proposal tekanan emosi

62
HUBUNGAN ANTARA TEKANAN EMOSI DENGAN PRESTASI KERJA, KEHIDUPAN SOSIAL DAN MORAL DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH DI DAERAH SANDAKAN, SABAH Noor Ashikin Binti Mat Shoib Noor Shellawaty Bte Hussein Norashikin Binti Nordin Universiti Putra Malaysia Abstrak Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap tekanan emosi dalam kalangan guru-guru Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Selain itu kajian ini mengenalpasti hubungan antara tekanan emosi dengan prestasi kerja, kehidupan sosial dan moral dalam kalangan guru sekolah rendah dan sekolah menengah. Seramai 35 orang guru-guru Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di Daerah Sandakan telah dipilih sebagai subjek kajian. Instumen yang telah digunakan dalam kajian ialah Teacher Stress Inventory iaitu diperkenalkan oleh Boyle et al. (1995), Self Report Teacher Stress oleh Kyriacou dan Sutcliffe (1978), dan soal selidik yang digunakan oleh Payne dan Furnham (1987), kajian oleh Kim (2006), Ling (2008), Wan Mohamad Nasir (2002), Sevakame (2003) dan Chang (2007). Instrumen ini juga telah diubaisuai mengikut keperluan keadaan. Data dianalisis dengan menggunakan program SPSS versi 21.0. Analisis Skor Mean, Ujian-T, Analisis Varian (ANOVA) dan Ujian Korelasi Pearson telah digunakan untuk menjawab objektif kajian. Dapatan kajian menunjukkan tahap yang sederhana dan tidak menjejaskan prestasi kerja, kehidupan sosial dan mora guru-guru. Bagi faktor-faktor demografi, hasil kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap stres dengan faktor jantina, tempat bertugas dan pengalaman bekerja. Perbincangan dan kesimpulan kajian turut dikemukakan. 1

Upload: shellahussein

Post on 17-Dec-2015

132 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

ROUGH

TRANSCRIPT

HUBUNGAN ANTARA TEKANAN EMOSI DENGAN PRESTASI KERJA, KEHIDUPAN SOSIAL DAN MORAL DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH DI DAERAH SANDAKAN, SABAH

Noor Ashikin Binti Mat ShoibNoor Shellawaty Bte HusseinNorashikin Binti NordinUniversiti Putra Malaysia

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap tekanan emosi dalam kalangan guru-guru Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Selain itu kajian ini mengenalpasti hubungan antara tekanan emosi dengan prestasi kerja, kehidupan sosial dan moral dalam kalangan guru sekolah rendah dan sekolah menengah. Seramai 35 orang guru-guru Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di Daerah Sandakan telah dipilih sebagai subjek kajian. Instumen yang telah digunakan dalam kajian ialah Teacher Stress Inventory iaitu diperkenalkan oleh Boyle et al. (1995), Self Report Teacher Stress oleh Kyriacou dan Sutcliffe (1978), dan soal selidik yang digunakan oleh Payne dan Furnham (1987), kajian oleh Kim (2006), Ling (2008), Wan Mohamad Nasir (2002), Sevakame (2003) dan Chang (2007). Instrumen ini juga telah diubaisuai mengikut keperluan keadaan. Data dianalisis dengan menggunakan program SPSS versi 21.0. Analisis Skor Mean, Ujian-T, Analisis Varian (ANOVA) dan Ujian Korelasi Pearson telah digunakan untuk menjawab objektif kajian. Dapatan kajian menunjukkan tahap yang sederhana dan tidak menjejaskan prestasi kerja, kehidupan sosial dan mora guru-guru. Bagi faktor-faktor demografi, hasil kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap stres dengan faktor jantina, tempat bertugas dan pengalaman bekerja. Perbincangan dan kesimpulan kajian turut dikemukakan.

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 PENGENALAN

Dalam zaman moden ini, tekanan atau stres adalah perkara yang tidak dapat dipisahkan daripada hidup. Di mana-mana sahaja seseorang itu akan menghadapi tekanan, tidak kira sama ada ketika belajar di sekolah ataupun universiti, bekerja di pejabat, bermain di padang, berada di dalam ataupun di luar rumah mahupun ketika sedang memandu kenderaan. Setiap individu juga memberikan reaksi dan tindak balas yang berbeza-beza kepada tekanan yang dialaminya. Ada individu yang mampu menghadapi tekanan dengan mudah, tetapi tidak kurang juga yang terpaksa dibantu, diberi sokongan dan bantuan ketika menghadapi tekanan. Rohany mengatakan, "Apabila berlakunya krisis, seseorang itu tidak mampu berfikir dengan baik. Keupayaan berfikir juga terjejas kerana gangguan emosi yang serius. Sesuatu kejadianyang berlaku dalam situasi beginijuga biasanya dikaitkan dengan persepsi ancaman kepada kehidupan atau integriti diri seseorang" (Berita Harian, 6 Jun 1994, hal. 21, dalam HairunnajaNajmuddin, 2004).Dunia pendidikan hari ini jauh berbeza dengan dunia pendidikan tiga puluh tahun yang lalu. Ungkapan guru umpama lilin yang membakar diri tidak sepi dari pelbagai cabaran sejak dahulu sehinggalah pada masa kini. Sesungguhnya, guru bukan sekadar menggalas tugas sebagai guru yang komited untuk mengajar, bahkan turut mendidik dan merubah manusia yang bernama pelajar dari keadaan yang tidak menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira untuk menjadi seorang manusia yang berjaya (Abdul Said Ambotang, 2010; Shuib Dirwan dan Johari Seman, 2001). Oleh itu, tidak dapat dinafikan bahawa di bahu guru lah digalaskan segala tanggungjawab untuk mencapai kemajuan negara yang lebih pesat.Di Malaysia, persoalan mengenai tekanan kerja di kalangan guru-guru juga menjadi topic penyelidikan. Basinun (1995) menyatakan antara masalah utama guru adalah masalah kenaikan gaji, peluang kenaikan pangkat dan beban kerja guru yang keterlaluan. Selain daripada tugas mendidik murid-murid, guru-guru perlu berdepan dengan karenah disiplin murid yang menambahkan lagi beban kerja guru. Dalam memastikan peningkatan produktiviti, hakikatnya pekerja seperti guru dibebani dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab tambahan. Pada tahun 2005, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendakwa tahap stres dalam kalangan guru di negara ini semakin menjadi-jadi dan membimbangkan ekoran bebanan tugas yang semakin meningkat.

1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN

Pelajar pecah gegendang telinga ditampar guru, begitulah tajuk berita yang dilaporkan oleh wartawan Sinar Harian bertarikh 17 Ogos 2012 yang berlaku di Dungun, Terengganu beberapa tahun yang lepas. Sehingga ke hari ini semakin banyak berita dan laporan yang dibuat oleh masyarakat berkenaan dengan tindakan guru yang tidak sepatutnya. Masyarakat yang sudah sering disajikan dengan isu-isu panas berkaitan profesion perguruan ini sudah tentu dengan sewenang-wenangnya menyalahkan guru dan melemparkan pelbagai tohmahan, andaian dan tuduhan tanpa sebarang usul periksa. Hanya disebabkan tindakan sebegitu dengan mudah semua jasa guru yang telah mendidik anak-anak didiknya dilupakan. Apakah masyarakat lupa bahawa guru juga adalah manusia biasa yang boleh tertekan dan mengalami stres? Stress guru membimbangkan, itulah yang dinyatakan oleh bekas Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Ismail Nihat kira-kira sembilan tahun yang lalu kepada wartawan Utusan Online pada 18 Ogos 2005. Hal ini menunjukkan isu tekanan emosi di kalangan guru bukanlah sesuatu yang baru dan asing lagi. Bahkan sehingga kini, masalah tekanan emosi dikalangan guru berada di tahap yang membimbangkan. Stres memberi kesan kepada masalah kesihatan mental dan fizikal dan mempengaruhi keberkesanan hubungan guru dengan pelajar dan juga mutu pendidikan (Weisberg & Sagie, 1999).Perkataan stress telah mengundang pelbagai definisi dan pemahaman bagi setiap individu. Menurut Wangsa (2010), istilah stres berasal dari kata stringere yang bererti ketegangan atau tekanan. Dalam bidang pendidikan, golongan guru tidak lari daripada mengalami tekanan melibatkan emosi yang mana kita sedia maklum tuntutan profesion ini untuk berhadapan dengan pelbagai karenah pihak pentadbiran, ibu bapa pelajar, para pelajar dan beban tugas lain. Stres memberi kesan kepada interaksi guru dengan murid dimana ia boleh menyumbang kepada ketidakselesaan hubungan dengan murid-murid sehingga menyebabkan guru bertindak secara tidak wajar terutama apabila pelajar-pelajar menghasilkan kerja yang tidak baik dan tidak bertingkahlaku dengan baik (Nelson et al 2001). Para pendidik terutamanya para guru memainkan peranan penting dalam usaha untuk melonjakkan kecemerlangan pendidikan. Guru perlu bekerja dengan lebih produktif untuk mencapai prestasi kerja yang maksimum. Namun, lambakan tugas-tugas lain seperti kerja pengkeranian boleh mengganggu prestasi kerja guru dan seterusnya menyebabkan guru mengalami tekanan emosi. Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada masalah stres ataupun tekanan emosi di kalangan guru. Antaranya adalah persekitaran kerja, karenah pelajar, beban tugas di sekolah, tekanan dari pihak atasan dan juga masalah peribadi seperti kesihatan, kewangan, perhubungan dan taraf hidup masing-masing. Persekitaran yang kurang kondusif ditambah dengan karenah para pelajar dan masalah disiplin menyebabkan guru terdedah dengan tekanan akibat beban tugas yang perlu dilaksanakan. Bebanan tugas ini merujuk kepada tugas-tugas yang perlu dibuat oleh guru seperti membuat persediaan mengajar, menyemak latihan pelajar, tanggungjawab terhadap pelajar, urusan-urusan pentadbiran dan lain-lain tanggungjawab yang mesti dipikul oleh seorang guru sepanjang bekerja. Menurut Erkutlu & Chafra (2006), tekanan yang tinggi di tempat kerja boleh menyumbang kepada perletakan jawatan.Oleh itu, bersesuaian dengan tajuk kes yang telah kami pilih iaitu Hubungan Antara Tekanan Emosi Dengan Prestasi Kerja, Kehidupan Sosial dan Moral Dalam Kalangan Guru Sekolah, kami dapati isu tekanan emosi dikalangan guru adalah sangat penting untuk ditangani bagi mengelakkan sistem pendidikan negara kita terjejas dan seterusnya meningkatkan kualiti pendidikan untuk merealisasikan lima aspirasi sistem pendidikan Malaysia.

1.2 PENYATAAN MASALAH

Menurut Cooper & Roberston (1987) semakin kompleks sesebuah organisasi, semakin tinggi punca tekanan. Punca tekanan kerja datang dari pelbagai aspek kerja seperti ciri-ciri pengurusan kerja, hubungan dalam organisasi, beban kerja, struktur dan iklim organisasi, ciri-ciri kerja dan lain-lain lagi. Kesan tekanan kerja yang dihadapi oleh pekerja terhadap organisasi atau industri juga adalah besar. Tekanan yang dialami oleh pekerja boleh mengakibatkan banyak kesan negatif terhadap sesebuah organisasi atau industri. Pekerja yang menghadapi tekanan yang tinggi akan kurang motivasi kerja, enggan bekerjasama, enggan bertolak ansur, sukar menyesuaikan diri, mempunyai sikap negatif, selalu cuti sakit dan lain-lain lagi yang akhirnya menghasilkan prestasi yang menurun. Seterusnya, organisasi atau industri akan mengalami produktiviti yang menurun serta kerugian yang lebih besar. Oleh itu, kini kita dapati bahawa organisasi dan industri amat prihatin tentang hal kebajikan pekerja diutamakan. Mereka menganjurkan kursus-kursus pengurusan tekanan dan lain-lain bagi membantu mengurangkan tekanan serta menguruskan tekanan yang dihadapi pekerja mereka.Para penyelidik telah mengenal pasti beberapa faktor yang mengakibatkann tekanan dikalangan guru. Menurut Johnstone (1989) pelbagai faktor seperti masalah tingkah laku pelajar, persekitaran kerja kurang memuaskan, hubungan rakan sekerja yang kurang baik, beban tugas yang berlebihan dan keadaan kerja yang rutin menyebabkan tekanan dalam profesion perguruan. Hubungan guru dan pelajar serta guru dan rakan sekerja terjejas kerana kekurangan kemahiran interpersonal dan juga interaksi sosial di persekitaran sekolah yang semakin kompleks. Stres ditempat kerja haruslah dielakkan kerana ia boleh mempengaruhi kemerosotan prestasi kerja yang akhirnya boleh menjejaskan organisasi. Masalah yang melanda pendidik ini amat membimbangkan kerana mampu mempengaruhi tahap ekonomi sara diri dan boleh menjejaskan prestasi kerja sekiranya tidak diselesaikan dengan segera. Berdasarkan masalah di atas, penting bagi sesebuah organisasi pendidikan untuk mewujudkan iklim organisasi yang positif dan kondusif supaya guru menjalankan tugas mereka dengan berkualiti dan berkesan dalam masa yang sama meningkatkan prestasi kerja mereka.

1.3 KEPENTINGAN KAJIANTujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji tahap stres guru dan sejauhmanakah ia mempengaruhi prestasi kerja, kehidupan sosial dan moral guru di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di Daerah Sandakan.

1.4OBJEKTIF KAJIAN1. Untuk mengenalpasti tahap tekanan emosi dalam kalangan guru-guru Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di Daerah Sandakan. 2. Untuk mengenalpasti perbezaan tahap tekanan emosi dalam kalangan guru-guru di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Daerah Sandakan dari segi demografi (jantina, pengalaman mengajar dan tempat bertugas). 3. Untuk mengenalpasti hubungan di antara tekanan emosi dengan Prestasi Kerja, Kehidupan Sosial dan Moral dalam kalangan guru Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di Daerah Sandakan.

1.5PERSOALAN KAJIAN

1. Apakah tahap tekanan emosi dalam kalangan guru-guru Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di Daerah Sandakan?2. Adakah terdapat perbezaan tahap tekanan emosi dalam kalangan guru-guru Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di Daerah Sandakan dari segi demografi (jantina, pengalaman mengajar dan tempat bertugas)?3. Adakah hubungan signifikan antara tekanan emosi dengan Prestasi Kerja, Kehidupan Sosial dan Moral dalam kalangan guru Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di Daerah Sandakan?

1.6 BATASAN KAJIAN

Semasa menjalankan kajian, terdapat beberapa batasan kajian yang berkemungkinan dihadapi oleh penyelidik. Antaranya ialah kekangan dari segi masa dan juga kaedah yang diguna pakai. Hal ini akan memberi kesan kepada penyelidikan yang dilakukan. Batasan tersebut adalah seperti berikut:1. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kajian soal selidik. Dengan ini, segala maklumat mengenai responden adalah berdasarkan maklum balas melalui soal selidik. Oleh itu, kebolehpercayaan dapatan kajian bergantung kepada kesungguhan dan keikhlasan responden menjawab item-item di dalam soal selidik.2. Kajian ini dijalankan ke atas guru-guru di dua jenis sekolah iaitu Sekolah Rendah dan Sekolah Menegah di Daerah Sandakan.3. Kajian ini juga adalah merupakan kajian jangka masa pendek iaitu kurang daripada setahun. Ianya disebabkan oleh sumber, tenaga dan masa yangterhad. Ketepatan maklumat adalah bergantung kepada kefahaman, kerjasama, serta kejujuran responden menjawab soalan-soalan yang terkandung dalam borang soal selidik.

1.7 DEFINISI OPERASIONAL KAJIAN

Definisi operasional akan menerangkan istilah yang penting dari pandangan orang lain yang sama maksud dengan istilah yang digunakan oleh pengkaji dalam kajian ini.1.7.1 Tekanan Emosi / Stres

Tekanan secara amnya didefinisikan sebagai satu keadaan emosi yang kurang selesayang diakibatkan oleh keadaan mudarat yang berlanjutan (kyriacou, 1989). Tekanan dan beban juga mengakibatkan masalah kesihatan dan kekurangan prestasi kerja (Quick & Quick, 1984).1.6.2Prestasi KerjaMenurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat (2005), prestasi bermaksud penghormatan yang diperoleh kerana kejayaan, pencapaian, pangkat, nama baik ataupun reputasi. Kerja pula bermaksud usaha (kegiatan atau urusan) yang bertujuan untuk menghasilkan sesuatu. Untuk konteks kajian ini, prestasi kerja guru merujuk kepada definisi prestasi kerja menurut Campbell (1983) yang bermaksud tahap di mana seseorang individu dapat membantu organisasinya mencapai objektif organisasinya.

1.8 KERANGKA KONSEP KAJIANPemboleh ubah bersandar dalam kerangka konsep kajian ini adalah Tekanan Emosi ataupun Stres. Manakala Pemboleh Ubah Tidak Bersandar pula adalah Prestasi Kerja Guru, Kehidupan Sosial dan Tahap Moral Guru. Ketiga-tiga pemboleh ubah tidak bersandar ini akan mempengaruhi tahap tekanan emosi yang dihadapi oleh guru.

Pemboleh Ubah Bersandar Pemboleh Ubah Tidak BersandarPrestasi Kerja Guru

Tahap Moral Guru

Kehidupan Sosial Guru

Tekanan Emosi/Stres

Rajah 1: Kerangka Konsep (Penyelidik, 2014)

1.9RUMUSAN

Secara keseluruhannya bahagian ini memberi gambaran awal mengenai kajian yang akan dilakukan dengan menghuraikan tujuan dan matlamat kajian serta menyenaraikan langkah-langkah yang akan dibuat dalam kajian melalui objektif objektif yang ditetapkan. Latar belakang masalah dan pernyataan masalah menjelaskan lagi mengenai data yang diperlukan, alat kajian yang akan digunakan untuk mengumpul data serta teknik statistik yang sesuai untuk menganalisis data, pembolehubah serta populasi kajian. Bab ini menerangkan pernyataan masalah yang merupakan teras kepada kajian penyelidikan ini. Selain itu, bab ini juga menjelaskan objektif, persoalan dan kepentingan kajian yang mendorong penyelidik untuk membuat kajian selanjutnya dalam bab-bab yang seterusnya.

BAB 2KAJIAN LITERATUR

2.1 PENGENALANAntara perintis dalam bidang stres ialah Seyle (1976) yang menerangkan bahawa stres memberi makna yang berbeza bagi individu yang berbeza. Menurut Seyle, stres adalah satu keadaan yang memberi kesan terhadap emosi, kognitif dan fizikal seseorang. Terdapat pelbagai model dan teori yang telah dirangkakan untuk menjelaskan maksud stress berdasarkan konteks sama ada dari segi perspektif pekerjaan atau model yang menjurus kepada stres guru.

2.2 TEKANAN EMOSI / STRESUtusan Malaysia bertarikh 23 Jnauari 2008, mantan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien mendedahkan bahawa beban tugas guru masa kini adalah terlalu berat. Pada zaman ini guru bukan sekadar mengajar namun memainkan peranan dalam hal-hal lain seperti pembangunan fizikal sekolah, menjaga disiplin dan mengurus pentadbiran. Beban tugas yang banyak memaksa guru bekerja dalam tempoh yang panjang dann membawa kepada tekanan emosi guru. Satu kajian telah dibuat oleh NUTP, pada tahun 2005 mengenai stres dalam kalangan kakitangan perguruan. Seramai 9328 guru telah memberikan maklumbalas terdiri daripada guru kelas, pengetua, pensyarah dan pegawai jabatan pelajaran. Daripada kajian itu, didapati seramai 69 peratus responden bersetuju bekerja dalam keadaan stres dan faktor utama yang menyebabkan stres ialah tekanan daripada ibubapa dan pelajar yang sering menimbulkan masalah sehingga ada yang ingin menyaman dan membawa kes kesalahan guru ke mahkamah. Terdapat banyak kajian lepas yang dijalankan bagi mengenal pasti tahap dan punca-punca stres dalam kalangan guru. Isu stres dalam kalangan guru telah mendapat perhatian ramai dan mula dikaji seawal tahun 1970-an hingga ke hari ini (contohnya: Kyriacou & Sutcliffe, 1978; Chaplain, 1995; McCormick, 1997; Lau, 2002; Lemaire, 2009; Ages, 2011). Antaranya ialah kajian oleh Van Dick dan Wagner (2001) yang mendapati bahawa faktor beban kerja merupakan penyumbang utama terhadap stres guru. Kajian mereka juga menunjukkan bahawa stres yang dialami oleh guru akan memberi kesan negatif bukan sahaja dari segi fisiologi seperti tekanan darah tinggi, malahan ia turut memberi kesan kepada tingkah laku guru. Begitu juga dengan Tang dan Yeung (1999) dan Lau (2002) dalam kajian sekolah menengah di Hong Kong juga mendapati, faktor beban tugas telah menyebabkan stres kepada guruhingga boleh mengundang burnout. Fenomena ini turut disokong dalam kajian Kokkinos (2007) dan Kumarakulasingam (2002).Seterusnya beberapa kajian yang bertujuan mengkaji samada faktor demografi mempunyai hubungan dengan tahap stres guru turut menjadi tumpuan penyelidik-penyelidik. Ling (2008) mendapati pengalaman mengajar mempunyai hubungan yang signifikan dengan tahap stres guru. Guru yang mempunyai pengalaman mengajar yang lebih lama didapati mengalami stres yang lebih tinggi berbanding guru yang kurang pengalaman. Kajiannya terhadap guru sekolah menengah di Hong Kong menggunakan kaedah kuantitatif sepenuhnya turut melaporkan bahawa guru yang mengajar di tahap yang tinggi lebih stres dari segi tingkah laku, emosi dan keletihan berbanding guru yang mengajar di tahap rendah.Laporan juga ada menyatakan bahawa tahap tekanan emosi tidak bergantung kepada jenis jantina sama ada lelaki ataupun wanita. Sebaliknya ia bergantung kepada indvidu itu sendiri. Ini telah disokong oleh ungkapan ucapan sempena Hari Guru tahun 1998, yang menyatakan bahawa : .........warga pendidik selaku tunggak yang akan berdepan dengan pelbagai masalah tentu akan lebih tabah dan yakin apabila seluruh anggota masyarakat berdiri teguh dibelakangnya. Warga pendidik sebenarnya tidak perlu bersendirian memperjuangkan nasib anak-anak didiknya kerana tanggungjawab yang berat itu boleh dipikul bersama bagi melahirkan generasi pewaris yang kental daya saingnya, berbudaya ilmu serta berani mengharungi apa jua gelombang yang melanda......... (Y.Bhg. Dato Dr. Abdul Shukor Abdullah, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia).Kajian Chaplain (1995) terhadap guru di sekolah rendah di kawasan utara dan timur England mendapati hanya satu pertiga daripada responden berpuas hati dengan kerja yang mereka lakukan. Ini terbukti melalui dapatan bahawa terdapat hubungan kolerasi negatif antara tahap stres dan kepuasan bekerja. Kajian Chaplain juga menunjukkan bahawa tiga faktor iaitu faktor pengajaran dan pembelajaran, karenah pelajar dan beban tugas merupakan faktor yang dominan mempengaruhi stres guru-guru tersebut. Selain itu, dapatan juga menunjukkan bahawa guru perempuan berasa lebih tertekan berbanding guru lelaki. Begitu juga dengan faktor umur yang mana didapati guru muda mempunyai tahap stres yang tinggi berbanding dengan guru pertengahan.Dapatan yang sama turut diperolehi daripada kajian Klassen dan Chiu (2010) terhadap guru sekolah rendah dan sekolah menengah di Kanada. Faktor beban kerja dan karenah pelajar juga didapati merupakan faktor yang dominan mempengaruhi stres guru-guru. Berbanding kajian Chaplain, Klassen dan Chiu melaporkan dengan terperinci bahawa tahap stres guru perempuan sememangnya lebih tinggi daripada lelaki tetapi ianya hanya bagi faktor beban kerja dan karenah pelajar sahaja. Bagi faktor-faktor stres yang lain, tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap stres guru lelaki dan guru perempuan. Menurut kajian ini lagi, guru yang menunjukkan tahap stres yang tinggi akibat bebanan kerja dilaporkan mempunyai efikasi kendiri yang tinggi dalam menguruskan bilik darjah.Manakala Punanesvaran (2000) yang mengkaji hubungan beban kerja dengan stres guru di sekolah rendah mendapati bahawa faktor beban kerja yang diberi oleh pihak pentadbir secara tidak adil telah menyebabkan guru berasa stres kerana terpaksa membuat kerja yang lebih dalam masa yang singkat.Menurut Marzita Abdullah (2004), beban tugas seorang guru hari ini bertambah kepada 130 peratus iaitu meliputi 70 peratus tugas pengajaran dan pembelajaran dan 60 peratus tugas pentadbiran. Manakala, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) Ismail Nihat dalam Marzita Abdullah (2004) telah menyatakan bahawa pertambahan beban tugas tersebut mungkin menyebabkan kualiti pengajaran dan pembelajaran guru semakin menurun. Guru tertekan dengan situasi tersebut menyebabkan mereka bekerja sekadar memenuhi tugas yang diarahkan. Pada dasarnya tugas seorang guru ialah 70 peratus melaksanakan P&P manakala 30 peratus adalah tugas-tugas sampingan di sekolah. Namun begitu pada masa ini guru-guru terpaksa membuat tugas tambahan t ermasuk tugas perkeranian yang di luar daripada bidang pendidikan. Jika tugas-tugas ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik, ini dipercayai boleh menganggu emosi guru.Berdasarkan sorotan literatur yang dihuraikan di atas, jelas menunjukkan bahawa terdapat beberapa faktor yang menyebabkan guru-guru berasa stres. Antaranya adalah faktor beban kerja, kekangan masa, karenah pelajar, hubungan dengan rakan sekerja, ibu bapa pelajar dan pentadbir, bahan bantu mengajar, kurang sokongan dari pihak pentadbir, kesamaran peranan, mengurus aktiviti-aktiviti pelajar dan harapan tinggi daripada ibu bapa pelajar.Memandangkan guru-guru merupakan aset penting yang diperlukan oleh negara, maka golongan guru perlu diberi perhatian khususnya dalam menghadapi stres. Dengan wujudnya stres dalam kalangan guru, akan memberi impak terhadap guru dalam memberi komitmen semasa menjalankan tugas dan tanggungjawab di sekolah. Sememangnya kajian terhadap stres guru telah banyak dilakukan oleh penyelidik-penyelidik terdahulu. Kebanyakan kajian-kajian lepas hanya mengkaji tahap stres dan punca-punca yang menyebabkan guru stres. Namun, kajian ini bukan sahaja mengukur tahap stres tetapi ingin mengetahui apakah peramal yang signifikan terhadap stres guru-guru. Lantaran itu, penyelidik ingin mengambil peluang ini untuk mengkaji dengan lebih lanjut mengenai masalah stres dalam kalangan guru-guru. Fokus akan diberikan kepada guru-guru Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di Daerah Sandakan. Penyelidik berminat menjalankan kajian terhadap Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di Daerah Sandakan.Faktor lain seperti bebanan kerja dan prospek kenaikan pangkat yang tidak mencukupi iaitu daripada 320 000 orang guru, hanya 40 000 kekosongan sahaja untuk kenaikan pangkat. Oleh yang demikian, ramai guru yang kecewa sehingga mereka bersara. Profesion perguruan adalah profesion yang tidak mempunyai pembahagian masa yang jelas antara masa bekerja dan masa tidak bekerja. Menurut Noriah(1994) keadaan sedemikian boleh mewujudkan tekanan kepada guru-guru. Selye (1956) menyatakan bahawa tekanan yang berpanjangan boleh membawa kepada gangguan emosi ditahap yang berbeza-beza daripada tahap rendah hingga ke tahap serius. Ini akan mewujudkan emosi yang pelbagai seperti bosan, lesu, marah, kecewa dan benci (Muchinsky, 1997).Guru perlu berinteraksi dengan pelajar-pelajar secara fizikal, dan emosi semasa proses pengajaran dan (Mohd Najib, 2000). Kenyataan ini disokoinh oleh Newtondan Newton (2001) yang mengatakan guru perlu banyak berkomunikasi dan berinteraksi dengan pelajar dalam kelas. Polloway, Patton dan Serna (2001) jugamengakui kepentingan kemahiran sosial bagi guru yang mengajardan juga melatih pelajar dalam kemahiran sosial.Justeru, kebolehan guru berinteraksi dengan pelajar dipengaruhi oleh keadaan emosi guru.(BeritaHarian, 24 Ogos 2000; New Straits Times, 26 May 2003; & Utusan Malaysia, 4 Januari 2002). Melaporkan bahawa beberapa contoh peristiwa cetusan emosi yang berlaku dalam persekitaran pekerjaan, umpamanya, seorangguru besar didapati telah membaling komputer dari tingkat satu ke tingkat bawah bangunan sekolah akibat salah faham (Berita Harian, 24Ogos 2000). Terdapat jugacontoh yang melibatkan perhubungan guru-pelajar, di mana seorang guru telah didapati menampar pelajarnya yang dikatakan terlalu banyak bercakap dalam kelas. Perbuatan beliau telah menimbulkan rasa takut pelajaruntuk datang ke sekolah (Berita Harian,3 September 2003).

2.3PRESTASI KERJAMenurut Campbell (1970), prestasi kerja secara asasnya adalah tahap di mana seseorang individu dapat membantu organisasinya mencapai objektif organisasinya. Manakala menurut Motowildo, Bormon, Schmit (1997) prestasi kerja adalah himpunan nilai yang ada pada organisasi melalui rentetan tingkahlaku individu yang berlainan sepanjang masa tertentu. Menurut Freedman (2005) pula, apabila kita dapat mengaitkan antara perasaan seseorang dengan prestasi kerja, maka kita dapat melihat perkaitan antara prestasi pekerja dan iklim organisasi. Sorotan karya mendapati perkaitan antara prestasi pekerja dalam organisasi dapat digambarkan dalam pelbagai perspektif yang berbeza. Sesetengah penulis percaya apabila pekerja itu diberikan kebebasan untuk melakukan kerja, mereka menyukai kerja mereka dan menyebabkan mereka suka berada di sana dan ingin kekal membantu organisasi mereka dengan mengelakkan daripada terlepas aset yang bernilai (Aranoff, Barlas, Figgie, Kirk, Leitner dan Wilfer, 2005)

2.4MODEL STRESTerdapat beberapa model stres yang bekaitan dengan pekerjaan iaitu Model Stres Tuntutan-Kawalan (Karasek, 1979); Model Stres Tuntutan-Kawalan-Sokongan (Karasek & Theorell, 1990); Model Stres Cooper (1998); Model Stres Pekerjaan (Palmer & Cooper, 2004). Jaafar Muhammad (2003) telah mengemukankan Model Punca Tekanan yang merupakan model umum dalam melihat punca tekanan yang mungkin berlaku dalam sesebuah organisasi Model ini dibina berdasarkan tiga kumpulan faktor yang berpotensi untuk mewujudkan tekanan iaitu faktor persekitaran, faktor organisasi dan faktor personel. Faktor-faktor ini adalah relevan dalam menyumbang tekanan atau stres dalam sesebuah organisasi seperti di sekolah. Kyriacou dan Sutcliffe (1978) telah membangunkan model stres kerja guru (rajah 2.1) yang tertumpu pada persepsi guru tentang bagaimana profesion sebagai guru mempengaruhi mereka secara peribadi. Dalam model ini, ciri-ciri individu guru telah dikenal pasti iaitu tahap pendidikan, pengalaman mengajar, kesukaran dalam menguruskan kelas. Satu lagi model berkaitan stres guru ialah model yang dibentuk oleh Boyle, Borg, Falzon dan Baglioni (1995). Model ini (rajah 2.1) dibangunkan berpandukan kepada lima dimensi yang mempengaruhi stres dalam kalangan guru iaitu beban kerja, karenah pelajar, pengiktirafan professional, sumber pengajaran dan perhubungan dengan rakan-rakan sekerja yang kurang baik.

BAB 3METODOLOGI KAJIAN3.1PENGENALANKajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap stres guru-guru Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di Daerah Sandakan Kuala Lumpur. Selain itu, penyelidik turut mengkaji faktor demografi guru seperti jantina, pengalaman mengajar dan jenis sekolah terhadap tahap stres guru-guru. Dalam kajian ini juga, penyelidik ingin mengenalpasti peramal utama terhadap stres dalam kalangan guru-guru Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di Daerah Sandakan.

3.2 REKA BENTUK KAJIANReka bentuk kajian ini adalah berbentuk deskriptif yang menggunakan instrumen soal selidik. Menurut Majid (1998), penyelidikan deskriptif merupakan penyelidikan yang bermatlamat untuk menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku. Menurut Opponham (1996), fungsi rekabentuk kajian adalah untuk membantu penyelidik mendapatkan jawapan yang jelas dan tepat terhadap persoalan kajian. Kerlinger (1970), salah satu tujuan menyediakan reka bentuk kajian adalah untuk mencari jawapan kepada persoalan-persoalan penyelidikan. Reka bentuk kajian ini akan membimbing penyelidik dalam usaha mendapatkan maklumat dan data berhubung objektif kajian yang dijalankan.. Jenis penyelidikan ini adalah jenis tinjauan. Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat sejauhmanakah tahap tekanan emosi di kalangan guru-guru. Data yang diperolehi melalui penggunaan set soalan soal selidik yang akan diedarkan kepada responden yang melibatkan guru-guru di sekolah sekitar Daerah Sandakan. Borang soal selidik di agihkan kepada responden melalui pigeon hole sekolah-sekolah yang terlibat dan akan dipungut melalui kaedah yang sama. Setiap maklumat yang diperolehi akan ditafsirkan secara kuantitatif.

3.3POPULASI DAN PERSAMPELANKajian ini telah dijalankan ke atas 4 buah sekolah iaitu 2 buah dari sekolah rendah dan 2 buah lagi dari sekolah menengah yang terletak di daerah Sandakan yang mempunyai populasi guru seramai 67 orang (sekolah bersaiz kecil). Kaedah kajian yang digunakan adalah secara sampel rawak mudah. Dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 21.0, penyelidik memasukkan kesemua nama guru yang menjawab soal selidik tersebut. Jadual 3.1 dibawah menunjukkan Populasi dan Sampel yang dipilih.Jadual 3.1Populasi Dan Persampelan

SekolahPopulasiSampelPeratus

A16850

B19947

C171164

D15747

JUMLAH673552

3.4INSTRUMEN KAJIANKajian ini dijalankan dengan menggunakan soal selidik berdasarkan pengubahsuaian daripada beberapa soal selidik kajian-kajian terdahulu seperti Teacher Stress Inventory oleh Boyle et al. (1995), Self Report Teacher Stress oleh Kyriacou dan Sutcliffe (1978), dan soal selidik yang digunakan oleh Payne dan Furnham (1987), kajian oleh Kim (2006), Ling (2008), Wan Mohamad Nasir (2002), Sevakame (2003) dan Chang (2007). Soal selidik ini digunakan untuk mengukur tahap tekanan kerja guru. Pengubahsuaian dibuat berdasarkan pemboleh ubah yang ingin diteroka dalam soalan kajian. Instrumen kajian terdiri dari 5 bahagian. Bahagian A ini mengandungi soalan-soalan yang berkaitan dengan maklumat latar belakang responden seperti, jantina, umur, pengalaman mengajar dan jenis sekolah yang diajar. Bahagian B mengandungi 10 item yang mengukur tahap tekanan emosi dalam kalangan guru sekolah. Bahagian C pula mengandungi 10 item yang mengukur status prestasi kerja dalam kalangan guru. Bahagian D mengandungi 5 item yang mengukur status kehidupan sosial dalam kalangan guru. Bahagian E iaitu bahagian yang terakhir mengandungi 5 item yang mengukur tahap moral dalam kalangan guru. Responden diminta menandakan darjah persetujuan berdasarkan lima mata Skala Likert. Munally (1978) berpendapat bahawa Skala Likert selalu digunakan kerana mudah dibentuk, kebolehpercayaan tinggi dan telah terbukti berjaya mengukur ciri-ciri dan konstruk dengan berkesan. Pilihan respon terdiri daripada 1= Sangat Tidak Setuju (STS), 2 = Tidak Setuju (TS), 3 = Kurang Pasti (KP), 4 = Setuju (S), dan 5 = Sangat Setuju (SS). Jadual 3.2 menunujukan jumlah item yang terdapat dalam borang soal selidik. Jadual 3.2Teacher Stress InventoryNo. ItemItemJumlah Item

1-10Tahap Tekanan Emosi Dalam Kalangan Guru Sekolah10

1-10Status Prestasi Kerja Dalam Kalangan Guru10

1-5Status Kehidupan Sosial Dalam Kalangan Guru5

1-5Tahap Moral Dalam Kalangan Guru5

JUMLAH30

3.5 KAJIAN RINTISKajian rintis dijalankan bertujuan untuk menguji kebolehpercayaan instrument yang telah dibina dan memastikan soalan yang terdapat di dalam soal selidik sesuai dengan situasi responden dan difahami oleh mereka. Menurut Mohd. Salleh dan Zaidatun (2001), kebolehpercayaan merupakan ukuran keupayaan sesuatu instrument penyelidikan dalam mengukur permasalahan (pembolehubah) kajian secara konsisten setiap kali digunakan pada masa ,tempat dan sampel yang berlainan. Nilai maksimum bagi pengkali kebolehpercayaan ialah 1. Sekiranya nilai pengkali tersebut kurang dari 0.6, maka instrumen itu dianggap mempunyai nilai kebolehpercayaan yang rendah. Untuk memastikan kebolehpercayaan soal selidik yang dibina menepati piawai, penyelidik telah menjalankan kajian rintis ke atas 35 orang guru yang dipilih secara rawak di 4 buah sekolah Daerah Sandakan. Hasil daripada analisis tersebut menunjukkan nilai pengkali kebolehpercayaan Alpha Cronbach yang didapati adalah 0.42 bagi stres dan 0.81 bagi status prestasi kerja, status kehidupan sosial dan tahap moral guru. Oleh itu pengkaji mendapati bahawa soal selidik yang dibina adalah sesuai untuk diedarkan bagi melaksanakan kajian sebenar. Jadual 3.3 menunjukan kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi kajian rintis yang telah dijalankan.Jadual 3.3

Kebolehpercayaan Alpha Cronbach

Alpha CronbachJumlah Item

.8230

3.6ANALISIS KAJIANSecara keseluruhannya hasil kajian akan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 21.0. Bagi menjawab soalan kajian yang pertama, analisis dibuat untuk mengukur tahap stres kerja guru-guru di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Daerah Sandakan Tahap stres kerja guru diukur dengan menjumlahkan skor min responden untuk kesemua 10 item. Pengkelasan tahap stres kerja yang berdasarkan jumlah skor min adalah seperti berikut: 1.00 2.33 (Rendah), 2.34 3.67 (Sederhana). 3.68 5.00 (Tinggi).Soalan kajian kedua adalah untuk melihat perbezaan tahap stres dari aspek jantina, pengalaman bekerja dan jenis sekolah. Statistik descriptif dan inferensi digunakan untuk melihat perbezaan skor min bagi menjawab soalan kajian kedua. Ujian-t bagi digunakan bagi menentukan perbezaan tahap stres guru dari aspek jantina. Manakala, Ujian Analisis Varian (ANOVA) sehala digunakan untuk mengukur pembolehubah yang melebihi dua kumpulan seperti jantina, pengalaman bekerja dan jenis sekolah. Manakala bagi soalan kajian ketiga, Analisis Korelasi Pearson (r) bagi menentukan kekuatan hubungan antara pemboleh ubah bersandar dengan pemboleh ubah tak bersandar.

BAB 4DAPATAN KAJIAN4.1PENGENALANDalam bab ini, analisis dapatan kajian akan dibincangkan. Dapatan di analisis berdasarkan persoalan kajian seperti berikut:1. Apakah tahap tekanan emosi atau stres dalam kalangan guru-guru Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di Daerah Sandakan?2. Adakah terdapat perbezaan tahap tekanan emosi atau stres dalam kalangan guru-guru Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di Daerah Sandakan dari segi demografi (jantina, pengalaman bekerja dan tempat bertugas)?3. Adakah hubungan signifikan antara stres dengan Prestasi Kerja, Kehidupan Sosial dan Moral dalam kalangan guru Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di Daerah Sandakan?

4.2PROFIL RESPONDEN Semua responden adalah daripada golongan guru-guru di 4 buah sekolah rendah dan menengah di daerah Sandakan. Jumpla semua guru adalah 67 orang yang telah dipilih secara rawak. Namun hanya 35 orang sahaja yang memulangkan borang soal selidik. Akhirnya jumlah borang soal selidik yang dikutip semula adalah 8,9,11 dan 7. Kesemuanya dalah 35 orang (Jadual 4.1)

Jadual 4.1Jumlah Borang Sola Selidik Yang Diedar dan DipulangkanSekolahJumlah DiedarJumlah DipulangkanJumlah DilengkapisiRespon (%)

A168850

B199947

C17111164

D157747

Jumlah67353552

4.3TAHAP TEKANAN EMOSI GURUSOALAN 1: Apakah tahap tekanan emosi dalam kalangan guru-guru Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di Daerah Sandakan?

Sebanyak 67 soal selidik telah diedarkan di 4 buah sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah dalam daerah Sandakan. Namun hanya 35 soal selidik yang telah dikembalikan dan juga telah lengkapisi oleh responden. Min yang diperoleh daripada data yang diproses akan dibandingkan dengan skala kualitatif dalam skala 5 tahap seperti dalam jadual 4.2 berikut:Jadual 4.2Skala 5 tahapSkalaNilai

Sangat tinggi4.24 5.00

Tinggi3.43 4.23

Sederhana2.61 3.42

Rendah1.81 2.61

Sangat Rendah1.00 1.80

Dapatan bagi soal selidik yang dijelaskan secara terperinci adalah seperti berikut:Jadual 4.3 dan Jadual 4.4 menunjukkan nilai min bagi setiap konstruk yang dikaji dalam kajian ini iaitu tekanan emosi, prestasi kerja, kehidupan sosial, dan morale dalam kalangan guru sekolah. Purata min bagi konstruk tekanan emosi ialah 3.76, prestasi kerja ialah 3.97, kehidupan sosial ialah 3.97 dan morale ialah 3.95.

Jadual 4.Min dan Sisihan PiawaiPembolehubahNMinSisihan Piawai

Tekanan Emosi353.76.621

Prestasi Kerja353.97.428

Kehidupan Sosial353.97.748

Moral353.95.683

Jadual 4.4Min dan Sisihan Piawai bagi setiap konstrukItemMinSisihan piawai

B1Saya gembira dengan kerjaya saya sekarang4.40.812

B2Saya melakukan tugas yang diberikan kepada saya dengan penuh dedikasi4.26.611

B3Saya menyiapkan tugasan yang diberi tanpa sebarang rungutan3.77.877

B4Saya melakukan tugas yang diberikan ala kadar sahaja3.94.938

B5Saya hanya melakukan tugas seperti yang diarahkan sahaja3.261.245

B6Saya melihat profesion ini sebagai sumber pendapatan sahaja3.891.051

B7Saya berasa letih mental dan fizikal setiap akali pulang dari kerja2.971.124

B8Saya pernah terfikir untuk berhenti kerja atau berpindah tempat kerja3.401.193

B9Saya sangat terbeban dengan tugas saya sebagai guru3.431.290

B10Saya merasakan saya silap memilih kerjaya4.26.980

C1Saya menyiapkan setiap tugasan yang diberikan mengikut masa yang telah ditetapkan4.23.598

C2Saya sentiasa mempelbagaikan kaedah pengajaran saya4.09.507

C3Saya patuh dengan setiap arahan yang diberikan oleh pihak pentadbir4.34.684

C4Saya sentiasa memastikan setiap tugasan yang diberikan kepada saya disiapkan dengan sempurna4.37.547

C5Saya tergolong dalam kategori guru yang rajin3.91.853

C6Saya mampu mengendalikan lebih dari satu tugas dalam satu-satu masa3.74.886

C7Saya mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang tugas saya4.06.591

C8Saya berasa kecekapan saya dalam pekerjaan semakin merosot berbanding dahulu3.54.852

C9Saya sanggup untuk melakukan tugas-tugas lain selain daripada tugas hakiki saya3.51.981

C10Saya kurang tumpuan dalam melaksanakan sesuatu tugasan3.89.867

D1Saya mempunyai hubungan yang baik dengan semua orang di sekeliing saya4.11.796

D2Seringkali saya menyiapkan tugasan berkumpulan secara bersendirian3.541.120

D3Rakan-rakan sekerja sentiasa memberikan bantuan dan sokongan kepada saya dalam melaksanakan sesuatu aktiviti4.11.932

D4Saya kurang bergaul dan lebih gemar bersendiri3.861.192

D5Saya tidak mendapat sokongan dan bantuan dari rakan-rakan sekerja di dalam mengendalikan sesuatu aktiviti4.20.964

E1Saya ada keinginan untuk menarik diri dari tuntutan pekerjaan saya4.031.043

E2Saya sentiasa memikirkan cara untuk meningkatkan kualiti dan pencapaian saya dalam pekerjaan4.11.718

E3Saya kurang/tidak bersemangat waktu bekerja4.00.970

E4Saya mempunyai motivasi yang tinggi untuk bekerja4.03.822

E5Saya sentiasa bersedia dan merasa tidak sabar untuk datang ke tempat kerja3.57.850

Konstruk Tekanan Emosi mempunyai purata min 3.76 iaitu menggambarkan tekanan yang sederhana dalam kalangan responden yang terdiri daripada guru sekolah. Jika dilihat pada item dalam konstruk ini, item B1 mempunyai min tertinggi menerangkan bahawa kebanyakan responden gembira dengan kerjaya masing-masing. Item B7 mempunyai min yang paling rendah iaitu 2.97. Min ini menunjukkan bahawa responden tidak merasa letih mental dan fizikal apabila pulang dari kerja dan tidak menganggap profesion ini sebagai suatu yang menyusahkan.Konstruk Prestasi Kerja pula mempunyai purata min 3.97. Prestasi kerja responden adalah baik mengikut persepsi masing-masing. Item C4 mempunyai min yang tertinggi yang memberi gambaran bahawa kesempurnaan kerja adalah satu faktor yang sangat penting dalam menentukan prestasi kerja responden. Min terendah 3.51 untuk item C9 menunjukkan bahawa responden tidak sanggup untuk melakukan tugas-tugas selain daripada tugas hakiki mereka.Kontruk Kehidupan Sosial mempunyai purata min 3.97 memberi gambaran bahawa responden mempunyai status kehidupan sosial yang agak sederhana. Item D5 mempunyai min yang tertinggi iaitu 4.20 yang menunjukkan bahawa sebahagian besar responden bersetuju bahawa mereka perlu mengendalikan sesuatu aktiviti tanpa bantuan rakan yang lain. Item D2 dengan min 3.54 menggambarkan bahawa responden kurang pasti sama ada mereka sering melakukan tugasan berkumpulan bersendirian.Konstruk Morale pula mempunyai purata min sebanyak 3.95. Angka ini menunjukkan bahawa morale dalam kalangan guru adalah sederhana. Item E2 mempunyai min tertinggi 4.11 yang memberi gambaran bahawa responden masih bersemangat untuk meningkatkan kualiti dan profesionalisme masing-masing dalam bidang masing-masing. Item E5 mempunyai min terendah menerangkan bahawa walaupun dalam keadaan bersedia, keterujaan untuk pergi ke sekolah setiap hari adalah pada tahap sederhana.

4.4PERBEZAAN TAHAP TEKANAN EMOSI DENGAN JANTINA, PENGALAMAN BEKERJA DAN JENIS SEKOLAHSOALAN 2: Adakah terdapat perbezaan tahap tekanan emosi dalam kalangan guru-guru Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di Daerah Sandakan dari segi demografi (jantina, pengalaman bekerja dan jenis sekolah)?

Untuk melihat perbezaan tahap tekanan emosi dalam kalangan guru-guru Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di daerah Sandakan yang berdasarkan faktor-faktor demografi, ujian-t digunakan untuk jantina dan tempat bertugas. Manakala pengalaman mengajar, ujian ANOVA telah digunakan. Berikut merupakan keputusan analisis statistik inferensi yang dijalankan.

4.4.1Tekanan Emosi dan JantinaUjian t bebas digunakan untuk mengkaji perbezaan min antara guru lelaki dan guru perempuan dari segi tekanan emosi. Dapatan ujian t bebas yang diproses menggunakan perisian SPSS adalah seperti dalam jadual 4.5 dan 4.6 berikut:

Jadual 4.5Perbezaan Min Mengikut JantinaStatistik Kumpulan

JANTINANMinStd DeviationStd. Error Mean

Min Tekanan EmosiLelaki133.63.595.165

Perempuan223.83.637.136

Jadual 4.6Min Dan Nilai Signifikan Bagi Perbezaan Antara Tahap Tekanan Emosi Mengikut JantinaUjian Sampel Bebas

Levene's Test for Equality of Variancest-test for Equality of Means

FSig.tdfSig. (2-tailed)Mean DifferenceStd. Error Difference95% Confidence Interval of the Difference

LowerUpper

Min Tekanan EmosiEqual variances assumed.029.865-.92433.362-.201.218-.644.242

Equal variances not assumed-.94126.758.355-.201.214-.640.238

Bilangan responden yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 35 orang guru-guru sekolah rendah dan sekolah menengah. Daripada keseluruhan responden, majoriti adalah terdiri daripada responden perempuan iaitu seramai 22 orang (63%) berbanding responden lelaki yang hanya 13 orang (37 %).Keputusan ujian yang dijalankan menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan tekanan emosi antara jantina yang berlainan iaitu guru lelaki dan guru perempuan (t = -.924, df=33, p=0.362). Keputusan ini menunjukkan bahawa jantina guru tidak memberi pengaruh kepada tekanan emosi yang dialami oleh mereka. Walau bagaimanapun, min tekanan emosi guru perempuan adalah lebih tinggi daripada guru lelaki.

4.4.2Tekanan Emosi dan Pengalaman MengajarUjian ANOVA digunakan untuk mengkaji perbezaan min antara guru dari pengalaman mengajar yang berlainan dari segi tekanan emosi. Dapatan ujian ANOVA yang diproses menggunakan perisian SPSS adalah seperti jadul 4.7 dan 4.8 berikut:Jadual 4.7Perbezaan Min Mengikut Pengalaman MengajarDeskriptif

Min Tekanan Emosi

NMeanStd. DeviationStd. Error95% Confidence Interval for MeanMinimumMaximum

Lower BoundUpper Bound

1-5 tahun153.71.708.1833.324.1125

6-10 tahun73.74.493.1863.294.2034

11-15 tahun53.64.385.1723.164.1234

16-20 tahun43.45.436.2182.764.1434

21-25 tahun24.15.919.650-4.1112.4145

26-30 tahun24.65.495.350.209.1045

Total353.76.621.1053.543.9725

Jadual 4.8Min Dan Nilai Signifikan Bagi Perbezaan Antara Tahap Stres Mengikut Pengalaman MengajarANOVA

Min Tekanan Emosi

Sum of SquaresdfMean SquareFSig.

Between Groups2.3795.4761.286.297

Within Groups10.72629.370

Total13.10634

Keputusan ujian ANOVA yang dijalankan menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan min tekanan emosi mengikut pengalaman mengajar guru yang terlibat sebagai responden [F (5,29) = 1.286, p = .297]. Keputusan ujian menggambarkan tekanan emosi tidak dipengaruhi oleh pengalaman mengajar guru. Walau bagaimanapun, kumpulan guru yang mempunyai pengalaman mengajar 26-30 tahun mempunyai min tekanan emosi yang paling tinggi iaitu 4.65 manakala kumpulan guru yang mempunyai pengalaman mengajar 16-20 tahun mempunyai min tekanan emosi yang paling rendah iaitu 3.45.

4.4.3Tekanan Emosi dan Tempat BertugasUjian t bebas digunakan untuk mengkaji perbezaan min antara guru sekolah rendah dan guru sekolah menengah dari segi tekanan emosi. Dapatan ujian t bebas yang diproses menggunakan perisian SPSS adalah seperti dalam jadual 4.9 dan 4.10 berikut:Jadual 4.9Perbezaan Min Mengikut Tempat BertugasStatistik Kumpulan

TEMPAT BERTUGASNMinStd. DeviationStd. Error Mean

Min Tekanan EmosiSekolah Rendah153.95.526.136

Sekolah Menengah203.62.660.148

Jadual 4.10Min Dan Nilai Signifikan Bagi Perbezaan Antara Tahap Stres Mengikut Tempat BertugasIndependent Samples Test

Levene's Test for Equality of Variancest-test for Equality of Means

FSig.tdfSig. (2-tailed)Mean DifferenceStd. Error Difference95% Confidence Interval of the Difference

LowerUpper

Min Tekanan Emosi Equal variances assumed.693.4111.59933.119.332.207-.090.754

Equal variances not assumed1.65332.842.108.332.201-.077.740

Keputusan ujian yang dijalankan menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan tekanan emosi antara guru sekolah rendah dan guru sekolah menengah (t = 1.599, df=33, p=0.119). Keputusan ini menunjukkan bahawa tekanan emosi tidak dipengaruhi oleh tempat bertugas guru yang terlibat sebagai responden. Walau bagaimanapun min tekanan emosi guru sekolah rendah adalah lebih tinggi daripada min tekanan emosi sekolah menengah.

4.5HUBUNGAN ANTARA TEKANAN EMOSI DENGAN DENGAN PRESTASI KERJA, KEHIDUPAN SOSIAL DAN MORAL DALAM KALANGAN GURU SOALAN 3: Adakah hubungan signifikan antara tekanan emosi dengan Prestasi Kerja, Kehidupan Sosial dan Moral dalam kalangan guru Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di Daerah Sandakan?

Ujian Kolerasi Pearson digunakan untuk mengkaji sekuat mana hubungan antara tekanan emosi dengan prestasi kerja, kehidupan sosial dan morale dalam kalangan guru. Ujian kolerasi digunakan kerana kesemua pembolehubah dalam kajian ini adalah berbentuk skala yang bertabur secara normal. Dapatan Ujian Kolerasi Pearson adalah seperti dalan jadual 4.11 berikut:

Jadual 4.11Hubungan Antara Tekanan Emosi dengan Prestasi Kerja, Kehidupan Sosial dan MoralTekanan EmosiPrestasi KerjaKehidupan SosialMorale

Tekanan EmosiKolerasi Pearson1.522.467.512

Sig. (2-hujung).001.005.002

Prestasi KerjaKolerasi Pearson.5221.550.632

Sig. (2-hujung).001.001.000

Kehidupan SosialKolerasi Pearson.467.5501.711

Sig. (2-hujung).005.001.000

MoraleKolerasi Pearson.512.632.7111

Sig. (2-hujung).002.000.000

** Kolerasi signifikan pada aras 0.01 (2-hujung)

b. Listwise N = 35

Data di atas menunjukkan bahawa empat pasangan pembolehubah yang terlibat mempunyai kolerasi yang signifikan. Huraian output ujian kolerasi diringkaskan seperti dalam jadual 4.12 berikut:

Jadual 4.12Huraian Analisis Inter-kolerasi Antara Pemboleh Ubah

Pemboleh ubah IPemboleh ubah IINilai pekali kolerasi (r)Huraian

Tekanan emosiPrestasi kerja.522Kolerasi positif yang sederhana

Kehidupan sosial.467Kolerasi positif yang lemah

Morale.512Kolerasi positif yang sederhana

Prestasi KerjaKehidupan sosial.550Kolerasi positif yang sederhana

Morale.632Kolerasi positif yang sederhana

Kehidupan SosialMorale.711Kolerasi positif yang kuat

Berdasarkan jadual di atas, nilai r yang paling tinggi ialah pada kolerasi antara kehidupan sosial dan morale iaitu r = 7.11. Ini menunjukkan bahawa kehidupan sosial guru mempunyai pengaruh yang kuat kepada morale guru. Nilai r yang paling rendah pula ialah pada kolerasi antara tekanan emosi dengan kehidupan sosial, r = .467. Nilai r ini menggambarkan bahawa tekanan emosi kurang dipengaruhi oleh kehidupan sosial guru yang terlibat.

BAB 5PERBINCANGAN

Bahagian ini membincangkan hasil dapatan kajian berdasarkan persoalan kajian yang dikemukakan agar bersesuaian dengan objektif kajian. Secara keseluruhannya, tekanan emosi yang dihadapi oleh guru yang terlibat sebagai responden kajian adalah berada pada tahap yang sederhana dan tidak menjejaskan prestasi kerja, kehidupan sosial dan morale guru berkenaan. Majoriti guru gembira menyandang profesion ini dan melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi. Meskipun begitu, terdapat sebahagian responden yang merasakan mereka tersilap memilih kerjaya. Perkara ini didorong oleh beban kerja guru yang semakin bertambah dari semasa ke semasa yang turut menyumbang kepada tekanan emosi dalam kalangan guru.Prestasi kerja guru dari persepsi responden pula berada pada tahap sederhana. Setiap tugasan yang diberikan kepada guru disiapkan dalam jangka masa yang telah ditetapkan dengan sempurna. Inovasi juga turut diterapkan dalam setiap penghasilan kerja yang dilakukan selari dengan kehendak semasa bidang pendidikan. Guru yang terlibat masih mengekalkan kecekapan kerja yang baik, dengan kerjasama dan bantuan dari rakan sejawat. Walau bagaimanapun, responden beranggapan bahawa tugas hakiki perlu diutamakan memandangkan tugas guru masa kini kian terbeban dengan tugas selain tugas hakiki (perkeranian dan sebagainya). Dalam usaha memperkasakan bidang pendidikan, prestasi kerja guru merupakan elemen penting yang perlu dijaga agar generasi akan datang terdidik dengan sempurna.Menyentuh perihal kehidupan sosial guru, dapatan kajian menunjukkan bahawa responden mempunyai hubungan baik dengan rakan sejawat. Hubungan yang baik ini seterusnya membawa kepada persekitaran dan iklim kerja yang kondusif. Sokongan dalam pelbagai bentuk yang diberikan oleh rakan sekerja menyumbang kepada interaksi interpersonal yang berkesan dan turut dibantu oleh semangat kerja berpasukan. Sememangnya kehidupan sosial penting untuk diberi perhatian oleh guru bagi menjamin kebajikan guru secara keseluruhannya.Morale atau semangat yang ada dalam diri guru menjadi pendorong utama untuk terus tabah dalam menjalankan tugas ini. Memandangkan beban kerja yang semakin bertambah saban hari, para guru perlu diberikan motivasi secara berterusan agak terus bersemangat dan tidak berputus asa. Dapatan kajian menunjukkan sebahagian responden masih mempunyai semangat yang kuat untuk terus berkhidmat, manakala sebahagian lagi telah hilang semangat tersebut. Pelbagai usaha perlu dilakukan untuk membantu kumpulan guru yang tidak bermotivasi ini. Pihak pentadbir sekolah perlu memandang berat hal ini agar potensi dan kebolehan setiap guru itu dapat dimanfaatkan secara optimum. Dapatan kajian juga mendapati bahawa tiada perbezaan signifikan tekanan emosi dengan jantina, tempat bertugas, dan pengalaman mengajar. Meskipun begitu, guru perempuan, guru sekolah rendah, guru yang berumur 50 tahun ke atas, guru yang berlayakan akademik diploma dan guru yang mempunyai pengalaman mengajar lebih 26 tahun mengalami tekanan emosi lebih dari kumpulan guru yang lain. Perkara ini disebabkan oleh hakikat profesion keguruan itu sendiri yang dinamik dan mempunyai cabaran yang pelbagai. Bagi guru perempuan, menyeimbangkan tugas dan keluarga adalah cabaran yang paling utama. Guru sekolah rendah pula berdepan cabaran mendidik pelajar yang masih kecil dan perlu bimbingan sepenuhnya daripada guru. Cabaran membentuk sahsiah dan melengkapkan pelajar dengan asas ilmu yang kukuh sedikit sebanyak memberi tekanan emosi kepada guru. Guru yang berumur 50 tahun ke atas dan mempunyai pengalaman mengajar lebih 26 tahun pula mula mengalami burn out dan perlu diberi motivasi agar boleh berfungsi sepenuhnya dalam perkhidmatan. Usaha kementerian bagi memastikan semua guru mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda turut memberi tekanan kepada guru yang masih mempunyai kelayakan diploma. Tekanan positif ini mendorong guru meningkatkan kecemerlangan diri sendiri.

RUJUKAN: Abdul Aziz Yusof, (2004). Pengurusan Sumber Manusia. Pearson-Prentice Hall.

Abdullah Sani Yahya (2005), Mengurus Disiplin Pelajar. Pahang Darul Makmur : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Abdul Muin Sapidin (2006). Stres Guru Membimbangkan Akibat Banyak Perubahan dan Bebanan Tugas Yang Keterlaluan NUTP. Utusan Malaysia, Ogos 18.

Carlyle, D. & Woods, P. (2004). The emotion of teacher stress. Teaching and Teacher Education, 20, (50), 537-541.

Marzita Abdullah. (2004). Beban tugas guru: Kian bertambah. Dari http://www/tutor.com.my.

Sayeedah Khatoon Mohd. Mydin. (2005). Hubungan antara kecerdasan emosi dengan pengurusan stres di kalangan penolong-penolong kanan sekolahsekolah menengah Daerah Pulau, Pulau Pinang. Tesis (M.Ed) yang belum diterbit. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Ling, H. Oi. (2008). Individual and Systemic Factors Influencing Secondary School Teacher Stress in Hong Kong. ProQuest Dissertations and Theses.

Montgomery, C., & Rupp, A. A. (2005).A Meta-Analysis for Exploring the Diverse Causes and Effects of Stress in Teachers. Canadian Journal of Education, 28, 458-486.

Muhamad Hanapi Husin (2004). Pengurusan tekanan kerja di kalangan guru-guru sekolah menengah di daerah Kuantan, Pahang.Tesis Sarjana. Universiti Malaya.

Nobile, J. J. & McCormick, J. (2005).Job Satisfaction and Occupational Stress in Catholic primary Schools.A paper presented at the Annual Conference of the Australian Association for Research in Education. Palmer, S. & Cooper, C. (2004). A model of work stress to underpin the Health and safety Executiveadvice for tackling work-related stress and stress risk assessments. Counselling at Work, Winter, 25. Paulse, J. (2005). Sources of occupational stress for teachers, with specific reference to the inclusive education model in the Western Cape. Dissertations. University of the Western Cape.

Abdul, G. A. I. (2005). Kepuasan Kerja:Kajian di Kalangan Pensyarah AkademiPengajian Islam dan Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya.Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Adey,H.N, Bahari F. (2010). Hubungan antara Kecerdasan Emosi, Kepuasan Kerjadan Komitmen Terhadap Organisasi. Sabah: Universiti Malaysia Sabah.

Adnan, A. (2008). Pengaruh Ke Atas Pengajaran dan Pembelajaran: Perak: UniversitiPendidikan Sultan Idris. Tesis Sarjana.

Ali, R. R. M. D. (2011). Faktor-Faktor yang Mendorong Tekanan Kerja (Stress) Di Kalangan Guru-Guru Sekolah Menengah Di Daerah Pasir Puteh. KualaLumpur: Universiti Terbuka Malaysia. Tesis Sarjana

Antoniou, A. S., Polychroni, F., and Vlachakic ,A.N. (2006). Gender and Age Differences In Occupational Stress and Professional Burnout Between Primary And High School Teacher In Greece. Jounal of Managerial Pyschology.

Arbaa, R., Jamil, H. dan Razak, N.A. (2010). Hubungan Guru-Pelajar dan Kaitannya dengan Komitmen Belajar Pelajar: Adakah Guru Berkualiti 93 Menghasilkan Perbezaan Pembelajaran antara Jantina Pelajar? Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Asad, H. (2012). Pentingnya Komunikasi Efektif Bagi Widyaiswara Dalam Proses Pembelajaran.

Bakar, A.N.R. (2012). Wanita Bekerja dan Pengurusan Keluarga. Kuala Lumpur:Universiti Kebangsaan Malaysia

Bernaus, M., Gardner, R.C. and Wilson, A. (2009). Teachers Motivation, ClassroomStrategy Use, Students Motivation and Second Language Achievement.Dari http://www.ugr.es/~portalin/articulos/PL_numero12/2%20Merce%20Bernauspdf

Brok, P.D, Fisher, D. and Koul, R. (2006). The Important Of Teacher InterpersonalBehaviour For Secondary Science Student Attitudes in Kashmir. Kahmir:Utrecht University.

Brown, M. T. (2005). Corporate Integrity: Rethinking Organizational Ethics andLeadership. New York: Cambridge University Press.94

Buchanan, J. (2009). Where are they now? Ex-teahcers tell their life work stories.Sdyney: University of Technology.

Carr, A. (2004). Positive Psycology. New York: Routledge.

Caruso D.R. and Salovey P. (2004). The Emotionally Intelligent Manager. California: Jossey-Bass Book

Chua, B.S. (2004). Stres Pekerjaan, Kepuasan Kerja, Masalah Kesihatan Mental dan Strategi Daya Tindak: Satu Kajian Di Kalangan Guru Sekolah Di Kota Kinabalu, Sabah. Jurnal Teknologi.Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.Davidson, E. (2007). The Pivotal Role of Teacher Motivation in Tanzanian Education. The Educational Forum. Canada: Kappa Delta Pi.

Dulewicz, V. and Higg, M. (2004). Accessing Leadership Style and OrganizationalContex. Oxfordhire: Henley Management Collage.

Esa, A., Hassan, R., Hashim, J. dan Hadi, M. Y. (2012). Cabaran Pendidikan Teknik & Vokasional (PTV) Di Malaysia : Peranan UTHM Dalam Melahirkan Pendidik Berketrampilan. Batu Pahat: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Fletcher, F. (2007). Hubungan Tahap Kecerdasan Emosi dengan Tahap Kepuasan Kerja dan Tahap Komitmen Kerja di Kalangan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah di Bandaraya Kuching Sarawak. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana.

LAMPIRAN 1BORANG SOAL SELIDIK

1