10.ketamadunan sistem pendidikan

Upload: wh-eng

Post on 08-Jan-2016

305 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

gg

TRANSCRIPT

Kurikulum Pendidikan Tamadun Awal dan Pendapat Ahli-ahli Falsafah Tentang Ilmu

Definisi KurikulumKurikulum ditakrifkan sebagai dokumen yang mengandungi rancangan P&P yang mempunyai objektif psikomotor,efektif dan kognitif bagi satu subjek.

Kurikulum juga didefinisikan sebagai satu rancangan pendidikan yang mengandungi segala ilmu pengetahuan ,kemahiran,nilai dan norma serta unsur kebudayaan dan kepercayaan yang menjadi pilihan masyarakat untuk diwariskan daripada generasi ke generasi yang lain.

Kurikulum Tamadun Mesir

Kurikulum tamadun Mesir terbahagi kepada beberapa tiga peringkat iaitu:Pelajar yang cenderung dalam bidang sastera diwajibkan mempelajari tulisan-tulisan Mesir kuno seperti Hiratiqi dan Demotiqi.

Mereka juga mempelajari ilmu falsafah dan undang-undang.

Mata pelajaran yang diajar termasuklah teknik (matematik,peralatan dan sejarah),perubatan (ilmu tubuh badan,jampi dan sihir) dan agama (kitab-kitab suci,hukum agama yang mendalam dan ilmu falak).

Tujuan pendidikan:

1)Memudahkan seseorang mencari pekerjaan apabila mereka dewasa kelak.

2)Mempunyai ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang(Cth:Undang-undang ,sejarah,geografi dan proses-proses teknikal)

Kurikulum Tamadun MesopotamiaDua jenis kurikulum di Mesopotamia iaitu kurikulum berbentuk saintifik dan berbentuk sastera kreatif.

Berbentuk SaintifikBerbentuk Sastera KreatifMata pelajaran yang dipelajari ialah zoologi,geografi,matematik dan botanikal.(a)Para pelajar digalakkan menyalin karya-karya sastera berbentuk puisi seperti cerita-cerita mitos dan lagenda yang memuji tuhan dan pahlawan Mesopotamia.(b)Di Mesopotamia terdapat satu Epik Gilgamesh yang merupakan satu koleksi lagenda mengisahkan tentang keperwiraan bangsa Sumeria.

Penulisan dan bacaan juga menjadi sebahagian daripada kurikulum pelajar-pelajar Mesopotamia.

Mereka juga mengadakan latihan tentang penggunaan frasa dan istilah dalam lagu-lagu suci.

Kurikulum pelajar Mesopotamia termasuk membaca dan menyalin pelbagai karya sastera,linguistic (kumpulan frasa dan kata),geografi, matematik,geologi (batu batan dan galian) serta biologi (nama pokok, burung dan serangga)

Semasa pemerintahan Hammurabi,orang Mesopotamia mengkaji kedudukan binatangdan melibatkan diri secara serius dalam bidangilmu falak.

Mereka percaya binatang mempunyai pengaruh dalam kehidupan manusia.

Oleh itu,pusat-pusat memerhati binatang ditubuhkan di seluruh negara.

Kurikulum Tamadun Indus

Mata pelajaran bertambah dengan pengenalan kesusasteraan dan hal-hal yang berkaitkan dengan kehidupan manusia.

Kesusasteraan yang paling terkenal iaitu Dharma Sutra yang berkait rapat dengan undang-undang semasa,tingkah laku dan adat istiadat.

Hasil kesusasteraan itu kemudiannya menjadi asas buku perundangan Manu moden.

Bijendra Nath Sharma dalam Social dan Culture History of Northern India menyatakan bahawa pelajaran pada zaman awal India adalah berpandukan kepada keperluan kasta masing-masing.

Sistem pelajaran adalah secara hafalan.

Mata pelajaran yang diajar di masyarakat di bahagian utara India adalah teks-teks sastera termasuk vedengas iaitu yang berkaitkan dengan upacara korban, tatabahasa,astronomi dan etimologi(Pengkajian mengenai asal usul perkataan).Kasta Brahmin Kasta KhastriyaKasta VaisyaMempelajari Veda,Anga,Purana dan Karmaknda.Mempelajari bidang astronomi,drama, matematik,nahu, senjata,logik,metric dan catan.Mempelajari bidang matematik dan perdagangan.

Kurikulum Tamadun China

Sistem tulisan telah dipermudahkan dan sistem tulisan Cina telah disatukan.

Pelajar-pelajar yang menuntut di sekolah rendah telah menggunakan buku teks yang sama.

Ini bertujuan untuk menyelaraskan sukatan pelajaran di peringkat institusi tinggi.

Pelajar memulakan pengajian di peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat institusi tinggi membuktikan pendidikannya bertujuan untuk memenuhi kehendak negara.

Kandungan buku ini rata-rata berkaitan dengan nilai-nilai falsafah yang dianjurkan oleh Confucius ,Mencius dan tokoh-tokoh lain yang menekankan keperluan menghormati ibu bapa dan taat kepada negara.

Pendidikan tinggi dan matlamat akhir pendidikan adalah untuk melahirkan warganegara yang akan berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan dan memelihara keamanan negara.

Pelajar-pelajar yang lulus peperiksaan awam kerajaan akan dianugerahkan ijazah.

Ijazah yang dianugerahkan terdiri daripada tiga peringkat,iaitu Ijazah Pertama (setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda) ,Ijazah Kedua (setaraf dengan Ijazah Sarjana) dan Ijazah Ketiga (setaraf dengan Doktor Falsafah).

Mereka yang memperoleh ijazah kedoktoran layak untuk mengambil peperiksaan keempat dan terakhir.

Setelah lulus, pelajar boleh menjadi ahli seumur hidup organisasi intelek yang dikenali sebagai Imperial Academy (Han-lin Yuan).

Anggota Han-lin Yuan bertindak sebagai kabinet maharaja.

Maharaja juga melantik seseorang yanglulus cemerlang dalam peperiksaan sebagai sasterawan negara dan mempunyai kedudukan yang tinggi dalam negara.

Walaupun tidak semua yang menghadiri sekolah akan berkhidmat kepada negara,mereka yang menjadi petani,tukang dan pekerjaan lain telah ditanamkan dengan ilmu asas yang menyeru kepada penghormatan kepada orang tua dan mematuhi peraturan dan undang-undang.

Kurikulum Tamadun YunaniBagi mencapai matlamat pendidikan Sparta,kanak-kanak dilatih mengikut kurikulum yang disediakan iaitu tertumpu pada latihan fizikal yang meliputi kegiatan berlari,melompat,bertinjau dan sebagainya.

Apabila usia mencecah 19 tahun,pelajar hendaklah bersedia melayakkan diri menjadi warganegara yang mempunyai ketahanan yang tinggi dan berguna kepada negara.

Mereka dilatih tentang taktik dan strategi peperangan.

Pelajar-pelajar dikehendaki menduduki ujian setiap 10 hari.

Pada usia 20 tahun mereka menjalani kehidupan sebagai anggota tentera yang sebenarnya selama 10 tahun.

Kaum wanita Sparta menerima pendidikan di rumah seperti berlari, melompat,merejam lembing,melontar cakera,menari dan menyanyi dengan tujuan memupuk semangat patriotik yang tinggi serta menjadi ibu yang sihat dan baik.

Kurikulum pendidikan negara kota Athens disusun bagi mencapai matlamat pendidikan tersebut.

Pendidikan kanak-kanak bermula pada usia tujuh tahun dengan mempelajari muzik,membaca dan menjalani latihan fizikal kerana masyarakat Athens memandang tinggi kepada latihan fizikal serta pertandingan olahraga.

Kurikulum Tamadun MelayuPendidikan Tidak Formal1)Diterima daripada ibu bapa atau ahli keluarga mereka sendiri di rumah.2)Anak-anak menerima didikan secara tidak langsung supaya menjadi mahir seperti generasi tua mereka.3)Kemahiran yang ditekankan berkait rapat dengan kegiatan dan kerja-kerja seharian mereka.4)Kaum ibu akan mendidik anak-anak perempuan mereka supaya pantai menjahit,menenun,memasak,melakukan kerja-kerja kraf tangan,menari tarian tradisional dan sebagainya.5)Kaum bapa akan mendidik anak-anak lelaki mereka supaya mahir bertukang.

Pendidikan Formal1)Berlaku di masjid-masjid dengan kurikulum mempelajari pelajaran membaca al-Quran,mendalami ilmu fardu ain dan menyanyi lagu qasidah.2)Pada waktu malam,masjid digunakan sebagai pusat pengajian oleh orang-orang dewasa bagi mempelajari ilmu fikah, usuluddin, tasawuf, hadis, tafsir dan sebagainya.3)Di madrasah,kanak-kanak menerima pendidikan formal daripada guru yang dikenali Tengku Meunash dan dibantu oleh murid yang lebih cerdas dipanggil Sida.4)Mata pelajaran yang diajar di madrasah ialah membaca al-Quran, tajwid,fiqah dan ibadat-ibadat lain.5)Pelajar yang berkelulusan akan melanjut pelajaran ke Rangkang dan mempelajari ilmu kalam, falsafah,tasawuf, al-Quran, tajwid, hadis, tatabahasa Arab dan lain-lain.6)Pelajar yang lulus di Rangkang melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi seperti Jamiah Bait al-Rahman (Acheh) dan mempelajari mata pelajaran perubatan, pertanian, pentadbiran, matematik, ekonomi, pertukangan, undang-undang dan peperangan (ketenteraan).7)Di Tanah Melayu,sekolah pondok menekankan pelajaran agama seperti nahu,fiqah,al-Quran dan hadis yang dikendalikan oleh guru-guru menerima pendidikan dari Makkah.8)Pelajar-pelajar yang lulus persekolahan pondok berpeluang melanjutkan pelajaran ke Makkah dan setelah tamat pengajian,mereka akan bertugas sebagai guru-guru di serata tempat.

Ketamadunan Sistem Pendidikan:Kurikulum Pendidikan Tamadun Awal dan Pendapat Ahli-ahli Falsafah Tentang Ilmu SJH1054

PEMBENTANG:TAN YONG BOONKonsep IlmuPerkataan ilmu berasal daripada perkataan Arab ilm yang bermakna tahu.

Kamus Dewan mendefinisikan ilmu sebagai pengetahuan, kepandaian (dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan perkara dunia,akhirat, zahir,batin dan lain-lain) dan kajian berkaitan sesuatu perkara.

Franz Rosenthal menakrifkan ilmu sebagai proses mengetahui, memperoleh dan mencari penjelasan tentang konsep,kepercayaan, ingatan dan gerak geri yang berkaitan dengan pembuatan dan hasil kesedaran yang disebabkan oleh gerak hati.

Secara umumnya,ilmu terbahagi kepada dua,iaitu ilmu naqli iaitu ilmu yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. bagi memenuhi jiwa,akal dan roh dan ilmu aqliyyah iaitu ilmu yang diperoleh daripada penggunaan akal fikiran dan pancaindera iaitu melalui pengamatan,pengalaman dan penelitian.Pendapat Ahli Falsafah Yunani Tentang IlmuSumbangan dan kepentingan masyarakat Yunani dalam konteks perkembangan ilmu pengetahuan amat penting.

Tabiat berfikir secara rasional dan sifat ingin tahu di kalangan orang Yunani menyebabkan mereka mencari kebenaran tentang alam.

Masyarakat Yunani terutamanya penduduk Athens telah memberikan penekanan yang mendalam ke atas ilmu pengetahuan dan pendidikan dalam kehidupan bermasyarakat.

Masyarakat Yunani menjadikan akhlak,alam dan politik sebagai idea yang sejagat sebagai sumber ilmu mereka yang utama.Pythagoras (580 500 S.M.) merupakan seorang pemimpin agama dan ahli falsafah yang bertanggungjawab memulakan kemajuan penting dalam bidang sejarah,matematik,astronomi dan teori muzik.

Pythagoras membezakan orang yang berilmu dengan ahli-ahli dalam bidang lain.

Dalam Sukan Olimpik,beliau membahagikan manusia kepada tiga kumpulan.

Mereka yang mengambil bahagian atau atlitMereka yang mengambil peluang berniaga (peniaga)Mereka yang datang untuk memerhati dan melihat acara sukan tersebut (penonton)Kumpulan ini mengejar nama dan penghormatan.Kumpulan ini mengejar keuntungan.Kumpulan ini tidak mengejar nama dan tidak pula mengejar keuntungan tetapi mereka datang untuk mengetahui dan mencari kebenaran.Mereka tidak mempunyai kepentingan melainkan mencari ilmu pengetahuan.

Beliau sering menekankan latihan budi pekerti yang baik terhadap setiap insan.

Katanya,budi pekerti yang baik lebih penting dari ilmu pengetahuan kerana baginya semua orang cenderung kepada kejahatan.

Beliau berpendapat,hanya budi pekerti yang baik(diperoleh melalui pendidikan agama,seni suara dan ilmu pasti) dapat menghindari manusia daripada melakukan perkara-perkara yang tidak baik.

Pythagoras juga menekankan bahawa hormunis harus ada di mana-mana sahaja dalam alam ini,antara Tuhan dan manusia,antara rakyat dengan pemerintah,antara suami dengan isteri,antara orang tua dengan anaknya,antara jiwa dengan raga,fikiran,perasaan dan kemahuan.

Socrates (470 399 S.M.) (dikenali sebagai Bapa Falsafah Dunia) merupakan ahli falsafah dari Athens yang amat masyhur dan sentiasa mencari kebenaran.

Beliau menekankan pendidikan budi pekerti dan juga mementingkan fikiran (ilmu pengetahuan).

Socrates mengajar manusia supaya berkelakuan dan berakhlak baik, berfikir dengan bijak dan mengajar dengan cara yang menarik.

Menurut beliau,kita tidak seharusnya mempercayai sesuatu kenyataan tanpa bukti dan sokongan yang nyata.

Plato (427 347 S.M.) merupakan ahli falsafah dari Athens dan anak murid Socrates.

Beliau menghasilkan bukunya berjudul Republic yang mengandungi ajaran Socrates.

Plato berpendapat bahawa ahli falsafah adalah manusia yang bersedia menerima ilmu pengetahuan,cinta,tidak puas-puas belajar dan berminat mencari kebenaran dan suka melihat kebenaran itu diterjemahkan dalam kehidupan dan hatinya terpaut kepada kebenaran.

Beliau menyarankan bahawa sebaik-baik pemimpin sepatutnya juga ahli falsafah supaya dia dapat memimpin negara dan rakyatnya dengan adil dan saksama.

Untuk menyebarkan ideanya,beliau mengasaskan sebuah sekolah di Athens yang bernama Akademi dan sekolah ini telah melahirkan pelbagai ahli-ahli falsafah yang terkemuka.

Menurut Plato lagi,pendidikan haruslah menghasilkan tiga golongan manusia iau Lehr,Nehr dan Wehr.Setelah seseorang itu telah tamat pengajiannya,orang dari golongan Lehr menjadi pemimpin,golongan Nehr menjadi pekerja manakala golongan Wehr pula menjadi tentera.

Pembahagian ini adalah berdasarkan kepada pembawaan bakat.

Plato berpendapat bahawa setiap golongan mempunyai peranan masing-masing dan melakukan sesuatu yang sesuai dengan potensi yang ada pada individu tersebut sehingga pada akhirnya terbentuk sebuah negara yang aman dan sejahtera.Aristotle (384 322 S.M.) merupakan anak murid Plato yang pernah menuntut di sekolah Akademi.Pendapatnya berbeza dengan gurunya,Plato.

Beliau seorang yang berfaham realist sedangkan Plato berfaham idealis.

Menurut pendapat Aristotle,semua pengetahuan diperolehi dari luar iaitu melalui pancaindera.

Bagi beliau keasyikan dalam fikiran manusia hendaklah berpandukan kepada disiplin-disiplin ilmu yang dikaji atau diselidiki dan keasyikan ini akan membawa kemajuan dalam ilmu-ilmu yang dikaji dan diselidiki.

Sumbangan penting Aristotle ialah dalam bidang perkembangan fizik, ekonomi dan muzik.

Aristotle dikatakan seperti ensiklopedia kerana beliau sangat pintar dan mempunyai pelbagai pengetahuan.

Aristotle berpendapat bahawa pemerintah hendaklah memerhati dan mengambil berat keadaan jasmani setiap kanak-kanak yang dilahirkan.

Kanak-kanak yang dilahirkan cacat hendaklah ditanam hidup-hidup kerana tidak akan menguntungkan negara.

Keluarga bertanggungjawab memberi pendidikan kepada kanak-kanak yang berumur di bawah enam tahun.Kerajaan haruslah mengambil alih mendidik kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak itu akan bersekolah dari umur tujuh hingga 21 tahun.

Beliau menyarankan mata pelajaran yang diajar kepada pelajar yang belum meningkat remaja ialah latihan jasmani,kesusasteraan dan nyanyian atau muzik.

Selepas meninggalkan Akademik,Aristotle menjadi guru kepada Iskandar Zulkarnain dan kemudiannya mengasaskansebuah institusi sains yang terkemuka ketika itu,Lyceum.

Aristotle merupakan orang pertama yang mengemukakan cara berfikir yang teratur ,iaitu dalam satu sistem dan juga merupakan orang pertama memperkenalkan kaedah saintifik dalam mencari kebenaran sains yang pelbagai bentuk tetapi saling berkait dalam satu sistem.

Pendapat Ahli-ahli Falsafah ChinaKemajuan kebudayaan bangsa China yang berkembang pada zaman sebelum Masihi hingga ke hari ini banyak dipengaruhi oleh keprihatinan mereka dalam bidang ilmu.

Hal ini dapat dilihat dalam sistem peperiksaan yang diamalkan oleh kerajaan China.

Masyarakat China percaya bahawa ilmu harus diamalkan dalam kehidupan seharian mereka.

Tidak hairanlah jika orang China berjaya mencipta kertas,kompas, pembuatan sutera dan sebagainya .

Kemajuan ini berpunca daripada pengaruh ahli-ahli falsafahnya.Confucius atau Kung Fu-tze (551 479 S.M.) kaya dengan ilmu pengetahuan.

Ilmu bagi Confucius adalah berasaskan perasaan kemanusiaan yang menganjurkan lima kebaikan di dunia iaitu amanah,rajin,bersifat mulia,berbudi bahasa dan bermurah hati.

Rukun kemasyarakatan yang diajar Confucius ini telah menjadi falsafah rasmi negara China dan ajaran Confucius dimuatkan dalam buku Analekta yang ditulis oleh pengikutnya.

Melalui ajarannya itu,Confucius mahu menghasilkan bapa yang jujur, ibu yang setia,anak yang menurut perintah,pegawai yang rajin, pemerintah yang jujur,raja yang bijaksana dan perajurit yang berani.

Mencius atau Meng-tze (372 289 S.M.),murid Confucius berpendapat bahawa manusia adalah semulajadinya baik dan boleh hidup bukan sahaja dengan membuat kebajikan tetapi juga dengan rasa tanggungjawab.

Hsun-tzu juga murid Confucius agak berlawanan pendapat dengan Mencius.Dia berpendapat bahawa manusia semula jadinya adalah jahat dan hanya boleh mencapai kesempurnaan melalui didikan akhlak dan pengawasan manusia.

Lao Tzu dan Chung Tzu telah membawa ajaran Taoisme.

Ajaran ini dimuatkan dalam buku Tao Te Ching dan Chuang Tzu.

Ajaran Taoisme menyarankan supaya manusia tidak mementingkan keduniaan.

Taoisme berpendapat,kerajaan yang paling kurang diperintah ialah kerajaan yang berkesan kerana tidak banyak masalah.

Fahaman yang menekankan perdampingan dengan alam semula jadi yang mendorong pengikutnya meneroka ilmu sains dan teknologi.

Sekian,terima kasih.