bab1 pengenalan ilmu ketamadunan

39
1.1: Pengenalan 1.2: Pengertian Tamadun Dalam Pelbagai Bahasa 1.3: Tamadun Menurut Sarjana Barat dan Sarjana Islam 1.4: Ciri-ciri Asas Tamadun 1.5: Faktor-faktor yang Mendorong Kelahiran Dan Perkembangan Tamadun.

Upload: mdnasiry

Post on 13-Jan-2017

36.386 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab1 pengenalan ilmu ketamadunan

1.1: Pengenalan1.2: Pengertian Tamadun Dalam Pelbagai Bahasa1.3: Tamadun Menurut Sarjana Barat dan Sarjana

Islam1.4: Ciri-ciri Asas Tamadun1.5: Faktor-faktor yang Mendorong Kelahiran Dan

Perkembangan Tamadun. 

Page 2: Bab1 pengenalan ilmu ketamadunan

Perkataan “tamadun” sering digunakan untuk menggambarkan kemajuan kebendaan ( material) sesebuah masyarakat.

Perkataan ini diperkenalkan oleh penulis Kristian ( Jurji Zaidan ) yang menulis tentang sejarah Islam dan sastera Arab.

Page 3: Bab1 pengenalan ilmu ketamadunan

Bahasa Latin : Civitas, civilis, civis dan civilitas = Civilization. Bererti warganegara, undang-undang dan sistem pemerintahan Rom.

Bahasa Greek : Kei yang bererti kediaman (rumah) dan sesuatu yang. datang kepada kita. Keimelion bererti khazanah atau harta yang. disimpan.

Page 4: Bab1 pengenalan ilmu ketamadunan

Bahasa Inggeris : Civilize bererti memperbaiki

tingkahlaku, menjinakkan dan menyelaraskanmengikut keperluan masyarakat.

Ia juga bererti keluar dari kehidupan barbarian (primitif) kpd. kehidupan yang baik yakni mempunyai kehalusan akal budi dan kesopanan.

Page 5: Bab1 pengenalan ilmu ketamadunan

Bahasa Tamil : Nakarikam, nakar ialah kota dan ikam pula ialah pembentukan bandar.

Bahasa Cina : Wen Ming, Ming bererti cerah atau bercahaya. Juga merujuk kpd. unsur-unsurmaterial dan spiritual yang. muncul drpd. pencapaian sejarah perkembangan manusia.

Kedua-dua Bahasa Tamil dan Cina menyentuh tentang tingkahlaku yang baik.

Page 6: Bab1 pengenalan ilmu ketamadunan

Bahasa Arab : Tamadun berasal dari perkataan Arab

“maddana, yamuddunu, madinatan” Madani (sifat nama)- erti sifat pembangunan,

atau perbandaran serta keadaan budi bahasa yang terpuji. Ini bererti pembangunan sifat kekotaan dan insaniah di dalam diri.

Lawan kepada sifat tersebut ialah “Badw” yang bererti kehidupan badwi. Nama Kota Madinah kepada suatu tempat yang dahulunya dinamakan Yathrib.

Perkataan-perkataan lain yang biasa digunakan dalam bahasa Arab ialah thaqafah, madaniyat, umran dan hadharah.

Page 7: Bab1 pengenalan ilmu ketamadunan

Thaqafah (Bahasa Arab) bermaksud kebudayaan.

Kart Wittfogel dalam bukunya Approaches to Asian Civilization, iaitu ciri kebudayaan secara keseluruhan daripada sesuatu negara berdasarkan pemikiran dan kepercayaan.

Arnold Toynbee menerusi bukunya, A Study of History menjelaskan bahawa tamadun sebagai sejenis kebudayaan yang berkembang di dalam kota.

Page 8: Bab1 pengenalan ilmu ketamadunan

Madaniyat (Bahasa Arab) bermaksud kota-kota.

Profesor Madya Dr. Lutfi Ibrahim menyatakan bahawa madaniyat ialah kemajuan yang dicapai oleh satu-satu bangsa di dalam membangun dan memodenkan diri mereka agar dapat duduk di tahap yang lebih tinggi iaitu pencapaian dari segi kebendaan seperti alat teknologi dalam pertanian, pengeluaran, pengangkutan dan sebagainya, seni bina dll. Ia merupakan hubungan dengan alam sekitarnya yang bersifat kebendaan dan bersumberkan wahyu.

Page 9: Bab1 pengenalan ilmu ketamadunan

Abu Nasir al-Farabi ( abad 11M ) memperkenalkan istilah al-madaniyat dalam kitabnya, Al-Siasah Al-Madaniyat bermaksud kota, kehidupan yang berasaskan akidah, syarak dan akhlak.

Muhammad Farid Wajdi dalam kitabnya Al-Madaniyat wa al-Islam ( abad 20M ).

Syeikh Muhammad Abduh di dalam risalahnya Al-Islam wa al-Nas wa al-‘Ilmu wa al-Madaniyat dan Tafsir al-Mannar.

 

Page 10: Bab1 pengenalan ilmu ketamadunan

Umran (Bahasa Arab) bermaksud bangunan atau perbandaran. Istilah ini telah digunakan oleh Ibnu Khaldun di dalam kitabnya, al-Muqaddimah ( abad 14M – 19M ).

Page 11: Bab1 pengenalan ilmu ketamadunan

Hadharah (Bahasa Arab) bermaksud kebudayaan. Menurut Ibnu Khaldun hadharah ialah

sekumpulan manusia yang tinggal kekal di sesuatu tempat atau kota atau wilayah dan tanah pertanian. Istilah ini telah digunakan oleh Kurdi Ali dalam kitabnya, Al-Islam wa al-Hadharah al-Arabiah.

M.A.J Beg dalam bukunya The Image of Islamic Civilization, menjelaskan bahawa hadharah dan umran mempunyai pengertian yang sama. Istilah umran lebih popular digunakan dalam abad 14M manakala hadharah dalam abad 20M.

Dr. Lutfi Ibrahim, hadharah ialah merupakan pencapaian dalam hal kerohanian seperti pemikiran dan sebagainya yang berasaskan akidah, syarak dan akhlak. Ini merupakan hubungan manusia dengan manusia yang bersumberkan wahyu.

Page 12: Bab1 pengenalan ilmu ketamadunan

Kamus Dewan mendifenisikan tamadun sebagai keadaan kemajuan kebendaan atau pemikiran, budaya,sosial, politik, peradaban dll (Teauku Iskandar : 1994).

Keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh taraf perkembangan pemikiran (sosial & budaya) yang tinggi - peradaban.

Negara dan penduduknya yang telah mencapai taraf perkembangan pemikiran (sosial & budaya) yang tinggi.

Budaya hidup atau cara hidup orang-orang (negara, kawasan atau sesuatu zaman) tertentu.

Keadaan pemikiran (budaya & sosial) yang halus.

Page 13: Bab1 pengenalan ilmu ketamadunan

Beberapa perkataan yang biasa digunakan dalam bahasa inggeris ialah Culture, Reneissance, Urbanization, dan Civilazation. Adakah semua perkataan itu menyamai makna perkataan tamadun dalam bahasa Arab?

Umumnya memang terdapat perbezaan antara perkataan tersebut yang mencakupi makna dan skop perbahasan mengenainya walaupun ada ciri dan perkaitan di antara satu sama lain. Culture, Urbanization dan Renaissance mempunyai makna yang sempit dan Civilization dianggap mencakupi ketiga-tiga makna tersebut.

Page 14: Bab1 pengenalan ilmu ketamadunan

Lihat pula zaman Nabi Nuh as. Tentu anda tahu kemajuan yang telah dicapai pada masa itu. Ceritakan dengan rakan-rakan anda. Bagaimana pula pencapaian dunia masa kini? Buat suatu kesimpulan tentang ketamadunan manusia.

Page 15: Bab1 pengenalan ilmu ketamadunan
Page 16: Bab1 pengenalan ilmu ketamadunan

1.3.1- Tamadun Menurut Sarjana Barat   a) Arnold Toynbee   Tamadun ialah sejenis kebudayaan yang

berkembang di kota. Tamadun ialah satu gaya kebudayaan yang

bertanggungjawab membentuk institusi politik, kesusasteraan, agama dan moral. (Mustafa Haji Daud: Tamadun Islam)

Tamadun ialah suatu sistem masyarakat yang dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaran atau produktiviti dan ia mempunyai empat elemen iaitu bahan-bahan ekonomi, sistem politik, pengetahuan dan seni.

Page 17: Bab1 pengenalan ilmu ketamadunan

A.S. Hornby dan E.C. Parnwell   Menyatakan dalam bukunya “The

Progressive English Dictionary” tamadun bermaksud “meningkatnya pencapaian hidup manusia daripada kemunduran kepada kemajuan dalam bidang sains, teknologi, politik, moral dan sebagainya.

Page 18: Bab1 pengenalan ilmu ketamadunan

J. R. Strayer   Menerangkan dalam bukunya “ The

Mainstream of civilization” menjelaskan perkataan tamadun amat rapat hubungan dengan perbandaran. Beliau mengatakan tamadun itu lahir di bandar. (Mustafa Haji Daud: Pengantar Tamadun Islam)

Page 19: Bab1 pengenalan ilmu ketamadunan

J.K. Fiebleman   Tamadun ialah kepandaian

mengeksploitasi material oleh masyarakat. Dengan perkataan lain, proses masyarakat ke atas material dengan sendiri menjadikannya barang baru bagi sesuatu keperluan.

Page 20: Bab1 pengenalan ilmu ketamadunan

E.B. Taylor: Tamadun ialah suatu rangkaian rumit

yang merangkumi aspek-aspek keilmuan kepercayaan, kesenian, nilai-nilai moral, perundangan, tradisi, bakat dan kebolehan yang dihasilkan oleh masyarakat.

Page 21: Bab1 pengenalan ilmu ketamadunan

Oswarld Spengler Tamadun Barat lebih mementingkan

kebendaan, kerana kebendaan itu membawa kepada kemajuan.

g) Will Durat : Tamadun ialah peraturan masyarakat

yang dapat membantu meningkatkan pengeluaran, kebudayaan dan ia merangkumi empat elemen iaitu sumber ekonomi, sistem politik, tradisi moral dan kesenian.

Page 22: Bab1 pengenalan ilmu ketamadunan

a) Ibnu Khaldun menerangkan tamadun ialah sekumpulanmanusia yang mendiami sebidang tanah yangmempunyai perbekalan ekonomi yangmencukupi, keselamatan nyawa dan harta

yangterjamin yang membolehkan mereka mencapai kemajuan dalam berbagai bidang.

Page 23: Bab1 pengenalan ilmu ketamadunan

Muhammad Idris Abdul Rauf al-Marbawi

  mengatakan tamadun bermaksud

kehalusan budi pekerti orang yang hidup di kota yang memiliki peraturan yang baik sehingga berjaya menghasilkan keamanan, keselamatan, kemakmuran dan penghasilan teknologi yang sempurna.

Page 24: Bab1 pengenalan ilmu ketamadunan

Muhammad Rasyid Redha

Agama adalah asas tamadun, Ini kerana peningkatan unsur maknawi (spiritual) akan mendorong kebanyakan fizikal. Rasionalnya semua tamadun di dunia ini ditegakkan berasaskan kepercayaan agama. Peningkatan atau kemusnahan sesuatu tamadun itu bergantung kepada keteguhan pegangan agama atau sebaliknya.

Page 25: Bab1 pengenalan ilmu ketamadunan

Sayyid Qutb :

Tamadun Islam ialah segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat.

Page 26: Bab1 pengenalan ilmu ketamadunan

Said Hawa

Tamadun terbahagi kepada dua kategori iaitu tamadun Islam dan tamadun Jahiliah.

Tamadun Islam ialah segala aspek kemajuan yang tegak di atas kebudayaan Islam serta hasilnya relevan dengan kebudayaan itu.

Manakala Tamadun Jahiliah pula ialah segala kemajuan yang dijelmakan dalam bentuk kebendaan dengan tidak mengambil kira aspek kerohanian dan moral.

Page 27: Bab1 pengenalan ilmu ketamadunan

Umar Audah al-Khatib Tamadun ialah himpunan ilmu

pengetahuan, syariat, peraturan tradisi dan moral yang menunjukkan keadaan pemikiran, ekonomi, akhlak, politik, kesenian dan seluruh kehidupan.

Page 28: Bab1 pengenalan ilmu ketamadunan

Muhammad al-Bahiy Tamadun ialah keseluruhan

penghasilan atau produktiviti yang menggambarkan nilai keperibadian manusia sama ada berbentuk falsafah, pengetahuan, kesenian, politik, kesusasteraan dan lain-lain.

Page 29: Bab1 pengenalan ilmu ketamadunan

1. Wujud penempatan masyarakat manusia di kawasan tertentu (Kota, bandar, kepolisan…)

2. Peningkatan kualiti kehidupan dan jangka hayat.

3. Wujud sistem organisasi dan institusi sosial dlm bidang politik, pentadbiran, ekonomi dan pendidikan yang sempurna.

4. Muncul satu bahasa atau beberapa bahasa serumpun dengan satu sistem tulisan tersendiri untuk berkomunikasi.

Page 30: Bab1 pengenalan ilmu ketamadunan

5. Wujud sistem perundangan dan sistem nilai/moral yang berkuatkuasa.

6. Peningkatan daya reka cipta dlm bidang teknologi & pembinaan.

7. Perkembangan daya kreativiti dalam bidang falsafah, kesenian, kesusasteraan dan nilai estetika yang tersendiri

Page 31: Bab1 pengenalan ilmu ketamadunan

1. Kedudukan yang strategik memungkinkan penggunaan sumber semulajadi demi kelangsungan kehidupan.

2. Rangsangan keagamaan dan kerohanian. 3. Penghayatan yang tinggi terhadap moral

dan nilai yang terpuji. 4. Kesengsaraan hidup: Tamadun Jepun 5. Keterbukaan dan toleransi terhadap

sumbangan tamadun yang lain.

Page 32: Bab1 pengenalan ilmu ketamadunan

Perkataan kebudayaan adalah sama dengan maksud tamadun.

Pendapat lain mengatakan kebudayaan ada sedikit perbezaandengan tamadun dan berdasarkan pengertian-pengertian yangdinyatakan

Konsep ketamadunan meliputi pencapaian tatasusila dan moralyang tinggi serta kemajuan petempatan dan kemudahan yangsempurna.

Dalam sejarah Islam, tiga istilah digunakan iaitu madaniyyah,‘umran dan hadharah yang. menggambarkan pencapaian umatIslam dalam pemurnian aqidah, perlaksanaan syariah,kecemerlangan dan ketinggian akhlaq di samping keterampilandalam keilmuan dunia dan agama dan kemajuan kebendaanberteraskan agama.

Page 33: Bab1 pengenalan ilmu ketamadunan

Aktiviti 1

Nyata maksud “tamadun” dan huraikan ciri-ciri AsasTamadun.

Perkataan “Tamadun” bermaksud;

Bahasa Latin : ___________________________________Bahasa Greek : __________________________________Bahasa Inggeris:_________________________________Bahasa Tamil:___________________________________Bahasa Cina:____________________________________

Page 34: Bab1 pengenalan ilmu ketamadunan

Ciri-ciri Asas Tamadun   ____________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________________________________________________________________

 

Page 35: Bab1 pengenalan ilmu ketamadunan

Aktiviti 2Apakah perbezaan di antara konsep

tamadunmengikut kacamata Islam dengan

perspektifBarat.Perbezaan di antara konsep Tamadun Islam

dengan Tamadun Barat.ISLAM BARAT

12345

Page 36: Bab1 pengenalan ilmu ketamadunan

Tamadun berasal dari perkataan Arab, madanayaudunu madinatan dan lahir sifat katatamadunan. Tamadun dalam Bahasa Melayuialah keadaan kemajuan kebendaan ataupemikiran, budaya, sosial , politik, peradabandan lain-lain.

Dalam bahasa Inggeris pula perkataan yang biasadigunakan ialah Culture, Renaissance,

Urbanization,dan Civilization.

Page 37: Bab1 pengenalan ilmu ketamadunan

Sejarah ketamadunan manusia bermula

seawal kewujudan Adam dan sentiasa ada

peningkatan dari satu tahap ke satu tahap

dan tidak akan terhenti.

Ramai tokoh yang memperkatakan tentang tamadun Islam sama ada atau penulis Barat mengikut kacamata dan kecenderungan masing-masing.

Page 38: Bab1 pengenalan ilmu ketamadunan

Tamadun dapatlah dikatakan sebagai suatu perubahanatau pembangunan atau kemajuan yang berlaku dalamsetiap bidang kehidupan masyarakat samada berbentukfizikal, peraturan, pentadbiran atau sebagainya dan jugapembangunan spiritual. Tamadun mementingkan kedua dua aspek kehidupannamun pembangunan akhlak dan spiritual adalahdiutamakan.

Page 39: Bab1 pengenalan ilmu ketamadunan

SEKIAN

TERIMA KASIH