bm 1 akhir tahun 2014

16
Soalan 1 hingga soalan 18 Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai. Soalan no 1 berdasarkan gambar 1 Gambar 1 1. Baju-baju Abang Long _______ bakul itu belum bercuci. A di luar C di tengah B di dalam D di tepi 2. “Eloklah _______ bertolak sekarang kerana pendakian ini mengambil masa lebih kurang enam jam,” kata Cikgu Malik. A awak C kita B mereka D dia 3. Dato’ Hashim ahli perniagaan yang terkenal di ibu kota.________ amat pemurah orangnya. A Dia C Baginda B Beliau D Mereka 1

Upload: mohd-azhar-che-seman

Post on 17-Sep-2015

35 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

BM 1

TRANSCRIPT

Soalan 1 hingga soalan 18

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.Soalan no 1 berdasarkan gambar 1

Gambar 1

1. Baju-baju Abang Long _______ bakul itu belum bercuci.

A di luar

C di tengah

B di dalam

D di tepi2. Eloklah _______ bertolak sekarang kerana pendakian ini mengambil masa lebih kurang

enam jam, kata Cikgu Malik.

A awak

C kita

B mereka

D dia3. Dato Hashim ahli perniagaan yang terkenal di ibu kota.________ amat pemurah orangnya.

A Dia

C Baginda

B Beliau

D Mereka

Soalan no 4 berdasarkan gambar 2

Gambar 2

4. Pokok-pokok kacang panjang yang __________ tanam beberapa bulan lepas ini

sangat subur, kata Ah Chong kepada Ah Peng.

A mu

C ku

B kau

D nya

5. Saya menolongnya dengan hati yang __________ kata Puan Hamidah.

A sopan

C baik

B ikhlas

D amanah

Soalan no 6 berdasarkan gambar 3

Gambar 3

6. Beg buatan tangan dari negeri Sarawak itu ___________ buatannya.

A comel

C lembut

B halus

D kasar7. Ayah membasahkan tuala lalu __________ badan abang yang panas.

A mengelap

C mengibas

B menyapu

D menyiram

8. Awak tidak boleh berputus asa,_______ awak yang rugi, nasihat Cikgu Lim kepada Farid.

A agak

C kelak

B paling

D mungkinSoalan no 9 berdasarkan gambar 4

Gambar 4

9. Saya sungguh terkejut ________ mendapati burung tekukur saya tiada di dalam

sangkarnya.

A apabila

C walaupun

B kecuali

D sebelum

10. Semua anggota pasukan bola keranjang itu sudah tiba,________ Fook Keong dan Rahim.

A atau

C kerana

B mungkin

D kecuali

11. Edrin telah membuat persediaan sejak di tahun lima lagi. ________dia berjaya mendapat

5A dalam peperiksaan UPSR.

A Di samping itu

C Oleh sebab itu B Lebih-lebih lagi

D WalaubagaimanapunSoalan no 12 berdasarkan gambar 5

Gambar 512. __________ tunjukkan saya jalan ke rumah ketua kampung, kata pemuda itu kepada Pak

Yaakub.

A Tolong

C Jangan

B Usah

D Sila

13. _________ , berani engkau memburuk-burukkan nama sekolahku! marah Hamidi.

A Aduhai

C Cis

B Aduh

D Nah

14. _________ , tinggalkan saya sendirian di sini! kata Hana sambil menepis tangan Yaya

yang cuba memujuknya.

A Eh

C Ah

B Hai

D AduhSoalan no 15 berdasarkan gambar 6

Gambar 6

15. Berani tuan hamba melanggar perintah sultan. _________, terimalah habuan ini! kata

Hang Nadim kepada pengkhianat itu.

A Cis

C Nah

B Amboi

D Ah

16. Semasa _________ itu berlaku, kami bertiga sedang menonton televisyen.

A kejadian

C menjadi

B terjadi

D dijadikan17. Mereka itu _________ murid-murid sekolah ini, tetapi murid-murid dari sekolah lain.

A bukan

C tidak

B agaknya

D barangkali18. __________ rancangan ini berjaya, kita akan memperoleh wang yang banyak, kata Encik

Jusuh kepada anak-anak buahnya.

A Sejak

C Sekiranya

B Sebelum

D SemasaSoalan 19 hingga 21Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris

19. Salina tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya lalu dia menangis sepuas-puas hati.

A keresahan

C kesedihan

B kehampaan

D kegelisahan

20. Sikapnya yang taat akan ibu bapanya amat menyenangkan hati mereka.

A ingkar

C ikut

B patuh

D turut21. Kami diingatkan supaya berwaspada di kawasan itu kerana lantainya licin.

A perlahan-lahan

C berhati-hati

B teliti

D berhemat

Soalan 22 dan 23Pilih perkataan yang berlawanan bagi perkataan yang bergaris

22. Saya masih ragu-ragu untuk membuat pilihan, kata Izati.

A yakin

C resah

B tenang

D samar

23. Para pekerja itu menggali tanah di hadapan rumah saya untuk menanam tiang elektrik.

A menurap

C mengambus

B menambah

D mengorekSoalan 24 dan 25

Pilih ayat atau atau ayat-ayat yang menggunakan kata bergaris yang betul

24. I Ayahnya bekas pegawai daerah di sini.

II Inilah bekas minuman yang dibawa oleh Aireen ke sekolah setiap hari.

III Semua bekas pelajar sekolah ini dijemput ke majlis itu.

IV Bekas tapak kaki kucing kelihatan pada lantai simen yang masih lembap itu.

A I dan II saja

C I, II, dan III saja

B III dan IV saja

D I, II, III, dan IV

25. I Wajahnya pudar kerana telah beberapa hari demam.

II Semangat cinta akan tanah air tidak pernah pudar dalam dirinya walaupun telah lama dia

merantau di luar negara.

III Saya tidak dapat mengecamkan orang di dalam gambar ini kerana gambar ini telah

pudar.

IV Pandangannya pudar kerana dia tidak memakai kaca mata.

A I dan III saja

C III dan IV saja

B II dan III saja

D I, II, dan III saja

Soalan 26 hingga 30Pilih ayat yang sama maksudnya dengan ayat yang diberikan26. Sekiranya awak bersetuju, perkara ini akan saya uruskan secepat mungkin, kata Zarif

kepada Lingam.

A Lingam bersetuju sekiranya perkara ini diuruskan dengan segera.

B Jika Lingam bersetuju, Zarif akan mengurus perkara itu dengan secepat mungkin.

C Zarif terus bersetuju sekiranya Lingam mengurus perkara itu dengan segera D Lingam tidak bersetuju dengan kata-kata Zarif27. Jangan sekali-kali berbuat bising di perpustakaan,kata Cikgu Nazir kepada murid- muridnya.

A Cikgu Nazir marah akan murid-muridnya yang berbuat bising di perpustakaan.

B Murid-murid yang berbuat bising di perpustakaan ditegur oleh Cikgu Nazir.

C Cikgu Nazir melarang murid-muridnya berbuat bising di perpustakaan. D Cikgu Nazir menyuruh murid-murid membuat bising di perpustakaan.28. Siapakah pemilik basikal baru ini? tanya Firdaus kepada Nazri.

A Firdaus dan Nazri bertanya tentang basikal baru kepada pemiliknya itu.

B Nazri menanyakan pemilik basikal baru itu kepada Firdaus.

C Pemilik basikal baru itu bertanya tentang basikalnya kepada Firdaus dan Nazri.

D Firdaus menanyakan pemilik basikal baru itu kepada Nazri.29. Anis, tolong kunci pintu pagar, kata Puan Marisa kepada Anis.

A Puan Marisa meminta Anis mengunci pintu pagar.

B Anis meminta tolong daripada ibunya untuk mengunci pintu pagar.

C Puan Marisa mengarahkan Anis mengunci pintu dan pagar.

D Anis mengunci pintu pagarnya dan pintu pagar Puan Marisa.

30. Ibu memasak rendang ayam kegemaran kami sekeluarga.

A Kami sekeluarga memasak rendang ayam kegemaran ibu.

B Rendang ayam kegemaran kami sekeluarga dimasak oleh ibu.

C Ibu memasak rendang dan ayam kegemaran kami.

D Ibu kegemaran kami menyediakan rendang ayam untuk kami.

Soalan 31 hingga 35

Baca surat kiriman di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutNo. 44, Taman Pengalat Besar,

89600 Papar,

Sabah.

7 Februari 2014.

Ke hadapan sahabatku Rabia, semoga sihat sejahtera di samping keluarga tercinta.

Rabia,

Baru-baru ini saya menyertai kumpulan wayang kulit sekolah yang dinamakan Wayang Kulit Warisan (WKW). WKW mengambil acuan daripada Wayang Kulit Dewan yang diperkenalkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Pernahkah kamu mendengar tentang Wayang Kulit Dewan?

Pada dasarnya Wayang Kulit Dewan lebih kurang sama saja dengan wayang kulit yang asli. Yang membezakan kedua-duanya hanyalah dari segi isi ceritanya. Wayang kulit asli terikat dengan epik klasik Hindu seperti Ramayana dan Mahabrata. Manakala Wayang Kulit Dewan bebas menggunakan semua bahan sastera dalam apa jua genre baik untuk kanak-kanak mahupun orang dewasa. Pada masa sekarang kami berlatih memainkan cerita jenaka Lebai Malang.

Nantilah, Rabia. Akan saya ceritakan lagi apa-apa yang saya pelajari melalui WKW kepada kamu. Tetapi, berminatkah kamu untuk mengetahuinya? Dalam pada itu, doakanlah semoga impian saya untuk menjadi Tok Dalang WKW akan tertunai kelak.

Sekianlah saja surat saya kali ini. Sampaikanlah salam dari saya untuk keluarga kamu.

Sahabatmu yang jauh,

Shafrina31. Apakah tujuan Shafrina menulis surat kepada sahabatnya?

A memberitahu sahabatnya bahawa dia telah menjadi Tok Dalang di WKW.

B menceritakan tentang Wayang Kulit Warisan yang disertainya di sekolah

C menanyakan aktiviti yang disertai oleh Rabia D menceritakan aktiviti yang dilakukan oleh Rabiah

32. Apakah nama kumpulan wayang kulit yang disertai oleh Shafrina?

A Wayang Kulit Dewan

C Wayang Kulit Warisan B Wayang Kulit Asli

D Wayang Kulit Ramayana33. Cerita apakah yang dimainkan oleh Wayang Kulit Warisan?

A Epik klasik Hindu

C Ramayana B Mahabrata

D Lebai Malang 34. Yang manakah pembaharuan antara Wayang Kulit Dewan berbanding dengan wayang kulit

yang asli?

A para pelakonnya

C tempat wayang kulit dimainkan B isi ceritanya

D tempat wayang kulit dihasilkan35. Pada pendapat anda, mengapakah Wayang Kulit Dewan diperkenalkan?

A untuk menjadikan wayang kulit sebagai hak milik Dewan Bahasa dan Pustaka

B untuk dijadikan ikutan oleh kumpulan wayang kulit yang lain

C untuk menjadikan persembahan wayang kulit lebih menarik dan pelbagai ceritanya

D untuk menambahkan bilangan kumpulan wayang kulitSoalan 36 hingga 40

Teliti peta di bawah, kemudian jawab soalan yang diberikan

36. Berapakah bilangan taman haiwan yang terdapat dalam peta tadi?

A lima

C tiga

B empat

D dua

37. Apakah pengangkutan yang paling sesuai untuk pergi ke Tugu Negara?

A bas

C LRT B komuter

D feri

38. Anda berada di Muzium Negara dan ingin pergi ke Tugu Negara. Yang berikut merupakan

jalan yang akan anda lalui, kecuali...

A Jalan Sultan Hishamuddin.

C Jalan Lembah. B Jalan Perdana.

D Jalan Kinabalu.39. Andaikan bahawa anda berada di Taman Bunga Raya. Taman apakah yang paling dekat

dengan anda?

A Taman Rusa

C Taman Orkid B Muzium Negara

D Muzium Polis 40. Khairul amat meminati bidang sains angkasa, tempat yang sesuai dilawati oleh Khairul

ialah...

A Planetarium Negara.

C Dataran Merdeka. B Memorial Tun Abdul Razak.

D Muzium Polis.Disediakan Oleh:

Disemak Oleh: Disahkan Oleh:

_____________________ ____________________ __________________

(MOHD AZHAR B CHE SEMAN) (NORMAH BT SABUDIN) (WAN PIDURA BT WAN ALI)

Guru BM Tahun 4

KP Bahasa Malaysia PK Pentadbiran

SK Bukit Rahman Putra SK Bukit Rahman Putra SK Bukit Rahman Putra

BacaPSS333

33

30. RAKTIS UPS11111111