word ppt perekaan projek

3
Perekaan Projek Perekaan projek dibuat dalam bentuk lakaran dan lukisan kerja. Lakaran merupakan terjemahan idea dalam bentuk grafik. Lakaran ditunjukkan dalam bentuk 2D dan 3D. Cara pemilihan lakaran melalui sesi perbincangan, kritikan, ulasan dan cadangan. Konsep Rekaan Luar Dan Dalam Pemilihan konsep reka bentuk dibuat berdasarkan lakaran reka bentuk projek yang telah dibuat. Untuk memilih sesuatu konsep reka bentuk, penilaian akan dibuat terhadap lakaran reka bentuk yang dicadangkan. Faktor Reka Bentuk Projek Fungsi menepati tujuan produk dihasilkan .Menepati kehendak dan keperluan pengguna. Rupa Bentuk sesuai dan dapat menarik perhatian pengguna dari segi warna, tekstur atau saiz. Dapat menjamin keselesaan pengguna. Kesesuaian Bahan menggunakan bahan yang sesuai, mudah diperoleh, dan mudah dibentuk. Kaedah Pembinaan menggunakan kaedah pembinaan yang mudah, selamat dan sistematik. Ketahanan memberi keyakinan kepada pengguna tentang bahan dan kekukuhan sesuatu reka bentuk. Kos berpatutan dan setimpan dengan produk yang dihasilkan.

Upload: fat-fat-ru

Post on 24-Dec-2015

228 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

ss

TRANSCRIPT

Page 1: Word Ppt Perekaan Projek

Perekaan Projek

Perekaan projek dibuat dalam bentuk lakaran dan lukisan kerja. Lakaran

merupakan terjemahan idea dalam bentuk grafik. Lakaran ditunjukkan dalam

bentuk 2D dan 3D. Cara pemilihan lakaran melalui sesi perbincangan, kritikan,

ulasan dan cadangan.

Konsep Rekaan Luar Dan Dalam

Pemilihan konsep reka bentuk dibuat berdasarkan lakaran reka bentuk projek

yang telah dibuat. Untuk memilih sesuatu konsep reka bentuk, penilaian akan

dibuat terhadap lakaran reka bentuk yang dicadangkan.

Faktor Reka Bentuk Projek

Fungsi menepati tujuan produk dihasilkan .Menepati kehendak dan keperluan

pengguna. Rupa Bentuk sesuai dan dapat menarik perhatian pengguna dari segi

warna, tekstur atau saiz. Dapat menjamin keselesaan pengguna. Kesesuaian

Bahan menggunakan bahan yang sesuai, mudah diperoleh, dan mudah

dibentuk. Kaedah Pembinaan menggunakan kaedah pembinaan yang mudah,

selamat dan sistematik. Ketahanan memberi keyakinan kepada pengguna

tentang bahan dan kekukuhan sesuatu reka bentuk. Kos berpatutan dan

setimpan dengan produk yang dihasilkan. Menggunakan kemasan yang menarik

dan sesuai dengan projek reka bentuk. Keselamatan menghasilkan produk yang

selamat dan mesra pengguna. Nilai Komersial merupaan produk yang

mempunyai nilai pasaran dan mendapat sambutan daripada pengguna.

Page 2: Word Ppt Perekaan Projek

Paten

Paten merupakan salah satu cabang yang terdapat dalam harta intelek. Undang-

undang paten diMalaysia ditadbir menerusi Akta Paten 1983 dan dari segi

urusan pendaftaran dilaksanakan oleh Perbadanan Harta Intelek

Malaysia(MyIPO). Paten merupakan hak eksklusif yang diberikan terhadap

sesuatu ciptaan sama ada dalam bentuk produk, proses untuk menghasilkan

sesuatu dengan cara terbaru atau sesuatu ciptaan itu menawarkan penyelesaian

teknikal bagi sesuatu masalah. Hak perlindungan paten akan diberikan selama

20 tahun daripada tarikh pendaftaran. Sesuatu ciptaan yang layak didaftaran

sebagai paten, mestilah memenuhi syarat berikut:

Ciptaan tersebut mestilah baru dan tidak dizahirkan di mana-mana dunia

ini.

Ciptaan mempunyai langkah merekacipta yang mana ciptaan tersebut

tidak ketara kepada seseorang yang mempunyai pengetahuan

pengalaman di alam bidang teknologi ciptaan tersebut.

Ciptaan tersebut dapat digunakan dalam industri.