08 isi pelajaran interaksi 4

18
TAJUK 10 PROSEDUR PROGRAM PENDIDIKAN PENGAYAAN Sinopsis Tajuk ini membincangkan strategi pelaksanaan dan pengelolaan aktiviti pengayaan. Strategi pelaksanaan berdasarkan pilihan murid atau pilihan guru yang menjurus kepada aktiviti yang dapat mengembangkan bakat, minat dan kebolehan murid serta mencabar keupayaan biasa murid. Kepelbagaian aktiviti mendorong keberkesanan pelaksanaan pengayaan sama ada di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah. Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat: i. Mengenal pasti strategi untuk melaksanakan aktiviti pengayaan. ii. Memilih dan menentukan aktiviti pengayaan yang sesuai dengan murid pengayaan serta menghuraikan pelaksanaan aktiviti secara terperinci. 10.1 Strategi Pelaksanaan 10.1.1 Aktiviti Pengayaan Melalui Kumpulan Murid Mengikut Kebolehan Merupakan aktiviti pengayaan mendatar. Murid dibahagikan kepada kumpulan cerdas, sederhana dan lambat. Setiap kumpulan menjalankan aktiviti pengayaan yang berbeza dengan menggunakan kemahiran yang sama tetapi kadar kesukaran yang berbeza.

Upload: noh-hassan

Post on 27-Sep-2015

21 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

haaa

TRANSCRIPT

TAJUK 10

TAJUK 10PROSEDUR PROGRAM PENDIDIKAN PENGAYAAN

Sinopsis Tajuk ini membincangkan strategi pelaksanaan dan pengelolaan aktiviti pengayaan. Strategi pelaksanaan berdasarkan pilihan murid atau pilihan guru yang menjurus kepada aktiviti yang dapat mengembangkan bakat, minat dan kebolehan murid serta mencabar keupayaan biasa murid. Kepelbagaian aktiviti mendorong keberkesanan pelaksanaan pengayaan sama ada di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:i. Mengenal pasti strategi untuk melaksanakan aktiviti pengayaan.ii. Memilih dan menentukan aktiviti pengayaan yang sesuai dengan murid pengayaan serta menghuraikan pelaksanaan aktiviti secara terperinci.

10.1Strategi Pelaksanaan

10.1.1Aktiviti Pengayaan Melalui Kumpulan Murid Mengikut Kebolehan

Merupakan aktiviti pengayaan mendatar.

Murid dibahagikan kepada kumpulan cerdas, sederhana dan lambat.

Setiap kumpulan menjalankan aktiviti pengayaan yang berbeza dengan menggunakan kemahiran yang sama tetapi kadar kesukaran yang berbeza.

Murid kumpulan cerdas dan sederhana lebih mudah menjalankan aktiviti pengayaan berbanding dengan kumpulan murid lambat.

10.1.2Aktiviti Kumpulan Menjalankan Aktiviti Pengayaan Serentak Dengan Aktiviti Pemulihan

Murid cerdas dan sederhana mengikuti aktiviti pengayaan, murid lambat mengikuti aktiviti pemulihan.

Murid cerdas dan sederhana menjalankan aktiviti secara individu tanpa bimbingan guru tetapi guru perlu memberikan arahan yang jelas sebelum mereka menjalankan aktiviti pengayaan.

Murid lemah mengikuti aktiviti pemulihan dengan bimbingan guru.

10.1.3Aktiviti Pengayaan Melalui Kumpulan Pelbagai Kebolehan

Murid cerdas dilatih membantu murid lambat mengikuti aktiviti pengayaan yang disediakan guru.

Murid cerdas mendapat pengalaman memimpin dan memupuk semangat kerjasama antara murid dalam kumpulan masing-masing.

Pelbagai aktiviti dilaksanakan pada masa yang sama mengikut tahap murid. Contoh aktiviti kerja projek, permainan dan rekreasi, bacaan tambahan dan seumpamanya.10.2Pengelolaan Aktiviti PengayaanAktiviti pengayaan dapat dikelolakan melalui dua cara, iaitu:

10.2.1Aktiviti pengayaan berdasarkan pilihan murid:

Aktiviti pengayaan secara tidak formal, guru sebagai pendorong dan pemudah cara untuk murid melaksanakan aktiviti yang telah disediakan.

Murid cerdas dan sederhana belajar kendiri manakala guru membimbing murid lambat.

Murid cerdas boleh membantu murid lambat secara individu atau kumpulan. Bakat kepimpinan disuburkan dan semangat kerjasama dipupuk.

Hasil kerja murid dibincangkan atau dipamerkan sebagai penghargaan.

10.2.2Aktiviti pengayaan berdasarkan pilihan guru

Aktiviti pengayaan secara formal untuk semua murid mengikut keupayaan murid. Aktiviti dilaksanakan selepas murid mengikuti aktiviti asas dalam sesuatu kemahiran. Aktiviti pengayaan sebagai usaha untuk membantu murid mengukuhkan kemahiran yang dipelajari pada waktu pengajaran dan pembelajaran.10.3Prinsip Pelaksanaan Aktiviti Pengayaani. Pengayaan harus diberikan kepada semua murid sama ada murid cerdas, sederhana dan lambat (konteks KBSR).

ii. Aktiviti berbeza untuk kemahiran bahasa yang sama.

iii. Murid cerdas diberikan aktiviti yang mencabar manakala murid lambat disediakan aktiviti yang mudah dan menarik.

iv. Masa yang diperuntukkan untuk aktiviti pengayaan sekitar 20 minit untuk murid yang telah menguasai satu atau beberapa kemahiran atau menguasai semua kemahiran yang diajarkan. Lazimnya murid cerdas dapat menguasai semua dan murid sederhana dapat menguasai sekurang-kurangnya satu kemahiran tetapi murid lambat tidak menguasai setiap kemahiran. Murid lambat diteruskan dengan aktiviti pemulihan.

v. Aktiviti pengayaan seharusnya tidak formal. Murid dapat melaksanakannya secara individu atau kumpulan. Aktiviti pemulihan secara terbimbing.

vi. Bahan yang digunakan perlu mempunyai arahan yang jelas , kandungan aktiviti yang menarik dan mencabar minda murid.

10.4Jenis Aktiviti Pengayaan

Aktiiviti pengayaan terbahagi kepada dua jenis:

10.4.1Pengayaan Mendatar

Aktiviti berdasarkan kebolehan murid dalam sesuatu kumpulan. Aktiviti pengayaan dirancang dan dilaksanakan berdasarkan tahap pencapaian murid. Murid lambat diberikan aktiviti pengayaan yang lebih mudah berbanding dengan murid cerdas dan sederhana.10.4.2Pengayaan Menegak

Aktiviti berdasarkan minat dan bakat murid dalam kumpulan cerdas sahaja. Aktiviti pengayaan dirancang dan dilaksanakan dalam bentuk yang lebih mencabar dan tahap tinggi seiring dengan tahap pencapaian mereka.Perbezaan Antara Pengayaan Mendatar Dengan Menegak Bil.Aktiviti Pengayaan MendatarAktiviti Pengayaan Menegak

1Kumpulan mengikut kebolehanKumpulan murid cerdas sahaja

2Tahap kesukaran aktiviti berbezaTahap kesukaran aktiviti sama

3Berbentuk lembaran kerjaBerbentuk kerja projek, permainan

4Mengikut unit kemahiran yang diajarkanBoleh melebihi unit kemahiran yang diajarkan

5Bertujuan untuk memperkukuh kemahiran yang telah dikuasai dan memupuk minat belajarBertujuan untuk mewujudkan keseronokan, mencungkil dan mengembangkan bakat dan menjalin kerjasama dalam kumpulan

6Aktiviti melibatkan kemahiran yang sama Aktiviti kumpulan cerdas melibatkan kemahiran yang lebih tinggi

10.5Masa Pelaksanaan Aktiviti PengayaanAktiviti pengayaan dapat dilaksanakan dalam keadaan yang berikut:

i. Aktiviti dijalankan pada masa yang telah ditentukan setiap hari, iaitu guru memilih masa tertentu dalam mana-mana mata pelajaran.

ii. Aktiviti dijalankan selepas aktiviti-aktiviti asas untuk sesuatu kemahiran dijalankan yang bertujuan untuk memperkukuh kemahiran yang telah dipelajari.

iii. Aktiiviti dilaksanakan selepas murid telah menguasai sesuatu kemahiran atau sejumlah kemahiran, iaitu murid yang telah menguasai kemahiran yang diajarkan lebih awal daripada rakan yang lain.

iv. Aktiviti dijalankan selepas murid telah menguasai semua kemahiran dalam sesuatu unit pembelajaran seiring dengan program pemulihan yang diberikan kepada kumpulan murid yang lambat menguasai kemahiran yang diajarkan atau menggunakan murid yang telah menguasai kemahiran sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). TAJUK 11PELAKSANAAN AKTIVITI PENGAYAAN (PENGUKUHAN DAN PENGEMBANGAN)

SinopsisMurid yang telah menguasai kemahiran bahasa perlu diberikan aktiviti pengayaan yang dapat membantu untuk mengukuhkan dan mengembangkan bakat, kreativiti dan kebolehan murid dalam kemahiran lisan, membaca dan menulis. Aktiviti pengayaan yang diberikan kepada murid akan berupaya untuk menyerlahkan keterampilan berbahasa murid dalam kemahiran-kemahiran yang berkenaan.

Hasil PembelajaranPada akhir tajuk ini, anda dapat:

i. Menentukan aktiviti pengayaan yang sesuai untuk mengukuhkan kemahiran lisan, membaca dan menulis murid.ii. Melaksanakan aktiviti pengayaan untuk kemahiran lisan, membaca dan menulis bagi murid-murid anda.11.1Aktiviti Pengayaan Mengikut Kemahiran

Pelaksanaan aktiviti pengayaan sebagai pengukuhan dan pengembangan kemahiran melibatkan kemahiran lisan, membaca dan menulis. Aktiviti boleh dilakukan secara individu, berpasangan atau berkumpulan. 11.1.1Aktiviti pengayaan kemahiran lisan

Murid menyampaikan cerita yang pernah dibaca dengan mengaplikasikan teknik bercerita yang telah dipelajari.

Murid mendeklamasikan sajak sebelum pengajaran dan pembelajaran atau sebelum menamatkan pengajaran dan pembelajaran.

Murid melakonkan adegan berdasarkan cerita yang dibaca berdasarkan kreativiti murid dengan menggunakan sebutan, intonasi dan gaya penyampaian yang sesuai.

Murid menyampaikan ucapan dalam perhimpunan sekolah atau majlis yang diadakan di sekolah dengan menggunakan kata sapaan, bahasa yang bertatasusila, pemilihan kata yang sesuai dan struktur ayat yang gramatis.

11.1.2Aktiviti pengayaan kemahiran membaca (kefahaman bacaan)

Murid merujuk kamus dan menyenaraikan perkataan dan makna perkataan tersebut yang ditemui dalam teks yang dibaca. Senarai perkataan dicatatkan dalam buku khas yang dapat dijadikan sebagai koleksi perbendaharaan kata murid tersebut.

Murid membuat ulasan dan memberi pandangan terhadap watak dan peristiwa yang berlaku dalam petikan yang dibaca.

Murid mengenal pasti nilai murni dan pengajaran yang terdapat dalam teks yang dibaca serta mengenal pasti mesej yang ingin disampaikan dalam teks.

Murid menghasilkan peta cerita yang dapat menggambarkan keseluruhan cerita yang dibaca dalam petikan yang diberikan oleh guru atau cerita yang telah dibaca murid di luar bilik darjah.

Murid memberi justifikasi dan kewajaran sesuatu peristiwa yang dibaca itu berlaku dari aspek kekuatan dan kelemahan.

Murid mengenal pasti atau membayangkan hubungan sebab dan akibat yang tidak dinyatakan atau tiada petunjuk yang diberikan dalam petikan.

11.1.3Aktiviti pengayaan kemahiran menulis Murid mengambil imlak berbentuk ayat atau perenggan dengan ejaan dan tanda baca yang betul serta tulisan yang kemas.

Murid menyudahkan cerita berdasarkan gambar tunggal, gambar bersiri atau tanpa gambar.

Murid menukarkan dialog dalam bentuk cerita.

Murid menghasilkan puisi tradisional pantun atau syair atau puisi moden sajak berdasarkan cerita yang dibaca atau didengar.

Murid memprosakan puisi syair dan sajak.

Murid menulis biodata tokoh atau individu yang dikagumi dengan berusaha untuk mendapatkan bahan daripada sumber yang pelbagai.

Murid menulis cerita berdasarkan tema yang ditentukan oleh guru.

Murid menulis karangan berbentuk imaginasi yang mempunyai pelbagai kemungkinan secara kreatif dengan menggunakan frasa Jika saya... TAJUK 12PENYEDIAAN BAHAN BANTU AKTIVITI PENGAYAAN

SinopsisTajuk ini membincangkan penyediaan bahan bantu aktiviti pengayaan berbentuk permainan bahasa, bacaan tambahan, dan kerja projek.

Hasil pembelajaranPada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

i. Menyediakan bahan bantu mengajar bagi permainan bahasa, bacaan tambahan, dan kerja projek.

ii. Mengaplikasikan bahan bantu mengajar bagi permainan bahasa, bacaan tambahan, dan kerja projek.

12.1Aktiviti dan Bahan

Perancangan yang rapi adalah perlu untuk pelaksanaan aktiviti-aktiviti pengayaan. Aktiviti-aktiviti yang disediakan itu hendaklah:

i. Bercorak belajar sendiri. Ia haruslah mengandungi arahan yang jelas agar murid menjalankannya tanpa banyak tunjuk ajar daripada guru.ii. Boleh dijalankan secara individu atau kumpulan.iii. Menarik, mencabar serta sesuai dengan kebolehan, minat dan bakat murid yang berbeza-beza.iv. Menarik berbentuk aktiviti harian atau berbentuk projek yang mengambil masa satu atau dua minggu.v. Mengandungi bahan-bahan yang pelbagai jenis sama ada dibuat sendiri atau dibeli.vi. Berkaitan dengan kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari sama ada secara langsung atau tidak langsung.vii. Isi kandungan hendaklah sesuai dengan kemahiran bahasa yang diajarkan.viii. Peringkat kesukaran hendaklah sesuai dengan kebolehan kumpulan murid.ix. Arahan hendaklah jelas, tepat, dan ringkas.x. Ilustrasi hendaklah seelok-eloknya berwarna-warni dan bersesuaian dengan konsep dan maksud kandungan pelajaran.

Jenis-jenis aktiviti pengayaan yang boleh dijalankan terdiri daripada bacaan tambahan,

kerja projek, dan permainan dan rekreasi.

12.2Bacaan TambahanTujuan diadakan aktiviti ini ialah supaya murid dapat mempertingkatkan lagi pengetahuan dalam bidang bahasa. Dengan cara ini, mereka akan menimba ilmu dalam bidang-bidang baharu. Di samping itu, murid diharap dapat meminati dan menguasai bacaan secara luas.

Bacaan tambahan boleh dijalankan di dalam kelas, di luar kelas, atau di perpustakaan. Guru hendaklah berperanan sebagai pembantu kepada murid untuk memilih bahan bacaan yang sejajar dengan minat dan kebolehan mereka. Bahan bacaan boleh terdiri daripada buku-buku berbentuk ilmu pengetahuan, buku cerita, majalah, hasil kerja murid yang dikumpulkan, risalah, potongan akhbar, dan ensiklopedia.

Ciri-ciri bahan bacaan bagi murid Tahap 1 dicadangkan mempunyai ilustrasi menarik, berwarna-warni untuk merangsang imaginasi dan fantasi murid. Struktur ayat hendaklah mudah. Fon saiz dicadangkan antara 14 18 dengan bilangan muka surat kurang daripada enam muka surat.

Ciri-ciri bahan bacaan bagi murid Tahap 2 dicadangkan mempunyai ilustrasi sesuai mengikut keperluan. Bahan-bahan berbentuk realiti lebih sesuai dengan murid tahap ini. Struktur ayat yang boleh digunakan ialah ayat mudah dan ayat kompleks. Saiz fon 12 lebih sesuai digunakan bagi tahap ini. Bilangan muka surat bahan bacaan bawah 20 muka surat.

Garis panduan lain bagi menyediakan kad-kad bahan bacaan tambahan adalah seperti yang berikut:

Bahan-bahan bacaan boleh berbentuk puisi, dialog, teka-teki, cerita, iklan, berita

Bahan boleh dalam bentuk bahan sebenar dan kartun

Tajuk yang dipilih hendaklah sejajar dengan peringkat pembelajaran murid.

12.3Kerja ProjekProjek memerlukan murid membuat kajian terhadap sesuatu perkara yang dipelajari atau diminati. Kajian-kajian itu dalam bentuk inkuiri, penerokaan, produk baharu seperti buku skrap, pembelajaran berasaskan masalah, drama kreatif, diorama, dan penghasilan produk.

Murid melaksanakan projek secara kolaboratif, berpasukan, memfokuskan kemahiran interpersonal, menyelesaikan masalah ,dan membuat keputusan. Tempoh masa menjalankan projek bergantung kepada keperluan yang ditentukan oleh guru. Aktiviti pengayaan berbentuk projek juga menekankan konsep konstektual dan konstruktivisme.

Contoh-contoh projek yang boleh dijalankan:

Menyediakan carta cuaca

Mengumpul gambar, poskad yang pelbagai

Mengumpul pelbagai jenis daun

Menyediakan akuarium yang mengandungi pelbagai ikan Menyediakan dan melengkapkan sudut pembelajaran dalam kelas

Mengadakan gotong-royong

Mengadakan lawatan

Ciri projek berasaskan inkuiri dan masalah ialah:

Meneroka cabaran dan masalah dunia sebenar untuk tujuan menyelesaikan masalah

Bekerjasama, berkolaborasi dalam kumpulan kecil

Wujud penyerapaan antara ilmu dan disiplin mata pelajaran lain

Memerlukan kemahiran berfikir tinggi untuk membuat keputusn dan menyelesaikan masalah.

Penilaian boleh dalam bentuk holistik dan berterusan.

Penyoalan tonggak pembelajaran inkuiri. Murid boleh mengemukakan soalan

dan mengenal pasti kaedah menjawab dan memberikan penjelasan.

Membina membina pemahaman baharu dan refleksi

Rajah Kitaran Inkuiri

MENYOAL

Bermula dengan minat dan keinginan meneroka

Soalan yang bermakna kepada kehidupan murid tentang pengalaman dunia

Soalan atau masalah sebagai fokus

Murid memurnikan dan menjelaskan masalahMENYELIDIK

Mengumpul maklumat mengesan sumber maklumat membuat pembacaan, menemu bual, membuat pemerhatian, soal selidik

Murid mungkin membina soalan baharu untuk memperoleh maklumat dan data terperinci

MEMBINA

Membuat perkaitan antara maklumat dengan cara mensintesis dan menemui jawapan

Membina pemahaman baharu

MERANCANG

Merancang tindakan seterusnya berdasarkan dapatan hasil penyelidikan dan tafsiran dataMEMBUAT REFLEKSI

Memperuntukkan masa untuk melihat semula persoalan, proses mencari jawapan dan penyelesaian masalah untuk memberikan pemahaman makna.

12.4Permainan dan Rekreasi

Kedua-dua jenis aktiviti ini bertujuan untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang

menyeronokkan. Aktiviti-aktiviti itu terdiri daripada permainan pendidikan dan permainan untuk rekreasi. Permainan-permainan ini akan mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa dan menggembirakan. Murid-murid akan sentiasa berfikir dan menyusun strategi bagi mengatasi satu-satu masalah yang dihadapi semasa permainan itu dilaksanakan. Permainan dan rekreasi hendaklah berkaitan dengan kemahiran bahasa yang diajarkan.

Contoh permainan bahasa :

Teka silang kata

Teka teki

Ular dan tangga

Sahiba

Mencari harta karun

Congkak

Bermain dengan blok-blok

Permainan bahasa adalah cara mempelajari bahasa melalui permainan atau pengayaan bahasa melalui permainan. Terdapat dua jenis permainan bahasa:

a.LinguistikBerfokuskan kepada cara membina struktur ayat yang betul b.Komunikatif

Berfokuskan kepada kelancaran dan kefasihan, iaitu pertukaran maklumat dan idea antara dua pihak, contoh: perbincangan tentang dua gambar yang hampir serupa tetapi tidak sama.

12.5Memilih Permainan Bahasa

Permainan bahasa yang dipilih seharusnya memenuhi kriteria yang berikut:

Bukan sekadar hiburan

Melibatkan pertandingan persahabatan

Semua murid mesti terlibat

Fokus dan menggalakkan murid menggunakan bahasa

Memberikan peluang kepada murid belajar,berlatih dan mengulang kaji , mengukuhkan aspek bahasa yang dipelajari Arahan yang jelas, dan demonstrasi oleh guru boleh diikuti dengan arahan

Sumber rujukan daripada internet atau bahan bercetak seperti kamusContoh-contoh permainan bahasa:a.Kemahiran mendengar bertutur

Nama permainan: Telefon Karat

Objektif permainan:

Menyampaikan berita atau mesej dengan berkesan selepas mengetahui kebenaran berita atau mesej itu.

Meningkatkan kemahiran menghafaz dan mengingat.

Melihat bagaimana sesuatu mesej atau berita disampaikan daripada individu kepada individu yang lain.

Cara bermain:

Seorang murid diminta datang ke hadapan kelas.

Guru akan memberikannya sebuah catatan dan murid itu diminta membacanya secara senyap.

Murid itu diminta membisikkan catatan itu kepada rakannya yang kedua.

Rakannya itu pula diminta menyampaikan mesej itu kepada rakan yang ketiga dan begitulah seterusnya sehingga rakan yang kesepuluh.

Murid yang kesepuluh itu akan mengujarkan semula catatan tersebut secara kuat di hadapan kelas.

Catatan yang perlu dibaca dan dibisikkan :

b.Permainan Bahasa Berdasarkan Teks Bacaan

Arahan: Sila susun semula huruf dalam perkataan supaya menjadi satu atau beberapa perkataan baharu.

KISAH

:HAKIS RUMAH:HARUM, MURAH

SATU

LIHAT

ANAK

DAPAT

c.Permainan bahasa berdasarkan menu kantin sekolah

Objektif permainan bahasa:

Menganalisis menu makanan yang terdapat di kantin sekolah.

Melengkapkan tempat kosong berpandukan menu yang dibaca.

Cara bermain:

Murid membaca maklumat yang terdapat dalam menu makanan yang terdapat di sekolah Kebangsaan Selesa.

Murid melengkapkan tempat kosong berpandukan maklumat tersebut.

MENU KANTIN SEKOLAH KEBANGSAAN SELESA

IsninSelasaRabuKhamisJumaat Sabtu

Nasi Lemak

Nasi goreng Mee goreng

Laksa

Nasi tomato

Ikan goreng Nasi goreng pataya Mee kari Nasi lemak

Nasi goreng Nasi ayam goreng

RM 1.00

RM 1.00

RM 2.00

RM 1.50

RM 1.00RM 2.00

Arahan : Isi tempat kosong berpandukan menu di atas.

i. Hari ini ialah hari _______________. Kantin sekolah menjual _____________ dan ______________.

ii. Semalam ialah hari _______________. Menu kantin sekolah ialah ______________ dan_____________.

iii. Dalam satu minggu, hari _____________ ialah hari cuti bagi kantin.

iv. Sepinggan nasi lemak berharga ______________. Ia dijual pada hari _____________ dan hari ______________.

v. Kecuali pada hari _______________, kami boleh membeli nasi pada hari ___________, ____________ , _____________ , _____________ , ___________.

vi. Sepinggan nasi ayam goreng berharga________________. Ia hanya dijual pada hari ___________.

d.Kemahiran menulisObjektif permainan bahasa:

Mewujudkan pemikiran kreatif dan kritis

Mewujudkan individu yang yakin menggunakan bahasaCara bermain:

Murid dikehendaki memilih lima gambar Berdasarkan lima gambar tersebut, murid diminta untuk menulis sebuah ceritaArahan: Pilih lima gambar dan tuliskan sebuah cerita.

Ah Ling pergi ke Kerling, ingin membeli batu giling. Dalam perjalanan terlanggar tenggiling, lalu terjatuh terguling-guling, rupa-rupanya dia juling.

MEMBINA

MERANCANG

KITARAN INKUIRI

MENYELIDIK

MEMBUAT REFLEKSI

MENYOAL