3.0 tekanan emosi

8
3.0 TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN GURU Rajah 1 menunjukkan dua jenis tekanan emosi yang biasa dihadapi oleh guru apabila menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupannya sebagai seorang guru (Noriati, Boon, Sharifah & Zuraidah, 2010). Rajah 6. Tekanan emosi yang biasa dialami oleh guru. Berdasarkan kepada pemerhatian saya semasa menjalankan latihan internship baru-baru ini dan juga pembacaan saya terhadap beberapa sumber seperti akhbar dan artikel, saya mendapati bahawa terdapat dua jenis tekanan emosi yang sering dihadapi oleh guru. Pertama adalah stress dan kedua adalah burnout. Menurut Kyriacou (1987), stress guru merujuk kepada pengalaman guru terhadap emosi yang tidak diingini seperti tekanan, kekecewaan, kebimbangan, kemarahan dan kemurungan akibat daripada tugasnya sebagai seorang guru. Stress juga merupakan salah satu sebab utama mengapa TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN GURU STRES BURNOUT

Upload: ninimani

Post on 19-Jan-2016

47 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

guru & cabaran

TRANSCRIPT

Page 1: 3.0 Tekanan Emosi

3.0 TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN GURU

Rajah 1 menunjukkan dua jenis tekanan emosi yang biasa dihadapi oleh guru apabila

menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupannya sebagai seorang guru (Noriati, Boon,

Sharifah & Zuraidah, 2010).

Rajah 6. Tekanan emosi yang biasa dialami oleh guru.

Berdasarkan kepada pemerhatian saya semasa menjalankan latihan internship baru-baru ini

dan juga pembacaan saya terhadap beberapa sumber seperti akhbar dan artikel, saya

mendapati bahawa terdapat dua jenis tekanan emosi yang sering dihadapi oleh guru. Pertama

adalah stress dan kedua adalah burnout.

Menurut Kyriacou (1987), stress guru merujuk kepada pengalaman guru terhadap emosi

yang tidak diingini seperti tekanan, kekecewaan, kebimbangan, kemarahan dan kemurungan

akibat daripada tugasnya sebagai seorang guru. Stress juga merupakan salah satu sebab

utama mengapa sejumlah besar guru bercadang untuk meninggalkan profesion keguruan

(Sapora Sipon, 2010).

Manakala, istilah ‘teacher burnout’ pula digunakan pertama kalinya oleh ahli psikologi,

iaitu Freuddenberger (Wood, 2000) yang mendefinisikan burnout guru sebagai satu keadaan

yyang disebabkan oleh depersonalisasi, keletihan dan suatu perasaan pencapaian yang

TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN

GURU

STRES BURNOUT

Page 2: 3.0 Tekanan Emosi

semakin menurun. Oleh itu, berdasarkan kepada definisi tersebut, saya mendapati bahawa

burnout yang dihadapi oleh guru merupakan suatu keadaan keletihan dari segi emosi, mental

dan fizikal yang disebabkan oleh stress yang melampau dan berpanjangan.

Dalam cabaran yang telah dinyatakan dalam 2.0 iaitu cabaran guru dalam menghadapi

visi dan aspirasi sistem pendidikan negara dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

2013-2025, guru sememangnya dikesan menghadapi tekanan emosi akibat daripada

pelaksanaan pelan tersebut. Semasa di sekolah untuk menjalani latihan praktikum yang lepas,

ramai guru merungut terhadap pelbagai bidang tugas yang perlu mereka hadapi pada ketika ini.

Jika dibandingkan dengan dahulu, bidang tugas guru adalah mengajar semata-mata. Tetapi,

pada hari ini, cabaran dan tugas guru yang mengikuti arus perubahan pendidikan memberi

impak kepada emosi guru sekiranya tidak diuruskan dengan betul.

Pertama, kesan daripada tekanan emosi akan menyebabkan guru tidak dapat mengawal

emosi mereka terhadap murid. Sehubungan daripada itu, tidak hairanlah sekiranya di dada-

dada akhbar terpapar kes yang mana guru melakukan kekasaran ataupun terlalu beremosi

terhadap murid. Buktinya, Berita Harian bertarikh 23 Julai 2007 melaporkan bahawa kes

dakwaan 22 orang murid Tahun 4, Sekolah Kebangsaan Gayang, Tuaran ditampar oleh guru

kerana tidak menyiapkan kerja sekolah. Hal ini terjadi akibat daripada pelbaga faktor yang

mendorong mereka untuk melakukan perkara sedemikian seperti bebanan tugas yang

berlebihan, persekitaran kerja yang tidak kondusif ataupun masalah peribadi yang kritikal.

Sememangnya, banyak kajian yang telah melaporkan tahap stres dan burnout dalam kalangan

guru sekolah. Sebagaimana yang kita ketahui, guru juga adalah seorang manusia normal yang

memerlukan waktu rehat, waktu makan dan waktu bekerja yang seimbang. Walaupun

pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia sedang giat dijalankan, pihak

pentadbiran tidak boleh mengambil kesempatan terhadap guru-guru untuk memaksa mereka

bekerja lebih masa ataupun menyiapkan kerja dalam tempoh masa yang singkat semata-mata

untuk kepentingan mereka sendiri ataupun kepentingan sekolah.

Kedua, tekanan emosi juga akan menyebabkan perhubungan guru dengan murid

terjejas. Dalam konteks ini, kemungkinan guru untuk kurang berkomunikasi dengan murid akan

menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran juga tidak dapat dilaksanakan dengan

baik. Contohnya, guru memberikan aktiviti yang sama seperti mewarna apabila mereka berada

di dalam kelas guru tersebut ataupun murid diarahkan membuat kerja sendiri walaupun guru

tersebut berada di dalam bilik darjah. Perkara sedemikian terjadi kerana guru lebih memilih

Page 3: 3.0 Tekanan Emosi

untuk mendiamkan diri apabila sedang menghadapi pelbagai tugas di sekolah. Apabila guru

kurang berkomunikasi dengan murid, kemungkinan murid menunjukkan masalah tingkah laku

mahupun salah laku di dalam bilik darjah dan di sekolah meningkat. Salah laku murid yang

berlaku seperti ponteng, bising, bertindak biadap terhadap guru, tidak menyerahkan kerja

sekolah dan sebagainya akan mewujudkan suasana yang lebih tegang terhadap guru yang

mengalami masalah tekanan emosi. Keadaan yang sedemikian akan menjadikan guru lebih

tertekan sehingga berlakunya burnout. Apabila berlaku burnout dalam diri guru tersebut,

mereka seolah-olah tidak mempunyai semangat lagi untuk mengajar murid-murid.

Ketiga, kesan daripada tekanan emosi juga menyebabkan hubungan interpersonal dan

intrapersonal guru dengan rakan sejawat ataupun warga sekolah tidak menyerlah.

Sebagaimana komunikasi dengan murid terjejas, hubungan dengan rakan sejawat juga

mungkin terjejas kerana guru lebih rela berdiam diri kerana tertekan semasa melaksanakan

tugasan yang diberikan. Malahan, terdapat juga guru yang tidak segan silu untuk lari daripada

tanggungjawabnya melaksanakan tugasannya di sekolah kerana sudah tidak mampu

menanggung bebanan yang dihadapi mereka. Hal ini dibuktikan lagi dengan hasil dapatan

kajian kadar stres mengikut pekerjaan pada Rajah 7 yang menunjukkan bahawa kerjaya guru

merupakan kerjaya yang keempat berbanding dengan kerjaya lain paling menghadapi stres

iaitu sebanyak 45.8%.

Rajah 7. Peratusan kadar stres mengikut pekerjaan di Malaysia

Page 4: 3.0 Tekanan Emosi

Keempat, tekanan emosi juga akan menyumbang kepada masalah kesihatan. Hal ini

dibuktikan melalui status dalam laman media sosial iaitu Facebook seperti di dalam Rajah 8 di

bawah:

Rajah 8. Status Facebook.

Berdasarkan kepada Rajah 8, status tersebut memberitahu bahawa akibat daripada tekanan

kerja yang melampau, seorang guru mengalami pendarahan otak sehingga perlu menjalani

pembedahan. Hal ini dikukuhkan lagi dengan pengakuan seorang guru di dalam sebuah artikel

yang ditulis oleh yang merupakan pesakit mental perlu berjumpa dengan pakar psikiatri secara

berkala. Menurut beliau, bebanan kerja sebagai guru semakin kompleks selain mengajar. Guru

tersebut terpaksa menyediakan soalan-soalan peperiksaan dari semasa ke semasa, mengisi

buku kedatangan, buku disiplin dan ringkasan mengajar, borang kesihatan dan rekod kemajuan

murid dan persatuan serta mengendalikan persiapan hari sukan. Tambahan pula, beliau

mempunyai masalah rumah tangga sehingga menjadikan situasi makin rumit.

Justeru, guru-guru dikatakan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan

sehingga boleh membawa kepada penyakit mental yang serius seperti bipolar kebimbangan

melampau dan kemurungan. Malahan, kajian oleh Kesatuan Perkhidmatan Kebangsaan

(NUTP) mendapati bahawa 70% daripada 9,000 guru di seluruh negara tertekan bukan sahaja

terpaksa berdepan dengan bebanan tugas tetapi juga kerenah pengetua, kerani, ibu bapa dan

murid.

Page 5: 3.0 Tekanan Emosi

Kelima, tekanan emosi juga boleh menyebabkan berlakunya pengasingan diri dalam

kalangan guru. Pengasingan diri adalah salah satu tanda-tanda guru mengalami burnout.

Dalam konteks ini, guru yang mengalami tekanan emosi akan cuba untuk tidak bergaul dengan

orang di sekeliling mereka seperti murid, guru-guru, staf dan ibu bapa. Maka, wujudlah gelaran

‘guru pelik’ dalam kalangan warga sekolah terhadap guru tersebut kerana guru yang mengalami

tekanan emosi tersebut sering mengasingkan diri daripada individu lain. Guru juga berpotensi

untuk mengasingkan diri apabila dia mendapati bahawa usaha yang dilakukan di sekolah

seperti mengadakan pelbagai program, membuat kerja dengan sempurna tetapi masih belum

mendapat pengiktirafan daripada pihak tertentu dan sebagainya sehingga menyebabkan

mereka kecewa sehingga mencetuskan tekanan emosi dalam bentuk burnout. Sekiranya guru

sendiri tidak mampu mengatasi cabaran dalam profesion keguruan, bagaimana pula untuk dia

menjalankan aspirasi sistem pendidikan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

2013-2025?

Keenam, stres boleh memberi kesan kepada kepuasan kerja dan keberkesanan ke atas

produktiviti guru (Grififth &Steptoe, 1999). Kajian terhadap stres dalam kalangan guru terus

dilaksanakan kerana berlaku peningkatan ketidakhadiran kerja, pusingganti yang tinggi dan

persaraan awal. Sebagaimana yang terjadi ketika ini, perubahan dasar memberikan impak yang

besar kepada guru-guru yang telah berpuluh-puluh tahun berkhidmat dalam dunia pendidikan.

Perubahan dasar menyebabkan berlakunya perubahan dalam kurikulum, pentaksiran dan juga

beberapa aspek yang lain. Di samping itu juga, perubahan tersebut juga menyebabkan guru-

guru lama berasa tidak bersemangat untuk menghadapi perubahan tersebut kerana persaingan

daripada guru-guru yang baru yang lebih mempunyai pengetahuan dan juga kelulusan yang

tinggi.

Masalah tekanan emosi dalam kalangan guru tidak boleh dipandang ringan oleh pihak

sekolah mahupun pihak kerajaan. Tekanan emosi seperti stres dalam kalangan guru perlu

ditangani segera melalui program pengurusan stres yang bersesuaian dan efektif. Menurut

Murphy (1988), terdapat banyak kaedah pengurusan stres yang telah terbukti berkesan di

negara Barat dengan menggunakan pelbagai orientasi dan pendekatan. Dalam konteks ini,

pihak sekolah boleh membantu guru-guru dengan mengadakan program untuk menangani

tekanan emosi dalam kalangan guru. Contohnya, mengadakan bengkel pengurusan emosi,

bengkel pengurusan masa dan juga latihan atau sesi pengenduran. Kesimpulannya,

penyelesaian untuk mengatasi masalah emosi dalam kalangan guru perlu merangkumi

penglibatan semua pihak termasuk kementerian, sekolah dan individu itu sendiri.

Page 6: 3.0 Tekanan Emosi

Sapora Sipon. 2010. Prosiding Seminar Profesion Keguruan. Stres kerja guru: punca, kesan

dan strategi daya tindak

Kyriacou, C. (1987). Teacher stress and burnout: an international review. Educational

Research. 29, hlm 146-152

Khairul Azran Hussin. 2010. Seksa jadi cikgu. Berita Harian. Dilayari pada 1 Ogos 2014

daripada http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Seksajadicikgu/Article/

Grififth, J. & Steptoe, A. & Cropley, M. 1999. An investigation of coping strategies associated

with job and stress in teachers. British Journal of Educational Job Stress. Vol 69(4), 517-531