ketamadunan manusia

49
1.0 Pengenalan. Perkataan tamadun berasal daripada bahasa Arab iaitu “mudun”, “madain” dan “madana”. Perkataan tersebut bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar. Dalam bahasa Inggeris, tamadun disebut sebagai civilization. Perkataan civilization berasal daripada perkataan Greek iaitu civitas. Perkataan civitas bermaksud bandar. Dari segi konsep, tamadun membawa maksud peradaban, pembangunan atau kemajuan. Menurut pandangan sarjana Barat, tamadun bermaksud pembangunan dalam bidang lahiriah iaitu kemajuan manusia dalam aspek yang berkaitan dengan ekonomi, pembandaran, kebudayaan, undang-undang dan sebagainya. Menurut mereka, tamadun tidak ada kaitan dengan unsur rohaniah. Menurut sarjana Islam pula, tamadun bermaksud pembangunan dalam aspek lahiriah dan rohaniah iaitu kemajuan dalam bidang fizikal dan sahsiah manusia. Selain itu, tamadun mestilah wujud keseimbangan antara kemajuan lahiriah dan rohaniah. Setiap tamadun mempunyai pusat tamadun awal. Pusat awal tamadun Mesopotamia adalah di lembah sungai Tigris dan Euphrates. Tamadun Mesir Purba pula mula di lembah sungai Nil. Pusat awal tamadun Indus ialah di lembah sungai Indus dan untukTamadun Hwang Ho pula di lembah sungai Hwang Ho. (Mahdi Bin Shuid, 2014, Ketamadunan Manusia, Sri Pengajian Sosila, Selangor: Darul Ehsan, Penerbitan Multimedia.) Terdapat pelbagai sumbangan yang dibekalkan oleh semua tamadun untuk masyarakat masa kini. Contohnya, penciptaan kertas pertama di tamadun China dapat berguna sehingga hari 1

Upload: lalinadeviloganathan

Post on 10-Dec-2015

255 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

tugasan TAMADUN CHINA, ISLAM DAN INDIA

TRANSCRIPT

Page 1: Ketamadunan Manusia

1.0 Pengenalan.

Perkataan tamadun berasal daripada bahasa Arab iaitu “mudun”, “madain” dan

“madana”. Perkataan tersebut bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan

bandar. Dalam bahasa Inggeris, tamadun disebut sebagai civilization. Perkataan

civilization berasal daripada perkataan Greek iaitu civitas. Perkataan civitas

bermaksud bandar.

Dari segi konsep, tamadun membawa maksud peradaban, pembangunan

atau kemajuan. Menurut pandangan sarjana Barat, tamadun bermaksud

pembangunan dalam bidang lahiriah iaitu kemajuan manusia dalam aspek yang

berkaitan dengan ekonomi, pembandaran, kebudayaan, undang-undang dan

sebagainya. Menurut mereka, tamadun tidak ada kaitan dengan unsur rohaniah.

Menurut sarjana Islam pula, tamadun bermaksud pembangunan dalam aspek

lahiriah dan rohaniah iaitu kemajuan dalam bidang fizikal dan sahsiah manusia.

Selain itu, tamadun mestilah wujud keseimbangan antara kemajuan lahiriah dan

rohaniah. Setiap tamadun mempunyai pusat tamadun awal. Pusat awal tamadun

Mesopotamia adalah di lembah sungai Tigris dan Euphrates. Tamadun Mesir Purba

pula mula di lembah sungai Nil. Pusat awal tamadun Indus ialah di lembah sungai

Indus dan untukTamadun Hwang Ho pula di lembah sungai Hwang Ho. (Mahdi Bin

Shuid, 2014, Ketamadunan Manusia, Sri Pengajian Sosila, Selangor: Darul Ehsan,

Penerbitan Multimedia.)

Terdapat pelbagai sumbangan yang dibekalkan oleh semua tamadun untuk

masyarakat masa kini. Contohnya, penciptaan kertas pertama di tamadun China

dapat berguna sehingga hari ini. Tamadun China juga membekalkan kompas yang

pertama dengan kayu dan sebatang magnet untuk kegunaan keagamaan. Selain itu,

sebagai seorang individu yang bertamadun kita haruslah mempunyai petempatan

yang kekal untuk menjamin keselamatan diri sendiri. Melalui tamadun-tamadun

tersebut kita juga mempunyai sistem pemerintahan iaitu, mempunyai raja dan lain-

lin lagi. Ini kerana sesebuah negara haruslah mempunyai ketua untuk memimpin

negara tersebut dalam jalan yang betul. Seterusnya, kepercayaan kepada banyah

tuhan seperti matahari, pokokh dan bunga membuktikan semua orang harus

mempunyai kepercayaan kepada tuhan dan mempunyai keagamaan untuk berjaya

dalam kehidupan dengan jalan yang betul. Kepercayaan kepada tuhan membantu

1

Page 2: Ketamadunan Manusia

seseorang mengelakkan diri daripada gejala negatif. Jadi seabgai manusia yang

bertanggungjawab kita haruslah menghaprgai sumbangan tamadun-tamadun itu.

2.0 Perkembangan Sistem Pertahanan dan Ketahanan Tamadun Islam.

Sebelum kita mengetahui tetang konsep ketahanan dan pertahanan dalam Islam

maka perlu dilihat terlebih dahulu tentang makna Islam. Islam adalah agama Allah

S.W.T. yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad S.A.W menerusi malaikat Jibrail.

Ia diturunkan untuk kebaikan dan kesejahteraan manusia sejagat, tidak kira bangsa

dan keterununan. Baginda menyebarkan Islam selama 13 tahun di Makkah dan 10

tahun di Madinah.

Sebelum Islam tersebar di dunia terdapat zaman Jahiliyah yang bermaksud

zaman kegelapan atau zaman yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan. Di zaman

Jahiliyah peperangan merupakan satu perkara yang dianggap sangat berprestij

malahan merupakan lumrah dalam kalangan masyarakat jahiliah. Tentera-tentera

zaman Jahiliyah dipandang sebagai mulia. Konsep al-Ghazw iaitu peperangan dan

Hamasah iaitu kepahlawanan dalam kalangan masyarakat Badwi terangkum dalam

dasar falsafah hidup mereka iaitu “bantulah saudaramu baik dia yang menzalimi

atau dizalimi’’. Al-Qattami juga mengatakan bahawa “dalam kehidupan, kita mestilah

merompak seterukita, jiran kita dan saudara kita, kalau tidak orang lain akan

merompak kita. (Mahdi Bin Shuid, 2014, Ketamadunan Manusia, Sri Pengajian

Sosila, Selangor: Darul Ehsan, Penerbitan Multimedia.)

Selain itu, peperangan zaman Jahiliyah melibatkan semua lapisan

masyarakat zaman Jahiliyah daripada golongan kanak- kanak sehinggalah golongan

wanita, termasuk juga harta dan benda. Wanita yang ditahan dalam peperangan

akan dijadikan gundik dan hamba atau lebih dikenali sebagai wanita simpanan. Hal

ini kerana kedudukan wanita di zaman Jahiliyah adalah terendah, tidak mempunyai

sebarang nilai komersial dan juga tidak layah untuk dihormati. Punca mereka suka

berperang adalah disebabkan keadaan geografi dan sosioekonomi Semenanjung

Arab. Struktur masyarakat dan keadaan politik juga menyumbang kepada semangat

berperang dalam sanubari mereka.

2

Page 3: Ketamadunan Manusia

Terdapat dua bentuk peprangan pada zaman Jahiliyah iaitu perang gerila dan

perang secara bersisitematik. Ciri-ciri perang gerila dalam kalangan orang Arab

Jahiliyah ialah mempunyai tujuan tertentu dan mempunyai bilangan tentera yang

kecil, jangka masa berperang adalah singkat dan kebiasaannya tidak lebih dari satu

hari. Contoh, perang gerila adalah seperti Yaum Haba’ah dan Yaum al- furuq.

Peperangan secara bersistematik adalah peperangan yang berlaku ekoran daripada

perhubungan orang Arab dengan negara-negara maju pada masa itu seperti

Byzantine dan Parsi. Contoh, peperangan secara bersistematik pada masa tersebut

adalah Dhi Waqar pada tahun 61M antara Arab Ghasinah dengan Parsi. Struktur

peperangan ini berlaku sebelum wujudnya agama Islam. (Mahdi Bin Shuid, 2014,

Ketamadunan Manusia, Sri Pengajian Sosila, Selangor: Darul Ehsan, Penerbitan

Multimedia.)

3

Kepercayaan kepada Allah Yang Maha

Esa atau mentauhidkannya.

Undang-undang

Allah S.W.T.

yang diwahyukan

dalam al-Quran

dan Sunah.

Dua prinsip

Agama IslamSyariah

Akidah

Page 4: Ketamadunan Manusia

Agama Islam diasaskan kepada dua prinsip pokok akidah dan syariah.

Maksud akidah adalah kepercayaan kepada Allah Yang Maha Esa atau

mentauhidkannya. Syariah ialah undang-undang Allah S.W.T. yang diwahyukan

dalam al-Quran dan juga Sunah. Kedua-dua prinsip ini melambangkan kekuatan

Islam yang merangkumi aspek-aspek duniawi dan ukhrawi. Kekuatan dan ketahanan

umat Islam yang utama terletak pada akidah dan kepercayaannya kepada Allah

S.W.T. Akidah membantu umat Islam di peringkat awal untuk berjuang sehingga

mencapai kejayaan yang cemerlang. Islam juga mengutamakan faktor-faktor

lahiriyah yang berbentuk fizikal. Antaranya adalah persiapan alat senjata dan

kelengkapan perang. (Mahayudin Hj. Yahaya, 2004, Tamadun Islam, Edisi

Semakan, Penerbit Fajar Bakti SN.BHD.)

Seterusnya, pertahanan dalam Islam lebih berbentuk amali bagi

melaksanakan dasar-dasar ketahatan bagi tujuan membendung kehormatan dan

keutuhan agama, masyarakat dan negara. Islam tidak menggalakkan peperangan

sebab Islam adalah agama damai dan juga cintakan pedamaian kerana perkataan

Islam membawa erti salam atau perdamaian. Objektif dan matlamat utama

pertahanan atau peperangan dalam Islam ialah untuk menegakkan ajaran Allah

S.W.T. Adalah tanggungjawab setiap individu Muslim mempertahankan agamanya.

Namun, Allah S.W.T tidak mengizinkan orang Islam berperang melainkan setelah

orang Islam diancam dalam negara sendiri seperti Makkah. Ini dapat dibuktikan

apabila Rasulallah bertindak menyebarkan dakwan Islam secara terang-

terang,baginda dan para sahabat telah dimusuhi oleh orang Musyrikin. Terdapat

pelbagai cara yang dilakukan oleh orang Quraisy untuk menghapuskan agama Islam

dari bumi Arab termasuklah usaha membunuh baginda sendiri. Ramai orang Islam

merayu kepada Nabi supaya membenarkan mereka untuk menentang penindasan

tersebut. Tetapi baginda mengatakan bahawa “tahanlah tangan kamu dari

berperang. Dirikanlah sembahyang dan tunaikanlah zakat”. Baginda menahan orang

Islam daripada berperang. (Mahdi Bin Shuid, 2014, Ketamadunan Manusia, Sri

Pengajian Sosila, Selangor: Darul Ehsan, Penerbitan Multimedia.)

Di samping itu, Islam mempunyai satu konsep yang penting dalam

pertahanan iaitu jihad. Jihad dalam Islam bermaksud menegakkan kalimah Allah

iaitu akidah dan hukum di muka bumi. Bagi Syed Qutub, makna jihad harus dirujuk

kepada pengertian Islam itu sendiri yang membawa maksud penyerahan diri. Jihad

4

Page 5: Ketamadunan Manusia

juga merujuk kepada pengorbanan kerana menegakkan kebenaran yang telah

diperintahkan oleh Allah S.W.T. Namun jihad tidak hanya tertakluk kepada perang

semata-mata. Umat Islam boleh berjihad dengan harta benda, kepakaran malah

dengan nilai-nilai murni yang dipamerkan dalam perlakuan seharian. Hakikat jihad

dan peperangan dalam Islam bukannya bersifat sementara untuk mempertahankan

diri sendiri sahaja tetapi bersifat abadi dan terus menerus, sejajar dengan tujuan

Islam untuk membebaskan manusia di bumi daripada pengabadian sesame manusia

kepada menyembah Allah. (Mahdi Shuid, DR.Rumaizuddun Ghazali, Hazlina

Mansor, Teks Pra- U STPM Tamadun Islam, 2008, Longman.)

Pada masa yang sama, Islam membenarkan umatnya berperang, namun

mempunyai beberapa peraturan yang perlu patuhi. Antaranya termasuklah,

pembunuhan hanya boleh dilakukan di medan peperangan dan tidak boleh

diperluaskan ke luar medan peperangan. Musuh yang tidak menyertai peperangan

tidak boleh dibunuh selagi tidak menzahirkan permusuhan dan penentangan

bersenjata. Islam juga melarang membunuh wanita, kanak-kanak, orang cacat,

orang buta dan orang awam yang tidak terlibat dalam peperangan. Sekiranya

mereka semua terbabit dalam peperangan maka mereka dibenarkan bunuh. Orang

tua yang uzur dan juga golongan yang beribadat di rumah juga tidak dibenarkan

untuk bunuh. Golongan lain yang tidak boleh dibunuh adalah diplomat dan

perwakilan dan golongan petani dan pekerja juga tidak dibenarkan untuk

membunuh.

Justeru, Islam juga tidak membenarkan peperangan dilancarkan terhadap

mereka yang tidak memulakannya. Orang Islam juga tidak boleh menceroboh harta

orang-orang yang meminta perlindungan keamanan. Islam juga menghormati

perjanjian dan ikatan damai. Sungguhpun, Nabi Muhammad percaya bahawa

peperangan adalah tipu helah. Tetapi baginda tidak pernah menipu pihak musuh

dengan mengkhianati perjanjian dan ikatan perdamaian dengan mereka sepanjang

hidupnya. Semua peraturan ini menjelaskan bahawa Islam mempunyai sikap

toleransi dalam peperangan.

Selanjutnya, peperangan dalam Islam pernah dianggap sebagai suatu cara

yang berkesan dan berguna dalam penyebaran agama menerusi mata pedang atau

paksaan. Ia bertujuan untuk memperoleh kedudukan ekonomi yang tinggi atau ia

5

Page 6: Ketamadunan Manusia

adalah kebendaan semata-mata. Tetapi angkapan-angkapan ini tidaklah benar dan

tidak berasas sama sekali. Peperangan dalam Islam adalah bertujuan untuk

mempertahankan maruah diri, agama dan negara. Pihak yang ingin berperang

hanya memulakan peperangan setelah mendapat keizinan daripada Allah S.W.T.

Dengan ini, kita mendapat tahu bahawa proses pengislaman benar-benar berlaku

pada masa damai sejak Islam di Makkah hinggalah Nusantara.

Selain itu, Al-Quran telah menegaskan dalam surah an-Nahl, ayat 125

“supaya Islam itu diseru secara hikmah dan bukan secara kekerasan seperti yang

didakwa oleh golongan orientasi yang mengatakan Islam disebarkan melalui mata

pedang”.

Allah S.W.T telah berfirman “Tidak ada paksaan untuk memasuki Islam”.

Sesungguhnya, telah dijelaskan jalan yang benar daripada jalan yang salah (al-

Baqarah:256). Peperang pada zaman Nabi Muhammad S.A.W terbahagi kepada

dua iaitu, Ghazwah iaitu peperangan yang disertai oleh baginda iaitu sebanyah 28

kali dan Sariyyah iaitu peperangan yang tidak disertai oleh baginda berjumlah 47

kali. (Mahayudin Hj. Yahaya, 2004, Tamadun Islam, Edisi Semakan, Penerbit Fajar

Bakti SN.BHD.)

Terdapat beberapa peperangan yang berlaku dalam Tamadun Islam.

Antaranya, Perang Badar sebagai satu percubaan telah dilakukan oleh umat Islam

dengan menahan kafilah perdagangan Quraisy yang diketuai oleh Abu Suffiah.

Perang Uhud berpunca daripada rasa kecewa dan ingin membalas dendam dalam

kalangan kaum Musyrikin Makkah atas kekalahan mereka dalam Perang Badar.

Perang Khandak (Al-Ahzab) berlaku pada buan Syawal tahun ke-5 Hijrah/ 627 M.

Perang yang seterusnya adalah Perang Hudaibiyah pada tahun ke-6 hijrah dalam

bulan Zulkaedah. Perang Khaibar berlaku akibat ketidak puasaan kaum Yahudi

terhadap kekalahan mereka dalam peperangan dengan tentera Islam dan sentiasa

6

Serulah (semua manusia ) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah danpelajaran yang baik

(mau’izah hasanah) dan berdialog dengan mereka dengan cara yang baik pula.

(Surah al-Nahl: 256)

Page 7: Ketamadunan Manusia

mencari peluang untuk memerangi pihak Islam. Perang Mu’tah berlaku pada tahun

ke-8. Seterusnya, berlaku pembukaan Kota Makkah, Perang Hunain dan Perang

Taif dan akhir sekali adalal Perang Tabuk. (Mahdi Bin Shuid, 2014, Ketamadunan

Manusia, Sri Pengajian Sosila, Selangor: Darul Ehsan, Penerbitan Multimedia.)

7

Perang

Hunain

Perang

Taif

Perang

Mu’tah

Jenis- jenis

peperangan

dalam

Tamadun

Islam

Perang

Badar

Perang

Uhud

Perang

Khaibar

Perang

Khandak

Perang

Hudaibiyah

Perang

Tabuk

Page 8: Ketamadunan Manusia

Contoh Peperangan Gerila Zaman Jahiliah:

Tapak Perjanjian Hudaibiyah.

8

Page 9: Ketamadunan Manusia

3.0 Perkembangan Sistem Ketahanan dan Pertahanan Tamadun Mesopotamia.

Asal usul ketahanan dan pertahanan serta organisasi ketenteraan termasuklah

jenis- jenis tentera, strategik, taktik, teknologi peperangan dan pentadbiran tentera

dalam setiap tamadun. Setiap tamadun di dunia ini bermula dari lembah sungai.

Contohnya, Tamadun Indus bermula dari lembah sungai Indus dan Tamadun

Mesopotamia bermula dari sungai Tigris dan juga sungai Euphrates. Tujuan

tamadun kesemua tamadun tersebut bermula dari lembah sungai adalah tanah

sekitar sungai adalah subur. Tanah sekitar sungai bersesuai untuk bercucuk tanam

dan sungai adalah salah saru tempat memperoleh sumber protein seperti ikan.

Terdapat juga bekalan air untuk kegunaan harian, bekalan air untuk pengairan dan

juga sungai menjadi sebagai laluan perhubungan dan pengangkutan.

Peperangan dalam Tamadun Mesopotamia adalah untuk menyelamatkan

negaranya daripada serangan orang-orang gasar atau nomad di sempadan. Tujuan

utama berlakunya peperangan di Mesopotamia adalah disebabkan negara kotanya

tidak mempunyai sempadan yang jelas. Suku-suku kaum di Mesopotamia dari

negara-negara kota tertentu berperang sesame sendiri untuk berebut tanah yang

subur terutamanya di sekitar Sungai Tigris dan Sungai Euphrates. Untuk menguasai

bahagian hilir Sungai Euphrates negara kota Ur dan Urech berperang antara satu

sama lain. Setelah berhenti daripada bertelingkah sesama sendiri, mereka bersatu

memerangi puak nomad yang sentiasa menyerbu dataran-dataran subur di

Mesopotamia. Kemakmuran dan kekayaan wilayah-wilayah di Mesopotamia juga

mendorong banyah pihak termasuklah orang Assyria, Ammorites dan Chaldea untuk

menakluk Mesopotamia.

Pada masa yang sama, terdapat seorang raja bernama Raja

Nebuchadnezzar ll meluaskan empayar Babylondengan menakluk negara-negara

jiran seperti Mesir, Syria, Assyria da juga Jurusalem. Mesopotamia juga dapat

diserang oleh Sargon iaitu ketua puak Akkadia. Setelah peperangan Sargon berjaya

menguasai semua negara kota di Mesopotamia. Selepas Sargon, orang Guti iaitu

barbarian berjaya menguasai beberapa buah negara kotapenting di Mesopotamia.

Seterusnya terdapat juga Utu-Hegal iaitu orang Sumeria yang bertanggungjawab

memulihkan semula kekuasan orang Sumeria dengan menghalau keluar orang Guti.

9

Page 10: Ketamadunan Manusia

(Yasir Mansor, 2004, Tamadun Dunia Hingga Tahun 1800, Federal Marshall

Cavendish Education.)

Perkembangan Tamadun Mesopotamia.

Sungai Tigris. Sungai Euphrates.

Sungai Euphrates.

Kubu pertahanan Tamadun Mesopotamia. Sargon.

10

Page 11: Ketamadunan Manusia

4.0 Perkembangan Sistem Ketahanan dan Pertahanan Tamadun China.

Orang China berperang dengan negara-negara jiran yang terdiri daripada orang

gasar yang sering melakukan serangan ke atas mereka. Tenteranya terdiri daripada

petani yang dipaksa untuk meninggalkan tanah pertanian untuk berkhidmat dalam

tentera. Dalam Kerajaan Shang peperangan bertujuan untuk menawan tahanan

perang dalam bilangan yang besar dan menguatkuasakan pemerinahan raja dan

merampas harta orang kaya. Kedaulatan Kerajaan Shang ke atas wilayah yang luas

sebahagian besarnya dapat dilakukan kerana superiority ketenteraan. Selain itu,

peperangan juga dapat menambahkan bilangan tentera melalui tawanan perang.

Kadang-kala Raja Dinasti Shang menawan musuhnya untuk dijadikan korban

kepada dewa mereka.

Semasa pemerintahan Shih Huang Ti, baginda mengarahkan tenteranya

merampas peralatan perang atau senjata dari setiap rumah di China. Semua

peralatan ini dihantar ke ibu kota untuk dilebur untuk menjadi patung besi dan loceng

besar. Tindakan ini dilakukan supaya rakyat di seluruh negara tidak dapat

melancarkan pemberontakan terhadapnya.

Selain itu, penduduk Chou juga maju dalam bidang ketenteran. Mereka

mempunyai tentera seramai 30000 pada abad ke-2 S.M. Sebahagian tentera

Tamadun Mesopotamia terdiri daripada petani yang dipaksa menjadi tentera oleh

birokrasi baru. Unit-unit pentadbiran tempatan diberi kuasa ketenteraan. Mereka

yang diwajibkan dalam perkhidmatan tentera dilengkapkan dengan kelengkapan

tentera yang baik dan dilantik oleh kerajaan. Walaupun tugas ketenteraan

menyusahkan tetapi mereka yang berjaya dalam medan pertempuran diri pelbagai

anugerah oleh kerajaan. Sekiranya tentera-tentera berjaya membunuh ramai musuh

maka kerajaan akan memberikan anugerah kebendaan seperti tanah kepada

mereka.

Pada Zaman Feudal, Kerajaan Chou berjuang bermati-matian untuk

supremasi kehidupan. Tentera berkuda dan tentera berjalan kaki menjadi penting

daripada kereta kuda pada zaman tersebut. Liu Pang iaitu pengasas Kerajaan Han

membentuk unit kavalrinya sendiri untuk mengalahkan musuh dalam pertemburan

dengan Hsiang Yu. Tentera kavalri mempunyai beberapa kebaikan iaitu bermobiliti,

membebaskan tentera dari bergantung kepada kereta kuda dan yang paling utama

11

Page 12: Ketamadunan Manusia

adalah mereka mudah bergerak. Selain daripada tentera kavalri, tentera berkuda

zaman ini memakai seluar, boot, topi bangsa Scythia dan tali pinggang yang

berkilauan yang semuanya bukan berasal dari China.

Mereka yang terlibat dalam peperangan biasanya sukar untuk kembali

kepada kehidupan biasa. Ini amat nyata kepada petani. Mereka yang ditawan dalam

peperangan pula tidak ada jaminan bahawa nyawa mereka akan terpelihara.

Jeneral-jeneral yang berjaya mengalahkan lawan mempunyai reputasi untuk

membunuh musuh secara kejam dalam pembunuhan secara besar-besaran.

Seorang penulis bernama Wang Chi’ng mengatakan bahawa pegawai-pegawai

tentera Kerajaan Chi’ng yang telah menakluk seluruh China telah menawan hidup-

hidup 400000 tentera negeri musuh. (Yasir Mansor, 2004, Tamadun Dunia Hingga

Tahun 1800, Federal Marshall Cavendish Education.)

Selepas Kerajaan Han, amalan menubuhkan koloni tentera di sempadan-

sempadan yang tidak stabil menjadi cukup penting. Untuk itu benih, alat membajak

dan lembu dibekalkan oleh kerajaan. Di koloni-koloni ini pahlawan-pahlawan yang

separuh professional diharap untuk melindungi ladang dan keluarga mereka

daripada serangan musuh. Tetapi pada waktu-waktu susah ada kalanya mereka

berkawan dengan negara jiran dan ada yang mengahwini mereka.

Dengan penguatkuasaan order sosial baru oleh Kerajaan Tang ia

menyaksikan pertambahan penduduk. Dalam keadaan ini pemerintah Tang

memaksa anak-anak petani dalam bilangan yang ramai untuk meluaskan

pemerintahan maharaja di kawasan-kawasan pedalaman negara. Tentera Tang

dikatakan lebih cekap dan besar daripada kerajaan-kerajaan sebelumnya.

Selain itu, pada Zaman Kerajaan Tang juga kejayaan ketenteraan telah

memungkinkan China meluaskan wilayah mereka ke sempadan sebelah utara.

Kejayaan ini sebahagian besarnya ialah atas upaya jeneral-jeneral yang handal

zaman tersebut yang mana dari semasa ke semasa komando- komando tentera ini

diarah ke istana maharaja untuk melaporkan keadaan di provinsi dan diraikan dalam

majlis santapan diraja.

12

Page 13: Ketamadunan Manusia

Pengasas Tamadun China.

Liu Pang pengasas kerajaan Han. Sun Tzu( Penulis buku Art Off War.)

Kubu pertahanan negara China.

13

Page 14: Ketamadunan Manusia

5.0 Perbezaan Sistem Pertahanan dan Ketahanan antara Tamadun Islam,

Tamadun Mesopotamia dan Tamadun China.

Setiap tamadun mempunyai sistem pertahanan dan ketahanan yang berbeza.

Sistem pertahanan dan ketahanan berbeza mengikut perkembangan setiap

tamadun. Walupun setiap tamadun mempunyai ciri-ciri dan sumbangan-sumbangan

yang lebih kurang sama namun terdapat pelbagai perbezaan antara konsep

ketahanan dan pertahanan di setiap tamadun.

Setiap tamadun mempunyai matlamat atau tujuan yang berbeza terhadap

konsep pertahanan dan ketahanan. Menurut Tamadun Islam pertahanan bertujuan

untuk memelihara kehormatan agama, negara dan masyarakat. Pada asasnya Islam

tidak menganjurkan peperangan apalagi membenarkan pencerobohan ke atas

negara-negara lain. Menegakkan ajaran Allah S.W.T merupakan matlamat yang

utama berlakunya peperangan dalam Islam. Ia menjadi tanggungjawab setiap

Muslim untuk mempertahankan agamanya.

Matlamat berlakunya peperangan dalam Tamadun Mesopotamia adalah

untuk menyelamatkan negaranya daripada serangan orang-orang gasar atau nomad

di sempadan. Di Tamadun China pula peperang bertujuan untuk menawan tahanan

perang dalam bilangan yang besar dan menguatkuasakan pemerintahan raja dan

merampas harta orang kaya. Peperangan di Tamadun China juga dapat

mengukuhkan kuasa, menambahkan wilayah dan juga menjadidikan seseorang raja

itu kaya. Matlamat peperangan berbeza mengikut tamadun dan perkembangan

tamadun tersebut.

14

Tentera Tamadun

Islam

Tentera

laut

Tentera

darat

Tentera

Berkuda

Page 15: Ketamadunan Manusia

15

Tentera

dikerah

Tentera

berkuda

Tentera infantri

Tentera

kavalri

Tentera

professional

Tentera berkuda

China

Tentera infantri

Tentera biasa

Tentera

Tamadun

China

Tentera

Tamadun

Mesopotami

a

Page 16: Ketamadunan Manusia

Seterusnya, Tamadun Islam hanya mempunyai tentera yang bergiat di

bahagian darat di peringkat awal dan tentera yang menggunakan jalan laut sahaja.

Terdapat juga tentera darat dan laut dan juga tentera berkuda. Tetapi Tamadun

Mesopotamia mempunyai pelbagai jenis tentera. Antaranya ialah tentera

professional dan tentera yang dikerah. Tentera prosesional terdiri daripada unit

perisik yang terlatih, unit kejuruteraan dan unit yang bertanggungjawab terhadap

bekalan senjata dan peralatan yang lain. Tentera yang dikerah pula ialah tentera

yang dipaksa menjadi tentera dari kalangan warganegara kota-kota tertentu. Tentera

Mesopotamia juga terdiri daripada tentera berkuda iaitu, tentera yang membawa

tombak dan tentera ringan yang terdiri daripada pemanah. Terdapat juga tentera

pasukan pemanah, tentera infantri dan tentera kavalri. Tentera Tamadun China pula

terdiri daripada tentera berkuda China, tentera infantri dan tentera biasa yang

berjalan kaki dan megekori dari belakang kereta kuda.

16

Taktik menungguTaktik bertahan

Taktik mengepung

Taktik peperangan

Tamadun Islam.

Tidak mengejar musuh bila musuh lari

dari medan peperangan

Penubuhan Jabatan Perisikan

Penubuhan bandar-bandar

tentera.

Page 17: Ketamadunan Manusia

Terdapat pelbagai taktik dan strategik yang digunakan oleh tentera Islam

dalam peperangan. Taktik yang pertama adalah taktik menunggu. Ketika di tengah

medan peperangan, tentera Islam akan menggunakan taktik menunggu sehingga

musuh menghampiri mereka. Selepas itu, barulah mereka menyerang secara

spontan. Taktik yang kedua adalah, taktik bertahan. Tentera Islam menggunakan

taktik mengepung. Taktik ini dilakukan semasa menyerang musuh dan kemudian

melancarkan serangan bertubi-tubi sehingga pihak musuh tidak sempat bersedia

seperti dalam Perang Taif. Perang Taif ini berlaku diantara kaum Musyrikin dari suku

Hawazin dan suku kaum Thaqif dari Taif dengan tentera Islam Muhajirin dan Ansar.

Tentera Islam juga tidak mengejar musuh bila musuh lari dari medan peperangan.

Tindakan ini bertujuan untuk menunjukkan tentera Islam tidak bersikap agresif dan

ofensif. Muawiyah pula telah menubuhkan Jabatan Perisikan untuk mengetahui

rahsia pihak musuh. Terdapat juga penubuhan bandar-bandar tentera. Bandar-

bandar ini bertujuan untuk tentera Islam sentiasa menerima latihan dan sentiasa

bersedia pada bila-bila masa untuk mempertahankan negaranya. Taktik yang

terakhir adalah kufah iaitu, bandar tentera yang pertama dibina pada tahun 638 M

dan seterusnya dibina di Syria dan Mesir.

Strategik yang digunakan oleh Tamadun Mesopotamia adalah pembinaan

kubu dan banteng. Tentera Mesopotamia dikerah oleh pemerintah untuk membina

kubu atau banteng bagi menghadapi ancaman musuh. Sepanjang kota-kota

Tamadun Mesopotamia terdapat kubu-kubu pertahanan dengan pelbagai pintu

gerbang untuk menghadapi ancaman dan serangan daripada pihak musuh.

Tamadun Mesopotamia juga mempunyai tentera upahan daripada Yunani bagi

menghadapi tentera Aasyria. Armada laut dibentuk bagi mengawasi kawasan

pengairan. Terdapat juga tentera mahir dalam penggunann kereta beroda dua.

Setiap kereta kuda dikendalikan oleh seseorang anggota tentera yang lengkap

dengan kapak dan lembing. Tenteranya membina terowong dan tembok pertahanan.

Selain itu, kereta kuda digunakan untuk serangan dari arah hadapan pada jarak

sederhana dan dekat.

Strategik Tamadun China berasaskan kepada Sun Tzu. Beliau adalah penulis

buku “Art of War”. Beliau menyatakan bahawa sesebuah pasukan haruslah tiba di

medan peperangan lebih awal. Hal ini kerana, pasukan yang tiba dahulu mempunyai

masa rehat dan sempat menanti musuh. Pasukan yang tiba lewat pula akan tergesa-

17

Page 18: Ketamadunan Manusia

gesa melancarkan tindakan kerana mereka masih penat. Beliau juga menasihati

seseorang jeneral supaya berkhemah di tempat yang tinggi dan jangan menyerang

dengan mendaki gunung. Jika pihak musuh di sungai, seranglah mereka seketika

baru setengah pasukannya mendarat. Selain itu, taktik pembakaran seperti

membakar gudang, membakar peralatan, bekalan dan sebagainya masa yang

sesuai adalah pada musim kering dan ketika angin bertiup kencang. Taktik yang

selain adalah, anggaran. Ia merujuk kepada kajian teliti oleh pemerintah sebelum

melancarkan peperangan kerana ia melibatkan nyawa dan masa depan negara.

Akhirnya, taktik menggunakan pengintip. Menurut Sun Tzu, panglima tentera yang

baik mampu memperoleh kejayaan kerana telah mengumpul maklumat yang cukup

tentang musuh melalui pengintipan. Terdapat juga pembinaan tembok besar China

untuk mempertahankan kotanya daripada musuh.

18

Busur dan

panahPedang

Tukul

besi

Kapak

Manjaniq

Kereta

kabel Senapang

dan

Meriam

Baju

besi

Perisai

Parit

Peralatan

peperangan

Tamadun

Islam

Page 19: Ketamadunan Manusia

Seterusnya, strategik peperangan ini dapat dikembang melalui peralatan-

peralatan yang digunakan oleh semua tamadun. Peralatan ketenteraan Islam

dibahagikan kepada tiga iaitu, senjata ringan, peralatan mengepung dan senjata

barat dan juga peralatan pertahanan. Senjata ringan terdiri daripada busur dan

panah, pedang, tukul besi dan juga kapak. Peralatan mengepung dan senjata berat

adalah manjaniq, kereta kebal, senapang dan Meriam. Peralatan pertahanan adalah

baju besi, perisai dan juga parit.

19

Lembing

Pedang kecil

dan lastik

Topi dan

pelindung

dada

Kereta

beroda Cokmar

Kasut

boot

bertali

Pisau

bela

Peralatan

peperangan

Tamadun

Mesopotamia

Page 20: Ketamadunan Manusia

Peralatan peperangan tentera Tamadun Mesopotamia adalah lembing,

panah, busur, pedang kecil dan lastik. Mereka juga menggunakan topi dan

pelindung dada yang diperbuat daripada gangsa. Kereta beroda juga digunakan

dalam peperangan untuk mengangkut peralatan perang dan anggota perang. Kereta

kuda digunakan dalam peperangan. Mereka juga memakai kasut boot bertali,

cokmar dan juga pisau belah. Tentera Tamadun China menggunakan pisau kecil

yang pendek dan tajam, kapak, pelontar batu dan juga lembing berapi dalam

peperangan.

Justeru, bilangan tentera Islam dalam setiap peperangan pada peringkat awal

sangat kecil bilanggannya. Namun, bilangan itu semakin bertambah dalam

peperangan. Pada mualanya, terdapat seramai 324 orang dalam Perang Badar.

20

Kapak

Pelontar

batu

Pisau kecil

yang pendek

dan tajam.

Lembing

berapi

Peralatan

peperangan

Tamadun

China

Pedang

Page 21: Ketamadunan Manusia

Seterusnya, terdapat seramai 3000orang dalam Perang Khandak. Dalam Perang

Hunain terdapat seramai 10000 orang. Perang Tabuk mempunyai seramai 30000

orang. Dalam Tamadun Mesopotamia Sargon mempunyai seramai 5400 tentera dan

10000 anggota di wilayah Mari. Seterusnya, Dinasti Han dalam Tamadun China

menggunakan tentera antara 50000 hingga 100000 orang. Dinasti Sung mempunyai

anggota tentera berjumlah 378000 dan meningkat menjadi 129000 orang.

Akhirnya, semua tentera Islam dibayar gaji dan elaun. Tentera-tentera

Tamadun Mesopotamia berpeluang mendapatkan harta rampasan tanah dan

Tamadun China pula tentera akan dibayar gaji dalam bentuk makanan dan

keperluan lain. Konklusinya, semua tamadun mempunyai ciri-ciri tertentu. Ia

membekalkan banyah kebaikan kepada kita. Sebagai individu yang

bertanggungjawab kita haruslah menghargai dan memeliharanya.

21

Page 22: Ketamadunan Manusia

6.0 Perbandingan Sistem Pertahanan dan Ketahanan antara Tamadun Islam,

Tamadun Mesopotamia dan Tamadun China.

Perbezaan Tamadun Islam Tamadun Mesopotamia Tamadun China

Matlamat

Peperangan

.

Pertahanan bertujuan untuk

memelihara kehormatan

agama, negara dan

masyarakat.

Menegakkan ajaran Allah

S.W.T

Menyelamatkan

negaranya daripada

serangan orang- orang

gasar atau nomad di

sempadan.

Bertujuan untuk

menawan tahanan

perang dalam bilangan

yang besar dan

menguatkuasakan

pemerintahan raja dan

merampas harta orang

kaya. Peperangan dapat

mengukuhkan kuasa,

menambahkan wilayah

dan juga menjadidikan

seseorang raja itu kaya.

Jenis

Tentera

Mempunyai tentera yang

bergiat di bahagian darat di

peringkat awal dan tentera

yang menggunakan jalan

laut.

Tentera berkuda.

Tentera professional dan

tentera yang dikerah.

Tentera berkuda, tentera

infantri dan tentera

kavalri.

Tentera berkuda China,

tentera infantri dan

tentera biasa.

Taktik dan

strategik

peperangan.

1.Taktik menunggu.

2.Taktik bertahan.

3.Taktik mengepung.

4.Tidak mengejar musuh

bila musuh lari dari medan

peperangan.

5.Penubuhan Jabatan

Perisikan.

6.Penubuhan bandar-

bandar tentera.

1.Pembinaan kubu dan

banteng.

2.Pembinaan pintu

bergerbang.

3.Tentera upayan

daripada Yunani.

4.Pembentukan laut

Armada.

5.Mempunyai tentera

mahir

6.Pembinaan terowong.

1.Tiba di medan perang

lebih wal.

2.Berkhemah di tempat

yang tinggi dan jangan

menyerang dengan

mendaki gunung.

3.Taktik pembakaran

digunakan pada musim

kering dan ketika angina

bertiup kencang.

4.Pemerintah melakukan

kajian sebelum

22

Page 23: Ketamadunan Manusia

peperangan.

5.Taktik menggunakan

pengintipan.

6. Pembinaan tembok

besar negera China.

Peralatan

peperangan.

1.Busur dan panah.

2.Pedang.

3.Tukul besi.

4.Kapak

5.Manjaniq.

6.Kereta kabel.

7.Senapang dan Meriam.

8.Baju besi.

9.Perisai.

10.Parit

1.Lembing.

2.Panah.

2.Busur.

4.Pedang kecil dan lastik.

5.Topi dan pelindung

dada.

6.Kereta beroda.

7.Kasut boot bertali.

8.Cokmar

9. Pisau bela.

1.Pisau kecil yang

pendek dan tajam.

2.Kapak.

3.Pelontar batu.

4.Lembing berapi.

5. Pedang

Bilangan

tentera.

1.Perang Badar- 324 orang.

2.PerangKhandak- 3000

orang.

3.Perang Hunanin- 10000

orang.

4.Perang Tabuk- 30000

orang

1. Sargon- 5400 anggota.

2.Di wilayah Mari

mempunyai 10000

anggota.

1.Dinasti Han mempunyai

50000 hingga 100000

tentera.

2.Dinasti Shung

mempunyai 378000 dan

meningkat 129000 orang.

Gaji Tentera Tentera dibayar gaji dan

elaun.

Tentera berpeluang

mendapatkan harta

rampasan tanah.

Tentera dibayar gaji

dalam bentuk makanan

dan keperluan lain.

23

Page 24: Ketamadunan Manusia

7.0 Peralatan Peperangan Tamadun Islam, Tamadun Mesopotamia dan

Tamadun China.

7.1Peralatan Peperangan Tamadun Islam.

Perisai.

Manjaniq Busur

Senapang

24

Page 25: Ketamadunan Manusia

Baju besi. Meriam

7.2 Peralatan Peperangan Tamadun Mesopotamia.

Lembing Kereta berkuda.

Cokmar

25

Page 26: Ketamadunan Manusia

7.3 Peralatan Peperangan Tamadun China.

Kapak Busur Tamadun China.

Pelontar batu.

Lembing berapi

26

Page 27: Ketamadunan Manusia

Pedang

Pisau Kecil

.

27

Page 28: Ketamadunan Manusia

8.0Jenis-jenis tentera Tamadun Islam, Tamadun Mesopotamia dan Tamadun

China.

8.1Jenis-jenis tentera Tamadun Islam.

Tentera darat.

Tentera berkuda.

28

Page 29: Ketamadunan Manusia

Tentera laut.

8.2Jenis-jenis tentera Tamadun Mesopotamia.

Tentera berkuda. Tentera beroda.

Tentera infantri.

29

Page 30: Ketamadunan Manusia

8.3Jenis-jenis tentera Tamadun China.

Tentera berpanah.

Tentera kavalri China.

Tentera infantri China.

Tentera biasa

30

Page 31: Ketamadunan Manusia

9.0Rumusan.

Sejarah kewujudan manusia penuh dengan konflik dan pertelingkahan. Setiap

manusia mempunyai masalah dan konflik tersendiri yang membawa pelbagai

masalah kepada mereka. Contohnya, masalah tekanan. Selain daripada masalah

sendiri terdapat masalah sempadan. Masalah persempadan mungkin menjadi punca

berlakunya konflik dalam masyarakat primif. Untuk menghadapi ancaman daripada

musuh terdapat pelbagai langkah-langkah yag diambil. Antaranya, pembinaan

peralatan- peralatan peperangan. Walau bagaimanapun, senjata yang digunakan

pada masa itu diperbuat daripada batu, tidak melibatkan banyah pihak atau tentera,

kurang menggunakan taktik dan strategik yang berkesan dan berskala kecil.

Seterusnya, kemunculan masyarakat bertamadun diiringi dengan pelbagai kegiatan

ekonomi, sosial dan poitik yang lebih kompeks menyebabkan hal-hal yang berkaitan

dengan ketahanan dan pertahanan menjadi unsur penting dalam kehidupan

masyarakat bertamadun. Tidak hairanlah, jika persaingan wujud antara negara-

negara kota yang akhirnya mewujudkan ‘empayar kecil’ dengan menyatukan

beberapa negara kota di bawah satu bentuk pemerintahan. Pada masa yang sama,

ada juga tamadun yang tercabar dengan ancaman musuh dan terpaksa mencari jaln

untuk menghadapi serangan musun. Secara ringkasnya, semua ketahanan dan

pertahanan di semua tamadun hanya dilaksanakan untuk mempertahankan negara

dan juga diri daripada musuhnya.

31

Page 32: Ketamadunan Manusia

10.0 Refleksi.

Saya Lalina Devi Loganathan bersyukur kepada Tuhan kerana telah berjaya

menyiapkan kerja kursus saya yang diberikan kepada saya. Pada masa yang mulia

ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah Encik Anas Bin Suray

yang membimbing saya dalam menyelesaikan kerja kursus ini pada masa yang

ditetapkan. Beliau juga banyah memberi pandangan dan tunjuk ajar kepada saya

dalam menyelesaikan kerja kursus ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima

kasih kepaa rakan-rakan saya yang sanggup mengkorbankan masa dan

mengkongsikan idea-ideanya terhadap terhadap kerja kursus ini. Saya bersyukur

kerana ini adalah peluang yang baik bagi saya untuk belajar banyak perkara yang

saya boleh digunakan untuk meneruskan perjalanan saya melanjutkan pelajaran di

IPG Kampus Tuanku Bainun terutamanya dalam kerjaya mengajar saya. Saya telah

mendapat banyak perkara baru dan pengalaman baru bersama-sama kerja kursus

ini terutamanya membolehkan saya untuk berfikir secara kritis apabila menyiapkan

kerja kursus ini.

Masalah yang saya hadapi semasa menjalankan tugasan ini adalah saya

tidak mencukupi masa untuk menyiapkan tugasan ini. Jadi saya mencari bahan

rujukan di perpustakaan unuk menyiapkan kerja kursus ini. Bahan rujukan yang

terdapat di perpustakaan juga tidak mencukupi. Jadi saya minta tolong daripada

seniour-seniour yang sanggup memberikan bahan rujukan kepada saya. Saya juga

merujuk kepada beberapa laman web yang berkaitan dengan konsep kepelbagaian

kaum bagi menyempurnakan kerja kursusu ini. Saya juga mempunyai masalah

penggunaan internet kerana “wifi” yang terdapat di sekitar kampus ini tidak begitu

kuat. Ini menyebabkan saya tidak boleh mencari maklumat dengan cepat dan

pantas.

Melalui tugasan ini saya mempelajari tentang perkembangan sisitem

pertahanan dan ketahanan Tamadun Islam, Tadamun Mesopotamia dan juga

Tamadun China. Setiap tamadun mempunyai matlamat dan tujuan peperangan yang

berbeza. Contohnya, peperangan di Tamadun Islam untuk memepertahankan

maruah diri dan mereka dan juga untuk menyebabrkan agama Islam. Tetapi tujuan

peperangan Tamadun Mesopotamia adalah untuk mempertahankan negara kota

daripada orang gasar. Tetapi semua peperangan berlaku untuk mempertahankan

32

Page 33: Ketamadunan Manusia

diri, masyarakat dan juga negara daripada musuh. Peperangan merupakan sebuah

langkah dalam mempertahankan negara daripada musuh dan ia bukan segala-

galanya kerana ia melibatkan banyah nyawa dan juga harta.

Nilai-nilai yang terdapat pada tentera-tentera masa itu harus dikagumi dan

dan juga dihargai. Tentera-tenteranya sanggup berkorban demi mempertahankan

negaranya. Nilai yang terdapat pada tentera tersebut mengajar kita untuk

bersatupada dan berkerjasama dalam mempertahankan negara dalam semua

keadaan. Sebagai warganegara yang bertanggungjawab kita haruslah setia dan

sanggup berkorban demi mempertahankan negara daripada musuh.Ini adalah satu

nilai murni yang harus terdapat pada diri setiap rakyat Malaysia bagi

mempertahankan negaranya.

Selain itu, melalui tugasan ini juga saya mempelajari bahawa setiap

peperanagn yang berlaku antara dua pihak tidak sepatutnya untuk memperluaskan

kuasanya malah untuk keselamatan dan kemajuan negara juga. Pemimpin negara

haruslah berpandang jauh agar dapat memajukan negara dalam sebuah bidang

iaitu, sama ada daalm bidang politik, ekonomi dan juga sosial. Pemimpin berwibawa

juga bertanggungjawab atas taraf hidup rakyat. Beliau juga mengambil berat dalam

kedudukan rakyat agar mereka tidak berpuas hati dengan pemerintahan pemerintah

mereka.

Melalui tugasan ini saya juga mempelajari bahawa masyarakat pada masa

tersebut ada mempunyai kemahiran-kemahiran yang tertentu berbanding dengan

kita. Mereka mempunyai kemahiran menangkap ikan tanpa menggunakan sebarang

alat moden. Mereka hanya menggunakan lembing untuk menangkap ikan.

Masyarakat tersebut juga mempunyai kemahiran dalam mencipta senjata dan

peralatan. Walaupun masyarakat zaman tersebut tidak mempunyai teknologi

tertentu malah mereka sanggup mencipta sesuatu yang baru.

Tamadun juga mengajar rakyat bersatupadu dan berkerjasama. Jika

rakyatnya tidak bersatupadu maka ia akan membawa kesan-kesan yang negatif

kepada negara. Contohnya, peristiwa 13 Mei 1969 yang merampas nyawa banyah

orang menjadi peristiwa hitam negara Malaysia. Terdapat banyah nyawa yang

dikorban dalam peristiwa ini dan ekonomi negara juga runtuh. Peristiwa ini berlaku

kerana rakyat Malaysia tidak bersatupadu dan juga tidak setia kepada negara

33

Page 34: Ketamadunan Manusia

sendiri. Agar mereka semua bersatupadu peristiwa ini tidak akan berlaku. Jadi,

tamadun menggalakkan rakyat bersatupadu dalam semua keadaan kerana ia

memberi banyah manfaat kepada negara.

Secara kesimpulanya, tamadun-tamadun mengajar kita untuk menggelakkan

diri daripada mempercayai teknologi semata-matanya. Kita juga harus belajar

dengan tidak mempunyai bantuan teknologi dalam kehidupan seharian kita.

Perkembangan tamadun ini memberi banyah kebaikan dan sumbangan kepada kita.

Jadi kita haruslah berusaha dalam memeliharanya.

“Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya

racun.Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus.”

Sekian Terima Kasih.

34

Page 35: Ketamadunan Manusia

11.0 Rujukan.

Buku:

1. Mahdi Bin Shuid, (2014), Ketamadunan Manusia, Sri Pengajian Sosila,

Selangor: Darul Ehsan, Penerbitan Multimedia.

2. Mahayudin Hj. Yahaya, (2004), Tamadun Islam, Edisi Semakan, Penerbit Fajar

Bakti SN.BHD.

3. Mahdi Shuid, DR.Rumaizuddun Ghazali, Hazlina Mansor, (2008), Teks Pra- U

STPM Tamadun Islam, Longman.

4. Yasir Mansor, (2004), Tamadun Dunia Hingga Tahun 1800, Federal Marshall

Cavendish Education.

5. Sivachandralingam Sundara Raja, Ayadurai Letchumanan, (1998), Tamadun

Dunia, Kursusu Komprehensif Fajar Bakti, Selangor: Darul Ehsan, Penerbit Fajar

Bakti SDN.BHD.

Internet:

http://cikguzainal.blogspot.com/2011/07/ketahanan-pertahanan-tamadun-

dunia.html#axzz3WJ9pnCNB

http://tamadundunia-stpm.blogspot.com/2009/03/tema-3-ketahanan-dan-

pertahanan.html

http://sejarahstpm.blogspot.com/2009/06/tamadun-islamtema-3-konsep-

ketahanan.html

35

Page 36: Ketamadunan Manusia

12.0 Lampiran

36