[3] diskusi ke-16

Upload: dzarrin

Post on 02-Jun-2018

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/10/2019 [3] DISKUSI KE-16

    1/5

  • 8/10/2019 [3] DISKUSI KE-16

    2/5

    78. Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia lah

    yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamaNya), dan Dia tidak menjadikan

    kamu menanggung sesuatu keberatan dan kesusahan dalam perkara agama, agama bapa

    kamu Ibrahim. Dia menamakan kamu: "Orang-orang Islam" semenjak dahulu dan di dalam

    (al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran

    perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi

    keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah

    sembahyang, dan tunaikanah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dialah

    pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatnya) Dia lah sahaja sebaik-baik pelindung

    dan sebaik-baik pemberi pertolongan

    3.0

    ISTINBAT HUKUM

    Ayat ini menghimpunkan beberapa jenis taklifat yang telah difardhukan ke atas orang-orang

    yang beriman dari aspek agama, pegangan dan kemasyarakatan. Ayat ini juga merupakan

    sebahagian daripada pensyariatan dan penekanan terhadap solat yang merupakan tiang

    agama. Antara taklifat yang dikeluarkan daripada ayat ini adalah :

    1.

    Kewajipan terhadap empat perkara :

    a.

    Rukun yang paling penting di dalam solat iaitu ruku dan sujud.b. Pengabdian diri kepada Allah tanpa selainNya.

    c. Melakukan ruku dan sujud dengan sepenuh ketaatan kepadaNya.

    d.

    Melakukan kebaikan seperti menghubungkan silaturrahim dan menjaga akhlak.

    2. Kewajipan beribadah kepada Allah S.W.T iaitu dengan melaksanakan suruhanNya

    dan meninggalkan laranganNya.

    3.

    Disunatkan membuat perkara yang baik selain daripada perkara wajib yang telah

    disyariatkan.

    4. Kewajipan berjihad dalam tiga keadaan (fardhu ain ke atas setiap muslim) :

    a. Jihad melawan hawa nafsu.

    b. Jihad melawan syaitan dan was-was.

    c.

    Jihad melawan kezaliman dan bidah.

  • 8/10/2019 [3] DISKUSI KE-16

    3/5

    Imam Tarmizi dan Ibnu Hibban meriwayatkan dari Fudhalah bin Abid

    bahawasanya Nabi Muhammad S.A.W bersabda : Mujahid ialah orang yang

    bersungguh-sungguh dirinya kepada Allah S.W.T.Imam Ahmad, Ibnu Majah, at-

    Thabarani dan al-Baihaqi meriwayatkan dari Abu Umamah dari Nabi

    Muhammad S.A.W : Jihad yang paling mulia adalah kalimah yang adil di

    hadapan pemimpin yang zalim.

    Selain itu, berjihad menentang orang kafir dan munafik, samada dengan

    menggunakan hujah, keterangan, atau mata pedang merupakan fardhu kifayah

    ke atas Muslimin. Fardhu kifayah bermaksud akan gugur suatu tuntutan ke atas

    Muslimin jika tuntutan tersebut telah dilaksanakan oleh sebahagian Muslimin

    yang lain. Jika tiada siapa yang melaksanakannya, maka tuntutan itu merupakan

    fardhu ain bagi setiap individu Muslim yang mampu berperang.

    5.

    Sebab-sebab diwajibkan :

    a. Allah telah memilih umat Islam untuk berjihad mempertahankan agama dan

    melaksanakan suruhanNya, pemilihan ini merupakan penguat bagi suruhan

    untuk berjihad di jalanNya. Allah menguatkan lagi dengan menyampaikan berita

    gembira, iaitu dengan mengangkat kesusahan dan kesempitan dalam tuntutan

    agama.Kata Qatadah : Diberikan kepada umat ini tiga perkara yang tidak diberikan

    melainkan kepada Nabi :

    1) Dikatakan kepada Nabi: Pergilah maka tiada kesusahan ke atas kamu dan

    dikatakan kepada umat: Dan tidak dijadikan ke atas kamu kesusahan pada

    agama (Al-Hajj :78)

    2) Nabi merupakan saksi ke atas umatnya dan dikatakan kepada umat, Supaya

    mereka menjadi saksi ke atas manusia (Al-Baqarah : 143)

    3) Dikatakan kepada Nabi : Berilah apa yang mereka pinta, dan dikatakan

    kepada umat ini: Berdoalah kepadaKu nescaya Aku akan perkenankan bagi

    kamu (Ghafir : 60)

    b.

    Keadaan agama kita adalah seperti agama ayah kita Ibrahim a.s, iaitu bapa bagi

    sekalian Arab.

    c. Allah menamakan kita sebagai Muslimin di dalam kitab-kitab yang terdahulu dan

    juga di dalam al-Quran.

  • 8/10/2019 [3] DISKUSI KE-16

    4/5

    6. Rasulullah S.A.W telah menyampaikan hukum-hukum syara kepada umatnya, dan

    ini menunjukkan bahawa penyaksian Baginda terhadap umat diterima dan menjadi

    bukti adilnya hukum syara iaitu dengan menamakan umatnya sebagai Muslimin.

    Penyaksian umat-umat terdahulu bahawa para Rasul telah menyampaikan syariat

    Allah juga turut diakui oleh umat Muhammad S.A.W. Oleh itu, mereka juga

    dinamakan sebagai Muslimin.

    7.

    Sesungguhnya penyaksian umat Islam keatas umat-umat yang lain merupakan

    antara nikmat besar yang seharusnya disyukuri dengan menunaikan kewajipan dan

    meninggalkan semua laranganNya.

    5.0 NILAI DAN PENGAJARAN

    1.

    Allah memerintahkan kita agar mendirikan solat fardu yang telah diwajibkan dengan

    menyebut rukun yang paling penting iaitu ruku dan sujud. Ruku menunjukkan

    tunduknya kita kepada Allah S.W.T manakala sujud pula adalah merendahkan dan

    menghinakan diri kepada Allah iaitu dengan meletakkan anggota badan yang paling

    mulia (muka) ke tempat yang paling rendah.

    2.

    Di samping perkara wajib, terdapat juga perkara sunat yang Allah perintahkan antaranyamengeratkan hubungan silaturrahim dan menyempurnakan akhlak.

    3. Allah menjanjikan kejayaan bagi sesiapa yang melaksanakan perkara yang dinyatakan

    seperti di atas.

    4. Dalam ayat ini, Allah menyatakan tentang kewajipan berjihad di jalanNya demi

    membantu menegakkan agama Allah, maka ganjarannya ialah mendapat keredhaan

    Allah. Jihad yang sebenar-benar jihad ialah jihad yang ikhlas, tiada perasaan riya dalam

    membantu agama Allah.

    6.0 APLIKASI DALAM KEHIDUPAN

    Setiap perkara yang Allah tetapkan keatas hambaNya adalah perkara yang berada di dalam

    kemampuan hambaNya. Justeru, berdasarkan ayat ini, terdapat beberapa perkara yang

    perlu kita lakukan untuk membantu agama Allah, antaranya ialah :

    1. Tetap tunduk dan patuh dengan perintahNya walaupun di sekeliling kita penuh dengan

    ujian yang mampu menggugat keimanan.

  • 8/10/2019 [3] DISKUSI KE-16

    5/5

    2.

    Sering berlaku peperangan yang sengaja dicetuskan oleh orang kafir dalam usaha untuk

    menjatuhkan umat Islam seperti yang berlaku di Palestin, Syria, Burma dan sebagainya.

    Maka Muslimin di sana berjihad dengan mengangkat senjata. Tetapi dalam situasi kita

    sebagai seorang pelajar, kita perlulah berjihad dalam mencari ilmu kerana dengan

    mencari ilmu, kita dapat membezakan antara yang hak dan batil. Dengan ilmu maka

    tertegaklah segala kebenaran, dan memahamkan apa yang sering disalah ertikan.

    RUJUKAN

    1.

    Mushaf al- Quran Karim Beserta Terjemahan.

    2. Pdf Hadis 40 dan Terjemahannya.