harus menjadi buku yang wajib dibaca oleh umat Nabi Muhammad yang tinggal sekarang, apatah lagi para pendukung Islam dan ahli gerakan Islam.

Page 3: Diskusi Fiqh Sirah II

Fiqh al-sirah II

2

2.0 KANDUNGAN 2.1 ASAS MASYARAKAT BARU

Usai hijrah Nabi dan para pengikutnya yang setia ke Madinah, betapa Rasulullah menyedari bahawa terdapat tiga elemen fundamental yang harus terkandung dalam asas masyarakat baru.

Yang pertama adalah pembinaan masjid yang berperanan penting dalam masyarakat dan negara Islam sebagai asas pembentukan masyarakat Islam yang kukuh dan kemas.

Selain itu, antara hukum berkaitan adalah hukum bermu’amah dengan kanak-kanak yang belum baligh. Sebahagian ulama mazhab Hanafi memperhujahkan bahawa tindakan kanak-kanak yang belum dewasa adalah harus. Ini berdasarkan hadith adanya tawar-menawar antara Baginda dan dua orang anak yatim berkenaan tanah yang akan didirikan masjid. Adapun pendapat jumhur ulama’ adalah tidak sahnya tindakan kanak-kanak yang belum dewasa berdasarkan firman dalam surah Al-An’aam ayat 152. Pengecualian dalam hadith tersebut kerana nabi Muhammad telah pun bercakap dengan bapa saudara yang menjaga mereka dan lagipula, Baginda sendiri mempunyai otonomi dan autoriti yang istimewa, sesuai dengan taraf baginda. Maka, pendapat dari Mazhab Hanafi itu adlah tidak boleh dipegang.

Hukum lain adalah berkaitan harus menggali kubur-kubur usang dan tempatnya diganti dengan masjid sekiranya bersih dan sesuai untuk pembinaan.

Selain itu, mengenai hukum pembinaan masjid; menghias dan mengukir aalah mengenai pembinaan, para ulama’ seluruhnya mengharuskannya berdasarkana yang dilakukan ‘Umar R.A. manakal mengenai ukiran dan lorekan, para ‘ulama’ seluruhnya tidak menyetujuinya. Ada yang mengatakan haram dan ada yang mengatakan makruh.

Asas kedua pula adalah asas persaudaraan iaitu mempersaudarakan antara seluruh kaum Muslimin, khususnya orang Muhajirin dan Ansar. Yang pertama adalah asas persaudaraan secara khusus sesama mereka, contohnya antara Ja’afar bin Abi Talib dengan Muadz bin Jabal. Selepas itu, Rasulullah S.A.W mempersaudarakan antara tiap sahabatnya dengan persaudaraan secara umum dimetrikan atas dasar maddi. Sehinggakan prinsip persaudaraan sebegini melebihi pertalian keturunan, hingga seseorang sahabat itu boleh mewarisi harta sahabatnya. Namun begitu, selepas turunnya ayat 75 dalam surah Al-Anfal, hukum ini dimansuhkan dengan keutamaan kepada keturunan.

Page 4: Diskusi Fiqh Sirah II

Fiqh al-sirah II

3

Antara pengajaran dari asas kedua ini adalah, mana-mana negara tidak dapat berdiri atau ditegakkan tanpa persefahaman dan perpaduan antara anggota umat. Selain itu, terdirinya sebuah masyarakat itu adalah untuk tujuan bekerjasama dan tolong-menolong. Dan ketiga, tujuan dari asas ini adalah cukup luas dan syi’arnya juga menyeluruh dalam segenap aspek kehidupan. Asas ketiga pula adalah, memeterikan perjanjian atau perlembagaan yang didalamnya ditentukan garis-garis kasar sistem penghidupan umat Islam sesama sendiri, dan menjelaskan perhubungan dengan bangsa lain secara umum dan bangsa Yahudi secara khusus.

Antara pengajaran dan petanda dari asas ketiga adalah perlembagaan yang dibuat oleh baginda dijadikan platform yang dipersetujui bersama oleh kaum Muslimin dan Yahudi. Ini menjadi bukti bahawa masyarakat Islam sejak mula-mula lagi telah pun wujud berasaskan perlembagaan yang lengkap. Maka, segala tuduhan dan sikap pesimis pada Islam bahawa ia tidak lebih dari hanyalah sebuah agama ‘ibadat adalah tidak berasas sama sekali. Begitu juga dengan canangan bahawa sistem Islam adalah sistem yang lapuk.

Carta perjanjian Piagam Madinah ini membuktikan bahawa keadilan itu sangat kuat diamalkan di dalam Islam. 2.2 PERMULAAN PEPERANGAN 2.2.1 Peperangan Badr-Al Kubra

Peperangan Badr-Al Kubra adalah peperangan pertama yang dihadiri Rasululah S.A.W. terdapat cukup banyak pengajaran dan petanda dari peperangan ini.

Antaranya adalah, pendorong kepada peperangan ini adalah kaum muslimin ingin menawan kafilah perdagangan Quraisy (yang mana antara barang-barang itu termasuklah barang-barang dan harta tinggalan kaum muslimin di Mekah ketika hijrah dahulu) bukannya atas semangat peperangan. Namun begitu, Allah Maha Besar. Dia memberi rampasan yang lebih besar pada kaum Muslimin, dengan disertai semangat untuk berperang dalam mempertahankan negara dan juga Umat Islam yang lain.

Terdapat tiga pengajaran dalam konteks ini. Pertama, seluruh harta kaum kafir harbi dianggap tidak mulia. Kedua, meskipun mengambil harta ramapsan perang adalh dibolehkan dalam islam, namun Allah ingin memberi kepada orang mu’min tujuan lain yang lebih mulia iaitu jihad fisabilillah dan juga berdakwah di jalan Allah. Dan ketiga, apabila kita melihat bagaimana Rasulullah sanggup duduk bermesyuarat dengan sahabat-sahabatNya, amak terdapat

Page 5: Diskusi Fiqh Sirah II

Fiqh al-sirah II

4

dua petanda. Yang pertama adalah kepatuhan Rasulullah S.A.W kepada dasar permesyuaratan atau syura. Dan yang kedua pula, peperangan atau perjanjian damai adalah diputuskan oleh pemerintah, dan dinamakan polisi syara’; siasah syar’iyyah.

Selain itu, cukup banyak pengajaran lain yang dapat kita ambil dari peristiwa ini. Antaranya adalah, seorang pemimpin diharuskan mencari pertolongan dalam melaksanakan jihad seperti bantuan pemerhati dan pengintip. Selain itu, keperluan memohon doa dan restu dari Allah dalam melakukan sesuatu pekerjaan, yakin kepada pertolongan Allah, menerima pendapat orang lain, tidak takut memberi saranan, bersungguh-sungguh melindungi pimpinan, taat dan setia pada janji dan sebagainya.

2.2.2 Banu Qainuqa’ dan pengkhianatan pertama Yahudi terhadap kaum Muslimin

Mengikur riwayat, seorang wanita ‘Arab telah ke pasar Bani Qainuqa’. Wanita itu kemudiannya duduk dekat seorang tukang emas. Kemudian, datang sekumpulan Yahudi dan mereka cuba hendak membuka penutup muka wanita itu namun wanita tersebut menentangnya. Si tukang emas itu kemudian mengangkat hujung baju wanita itu di bahagian belakangnya, dan apabila saja wanita itu bangun maka terselaklah auratnya lalu wanita itu memekik. Lantas seorang lelaki Islam menyerang tukang emas tadi dan menbunuhnya. Selepas itu, Yahudi-Yahudi lain pula menerkam lelaki Islam itu beramai-ramai lantas membunuhnya. Dengan itu, perhubungan antara orang Islam dan orang Yahudi menjadi bermasalah.

Rasulullah telah mengepung mereka beberapa waktu. Akan tetapi, kepala munafikin, Ubai bin Salul telah mencabar Rsulullah dan bertikai dengan baginda. Maka, Yahudi-Yahudi itu diusir keluar dari Madinah.

Peristiwa ini menyebabkan turunnya ayat 51-52 dari Surah al-Ma’idah. Antara iktibar yang dapat diambil pula adalah, secara umumnya peristiwa ini dapat menunjukkan sejauh mana tabiat menipu dan khianat orang yahudi. Mereka tidak dapat duduk senang sekiranya tidak dapat mengkhianati atau menganiayai orang lain. Perangai buruk ini dapat kita lihat sehingga ke hari ini, dengan segala macam masalah yang ditimbulkan kepada umat Islam, khususnya di Palestin.

Terdapat beberapa hukum dalam peristiwa ini iaitu antaranya, larangan kepada orang perempuan untuk mebuka penutup muka. Namun begitu, terdapat sesetengah imam mazhab yang mengatakan dibolehkan membuka muka dan kedua tangan. Selain itu, diharamkan juga kepada lelaki ajnabi untuk melihat aurat perempuan. Selain itu juga, mu’amalah dengan kaum munafiqin

Page 6: Diskusi Fiqh Sirah II

Fiqh al-sirah II

5

adalah sepertimana orang muslimin. Dan wala’ serta ketaatan kepada orang bukan Islam adalah tiak dibolehkan sebagaimana ayat Al-Qur’an tersebut.

2.2.3 Peperangan Uhud

Peperangan ini meletus disebabkan sebahagian pemuka Quraisy yang tidak terbunuh dalam perang Badar telah bermesyuarat dan ingin menuntut bela atas kematian kaumnya yang terbunuh dalam Perang Badar. Terdapat seramai tiga ribu orang yang terlibat dalam perang ini di pihak musyrikin. Bilangan kaum muslimin pula adalah seramai seribu orang pejuang.

Pada awalnya, kemenangan berpihak kepada kaum muslimin. Akan tetapi, pemanah yang ditugaskan berkawal di atas bukit telah turun ke bawah untuk mendapatkan harta rampasan kerana disangka mereka peperangan sudahpun tamat sedangkan peperangan sebenarnya masih belum tamat lagi. Maka, kucar-kacirlah keadaan muslimin dengan ramai sahabat baginda yang terulung mendapat syahid dalam mempertahankan baginda, dan baginda sendiri mendapat luka dan ada khabar angin bertiup bahawa baginda telahpun dibunuh. Keadaan akhirnya menjadi reda dan kaum musyrikin balik ke Mekah dan bersuka ria atas kemenangan mereka. Manakala kaum muslimin juga balik ke Madinah untuk merawat luka dan bersedia untuk perang seterusnya. Terdapat ramai orang munafiq yang telah menonjolkan nifaq di dalam diri mereka di dalam perang ini.

Sepertimana perang Badar juga, terdapat cukup banyak pengajaran di dalam peristiwa ini. Segalanya yang berlaku dalam perang ini bagaikan hikmat Ilahi yang mana bersifat pelajaran yang praktis.

Yang pertama, betapa komited dan penuh keazamannya baginda apabila setelah mengenakan baju besi, baginda tidak lagi mengundur diri untuk tinggal menetap di Madinah sedangkan ada yang berpendapat supaya seharusnya baginda kekal berada di Madinah tanpa keluar berperang. Kedua, di dalam perang itu, orang-orang munafiq menunjukkan sikap mereka yang tersendiri. Ternyata sikap mereka ini mempunyai hikmat dan matlamat, termasuklah sikap mereka yang bacul dan berpura-pura. Ketiga, ketika peperangan itu, baginda tidak ingin meminta bantuan dari selain orang Islam walaupun bilangan muslimin adalah kecil. Justeru, jumhur ulama’ telah berpendapat mengatakan bahawa kita tidak harus meminta pertolongan daripada orang bukan Islam dalam peperangan. Imam Shafi’e menyebut bahawa jika hanya sekiranya khalifah berpendapat bahawa orang kafir itu baik fikirannya, bersikap amanah terhadap orang Islam dan keadaan pula terlalu terdesak, maka adalah diharuskan. Jikalau tidak, adalah tidak harus sama sekali berbuat demikian. Ini termasuk juga di dalam siasah syar’iyyah seperti yang

Page 7: Diskusi Fiqh Sirah II

Fiqh al-sirah II

6

disebutkan tadi. Yang keempat pula, betapa mulia dan beraninya peribadi dua orang anak muda iaitu Samurah dan Rafi’. Walaupun usia mereka baru 15 tahun, mereka amat berani berdepan dengan peperangan walaupun tentera musyrikin adalah berkali-kali ganda dari kaum muslimin, malah mereka berani pula untuk menawarkan diri dan merayu kepada baginda. Yang kelima, betapa bijak dan berstrateginya baginda dalam menyusun saff muslimin dalam medan perang, dengan meletakkan barisan pemanah di atas bukit dan sebagainya. Keenam pula, sikap Abu Dujanah setelah menyambut pedang dari tangan Rasulullah adalah langsung tidak ditegah oleh Rasulullah kerana ia diharuskan dalam peperangan, malahan ia menunjukkan kegagahan Islam kepada seteru-seteru mereka dan juga sebahagian dari perang saraf dalam peperangan. Yang ketujuh pula, di dalam dua fasa yang berlainan dalam perang ini, kita dapat melihat pada fasa yang pertama, ketika umat Islam dalam kepatuhan terhadap Rasulullah, mereka beroleh kemenangan, musuh ditimpa kegerunan dan kekalahan dan mereka lari menyelamatkan diri. Manakala di fasa kedua, ketika beberapa orang telah mula ingkar pada pesanan nabi, maka kaum musyrikin menjadi berani semula dan umat Islam telah menjadi kucar-kacir dan gerun. Ini memberi gambaran yang tepat betapa signifikannya sifat wala’ dan patuh pada pimpinan. Kelapan pula, kita dapat melihat betapa besarnya kecintaan sahabat baginda kepada baginda sehingga sanggup bermati-matian memerangi mereka. Kesembilan, betapa kuatnya keimanan kaum muslimin kepada Allah dengan percaya kepada segala janji-Nya. Kesepuluh, orang yang syahid dikebumikan tanpa dimandikan, disembahyangkan atau dikafankan berdasarkan hadith ini.

Page 8: Diskusi Fiqh Sirah II

Fiqh al-sirah II

7

2.2.4 Tragedi Yaum Al-Raji’dan telaga Ma’unah Tragedi Yaum al-Raji’ berlaku dalam tahun ketiga. Satu rombongan qabilah ‘Adhal dan

Al-Qarah telah datang menemui Rasulullah S.A.W. Mereka memerlukan orang-orang untuk mengajarkan mereka tentang Islam. Oleh itu, Rasulullah S.A.W mengutuskan beberapa orang sahabatnya diketuai oleh ‘Asim bin Thabit. Namun begitu, di tengah perjalanan, satu qabilah yang dikenali sebagai Banu Lehyan telah mengekori mereka dengan bertujuan untuk menyerang mereka. Terdapat kira-kira 100 orang pemanah yang mengikut mereka. ‘Asim dan sahabat-sahabatnya menyedari perkara ini lalu mereka cepat-cepat berselindung di balik sebuah anak bukit. Banu Lehyan mengepung mereka dan memberi tawaran supaya menyerah diri. ‘Asim dan sahabat-sahabatnya tidak menerima tawaran itu lalu bertempur dan akhirnya mereka syahid. Mereka ingin mendapatkan sebahagian badan ‘Asim sebagai bukti akan tetapi dengan kehendak Allah, Allah telah menghantar sekumpulan tebuan memayungi jasadnya dan mereka pun tidak dapat menghampirinya.

Dua orang yang ditawan iaitu Khubaib dan Zaid dibawa ke Mekah seterusnya mereka dijual. Khubaib tinggal di situ sebagai tawanan seberapa ketika sebelum mereka mengambil keputusan untuk membunuhnya. Khubaib sendiri pernah membunuh Al-Harith ketika perang Badar. Ketika mendapat tahu dia akan dibunuh, maka Khubaib pun bersiap-sedia membersihkan diri dengan meminjam pisau cukur dari anak perempuan Al-Harith. Anak perempuan Al-Harith telah terleka seketika dan anak kecilnya telah merangkak kepada Khubaib. Khubaib mengambil anak itu dan meribanya. Anak perempuan Al-Harith berasa amat takut kalau-kalau Khubaib akan membunuh anak kecilnya, dan Khubaib memberi jaminan, Insya Allah dia tidak akan membunuhnya. Ketika dia dibawa keluar dari Tanah Haram untuk dibunuh, dia meminta kebenaran sekejap untuk solat dua rakaat sebelum kembali semula mendapatkan orang yang ingin membunuhnya. Dia juga akhirnya syahid di jalan Allah.

Manakala Zaid pula telah dibeli oleh Suffian bin Umaiyyah. Ketika dia ingin dibunuh, maka Abu Sufyan telah menawarkan untuk melepaskannya dan menggantikannya dengan Nabi. Maka Zaid menolaknya dengan menyatakan perasaannya yang penuh kasih pada Rasulullah.

Tragedi Telaga Maunah pula berlaku dalam tahun keempat hijrah. Amir bin Malik telah

datang kepada Rasulullah dan menyatakan minatnya kepada Islam. Dia juga mengusulkan pada Nabi agar mengirimkan para pendakwahnya kepada penduduk ‘Najd’ mengajak mereka pada Islam. Namun, baginda merasa khuatir dan curiga pada penduduk ‘Najd’. Amir menyatakan pada baginda bahawa mereka yang akan diutus oleh Rasulullah adalah di bawah lindungannya sendiri.

Page 9: Diskusi Fiqh Sirah II

Fiqh al-sirah II

8

Lalu 70 orang sahabat baginda telah dihantar. Mereka berjalan hingga sampai ke tempat yang dinamakan telaga Ma’unah. Bila sampai, mereka mengutus Haram bin Mulhan membawa surat baginda kepada ‘Amir bin Al-Tufail. Akan tetapi, dia terus membunuh Haram. Kemudian, sahabat-sahabat nabi semuanya telah diperangi bukan oleh Bani ‘Amir akan tetapi yang membantu ‘Amir adalah Qabilah Salim, Usiyyah, Ra’al dan Zakwan. Hampir kesemua dari sahabat Nabi terbunuh. Seorang yang terlepas iaitu ‘Amru bin Umayyah kembali ke Madinah dan di pertengahan jalan, ‘Amru terserempak dengan dua orang yang disangkanya dari puak Bani ‘Amir lalu membunuh mereka. Akan tetapi, dua orang tersebut bukan dari Bani ‘Amir malahan dari Bani Kilab yang di bawah perlindungan Rasulullah. Maka, Rasulullah membayar fidyahnya. Baginda sangat sedih dengan peristiwa pembunahan sahabat-sahabatnya yang soleh. Selama sebulan lamanya Nabi membaca Qunut Subuh supaya Allah membinasakan Qabilah-Qabilah Salim, Ra’al, Zakwan, Lehyan dan Usiyyah.

Antara iktibar dan pengajaran dalam dua peristiwa penting ini adalah pertama,

keterlibatan kaum muslimin secara total dalam tugas berdakwah. Ternyata tugas dakwah bukan hanya terserah pada para nabi dan rasul. Yang kedua, orang Islam tidak harus tinggal dalam negeri orang kafir atau musuh Islam. Melainkan jika untuk melaksanakan tugas jihad dakwah islamiah. Yang ketiga, dari dua kisah sedih ini, dapatlah kita simpulkan mengenai dendam dan hasad dengki kaum Musyrikin dan Yahudi pada orang Islam. Mereka tidak pernah hilang hasad dengki pada kaum muslimin, sehinggalah ke hari ini. Sedangkan Khubaib yang direfleksikan oleh sistem tarbiyyah Islamiyyah yang syumul bertindak dengan sangat tenang, tanpa sama sekali dendam walaupun telah diperlakukan dengan kejam dan khianat. Yang keempat, seorang tawanan di tangan pihak kafir hendaklah menolak tawaran supaya menyerah diri dari pihak kuffar walaupun akhirnya akan terkorban. Kelima, melalui jawapan Zaid pada Abu Sufyan, melihatkan kecintaannya yang sangat mendalam pada Rasulullah S.A.W. Keenam, dapat dilihat mengenai mukjizat yang diberikan Allah pada para Aulia’ dan Solihin, iaitu seperti yang terjadi pada Khubaib. Ketujuh pula, penjelasan mengenai hikmah yang terjadi pada dua peristiwa di atas. Boleh saja sekiranya Allah ingin menyelamatkan mereka. Namun begitu, antara hikmah Allah menjadikan manusia sebagai hambaNya adalah untuk menyampaikan risalah Ilahi dengan pelbagai mehnah yang tersedia dan juga untuk membezakan antara hambanya; antara yang benar dan juga munafiq.

Page 10: Diskusi Fiqh Sirah II

Fiqh al-sirah II

9

2.2.5 Pemindahan Bani Nadhir Peristiwa ini berlaku pada bulan Rabiul Awal tahun ke empat hijrah. Nabi Muhammad

S.A.W telah keluar di hari Sabtu lalu bersembahyang di masjid Quba’ ditemani para sahabatnya. Rasulullah bertemu dengan Bani Nadhir dan meminta mereka supaya menentukan diyah atas pembunuhan dua orang qabilah Kilab oleh ‘Amru bin Umayyah. Mereka merancang suatu pengkhianatan ke atas Baginda Rasul S.A.W di mana ‘Amru bin Juhash akan naik ke atas rumah dan akan menghumbankan seketul batu besar ke atas Nabi. Akan tetapi Allah Maha Besar, lalu Dia memberitakan pada nabi secara terus. Sehinggakan sahabat-sahabat Baginda pun tidak menyedarinya. Sesampai di Kota Madinah, Nabi menghantar utusan pada mereka untuk mengarahkan mereka supaya keluar dari negeri tersebut dalam masa sepuluh hari atas pengkhianatan mereka.

Namun begitu, Abdullah bin Ubai bin Salul menghasut mereka supaya bertahan di situ dan Abdullah bin Ubai sendiri akan menghantar bantuan. Lalu mereka pun bertahan. Akan tetapi, rupanya Abdullah bin Ubai hanya menipu pada mereka sahaja. Lalu mereka diusir juga dan tanaman mereka dimusnahkan. Mereka juga tidak boleh membawa harta mereka kecuali yang boleh dibawa atas unta mereka sahaja dan tidak termasuk senjata. Rasulullah membahagikan harta Bani Nadhir di kalangan Muhajirin dan beberapa orang di kalangan Ansar yang miskin. Surah Al-Hasyr yang bermaksud pengusiran diturunkan pada Bani Nadhir atas peristiwa ini.

Antara iktibar dan pengajaran dari kisah ini adalah yang pertama, perkhabaran Allah kepada Nabi tentang pengkhianatan orang yahudi adalah antara perkara luar biasa yang dikurniakan Allah kepada RasulNya. Ini membuatkan kita lebih beriman dengan kerasulannya. Kedua, terserah kepada pemimpin untuk menebang atau mengekalkan tanaman pihak musuh. Ketiga, harta Al-Fai iaitu harta musuh yang didapati tanpa berperang, urusannya diputuskan oleh pemimpin.

2.2.6 Peperangan Zat A-Riqa

Peristiwa ini berlaku dalam tahun keempat hijrah. Puncanya ialah timbul beberapa pengkhianatan di kalangan qabilah-qabilah Nadj terhadap kaum muslimin. Antaranya termasuklah tragedi pembunuhan 70 orang pendakwah yang dikirim Nabi. Rasulullah keluar ke kawasan Ghaffar yang dikenali sebagai Nakhl dan melantik Abu Zar Al Ghaffari sebagai Amir di Madinah. Kemudian, Allah mencampakkan rasa gerun ke dalam hati qabilah-qabilah tersebut. Kemudian mereka berpisah jauh dari orang Islam dan tidak berlaku sebarang pertempuran.

Page 11: Diskusi Fiqh Sirah II

Fiqh al-sirah II

10

Namun begitu, terdapat beberapa riwayat tentang kisah ini. Antaranya riwayat oleh Abi Musa Al –Asya’ari yang menceritakan tentang perjalanan mereka yang penuh onak dan duri. Tapak kaki mereka telah pecah dan kuku juga tertanggal. Manakala Jabir mengkisahkan mengenai seorang pemuda yang telah merampas pedang Nabi ketika mereka semua tertidur dan ingin membunuh Nabi. Akan tetapi, lelaki Arab Badwi itu terduduk ke tanah dan tidak membunuh Baginda. Begitu juga dengan riwayat Jabir mengenai dua orang pengawal dari kaum Ansar dan Muhajirin, dan juga mengenai perbualan dirinya bersama Baginda.

Antara pengajaran mengenai peristiwa ini adalah yang pertama, peperangan ini dinamakan Zat Al-Riqa’i yang bererti bertampung menggambarkan dengan jelas sejauh mana beban yang dipikul oleh para sahabat dalam berjihad di jalan Allah. Kedua, cara sembahyang Khauf yang dilakukan oleh Nabi secara berjemaah bersama sahabatnya dalam perang ini adalah asas terdirinya perintah tasyri’ solat Khauf. Ketiga, cerita lelaki Musyrik yang telah mengambil pedang Nabi ketika Baginda terlena di bawah pohon kayu membuka hakikat sejauh mana jagaan Allah ke atas Nabi S.A.W. Kisah ini menambahkan keyakinan kita terhadap mukjizat kenabian Baginda. Keempat, kisah Jabir dan Rasulullah. Perbualan mesra yang terjalin dengan penuh keikhlasan antara mereka sewaktu perjalanan pulang ke Madinah menggambarkan satu lukisan yang lengkap lagi sempurna mengenai keikhlasan Rasulullah dengan sahabatnya. Ia juga menggambarkan perwatakan luhur Nabi yang halus pergaulan, percakapan berseni, ramah tamah dan mencintai sahabatnya setulus hati. Kelima, peristiwa berkenaan 2 orang sahabat Nabi dari kaum Ansar dan Muhajirin yang membuat hirosah. Ketika lelaki Ansar berjaga dahulu dan solat malam manakala lelaki Muhajirin berehat, lelaki Ansar itu telah dipanah oleh musuh ketika solat, kemudian dia mencabut panah itu dan meneruskan solat. Kemudian, dia dipanah lagi buat kali yang kedua dan mencabutnya. Begitu juga dia dipanah kali ketiga dan dicabutnya juga. Barulah dia mengejutkan lelaki Muhajirin tersebut. Ini membuktikan bahawa bagaimana mulianya tugas jihad dan betapa teguhnya para sahabat Baginda.

2.2.7 Peperangan Bani Mustaliq

Peperangan ini berlaku pada tahun keenam hijrah manakala pendapat yang lebih soheh berlaku pada tahun kelima hijrah. Peperangan ini meletus berpunca dari satu berita yang telah sampai ke pengetahuan Baginda, yang menceritakan bahawa Bani Mustaliq telah berkumpul di bawah pimpinan Al-Harith bin Dirar. Baginda keluar ke arah mereka setelah mendapat berita tentang perkara ini dan bertembung dengan mereka dekat telaga Al-Muraisi’. Mereka berperang dengan hebat dan akhirnya Bani Mustaliq kalah. Dalam peperangan ini, orang munafiqin telah

Page 12: Diskusi Fiqh Sirah II

Fiqh al-sirah II

11

turut serta kerana mereka melihat kemenangan yang berterusan di pihak mukmin dan juga mereka tamakkan harta rampasan perang. Namun begitu, seperti biasa, kaum munafiqin telah mengeluarkan kata-kata yang menyinggung kaum Muhajirin. Akan tetapi, seperti biasa, Rasulullah S.A.W telah dapat menangani perkara ini dengan baik.

2.2.7.1 Khabar al-Ifk Di dalam perjalanan pulang dari peperangan ini, terjadinya suatu peristiwa yang

menyebabkan bertiup kencangnya angin berita fitnah mengenai Saidatina Aisyah yang ditimbulkan oleh sekumpulan pencetus fitnah. Ini berlaku kerana ketika pulang dari peperangan ini, Saidatina ‘Aisyah berhenti dan keluar sekejap untuk hal dirinya. Namun begitu, rantai lehernya telah terputus dan tercicir. Maka, dia kembali semula ke tempat itu untuk mencarinya. Setelah dia kembali, tandu yang membawanya telahpun dibawa pergi oleh rombongan tentera kerana mereka menyangka Aisyah sudah ada di dalamnya. Aisyah menunggu di situ kalau-kalau mereka akan datang kembali. Akan tetapi, Safuan bin Al-Mu’tal yang mengikut di belakang rombongan telah terjumpa Aisyah dan membawanya ke dalam gerombolan semula. Maka, para munafiq telah mengambil kesempatan untuk menyebarkan fitnah ini.

Sekembalinya ke Madinah, kebetulan Saidatina Aisyah telah terkena demam panas. Lalu teruslah tersebar berita ini sedangkan Saidatina ‘Aisyah langsung tidak mengetahui tentangnya. Kemudian, Aisyah telah mengetahui mengenai berita ini dari Ummu Mastha’. Dan Aisyah telah bertambah sakit. Kemudian, baginda Rasulullah berbincang tentang hal ini dengan para sahabatnya. Rasulullah kemudiannya masuk menemui Aisyah dan juga kedua ibu bapa Aisyah. Ketika itulah turunnya ayat Al-Qur’an dari Surah An-Nur dan Saidatina Aisyah dibersihkan sendiri oleh wahyu dari Allah.

Terlalu banyak iktibar dan pengajaran dari peristiwa ini. Yang pertama adalah, hukum pembahagian harta rampasan perang. Al-Salbu iaitu senjata dan sebagainya yang dirampas terus dari musuh yang terbunuh, maka boleh diambil terus oleh pembunuhnya. 1/5 bahagian pula adalah hak asnaf manakala yang selebihnya adalah dibahagikan di kalangan tentera. Yang kedua, hukum ‘azal ketika bersetubuh atau perancang keluarga adalah harus mengikut jumhur ulama’. Ketiga pula, kita dapat melihat betapa bijaksananya Rasulullah dalam mentadbir urusan manusia. Ketika pertikaian timbul dan sahabat baginda merasa benci pada kaum-kaum munafiqin yang diketuai oleh Abdullah bin Ubai bin Salul dan ingin membunuhnya, Nabi telah dapat menangani perkara ini dengan baik dengan melekakan sahabatnya dengan urusan peperangan dan perjalanan. Betapa pemaaf, tenang dan hikmahnya tindakan Nabi. Keempat, kisah fitnah

Page 13: Diskusi Fiqh Sirah II

Fiqh al-sirah II

12

tentang Aisyah itu merupakan satu siksaan yang berat dan mengganggu hati baginda. Fitnah ini menggambarkan salah satu dari tabiat kaum munafiqin iaitu tidak boleh melihat orang senang dan sentiasa bersifat dengki. Terdapat juga dua hakikat dari peristiwa ini iaitu hakikat bahwa Baginda Nabi Muhammad S.A.W merupakan insan biasa, dan bahawa Al-Qur’an itu adalah dari Allah, tidak tunduk mengikut kemahuan Baginda dan semata-mata dari Allah. Kelima pula, dari peristiwa ini dapatlah disimpulkan mengenai hukuman bagi orang yang melakukan qazaf. Hukumannya adalah sebayak 80 kali rotan. Dan harus bagi orang yang membuat pengaduan mengenai perkara seperti ini mengemukakan 4 orang saksi.

2.2.8 Peperangan Khandak

Peperangan ini juga dinamakan peperangan Al-Ahzab. Ia berlaku dalam bulan Syawal tahun kelima hijrah. Peperangan ini berpunca dari sebilangan pemimpin kaum Yahudi Bani Al-Nadhir telah tiba di Mekah lantas mengajak bangsa Quraisy memerangi Rasulullah S.A.W. Mereka bersetuju dan mengajak Qabilah Ghatfan, Bani Fazurah dan juga Bani Murrah untuk turut serta.

Kaum muslimin bersiap sedia untuk berperang sebaik sahaja mengetahui tentang berita ini. Nabi bermesyuarat dan Salman Al-Farisi R.A telah mengesyorkan supaya digali kubu. Mereka berasa kagum pada cadangan ini kerana ini adalah teknik baru dalam peperangan bagi bangsa Arab. Mereka keluar ke pinggir Madinah dan mula menggali kubu untuk memisahkan antara mereka dan pihak musuh yang seramai kira-kira 10,000 orang. Kaum muslimin pula adalah kira-kira 3000 orang.

Mereka bekerja dan menggali dengan tekun. Baginda juga begitu, turut sama menghulurkan tangan. Mereka kelaparan selama beberapa hari, begitu juga Baginda sehingga terpaksa mengikat batu di perutnya sendiri. Jabir berasa kasihan pada Baginda lalu balik dan meminta isterinya memasak makanan yang masih berbaki di rumah mereka. Lalu Jabir mengajak Baginda dan seorang dua lagi kerana makanan itu cukup untuk dua atau tiga orang sahaja. Namun begitu, Baginda mengajak seluruh sahabatnya yang sedang bekerja ke rumah Jabir untuk makan. Ternyata makanan itu cukup untuk semua walaupun jumlah mereka cukup ramai, malah makanan tersebut masih tinggal berbaki seperti awalnya. Kaum munafiqin pula sengaja melewat-lewatkan usaha menggali parit itu. Mereka sengaja menunjukkan lemah dalam bekerja, dan secara rahsia mereka pulang ke rumah. Mereka juga tidak meminta izin terlebih dahulu dari Rasulullah.

Page 14: Diskusi Fiqh Sirah II

Fiqh al-sirah II

13

Namun begitu, terdapat juga pengkhianatan dari Bani Quraizah. Ini kerana, ketua Yahudi Bani Quraizah telah berjaya dihasut oleh Huyai dari Bani Nadhir walaupun pada mulanya Ka’ab yang merupakan ketua Yahidi Quraizah menolak sama sekali tawaran itu. Terdapat juga kejahatan pihak munafiqin yang tidak habis-habis ingin melumpuhkan soff muslimin dengan cara menabur fitnah dan bibit perpecahan. Setelah musuh menggempur, nabi membuat perdamaian dengan Qabilah Ghatfan dengan ingin memberikan mereka 1/3 hasil buahan Madinah supaya mereka berundur. Mereka berundur dan tidak berlaku pertempuran antara kaum muslimin dan qabilah itu. Kaum musyrikin mengepung sekeliling kubu itu dan tidak berjaya merempuh masuk. Akhirnya, muslimin telah menang tanpa berlakunya peperangan. Pihak musyrikin telah kalah dengan dua cara iaitu pertama, dengan pertolongan tipu muslihat Nu’im bin Mas’ud yang telah memeluk Islam sedangkan kaumnya masih menganggap dia masih musyrik. Yang kedua pula, Allah sendiri telah memerintahkan tenteranya iaitu angin untuk mengganyang kaum musyrikin. Angin tersebut luar biasa kuatnya. Akhirnya semua musyrikin telah berpaling tadah dan balik dari peperangan. Baginda dan sahabatnya ada yang terlepas solat Asar dan mengqadanya pada waktu Maghrib bersama-sama.

Banyak juga iktibar dapat diperolehi dari peperangan Khandak ini. Antaranya adalah yang pertama, teknik dan strategi peperangan yang digunakan adalah menggali parit. Ini merupakan teknik peperangan orang Farsi. Jadi, dibolehkan untuk kita mengambil sesuatu yang baik dari orang lain dengan syarat kita tidak mengikut kepercayaan mereka sekiranya mereka adalah orang yang tidak percaya pada Allah. Kedua, ketika proses penggalian parit itu, betapa kita dapat melihat persamaan dan kebersamaan yang diamalkan oleh baginda Rasulullah S.A.W. Baginda turut sama menggali tanpa menghiraukan penat, lapar dan dahaga sepertimana juga sahabat-sahabatnya yang lain. Ini adalah sifat pimpinan yang jarang dijumpai di hari ini. Yang ketiga pula, kita dapat melihat betapa luhurnya hati nabi. Baginda juga seorang insan yang merasa penat, kelaparan dan dahaga. Ketikamana dijemput oleh Jabir untuk makan sedikit makanan yang disediakan oleh isterinya kerana merasa kasihan pada baginda, baginda lantas menjemput semua sahabatnya walaupun bilangan mereka adalah beratus-ratus orang. Ternyata Allah memberkati mereka dan sebagai mukjizat kenabian, makanan tersebut cukup untuk semua walaupun asalnya hanya cukup untuk 2 atau 3 orang sahaja. Yang keempat, kita dapat melihat baginda menawarkan hasil bumi Madinah pada Qabilah Ghatfan. Ini adalah satu siasah peperangan yang dilaksanakan dengan ijtihad dan syura. Ini kerana, baginda mengetahui bahawa sahabat-sahabat masih belum bersedia untuk digempur dengan sehebat ini. Justeru, baginda ingin memudahkan dan menenangkan sahabatnya dan mengurangkan kadar musuh. Kelima pula,

Page 15: Diskusi Fiqh Sirah II

Fiqh al-sirah II

14

kemenangan kaum muslimin sepertimana juga dalam perang Badar adalah kerana kekuatan doa dan perhambaan kepada Allah. Ini sangat berlainan dengan kaum musyrikin. Keenam pula, mengenai solat yang tertinggal. Wajib mengqadakan solat apabila tertinggal. Baginda terlepas solat lantaran kesibukan tugas jihad hingga terpaksa menunaikannya dengan cara qada.

2.2.9 Peperangan Bani Quraizah

Peperangan ini berkesinambungan dari perang Khandak. Pulang dari perang Khandak,

baginda terus meletakkan senjata. Jibril A.S menyusuli Nabi dan menyuruh Baginda keluar kepada mereka. Kemudian, mereka beramai-ramai ke perkampungan Bani Quraizah dan mengepung mereka.

Mereka berkubu dalam benteng kota mereka selama 25 malam dan ada pendapat yang mengatakan 15 hari sahaja sehinggalah Bani Quraizah merasa lemah dan kegerunan dengan pengepungan itu. Mereka mempunyai beberapa pilihan tetapi mereka akhirnya menyerah diri untuk dihukum bunuh.

Antara pengajaran dari kisah ini adalah, harus memerangi mereka yang mengkhianati perjanjian. Kedua, harus menyerahkan perbicaraan urusan kaum Muslimin dan tugas-tugas mereka kepada pimpinan tertentu. Ketiga, syara’ mengharuskan ijtihad dalam masalah furu’ dan pasti berlaku perselisihan pendapat mengenainya. Keempat, pengakuan orang Yahudi mengenai keNabian Nabi Muhammad S.A.W. Kelima pula adalah, hukum bangun dan menghormati orang yang baru tiba, khususnya para solihin dan alim ulama’.

3.0 PENUTUP

Kesimpulannya, cukup banyak pengajaran yang diperolehi dari sirah-sirah baginda berkaitan akhlak, syariat, muamalah, contoh teladan dan sebagainya. Justeru, kita sebagai penyokong dan pendokong perjuangan Islam seharusnya mengaplikasikan segala ilmu yang diperolehi semaksima mungkin. Insya Allah, keredhaan dan keberkatan akan menyertai kita hasil dari pengamatan dan pengamalan kita terhadap sirah Baginda yang agung.

SEKIAN. WALLAHU A’LAM SIIRU ‘ALA BAROKAATILLAH

Page 16: Diskusi Fiqh Sirah II

Fiqh al-sirah II

15

‘USRAH KITA 2007’