117865793-78407513-refleksi-big-fasa-3

Upload: husaini-hisham

Post on 03-Apr-2018

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 117865793-78407513-Refleksi-Big-Fasa-3

    1/13

    1

    PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) FASA III

    1.0 PENDAHULUAN

    Aktiviti ceramah/bengkel/seminar merupakan salah satu aktiviti yang wajib dilaksanakan

    berdasarkan garis panduan Program Bina Insan Guru semester tiga yang telah

    ditetapkan untuk pelajar kursus PISMP Pengajian Sosial, Pendidikan Khas, Pemulihan

    dan Sains Ambilan Januari 2010 Institut Pendidikan Guru, Kampus Tawau, Sabah.

    2.0 RASIONAL

    Program Bina Insan Guru merupakan salah satu pencetus pembinaan insan guru yang

    berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan

    mental, bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat serta negara selaras dengan

    nilai-nilai keguruan

    3.0 OBJEKTIF

    3.1 Menunjukkan ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan berpengetahuan tinggi.

    3.2 Meningkatkan kefahaman guru pelatih terhadap pentingnya membina kualiti

    peribadi dan profesionalisme yang seimbang.

    3.3 Meningkatkan dan menguasai kemahiran interpersonal dan intrapesonal

    serta perpaduan masyarakat.

    3.4 Meningkatkan kefahaman guru pelatih tentang peranan guru sebagai seorang

    pendidik dan agen perubahan masyarakat.

    3.5 Meningkatkan kesedaran tentang tanggungjawab guru dalam memberikanperhidmatan yang berkualiti selaras dengan aspirasi negara.

  • 7/29/2019 117865793-78407513-Refleksi-Big-Fasa-3

    2/13

    2

    4.0PENGANJUR

    Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) telah ditugaskan untuk mengendalikan program Bina

    Insan Guru (BIG) bagi pelajar-pelajar PISMP ambilan Januari 2010.

    5.0 LATAR MASA

    Tarikh : 17 Februari 2011 dan 26 Mac 2011

    Tempat : Dewan Al-Jabbar IPG Kampus Tawau,Sabah

    6.0 PENYERTAAN

    Semua guru pelatih PISMP Pengajian Sosial, Pendidikan Khas, Pemulihan dan

    Sains Ambilan Januari 2010 Institut Pendidikan Guru, Kampus Tawau, Sabah.

    7.0 PENGISIAN AKTIVITI

    MASA

    HARI

    1.30

    2.00 PETANG 2.00 - 4.30 PETANG 4.30

    5.00PETANG

    5.00PETANG

    SLOT 1

    KHAMIS

    (17.02.2011)

    SLOT 2

    ISNIN

    (28 Mac 2011)

    Pendaftaran

    Peserta BIG

    Semester 3 dan

    ketibaan penceramah

    SLOT 1

    Ceramah bertemakan

    Etika dan Protokol

    SLOT 2

    Guru dan Kemahiran

    Profesional

    Majlis

    penutupan dan

    Jamuanminum petang

    Majlis

    bersurai

  • 7/29/2019 117865793-78407513-Refleksi-Big-Fasa-3

    3/13

    3

    8.0 REFLEKSI KENDIRI (I)

    CERAMAH ETIKETSOSIAL

    PENCERAMAH: ENCIK MUJAKIL BIN OTOH

    UNIT PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA INTAN (Institut Tadbiran AwamNegara) SABAH

    TARIKH: 17 Februari 2011

    8.1 KEPENTINGAN KEPADA DIRI SENDIRI

    Program ceramah yang mengenai etiket sosial yang diadakan pada fasa III kali

    ini amat memberi satu kesedaran dan motivasi yang membina buat saya. Ini kerana

    program ceramah seumpama ini sedikit sebanyak memberi panduan dan pengetahuan

    kepada saya mengenai protokol atau etika-etika sebagai seorang bakal pendidik dan

    juga bakal penjawat awam kelak.

    Program ceramah in telah disampaikan oleh Encik Mujakil bin Otoh yang

    merupakan pegawai di bawah unit Pembangunan Sumber Manusia Institut Tadbiran

    Awam Negara (INTAN) Negeri Sabah. Beliau seorang yang berpengalaman dan

    berpengetahuan mengenai topik etiket sosial ini, selain mampu membuat peserta

    program yang menghadiri ceramah tersebut mendapat input yang berguna dan

    bermanfaat.

    Dalam ceramah yang telah disampaikan, saya menyedari bahawa etiket sosial

    dan juga protokol dalam sesuatu majlis rasmi mahupun tidak rasmi adalah amat

    penting. Ianya amat mustahak terutamanya dari segi penampilan diri sebagai seorang

    guru. Sementara itu, protokol pula merupakan etika dan tatasusila yang harus dipatuhi

    dalam pelaksanaan upacara-upacara tertentu berhubung dengan susunan keutamaan

    dalam pangkat dan status seseorang. Bagi saya, pengetahuan mengenai sesuatu

    protokol adalah penting kerana ianya menunjukkan etika dan tatasusila yang baik

    dalam perjalanan sesuatu majlis.

  • 7/29/2019 117865793-78407513-Refleksi-Big-Fasa-3

    4/13

    4

    Manakala dalam etiket sosial pula, daripada ceramah yang telah disampaikan,

    saya mendapati pentingnya seseorang guru itu mempunyai tingkah laku dan sopan

    santun yang seharusnya dalam interaksi individu dan masyarakat sekelilingnya. Etiket

    sosial yang cemerlang melibatkan tingkah laku, budi pekerti, imej serta keyakinan diri

    yang baik yang diiktiraf dan diamalkan selalu kepada semua golongan masyarakat tidak

    kiralah sama ada dalam majlis rasmi mahupun tidak rasmi.

    Dalam ceramah yang disampaikan, Encik Mujakil bin Otoh telah menyenaraikan

    dan menerangkan sebanyak 15 elemen penting dalam etiket sosial. Berikut merupakan

    elemen-elemen tersebut:

    a) Cita rasa berpakaian

    b) Kesesuaian pakaian dalam pelbagai situasi

    c) Penampilan dan penggayaan diri

    d) Kesopanan dalam pertemuan dan perkenalan

    e) Kemahiran dalam perbualan sosial

    f) Kesopanan dalam menghadiri majlis jamuan ringan secara berdiri

    g) Kesopanan dalam menghadiri majlis jamuan ringan secara duduk

    h) Kesopanan dalam majlis bufet

    i) Adab sopan pelbagai kaum

    j) Kesopanan tuan rumah dan kesopanan tetamu (majlis di rumah)

    k) Kesopanan tuan rumah dan kesopanan tetamu (majlis di luar rumah)

    l) Menghadiri pelbagai majlis formal

    m) Mengenali peralatan jamuan

    n) Cara menghidang

    o) Tertib di meja makan

    Melalui elemen-elemen penting tersebut dalam etiket sosial, saya telahmempelajari dan menyedari bahawa ianya penting untuk diambil perhatian kerana ini

    semua merupakan amalan dan tatatertib yang wajar dipatuhi untuk keharmonian antara

    sesama masyarakat.

  • 7/29/2019 117865793-78407513-Refleksi-Big-Fasa-3

    5/13

    5

    8.2 KEPENTINGAN KEPADA KERJAYA

    Pengetahuan dan amalan protokol dan etiket sosial juga amat penting kepada

    guru sebagai seorang pendidik. Ini kerana guru bukan sekadar mengajar dan berada di

    sekolah sepanjang masa. Guru juga perlu mempunyai etiket sosial yang cemerlang

    agar mencerminkan keperibadian serta profesionalisme keguruan yang unggul.

    Di samping itu juga, pergaulan atau hubungan sosial sebagai seorang guru juga

    perlulah mencerminkan imej seorang pendidik yang berbudi pekerti mulia dan

    dihormati. pada saya, seseorang guru itu hendaklah mematuhi kod etika pemakaian

    dan tidak berpakaian selekeh kerana penampilan diri amat penting. Ini kerana

    tanggapan atau pemerhatian dari segi penampilan diri memainkan peranan dalam

    persepsi seseorang individu terutamanya masyarakat sekeliling. Oleh yang demikian,

    penampilan diri seorang guru seharusnya baik dan bersesuaian mengikut tempat atau

    situasi guru tersebut berada.

    8.3 KEPENTINGAN KEPADA ORGANISASI

    Selain itu, protokol dan etiket sosial juga amat mustahak dalam sesuatu

    organisasi. Pengetahuan mengenai protokol dan etiket sosial ini wajib diketahui agar

    tidak tersalah atau tersilap dalam panggilan hormat, susunan keutamaan, tempat

    duduk, dan sebagainya. Dalam sesuatu majlis rasmi, segala protokol dan susun atur

    majlis hendaklah dirancang dan butiran mengenai orang-orang jemputan perlulah

    diperoleh lebih awal agar majlis dapat berjalan mengikut susun atur yang sepatutnya.

    Dalam sesuatu organisasi juga, etiket sosial in penting kerana melibatkan

    keseluruhan anggota atau ahli dalam organisasi tersebut. Sebagai contoh, jika telah

    diputuskan bahawa pada setiap hari Khamis semua penjawat awam seluruh negara

    wajib memakai pakaian batik, ianya seharusnya dipatuhi dan semua penjawat awam

    memakai pakaian batik pada hari tersebut. Lagi pula pemakaian batik juga mempunyai

    kod etika pemakaiannya iaitu bagi kaum lelaki, pakaian batik yang dikenakan haruslah

    tidak dimasukkan ke dalam seluar dan tidak dikenakan tali leher padanya.

  • 7/29/2019 117865793-78407513-Refleksi-Big-Fasa-3

    6/13

    6

    Dalam pada itu, guru yang mempunyai etiket sosial yang baik juga mampu

    memberikan imej yang baik kepada organisasinya. Saya menyedari bahawa seorang

    guru perlulah mempunyai komunikasi dan ketertiban yang baik dalam organisasinya.

    Ianya secara tidak langsung memberikan satu gambaran bahawa sesuatu organisasi itu

    berpegang teguh kepada norma-norma perlakuan yang terpuji di kalangan anggotanya.

    8.4 KEPENTINGAN KEPADA KOMUNITI/MASYARAKAT

    Dalam aspek komuniti atau masyarakat pula, saya menyedari bahawa guru

    perlulah peka dalam membawa dirinya dalam sesuatu masyarakat. Masyarakat akan

    memandang tinggi dan hormat kepada seseorang guru tersebut menerusi perlakuan

    dan juga etikanya sebagai seorang guru.

    Dalam sesebuah komuniti, saya berpendapat bahawa seorang bakal guru perlu

    mempunyai daya kepimpinan yang tinggi di samping menjadi teladan kepada

    masyarakat sekitar. Untuk itu, guru haruslah bijak bergaul dengan masyarakat dan tidak

    menjadi kera sumbang dalam pergaulan dengan sesuatu komuniti sekitarnya.

    Selain itu juga, ucapan atau pertuturan guru dalam sesebuah masyarakat juga

    amat berpengaruh terutamanya jika sesebuah komuniti tersebut menghormati dan

    mempercayai kewibawaan seseorang guru. Apalah gunanya jika kita menjadi seorang

    guru tetapi tidak mampu membawa perubahan sikap kepada anak murid kita dan

    seterusnya kepada masyarakat di sekelilingnya? Oleh yang demikian, adalah amat

    penting bagi seorang guru tersebut untuk menjadi seorang mampu mengubah anak

    bangsa ke arah yang positif dan berguna kepada masyarakat dan negara.

  • 7/29/2019 117865793-78407513-Refleksi-Big-Fasa-3

    7/13

    7

    9.0 PENUTUP/ RUMUSAN

    Sebagai kesimpulannya, protokol merupakan set peraturan dan tatacara yang

    ditetapkan oleh sesebuah institusi dalam melaksanakan sesuatu majlis bagi memberi

    penghormatan, keselesaan dan kelicinan berdasarkan kedudukan seseorang dalam

    masyarakat. Manakala etiket sosial pula merupakan norma-norma perlakuan yang patut

    diamalkan di khalayak ramai. Sebagai seorang bakal pendidik, pengetahuan dan

    panduan tersebut amat penting dan perlu diketahui agar mampu dijadikan rujukan serta

    amalan dalam menjalani kehidupan mengikut norma sosial masyarakat yang

    ditentukan.

  • 7/29/2019 117865793-78407513-Refleksi-Big-Fasa-3

    8/13

    8

    10.0 REFLEKSI KENDIRI (II)

    TAJUK CERAMAH: GURU DAN KEMAHIRAN PROFESIONAL

    PENCERAMAH: TUAN HAJI RAMLAN BIN MALA

    TARIKH: 28 Mac 2011

    10.1 KEPENTINGAN KEPADA DIRI SENDIRI

    Program ceramah yang bertajuk Guru dan Kemahiran Profesional yang

    diadakan pada fasa III kali ini amat memberi satu kesedaran dan motivasi yang

    membina buat saya. Ini kerana program ceramah seumpama ini telah menguatkan dan

    menyemarakkan lagi perasaan cinta dan bangga menjadi seorang insan yang bakal

    bergelar guru. Program ceramah ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Ramlan bin

    Mala selaku Pegawai Pengurusan Praktikum Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau.

    Sebagaimana yang kita tahu, guru merupakan insan yang mendidik,

    membimbing dan mengajar anak-anak muridnya. Namun, kita haruslah sedar bahawa

    tugas guru tidak ternoktah sekadar menjadi pembimbing, pengajar ataupun pendidik,

    malah lebih daripada itu. Melalui ceramah yang telah disampaikan, saya menyedari

    bahawa guru perlu mempunyai kemahiran profesional yang baik dalam menjadi

    seorang pendidik yang unggul. Menerusi ceramah yang telah disampaikan, kemahiran

    profesional bermaksud seseorang itu mempunyai kemahiran dan pakar dalam bidang

    yang diceburinya. Ini bermakna guru perlu memahirkan diri mengikut bidang yang

    diceburinya dan bukannya melibatkan diri dalam hampir semua perkara, namun satu

    bidang pun tidak mampu dikuasai dengan betul. Ini boleh dikatakan seperti pepatah

    Inggeris Jack of all trades, master of none. Tambahan pula, seseorang guru yang

    memiliki kemahiran profesional mampu melaksanakan tugas tanpa sebarang masalah

    yang timbul.

    Melalui ceramah yang telah disampaikan, saya mendapati bahawa peranan

    menjadi warga pendidik sangat besar dan penting. Ini kerana guru merupakan agen

    perubahan masyarakat. Melalui ceramah tersebut, guru mampu mempengaruhi

    motivasi serta minat murid-murid dalam pelajaran. Jika seseorang guru itu mempunyai

  • 7/29/2019 117865793-78407513-Refleksi-Big-Fasa-3

    9/13

    9

    kemahiran pedagogi yang berkesan, ianya secara tidak langsung mampu

    memotivasikan serta menarik perhatian murid-murid untuk berusaha di dalam akademik

    dan aktiviti sekolah yang lain. Oleh yang demikian, kemahiran dan pengetahuan dalam

    bidang profesionalisme keguruan amatlah mustahak untuk digarap dengan sebaiknya

    dalam usaha memperoleh hasil yang positif.

    10.2 KEPENTINGAN KEPADA KERJAYA

    Saya juga menyedari sememangnya guru perlu melihat kerjaya ini sebagai suatu

    yang fleksibel dan sentiasa bergerak seiring dengan arus perubahan dalam pendidikan.

    Ini kerana peranan guru pada zaman dahulu berbanding dengan zaman sekarang

    amatlah banyak bezanya.

    Jika pada zaman dahulu, kerjaya guru hanyalah sekadar mendidik dan memberi

    ilmu, namun pada zaman kini peranan guru lebih mencabar daripada itu. Ceramah yang

    disampaikan menekankan kepada kami semua bahawa sesungguhnya guru itu amat

    berpengaruh kepada seluruh masyarakat.

    Dalam ceramah yang telah disampaikan, penceramah ada menyenaraikan dan

    mengulas mengenai jenis-jenis guru zaman sekarang. Berikut merupakan jenis-jenis

    guru tersebut:

    a) Cikgu Cukup Hidup

    Guru yang sudah tidak berminat untuk mendidik

    b) Cikgu Zon Selesa

    Guru yang memastikan zon keselesaannya selamat (gaji, harta, kedudukan dan

    sebagainya)

    c) Cikgu Kerjaya

    Guru yang bekerja untuk gaji (25hb)

    d) Cikgu Kaunseling dan Disiplin

    Mementingkan aspek tingkah laku melebihi aspek lain

  • 7/29/2019 117865793-78407513-Refleksi-Big-Fasa-3

    10/13

    10

    Sememangnya jenis-jenis guru yang disenaraikan itu negatif dan memberi

    masalah kepada sekolah terutamanya soal tanggungjawab yang sepatutnya kepada

    murid-murid dan warga sekolah. Ianya adalah sebaik-baiknya perlu dielakkan untuk

    kebaikan bersama.

    Dari aspek yang positif pula, saya melihat kerjaya atau profesion sebagai guru ini

    sebagai suatu ibadah. Ini kerana guru memainkan peranan utama dalam proses

    pendidikan dan juga secara tidak langsung mempengaruhi kehidupan murid tersebut.

    Ini dapat dilihat dalam aspek guru yang bertanggungjawab dalam membantu anak

    muridnya memperoleh keperluan dan kualiti kehidupan orang dewasa agar mereka

    berjaya hidup dalam masyarakat terus menerus.

    10.3 KEPENTINGAN KEPADA ORGANISASI

    Sementara itu, kemahiran profesional di kalangan guru juga penting kepada

    organisasi terutamanya kepada pihak sekolah atau institusinya. kepentingan guru

    sebagai agen perubahan turut menjurus kepada kebaikan suatu organisasi tersebut.

    Dalam hal ini, guru dituntut untuk mampu menjadi warga pendidik yang berkualiti dan

    mampu menjadi penggerak kepada akauntabiliti yang terpuji terutamanya dalam

    organisasi.

    Untuk itu, saya menyedari bahawa guru berkualiti adalah mereka yang dapat dan

    mampu menguasai serta merealisasikan segala kemahiran, pengetahuan dan

    kepakaran yang ada pada diri mereka sebagai alat meningkatkan keberkesanan

    pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

    Melalui ceramah yang telah disampaikan, ianya menjelaskan bahawa salah satu

    strategi untuk melahirkan guru yang berkualiti adalah dengan meningkatkan

    keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Saya amat bersetuju

    dengan pandangan tersebut. Melalui keberkesanan proses P&P, ianya secara tidak

    langsung mampu memberi kebaikan kepada sesuatu organisasi sama ada pihak

    sekolah mahupun murid-murid. sebagai contoh, dengan kemahiran pedagogi yang

  • 7/29/2019 117865793-78407513-Refleksi-Big-Fasa-3

    11/13

    11

    berkesan, prestasi pencapaian murid-murid di sekolah mampu dipertingkat dan ini

    secara tidak langsung memberikan imej yang positif kepada pihak sekolah.

    Guru-guru juga perlu diperkenalkan dengan teknik-teknik pengajaran dan terkini

    yang berkesan serta menarik minat murid Dengan ini, murid-murid akan berasa

    seronok, menghayati bahan yang diajar, meningkatkan kemahiran dan aspek kognitif

    serta manipulasi mereka. Ini bermakna, guru perlu memiliki kompetensi dalam proses

    pengajaran dan pembelajaran dalam usaha melahirkan murid-murid yang memiliki

    pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diperlukan untuk pembangunan negara.

    10.4 KEPENTINGAN KEPADA KOMUNITI/MASYARAKAT

    Dalam aspek komuniti atau masyarakat pula, saya menyedari guru perlulahmempunyai kemahiran dalam menyesuaikan diri dalam apa jua persekitaran. Ini kerana

    guru yang berkesan bukan sahaja mampu melaksanakan tugas-tugas di dalam kelas

    semata-mata, namun perlu menjalankan tugas-tugas pembelajaran di luar kelas,

    khususnya di dalam komuniti masyarakat.

    11.0 PENUTUP/ RUMUSAN

    Sebagai kesimpulannya, ceramah ini telah menyedarkan saya akan kemahiran-

    kemahiran yang perlu ada pada diri seorang guru. Guru yang mengamalkan kemahiran

    profesional mampu memberi peningkatan kepada kemajuan dalam bidang pendidikan.

    Untuk itu, segala maklumat dan perkongsian pengalaman yang telah disampaikan oleh

    Tuan Haji Ramlan bin Mala amat saya hargai. Dalam usaha untuk menjadi guru yang

    unggul dan berkesan, ianya memerlukan semangat dan tekad. Ianya tidak mustahil

    untuk dikecapi jika kita berazam untuk mencapai matlamat tersebut. Akhir kata,

    program ceramah seperti ini perlu diadakan dan tema mengenai guru amat bersesuaian

    didedahkan kepada bakal guru pelatih agar menjadi dorongan dan motivasi yang positif

    serta membina kepada mereka.

  • 7/29/2019 117865793-78407513-Refleksi-Big-Fasa-3

    12/13

    12

    LAMPIRAN

    Figure 1. sesi Pendaftaran

    Figure 2. Sesi pendaftaran

  • 7/29/2019 117865793-78407513-Refleksi-Big-Fasa-3

    13/13

    13