200897555-02-soalan-pjm3112-pengurusan-pentadbiran-pj-mei-2011.pdf

16
No. Kod: PJM 3112 2 BAHAGIAN A (20 markah) Jawab semua soalan 1. Sebarang gabungan kemahiran-kemahiran berkaitan dengan perancangan, pengelolaan, pengarahan, pengawalan, pengurusan bajet, kepimpinan dan penilaian dalam konteks sesebuah organisasi atau jabatan di mana produk atau perkhidmatan berkaitan dengan sukan.” (Kelly, Blanton dan Bertel (1990). Apakah proses yang dirujuk oleh definisi di atas? A organisasi sukan B pentadbiran sukan C pengurusan sukan D kepimpinan sukan 2. Pentadbir ialah ketua dan bukan pemimpin. Penyataan di atas menggambarkan pentadbir yang mengamalkan jenis pengurusan A autokratik B laissez-faire C demokratik D birokrasi

Upload: siaw-sing-ong

Post on 26-Dec-2015

30 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 200897555-02-Soalan-PJM3112-Pengurusan-Pentadbiran-PJ-Mei-2011.pdf

No. Kod: PJM 3112

2

BAHAGIAN A (20 markah)

Jawab semua soalan

1. “Sebarang gabungan kemahiran-kemahiran berkaitan dengan perancangan, pengelolaan, pengarahan, pengawalan, pengurusan bajet, kepimpinan dan penilaian dalam konteks sesebuah organisasi atau jabatan di mana produk atau perkhidmatan berkaitan dengan sukan.” (Kelly, Blanton dan Bertel (1990).

Apakah proses yang dirujuk oleh definisi di atas?

A organisasi sukan B pentadbiran sukan

C pengurusan sukan

D kepimpinan sukan 2. Pentadbir ialah ketua dan bukan pemimpin.

Penyataan di atas menggambarkan pentadbir yang mengamalkan jenis pengurusan

A autokratik B laissez-faire

C demokratik

D birokrasi

Page 2: 200897555-02-Soalan-PJM3112-Pengurusan-Pentadbiran-PJ-Mei-2011.pdf

No. Kod: PJM 3112

3

3. Keberkesanan dalam pengendalian sesuatu mesyuarat adalah bergantung kepada beberapa fenomena yang boleh dapat dilihat daripada beberapa sudut.

Berikut merupakan fenomena yang dimaksudkan kecuali

A persediaan urusetia

B kesediaan untuk bermesyuarat

C gelagat dan tabiat ahli-ahli mesyuarat

D penyediaan usul dan minit mesyuarat

4. Manakah di antara penyataan di bawah merupakan kepentingan perancangan belanjawan?

A mengurus dan melapor tentang penjagaan sumber.

B mengurangkan bahaya dan meningkatkan persaingan organisasi.

C menentukan pengagihan sumber-sumber kewangan mengikut

keutamaan dasar-dasar semasa.

D memberikan maklumat bagi membuat keputusan berkenaan penggunaan sumber yang terhad.

5. Seorang pemimpin yang berkesan mestilah mempunyai ciri-ciri kecuali

Page 3: 200897555-02-Soalan-PJM3112-Pengurusan-Pentadbiran-PJ-Mei-2011.pdf

No. Kod: PJM 3112

4

I. agresif II. intergriti III. proaktif IV. memproses informasi V. menyelesaikan konflik

A I, III dan IV B II, IV dan V C II, III dan IV D III, IV dan V Sepatutnya ada 4 pilihan sahaja

6. Sukarelawan sukan merupakan salah satu nadi yang penting dalam memastikan kelancaran sesuatu acara yang dipertandingkan. Justeru itu, program latihan dan pembangunan sukarelawan ini sangat penting.

Apakah kaedah-kaedah yang paling sesuai bagi pernyataan di atas?

A Mentoring.

B Demonstrasi.

C Latihan simulasi.

D Latihan-latihan kumpulan kecil dan perbincangan-perbincangan.

Page 4: 200897555-02-Soalan-PJM3112-Pengurusan-Pentadbiran-PJ-Mei-2011.pdf

No. Kod: PJM 3112

5

7. Pengurusan sumber manusia dalam pentadbiran sukan merupakan salah satu aspek yang penting bagi memastikan sesebuah organisasi itu berfungsi dengan berkesan.

Berikut merupakan aspek yang perlu diberi penekanan dalam pengurusan sumber manusia.

I. latihan II. orientasi III. kebajikan IV. pemilihan VI. kepakaran

A I, II dan IV B II, III dan IV C II, III dan V D III, IV dan V

8. Teknologi mempunyai peranan penting dalam sukan, sama ada

digunakan ke atas kesihatan atlet, teknik atau ciri-ciri peralatan yang digunakan oleh seseorang atlet itu.

Yang manakah antara penyataan di bawah bukan merupakan kepentingan teknologi dalam sukan?

A Mengoptimumkan keupayaan atlet

B Menentukan matlamat dan objektif latihan

C Memantau keadaan fizikal dan mental atlet

D Memastikan latihan yang dijalankan sesuai dan membantu atlet

.

Page 5: 200897555-02-Soalan-PJM3112-Pengurusan-Pentadbiran-PJ-Mei-2011.pdf

No. Kod: PJM 3112

6

9. Menurut Johnson (1977), terdapat empat prinsip yang boleh digunakan sebagai panduan untuk merancang sesuatu pertandingan permainan tradisional.

Antara berikut, manakah merupakan salah satu prinsip tersebut? A Memilih jenis pertandingan dengan aktiviti yang bebas daripada

sifat tradisi.

B Memilih pertandingan yang mempunyai ciri-ciri ketulenan tradisi yang amat tinggi.

C Memilih pertandingan yang memerlukan penggunaan peralatan

yang banyak dan canggih.

D Memilih pertandingan yang boleh menentukan pemenang dalam jangka masa yang dibenarkan.

10. Faiz diarahkan oleh guru besar sekolahnya untuk mengurus dan

mengelolakan satu karnival permainan tradisional.

Apakah faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan oleh Faiz semasa menentukan sistem pertandingan yang sesuai untuk karnival tersebut?

I. Alatan II. Kewangan III. Jumlah pasukan IV. Jenis permainan V. Tahap kecergasan peserta

A I, II dan V

B I, III dan IV

C II, III dan IV

D III, IV dan V

Page 6: 200897555-02-Soalan-PJM3112-Pengurusan-Pentadbiran-PJ-Mei-2011.pdf

No. Kod: PJM 3112

7

11. Perselisihan faham antara jurulatih badminton kebangsaan, Datuk Misbun Sidek dengan Persatuan Badminton Malaysia masih belum menemui jalan penyelesaian (sehingga letak jawatan= baru sesuai dengan soalan) . Antara faktor-faktor yang mempengaruhi beliau mengambil keputusan meletakkan jawatan

I. Bayaran gaji yang tidak setimpal. II. Kekurangan pelapis muda dalam pasukan elit. III. Pengambilan jurulatih asing yang terlalu ramai. IV. Tiada kebebasan memilih dan menentukan corak latihan

pemain. V. Program latihan yang dirancang tidak mendapat kelulusan

majlis kejurulatihan BAM.

A I, II dan III B II, III dan IV C I, II dan IV D III, IV dan V

12. Untuk mencapai sesuatu kejayaan lebih mudah jika dibandingkan dengan

mengekalkan kejayaan yang diperolehi. Salah satu masalah utama persatuan-persatuan sukan di Malaysia ialah mereka gagal untuk mengesan dan mengetengahkan atlet berbakat ke peringkat yang lebih tinggi.

Apakah punca utama masalah tersebut ? A Pencarian bakat yang menyeluruh. B Atlet berstatus amatur dan tidak terikat dengan majikan. C Kekurangan dana dalam persatuan untuk mengurus latihan. D Ramai berpendapat kerjaya sukan kurang menjamin masa depan.

Page 7: 200897555-02-Soalan-PJM3112-Pengurusan-Pentadbiran-PJ-Mei-2011.pdf

No. Kod: PJM 3112

8

13. Seorang guru yang bertanggungjawab perlulah membuat beberapa jangkaan terhadap bahaya yang mungkin dihadapi oleh pelajar-pelajar dari segi

A sejauh mana langkah-langkah pencegahan dan pengawasan

diamalkan. B jenis kemalangan atau kecederaan yang akan berlaku sama ada

ringan atau berat.

C perkara-perkara atau tingkah laku yang dianggap boleh mendatangkan bahaya.

D mengenal pasti orang yang bertanggungjawab dalam menguruskan

pelajar ke hospital. 14. Sewaktu bermain bola baling semasa kelas Pendidikan Jasmani, Asyraf

secara sengaja telah mencederakan rakan sekelasnya ketika bermain sebagai tindak balas rakannya yang sering bermain kasar. Dia dianggap bertanggungjawab terhadap kecederaan itu.

Berikut adalah jenis kecuaian yang berlaku apabila pihak yang

dipertanggungjawabkan kecuali

A gagal menjalankan tanggungjawab. B melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua pasukan.

C menjalankan tanggungjawab dengan cara yang tidak betul.

D menjalankan tanggungjawab tanpa mengikut undang-undang yang

termaktub.

Page 8: 200897555-02-Soalan-PJM3112-Pengurusan-Pentadbiran-PJ-Mei-2011.pdf

No. Kod: PJM 3112

9

15. Sukan memberi manfaat yang amat besar terhadap aspek kemanusiaan sejagat yang melibatkan peranan individu, masyarakat dan negara.

Pilih penyataan yang sesuai tentang sumbangan sukan kepada masyarakat.

A Penguasaan kemahiran pergerakan asas dan kompleks. B Pembentukan sahsiah positif, kesedaran diri dan berdaya saing.

C Peningkatan semangat kesukarelaan, penyertaan, kerjasama dan

sokongan.

D Peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal menerusi penggunaan masa senggang secara berfaedah.

16. Larian obor Olimpik di London, Britain dan Paris, Perancis cuba diganggu oleh satu kumpulan yang dinamakan Free Tibet. Di Paris, usaha untuk merampas obor turut berlaku.

Apakah punca berlakunya konflik tersebut

A Kesan perbezaan amalan ideologi politik.

B Pembunuhan beramai-ramai pemimpin Tibet. C Layanan kejam mereka kepada penganut agama Buddha.

D China gagal menghentikan pertumpahan darah di Darfur, Sudan

dan isu Taiwan

Page 9: 200897555-02-Soalan-PJM3112-Pengurusan-Pentadbiran-PJ-Mei-2011.pdf

No. Kod: PJM 3112

10

17. ”Merealisasikan konsep “Sukan Massa” melalui perkhidmatan dan pembangunan sukan dengan menganjurkan program pembangunan sukan yang melibatkan penyertaan ramai dari peringkat akar umbi di semua kawasan sehingga ke peringkat antarabangsa dengan memberi fokus kepada pembangunan Sukan Massa”.

Pernyataan di atas merupakan visi Bahagian Pembagunan Sukan Kementerian Belia dan Sukan. Manakah antara berikut merupakan fungsi bahagian ini yang paling tepat.

A Meningkatkan hubungan mantap dan perkongsian bijak (Smart

Partnership) dengan sektor swasta dalam pembangunan Sukan Massa.

B Meningkatkan penyertaan masyarakat dalam sukan massa, sukan

lasak, sukan tradisional di kalangan semua golongan masyarakat ke arah mewujudkan perpaduan nasional dan imej “Malaysia Cergas”.

C Memantap, mengiktiraf dan membantu meningkatkan jumlah

persatuan-persatuan sukan massa bagi tujuan melahirkan pemimpin-pemimpin, pengurus dan tenaga penggerak Sukan Massa di semua peringkat.

D Menyediakan program keilmuan dan latihan kepada semua

peringkat di bawah konsep „Malaysia Cergas‟ yang dianjurkan bersama oleh sektor awam, swasta, pertubuhan sukan dan pertubuhan bukan kerajaan yang lain.

18. Konsep permainan bersih dalam sukan perlu diperkenalkan kepada semua yang melibatkan diri dalam sukan. Ini kerana perubahan tingkahlaku melalui pendidikan adalah sangat penting. Ini akan meningkatkan lagi keseronokan dalam pertandingan dan sekali gus mempromosi permainan bersih dalam pertandingan.

Apakah langkah-langkah yang perlu dimainkan oleh penonton dalam mempromosi permainan bersih. A Tidak menjadikan ”kemenangan adalah segalanya”.

B Menunjukkan sikap yang profesional terhadap pemain.

C Timbulkan rasa hormat terhadap pihak pengurusan.

D Mengekalkan hubungan baik antara pemain dan jurulatih.

Page 10: 200897555-02-Soalan-PJM3112-Pengurusan-Pentadbiran-PJ-Mei-2011.pdf

No. Kod: PJM 3112

11

19. Steroid anabolik merupakan salah satu jenis dadah yang digunakan oleh atlet untuk meningkatkan prestasi mereka semasa pertandingan. Apakah kemungkinan kesan negatif yang akan berlaku apabila atlet yang mengambil dadah jenis ini?

A Perubahan 'mood'

B Hemoglobin meningkat

C Tekanan darah menjadi rendah

D Keupayaan darah membawa oksigen meningkat

20. Keagresifan ketara ialah kecenderungan untuk mencederakan individu

dengan sengaja bermatlamat untuk menyakitkan secara fizikal atau psikologi yang didorong oleh rasa marah atau kecewa.

Berikut adalah faktor-faktor yang menyebabkan keagresifan ini berlaku

kecuali

A Biologi.

B Fisiologi.

C Psikologi.

D Persekitaran.

Page 11: 200897555-02-Soalan-PJM3112-Pengurusan-Pentadbiran-PJ-Mei-2011.pdf

No. Kod: PJM 3112

12

BAHAGIAN B (40 markah)

Jawab semua soalan.

1. Seorang guru atau jurulatih sukan perlu memenuhi kriteria-kriteria tertentu untuk menjadi pentadbir program pendidikan jasmani dan sukan yang berkesan.

(a) Nyatakan lima kriteria tersebut

i. ________________________________________________

ii. ________________________________________________

iii. ________________________________________________

iv. ________________________________________________

v. ________________________________________________

(5 markah)

(b) Senaraikan lima perkara yang perlu diberi perhatian khusus

semasa membentuk struktur organisasi sesebuah persatuan sukan.

i. ________________________________________________

________________________________________________

ii. ________________________________________________

________________________________________________

iii. ________________________________________________

________________________________________________

iv. ________________________________________________

________________________________________________

v. ________________________________________________

________________________________________________

(5 markah)

Angka Giliran:________________________

Page 12: 200897555-02-Soalan-PJM3112-Pengurusan-Pentadbiran-PJ-Mei-2011.pdf

No. Kod: PJM 3112

13

2. Untuk merealisasikan sesuatu program pembangunan sukan itu berjalan

lancar dan berkesan, aspek perancangan, pengelolaan, pentadbiran serta pembangunan atlet dan jurulatih perlu diberi perhatian.

(a) Berikan lima peranan anda sebagai seorang jurulatih sukan

i. ________________________________________________

ii. ________________________________________________

iii. ________________________________________________

iv. ________________________________________________

v. ________________________________________________

(5 markah)

(b) Senaraikan lima hak yang perlu bagi atlet muda dalam

mengenalpasti bakat dan pembangunan atlit sukan di negara ini

i. ________________________________________________

________________________________________________

ii. ________________________________________________

________________________________________________

iii. ________________________________________________

________________________________________________

iv. ________________________________________________

________________________________________________

v. ________________________________________________

________________________________________________

(5 markah)

Angka Giliran:________________________

Page 13: 200897555-02-Soalan-PJM3112-Pengurusan-Pentadbiran-PJ-Mei-2011.pdf

No. Kod: PJM 3112

14

3. Salah satu cara mempromosi sukan adalah melalui media masa. (a) Berikan lima jenis media yang boleh digunakan sebagai saluran

pengiklanan sukan

i. ________________________________________________

ii. ________________________________________________

iii. ________________________________________________

iv. ________________________________________________

v. ________________________________________________

(5 markah)

(b) Kemenangan adalah matlamat semua sama ada atlet, jurulatih pegawai atau orang ramai sebagai satu cabaran bagi sebuah negara dalam pembangunan sukan masa kini. Berikan lima faktor yang dapat menyumbang terhadap sesebuah kemenangan.

i. ________________________________________________

________________________________________________

ii. ________________________________________________

________________________________________________

iii. ________________________________________________

________________________________________________

iv. ________________________________________________

________________________________________________

v. ________________________________________________

________________________________________________

(5 markah)

Angka Giliran:________________________

Page 14: 200897555-02-Soalan-PJM3112-Pengurusan-Pentadbiran-PJ-Mei-2011.pdf

No. Kod: PJM 3112

15

4. Mempunyai imej kendiri yang baik bererti bahawa seseorang itu

mempunyai gambaran mental, nilai, etika yang positif dan membantu kejayaan serta peningkatan prestasi atlet dalam sukan.

(a) Nyatakan lima perubahan positif yang dapat membantu atlet

berjaya dalam sukan

i. ________________________________________________

ii. ________________________________________________

iii. ________________________________________________

iv. ________________________________________________

v. ________________________________________________

(5 markah)

(b) Kefahaman berkenaan keselamatan boleh mencegah berlakunya bahaya, gangguan, kecederaan dan kemalangan dalam pendidikan jasmani dan sukan. Berikan 5 panduan-panduan am yang boleh mengurangkan berlakunya kemalangan dan gangguan dalam sukan

i. ________________________________________________

________________________________________________

ii. ________________________________________________

________________________________________________

iii. ________________________________________________

________________________________________________

iv. ________________________________________________

________________________________________________

v. ________________________________________________

________________________________________________ (5 markah)

Angka Giliran:________________________

Page 15: 200897555-02-Soalan-PJM3112-Pengurusan-Pentadbiran-PJ-Mei-2011.pdf

No. Kod: PJM 3112

16

BAHAGIAN C (40 markah)

Jawab dua soalan sahaja. 1. (a) Pemimpin berperanan menyerlahkan potensi sesebuah organisasi;

memotivasi dan mendorong individu dalam organisasinya ke arah satu objektif atau matlamat yang telah dipersetujui. Gaya kepimpinan seseorang pemimpin itu memberikan kesan terhadap perjalanan organisasinya. Bincangkan ketiga-tiga gaya kepimpinan; kepimpinan arahan, kepimpinan penyokong dan kepimpinan penyertaan.

(12 markah)

(b) Membuat keputusan ialah proses menentukan kemungkinan

berlakunya sesuatu peristiwa dan membuat ramalan. Seseorang pengurus tidak mempunyai kuasa ke atas faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan keputusan mereka, tetapi mereka mempunyai kuasa terhadap proses membuat keputusan.

Bincangkan empat langkah dalam membuat keputusan yang

efektif. (8 markah)

2. (a) Teknologi adalah keupayaan menggunakan pengetahuan saintifik

atau pengetahuan lain yang tersusun yang digunakan secara sistematik sehingga mampu mempamerkan amalan yang praktikal dalam melaksanakan sesuatu tugas.

Aplikasi sains dan teknologi dalam bidang sukan dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian. Bincangkan lima aplikasi sains dan teknologi yang digunakan dalam bidang sukan serta berikan huraian pada setiap bidang tersebut.

(10 markah)

(b) Kejayaan pasukan bolasepak Malaysia dalam Piala AFF baru-baru ini telah membuka era baru dalam perkembangan bolasepak negara. Sebagai ganjarannya, para pemain telah diberikan pelbagai jenis imbuhan samada berbentuk wang tunai maupun berupa barangan.

Page 16: 200897555-02-Soalan-PJM3112-Pengurusan-Pentadbiran-PJ-Mei-2011.pdf

No. Kod: PJM 3112

17

Sebagai seorang pengiat dan pengamal sukan tanah air anda dikehendaki merumuskan lima kebaikan dan lima keburukan pemberian insentif kepada para atlet.

(10 markah) 3. Kejayaan cemerlang seseorang atlet, bergantung kepada sistem latihan

yang berkesan dan terancang.

(a) Sebagai seorang ketua jurulatih, bincangkan lima aspek kejurulatihan untuk membantu jurulatih di bawah seliaan anda melakukan tugas yang berkesan.

(10 markah)

(b) Aspek kenal pasti bakat perlu diberi perhatian agar keupayaan dan

kemampuan atlet dapat diketahui lebih awal dan diperkembangkan.

Sebagai seorang ahli panel kejurulatihan, bincangkan lima sumber bagaimana anda mengenalpasti ahli sukan yang berbakat.

(10 markah)

© Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011