35958924-rph-perd-10.pdf

Upload: pengganggur

Post on 08-Mar-2016

219 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

    Mata Pelajaran : Perdagangan Tingkatan : 4 Dedikasi

    Tarikh/ Hari : 05/03/2010 (Isnin) Masa : 1.10-1.45ptg ( 35 Minit )

    Bil. Pelajar : 33 orang

    Tema / Tajuk : Perniagaan Dalam Negeri

    Sub Tajuk :3.4 Perniagaan Borong

    3.4b) Jenis Pemborong

    Objektif pembelajaran

    Di akhir pelajaran, pelajar-pelajar akan dapat:

    1. Menyatakan dua kategori utama pemborong dan pecahannya.

    2. Menerangkan ciri-ciri tiga kumpulan utama pemborong berfungsi penuh iaitu pemborong am, pemborong khusus dan pemborong satu barisan.

    Strategi Berpusatkan guru dan pelajar

    Pengetahuan LaluPelajar telah mempelajari tajuk perniagaan borong pada proses pengajaran dan pembelajaran sebelum ini. Pelajar juga telah biasa melihat kewujudan pelbagai jenis perniagaan borong yang ada di sekitar kawasan mereka.

    Alat Bantu Mengajar

    Buku teks, carta, model premis perniagaan borong, nota edaran dan kad soalan siapa cepat.

    Kaedah Penyoalan dan penerangan

    Penerapan Nilai Memberi tumpuan, patuh arahan, bekerjasama, berdisiplin dan mendengar dengan teliti

    KBKK Berfikir dan menjana idea

  • LANGKAH/MASA

    ISI KANDUNGAN

    AKTIVITI PENGAJARAN DANPEMBELAJARAN

    PENDEKATAN/KAEDAH/ABM// NILAI/ KBKKAKTIVITI GURU AKTIVITI PELAJAR

    Induksi set(5 minit)

    Perniagaan Borong

    - Jenis Pemborong

    -Guru mengimbas tajuk yang telah dipelajari ada proses pengajaran dan pembelajaran sebelum ini.

    -Guru menceritakan situasi membeli belah di tiga jenis premis pemborong berfungsi penuh kepada para pelajar sambil menggunakan model premis pemborong. Model tersebut digunakan untuk menunjukkan gambaran barangan yang di jual di premis-premis perniagaan borong tersebut.

    -Guru menyoal pelajar adakah terdapat perbezaan barangan yang dijual di setiap premis pemborong tersebut.

    -Guru memilih seorang pelajar untuk menjawab dan menyatakan apakah perbezaan tersebut.

    -Guru memberitahu seluruh kelas bahawa terdapat perbezaan antara pemborong tersebut dan akan diterangkan dalam tajuk yang akan dipelajari pada hari itu.

    -Guru meminta pelajar membuka buku teks dan mengedarkan nota tambahan kepada pelajar.

    -Pelajar memberi maklum balas kepada guru dan mendengar dengan teliti penerangan guru tersebut.

    -Pelajar memberi perhatian kepada situasi yang diceritakan oleh guru dan memerhatikan jenis barang yang dijual di setiap premis pemborong tersebut melalui penggunaan model premis pemborong yang ditunjukkan di hadapan kelas.

    -Pelajar mendengar soalan dan mula berfikir perbezaan yang wujud.

    -Pelajar yang dipilih memberikan jawapannya.

    -Pelajar cuba memahami penerangan guru.

    -Pelajar membuka buku tks dan bersedia untuk memulakan pelajaran mereka.

    Pendekatan: Berpusatkan gru dan pelajar

    Kaedah: Penerangan dan penyoalan

    ABM : Model Premis Pemborong

    Nilai : Memberi tumpuan, patuh, mendengar dengan teliti dan berdisiplin

    KBKK: Berfikir dan menjana idea