2. krm3013 soalan tugasan

8
KRM3013 ASAS NOMBOR [PANDUAN KERJA KURSUS] ARAHAN 1. Kursus KRM 3013 ini mengandungi tugasan BAHAGIAN A dan BAHAGIAN B sahaja. 2. Jawab KESEMUA tugasan tersebut. 3. Tugasan yang telah dijawab dengan sempurna perlu dihantar kepada pensyarah E-Learning melalui link yang tertentu dalam myguru3. 4. Sila baca semua perkara yang terdapat di dalam Panduan Kerja Kursus ini supaya anda mendapat kefahaman yang sebenar tentang bagaimana hendak menyelesaikan kerja kursus anda.

Upload: nazz-razz

Post on 24-Dec-2015

24 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

soalan untuk pelajar upsi

TRANSCRIPT

Page 1: 2. KRM3013 Soalan Tugasan

KRM3013ASAS NOMBOR

[PANDUAN KERJA KURSUS]

ARAHAN

1. Kursus KRM 3013 ini mengandungi tugasan BAHAGIAN A dan BAHAGIAN B sahaja.

2. Jawab KESEMUA tugasan tersebut.

3. Tugasan yang telah dijawab dengan sempurna perlu dihantar kepada pensyarah E-Learning melalui link yang tertentu dalam myguru3.

4. Sila baca semua perkara yang terdapat di dalam Panduan Kerja Kursus ini supaya anda mendapat kefahaman yang sebenar tentang bagaimana hendak menyelesaikan kerja kursus anda.

Page 2: 2. KRM3013 Soalan Tugasan

KATEGORI TUGASAN

PECAHAN TUGASAN

ARAHAN MARKAH

TARIKH AKHIR

MENGHAN-TAR

TUGASAN

BAHAGIAN A

(PORTFOLIO)

40 markah

1. Portfolio perlu dibuat secara individu.

2. Siapkan semua tugasan ini dan hantar kepada pensyarah E-Learning anda melalui MyGuru mengikut masa yang telah ditetapkan.

3. Bahagian ini mengandungi 2 (DUA) tugasan seperti berikut:

TUGASAN 1: (Individu) Bagi tajuk tertentu daripada Unit Pengajaran yang anda pilih sendiri, rancangkan 2 (DUA) aktiviti pengajaran yang melibatkan penggunaan satu daripada bahan berikut: bahan konkrit, media atau teknologi. Aktiviti yang anda rancangkan itu mestilah bersesuaian dengan pengajaran selama 40 minit. Aktiviti ini mestilah ditulis dengan arahan yang lengkap dan mudah difahami. Anda juga mestilah menyediakan apa-apa bahan yang digunakan dalam aktiviti tersebut (sekiranya bahan adalah objek 3D, hantar gambar sahaja mencukupi) serta lembaran kerja yang bersesuaian. Aktiviti ini adalah asli atau berdasarkan pengalaman anda sendiri. Format penulisan mengandungi:

i. Tema.ii. Tajuk.iii. Hasil pembelajaran.iv. Pengetahuan sedia ada.v. Langkah-langkah (nyatakan tempoh bagi

setiap langkah).vi. Bahan pengajaran (sama ada bahan

konkrit, media dan teknologi: diintegrasikan dalam (v))

vii. Penilaian (boleh diintegrasi dalam (v))viii. Jangkaan refleksi (jangkaan kesukaran

dalam perlaksanakan serta cara mengurangkan/mengatasinya)

20 markah

Minggu ke 6

Page 3: 2. KRM3013 Soalan Tugasan

TUGASAN 2: (Individu)Bagi setiap pasangan Unit Pelajaran (rujuklah pasangan Unit pelajaran seperti di bawah), bincangkan 2 kesukaran yang berpunca daripada miskonsepi yang sering dihadapi oleh pelajar. Miskonsepsi yang dibincangkan ini adalah berdasarkan pengalaman anda sendiri. Jelaskan setiap miskonsepsi itu secara lengkap dengan memberi contoh yang sesuai, bersama-sama dengan cara atau langkah yang telah dilaksanakan oleh anda sendiri untuk mengatasinya.

Panduan:Pasangan 1 ialah Unit Pelajaran 1 dan 2.Pasangan 2 ialah Unit Pelajaran 3 dan 4. Pasangan 3 ialah Unit Pelajaran 5 dan 6. Pasangan 4 ialah Unit Pelajaran 7 dan 8. Pasangan 5 ialah Unit Pelajaran 9 dan 10.

20 markah

Minggu ke 10

BAHAGIAN B

(E-FORUM)

20 marks dlm forum

Terdapat 5 soalan untuk dibincangkan secara on-line menerusi laman MyGuru3:1. Berdasarkan pengetahuan anda sendiri,

bincangkan bagaimana untuk membimbing murid-murid menambah nombor dalam lingkungan 18.

2. Cuba fikirkan apakah kemungkinan miskonsepsi

dalam masalah 213

= 23

+ 13

, ini dan bagaimana

mengatasinya.?

3. Terangkan bagaimana mengajar operasi kira darab nombor berikut: 0.45 x 0.2

4. Jelaskan secara ringkas, 2 miskonsepsi yang sering dihadapi murid dalam pelajaran tentang wang.

5. Apakah kesukaran yang sering murid-murid hadapi dalam pembelajaran peratus, dan jelaskan secara ringkas kesukaran tersebut.

4 markah

4 markah

4 markah

4 markah

4 markah

(Minggu Ke-3)

(Minggu Ke-5)

(Minggu Ke-7)

(Minggu-Ke-9)

(Minggu -11)

JUMLAH MARKAH KERJA KURSUS 60

MARKAH PEPERIKSAAN AKHIR 40

JUMLAH MARKAH KESELURUHAN 100

Page 4: 2. KRM3013 Soalan Tugasan

Perhatian: Segala perkara yang berkaitan dengan tugasan adalah merujuk dan mengikut arahan Tutor E-Learning anda.

BAHAGIAN A: FORMAT PENULISAN PORTFOLIO (INDIVIDU)

Bahagian A ini mengandungi DUA (2) tugasan iaitu Tugasan 1 dan Tugasan 2.

BAHAGIAN A – Tugasan 1

i. Tugasan ini terbahagi kepada 2, iaitu (a) dan (b).

ii. Tugasan (a) adalah berupa perbincangan. Gunakan contoh matematik yang sesuai dalam perbincangan ini.

iii. Tugasan (b) pula adalah menyediakan aktiviti pengajaran. Bagi tajuk tertentu daripada Unit Pengajaran yang anda pilih sendiri, rancangkan satu aktiviti pengajaran yang melibatkan penggunaan satu daripada bahan berikut: bahan konkrit, media atau teknologi.

Ini bererti, anda perlu menyediakan satu aktiviti sama ada melibatkan bahan konkrit atau media atau teknologi. Aktiviti yang disediakan mestilah lengkap, termasuklah menyediakan bahan-bahan dan alat bantu mengajar. Penghantaran adalah melalui MyGuru. Bagamana untuk tujuan menghantar bahan yang mungkin berbentuk objek 3D, adalah memadai menghantar gambarnya sahaja.

iv. Jawapan anda mestilah asli daripada idea anda sendiri.

v. Font: Arial; Saiz 11; Spacing 1.5 line

vi. Ada rujukan dari mana-mana buku rujukan & journal (minimum 3 rujukan) yang ditulis mengikut format APA yang betul.

vii. Penghantaran tugasan adalah melalui MyGuru3

BAHAGIAN A – Tugasan 2

i. Bahagian ini adalah bagi menjawan soalan berikut:

Bagi setiap pasangan Unit Pelajaran, bincangkan 2 kesukaran yang berpunca daripada miskonsepi yang sering dihadapi oleh pelajar. Miskonsepsi yang dibincangkan ini adalah berdasarkan pengalaman anda sendiri. Jelaskan setiap miskonsepsi itu secara lengkap dengan memberi contoh yang sesuai, bersama-sama dengan cara atau langkah yang telah dilaksanakan oleh anda sendiri untuk mengatasinya.

Panduan:

Pasangan 1 ialah Unit Pelajaran 1 dan 2.

Pasangan 2 ialah Unit Pelajaran 3 dan 4.

Pasangan 3 ialah Unit Pelajaran 5 dan 6.

Pasangan 4 ialah Unit Pelajaran 7 dan 8.

Pasangan 5 ialah Unit Pelajaran 9 dan 10.

Page 5: 2. KRM3013 Soalan Tugasan

ii. Panduan tambahan boleh difahami dengan contoh. Bagi pasangan Unit pelajaran 1 dan 2, iaitu tentang Nombor Bulat, anda hanya perlu membincangkan 2 miskonsepsi sahaja. Begitulah juga dengan pasangan Unit Pelajaran 3 dan 4, anda hanya perlu mebincangkan 2 miskonsepsi. Begitulah seterusnya.

iii. Font: Arial; Saiz 11; Spacing 1.5 line

iv. Penghantaran tugasan adalah melalui MyGuru3

BAHAGIAN B: Menjawab E-Forum

i. Jawab semua soalan perbincangan (ada 5 soalan semuanya) yang diupload di ruangan group forum di MyGuru3.

ii. Jawapan bagi setiap soalan ialah lebih kurang 150 patah perkataan. Sila gunakan attachement fail bagi tujuan menulis perbincangan melibatkan simbol matematik.

iii. Selain dari memberikan jawapan terhadap soalan tersebut, anda wajib memberikan respon atau berinteraksi sekurang-kurangnya 3 kali kepada mana-mana jawapan rakan kumpulan anda bagi setiap soalan perbincangan.

iv. Penghantara Forum E-Learning adalah melalui MyGuru3.

SKALA PEMARKAHAN KERJA KURSUS (PORTFOLIO)

PORTFOLIO

A Menepati format penulisan folio, isi mencukupi, isi diolah dan dikembangkan dengan baik, ada contoh yang baik dan konkrit. Ada idea asli yang bernas, kreatif dan kritis. Idea tersusun dengan kemas. Tiada kesalahan format penulisan & bahasa.

A- Menepati format, isi mencukupi, isi dikembangkan dengan baik, ada contoh yang konkrit. Ada idea asli yang bernas. Idea tersusun dengan kemas. Tiada kesalahan bahasa. Tiada kesalahan format penulisan & bahasa.

B+ Menepati format, isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Idea disusun dengan baik. Tiada kesalahan format & bahasa.

B Menepati format, isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Idea disusun dengan baik. Kesalahan format & bahasa pada tahap minima (tidak lebih dari 3 kesalahan).

B- Kesalahan format yang minima (tidak lebih 2 perkara), isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada Idea sendiri. Kesalahan format & bahasa pada tahap minima (tidak lebih dari 4 kesalahan).

Page 6: 2. KRM3013 Soalan Tugasan

C+ Kesalahan format yang minima (tidak lebih 3 perkara), isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan format minima (tidak melebihi 3 perkara) & keslahan bahasa minima (tidak lebih dari 5 perkataan).

C Kesalahan format tidak melebihi 4 perkara. isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan format & bahasa tidak melebihi 7 perkara.

D Kesalahan format melebihi 5 perkara. isi tidak mencukupi, isi tdak dihuraikan. Tiada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan format & bahasa melebihi 8 perkara.

E Tidak diserah pada waktu yang ditetapkan. Tidak lengkap.

SELAMAT BELAJAR DAN MENYELESAIKAN KERJA KURSUS

PERINGATAN!!!!!!!

i. Karya anda mestilah asli dari idea anda sendiri.

ii. Plagiat adalah jenayah intelek yang boleh dikenakan tindakan tatatertib.

iii. Sentiasa AWAS dengan tarikh-tarikh yang berkaitan.

iv. Sentiasa rujuk pengumuman dari masa ke semasa.

v. Berhubung dengan tutor E-Learning anda.

vi. Pastikan tugasan dihantar mengikut tarikh yang ditetapkan.

vii. Kegagalan anda melengkapkan tugasan adalah tanggungjawab anda

sendiri.

viii. Pastikan anda menjadi pelajar yang aktif.

ix. Semua peraturan adalah tertakluk kepada arahan Tutor E-Learning bagi

kumpulan masing-masing.