pengenalan kepada ilmu ketamadunan

20
BAB 1 PENGENALAN KEPADA ILMU KETAMADUNAN

Upload: kudak

Post on 04-Jul-2015

975 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengenalan kepada ilmu ketamadunan

BAB 1 PENGENALAN KEPADA ILMU KETAMADUNAN

Page 2: Pengenalan kepada ilmu ketamadunan

Definisi Tamadun Kata nama Arab “tamaddun” telah di

“Melayu”kan kepada istilah tamadun. Penggunaannya kebiasaannya digunakan sinonim dengan kata nama peradaban. Istilah tamaddun biasanya dipakai seiring dengan pengertian hadarah yang juga bermaksud tamadun.

Page 3: Pengenalan kepada ilmu ketamadunan

Hadhari berpunca daripada perkataan Hadarah; satu istilah Hebrew yang bermaksud “adorned with beauty” (dihiasi dengan kecantikan). Dalam kajian ketamadunan, istilah hadarah dikaitkan dengan istilah tamadun ataupun ‘umran.

Page 4: Pengenalan kepada ilmu ketamadunan

Peradaban bermaksud pencapaian dan pembangunan manusia dalam segala bidang termasuklah dalam bentuk fizikal mahupun spirituil. Dalam ilmu ketamadunan, apa yang dikatakan sebagai pembangunan ialah pencapaian-pencapaian manusia dalam segala aspek kehidupan untuk meningkat maju dan berkembang yang memberi manfaat kepada individu, keluarga, komuniti ataupun masyarakat yang mencakupi perkembangan dalam bidang industri, kraftangan, sains dan teknologi, pertanian, ekonomi, peningkatan taraf hidup, kesusasteraan, kebudayaan, kesenian dan sistem kepercayaan.

Page 5: Pengenalan kepada ilmu ketamadunan

Ahli-ahli ketamadunan dan arkeologi mengklasifikasikan tamadun awal manusia bermula selepas empat zaman utama dalam perkembangan manusia. Pertama Zaman prasejarah (pre-historic age), Zaman Paleolitik, Zaman Neolitik dan Zaman Logam. Perbezaan utama zaman Paleolitik dengan Zaman Neolitik ialah dari segi bentuk-bentuk kehidupan dan ekonomi sara diri.

Page 6: Pengenalan kepada ilmu ketamadunan

Manusia dipercayai mempunyai tamadun tersendiri sejak zaman Ais berdasarkan penemuan-penemuan arkeologi lukisan di dinding gua. Ahli kaji tamadun percaya bahawa keberlangsungan hidup manusia zaman ais berbanding binatang pada zaman itu (contohnya Mammoth) adalah kerana manusia mempunyai akal untuk mengatasi masalah kesejukan iaitu usaha menyalakan api dan membuat pakaian yang terhasil daripada kulit binatang.

Page 7: Pengenalan kepada ilmu ketamadunan

Bahasa adalah medium komunikasi yang paling berharga kepada manusia. Piktografik adalah simbol-simbol yang menggunakan bentuk-bentuk tertentu untuk menerangkan maksud-maksud tertentu.

Page 8: Pengenalan kepada ilmu ketamadunan

Manusia perlu hidup dengan aman dan selesa. Untuk meneruskan kehidupan, manusia perlukan makanan. Manusia akan memikirkan berbagai kaedah untuk menghasilkan makanan ataupun mencari makanan yang baik untuk mereka.

Page 9: Pengenalan kepada ilmu ketamadunan

Proses pembuatan senjata pada zaman prasejarah juga menampilkan aspek-aspek kesenian dan keindahan. Pada peringkat awal, senjata daripada kayu dan batu dibentuk mengikut kesesuaian saiz tangan penggunanya. Senjata juga dicipta mengikut penggunaannya.

Page 10: Pengenalan kepada ilmu ketamadunan

Manusia mula mengenali api hasil daripada kebakaran pokok yang terkena panahan kilat. Manusia kemudiannya mula memanafaatkan api untuk tujuan memasak, pemanasan badan dan menakutkan binatang buas. Kewujudan api daripada panahan kilat menyebabkan manusia percaya kepada satu kuasa yang menghasilkannya. Dalam tamadun manusia, manusia mula menghasilkan api daripada ranting-ranting kayu yang dipatahkan menggunakan tangan di atas rumput-rumput kering hingga terhasil haba dan membakar rumput-rumput tersebut.

Page 11: Pengenalan kepada ilmu ketamadunan

Manusia zaman batu awal saling bekerjasama dalam kumpulan dalam aktiviti perburuan, aktiviti perlapahan bahkan jamuan bersama. Kemudian wujudlah organisasi sosial. Ahli dalam kelompok sosial yang tertua atau yang mempunyai kebolehan mengubati menjadi ketua.

Page 12: Pengenalan kepada ilmu ketamadunan

Amalan ini wujud kerana manusia menyangka bahawa orang yang mati memerlukan keperluan sama seperti orang hidup. Kebiasaannya ditanam bersama mayat barangan milik peribadi sim mati, pinggan mangkuk dan tembikar. Amalan ini dikatakan bermula di kalangan orang-orang Mousterian.

Page 13: Pengenalan kepada ilmu ketamadunan

Manusia pada zaman ini sudah memiliki kemahiran bercucuk tanam. Bidang penternakan juga menjadi semakin menyerlah. Manusia mencari kawasan tanah yang subur untuk didiami, bertani dan juga menternak untuk survival hidup. Tamadun Lembah Sungai Indus, Sungai Hwang Hwo dan Tamadun Mesir terbina di dalam kawasan yang subur. Bijirin dan kapas menjadi antara tanaman pertanian utama.

Page 14: Pengenalan kepada ilmu ketamadunan

Manusia zaman prasejarah bermula dengan pencarian makanan berasaskan tumbuhan dan kemudiannya beralih kepada haiwan. Teknik penternakan binatang menjadi semakin berkembang hasil daripada pengalaman yang dilalui manusia. Begitu juga faedah-faedah yang dapat diperolehi daripada binatang seperti kulit, bulu, susu dan daging haiwan termasuk tulang haiwan. Bulu kambing biri-biri dikumpulkan untuk menjadi benang bagi membuat pakaian.

Page 15: Pengenalan kepada ilmu ketamadunan

3000 tahun sebelum Masehi, orang lelaki dalam tamadun manusia sudah mencipta kereta kuda dan membina perahu yang mempunyai layar. Zaman ini juga menyaksikan kebolehan manusia mengenalpasti lembaga dan potensinya serta sifat fizikalnya. Manusia pada zaman ini juga sudah mencipta kalendar berasaskan peredaran matahari.

Page 16: Pengenalan kepada ilmu ketamadunan

Konsep ilmu ketamadunan menjana satu kekuatan dan kemantapan yang komprehensif dan berintegrasi yang menggabungkan kemajuan dan pembangunan ilmu, fizikal, emosi, spirituil, kesejahteraan jasmani dan rohani bagi para pelajar dan pengkajinya. Tamadun Mesopotamia, Greek, Yunani, Parsi, tamadun Lembah Sungai Indus dan tamadun Lembah Hwang Ho mengandungi sekurang-kurangnya salah satu elemen di atas. Tamadun Islam mewakili semua tamadun ini daripada sudut integrasi komponen-komponen utama tamadun ditambah dengan pembangunan dan kemajuan spirituil yang menonjolkan keunikan Islam itu sendiri.

Page 17: Pengenalan kepada ilmu ketamadunan

Dilemma tamadun manusia kontemporari berkisar dalam soal sikap dan penguasaan ilmu pengetahuan. Interaksi tamadun dan pemindahan kemajuan sains dan teknologi daripada satu tamadun ke tamadun yang lain tidaklah berlaku secara efisien tanpa adanya sikap mengagungkan ilmu pengetahuan dan para agamawan dan intelektual. Pembangunan tamadun akan terbantut jika manusia membelakangkan ilmu pengetahuan.

Page 18: Pengenalan kepada ilmu ketamadunan

Ilmu ketamadunan Barat jarang-jarang membincangkan mengenai permulaan penciptaan manusia. Penciptaan manusia telah dibincangkan dalam al-Qur’an dengan detail yang menerangkan tentang maksud akhirnya ialah kekuasaan dan keagungan Tuhan dan kekerdilan manusia. Dalam tradisi Islam juga kita akan dapati bahawa al-Qur’an telah menerangkan pencapaian tamadun-tamadun terdahulu seperti Kaum ‘Ad, Thamud dan Luth. Begitu juga kita akan dapati beberapa pemerintahan besar dalam tamadun mereka seperti Fir’aun, Namrud, Balqis dan seumpamanya.

Page 19: Pengenalan kepada ilmu ketamadunan

Rasa ingin menyelesaikan masalah menyebabkan manusia berfikir. Manusia beroleh ilmu dan pengetahuan apabila manusia berfikir dan beroleh pengetahuan. Sebelum tulisan tercipta, manusia menggunakan tanda, rajah ataupun simbol-simbol. Dengan cara itu, manusia mula merekodkan segala pengalaman mereka walaupun begitu terhad. Apabila terciptanya tulisan, manusia mula merekodkan segala pengetahuan dan pengalaman mereka tanpa sebarang limitasi.

Page 20: Pengenalan kepada ilmu ketamadunan

Ilmu ketamadunan adalah satu ilmu yang penting yang melebihi kepentingan pembelajaran sejarah. Ia membincangkan mengenai pembangunan dan pencapaian manusia, fizikal, emosi, intelektual dan spirituil. Ia membincangkan hampir keseluruhan cara hidup manusia. Umat masakini boleh mengambil banyak iktibar daripada apa yang berlaku kepada manusia dalam tamadun terdahulu.