38882590-full-report

28
ISI KANDUNGAN Tajuk mukasurat Pengenalan 2 Objektif kajian 4 Permasalahan kajian 5 Bebanan yang dihadapi 7 Punca – punca 9 Kesan – kesan 12 Langkah – langkah penyelesaian 16 Kesimpulan 20 Rujukan 21 1

Upload: maznah-md-yasin

Post on 08-Aug-2015

71 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: 38882590-Full-Report

ISI KANDUNGAN

Tajuk mukasurat

Pengenalan 2

Objektif kajian 4

Permasalahan kajian 5

Bebanan yang dihadapi 7

Punca – punca 9

Kesan – kesan 12

Langkah – langkah penyelesaian 16

Kesimpulan 20

Rujukan 21

PENGENALAN

1

Page 2: 38882590-Full-Report

Tugas guru semakin hari semakin dibebani dengan pelbagai tugas-tugas yang lain

selain daripada tugas utama iaitu sesi pengajaran dan pembelajaran. Sepertimana yang

kita ketahui, guru dapat didefinisikan sebagai pendidik, pengasuh, dan orang yang

mengajar (Kamus Dewan Edisi 4,2007 & Tesaurus Bahasa Dewan 2005). Manakala

tugas pula mempunyai definisi yang tersendiri iaitu kewajipan sesuatu atau dalam kata

lain iaitu kerja, tanggungjawab yang mesti dilaksanakan (Kamus Dewan Edisi 4,2007).

Beban pula dapat didefinisikan sebagai jumlah tugas yang perlu dikerjakan oleh proses

atau sistem dalam tempoh tertentu (Kamus Dewan,1997). Berdasarkan definisi-definisi

tersebut dapat disimpulkan bahawa tugas utama seorang guru ialah mengajar dan

mendidik dalam suasana pengajaran dan pembelajaran bersandarkan kepada kewajipan

mereka sebagai guru. Walau bagaimanapun, tugas guru saban hari semakin bertambah

yang mana meliputi di luar bidang tugas utama mereka. Fenomena ini menyebabkan

ramai guru-guru sering mengeluh dan mengalami tekanan emosi akibat daripada

tanggungan beban tersebut.

Menurut Harakah Daily, punca bebanan ini disebabkan oleh pengagihan tugas

dimana pihak pentadbiran sekolah akan mengagihkan tugas kepada guru yang

berkebolehan dan bertanggungjawab sahaja dan tidak kepada guru yang sebaliknya.

Selain itu, dinyatakan juga bahawa guru-guru di Selangor, Johor, Melaka, dan Kuala

Lumpur merupakan guru-guru yang dibebani dengan tugas yang berat selain daripada

pengajaran dan pembelajaran. Menurut Dato’ Seri Hishamudin Tun Hussein dalam

Majlis Penutupan Program Jati Diri dan Kecemerlangan Akademik Pelajar Matrikulasi

Perak (2005), beliau menyatakan guru didapati telah dibebani dengan tugas bukan

mengajar sehingga menjejaskan kemahiran pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Menurut Laporan Kaji Selidik Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan

NUTP, dinyatakan butir-butir tugas guru selain daripada pengajaran dan pembelajaran

iaitu mengurus data, fail, buku rekod dan laporan, urusan pentadbiran, kurikulum,

kokurikulum, dan urusan hal ehwal murid. Laporan ini secara tidak langsung

membuktikan bahawa guru-guru juga bertindak sebagai kerani, setiausaha, dan

2

Page 3: 38882590-Full-Report

bendahari. Hal ini menyebabkan mereka bekerja di luar bidang tugas mereka dan bekerja

melebihi masa yang diperuntukkan bagi seorang guru.

Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti permasalahan guru,

mengelaskan jenis-jenis beban guru, mengenalpasti punca-punca dan kesan-kesan yang

timbul, dan menghuraikan langkah-langkah penyelesaian bagi menangani masalah ini.

3

Page 4: 38882590-Full-Report

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk:

1 - Mengenal pasti permasalahan guru

2 - Mengelaskan jenis-jenis beban guru

3 - Mengenal pasti punca wujudnya beban guru

4 - Menyatakan kesan-kesan yang timbul

5 - Menghuraikan langkah-langkah penyelesaian

Didalam kajian ini, permasalahan yang dihadapi oleh guru akan cuba dikenalpasti

dan dikupas dengan lebih mendalam serta mengelaskan beberapa bebanan yang dihadapi

oleh guru. Punca – punca, kesan – kesan dan langkah penyelesaian bagi permasalahan ini

akan dihuraikan mengikut tajuk – tajuk berikutnya.

4

Page 5: 38882590-Full-Report

PERMASALAHAN

Jika kita perhatikan sejak kebelakangan ini, profesion perguruan sering ditimpa

pelbagai masalah dan perkara-perkara yang negatif, terutamanya mengenai beban tugas

yang terpaksa dipikul memandangkan profesion perguruan adalah salah satu profesion

yang mencabar dan juga mendesak. Guru diharap mengetahui serba serbi tingkah laku

manusia dan memainkan pelbagai peranan untuk menjadikan dirinya seorang pendidik

yang berkesan. Profesion perguruan adalah bidang yang memberi perkhidmatan yang

unik, tetap dan diperlukan oleh masyarakat. Keunikannya hanya akan dirasai dan

diketahui oleh mereka yang terlibat dalam profesion ini. Hanya warga profesion

perguruan sahaja yang berkemampuan memberi perkhidmatan pendidikan terbaik kepada

masyarakat yang mana memberi kesan yang besar terhadap perkembangan personaliti,

mental dan fizikal setiap insan (Noran Fauziah dan Ahmad Mahdzan, 1993).

Guru kini bukan sekadar pengajar, malah semakin kurang dapat memberi

tumpuan kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran, walaupun semua pihak

menekankan kewajipan itu sebagai skop tugas utama guru di sekolah. Apa tidaknya,

jengoklah ke mana-mana sekolah, atau tanyalah kepada mana-mana guru pun, pasti

keluhan dan rungutan yang akan kedengaran mengenai tumpuan tugas mereka yang

semakin hari semakin membebankan. Namun, mereka yang kebanyakannya menyalahkan

guru dalam isu rungutan itu mungkin tidak peka mengenai situasi sebenar kerjaya itu

ketika ini yang bukan sekadar kerap perlu bekerja melebihi masa sepatutnya, malah

dibebani dengan longgokan kerja yang ada kalanya tak selesai di sekolah, terpaksa

dibawa sehingga atas katil sebelum tidur. Hampir kebanyakan tugas yang selayaknya

diuruskan kerani atau pegawai data kini menjadi tanggungjawab guru. Daripada tugas

merekod maklumat murid, data peribadi, keputusan peperiksaan secara manual dan

berkomputer, bayaran yuran, rekod pinjaman buku teks, inventori aset sekolah

sehinggalah kepada urusan pada peringkat pejabat pendidikan daerah serta jabatan

pelajaran negeri.

5

Page 6: 38882590-Full-Report

Persoalannya, bukankah semua beban tugas itu sewajarnya dilakukan oleh mereka

yang lebih pakar dalam tugas merekod data atau maklumat. Bukankah kerja

membabitkan kewangan perlu dilaksanakan kerani kewangan dan perihal data pula

diuruskan oleh pegawai data? Memang ada guru data di sekolah, tetapi mereka

sebenarnya bukan fokus dalam hal data semata-mata kerana perlu juga mengajar di kelas,

malah ada yang perlu mengajar subjek kritikal.

Laporan itu yang dimuatkan dalam buku Pandangan dan Syor NUTP Beban Guru

2005 menggariskan secara terperinci beban tugas yang terpaksa ditanggung oleh

golongan guru sama ada di peringkat rendah mahupun menengah. Selain mengisi borang

berkenaan, seorang guru perlu mengisi kira-kira 100 sehingga 600 helai borang untuk

mata pelajaran setiap kali penilaian Laporan Adab Belajar (LAB). Ini tidak termasuk

menguruskan 11 fail yang berkaitan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) iaitu sembilan

buah seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran dan dua buah oleh Jabatan

Pelajaran Negeri. Antara fail yang terpaksa diuruskan oleh guru ialah fail senarai pelajar

yang layak dan tidak, fail borang keperluan buku, fail salinan sijil akuan, fail surat-surat

pekeliling, fail surat menyurat dengan agensi Kementerian Pelajaran dan fail rekod

SPBT. Antara contoh artikel yang memuatkan kenyataan tentang beban tugas guru yang

diukur melalui purata jam kerja yang mereka (guru-guru) lakukan “Guru-guru di

Malaysia menjalankan tugas secara berlebihan selama 74 jam seminggu sedangkan

Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) menetapkan bahawa maksimum jam bekerja

adalah 48 jam sahaja”. (8 Januari 2006, Berita Harian).

6

Page 7: 38882590-Full-Report

BEBANAN YANG DIHADAPI

OLEH GURUTerdapat beberapa bebanan yang telah dikenalpasti dan terkandung dalam laporan

NUTP. Antaranya ialah:

a) Urusan data, fail, buku rekod, dan laporan

b) Bidang pentadbiran

c) Kurikulum

d) Kokurikulum

e) Urusan hal ehwal murid

Bagi urusan data, fail, buku rekod, dan laporan, guru-guru seolah-seolah bertindak

sebagai kerani bagi menyiapkan segala urusan mengenai fail dan data murid-murid.

Guru-guru terpaksa mencatat buku rekod kemajuan dan kedatangan murid-murid kerana

ia tidak boleh dibuat dengan menggunakan cetakan komputer kerana pihak audit tidak

menerima dokumen yang bercetak komputer. Selain itu, guru-guru juga terpaksa

menguruskan fail-fail yang berkaitan seperti fail SPBT, fail surat-surat pekeliling, fail

salinan sijil akuan dimana tugas ini sepatutnya dikendalikan oleh kerani.

Beban tugas yang seterusnya ialah tugas dalam bidang pentadbiran. Guru-guru

terpaksa menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan kewangan. Selain itu, guru-guru

juga bertindak seperti badan kebajikan dimana menguruskan hal-hal kutipan yuran bagi

membantu pelajar-pelajar yang mempunyai latar belakang ekonomi yang rendah.

Dari segi tugas dalam kurikulum pula, guru-guru terpaksa bertanggungjawab

mengendalikan program-program sekolah seperti program menghadapi UPSR, program

Peningkatan Kendiri dan Akhlak (KU PEKA), dan program Kecemerlangan Sahsiah dan

Akademik (KESADA), dan program-program yang berkaitan.

Dalam bidang kokurikulum pula, guru seolah-olah bertindak sebagai pengawal

keselamatan bagi menjaga murid-murid dari segi aspek keselamatan dan perlindungan

7

Page 8: 38882590-Full-Report

semasa melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang lasak. Menurut Abdull Sukor Shaari,

Abdul Rahim Romle & Mohamad Yazi Kerya (2006), mereka menyatakan bahawa beban

tugas guru dalam kokurikulum adalah bertindak sebagai guru pemimpin, guru penasihat,

guru rumah sukan, jurulatih sukan, dan sebagainya.

Dari segi urusan hal ehwal murid, guru-guru terpaksa memberikan khidmat

bantuan kepada pelajar bermasalah seolah-olah bertindak sebagai pihak kaunseling.

Selain itu, guru-guru juga turut bertindak dalam menyelia aktiviti-aktiviti murid dan

menilai prestasi murid-murid. Menurut Abdull Sukor Shaari, Abdul Rahim Romle &

Mohamad Yazi Kerya (2006) pula, guru-guru terpaksa memantau disiplin, kebajikan,

kesihatan, rancangan makanan tambahan (RMT) murid-murid, dan yang berkaitan

dengannya.

8

Page 9: 38882590-Full-Report

PUNCA-PUNCA

Hasil daripada kajian yang dijalankan jelaslah bahawa memang terdapat beberapa

punca yang boleh dianggap sebagai beban di kalangan guru-guru dalam melaksanakan

aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Terdapat empat punca utama yang menyebabkan

berlakunya beban tugas guru iaitu pengagihan tugas yang tidak seimbang di kalangan

guru-guru, berlakunya pilih kasih atau ketidakadilan dalam bidang pentadbiran, tugas

sampingan daripada pihak atasan yang terlalu banyak, dan akhir sekali tugas sampingan

ini diberikan secara mendadak maka ia juga akan menjadi satu beban kepada pihak guru.

Keempat-empat punca yang dinyatakan adalah hasil kajian yang digariskan oleh Daeng

Ramli Akil (1993). Dalam melakukan tugas sebagai seorang pendidik, aktiviti pengajaran

dan pembelajaran tidak perlulah berlaku hanya dalam bilik darjah, malah guru-guru perlu

menjadi lebih kreatif dengan memikirkan cara untuk menyampaikan maklumat

pembelajaran dengan lebih berkesan. Namun begitu, usaha ini kurang diberikan perhatian

memandangkan tugasan yang harus dipikul juga terlalu banyak sehingga sesetengahnya

harus dibawa balik ke rumah untuk disiapkan.

Secara keseluruhannya, tahap minat, pengetahuan dan kemahiran guru, latihan

guru dan beban tugas guru di sekolah kebangsaan dalam daerah Pontian, Johor adalah

pada tahap yang sederhana. Ini mungkin disebabkan terdapat beberapa aspek yang

menyebabkan mereka kurang berminat dan kurang pasti akan kepentingan program ini

untuk membantu murid-murid yang bermasalah dalam penguasaan 3M di sekolah. Oleh

itu latihan guru bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran seharusnya dilaksanakan

segera supaya mereka dapat membantu murid-murid dengan pengajaran dan

pembelajaran yang lebih berkesan lagi. Tugas dan tanggungjawab di sekolah hendaklah

diselaraskan agar guru pemulihan khas dapat menumpukan tugasnya yang sebenar di

kelas pemulihan khas. Usaha untuk menarik minat guru lain menceburi dalam bidang

program pemulihan khas seharusnya dilakukan disamping menyelesaikan masalah dan

isu-isu sedia ada seperti ganjaran yang tidak setanding dengan profesion lain serta

ganjaran untuk tugas-tugas atau kerja lebih masa. Sewajarnya guru pemulihan khas

9

Page 10: 38882590-Full-Report

diberikan elaun insentif seperti guru pendidikan khas agar bidang ini lebih diminati.

Disamping itu usaha untuk meningkatkan kepakaran guru dengan mengadakan kursus

dan latihan yang lebih kerap perlu dilaksanakan segera supaya pengetahuan dan

kemahiran guru pemulihan khas lebih profesional dan berkesan.

Pembahagian kerja merupakan perkara yang penting dalam aspek kawalan dan

pengurusan bagi menganalisis tugas dan pembahagian kerja secara terperinci, kemudian

membandingkan dengan kemampuan seorang pekerja untuk melaksanakan tugas itu

dengan terperinci. Gabungan antara tugas dan kemampuan bertujuan mewujudkan

kecekapan (Abdul Shukur Abdullah, 1991). Guru juga terpaksa berhadapan dengan

perubahan demi perubahan dalam bidang pendidikan sehingga wujudnya beban yang

keterlaluan. Contohnya apabila ada pegawai baru di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD),

Jabatan Pelajaran Negeri atau di peringkat kementerian, banyaklah idea dan tugasan baru

yang harus dipikul oleh guru. “Bebanan ini bertambah dalam keadaan jumlah guru yang

tidak seimbang dengan peningkatan jumlah murid” (Harian Metro, 2005). Laporan awal

Jawatankuasa Menangani Beban Tugas Guru telah mendapati guru-guru di Selangor,

Johor, Melaka dan Kuala Lumpur sebagai `guru terbeban' memandangkan mereka

terpaksa mengambil masa 74 jam seminggu untuk menjalankan tugas keguruan seperti

50.4 jam atau 68 peratus berkaitan kurikulum. Dapatan dari laporan awal itu juga didapati

12.7 peratus masa guru di negara ini dihabiskan untuk aktiviti ko-kurikulum, 8.9 peratus

untuk hal ehwal murid dan 1.2 peratus untuk pengurusan asrama. Jawatankuasa itu turut

mendapati 4.3 peratus daripada masa guru digunakan untuk pengurusan, 2.4 peratus

kewangan, 1.1 peratus masing-masing untuk latihan dan hubungan komuniti manakala

0.1 peratus untuk pembangunan fizikal sekolah.

Resolusi yang dipersetujui oleh Persidangan Pertubuhan Buruh Sedunia (ILO)

(1930) telah mengkelaskan guru-guru yang bertugas melebihi 48 jam seminggu termasuk

dalam tugas perancangan, persediaan, penilaian, penyediaan kurikulum dan perhubungan

dikategorikan sebagai terbeban (Utusan Malaysia, 6 julai 2005). Ekoran dari bebanan

tugas yang berat yang terpaksa dipikul oleh guru-guru telah menyebabkan mereka tidak

menyempurnakan tugas mereka dengan baik dan seterusnya ditegur atau dimarahi oleh

10

Page 11: 38882590-Full-Report

majikan boleh menyebabkan seseorang itu mengalami “stress”. Ketegangan yang

berpanjangan boleh mempengaruhi psikologi seseorang seperti hilang keyakinan, cepat

meradang, agresif dan hilang daya konsentrasi. Ini menyebabkan seseorang guru itu

kurang bersemangat dan tidak bermotivasi di dalam menjalankan tugasnya (Abdul Malik,

2000). Ini turut diakui oleh Zubaidah Aman (1999) yang mendapati bebanan waktu

mengajar, jumlah mata pelajaran dan bebanan tugas di sekolah mempengaruhi keletihan

emosi guru. Para pendidik hari ini mempunyai tanggungjawab yang berat dalam

menyediakan sumber tenaga manusia yang mampu menghadapi cabaran masa hadapan

khususnya ke arah wawasan 2020. Tugas guru bukan sahaja mengajar dan mendidik

terpaksa kerja-kerja tambahan seperti kerja mentadbir, perkeranian, pembantu makmal,

tukang kebun atau pembantu am rendah yang sepatutnya dilakukan oleh orang lain tetapi

terpaksa dilakukan oleh guru-guru (Minda pengarang, Berita Harian, 15 Januari 1997).

11

Page 12: 38882590-Full-Report

KESAN-KESAN

Tugas guru kini sememangnya diketahui sangat mencabar. Walaupun tugas ini

tidak menjejaskan aktiviti pengajaran guru, namun dikhuatiri, tahap kualiti pengajaran

dan pembelajaran serta perkhidmatan pendidikan akan menurun jika tidak ditangani

dengan segera. Berdasarkan dapatan dalam kajian, beberapa tindakan yang mungkin

boleh diterima pakai untuk menambahbaik pengajaran guru dan perkhidmatan pendidikan

secara amnya ialah pihak Kementerian Pelajaran Malaysia perlu mengkaji semula nisbah

1.5 dengan bilangan bilik darjah untuk menempatkan bilangan guru di sesebuah sekolah.

Jika nisbah ini tidak ditambah bermakna guru-guru akan tetap dengan kuantiti yang ada.

Sedangkan keadaan sedia ada telah menyebabkan guru-guru terpaksa bekerja dengan

masa yang sudah melebihi jam bekerja yang sebenar, yang diperuntukkan di dalam jadual

waktu sekolah.

Hal ini berikutan, formula bilangan pelajar di dalam sesebuah bilik darjah tidak

melebihi 50 orang perlu dikaji semula. Bilangan pelajar yang ramai boleh menjejaskan

prestasi guru kerana tumpuan terhadap pengajaran dan pembelajaran akan terjejas. Malah

guru-guru terpaksa memeriksa dan menyemak hasil kerja pelajar yang ramai. Ini sudah

tentu akan mengambil masa yang lama bagi guru-guru untuk melaksanakannya. Pihak

Kementerian Pelajaran Malaysia, mungkin boleh mengkaji semula tentang syarat

bilangan pelajar di dalam sesebuah bilik darjah supaya memberi had maksimumnya

kepada 40 orang sahaja. Jika ini boleh dilaksanakan, aktiviti pengajaran dan

pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lebih baik kerana guru boleh melaksanakan

aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan fokus dapat diberikan untuk

mengesan setiap kelemahan dan kemajuan pelajar.

Beban tugas seseorang guru diukur dengan mengira jumlah masa yang digunakan

bagi melakukan sesuatu kerja. Pelaksanaan KBSR menuntut para guru bekerja keras

untuk memastikan kejayaannya. Guru tidak lagi mengajar semata-mata tetapi mendidik.

Kamaruddin Hj. Hussin (1994) menyatakan peranan utama seorang guru ialah mendidik.

12

Page 13: 38882590-Full-Report

Tugas seorang pendidik pula sebagai pengajar iaitu menyampaikan ilmu pengetahuan,

memperkembangkan dan membentuk budi pekerti atau akhlak pelajar.

Hal ini juga menyebabkan guru terpaksa berhadapan dengan perubahan demi

perubahan dalam bidang pendidikan sehingga wujudnya beban yang keterlaluan.

Contohnya apabila ada pegawai baru di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan

Pelajaran Negeri atau di peringkat Kementerian Pelajaran, banyaklah idea dan tugasan

baru yang harus dipikul oleh guru. Bebanan ini bertambah dalam keadaan jumlah guru

yang tidak seimbang dengan peningkatan jumlah murid. (Harian Metro, 2005).

Mengikut Dato’ Ab. Rahman Arshad (1979), tugas guru di Malaysia hari ini

adalah berat. Para guru telah dibebankan dengan tugas-tugas sampingan yang banyak

sehingga mengurangkan tumpuan mereka kepada tugas utama mereka iaitu mengajar

seperti dalam kajian Che Yaakob Che Amat (1996). Beliau juga mendapati contohnya

guru matematik bukan sahaja mengajar matematik malah mereka menjalankan berbagai

tugas lain seperti menjadi guru kelas, menjalankan tugas perkeranian, mengendalikan

aktiviti ko-kurikulum dan lain-lain. Kadang-kadang ada yang mengalami konflik peranan

(role conflict) apabila tugas sampingan lain mengatasi tugas mengajar. Ini boleh

menyebabkan kualiti pengajaran dan pembelajaran akan turut terjejas. Jika hal ini

berlarutan tanpa mendapat perhatian pihak pengurusan sekolah, sudah pasti para pelajar

akan menerima musibahnya. Pelajar – pelajar ini akan menjadi mangsa kerana mereka

sentiasa mengharapkan sesuatu yang terbaik dalam setiap pengajaran dan pembelajaran,

sedangkan guru-guru tidak mempunyai cukup masa untuk menjalankan tugas pengajaran.

Para pelajar akan bertindak di luar kawalan dengan melibatkan diri dengan masalah

disiplin di sekolah. Gejala ponteng juga akan memberi impak dan tindakan kepada

pelajar kerana mereka berasakan tidak perlu ke sekolah kerana guru tidak mengajar dan

terlalu sibuk dengan tugasan lain.

Sesungguhnya lambakan tugas guru ini bukan sahaja memberi kesan kepada

pengajaran guru, malah boleh memberi tekanan dan menjejaskan tahap kepuasan kerja

guru. Payne dan Furnham (1987), dalam kajiannya mendapati beban tugas guru yang

13

Page 14: 38882590-Full-Report

tidak berkaitan dengan tugas mengajar telah menyebabkan guru-guru berasa stress,

kecewa, bertindak agresif dan sentiasa berasa bimbang.

Namun begitu, bebanan tugas guru juga boleh menyebabkan hampir 80 peratus

guru hilang fokus, masa dan tenaga yang sepatutnya ditumpukan kepada tugasan sebenar,

iaitu mengajar di dalam kelas. Ekoran dari bebanan tugas yang berat yang terpaksa

dipikul oleh guru telah menyebabkan mereka tidak menyempurnakan tugas mereka

dengan baik dan seterusnya ditegur atau dimarahi oleh majikan boleh menyebabkan guru

tersebut mengalami “stress”. Ketegangan yang berpanjangan boleh mempengaruhi

psikologi seseorang seperti hilang keyakinan, cepat meradang, agresif dan hilang daya

konsentrasi. Ini menyebabkan seseorang guru itu kurang bersemangat dan tidak

bermotivasi di dalam menjalankan tugasnya (Abdul Malik, 2000). Ini turut diakui oleh

Zubaidah Aman (1999) yang mendapati bebanan waktu mengajar, jumlah mata pelajaran

dan bebanan tugas di sekolah mempengaruhi keletihan emosi guru.

Apabila proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) terganggu, pelajar

ketinggalan dalam akademik dan menimbulkan masalah disiplin. Guru yang lebih

komited akan melibatkan diri dengan berbagai program-program dan projek-projek

pendidikan. Dengan ini wujud dilema di antara penekanan peribadi dengan

profesinalisme. Dengan ini seseorang guru itu terancam dengan stress, ketenangan dan

juga ‘burnout’.

Apabila seseorang guru merasa tidak puas di dalam kerja-kerja rutin yang

terpaksa dilakukannya maka ia akan menimbulkan ketegangan yang berpanjangan.

Tekanan pekerjaan yang berlanjutan atau ‘burnout’ mengikut pengertian Freudenberger

(1974), dialami oleh mereka yang komited dan dedikasi terhadap profession mereka.

Mereka akan berusaha mengekalkan tahap prestasi baik dan sanggup mengetepikan

kepentingan peribadi. Walau bagaimanapun, ada yang terpaksa meninggalkan profession

perguruan bila kepuasan bekerja semakin berkurangan. Fenomena ini terpaksa dibendung

oleh Kementerian Pelajaran yang terpaksa mengeluarkan pekeliling arahan untuk

menahan guru daripada bersara secara pilihan. Kebanyakan guru yang bersara awal

adalah guru-guru yang rajin, cekap, dinamik dan berpengalaman. Mereka terpaksa

14

Page 15: 38882590-Full-Report

meninggalkan profession yang dibanggakan suatu masa dahulu kerana semangat dan

kepuasan bekerja semakin berkurangan.

Di samping itu, pihak pengurusan sekolah diharap lebih teliti dan peka terhadap

pengagihan tugas agar setiap seorang guru mendapat tugas yang seimbang tanpa

mengenepikan tugas utama, iaitu mengajar. Pihak pengurusan sekolah termasuk guru-

guru penolong kanan seharusnya memimpin dan membantu guru-guru penolong agar

mereka dapat menjalankan tugas dengan sempurna dan berkesan tanpa menjejaskan

pembelajaran kepada para pelajar.

Pemimpin dan pengurusan sekolah, pejabat pelajaran daerah dan jabatan pelajaran

negeri perlu membuat perancangan yang rapi agar tidak berlaku pertindihan kalendar

aktiviti pelajar. Ini kerana para pelajar akan mengambil inisiatif sendiri jika guru-guru

terlibat dengan sesuatu program dan akan menyebabkan masalah disiplin seperti ponteng

di kalangan mereka. Ini adalah penting kerana setiap program yang melibatkan pelajar

secara langsungnya akan melibatkan guru-guru. Guru besar dan guru penolong kanan

perlu lebih kerap mengikuti dan bersama guru dalam setiap aktiviti bukan pengajaran dan

pembelajaran sahaja. Cara ini dapat memberi keyakinan kepada guru bahawa pihak

pengurusan sekolah juga sentiasa mengambil berat tentang mereka.

15

Page 16: 38882590-Full-Report

LANGKAH – LANGKAH

PENYELESAIAN

Terdapat beberapa langkah yang telah disaran dan dicadangkan bagi mengatasi

beban guru ini :

Langkah – Langkah Mengatasi Beban Guru

1 – Menambah pengambilan guru

2 – Teliti dan adil dalam pembahagian tugas kepada guru – guru

3 – Menambah perjawatan awam / kakitangan sokongan

4 – Memberi penghargaan kepada guru –guru

5 – Memotivasikan guru – guru

Langkah pertama yang diutarakan ialah menambah pengambilan guru. Seperti

yang kita ketahui, Negara kita masih kekurangan guru terutamanya dikawasan

pendalaman. Jumlah ini dilihat begitu serius apabila pihak Kementerian Pelajaran telah

mengunjurkan bahawa pada tahun 2005 sahaja, guru – guru yang berkhidmat dibawah

Kementerian Pelajaran hanya seramai 377031 orang sedangkan bilangan pelajar ketika

itu adalah seramai 5416924 orang. Jika dikira mengikut nisbah, jumlahnya adalah 1:14

iaitu seorang guru dan 14 orang pelajar dimana telah melebihi nisbah normal iaitu 1:10.

Pihak Kementerian Pelajaran perlu lebih peka dengan kekurangan ini kerana saban tahun

semakin bertambah bilangan pelajar dengan kadar yang pantas.

16

Page 17: 38882590-Full-Report

Langkah yang kedua pula lebih kepada phiak pentadbiran sekolah. Disini para

pentadbir perlu rebih rasional dan matang dalam mengagihkan tugas – tugas khas yang di

pegang oleh guru. Senario yang kerap berlaku di hamper semua sekolah ialah, apabila

seseorang guru mahir dalam sesuatu bidang, maka guru tersebutlah yang akan melakukan

semua tugas berkaitan bidang tersebut walaupun masih terdapat rakan – rakan guru lain

yang terlibat didalam organisasi yang sama. Sepatutnya jika kerja secara berkumpulan

diamalkan, pasti beban setiap guru akan berkurangan dan kerja yang diamanahkan akan

cepat selesai dan guru yang berada didalam organisasi yang sama boleh menimba ilmu

dan belajar dengan guru yang mahir tersebut. Di sini pihak pentadbir perlu bersifat lebih

humanistik serta demokratik dan bukannya autokratik.

Langkah ketiga yang diutaralan atau dicadangkan ialah menambah perjawatan

awam atau kakitangan sokongan di sekolah contohnya seperti pembantu guru.

Kakitangan sokongan yang mempunyai kemahiran dalam bidang atau urusan pentadbiran

atau dalam penggunaan program dan aplikasi komputer mampu mengatasi beban guru.

Ini kerana guru – guru sering dibebani dengan tugas – tugas sampingan yang melibatkan

pengurusan dan pentadbiran. Ada juga guru – guru yang kurang mahir dengan

penggunaan komputer dan merasakan beban semakin betambah dengan tugas yang

melibatkan perkakasan tersebut. Sekiranya ini dapat diatasi, maka guru mempunyai lebih

banyak masa yang berkualiti untuk lebih bersedia mengajar dan menyediakan bahan

bantu belajar sekaligus menyumbang kepada keberkesanan proses pengajaran dan

pembelajaran. Ini juga memenuhi aspirasi dan Wawasan Pendidikan Negara iaitu

melahirkan insane yang berilmu dan sumber manusia yang terlatih di smaping penerapan

nilai – nilai murni. Sistem pendidikan yang berkualiti akan menghasilkan cendiakawan

yang berkualiti dan golongan yang professional dan intelek yang mampu menyumbang

kepada pembangunan negara.

Langkah keempat yang dicadanglan pula ialah memberi penghargaan kepada guru

– guru. Ketika ini mmemang menjadi tradisi bahawa guru – guru yang diangkat dan

diiktiraf perkhidmatannya akan mendapat anugerah perkhidmatan cemerlang. Guru –

guru ini akan diberikan sijil dan sedikit imbuhan. Memang tidak dinafikan bahawa ini

17

Page 18: 38882590-Full-Report

mampu memberikan motivasi dan impak yang besar didalam karier guru tersebut.

Sekiranya beberapa penghargaan lain diberikan seperti tawaran sambung belajar dan

program bercuti bersama guru – guru cemerlang lain yang ditaja oleh pihak Kementerian

Pelajaran, di yakini mampu meningkatkan lagi motivasi guru –guru tersebut sekaligus

mutu kerja guru itu dapat ditingkatkan. Pastinya guru – guru ini akan lebih ikhlas dan

bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas mereka kerana mereka tahu kerja yang

mereka lakukan akan dinilai dengan adil dan mendatangkan ganjaran yang bermakna

buat mereka dan profesion keguruan.

Langkah kelima adalah memotivasikan guru. Persekitaran yang kondusif, suasana

dan iklim tempat kerja yang baik mampu memberikan suatu dorongan untuk guru – guru

bekerja lebih baik. Beban yang banyak dan berat yang ditanggung oleh guru memang

suatu yang agak sukar untuk ditangani secara drastik. Persekitaran yang baik mampu

mewujudkan suasana kerja yang sihat. Hubungan yang baik antara guru dan pentadbir

juga antara faktor yang mampu menyumbang kepada memotivasikan guru – guru. Guru –

guru akan berasa selesa, dan dihargai dan dapat bekerja dengan gembira dah penuh

tanggungjawab.

Petikan artikel :

“Biro Pendidikan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyokong penuh kenyataan

YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk membuat kajian terhadap

mengurangkan beban kerja pentadbiran yang ditanggung oleh para guru”, Ahmad

Akmal Ismail, Pengerusi Biro Pendidikan, Pergerakan pemuda UMNO Malaysia. ( Berita

Harian, 28 Februari 2005 ).

“Satu daripada cara untuk meringankan beban kerja ini ialah dengan menambah

bilangan guru, ertinya kalau sekarang satu bilik darjah 1.5 guru, sekarang kita minta

satu bilik darjah 2.0 (ertinya satu bilik darjah ada dua orang guru ”, Awang Mohamad,

18

Page 19: 38882590-Full-Report

Yang Dipertua Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM) ( Bernama, 3 Ogos

2005 ).

Bilangan Sekolah ( data seperti Julai 2009 )

Rendah Menengah Jumlah

7664 2219 9883

Bilangan Murid ( Enrolmen ) ( data seperti Julai 2009 )

Kategori Jumlah

Prasekolah 154682

Rendah 2959092

Menengah 2331901

Jumlah Keseluruhan 5445675

Bilangan Guru ( data seperti Julai 2009 )

Kategori Lelaki Perempuan

Rendah 68456 153809

Menengah 54451 115685

Jumlah Keseluruhan 122907 269494

19

Page 20: 38882590-Full-Report

KESIMPULAN

Profesion perguruan adalah profesion sangat mencabar dan memerlukan

pengorbanan yang sangat tinggi. Bukan semua dilahirkan layak menjadi seorang guru dan

bukan semua guru adalah guru yang terbaik. Kesabaran, keikhlasan, bertanggungjawab

serta rajin dan sentiasa berusaha untuk memajukan diri memang dituntut di dalam bidang

ini. Hakikatnya pada hari ini, guru – guru dibebani dengan tugas – tugas yang di luar

bidang mereka iaitu pengajaran dan pembelajaran. Ini sedikit sebanyak menjadi

penghalang dan pengganggu kepada tukas hakiki mereka iaitu mengajar. Oleh yang

demikian, bagi menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, tugas –

tugas sampingan harus diminimakan kepada golongan pendidik ini. Pihak

bertanggungjawab seperti Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat

Pelajaran Daerah seharusnya mengkaji dan menggunakan teknologi sepenuhnya bagi

meminimakan tugas guru tersebut. Sebagai contoh terdekat, sistem online seperti Portal,

Laman Web, Blog dan sebagainya mampu mengurangkan penggunaan borang yang perlu

diisi dengan kadar segera oleh guru – guru ini. Penggunaan sistem online ini boleh

diakses 24 jam sehari dan tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Yang

penting dan utama ialah kita kembali kepada matlamat asal ataupun “ back to basic”,

guru mengajar dan murid belajar. Pasti Wawasan Pendidikan Negara untuk melahirkan

para cendiakawan dan bijak pandai mampu direalitikan oleh golongan pendidik ini.

20

Page 21: 38882590-Full-Report

RUJUKAN

1) Abdull Sukor Shaari, Abd. Rahim Romle & Mohamad Yazi Kerya. (2006). Beban tugas guru sekolah rendah. Seminar Kebangsaan Kepimpinan dan Pengurusan Sekolah. Alson Klana Resort:Seremban

2) Aminah Haji Hassan (1997). Kepuasan kerja guru siswazah sekolah menengah di daerah Kota Bahru, Kelantan. Tesis Sarjana Universiti Utara Malaysia,Sintok.

3) Dr. Baedhowi (2008). Pedoman Penghitungan Beban Kerja Guru. Departemen Pendidikan Nasional Direktorat Jenderal Peningkatan Mutu Pendidik dan Tenaga Kependidikan:Jakarta

4) Lawrence Aloysuis Aeria. (1998). Burnout di kalangan guru-guru sekolah menengah daerah petaling, Jurnal Pendidikan Tigaenf. Jabatan Sains dan Matematik.

5) Mohd Fitri bin Sahhari. (2006). Tahap beban tugas guru sekolah menengah di daerah skudai:kajian kes, Universiti Teknologi Malaysia.

6) Mohd Sazali Noordin (1997). Stress Pekerjaan dikalangan Guru-Guru Sekolah Menengah Daerah Kuala Kangsar, Perak. Tesis Sarjana Universiti Utara Malaysia, Sintok.

7) Mohd Saudi Abdul Rahman. (1998). Beban tugas dikalangan guru sekolah menengah. Tesis Sarjana Universiti Utara Malaysia, Sintok.

8) Muhammad Shukri Salleh. (1998). Beban tugas guru dikalangan guru-guru sekolah rendah. Tesis Sarjana Universiti Utara Malaysia, Sintok.

9) Noornazifah Binti Md Suandi (2008). Kajian terhadap stress dikalangan guru

sekolah rendah di Zon Permas Jaya, Johor Bahru dari aspek personaliti. Fakulti

Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

10) Ooi Hon Bu (1991). Satu kajian mengenai jenis tugas dan beban tugas guru di empat buah sekolah menengah di daerah kota setar, kedah. Tesis sarjana, Universiti Kebangsaan Malaysia.

21

Page 22: 38882590-Full-Report

22