engkeromong word

14
MUZIK SARAWAK ENSEMBEL ENGKEROMONG Pengenalan kaum peribumi Sarawak 30% daripada jumlah penduduk Sarawak lembah Sungai Saribas, Sungai Skrang, Sungai Batang Lupar, dan Sungai Rajang. ditarikan dalam sambutan Hari Gawai Ensembel muzik adalah kumpulan muzikal yang merangkumi sekumpulan dari dua atau lebih ahli muzik yang memainkan alat-alat muzik Ensembel Engkeromong adalah satu alat muzik yang digunakan semasa perayaan hari gawai. Ensembel engkoromong terdapat di Sarawak.

Upload: sydneyatin

Post on 30-Jul-2015

683 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

penerangan mengenai muzik tradisional Iban, Engkromong

TRANSCRIPT

Page 1: Engkeromong Word

MUZIK SARAWAK

ENSEMBEL ENGKEROMONG

Pengenalan

kaum peribumi Sarawak

30% daripada jumlah penduduk Sarawak

lembah Sungai Saribas, Sungai Skrang, Sungai Batang Lupar, dan Sungai

Rajang.

ditarikan dalam sambutan Hari Gawai

Ensembel muzik adalah kumpulan muzikal yang merangkumi sekumpulan

dari dua atau lebih ahli muzik yang memainkan alat-alat muzik

Ensembel Engkeromong adalah satu alat muzik yang digunakan semasa

perayaan hari gawai.

Ensembel engkoromong terdapat di Sarawak.

Page 2: Engkeromong Word

ALAT MUZIK YANG DIGUNAKAN

Engkeromong

Merupakan alat muzik utama dalam ensembel

Satu set gong diatur berbaris di atas para yang panjang.

Terdapat 5 hingga 9 buah gong yang diletak secara mendatar.

Gong kecil diperbuat daripada perenggu berbentuk periok

Berbusut di tengah permukaannya

Dipukul sepasang kayu

Menghasilkan irama dan melodi

Pada zaman dahulu, ianya dimainkan oleh kaum wanita tapi masa kini kaum

lelaki juga memainkannya.

Dimainkan semasa perayaan gawai

Tergolong dalam golongan idiofon

Page 3: Engkeromong Word

Tawak dan bandil

Tawak

Dibuat dari perunggu berbentuk bulat

Dindingnya tebal, berbusut di tengah-tengah bahagian permukaannya

Dipukul pada busutnya dengan pemukul berbalut untuk menghasilkan bunyi

yang bergaung.

Selalunya dimainkn secara stakato untuk menghasilkan bunyi yang rendah

dan pendek

Bandil atau bebendai

Lebih kurang sama dengan Tawak

Dipukul dengan pemukul kayu untuk menghasilkan timbre yang tajam

Page 4: Engkeromong Word

Gendang

Dikenali sebagai Ketebong

Mempunyai baluh yang panjang dan 1 muka kulit saja

Diletak mendatar di atas riba

Dipukul menggunakan dua telapak tangan pemain

Dumbak

Digunakan di kawasan Saribas

Baluh gendang ini berbentuk silinder

Dua muka kulit dipasangkan pada baluh dengan siratan rotan

Diletakkan menegak atau melintang

Dipukul dengan dua tapak tangan pemain

Peranan Ensembel Engkeromong

Page 5: Engkeromong Word

Ensembel engkeromong digunakan sebagai hiburan sosial.

Kebiasaanya digunakan semasa perayaan besar spt Hari Gawai Dayak.

Cthnya: gendang gawai dan gendang ngajat bagi tariannya.

Digunakan untuk menanda peristiwa hidup yang penting spt majlis

perkahwinan.

Cthnya: Gendang ngambi bini

Menyambut pembinaan rumah baru

Cthnya: Gendang berumah

SEJARAH TARIAN NGAJAT

diajar oleh Tuhan (Petara dalam Bahasa Iban) yang bernama Ulup Baru

Lichin, Bujang Ilang Lengain.

secara individu atau secara berkumpulan

banyak ukiran seperti corak ular sawa dari leher hingga ke tapak jari dan

tapak kaki.

Ukiran yang ada pada jari dikenali sebagai “tegulun”

Page 6: Engkeromong Word

GERAK ASAS TARIAN NGAJAT

Jenis Tarian Ngajat

Page 7: Engkeromong Word

Ajat Bunoh

ditarikan oleh individu yang boleh berkuntau (bersilat) atau individu yang

pernah membunuh musuh

tiga jenis iaitu pencah, kuntau dan tembong

Tempo muzik : laju

gerakan seolah-olah di sedang mengelak daripada ditumbuk oleh musuh.

Ajat Semain

persembahkan kepada tetamu yang datang

semasa pertandingan tarian.

Menggunakan muzik : “anyut ai”

gerak tari yang lembut

Ajat Iring

mengiringi tetamu, majlis perkahwinan

upacara penyembahan semasa Gawai Dayak

Juga dikenali Ajat Titi Ruai

Muzik : “anyut ai”

Ajat Nanggung Lesong

ditarikan oleh lelaki

kekuatan rahang dan gigi

Muzik : Anyut Ai

Ajat Kelulo

bergurau senda semasa Hari Gawai.

Page 8: Engkeromong Word

tidak begitu mementingkan pakaian ngajat dan rentak muzik

meniru gaya rakan lain sambil bergurau senda.

Tarian Ngajat

Ngajat bagi orang-orang ialah tarian semasa menyambut Hari Gawai orang-

orang Iban selepas berperang dan selepas musim menuai.

Penari lelaki dikenali sebagai keling dan perempuan sebagai kumang.

Page 9: Engkeromong Word

MUZIK TARIAN NGAJAT

4 orang pemain muzik

Bebendai Gendang Gong Engkerumong

Bebendai menentukan tempo

Page 10: Engkeromong Word

Terdapat 5 jenis muzik tarian ngajat

Ayun Lundai

Ai Anyut Ajat Semain, Ajat Iring dan Ajat Kelulu

Sinu Ngenang

Tanjak Ai Ajat Bunuh

Peranan lain Engkeromong

o Dimainkan semasa majlis-majlis besar – menghiburkan sultan, raja, menteri-

menteri dan para pelawat dari negara lain yang datang ke Sarawak.

o Dimainkan semasa upacara keagamaan yang masih di amalkan di

sesetengah kawasan.

o Digunakan untuk menyampaikan mesej jarak jauh ke kampung ataupun

rumah panjang sebelah.

o Digunakan untuk pertandingan engkeromong.

o Dipamerkan pada orang ramai dan pelancong yang ingin tahu kebudayaan

seni muzik iban di negara ini.

Sejarah

Engkeromong adalah dari keluarga Kulintang

Gong berasal dari Kolenang Sunda

Page 11: Engkeromong Word

Kulintang adalah istilah umum yang merujuk kepada pelbagai jenis kumpulan muzik

tradisional yang terdapat di Filipina Selatan (Mindanao, Sulu),Kawasan Timur

Indonesia (Kalimantan, Sulawesi dan Maluku), Malaysia Timur (Sabah dan

Sarawak) dan Brunei.

Ia telah wujud berabad-abad lamanya.

Bermula dari satu alat muzik yang mudah yang dimainkan oleh seorang pemain dan

sekarang menjadi satu ensembel muzik

Kulintang adalah satu alat muzik kuno yang dipengaruhi oleh agama islam, kristian

dan juga barat.

Merupakan muzik gong tertinggi yang pernah dicapai oleh Filipina dan Utara Maluku.

Tidak ada data yang jelas tentang asal usul kulintang

Page 12: Engkeromong Word

Francisco Combes pada tahun 1667 menyatakan bahawa “culintangan” telah

digunakan di Mindanao untuk upacara pengorbanan.

Ling Henry Roth mengatakan telah melihat gong-gong yang di susun di borneo pada

tahun 1866.

Teori-Teori

Mengatakan bahawa gong gangsa telah datang di Asia Tenggara sejak 2

atau 3 ribu tahun yang lalu dalam perjalanan dari China ke Filipina sejak

kurun ke 3.

Teori ini berdasarkan bukti arkeologi yang mengatakan zaman gangsa telah

wujud sebelum 1000 BC.

Mengatakan bahawa kulintang tidak wujud sebelum abad ke 15.

Kerana gong kaum jawa yang digunakan untuk kulintang hanya wujud

selepas abad ke 15

Konsep muzik

Muzik polifonik

Mengandungi rentak dan melodi

Menekankan konsep mod berirama – satu unit muzik yang mengikat kesemua

instrument ensembel.

Tiap instrument mempunyai rentak yang tersendiri.

Rentak dan melodi dimainkn secara berulang-ulang

Irama lagu yang dimainkan mungkin berubah-ubah dari kampung ke

kampung.

Setiap kampung akan membuat “improvisation” gaya irama pada ensembel

mereka.