1. kkp

21
Kemahiran Kecekapan Psikososial ( KKP ) Dalam Pencegahan HIV dan AIDS Definisi Matlamat Tujuan Faedah Komponen dan Contoh Penguasaan KKP Dalam HIV dan AIDS dan Penyalahgunaan Bahan Oleh : Hemimah Mohamad

Upload: helenny-gani

Post on 28-Oct-2015

38 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

PEERS

TRANSCRIPT

Page 1: 1. KKP

Kemahiran Kecekapan Psikososial

( KKP ) Dalam Pencegahan HIV dan

AIDSDefinisiMatlamatTujuanFaedahKomponen dan Contoh Penguasaan KKP

Dalam HIV dan AIDS dan Penyalahgunaan Bahan

Oleh : Hemimah Mohamad

Page 2: 1. KKP

MODUL KKP

Page 3: 1. KKP

KEMAHIRAN KECEKAPAN PSIKOSOSIAL ( KKP)

Elemen yang terkandung dalam Pendidikan Berasaskan Kemahiran Hidup ( Life Skills Based Education - LSBE ) .

Elemen KKP ini terdiri daripada kemahiran yang boleh membantu individu membuat keputusan, menyelesaikan masalah , berfikir secara kreatif dan kritis, berkomunikasi dengan berkesan , membina perhubungan sihat , empati dengan orang lain serta berupaya mengendalikan emosi dan tekanan dalam keadaan produktif dan sihat.

Ia merupakan tindakan peribadi atau tindakan terhadap orang lain serta boleh diaplikasikan terhadap tindakan yang mengubah persekitaran.

Page 4: 1. KKP

Sambungan….

Kemahiran Kecekapan Psikososial ( KKP ) dalam Life Skills Based Education ( LSBE ) digunakan untuk menerangkan pengalaman pembelajaran yang ditujukan untuk membina pengetahuan, sikap dan kemahiran.

KKP juga membolehkan murid mengambil tindakan positif untuk membina dan mengekalkan perlakuan sihat serta persekitaran hidup yang berkualiti

Page 5: 1. KKP

Hubungkait antara LSBE dan KKP

LSBE

KKP

Page 6: 1. KKP

MATLAMAT KKP

Menggalakkan persekitaran hidup yang positif.Mengubah perlakuan.Meningkatkan taraf kesihatan.Mengelakkan penyakit.Meningkatkan keselamatan.

Page 7: 1. KKP

Tujuan KKP

Mengukuhkan( Elemen Yang Positif )

Menghalang / Mengurangkan

( Elemen Yang Negatif

> pengetahuan yang tepat.> bersikap positif.> kemahiran hubung kait.

> salah maklumat> sikap antisosial.> risiko berkaitan perlakuan yang berbahaya.

Page 8: 1. KKP

Faedah KKP

Memudahkan pembelajaran berpusatkan murid.Menyediakan peluang kepada murid untuk menguasai KKP.Menyumbang kepada perubahan pembentukan sikap.Semua komponen KKP boleh digunakan dalam konteks yang lebih luas.

Page 9: 1. KKP

Pendekatan KKP

Diaplikasikan dalam semua mata pelajaran dengan bertujuan melindungi alam sekitar, pencegahan penyakit, pertumbuhan dan pembangunan penduduk serta menggalakkan nilai sosial dan budaya.

KKP terdiri daripada lima set komponen ( 10 kemahiran) yang menjadi tunggak P& P yang bertujuan meningkatkan

tahap kesihatan dan kesejahteraan hidup

Page 10: 1. KKP

KOMPONEN KKP

Page 11: 1. KKP

Komponen KKP

1.Membuat Keputusan

2.Penyelesaian Masalah

3.PemikiranKreatif

4.Pemikiran Kritis

5.Menangani tekanan

6.KomunikasiBerkesan

7.Menangani Emosi

8.Kesedaran Kendiri

9.HubunganInterpersonal

10.Empati

Page 12: 1. KKP

Komponen KKP

Membuat Keputusan - Membolehkan murid membuat

keputusan dalam kehidupan yang akan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental serta kesejahteraan hidup.

Penyelesaian Masalah

- Membolehkan murid mengendalikan masalah secara positif dalam kehidupan mereka kerana tanpa penyelesaian akan mengakibatkan tekanan mental dan fizikal.

Pemikiran Kreatif- Berkeupayaan menganalisis

maklumat dan pengalaman dengan lebih bermatlamat dan membuat pilihan tindakan.

Pemikiran Kritis

- Menyumbang kepada proses berfikir untuk menganalisis, mentafsir dan menilai sesuatu maklumat atau perlakuan dengan mendalam dan dapat membuat perbandingan positif dan negatif.

Page 13: 1. KKP

Sambungan………

Menangani Tekanan - Kemahiran untuk

mengenalpasti punca tekanan dalam kehidupan, pengaruh tekanan terhadap individu dan bertindak dengan cara yang betul untuk mengawal tahap tekanan.

Komunikasi Berkesan - Proses menyampaikan sesuatu

maklumat kepada orang lain dan maklumat tersebut dapat diterima serta difahami dengan jelas melalui cara yang bersesuaian mengikut situasi dan budaya. Komunikasi berkesan berupaya menyelesaikan masalah.

Menangani emosi- Menangani emosi dalam diri

sendiri dan orang lain.Kesedaran emosi mempengaruhi tingkah laku dan keupayaan bertindak.

Kesedaran Kendiri- Kesedaran kendiri boleh

membantu murid mengenali diri sendiri ketika mengalami tekanan. Ia merupakan satu permulaan dalam membuat keputusan, membina hubungan interpersonal dan komunikasi berkesan serta memupuk empati terhadap orang lain.

Page 14: 1. KKP

Sambungan ………..

Kemahiran Hubungan Interpersonal

- Ia merupakan hubungan antara individu dengan individu lain. Kemahiran ini dapat membantu murid berinteraksi dengan guru atau orang lain secara positif,

- Hubungan ini juga berupaya mengekalkan hubungan mesra dengan ahli keluarga, rakan dan masyarakat.

Empati

- Keupayaan membayangkan kehidupan orang lain walaupun dalam situasi yang agak asing.

- Empati boleh membantu kita menerima orang lain yang mungkin berbeza daripada kita, Cara ini akan menggalakkan penyuburan sikap terhadap orang lain yang memerlukan perhatian dan bantuan.

Page 15: 1. KKP

Penguasaan KKP berkaitan HIV dan AIDS dan Penyalahgunaan Bahan

( Contoh )

Membuat Keputusan a. Murid berbincang untuk mengenalpasti perlakuan sebenar

individu yang dijangkiti HIV dan AIDS serta kaedah mengurangkan faktor jangkitan.

b. Murid mengenalpasti perlakuan sebenar langkah-langkah untuk mengurangkan faktor yang memberi risiko dan kesan kepada mereka yang terlibat dalam permasalahan ini.

Penyelesaian Masalah. a. Murid mengenali faktor yang meningkatkan risiko

dijangkiti HIV dan AIDS. b. Murid dapat mengenal pasti faktor-faktor bahaya dan

kesan penagihan serta penyalahgunaan dadah dan bahan terhadap mereka yang berisiko.

Page 16: 1. KKP

Sambungan……..

Pemikiran Kreatif a. Murid dapat mengenalpasti perlakuan atau tingkahlaku dan kaedah pencegahan jangkitan HIV dan AIDS. b. Murid dapat mengenalpasti perlakuan dan pencegahan penagihan serta penyalahgunaan dadah dan bahan , termasuk langkah-langkah keselamatan.

Pemikiran Kritis a. Murid dapat menilai kelebihan dan kelemahan pelbagai kaedah pencegahan yang berkaitan tabiat atau perlakuan individu. b. Murid dapat menganalisis perlakuan dan pencegahan

penagihan serta penyalahgunaan serta penyalahgunaan dadah dan bahan.

Page 17: 1. KKP

Sambungan…..

Menangani Tekanan - Murid dapat membezakan perlakuan yang sesuai dengan

kehendak dan keperluan fizikal serta emosi seseorang yang dijangkiti HIV dan AIDS.

- Murid dapat membezakan antara tekanan rakan sebaya dengan keperluan atau harapan peribadi.

Komunikasi Berkesan - Murid berbincang tentang HIV dan AIDS secara terus dan

langsung. - Murid dapat meminta bantuan dan nasihat serta maklumat

lanjut mengenai penyalahgunaan dadah dan bahan termasuk alkohol dan tembakau.

Page 18: 1. KKP

Sambungan …..

Menangani emosi - Murid dapat membezakan tekanan rakan sebaya dan

kehendak individu. - Murid menilai kesan jangka pendek akibat

penyalahgunaan dadah dan bahan serta impak jangka panjang terhadap kesihatan serta matlamat.

Kesedaran Kendiri - Murid dapat menilai risiko atau kesan peribadi jangkitan

HIV dan AIDS . - Murid dapat menilai bahaya penagihan atau

penyalahgunaan dadah dan bahan terhadap diri sendiri.

Page 19: 1. KKP

Sambungan ……..

Hubungan Interpersonal - Murid dapat mengenalpasti jaringan seksual yang

berkemungkinan mewujudkan risiko jangkitan HIV dan AIDS.

- Murid dapat mengenalpasti pengaruh sosial yang mempengaruhi seseorang terjebak dalam penagihan atau penyalahgunaan bahan.

Empati - Murid dapat menyelami perasaan dan kehendak individu

yang dijangkiti HIV dan AIDS. - Murid dapat memahami keinginan dan perasaan individu

yang terlibat dalam penagihan atau penyalahgunaan dadah dan bahan.

Page 20: 1. KKP

INGATAN BERSAMA

KESIHATAN DARI SEGI FIZIKAL, MENTAL DAN SOSIAL ADALAH PRASYARAT UNTUK MENCAPAI MATLAMAT WAWASAN 2020

Page 21: 1. KKP

Tammat di sini .

Sekian, terima kasih …

Hemimah Mohamad