xm akhir bm 1

13
SULIT Arahan Am : Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Antaranya, ada satu sahaja jawapan yang betul. Pilih jawapan itu. Kemudian, tandakan jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan. Soalan 1 - 21. Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai. 1. Sultan Alaudin turun daripada _________________ dan menyamar sebagai rakyat biasa. A. rumah B. takhta C. mahligai D. balairung 2. Hidayah berjalan terhincut-hincut kerana tumit kaki kirinya __________ sebab memakai kasut baharu itu. A. melekit B. melecet C. melecur D. melebam Soalan 3 berdasarkan gambar 1 di bawah ini. Gambar 1 1

Upload: edangsarman

Post on 30-Sep-2015

229 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

peperiksaan bm1 tahun 5

TRANSCRIPT

SULIT

Arahan Am : Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Antaranya, ada satu sahaja jawapan yang betul. Pilih jawapan itu. Kemudian, tandakan jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.

Soalan 1 - 21.Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Sultan Alaudin turun daripada _________________ dan menyamar sebagai rakyat biasa.

A. rumahB. takhtaC. mahligaiD. balairung

2. Hidayah berjalan terhincut-hincut kerana tumit kaki kirinya __________ sebab memakai kasut baharu itu.

A. melekitB. melecetC. melecurD. melebam

Soalan 3 berdasarkan gambar 1 di bawah ini.Gambar 1

3. Air tasik itu ____________ apabila budak itu melemparkan sebiji batu ke dalamnya.

A. berbuaiB. berkocakC. bergoyangD. berayun

4. Haji Amin bangga _________ sikap sopan santun yang ditunjukkan oleh anak-anaknya ___________ orang yang lebih tua.

A. dengan padaB. pada denganC. akan terhadapD. terhadap kepada

5. Jamilah ____________ membuka pintu sebaik-baik sahaja ibunya sampai di rumah.

A. awalB. ligatC. cekapD. segera

6. Petani itu ____________ air dari anak sungai yang berhampiran dengan kebunnya.

A. mengangkatB. mencedokC. mengautD. menadah

7. Petani itu __________ di bawah pokok kerana terlalu letih.

A. berehatB. bertemuC. bercakapD. bergerak

8. Masih ada _________ murid yang belum menjelaskan yuran persekolahan.

A. separuhB. segelintirC. setengahD. semua

9. Syarikat bapa Anida mempunyai sebuah __________ di Tanah Tinggi Cameron.

A. rumah rehatB. rumah dapurC. rumah apiD. rumah tangga

10. Amira menutup makanan itu dengan tudung saji _________ tidak dihinggapi lalat.

A. kerana B. hinggaC. supayaD. jika

11. Suasana di pasar itu _________ oleh suara para peniaga dan pembeli yang _________ harga.

A. kucar-kacir terjerit-jeritB. riuh-rendah bertukar-tukarC. kalam-kabut tolak-menolakD. hingar-bingar tawar-menawar

12. ___________ anak-anakku, bersembahyanglah dengan segera!

A. WahaiB. EhC. SyabasD. Wah

13. Semua permintaan Nini dituruti oleh ibu bapanya kerana dia __________.

A. anak buahB. anak emasC. anak pungutD. anak angkat

14. ______________kah harga tambang feri ke Pulau Langkawi?

A. SiapaB. MengapaC. ApaD. Berapa

15. Kerja kursus itu dapat disiapkan walaupun masa yang diberikan ___________.

A. larutB. lewatC. suntukD. lampau

16. Almas membeli hadiah _______ ibunya sempena Hari Ibu.

A. untukB. daripadaC. kepadaD. tentang

17. Badri _________ kerana sebaik-baik sahaja dia tiba di rumah Sani, makanan telah terhidang.

A. langkah kiriB. langkah kananC. langkah seribuD. langkah bendul

18. Liana meminta adiknya menyimpan _________ jam tangan dan __________ kalung mutiara di dalam laci itu.

A. seutas seuntaiB. sebuah seuratC. sebutir seuratD. sebiji sebutir

19. Farhan dan isterinya itu sangat sepadan ________________.

A. bagai bulan dipagar bintangB. bagai bulan empat belasC. bagai pungguk rindukan bulanD. bagai hempedu lekat di hati

20. Puan Kenchana menyediakan ______________ untuk perayaan Deepavali.

A. semanisB. manisanC. pemanisD. kemanisan

21. Tukang jahit itu _________ labuh langsir itu.

A. ukuranB. pengukurC. mengukurD. pengukuran

Soalan 22 Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris.

22. Mereka mengadakan kutipan derma untuk membantu mangsa kebakaran.

A. hasilanB. dapatanC. pungutanD. pulangan

Soalan 23Pilih perkataan berlawanan bagi perkataan yang bergaris.

23. Airin berjaya mendapat markah penuh dalam ujian bulanan itu.

A. gagalB. jatuhC. lemahD. mundur

Soalan 24.Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

24. Puan Lidia mempelawa Cik Ezah singgah di butiknya.

A. Cik Ezah , singgahlah di butik saya, ajak Puan Lidia.B. Datanglah ke butik saya, Puan Lidia, undang Cik Ezah.C. Silalah ke butik saya, Puan Lidia, pelawa Cik Ezah.D. Pelawalah Cik Ezah singgah di butiknya, kata Puan Lidia.

Soalan 25.Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah ini. 25. Berapakah jarak hospital yang terdekat dari kampung ini?

A. Tidak jauh sangat, kira-kira 40 minit perjalanan dari sini.B. Saya juga hendak ke sana kerana jaraknya tidak jauh dari sini.C. Hospital yang paling dekat terletak di barat kampung ini sahaja.D. Tidak jauh, lebih kurang lima kilometer sahaja.

Soalan 26 dan 27.Pilih ayat yang betul.

26. A. Cis, ini buku yang kamu minta! B. Sila tolong ambilkan roket di atas almari itu. C. Setengah orang tidak menyukai buah durian. D. Dinding rumah-rumah di sini diperbuat daripada anyaman buluh.

27. A. Berbagai barangan elektrik dijual di kedai yang baru dibuka itu. B. Adik amat menyayangi ketiga ekor anak kucing peliharaannya. C. Para-para hadirin sekalian sudah boleh masuk ke dalam dewan. D. Abang akan menghadap komputer berjam-jam lamanya pada setiap hari.

Soalan 28.Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

28. Fahmi dan keluarganya sedang membuat persiapan untuk makan angin di Pulau Kapas.

A. Fahmi dan keluarganya di Pulau Kapas sedang membuat persiapan untuk makan angin.B. Fahmi yang sedang makan angin di Pulau Kapas membuat persediaan untuk keluarganya.C. Persiapan untuk makan angin di Pulau Kapas sedang dibuat oleh Fahmi dan keluarganya.D. Di Pulau Kapas, Fahmi dan keluarganya sedang membuat persiapan sambil makan angin.

Soalan 29 dan 30.Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

29. I Ceramah yang disampaikan oleh Cikgu Ali sungguh cerah. IIBudak itu tersenyum cerah. IIIIbu mengelap cermin tingkap itu sehingga cerah. IVMereka mempunyai peluang yang cerah untuk menjuarai pertandingan itu.

A. I dan IIB. I dan IVC. II dan IIID. III dan IV

30. I Harga buku itu sangat baik. IILuka pada lututnya sudah baik. IIINasi yang ditanak oleh kakak sudah baik. IVWalaupun sudah lama, televisyen ini masih baik.

A. I dan IIB. I dan IIIC. II dan IVD. III dan IV

Soalan 31 - 35.

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.Pokok kelapa banyak kegunaannya kepada manusia. Sejak dahulu pokok kelapa mempunyai hubungan yang erat dengan kehidupan masyarakat kita, terutama yang tinggal di tepi pantai. Hal ini demikian kerana pokok kelapa hidup subur di tanah berpasir seperti di tepi pantai.Pokok kelapa dikenal sebagai pokok seratus guna. Setiap bahagian pokok kelapa ada manfaatnya. Buah kelapa dijadikan sumber makanan. Daripada buahnya, kita mendapat isi kelapa yang boleh dimakan begitu sahaja atau dikisar sebelum diperah untuk mendapatkan santan. Air kelapa amat nikmat diminum, terutama ketika cuaca panas. Air kelapa muda dijual dengan harga yang agak mahal di kawasan bandar. Ada pendapat yang mengatakan bahawa air kelapa dapat dibuat penawar apabila seseorang mengalami keracunan makanan.Penyapu, berus atau tali dapat dihasilkan daripada sabut kelapa. Selain itu, sabut kelapa dibuat bahan bakaruntuk memasak kuih tradisional seperti baulu. Tempurung kelapa dijadikan kraf tangan yang menarik oleh segelintir penduduk desa seperti tabung, bekas lampu, bekas pensel dan sebagainya. Setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha, daun kelapa dianyam untuk dijadikan sarung ketupat. Di samping itu, lidi kelapa dibuat penyapu. Batang kelapa yang besar itu pula tidak terbiar begitu sahaja di kampung. Batang kelapa sering dijadikan titi untuk laluan ketika menyeberang parit.

31. Di manakah tempat yang banyak terdapat pokok kelapa?

A. DesaB. BandarC. ParitD. Tanah berpasir

32. Pokok kelapa digelar sebagai pokok seratus guna kerana

A. harganya mahalB. menjadi sumber makananC. berkaitan dengan kehidupan masyarakat.D. setiap bahagiannya mempunyai kegunaan.

33. Apakah kegunaan sabut kelapa dalam proses membuat kuih tradisional?

A. Sebagai pengikatB. Sebagai bahan bakarC. Sebagai bakulD. Sebagai sarung

34. Pilih pernyataan yang tidak benar berdasarkan petikan.

35. Apakah maksud rangkai kata amat nikmat dalam petikan?

A. Sangat manisB. Sangat putihC. Sungguh lazatD. Sungguh sejuk

Soalan 36 - 40.Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

36. Apakah maksud rangkap pertama Pantun Ilmu?

A. Ilmu dapat menghidupkan pelita.B. Pelita sentiasa diperlukan semasa mencari ilmu.C. Ilmu amat penting dan mestilah dicari hingga akhir hayat.D. Hanya ilmu yang berguna ketika kita hidup dan sesudah kita mati.Pantun Ilmu

Sang suria terlindung cuaca redup,Hari indah menyenangkan hati,Ilmu itu pelita hidup,Harus dicari hingga ke mati.

Gembira sungguh di hari raya,Tetamu datang tiada henti, Kaya ada bermacam kaya,Kaya ilmu paling bererti.

Tuan rumah lengkap berkopiah,Tersenyum ramah melayan tetamu,Mencari ilmu bukannya payah,Asalkan rajin, tak mengenal jemu.

Hati gembira apabila bertemu,Saudara-mara dan sahabat taulan,Membaca itu jambatan ilmu,Rajin bertanya, luas pengetahuan.

Ketupat lemang pasti dihidangkan,Kuih-muih pun memenuhi meja,Ilmu yang dimiliki perlu diamalkan,Agar bermanfaat sepanjang masa.

37. Berdasarkan pantun di atas, sikap suka bertanya dapat

A. memudahkan seseorang itu untuk menjadi kaya.B. membantu seseorang semasa membaca untuk mencari ilmu.C. menambah pengetahuan orang yang bertanya itu.D. menjadi jambatan ilmu kepada orang yang rajin membaca.

38. Jika ilmu tidak diamalkan, maka ilmu itu

A. menjadi tidak berguna.B. menjadi milik kita sepanjang masa.C. menjadi panduan yang berharga.D. menjadi perkara yang berfaedah.

39. Yang manakah pernyataan yang tidak benar?

A. Kita janganlah berasa bosan semasa mencari ilmu.B. Kekayaan yang paling bermakna ialah kaya ilmu.C. Membaca merupakan antara cara untuk mendapatkan ilmu.D. Orang yang rajin tidak perlu mencari ilmu.

40. Frasa tak mengenal jemu dalam rangkap ketiga pantun membawa maksud

A. tidak akan jenuh.B. tidak berasa bosan.C. tidak mahu berasa benci.D. tidak pernah berjumpa dengan perkara yang menjemukan.

KERTAS SOALAN TAMAT PAGE 7