microsoft office word

65
Latihan Microsoft ® Office Word 2007 Bermula dengan pantas

Upload: syima87

Post on 18-Jun-2015

154 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Microsoft office word

Latihan Microsoft® Office Word 2007

Bermula dengan pantas

Page 2: Microsoft office word

Kandungan kursus

• Gambaran keseluruhan: Awda dah tahu tentang “word”?

• Pelajaran 1: Mengetahui tentang Reben

• Pelajaran 2: Mencari perintah harian

• Pelajaran 3: Senarai mudah

Dua pelajaran pertama termasuk senarai tugas yang dicadangkan, dan semua termasuk satu set soalan ujian.

Page 3: Microsoft office word

Gambaran keseluruhan: Awda dah tahu tentang word?

Word 2007 sudah keluar. Kursus ini akan membantu awda untuk segera bermula.

Awda akan belajar cara mencipta dokumen yang hebat dan kelihatan profesional yang bakal menarik perhatian kawan-kawan dan teman sekerja awda.

Page 4: Microsoft office word

Matlamat kursus

• Bekerja dengan Reben — ciri baru yang membuatkan Word lebih mudah digunakan berbanding dahulu.

• Mencari perintah harian biasa yang diperlukan untuk melaksanakan tugas awda.

Page 5: Microsoft office word

Pelajaran 1

Mengetahui tentang Reben

Page 6: Microsoft office word

Mengetahui tentang Reben

Apabila awda buka Word 2007, pertama yang awda dapat lihat ialah Reben, kawasan yang meliputi bahagian atas Word.

Reben membawa perintah paling popular ke hadapan, agar awda tidak perlu tercari-cari dalam atur cara bagi perkara yang awda lakukan sepanjang masa.

Ini menjadikan kerja awda lebih mudah dan pantas.

Rumah

Fon Perenggan

Page 7: Microsoft office word

Menggunakan Reben untuk tindakan biasa

Reben menawarkan penggunaan yang ringkas dan mudah di mana semua tindakan biasa ditunjukkan pada satu tempat.

Sebagai contoh, awda boleh potong dan tampal teks menggunakan perintah pada tab Rumah; mengubah pemformatan teks dengan menggunakan Gaya; dan mengubah warna latar halaman pada tab Tataletak Halaman.

Paste

Rumah

Fon Perenggan

Page 8: Microsoft office word

Apa yang ada pada Reben?

Membiasakan dengan tiga bahagian Reben akan membantu awda tahu cara menggunakannya.

Ia adalah tab, kumpulan dan perintah.

1

2

3

Tab: Reben ada tujuh tab asas di bahagian atas. Setiap satu mewakili kawasan aktiviti.

Kumpulan: Setiap tab mempunyai beberapa kumpulan yang menunjukkan item berkaitan bersama-sama.

Perintah: Perintah adalah bebutang, menu, atau kotak di mana awda boleh memasukkan maklumat.

Rumah

Fon Perenggan

Page 9: Microsoft office word

Pelancar Kotak Dialog dalam kumpulan

Sesetengah kumpulan mempunyai anak panah pepenjuru kecil di sudut bahagian kanan bawah dipanggil Pelancar Kotak Dialog .

Klik untuk lihat pilihan lain berkaitan kumpulan itu. Ia akan terpapar dalam kotak dialog atau anak tetingkap tugas biasa yang awda kenali daripada versi Word terdahulu.

Rumah

Fon Perenggan

Fon

Fon Jarak Aksara

Page 10: Microsoft office word

Tab tambahan muncul

Sesetengah tab muncul hanya apabila awda memerlukannya.

Katakan awda menyisip gambar dan ingin melakukan lebih banyak perkara dengannya, seperti memangkas atau mengubah cara teks diatur pada gambar.

Di manakah perintah ini boleh ditemui?

Alat Gambar

Format

Gaya Gambar

Bentuk Gambar

Sempadan GambarKesan Gambar

Page 11: Microsoft office word

Tab tambahan muncul

Sesetengah tab muncul hanya apabila awda memerlukannya.

1

2

3

Pilih gambar.

Alat Gambar akan muncul. Klik tab Format.

Kumpulan dan perintah tambahan muncul untuk mengerjakan gambar, seperti kumpulan Gaya Gambar.

Awda tidak perlu tercari-cari. Awda hanya perlu:

Rerumah

Alat Gambar

Format

Gaya Gambar

Bentuk Gambar

Sempadan Gambar

Kesan Gambar

Page 12: Microsoft office word

Bar alat Mini

Sesetengah perintah pemformatan sangat berguna hinggakan awda ingin ia tersedia tidak kira apa yang awda sedang lakukan.

Contohnya awda ingin format beberapa teks dengan segera, tetapi awda sedang bekerja dengan tab Tataletak Halaman.

Awda boleh klik tab Rumah untuk melihat pilihan pemformatan, tetapi ada cara yang lebih pantas.

Tataletak Halaman

A23B

Page 13: Microsoft office word

Bar alat Mini

Sesetengah perintah pemformatan sangat berguna hinggakan awda ingin ia tersedia tidak kira apa yang awda sedang lakukan.

1

2

Pilih teks awda dengan menyeret menggunakan tetikus, kemudian tuding pada pilihan.

Bar alat Mini akan muncul dalam gaya pudar. Jika awda tuding pada bar alat Mini, ia akan menjadi keras, dan awda boleh klik pilihan pemformatan padanya.

A23B

Tataletak Halaman

Page 14: Microsoft office word

Bar Alat Capaian Segera

Bar Alat Capaian Segera adalah kawasan kecil di bahagian kiri atas Reben.

Gambar menunjukkan cara awda boleh tambah perintah kegemaran lain awda ke Bar Alat Capaian Segera supaya ia tersedia tidak kira tab mana awda berada.

Awda juga boleh alih keluar bebutang daripada Bar Alat Capaian Segera.

Ia mengandungi perkara yang awda guna berulang kali setiap hari: Simpan, Buat Asal, dan Ulang.

Rumah

Tambah ke Bar Alat Capaian Segera

Suaikan Bar Alat Capaian Segera…

Tayang Bar Alat Capaian Segera Di Bawah RebenMinimumkan Reben

Page 15: Microsoft office word

Cadangan untuk latihan

1. Gunakan Reben.

2. Jadikan tab tambahan muncul, kemudian sisipkan gambar dan kerja menggunakan Alat Gambar.

3. Kerja dengan bar alat Mini.

4. Gunakan Bar Alat Capaian Segera.

5. Sembunyikan kumpulan dan perintah.

Page 16: Microsoft office word

Ujian 1, soalan 1

Jika awda klik bebutang ini dalam Word 2007, apa berlaku? (Pilih satu jawapan.)

1. Awda sembunyikan Reben buat sementara supaya awda ada ruang lebih besar untuk dokumen awda.

2. Awda gunakan saiz fon lebih besar untuk teks awda.

3. Awda lihat pilihan tambahan.

4. Awda tambah perintah pada Bar Alat Capaian Segera.

Page 17: Microsoft office word

Ujian 1, soalan 1: Jawapan

Awda lihat pilihan tambahan.

Biasanya kotak dialog akan muncul, dan ia mungkin kelihatan sama dengan versi Word terdahulu.

Page 18: Microsoft office word

Ujian 1, soalan 2

Di manakah Bar Alat Capaian Segera dan bilakah awda patut gunakannya? (Pilih satu jawapan.)

1. Ada di sudut kiri atas skrin, dan awda perlu gunakannya untuk perintah kegemaran awda.

2. Terapung di atas teks awda, dan awda perlu gunakannya untuk buat perubahan pemformatan.

3. Ada di sudut kiri atas skrin, dan awda perlu gunakannya untuk mencapai dokumen dengan segera.

4. Ada pada tab Rumah, dan awda perlu gunakannya untuk melancarkan atau memulakan dokumen baru dengan segera.

Page 19: Microsoft office word

Ujian 1, soalan 2: Jawapan

Ada di sudut kiri atas skrin, dan awda perlu gunakannya untuk perintah kegemaran awda.

Ia adalah bar alat kecil dengan bebutang Simpan, Buat Asal, dan Ulang. Awda boleh tambah perintah kegemaran awda dengan mengklik kanan perintah dan pilih Tambah ke Bar Alat Capaian Segera.

Page 20: Microsoft office word

Ujian 1, soalan 3

Bar alat Mini akan muncul jika awda melakukan yang berikut? (Pilih satu jawapan.)

1. Dwiklik tab aktif pada Reben.

2. Pilih teks.

3. Pilih teks dan kemudian tuding padanya.

4. Mana-mana satu yang di atas.

Page 21: Microsoft office word

Ujian 1, soalan 3: Jawapan

Pilih teks dan kemudian tuding padanya.

Ia juga akan muncul jika awda klik kanan teks terpilih awda.

Page 22: Microsoft office word

Pelajaran 2

Mencari perintah harian

Page 23: Microsoft office word

Mencari perintah harian

Word 2007 adalah baru dan memang menarik. Tapi awda ada perkara yang perlu dibuat.

Jadi inilah masanya untuk mencari lokasi sebenar perintah yang paling kerap digunakan.

Sebagai contoh, di manakah awda cipta dokumen? Di manakah bulet, gaya dan penyemak ejaan? Bagaimana pula dengan mencetak?

Pelajaran ini akan menunjukkan bahawa reka bentuk atur cara baru menempatkan perintah ini di mana awda memerlukannya.

Page 24: Microsoft office word

Mula dengan Bebutang Microsoft Office

Bebutang Microsoft Office kini adalah tempat untuk mulakan Word.

Apabila awda menekannya, menu akan muncul yang awda gunakan untuk cipta, buka, atau simpan dokumen.

Rumah

Baru

Buka

Terbit

Tutup

Pilihan Word

Keluar Word

Dokumen Terbaru

Page 25: Microsoft office word

Bagaimana pula dengan gaya?

Minat dengan pendekatan pemformatan lebih cekap dan berkuasa bukan setakat perintah tebal dan italik?

Awda tentunya ingin tahu tentang gaya dalam Word baru.

Awda boleh memilih sama ada Gaya Cepat yang tersedia atau menggunakan gaya yang awda telah buat sebelum ini.

¶ Normal ¶ Tiada Ru…

Tajuk 1 Tajuk 2

Gaya

Page 26: Microsoft office word

Bagaimana pula dengan gaya?

Awda kerja dengan gaya pada tab Rumah, dalam kumpulan Gaya.

1 Gaya cepat adalah gaya tersedia penampilan profesional yang cepat dan mudah digunakan. Dan ia ada penampilan baru dengan versi Word ini.

Klik bebutang ini untuk lihat beberapa lagi Gaya Cepat yang sedia untuk digunakan.

Klik Pelancar Kotak Dialog untuk membuka anak tetingkap Gaya.

2

3

Gambar menunjukkan cara mendapatkan gaya yang awda inginkan.

¶ Normal ¶ Tiada Ru…

Tajuk 1 Tajuk 2

Gaya

Page 27: Microsoft office word

Format Pengecat

Satu lagi perintah pemformatan kelajuan tinggi ialah Format Pengecat.

Ia terdapat paling kiri pada tab Rumah, dalam kumpulan Papan Klip.

Sekiranya awda tidak biasa dengan Format Pengecat, ia adalah cara pantas menduakan pemformatan dari satu seksyen teks kepada yang lain.

Untuk menggunakan Format Pengecat, letak kursor pada teks di mana formatnya awda ingin salin dan kemudian klik bebutang Format Pengecat.

Rumah

Fon PerengganPapan Klip

Page 28: Microsoft office word

Zum

Selepas awda sisipkan sesuatu, awda mungkin perlu melihat butiran dengan jelas.

Jadi awda pasti ingin tahu di mana letaknya kawalan zum.

Lihat di sudut kanan bawah. Seret penggelongsor ke kanan untuk zum ke dalam, dan seret ke kiri untuk zum ke luar.

Page 29: Microsoft office word

Sedia untuk cetak?

Awda boleh mencetak —tetapi adakah awda bersedia?

Pertama lebih bijak untuk semak bagaimana halaman awda disusun untuk pencetak.

Semua yang awda perlukan terdapat pada tab Tataletak Halaman.

Kumpulan Persediaan Halaman mengandungi Saiz (8.5 x 11, A4, dan sebagainya), Orientasi (landskap dan potret), dan Jidar.

Tataletak Halaman

Inden

Page 30: Microsoft office word

Ya, sedia untuk cetak

Selepas awda benar-benar bersedia untuk cetak, kembali semula ke Bebutang Microsoft Office.

1 Jika awda klik perintah Cetak, awda akan dapat kotak dialog Cetak. Sebaliknya jika menuding anak panah ke sebelah kanan perintah Cetak, awda akan dapat lihat tiga perintah tambahan.

Ingat bahawa awda kini mempunyai pilihan:

Rumah

Baru

Buka

Simpan

Simpan Sebagai…

Cetak…

Pratonton dan cetak dokumen

Cetak

Cetak Cepat

Pratonton Cetakan

Pilih pencetak, bilangan salinan, dan pilihan pencetakan lain sebelum mencetak.

Hantar dokumen secara terus kepada pencetak lalai tanpa membuat perubahan.

Pratonton dan buat perubahan kepada halaman sebelum mencetak

Page 31: Microsoft office word

Ya, sedia untuk cetak

Selepas awda benar-benar bersedia untuk cetak, kembali semula ke Bebutang Microsoft Office.

2

3

Cetak

Cetak Cepat

Pratonton Cetakan

Ingat bahawa awda kini mempunyai pilihan:

4

Rumah

Baru

Buka

Simpan

Simpan Sebagai…

Cetak…

Pratonton dan cetak dokumen

Cetak

Cetak Cepat

Pratonton Cetakan

Pilih pencetak, bilangan salinan, dan pilihan pencetakan lain sebelum mencetak.

Hantar dokumen secara terus kepada pencetak lalai tanpa membuat perubahan.

Pratonton dan buat perubahan kepada halaman sebelum mencetak

Page 32: Microsoft office word

Di balik tabir

Semua ciri yang awda gunakan dalam Word setiap hari terdapat pada Reben dan mudah ditemui.

Jadi di manakah seting di balik tabir yang bukan tentang menghasilkan dokumen, tapi yang mengawal cara Word bekerja?

Rumah

Baru

Buka

Terbit

Tutup

Pilihan Word

Keluar Word

Dokumen Terbaru

Page 33: Microsoft office word

Di balik tabir

Bagaimanakah awda mengawal cara Word bekerja?

Semua seting ini adalah sebahagian daripada Pilihan Word, yang awda dapat lihat bila awda klik bebutang Pilihan Word.

Ia terdapat pada menu yang terbuka apabila awda klik Bebutang Microsoft Office.

Rumah

Baru

Buka

Terbit

Tutup

Pilihan Word

Keluar Word

Dokumen Terbaru

Page 34: Microsoft office word

Cadangan untuk latihan

1. Tambah senarai berbulet.

2. Guna Gaya Cepat, kemudian zum ke luar untuk melihat semua perubahan.

3. Tukar set Gaya Cepat.

4. Guna Format Pengecat.

5. Buat perubahan keseluruhan dengan tab Tataletak Halaman. Kemudian cuba tab lain.

6. Cetak dalam pelbagai cara yang ada.

Page 35: Microsoft office word

Ujian 2, soalan 1

Awda boleh guna senarai berbulet menggunakan perintah dalam kumpulan mana dan tab apa? (Pilih satu jawapan.)

1. Dalam kumpulan Perenggan pada tab Tataletak Halaman.

2. Dalam kumpulan Perenggan pada tab Rumah.

3. Dalam kumpulan Simbol pada tab Sisip.

4. Dalam kumpulan Teks pada tab Sisip.

Page 36: Microsoft office word

Bermula dengan pantas

Ujian 2, soalan 1: Jawapan

Dalam kumpulan Perenggan pada tab Rumah.

Ini adalah di mana awda boleh menggunakan senarai berbulet. Petua: Awda juga boleh guna senarai berbulet dengan menggunakan bar alat Mini.

Page 37: Microsoft office word

Ujian 2, soalan 2

Bagaimana cara awda memilih pilihan cetak dalam versi Word baru? (Pilih satu jawapan.)

1. Klik bebutang Cetak pada Reben.

2. Klik bebutang Cetak pada Bar Alat Capaian Segera.

3. Gunakan Bebutang Microsoft Office.

4. Sama ada pilihan pertama atau kedua di atas.

Page 38: Microsoft office word

Ujian 2, soalan 2: Jawapan

Gunakan Bebutang Microsoft Office.

Ini ialah di mana awda membuka Pratonton Cetakan juga.

Page 39: Microsoft office word

Bermula dengan pantas

Ujian 2, soalan 3

Sudut manakah yang mempunyai kawalan zum? (Pilih satu jawapan.)

1. Kanan atas.

2. Kiri atas.

3. Kiri bawah.

4. Kanan bawah.

Page 40: Microsoft office word

Ujian 2, soalan 3: Jawapan

Kanan bawah.

Kawalan di sudut kanan bawah adalah yang awda gunakan untuk zum ke dalam dan ke luar. Awda juga boleh guna menu Paparan untuk melihat kawalan zum.

Page 41: Microsoft office word

Pelajaran 3

Senarai mudah

Page 42: Microsoft office word

Senarai mudah

Senarai adalah komponen berguna bagi mana-mana dokumen, sama ada awda meringkaskan maklumat atau menjadikannya lebih mudah difahami.

Senarai bernombor adalah penting untuk menunjukkan turutan maklumat. Jika awda tidak kisah tentang turutan, senarai berbulet mungkin lebih baik.

Senarai boleh jadi aras tunggal, dengan semua item mempunyai hierarki dan inden yang sama; atau berbilang aras, bermakna terdapat senarai di dalam senarai.

• Utarid• Zuhrah• Bumi• Marikh

1. Utarid2. Zuhrah3. Bumi4. Marikh

• Utarid• Zuhrah• Bumi

• Bulan• Marikh

• Phobos• Deimos

Page 43: Microsoft office word

Cipta senarai sambil awda menaip

Ada lebih daripada satu cara untuk memulakan senarai, tetapi antara yang paling popular ialah mencipta senarai secara automatik sambil awda menaip.

Jika awda perlukan senarai berbulet, cuma taip asterisk (*) diikuti ruang. Asterisk akan bertukar menjadi bulet, dan senarai awda bermula.

Selepas awda selesai menaip item pertama dalam senarai awda, tekan kekunci ENTER, dan bulet baru akan muncul di baris berikutnya.

Ruang Titik TitikA

• Utarid• Zuhrah• Bumi• Marikh

1. Utarid2. Zuhrah3. Bumi4. Marikh

a. Utaridb. Zuhrahc. Bumid. Marikh

Page 44: Microsoft office word

Cipta senarai sambil awda menaip

Ada lebih daripada satu cara untuk memulakan senarai, tetapi antara yang paling popular ialah mencipta senarai secara automatik sambil awda menaip.

Untuk mencipta senarai bernombor secara automatik, taip nombor satu dan titik (1.), diikuti dengan ruang.

Ini adalah baru untuk Word 2007; dalam versi terdahulu, awda perlu tekan kekunci ENTER sebelum senarai dimulakan.

Ruang Titik TitikA

• Utarid• Zuhrah• Bumi• Marikh

1. Utarid2. Zuhrah3. Bumi4. Marikh

a. Utaridb. Zuhrahc. Bumid. Marikh

Page 45: Microsoft office word

Cipta senarai sambil awda menaip

Ada lebih daripada satu cara untuk memulakan senarai, tetapi antara yang paling popular ialah mencipta senarai secara automatik sambil awda menaip.

Oleh kerana senarai berhuruf adalah hanya jenis senarai bernombor yang berbeza, taipkan huruf a dan titik (a.), diikuti ruang, untuk memulakan senarai berhuruf.

Ruang Titik Titik

• Utarid• Zuhrah• Bumi• Marikh

1. Utarid2. Zuhrah3. Bumi4. Marikh

a. Utaridb. Zuhrahc. Bumid. Marikh

A

Page 46: Microsoft office word

Menghentikan senarai

Awda telah masukkan item terakhir dalam senarai awda. Bagaimana awda mengakhiri senarai dan menghentikan bulet atau nombor muncul?

Gambar menunjukkan kaedah terbaik.

Cara paling mudah berhenti mencipta senarai ialah menekan kekunci ENTER dua kali, seperti ditunjukkan di sebelah kiri.

Jika awda inginkan sesuatu yang sedikit berbeza, sebagai contoh, teks yang berinden pada aras sama seperti teks atau bulet di atas, gunakan kekunci BACKSPACE.

• Utarid• Zuhrah• Bumi• Marikh•

Musytari• Zuhal• Uranus• Neptun

• Utarid• Zuhrah• Bumi• Marikh•

Musytari• Zuhal• Uranus• NeptunKekunci

EnterKekunci Backspace

Page 47: Microsoft office word

Bekerja dengan perenggan dalam senarai; menampal senarai

Katakan awda mencipta senarai bernombor atau berbulet dan awda memerlukan sesetengah item senarai mempunyai sub perenggan, seperti ditunjukkan dalam gambar.

Terdapat beberapa kaedah menangani senario ini; kaedah yang awda pilih bergantung kepada keadaan dokumen awda dan pilihan peribadi awda.

Perenggan tak tersenarai

Page 48: Microsoft office word

Bekerja dengan perenggan dalam senarai; menampal senarai

Katakan awda mencipta senarai bernombor atau berbulet dan awda memerlukan sesetengah item senarai mempunyai sub perenggan, seperti ditunjukkan dalam gambar.

• Awda boleh cipta sub perenggan dalam senarai dengan menekan kekunci SHIFT+ENTER, dan bukan hanya kekunci ENTER, untuk tamat setiap blok teks.

• Untuk teruskan senarai selepas sub perenggan, taip nombor berikut diikuti titik; senarai akan sambung secara automatik.

Perenggan tak tersenarai

Page 49: Microsoft office word

Bulet atau nombor?

Tersalah jenis senarai? Mula dengan bulet tapi sekarang inginkan nombor pula, atau sebaliknya?

Jangan risau, menukar dari satu jenis ke jenis yang lain adalah mudah.

Hanya klik di mana-mana dalam senarai awda, kemudian klik bebutang Bulet atau Penomboran pada Reben.

Rumah

Fon Perenggan

|• Utarid• Zuhrah

Page 50: Microsoft office word

Bulet atau nombor?

Awda juga boleh menggunakan bebutang ini untuk mulakan senarai baru.

Sama ada klik bebutang dan mula menaip untuk cipta item senarai pertama awda atau pilih teks yang awda telah taip dan klik bebutang Bulet atau Penomboran untuk menukar setiap perenggan menjadi item senarai.

Rumah

Fon Perenggan

• Utarid• Zuhrah

Page 51: Microsoft office word

Ujian 3, soalan 1

Apakah senarai aras tunggal?

1. Senarai tanpa sub senarai dalam mana-mana item individu.

2. Senarai dengan setiap bulet atau nombor pada inden yang sama.

3. Senarai dengan satu item sahaja.

4. Senarai yang menggunakan hanya nombor, tanpa bulet.

Page 52: Microsoft office word

Ujian 3, soalan 1: Jawapan

Senarai tanpa sub senarai dalam mana-mana item individu.

Tiada senarai dalam senarai untuk senarai aras tunggal!

Page 53: Microsoft office word

Ujian 3, soalan 2

Apakah yang awda perlu taip untuk mencipta senarai berbulet secara automatik yang menggunakan titik hitam sebagai reka bentuk bulet? (Pilih satu jawapan.)

1. 1. dan ruang

2. @ dan ruang

3. a. dan ruang

4. * dan ruang

Page 54: Microsoft office word

Ujian 3, soalan 2: Jawapan

* dan ruang.

Taipkan asterisk diikuti ruang, itu sahaja.

Page 55: Microsoft office word

Ujian 3, soalan 3

Bagaimana cara menyusun perenggan baru supaya teks diindenkan dengan jumlah yang sama seperti teks dalam item senarai berbulet di atas? (Pilih satu jawapan.)

1. Habiskan senarai, kemudian guna inden pada pembaris untuk mengatur permulaan perenggan baru.

2. Tambah item senarai yang baru, kemudian tekan kekunci BACKSPACE untuk menghapuskan bulet.

3. Tambah item senarai yang baru, kemudian tekan kekunci BACKSPACE dua kali.

4. Tambah item senarai yang baru, dan tekan kekunci ENTER sekali lagi.

Page 56: Microsoft office word

Ujian 3, soalan 3: Jawapan

Tambah item senarai yang baru, kemudian tekan kekunci BACKSPACE untuk menghapuskan bulet.

Ini adalah cara paling mudah untuk mendapatkan perenggan berinden.

Page 57: Microsoft office word

Pelajaran 4

Menambah sempadan, pewarnaan atau kesan isian

Page 58: Microsoft office word

Menambah sempadan, pewarnaan, atau kesan isian

Sempadan, pewarnaan dan kesan isian hiasan bukan hanya untuk surat berita percutian. Word menawarkan pelbagai pilihan untuk membingkaikan dan menonjolkan teks, jadual dan sel jadual, grafik dan keseluruhan halaman.

Pelajaran ini memperkenalkan pilihan tersuai dan tersedia ini dan menunjukkan kepada awda cara menambahkannya ke dokumen awda.

Sempadan halaman hiasan dan grafik dengan isian gradien

Page 59: Microsoft office word

Sempadan halaman

Awda boleh tambah sempadan penuh atau separuh ke sebarang bahagian mana-mana halaman dokumen awda. Word menyediakan pelbagai sempadan halaman yang sudah tersedia, sama ada untuk urusan atau yang banyak hiasan.

Dokumen dengan sempadan halaman grafik

Page 60: Microsoft office word

Sempadan halaman

Awda boleh pilih:

• Jenis sempadan keseluruhan, daripada kotak ringkas kepada berbayang kepada 3-D kepada gaya tersuai rekaan awda sendiri.

• Gaya, warna dan ketebalan garisan.• Gaya artistik, boleh jadi menyeronokkan jika dokumen awda

tidak formal atau untuk hari atau acara istimewa atau percutian.

Tataletak Halaman

Sempadan dan Pewarnaan

Sempadan

Sempadan Halaman

Pewarnaan

Seting Gaya

Warna

Lebar

Seni

Gunakan untuk:

Pilihan

OK Batal

Pratonton

Page 61: Microsoft office word

Sempadan dan pewarnaan untuk teks

Awda boleh letak sempadan dan pewarnaan di sekeliling kumpulan teks atau grafik yang berasingan bagi membezakannya. Kotak dialog Sempadan dan Pewarnaan juga boleh dicapai

melalui bebutang dalam kumpulan Perenggan pada tab Rumah

Tataletak Halaman

Sempadan dan Pewarnaan

Sempadan Sempadan Halaman Pewarnaan

Seting Gaya

Warna

Lebar

Seni

Gunakan untuk:

Pilihan

OK Batal

Pratonton

Page 62: Microsoft office word

Ujian 4, soalan 1

Apakah cara paling mudah untuk menambah sempadan ke halaman? (Pilih satu jawapan.)

1. Lukis kotak di keliling halaman

2. Klik bebutang Sempadan Halaman dalam kumpulan Latar Halaman pada tab Tataletak Halaman

3. Lukis jadual di keliling halaman

Page 63: Microsoft office word

Ujian 4, soalan 1: Jawapan

Klik bebutang Sempadan Halaman dalam kumpulan Latar Halaman pada tab Tataletak Halaman

Awda juga boleh pilih bebutang Sempadan dalam kumpulan Perenggan pada tab Rumah

Page 64: Microsoft office word

Ujian 4, soalan 2

Apakah yang awda boleh guna sebagai sempadan halaman? (Pilih satu jawapan.)

1. Jenis-jenis sempadan yang berbeza, seperti 3-D dan berbayang.

2. Gaya, warna dan ketebalan garisan yang tersuai.

3. Sempadan bergrafik.

4. Semua yang di atas.

Page 65: Microsoft office word

Ujian 4, soalan 2: Jawapan

Semua yang di atas.

Awda boleh tetapkan jenis sempadan, gaya garisan, warna dan ketebalan yang berlainan. Awda boleh juga tetapkan sempadan grafik untuk peristiwa atau acara istimewa.